Monday 11 August 2014

Agaknya Pas Lebih Suka Jadi Pembangkang Daripada Kerajaan


Isu Menteri Besar Selangor terus membuatkan Pas jadi kalut dan keliru. Setelah Khalid dipecat dan menjadikan PKR dan DAP semakin bersatu mahu menyelesaikan isu itu dengan segera, Pas sebaliknya terpaksa menunggu sehingga 17 Ogos depan untuk membuat keputusan rasmi mengenainya.

PKR jelas tidak berpecah dengan isu Khalid ini, kecuali ada sedikit rungutan dan rasa tidak puas hati diperingkat bawahan, manakala DAP yang bermesyuarat semalam pula telah menyatakan pendirian yang jelas menyokong pemecatan itu sebagai hak PKR serta menerima Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar yang baru.

Kiranya Pas tidak menangguhkah mesyuarat yang sepatutnya pada 10 Ogos, manakala Khalid pula sudah dipecat pada 9 Ogos, parti itu tentulah lebih mudah membuat keputusan berhubung isu Khalid ini. Denyan Khalid bukan lagi mewakili PKR, secara prinsipnya jika Pas masih mahu berpegang kepada pesefahaman dslam PR, mereka tiada pilihan lain lagi selain meninggalkan Khalid yang sudah pun menjadi ADUN Bebas ketika ini.

Tetapi kerana menangguhkan lagi mesyuarat sehingga 17 Ogos, ruang untuk kekealutan dan kekeliruan itu terus terbuka dengan luasnya, lebih-lebih lagi memang diketahui wujud kelompok tertentu dalam Pas yang memang sukar menerima keterbukaan dan pandangan pihak lain.

Dalam isu Khalid ini, sementara sebelum dipecat pun, Pas terlihat keliru dengan keutamaan yang harus didahulukannya ssbagai sebuah parti politik dan rakan gabungan dalam PR, selepas dipecat juga, keinginan menampakkan perbezaan pendirian turut ketara.

Selepas Khalid dipecat, ketika Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali menyatakan parti itu mahu terus kekal bersama PR, Dewan Ulamanya pula melalui Pemangku Ketuanya, Ahmad Yaakob yang juga Menteri Besar Kelantan, berpendirian berbeza dengan membayangkan tidak kisah jika Pas keluar PR dan bergerak bersendirian selepas ini.

Beliau juga berbangga dengan sejarah lampau Pas yang pernah bergerak bersendirian walaupun hakikatnya ketika bersendirian itu, pencapaian Pas hanyalah gah di pentas-pentas ceramah saja manakala kemenangan dalam pilihanraya hanyalah di kawasan-kawasan tertentu saja.

Sudah disebut dalam blog ini sebelum ini, kejayaan Pas berkuasa di Kelantan pada 1990 pun adalah atas bantuan Semangat 46 dan perpecahan yang berlaku dalam UMNO, begitu juga kejayaan di Terengganu pada 199 adalah selepas kes pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998.

Kejayaan berkuasa di Kedah, bertapak di Perak, Selangor, Johor dan lain-lain adalah juga adalah persefahaman dengan pihak lain yang mana jika bersendirian, amat sukar Pas melakukannya.

Oleh itu, susah difahami apakah yang dimahukan oleh Dewan Ulama ini dalam berpolitik - memenangi pilihanraya atau sekadar berceramah saja?

Lebih dari itu, Ahmad Yaakob atas nama Dewan Ulama juga telah bertindak tidak wajar dengan segera membuka ruang kepada Khalid untuk menyertai parti itu setelah dipecat daripada PKR. Dalam hal ini, Lim Kit Siang nyata berang dengan sikap Pas yang tidak gentleman dan seolah-olah suka menangguk di air keruh.

Sebagai rakan yang masih bersama dalam PR, tawaran Ahmad Yaakob untuk Khalid menyertai Pas memang tidak boleh diterima dan tidak beretika, sementelah pula Khalid sendiri belum menyatakan hasrat untuk menyeberang kepada parti itu.

Bolehkah Pas bayangkan ketika mereka memecat Dr Hassan Ali dahulu jika tiba-tiba PKR atau DAP juga turut mempelawa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu menyertai parti mereka? Barangkali bertimbun maki hamun dan dalil Al Quran serta Hadis digunakan untuk menyerang PKR dan DAP?

Namun oleh kerana PKR dan DAP memahami erti setiakawan serta merasakan pemecatan itu adalah urusan Pas, mereka bukan saja menyokongnya dan tidak membuka pintu parti masing-masing untuk Dr Hasan, malah tidak juga berbunyi apa-apa yang menunjukkan tidak suka atau membantah pemecatan itu.

Tetapi dalam isu Khalid ini, Dewan Ulama Pas nampaknya terus mencari tangguk sebaik melihat air keruh walaupun di halaman rakan sendiri dan ini bukanlah suatu sikap yang baik, bukan saja dalam berpolitik bahkan juga dalam kehidupan seharian.

Lebih malang, yang sering menimbulkan masalah dan kekalutan dalam Pas ini ialah golongan yang mendakwa sebagai ulama sedangkan sebagai kelompok yang faham agama, golongan ini sepatutnya menjadi pengharmoni suasana serta penyelesai masalah berbanding penimbul masalah, kekeliruan dan kekalutan.

Yang menimbulkan isu pil kuda, calon berfahaman sosialis, membenarkan calon bertindih walaupun setelah ada persetujuan, tiba-tiba menimbulkan soal hudud ketika kempen PRU 13 sedangkan sebelum itu berpegang kepada konsep negara berkebajikan, berkeinginan dengan konsep kerajaan perpaduan dengan UMNO, berbalah dengan DAP dalam isu terowong dasar laut dan banyak lagi, semuanya ditimbulkan oleh kelompok yang mendakwa sebagai ulama.

Isu-isu yang menggugat keyakinan rakyat ini pula kerapkali dibangkitkan di saat-saat akhir menjelang pilihanraya atau pembuangan undi.

Golongan ini seolah-olah lebih suka Pas menjadi pembangkang saja selama-lamanya dan memadai dengan memukau hadirin di pentas-pentas ceramah mengenai segala macam keburukan dan salah laku yang dilakukan oleh kerajaan BN tetapi apabila kalah dalam pilihanraya akan berhujah pula bahawa tidak mengapa kalah asalkan Allah redha, semuanya ada hikmah dan segala macam dalil lagi.

Soalnya, apakah UMNO dan BN yang dimaki hamun tetapi terus menang pilihanraya itu mendapat redha Allah?

Golongan profesional dalam Pas pula terlihat lebih profesional, cool, tenang, matang serta lebih memahami bahawa matlamat utama Pas bersama-sama dengan PKR dan DAP ialah untuk menjadi alternatif kepada BN dalam mentadbir negara ini.

Melainkan Pas lebih bersatu hati, matang dan memahami apa yang mereka mahukan dalam berpolitik serta bergabung bersama dalam PR, parti itu lebih mungkin menjadi pembangkang saja walaupun di mana dan dengan siapa mereka berada. (SH 11/08/2014)

41 comments:

  1. setuju dengan kenyataan tuan.. PAS perlu menjadi sebuah parti yang profesional dan mempunyai keupayaan untuk menghadapi konflik tanpa mengorbankan misi mereka untuk menjadi kerajaan dalam mentadbir negara. Mereka (peringkat pengurusan tertinggi) kini tiada individu yang boleh memberikan input yang baik dalam apa2 konflik.

    ReplyDelete
  2. kau ni bodoh lah shahbuding,tak faham maksud tindakan pas,belajar lagi tentang politik,shah bahlol,pas tu kan parti islam,kau tu sokong lgbt,sokong murtad tu sebab kau dan anuar ibrahim pas tak sokong,bagero tak habis-habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 10.04!!! Amaran utk cai cai meroyan.....otak dn najis kamu sudah berhubung .....

      Delete
    2. 10.04 faham yg lu sudah mkan pil antibionik lynas..sampai ke zuriat anak cucu pun hati prut busuk dan hasad denki dgn kesenangan org lain..

      Delete
    3. Teruk juga cara fikir Anon 10:04 ni ye. Tak belajar kemahiran berfikir aras tinggi... hu huhu

      Delete
    4. Bengong mamat ni...bnyk mkn taik kot...

      Delete
  3. Ketika mat said kena tendang mb trenganu...awal2 lagi PAS bgtau tak nak counter yb BN utk lompat supaya bole tubuh kerajaan..
    Dgn isu selangor...awal2 lagi PAS dah nk ofer keahlian..
    kalau lah ini yg dikata idea pakar strategik jentik2 utk PAS nk brkuasa d selangor....memang sesuailah selama ni PAS tak boleh lama dgn sapa pun....dah sama mcm mahathir dah.
    Mmg sesuai sgt doa arwah fadil noor pd mahathir dan kini untuk PAS pula...supaya tok lebai tu senua bole tgk segala kerosakan yg telah dilakukan apabila tamak dgn selangor...sah sudah PAS mmg telah merancang semua ini...Khalid hnya kambing hitam PAs...puak UG mmg terbaik spin DU..n mr presideng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasi tabik sama PAS..ini baru politik ! Jgn hingat PAS parti kampong...bro.

      Delete
    2. Anon 11:09

      Kalau anda orang PAS tolong terang skit apa politik baru PAS tu. Biar semua orang faham, supaya bila PAS berkempen dalam pilihanraya meminta undi orangramai yang bukan orang PAS, mereka boleh faham dengan lebih jelas.

      PAS bukan parti kampong sejak bersama Pakatan. PAS sudah berada diarus perdana politik melayu/Islam dan sudah berada dihadapan sedikit dari UMNO dalam persaingan merebut pengaruh dikalangan orang melayu.PAS benar-benar menjadi alte4natif yang jelas kepada UMNO.

      Ini pencapaian terbaik PAS dalam perjuangan sejak PAS ditubuhkan. Jauh melangkau pencapaian yang diraih semasa bergerak sendirian atau bersama-sama gabungan ke4jasama politik lain sebelum ini.

      Apakah "POLITIK KAMPUNG" itu sdra maksudkan sebagai POLITIK BARU PAS? Yang pasti " POLITIK KAMPUNG" adalah rancangan UMNO untuk PAS supaya PAS kembali kepada kedudukan asalnya sekaligus menghapus ancaman PAS yang dilihat mampu mengambilalih kedudukan UMNO didalam arena politik n3gara pasca tsunami 2008!

      Siapa anon 11:09? Macai dan barua UMNO yang hendak menghancurkan PAS kot. Kalau orang PAS - kita ucap tahniahlah kerana UMNO telah berjaya dalam rancangan mereka h3ndak menjahanankan PAS dengan mengKAMPUNGkan anda!

      Delete
    3. ..kalau tidak masakan mahathir kata yg tingal dlm umno bodoh2 belaka...yg cerdik2 habis lari masuk PAs...patutlah PAs jauh kedepan dr umno...yg betul nya umno parti kampung...sal yg tingal had bodoh2 belaka....bravo PAS !!!
      Mmg barua umno style ni politik kampong..

      Delete
    4. Hidup PAS...teruskan langkah bijak kita...

      Delete
  4. Atas kebijaksanaan PKR bermain politik menyebabkan kerajaan PR ketika dan saat ini tumbang. Amacam... boleh bentuk cepat ker kerajaan baru PR. This time is really royal selangor gov. Syukur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah x sabar ni..nk tgk kuasa jentik memerintah selangor. Lepas ni ceramah PAS..buat kt hotel pulok la...tak main lgi kt tapak pasar malam...tak payah kutip duit derma dah...baru ada gaya...bukan lagi tok lebai kpg dah...tapi tok syeikh saudagar minyak der...!! Hidup PAS ..

      Delete
  5. PAS.... sudah2laaa membuat statement kurang akal tu
    klau rasa tak pasti atau taktau apa2...lebih baik diam je
    lagi bukak mulut lagi bodoh jadinya... 6thn usaha nak jadi kerajaan.. tak sampai seminggu disebabkan TSKI sanggup hilang selangor... tak serik ke hilang kedah dgn terengganu dulu????
    yg hadi pun kot bagus sangat pi settle terengganu tu dulu... tkyah sibukkan MB sel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa yg kata sanggup hilang selangor ntuk singkir khalid..? Rafizi PKR yg sangat trdesak.. dasar org PKR... asal x setuju dngan depa dtuduh Pas mcm2.. ingat balik sbb apa Pas pecat Hasan ali.. sbb nk dia bnyak kritik PKR dan DAP trutamanya peribadi Anwar..

      Delete
  6. APESAL DAH X TIMBUL PERKATAAN RAKYAT!!!!
    MANA PERJUANGAN UNTUK RAKYAT!!!!
    DALAM KEMULUT NIE HANYA PAS YANG ADE SEBUT PASAL RAKYAT....
    PAS SEBUT PASAL HAK DAN AMANAH RAKYAT....
    PKR DAN DAP SEMUA SEBUT PARTI,PARTI.PEMBANGKANG,ALTENETIF,PANGKAT,GABUNGAN,JAWATAN......
    DAH SEBIJIK MACAM UMNO SEBELUM ADE PR....

    RAKYAT YG UNDI PR...
    MULA TERASA DILUPAKAN...
    RAKYAT YG MENGUNDI PR MULA MERASA MALU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 12:28 Jangan dilayan jiwa yang kacau nanti boleh jadi gila...

      Delete
    2. Anon 12:39 Jangan syok sendiri....nanti orang kata kamu penacai dari tong taik.

      Delete
  7. PARTI YG SEDANG SEMPUT SKARG NI ADALAH PRK...
    KALAU PAS KLUAR DARI PR, DAN PRN DIADAKAN SKALI LAGI...
    CINA AKAN SOKONG DAP...
    RAKYAT ATAS PAGAR YG MENYAMPAH DENGAN KEMELUT KOMPEM AKAN UNDI UMNO/PAS...
    PARTI MINORITI MCM PKR NIE RASENYA BLH KOMPEM BUNGKUS KOT....

    JANGAN PERASAN BAGUS DAN HEBAT..
    PKR X KEMANA JIKA TIADA DAP DAN PAS..
    RAKYAT X BODOH..
    RAKYAT ATAS PAGAR DAH MENYAMPAH..
    AHLI2 PAS DAH MENYAMPAH...
    LAGI MAU BELAGAK

    ReplyDelete
  8. Selepas Anwar pecat Khalid barulah dia tersedar dia dah pecat partinya sendiri daripada menjadi kerajaan negeri dan sekarang dah jadi pembangkang.....tu tak bangang ke agak2nya.

    DAP pun dah bengkak sebab exconya bakal ditendang oleh Khalid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu adalah diantara langkah yang perlu dilangkah.... apa yang kita perbahaskan adalah mengenai politik.... segala-galanya boleh berlaku tanpa hal yang mustahil.

      Masing-masing menggunakan peguam untuk menang hujah dalam undang-undang yang mereka sendiri cipta. Sultan juga sama menggunakan peguam dalam mengendalikan isu Khalid.

      Kita akan tunggu episod yang seterusnya dengan undi tak percaya pulak dalam Dewan. Apakah ketika itu ia memberi kelebihan pada Khalid sebagai ADUN Bebas menaruji kerajaan negeri Selangor ?

      Aku hanya seorang pengundi..... apa yang aku harapkan ialah DUN Selangor dibubarkan dan aku bersama pengundi yang lain memainkan peranan memilih parti mana yang lebih layak menerajui kerajaan negeri Selangor.

      Delete
    2. Kluangman mcm budak hingus yg hilang botoi susu...malangnya susu yg dia minum tu ialah susu basi yg dah tak berkhasiat..
      Umno yg mangkin panik skrg...sal meleleh tgk 3 billion tu...khalid still MB..dia dah trhutang body dgn PAs....sory lah pas nk kasi peluang...dah lama kut pas dok kutip duit derma...ni peluang trbaik...p mampos la lu umno...

      Delete
  9. Agama bukan milik akal waras kamu...meletakan sesuatu pd tempatnya..dsebut adil......yg kamu sebut bodoh tu
    ...sebenarnya
    ...zalim..

    ReplyDelete
  10. Sayonara to pas. Cukup sampai disini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg had bodoh saja tingal dlm umno...yg cerdik pandai semua dah masuk pas...mahathir kata.
      Yg mana had rasa diri bodoh ...kalo nak duduk juga dlm pas...aku rasa hampa kekal tukang gantung bndera kt pucuk pokok..
      tapi kalo rasa tu perjuangan yg mulia...sila truskan...
      aku tak sangup tikam belakang kwn semata2 kerana gila kuasa....saat ni...aku dgn seluruh ahli kluarga yg berada d seluruh malaysia...dah setuju pakat2 kluar Pas....tapi jgn takut...tak jadi kudis pun kt pas...

      Delete
    2. PAs ni banyak ulama taik kuching.Lebih melayu dari umno.Sila jawab.Ulama PAS ular dalam semak.Sudahlah,kalau macam ni yang islam nak dibawa oleh PAS,sampai kiamat pun orang islam takkan sokong PAs.Pemimpin PAS semua macam umno.Gila dunia dan harta.Parti PAS dan umno sama saja,parti suka tipu orang melayu.Fullstop.

      Delete
  11. Lepas ni kita akan saksikan khalid jadi kuda trojan umno utk hancurkan PR. PAS pula jadi penyokong kpd khalid. Geng UG begitu seronok kerana masih ada peluang nak bersama umno. Bila ada PRN adakah umno mahu berikan PAS kerusi bertanding dikerusi umno kpd PAS? Bukankah selama ini pilihanraya umno lawan Pas? Sesama umno pun mereka bergaduh rebut kerusi inikan pula serahkan kerusi kpd Pas. Dimana PAS menang, umno kalah dan sebaliknya. Geng UG ni lebih baik masuk umno aje. Jgn jadi anai2 dlm PAS & PR.

    ReplyDelete
  12. Terang lagi bersuluh hati perut pemimpin PAs....17hb ni umum saja kluar PR....dah kenal hati budi PAs di sebalik jubah n serban.

    ReplyDelete
  13. Dengar cerita PAS sudah menerima pemecatan Khalid kerana Khalid bukan lagi ahli PKR. Masaalah berbangkit adalah perlantikan Wan Azizah pula akan dijadi masaalah baru dalam kemelut menteri besar.

    Pada pandangan saya, perlantikan Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor ditangguhkan dulu gilirannya buat sementara waktu.

    Telah dikhabarkan bahawa penolakan beliau lebih besar dari penerimaannya tambahan pula suara dari istana telah berdesas desus mengatakan akan menolak pencalonan itu.

    Cadangan saya.... PKR perlu menyediakan calon kedua dan ketiga sebagai pilihan yang boleh diterima oleh pelbagai pihak. Jangan terburu-buru memburu belut didalam lumpur.... UMNO Baru yang kurang keluarkan kenyataan mengenai isu Khalid sedang bermain wayang kulit didapur istana. Awas dan waspada.

    Sekarang Khalid sudah bersuara seperti guruh setelah sultan memperkenankan beliau terus menerajui kerajaan negeri Selangor.

    Menurut undang-undang negeri, Khalid hanya memerlukan sekurang-kurangnya empat exco‎ untuk menjalankan urusan negeri.

    Sekarang adalah masa untuk parti PKR dan DAP menyelesaikan masaalah baru yang ditimbulkan oleh Khalid setelah pihak istana memperkenankan beliau meneruskan khidmatnya sebagai menteri besar.



    ReplyDelete
  14. Pandai agama tapi xpandai berpolitik

    ReplyDelete
  15. perjanjan hudaibiyah antara Rasulullah saw dgn kafir musyrikin yg ingin bunuh Rasulullah saw.perjanjian yg berat sebelah banyak syarat memihak pada org kafir.walaupun begitu Rasulullah saw tak pernah khianat pada perjanjian itu.

    PAS buat perjanjian dgn TETAPI KHIANAT.

    Kalau tak mau patuhi perjanjian isyhtihar keluar dari pakatan.habis cerita.tak perlu ada sifat munafik.janji dah khianat kemudian nak tegakkan benang basah.

    bagi orang pas sifat munafik taada masaalah bagi mereka sebab mereka anggap diri mereka maksum.tak boleh dikritik macam dr mahadir.

    dulu kutuk umno siang malam sekarang jilat.

    kes video DSAI tersebar ramai orang pas percaya. bila video mustampa ali tersebar mereka kata itu fitnah TETAPI video mustapa ali lagi TERANG VERY CLEAR dari video DSAI yang kabur dan blur.mungkinkah kes mustapa ali tu benar-benar berlaku? harap orang pas fikir dan fikir.
    dalam pas ramai org syiah jadi mutaah itu satu amalan yg baik dapat pahala dan naik darjat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anuwar seorang politikus yang handal...depan belakang biar beliau selesaikan.

      Delete
  16. Kahkahkah....TSKI DAN PAS COOL JE...TERUS PERINTAH SELANGOR...SULTAN DAH PERKENAN...NEXT STEP FROM DSAI N RAFIZI SERTA DSN....PENING2....BAGUS JUGAK JD MCM NI....ISU PTPTN...RASUAH...GAZA...MERDEKA....UMNO SENYUM SeMACAM je la ni...yessss...UG BERJAYA...

    ReplyDelete
  17. Hampa.....kosong... hendak kulihat PR memerintah dgn lebih hebat dan mesra rakyat, namun hampa...petanda berkubur PR dlm PRU14. Silap2, kelantan pun bakal disapu umno....punah....

    ReplyDelete
  18. akhirnya sekali lagi geng PKR yg gelojoh dikalahkn dngan score 2-0.. sebelum ini Pas menyokong Khalid.. kali ini Sultan Selangor pn menyokong Khalid terus sbg MB Selangor.. siapa yg kena..? siapa yg x tido lena..? apa lagi Saifuddin nk buat..? nk suruh buktikan apabenda lagi..? sokongan majoriti..? dh Sultan kata teruskan.. nk banyak songeh apa lagi..? karang dicop "penderhaka belum masuk neraka" baru tau.. yg si Perkosa geng 3 baris dok tunggu lama takde keje.. depa tu kuat menghentam "penderhaka".. yg naya PKR jugak.. dah dah.. bawak bertendang semua.. bawak bertendang semua.. APA LAGI DSAI MAHU..? APA LAGI PKR MAHU..? APA LAGI RAFIZI MAHU..? Langkah Kajang lingkup sebab memang diprogramkn untuk terlingkup.. tersalah tekan suis gamaknye.. keh keh keh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sultan sokong pun itu maslah dia.Bukan kira score tak score.kau ingat ini permainan bolasepak ke.Itulah asyik tengok bola dan pikir meliwat saja,sebab tu hujah kau buat orang kata kau ni bodoh macam orang takde pelajaran dan berkelulusan rendah.Ini kuasa rakyat,sultan boleh perkenan,tapi kau kena tanya rakyat, mereka yang angkat MB yang terlampau tu ke kedudukan sekarang.kau pikir rakyat heran ke dengan sultan.Mereka semuanya berat sebelah.Mereka semua macam pikiran macam kau je.Pikir perut sendiri.Yang lain tu asyik kerja tipu melayu.

      Delete
    2. Org PKR kat atas ni x paham bahasa melayu atau buat2 x paham.. dah kecewa tu kecewa la kan.. pegi balik sekolah belajo undang2.. yg pikir perut sendiri tu PKR.. dia ingat bila pecat th conform la jawatan MB trjejas.. apa kamu ingat jawatan MB milik parti..? kuasa rakyat konon.. kuasa parti PKR lebih besar drpd undang2 tubuh negeri..?

      Delete
  19. Dah selalu dicop parti kampong...selalu pulak kena kenceng dgn umno...skrg parti kampong ni praktik balik ilmu kenceng ni pd PKr n DaP..
    Bole tahan juga lebai kampong punya kuntau...rakyat dah terbiasa dgn kenceng UMno tapi skrg kena lebih brhati2 dgn lebai yg berserban n jubah ni..hati2 kalo pelawa kerumah...syaitan gan iblis lagi kuat taji kepala yg berserban n jubah ni...kalo kwn sendri pun dia bole tikam blakang..pe de hal bini org kalo dia dpt pluang tikam depan...ini cuma peringatan jer...akhir zaman ni curiga sgt tgk org yg brserban n brjubah...bukan semua la..

    ReplyDelete
  20. Lompat katak lompat,
    Lompat tinggi tinggi,
    Cepat katak cepat,
    Katak PKR akan lompat lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lompat kalau nak masuk dalam tong taik umno baik tak payahlah.Sampai mati pun rakyat boleh bau taik pada parti taik lembu tu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...