Friday 15 August 2014

Kalau Shaari Dan Hasnul Dianggap Khianat Pada Pas, Haji Hadilah Pembuka Jalannya


Marah benar kumpulan pro ulama dalam Pas kepada Adun Hulu Kelang, Shaari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin yang telah secara terbuka tampil menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah bersama 15 Adun DAP serta 13 Adun PKR semalam. Kedua-dua mereka dituduh derhaka dan khianat kepada Pas kerana mendahului parti dalam bertindak sedangkan Pas akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini untuk membuat pendirian mengenainya.

Pas Selangor yang empat Exconya kini menjadi tiang kepada Khalid paling marah dengan tindakan dua Adun berkenaan lantas memberi notis 24 jam untuk menarik balik sokongan yang telah diberikan kepada Dr Wan Azizah atau bakal menghadapi tindakan disiplin.

Di media-media sosial pula, beberapa pemimpin Pas lain turut melontarkan kecaman terhadap Shaari dan Hasnul dengan antaranya menyatakan mereka berdua adalah kekotoran yang harus dibersihkan dan ada pula yang mengaitkan tindakan itu kerana diberikan tawaran yang membuatkan "air liur meleleh" jika menolaknya.

Tidak diketahui sama ada notis ugutan yang dilontarkan oleh Setiausaha Pas Selangor, Mohd Kharuddin Othman itu dilayan atau "masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri" saja bagi Shaari dan Hasnul tetapi yang menjadi perbualan ramai juga ialah sejak bila Pas membudayakan taktik ugutan ini?

Sebelum ini Exco Selangor, Solehan Mukhyi juga memberi ugutan kepada Khalid Ibrahim bahawa empat Exco Pas akan menarik diri dan meletakkan jawatan kiranya wakil daripada UMNO dilantik sebagai Exco menggantikan wakil daripada PKR dan DAP yang telah dipecat.

Setelah Khalid akur dengan ugutan itu dan memberi jaminan tidak ada rancangan melantik Adun UMNO sebagai Exco, kini sekali lagi taktik ugutan digunakan, tetapi kepada dua Adun Pas pula. Bagaimanapun sehingga tempoh 24 hampir berakhir, tidak ternampak tanda-tanda dua Adun berkenaan "kecut perut" dengan ugutan itu dan sokongan kepada Dr Wan Azizah telah, akan atau bakal ditarik balik.

Berbanding dengan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali yang akan menyiasat berhubung tindakan Shaari dan Hasnul manakala Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat pula mencadangkan kedua-dua Adun berkenaan dipanggil untuk mengetahui kedudukan sebenarnya, tindakan Pas Selangor nyata amat emosional, terburu-buru dan tidak matang.

Dalam masa yang sama, notis ugutan itu juga dipersoalkan ramai sama ada ia hanya kenyataan peribadi Setiausaha Pas Selangor berkenaan atau keputusan mesyuarat Pas Selangor?

Namun demikian, tindakan kedua Adun berkenaan yang tampil secara terbuka dan menandatangani akun bersumpah menyokong Dr Wan Azizah menambahkan lagi gelora dalam Pas. Parti itu terus berkecamuk, berbalah dan bersimpang siur menjelang mesyuarat pada 17 Ogos ini.

Walaupun Shaari dan Hasnul ketika ini dipersalahkan oleh kelompok tertentu dalam Pas sendiri, ada baiknya mereka menoleh sejenak ke belakang melihat apa yang telah berlaku seminggu dua sebelum ini. Jika Shaari dan Hasnul didakwa membelakangi parti, bagaimana pula dengan kenyataan Haji Hadi yang juga menyatakan sokongan terbuka kepada Khalid sebelum Pas bermesyuarat?

Tidakkah Presiden Pas sendiri khianat kepada parti atau setidak-tidaknya telah menyediakan jalan untuk itu? Bukankah pepatah selalu memgingatkan, kalau "bapa borek, anak rintik" dan "guru kencing berdiri, murid kencing berlari"?

Sokongan Shaari dan Hasnul juga sebenarnya masih dalam lingkungan kedudukan Pas sebagai rakan dalam PR. Jika menyokong Dr Wan Azizah suatu kesalahan, bagaimana pula dengan kenyataan Mat Sabu, Husam Musa, Dr Mujahid dalam lain-lain yang juga senada dalam menyokong calon Menteri Besar yang ditonjolkan oleh PKR serta mempertahankan kedudukan Pas agar tidak berpecah daripada PR serta mempersoalkan apakah istimewanya Khalid Ibrahim di mata Pas?

Tidakkah mereka juga khianat kepada parti?

Orang mungkin boleh menerima Shaari dan Hasnul sebagai pengkhianat dan penderhaka kepada parti jika mereka secara terbuka menyokong calon daripada UMNO atau BN yang memang menjadi musuh Pas dan di luar lingkungan PR. Tetapi apakah menyokong calon dalam PR sendiri pun suatu kesalahan?

Faktor mendahului mesyuarat seharusnya tidak timbul kerana Pas sendiri sudah dua kali menangguhkan tarikh mesyuaratnya. Mula-mula 10 Ogos, kemudian 13 Ogos dan akhirnya ditetapkan 17 Ogos.

Bagaimana jika Pas terus menangguhkan mesyuaratnya? Apakah Shaari dan Hasnul mahu berdiam diri dan berpeluk tubuh saja sedangkan kegawatan politik di Selangor ini kian mencengkam perasaan hampir semua orang?

Kedua Adun ini juga tidak boleh dianggap membelakangi keputusan Majlis Syura kerana keputusan menyokong Khalid dulu dibuat ketika beliau masih ahli PKR tetapi setelah dipecat dan menjadi ahli Bebas, logiknya keputusan itu tidak terpakai lagi. Seharusnya dalam hal ini, Majlis Syura haruslah proaktif dan dinamik dengan segera mengadakan mesyuarat seterusnya bagi mengelakkan kekeliruan.

Ohh! jangan lupa, bagaimana pula dengan kenyataan terang-terangan seorang AJK Pas Pusat, Dr Zuhdi Marzuki yang mahukan Pas membentuk kerajaan campuran dengan UMNO di Selangor? Beliau kemudiannya mengulangi lagi dengan mencadangkan penubuhan kerajaan konsensus nasional pula.

Tidakkah ini lebih mengkhianati parti dan persefahaman Pas dengan rakan-rakannya sendiri bersama PR selama ini?

Tindakan empat Exco Pas yang sanggup berketua dan menyokong Menteri Besar tidak berparti pula bagaimana? Apa prinsip Pas dalam hal ini?

Jika Pas ingin mengambil tindakan, ada baiknya ambil tindakan yang menyeluruh dan kepada semua pihak. Jangan memilih-milih atau kepada orang tertentu saja. Bukankah Islam itu adil dan tidak memilih bulu? (SH 15/08/2014)

35 comments:

  1. Kita tidak perlu emo, terusik atau sangat marah kepada kedua adun pas tersebut, atau kepada hadi atau kepada khalid atau sesiapa sahaja dari Pakatan. Mereka hanya melakukan kesilapan, salah percaturan dan pengkhianatan kecil. Mereka sekadar menauladani Pemimpin Agung Pakatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala kluangman ko x yah bah menyebok menyanpok. Ko tak ade kena mengena dlm hal ne. Gi mintak makan kat tuan ko.
      Langau lg mulia dr ko tau tak...

      Delete
    2. Kluangman ini orang terbuang, ke sana ke sini pun orang tak pandang. Kesian pada nama sial tersebut.....(lebih baik tukar kepada Khinzirman....Lagi macho)

      Delete
    3. tajuk ni patut tukar.. kepada "kalau Tan Sri Khalid Ibrahim dianggap khianat pada PKR & PR, Abg Nuwar ku sayang lah pembuka jalannya".. keh keh keh.. Pas tetap akan menolak rancangan Anwar.. ada paham..?

      Delete
  2. Sebenarnya PAS adalah parti sampah di tepi jalan.Presidenya adalah kemelut yang nyata membuatkan PR menjadi gelora.Presiden Pas nyata sayang kebendaan dunia dari perjuangan islam.Bila menantunya bekerja dengan syarikat GLC Selangor,dia mati-matian nak pertahan Khalid.Walhal Khalid telah pun dipecat dari PKR.MB cap ayam.Takkan Hadi tak faham kot.Orang PAS malang mendapat Presiden seperti Hadi.Dulu Hadi berapi-api masa tahun lapan puluhan menghentam umno,sekarang dia cuba buat khianat pada rakyat yang undi PAS pada PRU13 dan mendapat tempat seperti sekarang Ibarat PAS dikutip dari tepi jalan dan diangkat maruahnya.Tapi malangnya PAS dah nak cuba belot pada rakyat yang kutip PAs dari tepi jalan.Parti yang kononnya berjuang atas landas islam tapi khianat pada amanah rakyat.Jadi PAS dah tunjuk yang PAS dan umno sama saja.Parti ASSobiyah dan kini sudah tidak dipercayai lagi oleh rakyat.

    ReplyDelete
  3. PAS mau apa lagi.. dah le hilang kedah..nak kasi hilang selangor baru puas hati??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang nak menghilangkan selangor bukan pas tapi pkr. Khalid sudah
      Terbukti dgn rekod yg cukup cemerlang, mengapa perlu ditikam dari belakang. Aku percaya mejoriti rakyat selangor nakkan khalid....

      Delete
  4. copy dan paste:

    honestly speaking nobody knows how this MB Khalid saga is going to play out.But the more PKR leaders keep on attacking PAS and it's leaders there is bound to be very bad blood when this circus is finally over.Why cannot these PKR leaders keep their cool for a few more days and let the PAS have their meeting and see what they have decided.

    If after the meeting PAS wants to go it's own way then it is still not to late to counter whatever way the PKR or PR pact wants to take.They have painted the PAS leaders into a corner,without actually knowing whatever motives they had.And to save face they might even bite back too.The way things are going it is very difficult for them to make a u-turn

    ReplyDelete
  5. TSKI betul dan tidak bohong bila mengadap DYMM bahawa dia ada sokongan majority atas representasi PAS (dan UMNO). Atas sebab itu, betullah DYMM titah TSKI masih boleh terus jadi MB. PASlah yang perlu jawab kenapa kata sokong TSKI kemudiannya dua ahlinya belot. Inilah massalah bila masih nak ikut telunjuk punaisihat dari penasihat. Jika Pakatan ada majority, tunggulah sessi DUN bulan November untuk undi tidak percaya. Nak kelam kabutkan rakyat apa hal??? Masaalah dalaman PKR dan PAS bukan hal yang DYMM patut campur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ne lg satu mangkok ayon x tau politik..duduk diam2 bawak tempurung..

      Delete
    2. ko je la pandai politik ni dlm Malaysia..

      org lain sibuk nak cr rezeki, politik ms mengundi nanti br citer.. bukan mcm ko 24 jam politik je...

      Delete
    3. betul tu.. TSKI bukan jenis pembohong.. yg jenis pembohong tu yg jadi konco kuncu buat Langkah Sumbang Kajang tu.. hikmah di sebalik kemelut ini adalah suatu penilaian buat pengundi di Selangor dlm mengenal siapa pembohong, terbohong, kena bohong,, suka berbohong...

      Delete
    4. Ahli politik semua pembohong,termasuklah macai-macainya sekali.Sokongan membawa rebah.Semua dah jadi macam lembu fidlot!

      Delete
    5. TSKI bukan ahli politik.. beliau adalah ahli korporat yg x berapa percayakan ahli politik trmasuk Anwar Ibrahim serta konco kuncu PKR itu.. ahli politik kebanyakan nyer jadik kerapat bukan nya korporat macam TSKI.. sokongan taksub trhadap ahli politik keparat mmbawa rebah..!!?

      Delete
  6. Tuan

    PAS sekarang pakai sistem kasta seperti masyarakat hindu kat India. Dah ikut stail MIC kat sini. Ada puak langgar apa juga disiplin parti takpa. Orang kalau bukan dari puak mereka buat ke tak buat ke semua melanggar disiplin dan perlu dikenakan.

    Sejahat-jahat UMNO takde la pakai sistem kasta masyarakat hindu di India secara totok macam yang kita lihat dlm PAE sekarang.

    ReplyDelete
  7. Kedudukan pas pada pandangan saya.
    1. Pas hendak bersendirian tak mampu
    2. Pas hendak bersama umno akan di
    Bunuh.
    3. Pas hendak bersama PR tidak suka
    Anwar.
    4. Pengaruh anwar banyak membantu
    Pas

    akibatnya pas jadi celaru dan berpuak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam yang baik adalah segala tindak tanduk mereka tidak menimbulkan fitnah dari manusia lain. Sikap dan tindak tanduk Hadi Awang pada kali ini teruk dikecam hampir sama dengan kecaman terhadap Tun Mahathir suatu masa dahulu. Tapi kalau nak dibandingkan jasa Hadi Awang dan Tun Mahathir ke atas negara ini memang jauh langit dari bumi tingginya. Tapi kalau nak dibandingkan kebencian rakyat terhadap mereka berdua (mengenang jasa Tun Mahathir membangunkan ekonomi negara) memang Hadi Awang jauh ke hadapan dibenci oleh majoriti. Dia yang menimbulkan fitnah maka biarlah dia yang tanggung....

      Delete
    2. Mahathir pun kelentong lagi kuat.Mamak mengaku melayu.mamak boleh perintah malaysia,melayu tak boleh jadi MB.Semua harta negara ni habis keling ni nak sapu.Sekarang tengah dok mengendap MAS pula.Sial punya mamak kerala!

      Delete
    3. Kesimpulannya PAS parti paling bengap!

      Delete
    4. Bermula dari Kajang move yang tidak dibicang terlebih dahulu bersama kompenan PR..bermulalah episod Selangor.. bila dah ribut akhirnya orang lain digetahkan..pandai pemimpin anugerah tuhan..kata bini dia.

      Delete
  8. Keluarkan semua keburukan & kecelaruan PAS & presidennya.. biar rakyat tahu.. Tp keburukan & kecelaruan PKR/DAP kita pakat sapu bawah karpet...jangan bg rakyat tahu..ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang UMNO dan segala kuncu-kuncu dia dok buat bertahun-tahun dengan pelbagai cara bukan sahaja mendedah keburukan DAP dan PKR tu benda apa. Tak cukup dengan itu, dicipta pelbagai fitnah dengan pelbagai cara. Lupa pasal video sex anwar, mustafa ali. Keputusan-keputusan mahkamah terhadap utusan yang disaman kerana memfitnah tu benda apa?

      Kalau bodoh pun jangan le tunjuk kat orang. Tapi Mahathir pun dah kata yang sokong UMNO semua bodo-bodo sahaja. Apa yang sedang melanda Pakatan takde kena mengena dengan UMNO. Tapi orang bodo memang suka masuk campur hal yang xde kena mengena dengan dia. Tu noh omar yang kata

      Delete
  9. UG ada 4 sifat , bohong, khianat, mungkir janji dan menegak benang basah.

    Tak jadi masaalah sebab mungking mereka anggap diri mereka maksum macam agha khan.

    Mereka percaya video DSAI yang kabur dan tak terang.

    Video mustapa ali yg terang tak kabur, very clear mereka kata itu fitnah .
    Sekira kes MA itu benar berlaku, apa kata LIPAS (ahLI PAS) UG.

    ReplyDelete
  10. eloklah pas berambus dari pr bersame dgn umngok tu sampai mampus.suke same suke walaupun pernah di tendang dulu.pr boleh terus maju ke depan tanpa pas yg taksub dgn hududnya same taksub mcm umngok dgn ketuanan melayunya sampai lingkup negeri dan negara sejak merdeka.dpt kedah,perak,terengganu pun tak reti nak perintah ade hati nak ajar org lain perintah selangor.pas sile berambuslah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul kita ketepikan agama dan bangsa..kita pakai dasar liberal kapitalisma..siapa handal dia dapat..jangan ko jadi melayu tukang lap sudah....

      Delete
  11. Pas mangkuk hayoooooon

    ReplyDelete
  12. Kalau dilihat dari awal blog archive tiada cerita lain asyik mengutuk PAS sahaja mengalah blog UMNO...besok dan seterusnya blogger hanjing ini mengutuk lagi macamlah PKR maksum segala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata dulang paku serpih.....jawab le mana-mana yany dirasa tak betul. Jangan dibuat perangai UMNO. Yang depa dok kutuk dok hina Pakatan rakyat menggunakan semua media yang ada tak nampak. Sampai upah blogger US buat blog hentam pembangkang.

      Ini perangai yahudi........elok le. Ke orang PAS pun dah nak ikut perangai yahudi?

      Delete
    2. Memang dah ikut pun...

      Delete

  13. KUALA LUMPUR: Krisis Menteri Besar yang melanda Selangor ketika ini adalah berpunca daripada cita-cita seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim.


    Itu pandangan Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar yang berkata cita-cita Ketua Umum Pakatan Rakyat itu untuk menakluki Putrajaya telah membawa kepada rentetan masalah di Selangor.

    "Lelaki ini adalah masalahnya. Bagaimana isu ini timbul? Bukan kerana Tan Sri Khalid. Ini kerana seseorang yang ingin menakluki Putrajaya tetapi gagal berbuat demikian pada pilihan raya umum pada Mei 2013. Selepas gagal, Anwar berfikir, bagaimana hendak mendapatkan Selangor?

    "Saya hendak menjadi Menteri Besar, saya hendak tunjuk apa yang saya boleh buat. Saya harus menolak keluar kawan saya, Khalid. Khalid telah memberi bantuan kewangan kepada keluarga Anwar dan partinya semasa Anwar berada di dalam penjara. Tetapi Anwar membuat keputusan bahawa dia mahukan jawatan itu.

    "Ini adalah sebahagian daripada sandiwara Anwar dan (penyebab) krisis Menteri Besar berlaku," Chandra memberitahu Astro AWANI di dalam satu temubual.


    Chandra yang merupakan salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 1999, berkata beliau amat sedih dengan situasi semasa yang sedang berlaku.

    "Ahli DAP dan PKR yang berpelajaran tinggi dan merupakan ahli politik yang berpengalaman menyokong Anwar kerana inginkan kuasa," katanya.

    Chandra menerangkan bahawa Khalid adalah calon Menteri Besar yang lebih baik berbanding calon pilihan PKR dan DAP, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

    Beliau berkata Khalid bukan sahaja telah mengukuhkan asas kewangan negeri Selangor, tetapi berbanding semua Menteri Besar dan Ketua Menteri di negara ini sejak 57 tahun lepas, beliau ialah satu-satunya Menteri Besar yang tidak memberikan projek dan kontrak kepada kroninya sendiri.

    "Ini adalah satu perkara yang baik kerana ia telah menjadi penyakit. Sesetengah orang menjadi ahli politik untuk mendapatkan kontrak dan projek, bukan kerana untuk berkhidmat kepada rakyat. Khalid menghentikan amalan itu.

    "Tetapi Anwar mahu isterinya menjadi Menteri Besar kerana dia mahu seseorang yang dia boleh kawal. Wan Azizah telah berkata secara terbuka bahawa dia sanggup menjadi boneka Anwar. Saya tidak dapat melihat bagaimana dia (Wan Azizah) boleh berfungsi sebagai Menteri Besar, sebagai boneka.

    "Beliau ialah seorang pemimpin yang tidak sesuai. Dia tidak mempunyai kualiti kepimpinan. Adalah amat memalukan apabila Anwar mendesak Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar.

    "Dari segi kecekapan, sifat yang sangat penting bagi seorang pemimpin, Khalid jauh lebih cekap daripada Wan Azizah. Bolehkah anda menamakan satu ucapan cemerlang yang Wan Azizah buat di Parlimen? Bolehkah anda namakan saya satu perkhidmatan yang luar biasa yang telah dilakukannya sebagai MP. Ia hanya sederhana, " ulas Chandra.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kat parlimen. Kita pun boleh tanya perkara sama dengan performa TSKI sebagai MP yang begitu cemerlang sebagai MB. Performa DSWA sebagai MB kita tak tahu lagi sehingga beliau diberi peluang. Tak b3gitu?

      Yang ada rekod menjadi ketua pembangkang di parlimen dan sebagai MB setakat ini hanya TGHH . Performa TGHH sebagai k3tua pembangkang kat Parlimen pun biasa je. Tetapi performa TGHH sebagai MB amat teruk. Hanya bol3h bertahan sepenggal sahaja.

      Seorang lagi yang seperti TSKI ialah LGE. Performa LGE sebagai MP samaarkah dengan TSKI. Performa sebagai MB juga lebih kurang.

      Delete
    2. Sebaik sahaja Hadi memerintah Terengganu1999 ...Mahataik idola kamu telah merampas royalti minyak yang dikecapi selama ini oleh Terengganu...Hadi memerintah dalam serba kekurangan tapi masih mampu menjaga kebajikan rakyat dengan tidak mengenakan cukai pintu dan kakitangan kerajaan negeri merasa juga bonus setiap tahun.

      Tetapi umno tetap umno tak habis dengan kejahatan telah mengangkut pengundi hantu dari serata Malaysia berbondong bondong masuk mengundi dalam pru 2004 dengan bantuan spr, pendaftaran negara dan polis akhirya PAS tersungkur....ini pun kena ambil kira jugak.

      Delete
  14. Shaari Dan Hasnul yang dianggap khianat pada Pas sebenarnya memberi kelegaan pada sesetengah pemimpin tertinggi parti itu yang masih mahu bergabong dalam Pakatan Rakyat.

    Dua ADUN itu telah menunjukkan sikap setiakawan yang tulen memberi bantuan pada kawan gabongan nya ketika berhadapan dengan masaalah yang amat mencemaskan.

    Sikap ini yang kita harapkan dari parti PAS dalam Pakatan Rakyat tapi malangnya pemimpin utama parti berlengah-lengah seperti sedang tawar menawar dengan seseorang mengenai krisis Khalid Ibrahim.

    Terserah pada pengundi Selangor menilai sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin parti PAS mempermainkan rakan mereka dalam Pakatan Rakyat.

    Penolakan dan pemecatan Khalid Ibrahim dari jawatan menteri besar kemudian dicadangkan Wan Azizah untuk menggantikannya memang memberi satu kejutan kepada orang yang berkepentingan khasnya pencacai, pengampu, ahli perniagaan dan ahli politik.

    Menteri besar wanita akan menyusahkan mereka untuk merapatkan diri tujuan melobi dan merasuah.

    Itu sebabnya sehingga saat ini kita boleh baca berbagai komen mengutuk, menghina terhadap Anwar Ibrahim, Wan Azizah, ahli keluarganya sebagai mengamalkan nepotisme peringkat tertinggi.

    Biar pun dikatakan nepotisme tapi dari segi kelayakan, Wan Azizah sememangnya boleh diketengahkan sebagai calon menteri besar. Kerana beliau mempunyai pengalaman sebagai ahli parlimen Permatang Pauh beberapa penggal, pernah menjadi ketua pembangkang wanita diparlimen, masih menjadi presiden parti PKR dan kini beliau menjadi ADUN Kajang.

    Soal pengalaman tidak timbul kerana tiada siapa yang menjadi menteri besar mempunyai pengalaman mentadbir kecuali dibantu oleh penjawat awam dan ahli exco yang dia lantik.

    Namun dari segi protokol, kehadiran Wan Azizah sebagai menteri besar menimbulkan masaalah teknikal yang terpaksa ditolak dan digantikan dengan calon lelaki.

    Sultan Selangor yang ada sekarang dilihat lebih mesra dengan menteri besar lelaki kerana baginda boleh duduk bersebelahan dan bergesel kulit, bercakap, berbincang, bergurau dan ketawa tanpa apa-apa sekatan.

    Dalam keadaan itu beliau dilihat lebih disanjung dan dihormati. Tapi jika menteri besar wanita baginda terpaksa tunjuk sikap gentleman mendahulukan wanita sebelum lelaki dan kewibawaan baginda sebagai sultan akan terjejas.

    Ada kalanya baginda akan ajak menteri besar duduk dalam bilik berdua-duan membincangkan sesuatu pekara sulit tanpa diganggu oleh penasihat atau pembodek istana.

    Jika keadaan ini berlaku kepada Wan Azizah, ia akan membangkitkan nafsu MAIS, JAIS, JAWI, JAKIM, JAWI untuk mengendap (skodeng) bagi mengetahui apa yang sedang berlaku dalam bilik tersebut. Lagi pula kerja mereka memang intai orang bikin maksiat.

    Ada kemungkinan keadaan seumpama itu membolehkan video lucah Wan Azizah pula akan dicipta dan dedahkan oleh pencacai upahan demi menjahanamkan kewibawaan beliau sebagai menteri besar.

    Pada pandangan saya, menteri besar wanita masih belum sesuai dicalonkan ketika pemerintahan Sultan Selangor yang ada sekarang.

    PKR perlu memahami situasi ini demi menjaga kewibawaan parti mereka sendiri dalam mencalonkan menteri besar wanita.

    Saya tidak menyalahkan Anwar Ibrahim mencalonkan isterinya jadi menteri besar, kerana ia masih berbentuk satu cadangan yang perlu mendapat persetujuan dari pelbagai pihak.

    Cadangan bukan satu arahan maka apa yang dicadangkan oleh Anwar Ibrahim dan PKR itu masih boleh diubah kepada nama lain yang mendapat sokongan dan persetujuan dari pihak yang berkepentingan.

    ReplyDelete
  15. CELAKA..CELAKA...CELAKALAH KE ATAS KAMU YANG INGIN HANCURKAN PAKATAN..

    KHUSUS UTK UGGGGGGGGG...

    ReplyDelete
  16. todak mengambil tindakan segera pas ,dalam issu mb.,
    mumngkin ada rahsia yg sngt besar...yg kita tidak tahu ,sebab itu kenyataan mat sabu .umum atau tidak umum,.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...