Wednesday 6 August 2014

Sudahnya Terimalah BN Akan Kekal Berkuasa 50 Tahun Lagi...


Isu menukar Khalid Ibrahim dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang pada mulanya mungkin disangka ribut dalam cawan serta boleh ditangani dengan baik, kini mula bertukar menjadi taufan yang bukan saja bakal merobohkan kekuatan PKR dan Pas, bahkan seakan menghampiri untuk memusnahkan bahtera PR sendiri.

Jika sebelum ini dalam PKR berpecah antara puak pro Khalid dengan puak yang mahu menyingkirkannya, begitu juga dalam Pas di mana kumpulan ulama mahukan Menteri Besar itu terus dikekalkan manakala golongan profesional yang juga dikenali sebagai puak Anwarinas mahu sebaliknya, perkembangan mutakhir ini memperlihatkan hubungan antara PKR dan Pas tidak lagi semesra dulu.

Tidak ada sesiapa menduga bahawa PKR seperti menyimpan dendam lama dengan Pas apabila dalam usaha berterusannya mahu menyingkirkan Khalid, PKR melalui Rafizi Ramli juga mendedahkan bahawa Pas turut tidak menerima Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sebelum pilihanraya umum lalu.

Rafizi sebaliknya mendakwa, sekiranya PR memenangi pilihanraya umum lalu, Pas telah pun mempunyai calon pilihannya sendiri sebagai bakal Perdana Menteri iaitu Tengku Razaleigh Hamzah. Bagaimanapun, kata Rafizi, oleh kerana PR gagal mendapat kerusi majoriti dalam pilihanraya umum lalu, isu itu tidak pernah lagi dibangkitkan selepas itu.

Pendedahan Rafizi mengenai sikap Pas yang menolak Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri itu adalah bertujuan mewajarkan tindakan parti itu mencadangkan pertukaran Khalid tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Pas. Bagi Rafizi, jika berbincang pun pasti akan timbul masalah kerana sikap Pas yang pada pandangannya kerap tidak berpegang pada janji dan mudah membuat membuat pusingan U di saat-saat akhir.

Mungkin kerana kecewa berterusan dengan sikap Pas yang menyokong Khalid, Rafizi membuat keputusan mendedahkan tembelang Pas sebelum pilihanraya umum lalu yang selama ini menjadi rahsia semua pihak.

Walaupun pendedahan Rafizi itu disifatkan sebagai "bodoh" oleh Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali tetapi beliau tidak pula menafikan kebenaran apa yang ditimbulkan oleh Pengarah Strategi PKR itu.

Pada pandangan umum, jika benar pendedahan Rafizi itu, nyata bahawa sikap dan pendirian Pas amat memalukan sekali kerana sebagai entiti yang mengaku berlandaskan Islam dan menjaja nama Allah serta Rasul dalam kempen-kempennya, tetapi perlakuan yang ditunjukkan amatlah bertentangan sama-sekali.

Jika tidak mahu menerima Anwar sebagai calon Perdana Menteri, kenapakah Pas masih sanggup berganding bahu dengan PKR dan DAP dalam PR menghadapi pilihanraya lalu? Bukankah lebih baik keluar saja daripada PR dan bergerak secara sendirian?

Kenapakah juga penolakan terhadap Anwar Ibrahim itu tidak diberitahu secara terbuka kepada ahli-ahli di peringkat bawahan, memandangkan mereka di peringkat akar umbi sebahagian besarnya secara terbuka sudah menerima Anwar sebagai bakal Perdana Menteri?

Kemusykilan juga ialah kenapakah, daripada mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Perdana Menterinya, Pas tidak berani pula meletakkan Haji Hadi Awang, Mat Sabu, Nik Aziz atau Harun Din sebagai tokoh daripada acuannya sendiri untuk menjadi Perdana Menteri?

Apakah kerana tidak mahu menerima Anwar sebagai Perdana Menteri ini menyebabkan Pas meletakkan calon bertindih dan membangkitkan isu hudud di saat-saat kempen terakhir dalam pilihanraya lalu?

Meskipun Rafizi juga tidak sepatutnya mendedahkan perkara ini kerana persoalan yang perlu diselesaikan ialah mengenai perukaran Menteri Besar Selangor dan bukannya hal-hal lain yang kurang berkaitan, namun pendedahan ini secara tidak langsung mengurangkan lagi markah politik Pas di mata umum.

PKR pula mungkin mendapat lebih simpati kerana sudah dua kali dipermain-mainkan oleh Pas yang seperti ada agenda sendiri dan selalu menuju jalan lain di saat-saat akhir.

Menerima Tengku Razaleigh sebagai calon Perdana Menteri tiada salahnya kepada Pas, lebih-lebih lagi beliau memang berwibawa untuk menjawat jawatan itu, tetapi persoalannya ialah berkaitan wibawa, sikap bermuka-muka dan tidak berpegang pada janji yang diamalkan oleh parti Islam itu.

Adakah dibenarkan oleh Islam sikap sebegitu rupa?

Dengan pendedahan ini, sama ada Pas menafi atau mengiyakannya, perasaan saling curiga dan tidak mempercayai antara parti itu dengan PKR tentulah makin melebar. PKR mungkin lebih selesa bergandingan dengan DAP kerana walaupun ia bukan Islam tetapi amat kukuh berpegang pada janji dan ikatan yang telah dimeterai.

Selepas ini, sama ada pertukaran Khalid dapat dilaksanakan atau sama ada Pas menyokong atau sebaliknya Langkah Kajang yang terus berpanjangan, keretakan dalam PR, terutamanya berkaitan hubungan antara Pas dengan PKR, sudah boleh dibayangkan oleh sesiapa saja.

Ditambah dengan kecenderungan sesetengah puak dalam Pas yang semakin nyata untuk bekerjasama dengan UMNO melalui konsep kerajaan perpaduan, walaupun dimulut dan ceramah tidak lekang daripada memaki dan mencemuh UMNO, tidak mustahil juga sebenarnya Pas akan meninggalkan PR suatu hari nanti.

Walaupun Anwar, Haji Hadi dan Lim Kit Siang sudah berulangkali menyatakan PR tidak akan berpecah kerana isu Menteri Besar Selangor, tetapi tiada jaminan segala-galanya tidak berubah sepertimana Al-Quran yang kekal terpelihara sehingga kiamat. Juga tiada jaminan, acara londeh-melondeh yang sudah bermula ini tidak terus berpanjangan, malah melihat keghairahan masing-masing tidak mustahil menjadi lebih rancak lagi selepas ini.

Akhirnya, keretakan, perpecahan dan membawa haluan masing-masing sudah tidak boleh dielakkan lagi. Selalunya begitulah resam yang berlaku.

Bibit perpecahan dalam PR ini mungkin sesuatu yang menggembirakan UMNO, BN dan Najib yang sedang bercuti singkat ketika ini. Sikap PKR dan Pas yang sama-sama tidak bijak mengurus masalah sehingga membawa keuntungan kepada BN adalah juga petaka kepada sebahagian besar rakyat yang selama ini menaruh harapan agar PR bukan saja mampu menjadi pembangkang yang kuat, malah mampu juga mengambil alih tempat BN mentadbir negara.

Sudah ramai yang mulai meluat dengan pergolakan yang berlaku ini. Pertukaran Khalid yang sepatutnya mudah dan kalau bergolak pun sekadar ribut dalam cawan, sudah mulai menular kepada isu-isu yang boleh membawa bencana kepada PR sendiri. Kecuali semua masalah ini segera ditangani secara bersama dengan penuh bijaksana, perpecahan yang mulai menampakkan benihnya dan kiranya berterusan, ia adalah laluan mudah untuk BN terus berkuasa sekurang-kurangnya 50 tahun lagi.

Adalah sesuatu yang malang kerana akhirnya teriakan perubahan hanya menjadikan semuanya berputih mata lantaran kerana ketidakmatangan serta kebodohan yang bertingkek-tingkek. (SH 06/08/2014)

46 comments:

  1. Yang bermasalah adalah PKR bukannya PAS. YB Khalid masih PKR dan saya menyokongnya. Jangan diperbesar perkara kecil dan jangan nak mengusul agar PAS bergerak sendirian. Mampukah PKR bergerak sendirian pula? Perbezaan pendirian perkara biasa. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas pernah bergerak sendirian dan alhamdulillah, pengaruhnya tidak pernah hilang. Tapi PKR? Lepaskanlah bergerak sendiri, tak langkah setahun, mungkin mati...

      Delete
    2. Anon15:40

      Kalau jadi pilihanraya ketika ini apakah rakyat selangor akan pilih PAS kerana hukum hudud sehingga hari ini tidak tahu hujung pangkalnya atau pilih PKR yang mementingkan integriti dan keadilan dalam pentadbiran kerajaan negeri ?

      Delete
    3. PKR mementingkan integriti? Keadilan? Lu mabuk ketum ke, bang? Inilah satu-satunya parti yang hidup berpaksikan retorik semata-mata. Integriti? Hahahaha....

      Delete
    4. perenggan mula2 tu ha.. mulanya mungkin disangka ribut dalam cawan.. aku tolong sambungkn.. kini mula bertukar menjadi taufan dalam kelambu.. bantal berselerak mimpi lain lain.. sudahnya terimalah PKR lebih kurang sama macam UMNO juga.. mahu menyingkirkn ahli sendiri yg sedang pegang jawatan menteri.. kusangkakn panas hingga ke petang rupanya tsunami di tengahari.. menang Anwar.. Selangor tergadai.. membujur lalu melintang pukang.. taksub setiamu.. sahabat kawan kami korbankan..

      Delete
    5. Kalau semua nak bergerak sendirian,maka penyamun-penyamun umno akan tersenyum menunggu di depan pintu.Jangan berangan nak gerak sendiri, siapa pun tidak akan menjadi kuat,Buang yang keroh ambil yang jernih.Kita tak mahu diperintah lagi oleh umno/BN lagi,kelak anak cucu kita akan jadi menjadi hamba abdi pada mereka.Kemudian mereka akan menyalahkan kita walaupun kita sudah tinggal didalam kubur.

      Delete
    6. Hanya orang bodoh menyokong PKR. Sekarang bayarlah harga kebodohan anda itu. Parti kepala torak apa bercelaru tak habis-habis dari soal pemilihan, sampailah soal pilih ketua kerajaan. Puihhhhh!

      Delete
    7. MB kena tukar atau sokong PKR tak kena kuar duit bang, tapi sokong BN banyak kena bayar. Tak sedar2 lagi ke bang?? GST dah nak sampai.. Minyak, air, letrik dan tol belum tau...

      Delete
    8. Kalau pr memerintah semua dapat free.. kan brok.

      Delete
  2. See...mereka pada mulanya menuding pada UMNO, sekarang pada PAS pula.

    Lain kali minta Anwar pastikan, kalau dia cipta penyakit cipta lah sekali ubatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serahkanlah apa pun kepada Anwar bin Ibrahim...lambat atau cepat, dijamin lingkup!

      Delete
    2. Kalau tak tunding pada UMNO Baru dan PAS nak tunding jari pada siapa lagi kerana kedua-duanya adik beradik tiri dalam kerajaan perpaduan.

      Delete
    3. Sebab PAS cuba berbaik dengan umnolah yang menyebabkan PAS terkena jangkitan virus umno yang sangat bahaya.Virus kerja nak tipu melayu.Apa yang Rafizi dedahkan amat patut supaya rakyat tak tertipu lagi seperti yang ditipu oleh umno.

      Delete
  3. Cadangan Saya buat TSKI:-

    1. Membalas Surat Tunjuk Sebab pada 8 Ogos 2014 dengan Memohon Tempoh Lanjutan Selama 10 Hari iaitu pada 19 Ogos 2014 - Ini penting untuk melihat apakah keputusan sidang Perjuampaan PAS.

    2. Alasannya Tidak ada mana2 parti politik yang memberikan tempoh menjawab tunjuk sebab dalam masa 3 hari. Alasan 10 hari jugak logik diterima akal kerana masih di dalam tempoh kurang dari 14 hari pada kebiasaanya.

    3. Sekiranya PKR berkeras mahukan Jawapannya dan melebihkan tempoh kepada 4 Hari, maka TSKI bolehlah menjawab lagi memohon sehingga pada 12 Ogos 2014, iaitu selama 7 hari.

    TSKI perlu dan bersiap sedia untuk menghadapi segala macam kemungkinan di pecat drp PKR, dinyahkan jawatan Menteri Besar dsbnya, Maka surat-surat ini bolehlah digunakan dalam urusan rayuan ke bawah DYMM Sultan Selangor.

    TSKI jugak perlu siap siagakan diri dengan apa jua FAKTA yang dapat membantu beliau untuk mempertahankan diri drp dianyai oleh PKR keseluruhannya.

    PA dan Para Setiausaha perlu peka dan bersedia untuk mengatur suatu sidang Media secara LIVE untuk TSKI berucap menyatakan pendirian sekiranya Beliau dipecat dan dinyah jawatan.

    Jangan Lupa Panggil CNN, BBC, Al-Jazeera, CCTV News, RT dsbnya - supaya Seluruh Dunia tahu Siapa Anwar Ibrahim.

    Anwar Ibrahim dipecat, tapi diberikan masa yang cukup lama untuk bertindak, menjawab surat dsbnya - jadi pengalaman Anwar dipecat dijadikan pengalaman di dalam proses pemecatan TSKI dan TIADA TEMPOH yang sesuai selayaknya diberikan kpd TSKI.

    Semoga TSKI akan bersia sedia dan menempohi cabaran ini dengan penuh dedikasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara setiausaha dari longkang mana ?

      Delete
    2. Kalau yang tanya dari longkang mana,saudara dari tong taik yang mana?

      Delete
  4. PKR mahu ahli nya Khalid Ibrahim mengundurkan diri jawatan menteri besar atas masaalah peribadi berkaitan dengan hutang bank dan juga keraguan beliau dalam meluluskan jual beli tanah dan syarikat air.

    Tujuan PKR adalah baik demi menjaga kewibawaan parti Pakatan Rakyat dari gejala salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah berlaku. Dan orang yang bakal digantikan adalah ADUN Kajang merangkap presiden parti PKR bernama Wan Azizah yang bebas dari rasuah secara kebetulan isteri kepada Anwar Ibrahim.

    DAP menyokong Khalid berundur. Tapi Khalid ingkar malah menderhaka pada partinya sendiri. Pemimpin PAS pula mempertahankan kedudukan Khalid agar dikekalkan atas alasan beliau tidak bersalah.

    Keadaan dikecohkan oleh puak yang menyokong Khalid Ibrahim dibantu oleh pemimpin PAS yang pro UMNO Baru supaya keadaan dilihat seperti mahu dharurat. Dalam masa yang sama mereka mengharap agenda memecah belahkan Pakatan Rakyat berjaya.

    Sebagai pengundi apa kita faham tentang isu yang dipanaskan oleh puak PAS pro UMNO Baru ini ?

    Maknanya jangan pilih PAS dan UMNO Baru tapi kekal bersama PKR dan DAP kerana isu memecat menteri besar adalah untuk kebaikan rakyat Selangor kerana dari tindakan Pemimpin PAS dan Khalid Ibrahim dapat kita rungkaikan bahawa mereka bersekongkol seperti mahu mengamalkan sistem yang diamalkan oleh UMNO Baru yang bersifat curang, seleweng, salah guna kuasa, dan rasuah.

    Perangai itu nanti UMNO Baru boleh dijadikan alasan bahawa Pakatan Rakyat tiada bezanya dengan Barisan Nasional. Oleh itu mereka berharap rakyat Selangor akan menyerahkan semula kerajaan negeri Selangor pada pemimpin UMNO Baru dalam pilihanraya...

    Pendedahan cerita pemimpin PAS yang bersama dalam Pakatan Rakyat tapi tidak mahu memililh Anwar Ibrahim dari PKR jadi perdana menteri malah dengan sikap bodoh sombongnya mereka buat pilihan sendiri dengan mencalon orang dari parti musuh iaitu Tengku Razaleigh jadi perdana menteri menunjukkan betapa khianatnya ahli dan pemimpin PAS terhadap rakan politiknya yang kita sokong selama ini adalah lebai berjiwa SYAITAN LAKNATULLAH.

    Mungkin mereka merasakan bahawa parti PAS sudah lama hidup maka parti mereka perlu dihormati sebagai parti dominan seperti UMNO Baru dalam Barisan Nasional.

    Tapi mereka tidak sedar diri bahawa mereka dari gulungan orang yang bodoh. Terengganu, Perak, dan Kedah adalah rekod yang tidak boleh dipadam bahawa PAS gagal mentadbir negeri. Bagaimana orang lain boleh memberi laluan untuk PAS jadi parti pentadbir ?

    Mungkin disebabkan kebodohan itu tak dapat diatasi maka mereka terpaksa tukar warna kulit menjadi parti samseng seperti yang dilakukan oleh UMNO Baru dalam Barisan Nasional. Maka jadilah apa yang sedang mereka lakukan.

    Saya percaya pendedahan cerita pemimpin PAS pilih orang UMNO baru jadi perdana menteri bagi pihak Pakatan Rakyat adalah kerana pemimpin PKR sudah tidak mampu bersabar lagi diatas kerenah dan sikap pemimpin PAS yang selalu menimbulkan masaalah dalam Pakatan Rakyat.

    Apabila seorang rakan kita yang kita hormati tapi dengan bukti saheh dia berniat mahu membunuh kita kerana iri hati dan dengki diatas keupayaan kita jadi orang yang dihormati, apakah kita akan bersikap tak apa....biarlah.... seperti yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim dan ahli keluarganya membiarkan kepalanya diinjak-injak oleh pemimpin UMNO Baru dan juga ulamak politik PAS ?

    Elok juga jika sultan Selangor bersetuju membubarkan DUN Selangor. Soal kalah menang adalah adat bertanding tapi PKR dan DAP perlu menguji kewibawaan PAS bagi menentukan parti mana yang dipilih oleh rakyat Selangor. Sekurang-kurangnya PKR dan DAP boleh menjauhkan diri dari PAS.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah, saudara memang layak jadi pakar strategi pkr, ganti rafizi.

      Delete
    2. Bongok......ANUwar anugerah Tuhan...hahahahahah
      http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2014/08/konspirasi-jijik-anwar-rafizi-wan.html

      Delete
    3. Bongok..........ANUwar anugerah Tuhan......hahahahahahah
      http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2014/08/konspirasi-jijik-anwar-rafizi-wan.html

      Delete
    4. rafizi kata sedia hilang negeri Selangor ntuk singkirkn Khalid.. bior btoi.. ini namanya marahkan nyamuk banglo dibakor.. dh elok2 rakyat Selangor bagi kepercayaan majoriti 2/3 kpd PR.. mulot capoi dia cakap mcm tu pulak.. nanti rakyat x mau ngundi PKR camana..? apa dia ingat itu Selangor PKR punya kerusi semua..? ini perkongsian kuasa la woi... nanti kalo PR menang perintah Malaysia atau negeri lain.. dia nk cakap pulak sedia hilang Malaysia atau negeri lain ntuk singkirkn MB itu menteri ini pulak.. aku penyokong setia PR dh berapa banyak prhimpunan aku pegi .. dh 2 kali ngundi.. nk juge aku bagi penampor kt mulot capoi dia ni..

      Delete
    5. Pengundi Selangor hanya perlu pilih satu diantara tiga calon

      Barisan Nasional = Perjuangkan barang naik dan GST

      PAS = Perjuangkan Hukum Hudud

      PKR = Perjuangkan Integriti dalam pentadbiran kerajaan negeri

      Delete
    6. PAS memang parti yang kononya memperjuangkan islam tapi cuba nak menipu rakyat sejak ada geng UG yang perkauman.Lebih baik yang perkauman keluar PAS dan buat parti macam umno atau sertai Ibrahim Ali atau ngo beras jati.Last sekali semua mereka telah dipinggirkan rakyat.

      Delete
    7. Dalam banyak pendapat budak-budak sekolah di atas, hanya pendapat dan pandangan serta tulisan anda yang rasanya amat matang dan terbaik (bukan budak sekolah). Tahniah!

      Delete
  5. Elok ler si nuar ni duduk dlm jel jer. Menyusahkan semua !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih elok lagi Khalid masuk Pas dankedua-dua keluar dari PR. Kalau undi tidak percaya diadakan, Khalid hanya mampu dapat 16 undi( Undi Khalid dan 15 Pas).. Umno mesti berkecuali kerana hendak DUN dibubarkan segera. Undi tidak percaya terhadap Khalid ialah 13 PKR dan 14 DAP iaitu 23..Lepas tu Khalid nasihat Sultan supaya bubar DUN.

      Sokongan Umno terhadap Khalid adalah sokongan politik untuk menentukan DUN dibubarkan yang mengembirakan MCA dan Gerakan..

      Delete
    2. Elok orang yang cakap ni dudk dalam jel.Sebab semua orang tahu umno takut dengan Anwar sehingga sanggup melakukan perkara keji untuk berlawan secara jantan.

      Delete
    3. Dia sendiri buat perkara-perkara keji, dah tu nak salahkan orang lain. Tengok muka lebamnya tu pun dah tahu, Anwar tu manusia yang tak ada 'nur'. Yang ada lidah biawaknya saja.

      Delete
    4. Ha..ha..jangan kata orang lain takde NUr,kau TUhan ka?inilah komen penyokong parti cap lembu kondo!Kata orang keji sepuluh jari lain menujukkan kau yang lebih keji dari yang dikeji.Cakap pikir guna otak.Jangan guna kepala lutut atau kepala bana.

      Delete
    5. Pandai mu bercakap.. Macam burung kakak tua.

      Delete
  6. Nampaknya bstu api dah memyakan sampah yang dkkira kertas...

    ReplyDelete
  7. re,
    Sudahnya terimalah BN akan berkuasa 50 tahun lagi.

    Alhamdullilah !.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan letak harapan tinggi sangat.....masuk bertanding dalam pilihanraya DUN dulu....

      ...apakah kerana isu menteri besar maka rakyat selangor sanggup beri kerajaan negeri pada parti yang lebih teruk melakukan penyelewengan dari isu pemecatan menteri besar ?

      Kita tunggu keputusannya nanti.....

      Delete
    2. Alhamdulillah untuk BN jual negara.Sekarang Johor pula kena jual.

      Delete
    3. PR mungkin menang jika ada PRK di Selangor, tetapi dengan perbezaan yang sedikit, dengan kata lain undi BN akan bertambah kerana rakyat dah muak dengan kerenah PKR, terlalu banyak isu dalam pentadbiran PKR.

      Delete
  8. Langkah kajang suatu yang mengecewakan dan boleh dipersoalkan. Pada ketika PRK kajang lalu isu langkah kajang ini bukan perhatian utama untuk memperoleh kemenangan di kajang, Pengundi yang setia kepada PR terus menyokong PR atas isu keperluan harian dan isu pengenalan GST oleh kerajaan BN.
    Sebaliknya, setelah menangnya PKR, isu-isu itu lenyap. Mereka lebih mabokkan jawatan MB rupanya. Pengundi kajang tidak seharusnya dibawa bersama dalam penyelesaian kemelut kepimpinan PKR ini.
    Harap harapan pengundi kajang tidak disia-siakan dengan kehadiran presiden parti PKR ini. TQ
    p/s: kajang tiada lagi kangkong yang murah dan harga ayam yang rendah. :)

    ReplyDelete
  9. PAS wajib jadi parti tunjang, kalau gagal maka wajib mengundurkan diri. Senang cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya PAS patut berada di dalam PR untuk menegur dan memerhati rakan-rakannya, kalau DAP dan PKR tak suka boleh buang PAS, tapi PAS jangan keluar dulu, teruskan menegur dan memerhatikan pergerakan kawan-kawannya, PR adalah alternatif untuk rakyat, selagi PR kuat rakyat akan merasa BR1M, PR1MA, dan bermacam kelebihan lagi kerana BN rasa tergugat dan tidak boleh melakukan penyelewengan sewenang-wenangnya. Saya percaya PAS parti yang mementingkan agama dan rakyat dan bukanlah ditubuhkan semata-mata untuk menjadi pemerintah. Pada saya pembangkang yang bagus adalah yang membangkang untuk mendapat keadilan dan memberikan idea yang bernas dan bukan sekadar mahu menjatuhkan pemimpin. (sekadar pandangan, kalau tersalah minta maaf)

      Delete
    2. Saudara..maaf cakap la sebelum pas nak tegur orang lain.elok la pas tegur prisidennya dulu supaya jangan tuduh orang lain jual pil kuda tanpa bukti..kah kah kah

      Delete
  10. Saya berijtihad untuk menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim untuk terus kekal sebagai MB Selangor atas alasan berikut;

    1. Tiada dalil syarie yang menunjukkan harusnya TSKI diminta å jawatan.

    2. Sebarang tohmahan atas beliau perlulah di asaskan dengan perbicaraan yang adil dan saksama dimana bukti2 dikemukakan dan beliau diberikan hak yang adil untuk menjawab segala pertuduhan.

    3. Nakhoda, iaitu Presiden PAS, ketua bagi jamaah Islam ini telahpun memberikan arahan untuk menyokong TSKI. Sebagai ahli jamaah saya wajib taat kepada ketua, itulah adab berjamaah.

    4. Diperkuatkan lagi dengan petunjuk nasihat yang diberikan oleh Mursyidul Am, TGNA sendiri yang meminta semua ahli jamaah dengan tiada pengecualian untuk taat kepada keputusan pimpinan.

    5. Keputusan majlis syura adalah paling penting, kerana ianya adalah ijmak yang paling tinggi dalam jamaah Islam PAS, dimana para ulama telah berijtihad dan besepakat untuk mengambil satu dasar. Presiden dan mursyidul Am sendiripun adalah tertakluk kepada kekuatan ijmak yang mengatasi pandangan peribadi mereka.

    6. Selain daripada di atas, kesemuanya tidak melalui kaedah-kaedah syarie yang mantap, dan paling kuat hanya berpandangan kepada tokoh individu yang ramai tidak sampai kepada kefaqihan yang jelas mengenai syarak.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan buat lawak,PAS sudah tidak dipercayai oleh penyokong PR atas gara-gara Dr.Lembu yang rasis yang tidak menunjukkan ciri islam sebenar.Sepatutnta DR. lembu tu harus dinasihat jadi ahli umno,sebab dia telah mencemarkan imej islam sendiri.

      Delete
  11. Sejak mula lagi saya berpendapat, untuk selesaikan masalah ialah cari puncanya. Bukan selesaikan masalah dengan tambah masalah atau dengan masalah lain.

    Saya llihat bergolaknya PR sekarang kerana ada ura-ura nak gantikan TS Khalid dengan Kak Wan. Sebelum tu tak ada !. Walaupun asalnya Anwar bakal cakon di Kajang dan bakal jadi MB Selangor, PR masih lagi senyap....

    Sekarang , untuk hentikan kekalutan dalam PR dan juga PKR, hentikan saja cadangan nak gugurkan TS Khalid dari jawatan MB. Biarkan TS Khalid jadi MB hingga tamat tempuh. Lepas itu siapa nak jadi MB pilihlah kemudian..... Kalau ada yang tak betul dengan TS Khalid sekarang, semua pemimpin dalam PR bagi nasihat dan panduan supaya perkhidmatan TS Khalid leboih cemerlang lagi.

    Saya sebagai rakyat Selangor amat takut : Yang dikejar tak dapat, yang dikendung jatuh berciciran.... dan janganlah harapkan guruh di langit, air di tempayan kita curahkan. Suatu yang perlu diingat bersama-sama oleh PR/PKR, UMNO/ BN sentiasa sahaja memasang jerat !.Tunggu masa sahaja nak bingkas. Jerat tidak pernah lupakan pelandok ooooooi !...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau biar Khalid gagap terus perintah dia akan jadi macam diktator umno.Dah lakukan curang dan main kayu tiga dengan umno,kau nak biar dia lagi.Lingkup PR.Bila dah kawan dengan Najib,dia harus dipancung habis-habisan tanpa belas kasihan.

      Delete
  12. kadang2 aku heran...sedang ramai pemimpin2 PKR dan PAS buat kenyataan sendiri pasal isu MB ni...tapi Anwar dan Hj. Hadi mcm terus senyap...seolah membiarkan isu ini menjadi ribut. Sebagai pemimpin yg cemerlang ( yang akan bakal menjadi PM Malaysia ) sepatutnya isu ini boleh di kawal atau diselesaikan di peringkat awal....Adakah ini kehendak mereka atau ada plan politik yg lain??? Maklumlah..politik ni ada mcm2 helah dan strategik....

    ReplyDelete
  13. Memang syarat untuk menyertai PR kena bersumpah untuk memilih anwar sebagai PM ke??

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah. bersyukur kepada Allah s.w.t, umno masih memerintah negara kita. kalau pr yg memerintah huru hara jadinya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...