Monday, 19 August 2013

Nazri Masih Ingkar Arahan Najib?


Setelah Najib mengeluarkan kenyataan bahawa tidak dibenarkan seseorang menteri melantik anak atau ahli keluarganya sebagai pegawai khas di mana-mana kementerian, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz akhirnya menukar kedudukan jawatan anak bongsunya itu. Jika sebelum ini, jawatannya ialah pegawai khas menteri, kini ia ditukar kepada pegawai khas Ahli Parlimen Padang Rengas (urusan Gen Y).

Tindakan Nazri itu dilihat sebagai tanda beliau akur dengan arahan Perdana Menteri walaupun sebelumnya terlihat begitu angkuh mahu mempertahankan kedudukannya anaknya itu, termasuk dengan mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, "ini kementerian saya, saya bebas melantik sesiapa saja".

Perubahan kedudukan jawatan itu dilakukan dalam portal rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, bermula semalam.

Bagaimanapun, yang menjadi persoalan ramai, kalau sudah jawatannya ditukar menjadi pegawai khas di kawasan Parlimen Padang Rengas dan bukan lagi sebagai kakitangan kementerian, mengapa pula perlu namanya dikekalkan lagi dalam senarai portal kementerian itu?

Kenapakah Nazri begitu bersungguh-sungguh mahu menonjolkan nama anaknya di kementerian itu sedangkan tugasnya tidak lagi berkaitan dengan kementerian, sebaliknya hanya berkaitan Generasi Y di Padang Rengas?

Apakah mungkin, Nedim Nazri itu sebenarnya hanya ditukarkan nama jawatan sahaja tetapi masih berada di kementerian dan menggunakan segala kemudahan kerajaan seperti pejabat, telefon, kakitangan dan sebagainya dalam urusan sehariannya? Bukankah ini bertentangan dengan etika yang seharusnya?

Rasanya semua menteri, termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga mempunyai pegawai khas yang menjaga kawasan Parlimen boss masing-masing tetapi tidak pula kita pernah mendengar nama pegawai khas Ahli Parlimen Pekan atau pegawai khas Ahli Parlimen Pagoh misalnya, dimasukkan namanya dalam portal rasmi Jabatan Perdana Menteri.

Begitu juga menteri-menteri lain yang turut mempunyai pegawai khas di kawasan Parlimen masing-masing, nama mereka turut tidak dimasukkan dalam senarai staff kementerian kerana mereka bukanlah kakitangan kementerian.

Barangkali Nazri satu-satunya menteri yang meletakkan nama pegawai khas di kawasan Parlimennya dalam portal rasmi kementerian walaupun gajinya dibayar oleh beliau sendiri.

Tugas seorang pegawai khas di kawasan Parlimen ialah menjaga kepentingan pengundi di kawasan itu dan memastikan mereka mendapat bantuan atau pertolongan yang sewajarnya dalam apa juga masalah yang dihadapi di sebalik kesibukan seseorang Ahli Parlimen yang memegang jawatan sebagai menteri di Pusat.

Tugas mereka biasanya hanya melibatkan urusan dengan Ahli Parlimen dan tidak berkaitan dengan kementerian.

Dalam hal ini, anak Nazri itu sepatutnya lebih wajar berada di Pedang Rengas, berbanding mempunyai pejabat yang selantai dengan bapanya di kementerian.

Dengan meletakkan nama anaknya kekal dalam portal rasmi kementerian dan kemungkinan juga masih mempunyai pejabat di kementerian, Nazri sebenarnya tidak seratus-peratus mematuhi arahan Perdana Menteri yang berbunyi, "Ini prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh diletakkan di pejabat menteri".

Najib juga berkata, seseorang menteri hanya boleh melantik ahli keluarganya sebagai pembantu di kawasan Parlimennya sahaja.

Walaupun terlihat akur dan mengalah, Nazri sebenarnya masih menyanggahi arahan Najib. (SH 19/08/2013)

1 comment:

  1. Hello,
    Semua orang sedang gembira memberi kesaksian besar saya tentang bagaimana saya mendapat jumlah pinjaman keinginan saya dari Encik Franklin Osayande Scott Pinjaman Syarikat, saya ingin cepat menggunakan peluang ini untuk memberitahu dunia tahu keseluruhan ini, Am Puan Ann Maxwell dari Amerika Syarikat, saya mencari pinjaman untuk memulakan perniagaan sendiri bagi menyokong suami saya mengenai perbelanjaan anak-anak jadi saya pergi dalam talian mencari pinjaman ketika saya terserempak dengan beberapa pemberi pinjaman yang menipu dan scammed diri sedikit wang saya di proses masa saya mendapat keliru i tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi kerana wang kecil i telah mempunyai dengan saya telah diambil oleh mereka anak haram penipuan yang memanggil diri mereka pemberi pinjaman pinjaman sebenar, Maka pada hari setia sebagai i telah melayari internet mencari pekerjaan i terserempak beberapa testimoni mengulas mengenai forum itu oleh salah Encik Andrew Fred dan Puan Monica Luis bagaimana mereka menerima pinjaman mereka daripada Encik Franklin Osayande Scott Pinjaman Syarikat Email: franklinosayandescott@gmail.com Jadi saya berkata kepada diri saya sendiri bahawa saya mesti memberi ujian ini kerana i begitu takut mengenai apa yang pemberi pinjaman yang lain telah melakukan kepada saya, Jadi saya pergi ke hadapan mengambil alamat E-mel peribadinya yang di orang-orang komen di forum ini jadi saya menghubungi beliau memaklumkan bahawa saya telah dirujuk kepadanya oleh beberapa pelanggan yang menerima pinjaman mereka daripada syarikat, Encik Andrew Fred dan Puan Monica Luis, Oleh itu, apabila dia mendengar bahawa beliau gembira tentang itu, Maka beliau memberi jaminan saya bahawa saya dalam syarikat yang betul di mana saya boleh menerima jumlah pinjaman keinginan saya, Mereka memberikan saya pinjaman peminjam borang permohonan untuk mengisi dan kembali, saya semua itu, kepada mereka semua maklumat yang perlu saya adalah mengenai saya, Jadi saya telah diberi terma dan syarat syarikat mereka semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kelewatan, dalam tidak kurang daripada 24 jam saya telah dimaklumkan bahawa pinjaman saya jumlah sah € 6.000.000 telah didaftarkan dan diluluskan oleh lembaga pinjaman mereka pemegang amanah, Jadi pada proses masa i begitu gembira apabila mereka memberitahu saya saya perlu menghantar mereka oleh perbankan butiran, Tapi i sedikit ragu-ragu untuk melakukannya jadi saya berkata saya mempunyai kepercayaan dan percaya bagi pemberi pinjaman ini memanggil Encik Franklin Osayande Scott, saya memberikan mereka dengan akaun bank begitu menghairankan saya menerima dan amaran dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 6.000.000 € oleh Encik Franklin Osayande Scott, WOW .. i hampir pengsan, Jadi saya segera menghantar e-mel kepadanya bahawa saya mempunyai menerima pinjaman saya berjaya, Jadi saudara kita yang kekasih dan perempuan di luar sana masih mencari syarikat pinjaman yang tulen saya akan menasihati anda untuk sila hubungi Encik Franklin Osayande Scott dengan ini sama FACEBOOK: Franklin Osayande Scott , E-mail: franklinosayandescott@gmail.com dan saya tahu dia juga akan membantu anda dengan jumlah pinjaman keinginan anda baik-baik saja, E-mereka hari ini dan anda akan senang anda lakukan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...