Thursday 15 August 2013
Keberanian Nazri Aziz Melantik Anaknya Seharusnya Diberi Pujian
Meskipun BN hanya menang tipis 133 kerusi Parlimen dan cuma meraih 47 peratus undi popular dalam pilihanraya lalu, Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan serta sahabat karib Najib sejak zaman Pemuda UMNO lagi, telah melantik anaknya sendiri, Nedim sebagai pegawai khas di kementerian yang diterajuinya itu.
Tindakan beliau itu segera mengundang kritikan serta cemuhan banyak pihak pihak, termasuk dari dalam UMNO sendiri. Nazri dilihat tidak berselindung ingin menyuburkan amalan kronisme dan nepotisme dalam kementeriannya sedangkan amalan itu begitu ditentang di seluruh dunia, bahkan antara punca kejatuhan banyak kerajaan di negara Arab dan Afrika Utara adalah disebabkan alaman itu begitu berleluasa sehingga menimbulkan kebencian yang tak terbendung lagi di hati rakyat.
Di Malaysia pula, walaupun ada parti-parti politik yang membenarkan anak dan menantu turut berada dalam hireaki parti tertentu tetapi amat jarang membenarkan mereka memegang jawatan dalam kerajaan. Kalau ada pun yang berbuat demikian, ia pasti mengundang kecaman ramai dan akhirnya anak atau menantu itu dilepaskan kedudukannya dalam kerajaan.
Di dalam UMNO juga, walaupun ramai menteri yang mempunyai anak, adik-beradik, menantu atau sebagainya yang berkebolehan serta layak, mereka biasanya mengelak untuk melantiknya memegang apa-apa jawatan di kementerian yang diketuainya bagi mengelakkan kecaman ramai serta membebankan lagi kedudukan parti.
Baik di zaman UMNO kukuh dan rakyatnya masih tertutup dengan tembusan maklumat, apatah lagi era mendatang ini di mana UMNO mungkin menjadi batu atau sabut, melantik anak, menantu atau adik-beradik bukanlah pilihan yang terbaik. Ini kerana perbuatan itu akan menimbulkan pelbagai persepsi yang tidak baik, sama ada kepada menteri terbabit, kerajaan atau UMNO itu sendiri.
Selama ini, apa yang sering kita dengar hanyalah anak, menantu, adik atau isteri menteri-menteri yang menjadi proksi kepada syarikat perniagaan tertentu dan membolot banyak peluang perniagaan di sesebuah kementerian itu. Ramai di kalangan mereka ini yang hidup mewah dan bergaya ranggi ke sana-sini hanya dengan menumpah tuah seperti itu.
Bukan juga asing kedengaran bilamana di sesebuah kementerian itu, sebahagian besar kontrak perniagaan hanyalah dimonopoli oleh anak, menantu, adik-beradik, ipar-duai dan mereka yang ada kaitan dengan isteri-isteri menteri sahaja.
Perkara ini bukanlah menjadi rahsia lagi atau diperbualkan di kedai-kedai kopi dan lobi hotel saja, bahkan ada yang sampai di bangkitkan di dalam Parlimen. Tetapi oleh kerana perbuatan ini agar sukar dikesan buktinya secara kukuh atau hitam putih, selalunya ia berakhir begitu sahaja seiring dengan perjalanan masa.
Namun, dari semasa ke semasa, amalan kronisme dan nepotisme di kalangan menteri-menteri sebenarnya terus berlaku seolah-olah tiada titik penamatnya. Amalan ini masih kedengaran di di mana-mana, sama ada kedengaran daripada mulut ahli UMNO mahupun daripada kakitangan kerajaan.
Seharusnya apabila pilihanraya umum ke 13 lalu hanya meletakkan 23 kerusi Parlimen sebagai pemisah dengan pihak pembangkang, para pemimpin UMNO dan kerajaan mengambil iktibar serta merenung kembali punca-punca kemerosotan sokongan rakyat selama ini.
Lebih-lebih lagi laungan rebah jika tak berubah, sudah begitu kerap dilontarkan dan hampir semua pemimpin sudah bercakap mengenainya. Tetapi jika dilihat dari segi perbuatan atau tindakan menteri-menteri ini, mereka sebenarnya tidak pernah mahu berubah.
Hari ini, bukan saja amalan memberi kontrak dan konsesi perniagaan kepada anak, menantu, adik-beradik dan ipar-duai terus berleluasa, bahkan keberanian Nazri melantiknya anaknya sendiri sebagai pegawai khas di kementerian yang diterajuinya menyerlahkan lagi hakikat tidak mahu berubah itu.
Tambahan lagi, anaknya ini juga sebelum ini dikaitkan dengan pelbagai kontroversi, termasuk hubungannya dengan seorang usahawan balak, Michael Chia serta kehidupan mewahnya yang penuh warna-warni.
Kini dengan dilantik pula sebagai pegawai khas di kementerian bapanya, walaupun menurut Nazri tidak melibatkan pembayaran gaji oleh kerajaan, ia tentunya mengundang lebih banyak kritikan serta cemuhan ramai. Nazri pasti akan dikaitkan dengan amalan nepotisme sedangkan ramai anak-anak muda serta lepasan ijazah masih terbelenggu dengan isu pengangguran serta ketiadaan peluang pekerjaan.
Bagaimanapun, di sudut yang lain, tindakan Nazri ini seharusnya juga dipuji dan patut diberi kalungan tahniah kerana beliau nampaknya tidak menyembunyikan hakikat dirinya sebagai pengamal kronisme dan nepotisme dalam kerajaan yang sedang dipimpin oleh Najib.
Mungkin juga lebih baik jika selepas ini lebih ramai lagi menteri turut melantik anak, menantu, adik-beradik atau sesiapa saja yang rapat dengannya untuk membolot semua jawatan penting di kementerian yang mereka terajui. Pastikan juga selepas ini semua kontrak-kontrak perniagaan hanya berlegar di kalangan kroni-kroni sahaja.
Dalam tempoh tidak sampai lima tahun sebelum pilihanraya akan datang, buatlah sesuka hati di kementerian masing-masing dan janganlah sekadar mengambil kesempatan tetapi ambillah juga apa-apa yang sempat.
Inilah yang sebaik-baiknya dilakukan oleh menteri dan para pemimpin UMNO supaya akhirnya rakyat tidak perlu lagi berfikir dua kali untuk menolak mereka dalam pilihanraya nanti. (SH 15/08/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nazri Cuma Ikuti Contoh PM Najib yang melantik Rosmah mengepalai FLOM di Jabatan PM degan Budget Yang amat Besar. Jadi apa yang hebatnya bagi Nazri melantik anaknya sebagai penolong?
ReplyDeleteSebelum mengkritik pimpin UMNO Baru, kita kena selidik dan bertanya pada ahli parti itu dulu kerana mereka yang mencadangkan dan menyokong seseorang itu jadi pemompin.
ReplyDeleteJika perbuatan seperti Shahrizat meletakkan lembu ternakannya dalam kondo mewah tidak menjadi satu kesalahan dimata ahli.....maka Shahrizat dipihak yang benar. Beliau akan dikekalkan kedudukannya sebagai ketua wanita biar pun rakyat jelata memandang perbuatan itu sebagai amalan kronisme dan nepotisme.
Begitu juga dengan Nazri melantik anaknya jadi pembantu khas dalam kementeriannya. Bukan masaalah besar jika Nazri berjaya memberi penerangan yang jelas pada ahli parti dan mereka menerimanya maka Nazri juga tidak diamggap bersalah sama seperti Shahrizat.
Sebenarnya dalam banyak hal tanpa kita sedari ahli parti UMNO Baru jadi pelindung kepada pemimpin mereka yang melakukan kesalahan jenayah, rasuah, salah guna kuasa, bawa lari duit keluar negara serta amalan kronisme dan nepotisme.
Itu sebabnya penerimaan keahlian UMNO Baru hanya dikhususkan kepada orang yang nampak pandai tapi bangang. Agar mudah diperbodohkan dalam apa jua situasi.
Kes altantuya dibunuh, siapa yang melindungi Najib dan menyokong beliau menjawat jawatan PM Malaysia ?
Kes Mahathir menswastakan semua syarikat kerajaan Malaysia menjadi hak milik kroni disokong oleh siapa kalau bukan ahli UMNO Baru...?
Ada banyak kes walau pun pada mata kasar perbuatannya hanyalah seorang individu tapi ia juga yang melibatkan ahli UMNO Baru sama ada secara langsung dan tidak langsung.
Sila rujuk pada ahli UMNO Baru, apakah mereka takut dengan jenayah senjata api yang begitu meriah sejak akhir-akhir ini.... Jika mereka takut bermakna undang-undang seperti ISA Akta dharurat dan akta hasutan akan dihidupkan semula. Jika mereka tidak takut.... Jenayah itu akan berterusan sehingga mereka jadi takut.
Bila matlamat berjaya menghalalkan cara maka bersedialah orang yang mereka benci..... Pasti akan ada yang hilang ditengah malam.