Thursday, 22 August 2013
Awakening - Jawapan Mahathir Di Luar Jangkaan
Setelah menangguh beberapa lama untuk memberi respon terhadap dakwaan Pak Lah terhadapnya dalam buku Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia, Mahathir akhirnya menulis dalam blognya untuk menjawab sebahagian daripada isu-isu yang ditujukan kepadanya.
Namun tidak sebagaimana biasanya, Mahathir yang sering melawan apabila dicabar dan bertindak lebih keras terhadap orang yang mengkritiknya, kali ini beliau memilih untuk menjawab dengan cara sinis dan sindiran saja.
Dalam blognya hari ini, Mahathir menjawab bahawa walaupun kerajaan yang dipimpin oleh Pak Lah untuk menghadapi pilihanraya 2008 adalah kerajaan yang kaya dan mampu menyimpan berbilion ringgit wang kerajaan tetapi lima negeri termasuk Wilayah Persekutuan telah jatuh ke tangan pembangkang serta menyebabkan BN hilang majoriti dua pertiga.
Kerajaan yang menghadapi pilihanraya 2008 adalah kerajaan yang kaya tetapi malangnya rakyat tidak menghargainya, sindir Mahathir lagi.
Dengan nada yang lebih sinis, Mahathir juga berkata, cuba bayangkan berapa billion ringgit akan dapat diselamatkan jika beliau bersara lebih awal daripada itu dan kita akan duduk di atas gunung-ganang yang dipenuhi wang ringgit.
Sebaik buku itu diterbitkan dan terkandung didalamnya wawancara dengan Pak Lah yang antara lain memuatkan dakwaannya bahawa negara akan muflis jika beliau terus berbelanja sebaik mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada 2003 lalu serta meneruskan projek-projek besar yang dimulai oleh Mahathir, jawapan balas daripada bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu sentiasa ditunggu-tunggu.
Antara projek yang dibatalkan oleh Pak Lah sebaik mengambil alih jawatan Perdana Menteri, walaupun sudah diluluskan dan dipersetujui kabinet ialah pembinaan rel berkembar dari selatan ke utara tanahair dan Jambatan Bengkok menggantikan Tambak Johor.
Pembatalan itu bagaimanapun membuatkan kerajaan membayar pampasan yang agak besar kepada syarikat-syarikat terbabit manakala pembinaan rel berkembar pula diteruskan beberapa tahun kemudian dengan kos yang lebih tinggi.
Ketika kali pertama diminta responnya mengenai dakwaan Pak Lah itu, Mahathir mengelak untuk menjawabnya dengan alasan belum membaca dan mahu mengkaji kandungannya terlebih dahulu. Kali kedua, tidak lama kemudian, beliau juga tidak mahu memberi jawapan balas mengenai dakwaan yang dibangkitkan Pak Lah itu.
Namun jawapan Mahathir yang penuh sindiran dan sinis mengenai dakwaan Pak Lah ini turut mengundang persoalan. Ini kerana ia bukan kebiasaan bagi Mahathir. Biasanya apabila dakwaan langsung yang ditujukan kepadanya atau berkaitan kepimpinannya, Mahathir akan membalasnya dengan lebih keras serta dengan fakta dan angkanya sekali. Walaupun ada sedikit fakta diberikan oleh Mahathir dalam jawapannya ini terutama mengenai kos pembinaan dan pampasan yang dibayar oleh kerajaan, jawapan Mahathir tetap terlihat santai saja.
Lebih-lebih lagi jika dakwaan itu dibangkitkan oleh musuh-musuh politik yang didendaminya, tambahan pula Pak Lah adalah pengganti yang dipercayainya tetapi kemudian bertukar menjadi musuh dengan beliau akhirnya berkempen menjatuhkan Pak Lah serta menyebabkan BN menerima keputusan buruk pada 2008, jawapan Mahathir seharusnya lebih keras.
Dalam sejarahnya, Mahathir jarang memberi ruang kepada sesiapa mencabar atau memperlekehnya. Beliau akan bingkas menjawab, mempertahan dan menyerangnya kembali sehingga ramai orang merasakan berbaik-baik dan melayan kehendaknya adalah lebih berbaloi berbanding bermusuh dengannya.
Apakah jawapan penuh sindiran ini bermakna Mahathir sudah berubah watak? Atau barangkali beliau merasakan Pak Lah bukan lagi musuh politik yang perlu dilawannya dengan bersungguh-sungguh seperti dulu?
Meskipun menyindir Pak Lah, Mahathir dalam tulisannya ini bagaimanapun mengingatkan bahawa sebagai sebuah kerajaan, tindakan berbelanja untuk menghidupkan ekonomi dan seterusnya mendapatkan penghargaan daripada rakyat adalah juga penting kerana rakyat akan mengadili kerajaan setiap lima tahun sekali.
Peringatan ini, barangkali ini juga ditujukannya kepada Najib yang turut terjebak antara defisit dan berbelanja sehingga rungutan mengenai kelembapan ekonomi dan suasana ekonomi yang suram turut kedengaran di kalangan usahawan dan ahli-ahli perniagaan ssjak akhir-akhir ini. (SH 22/08/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kita dari kalangan ahli UMNO Baru mengkagumi kehebatan Tun Mahathir sehingga kita tidak dapat bezakan diantara kemahuan beliau mahu membina atau meruntuhkan organisasi bangsa Malaysia.
ReplyDeleteBila berhujah dengannya kita jadi keliru seperti sudah terkena sihir sedangkan Tun Mahathir cuma memanipulasikan budaya bangsa dan memutarbelitkan fakta jadi auta, kita tidak boleh berfikir untuk membantah malah terus percaya dan bersatu menyokong apa saja kemahuan beliau.
Tun Mahathir diakui mempunyai banyak idea membina pembangunan khasnya melibatkan projek berharga mahal. Dalam fikiran pemimpin peringkat tertinggi, setiap projek pembangunan yang diluluskan akan menghasilam sumber pendapatan sampingan yang lumayan.
Walaupun bukan semua idea itu hasil dari kepala otak beliau sendiri, namun beliau tidak akan bertanggongjawab apa saja projek yang dilaksanakan sebaliknya menyerahkan tugas dan tanggongjawab itu pada orang lain selaku proksi.
Beliau hanya bersedia tanggong apabila projek yang dicadangkan dan dilaksanakan itu berjaya disamping menagih komisyen tapi jika projek gagal, proksi kena jawab. Ini yang berlaku pada Pak Lah.
Setiap orang yang kenal dengan Tun Mahathir akan ada padangan mereka sendiri. Walau pun begitu, kita tetap akan mengenang apa saja kebaikan dan jasa yang ditunjukkan Tun Mahathir sepanjang khidmatnya dalam kerajan BN.
Dan kita juga akan tetap mengkritik, menghina, mengutuk dan jika ada peluang kita juga akan mendakwa beliau di mahkamah setiap kesalahan yang beliau lakukan keatas rakyat dan negara Malaysia.
Apa pun, Mathair adalah seoang pemimpin Negara yg bertangong jawab melabur RM 100billion dana awam,pembaziran,penyelewangan dan rasuah menghanguskan wang rakyaat disahkan olih: 1)Morgan Stenly 2) Barry Wain dlm buku Malaysian Maverik (2010) diM'sia adalah testimony yg paling jelas.
ReplyDeleteBuku Najib Gagal tau nak hentam ameno ngan najib je.. x sesuai letak hadis nak tegur pemimpin
ReplyDeleteMahathir menulis Dilema Melayu.Melayu mana satu?Sila kupas kembali untuk analisis terkini buku tulisan Mahathir.Atau tunjukkan kepada rakyat,penyelewengan pemikiran Mahathir dari sudut fikrah Islam.
ReplyDeleteBetapa banyaknya kesilapan yang dibuat oleh Mahathir yang telah didedahkan oleh tuan Aspan yang mana tidak pernah kita terfikir. Oleh sebab itulah Allah telah memperpanjangkan umurnya semuga ia sendiri boleh melihat apa yang telah dilakukan benar atau tidak.
ReplyDeletemelayu semua sama je...
ReplyDeletePada, aku Mahathir adalah seorang manusia yang cukup berjaya dalam melakukan kebaikan dan juga kejahatan kepada Malaysia pada tahap maksimum. Apa pun, kejahatan Mahathir lebih terserlah dari kebaikannya.
ReplyDeleteThis Is What Women Really Want !! => KLIK HERE !!
ReplyDeleteantara legasi Tun Mahathir yg paling jelas dlm ingatan manusia normal & juga manusia tiga suku adalah apa yg dilakukan trhadap Anwar.. yg paling tiga sukunya adalah usung tilam masuk mahkamah kerana nk bukti kesan tompokan air melikat tu ha.. punya la lawak.. only in Malaysia & absolutely only by Mahathir..
ReplyDeleteKalau cuma bercakap dan menaip keyboard computer sapa pun pandai....doing work and just talking is two very different thing....talking is very easy...
ReplyDeleteHalo, aku Mrs. STEPHANIE, CEO Stephanie PINJAMAN PERUSAHAAN. Seorang pemberi pinjaman pinjaman pribadi mengorbankan kesempatan masa depan. Apakah Anda membutuhkan pinjaman cepat untuk melunasi utang Anda atau Anda membutuhkan pinjaman untuk meningkatkan bisnis Anda? Apakah Anda pernah ditolak oleh bank dan lembaga keuangan lainnya? Apakah Anda membutuhkan pinjaman konsolidasi atau hipotek? Cari lebih karena kami di sini untuk membuat semua masalah keuangan Anda sesuatu dari masa lalu. Kami memberikan pinjaman kepada individu yang membutuhkan bantuan keuangan, yang memiliki kredit buruk atau membutuhkan uang untuk membayar tagihan, untuk berinvestasi di bisnis di tingkat 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu Anda bahwa kami memberikan bantuan yang memang sangat handal, penerima dan akan bersedia untuk menawarkan pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mail di: stephanierobertloanfirm@gmail.com
ReplyDeleteHalo,
ReplyDeleteAku stephanie robert, pemberi pinjaman pinjaman pribadi
meminjamkan kesempatan waktu hidup.
Apakah Anda perlu pinjaman mendesak untuk melunasi utang Anda atau Anda membutuhkan pinjaman untuk meningkatkan bisnis Anda?
Anda telah ditolak oleh
bank dan lembaga keuangan lainnya?
Apakah Anda membutuhkan pinjaman konsolidasi atau hipotek?
mencari lagi karena kami di sini untuk membuat semua masalah keuangan Anda sesuatu dari masa lalu. Kami meminjamkan dana untuk Individu
membutuhkan bantuan keuangan, yang memiliki kredit buruk atau membutuhkan uang
untuk membayar tagihan, untuk berinvestasi dalam bisnis pada tingkat 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu Anda bahwa kami memberikan bantuan handal dan penerima dan akan bersedia untuk menawarkan loan.So menghubungi kami hari ini melalui email:
stephanierobertloanfirm@gmail.com
Peminjam DATA
1) Nama Lengkap: .............................. ............... ..........
2) Negara: .............................. ................ ........... ..
3) Alamat: .............................. ................ ............
4) Negara: .............................. ................ ................
5) Jenis kelamin: .............................. ................ .............. ....
6) Status Pernikahan: .............................. ............... ....
7) Pekerjaan: .............................. ................ .. .....
8) Nomor Telepon: .............................. ............... ...
9) Posisi Saat di tempat kerja: .....................
10) Pendapatan Bulanan: .............................. ...............
11) Jumlah Pinjaman Dibutuhkan: .............................. .......
12) Durasi Pinjaman: .............................. ............... ...
13) Tujuan Pinjaman: .............................. ..............
14) Agama: .............................. ................ ..... .....
15) Apakah Anda menerapkan sebelum ........................ .........
Banyak cinta,
Pinjaman stephanie.