Friday 8 December 2017

DEMI ISLAM DAN PALESTIN, SEDIAKAH NAJIB BATALKAN PEMBELIAN BOEING SERTA TARIK BALIK BANTUAN KUKUHKAN EKONOMI AMERIKA?

Meskipun Najib Razak dalam ucapan perasmiannya di Perhimpunan Agung UMNO semalam menolak perisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sebagaimana yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, langkah itu sebenarnya langsung tidak memadai.

Juga tidak memadai ialah dengan sekadar menghantar nota bantahan ke Kedutaan Amerika oleh Pergerakan Pemuda UMNO yang diberitahu oleh Khairy Jamaluddin direstui sepenuhnya oleh Najib.

Turut tidak memadai ialah pengumuman Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO akan turut menghantar wakil daripada kalangan anggotanya yang tidak terlibat dalam PAU 2017 untuk menyertai demostrasi anjuran Pas di Kedutaan Amerika selepas solat Jumaat, hari ini.

Semua tindakan UMNO dan kerajaan itu terlalu kecil dan minima berbanding pengumuman Trump mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang tentunya mengguris hati umat Islam di seluruh dunia.

Apa yang Najib, UMNO dan kerajaan harus lakukan ialah menggerakkan suatu demonstrasi besar-besaran di Kedutaan Amerika dan seterusnya membakar patung Trump sebagai tanda bantahan yang serius terhadap pengumuman berkaitan Baitulmaqdis itu.

Kalau patung orang lain boleh dibakar oleh UMNO dalam isu lain yang tidak menyentuh maruah agama Islam, apakah perbuatan Trump itu lebih kecil, remeh dan dianggap tidak penting?

Jika ianya benar-benar perkara besar, malah Najib sendiri yang sepatutnya membakar patung Trump, rakan baiknya itu.

Kemudian, Najib juga harus membatalkan segera pembelian pesawat Boeing yang diumumkannya di hadapan Trump sendiri ketika berkunjung ke Amerika, baru-baru ini.

Tiada gunanya lagi Malaysia meneruskan pembelian itu jika maruah Islam sendiri dicincang lumat oleh Trump melalui tindakannya yang angkuh, sombong dan tidak sensitif kepada maruah Islam itu.

Selainnya, Najib juga wajib menarik balik pengumuman bantuan untuk mengukuhkan ekonomi Amerika dengan menggunakan dana KWSP yang turut diumumkannya di hadapan Trump bersama pembelian pesawat Boeing itu.

Apa gunanya Najib membantu mengukuhkan ekonomi Amerika dengan nilai berbilion-bilion ringgit jika akhirnya dibalas dengan sikap kurang ajar oleh Trump yang menghina Islam?

Soalnya, beranikah Najib melakukannya?

Jika benar Malaysia bersama dengan perjuangan rakyat Palestine, itulah yang sebenarnya wajib Najib lakukan terhadap Trump dan Amerika Syarikat.

Tindakan lain tidak memberi makna apa-apa, malah menunjukkan Najib masih menganggap Trump itu kawan baiknya. (ShahbudinHusin 08/12/2017).

260 comments:

  1. Jawabnya tak berani. Kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allāhu rabbi! Saya pertama rupanya. Rasa macam tak percaya.

      Delete
    2. Tahniah... Aperpun idup di donia ni hanya lah lakonan semata mata.. Akhir nya dapat la juga award... Syurga ke neraka.. Pandai pandailah kau pok jib , Kubur masing2..

      Delete
    3. Tahniah, sahabatku, Tuan Park. Saudara johan musim baharu. Bagus!

      Delete
    4. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
    5. Jangan kubur pun berasap sudah laaa.

      Delete
    6. Terima kasih tuan mahligai dan muzani. Bila dah selalu naik podium rasa jemu pulak. Saya fikir lepas ni saya nak mengundur diri. Nak beri peluang pada bakat2 baru.

      Delete
    7. Isu Amerika - Malaysia ini kes berat. Kes antarabangsa. Hanya Rosmah Mansor ada kata putus macam kes money laundering dan FLOM. Najib kena tunggu apa kata Rosmah Mansor dulu. Kalau tidak, nanti kena kuasa siku Rosmah Mansor.

      Delete
    8. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
    9. Cepat lah Tun jadi perdana menteri,
      Pasti kata Kata Tun nanti boleh menggegar dunia terutama USA dan negara Arab

      Delete
    10. Cuma Tun M shj yg mampu membuka mata dunia terutama negara Arab,
      Najib sama shj mcm negara Arab,
      Ckp aja kuat tapi tak ada aura atau pengaruh dlm kata Kata,
      Telor dia sudah di ikat trump,
      Atas kes 1mdb,
      Pak Arab juga sudah ikat telor najib atas kes 2.6b derma,
      Ke dua dua cerita ini tidak memungkin kan najib ada apa apa kuasa yg boleh menghentam kerajaan USA dan Arab,
      Kosong semata mata,
      Tapi dgn kata kata Tun M yg di nanti nanti kan oleh rakyat Palestine akan memecah telinga daj jal USA trump,
      Doa rakyat Palestine supaya Tun panjang umur dan kembali ke pentas dunia akan termakbul tak lama lagi,
      Dunia terutama israel akan mengeletar habis jika berita pertabalan Tun M sebagai PM tersebar,
      Siap kau israel Tun M sudah kembali,
      Dunia semua mengharap kan mu Tun M,
      Menyelamat kan Malaysia dan dunia...

      Delete
    11. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
    12. Seorang lelaki Islam dipukul dan dibakar sehingga mati di negeri Rajasthan, India disyaki akibat jenayah kebencian.
      Al-Jazeera melaporkan mayat separuh terbakar itu ditemui polis pagi Khamis lalu (waktu tempatan) di tepi jalan di Rajsamand, lebih 300km dari ibu negeri Jaipur.
      Menurut polis, mangsa dikenal pasti sebagai Mohammed Afrazul, 48, yang merupakan buruh di bandar berkenaan.
      Klip video yang dimuat naik ke YouTube menunjukkan suspek mengheret mangsa ke lokasi terpencil sebelum menyerangnya dengan senjata. Mangsa menjerit meminta tolong sehingga tidak sedarkan diri.
      Dalam video itu, penyerang yang dikenal pasti sebagai Shambhu Lal memberi amaran mengenai “cinta jihad”, di mana kumpulan penganut Hindu berhaluan kanan percaya ia adalah konspirasi kumpulan Islam untuk menukar agama wanita Hindu melalui perkahwinan.
      “Kamu ahli jihad, ini adalah nasib yang menanti kam. Hentikan ‘cinta jihad’ di India atau kamu akan dapat nasib seperti lelaki ini,” kata penyerang itu dalam bahasa Hindi.

      Penyerang itu kemudiannya mencurahkan petrol ke badan mangsa dan membakarnya.
      “Ini jenayah kejam. Prima facie tidak kelihatan seperti ia dilakukan manusia biasa,” kata Ketua Polis Rajasthan, OP Galhotra dalam sidang akhbar semalam.
      “Siasatan pasukan penyiasat khas membolehkan kami menangkap pembunuh dalam video itu,” katanya sambil menambah siasatan masih di peringkat awal.
      Kes ini adalah jenayah paling teruk dalam siri serangan menyasarkan komuniti kasta rendah Hindu dan Islam di India.
      Menteri Dalam Negeri Rajasthan, Gulab Chand Kataria “terkejut” dengan video yang kini tersebar di media sosial.
      “Ia mengejutkan bagaimana dia membunuh lelaki itu dan merakam videonya.
      “Tertuduh sudah ditangkap dan pasukan siasatan khas ditubuhkan. Sesiapa pun akan terganggu dengan video itu,” katanya.

      Delete
  2. yeahhhhhh, no brape nihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Type "h" banyak sangat. Dah cicir.

      Delete
    2. Itu tindakan yang betul. Kalau lama sangat menaip, nanti orang lain potong kedudukan. Heheeheheheh

      Delete
    3. Rosmahhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Patut ler saya tak dapat no.

      Delete
    4. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
    5. PAS dan beberapa pertubuhan Islam yang merancang berhimpun di hadapan kedutaan Amerika Syarikat esok tidak setuju dengan saranan aktivis Datuk Dr Ahmad Farouk Musa untuk mengadakan protes di kedutaan Arab Saudi sekiranya marah dengan tindakan Washington mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
      Malah Naib Presiden PAS Idris Ahmad menuduh Dr Farouk, yang juga pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), mencampuri urusan parti itu.
      “Suka hati kamilah nak buat protes dekat mana pun. Apa nak sibuk hal orang?” kata Idris ketika dihubungi FMT.
      “Mari ikut kita berhimpun sekali. PAS ada cari sendiri,” tambahnya.
      Dr Farouk hari ini mempersoalkan rancangan PAS dan beberapa pertubuhan Islam untuk mengadakan protes membantah keputusan Trump itu di kedutaan Amerika di Jalan Ampang.
      Ini kerana menurut Dr Farouk, pihak yang perlu dipersalahkan adalah kerajaan Arab Saudi yang merupakan sekutu tegar Trump di Timur Tengah, sehingga membolehkan AS untuk membuat keputusan berani itu walau dibantah masyarakat antarabangsa.
      “Semua orang tahu cerita Mohammed bin Salman (MBS),” kata Dr Farouk merujuk putera mahkota Arab Saudi yang dilihat bakal menaiki takhta.
      Dr Farouk turut memetik New York Times yang melaporkan putera Saudi itu menggesa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk menerima Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

      Berdasarkan fakta tersebut, Dr Farouk menasihatkan mereka yang tidak puas hati dengan langkah Trump untuk berkumpul di luar kedutaan Arab Saudi.
      Awal hari ini, Trump mengumumkan akan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, dalam langkah untuk mengiktiraf kota suci kepada 3 agama itu sebagai milik Israel.
      Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) pula mendakwa Dr Farouk cuba mengalihkan isu, sambil berkata pendirian Arab Saudi mengenainya tidak akan mengubah keputusan Trump.
      “Trump memikirkan bahawa mereka adalah kuasa terbesar di dunia. Maka sama ada Arab Saudi sokong atau tidak, kalau sekiranya Trump mahu melakukan sesuatu agenda, dia pasti akan lakukan.
      “Kita kena faham melibatkan polisi AS yang mempunyai kuasa mutlak. Tidak ada kuasa atau campur tangan negara lain untuk memastikan perkara tersebut boleh dihalang,” kata Setiausaha Agung Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz.

      Delete
  3. Najib takda telor cuma menyalak dlm pau takut klu trump dgr nahas nanti di bogel doj.awawaw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air pun ada pasang surutnya. Tunggulah pru 14 nanti!!!!

      Delete
    2. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
    3. Hilang ngilai & ketawa terbahak, muncul pulak sengeh Jahid Komidi 'KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
    4. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
    5. Di India, ada satu kelas masyarakat yang dipandang hina, terlalu hina sehingga dipandang rendah lebih daripada kasta Dalit yang paling rendah negara itu dan selalu ditimpa diskriminasi.

      Mereka adalah golongan Musahar, kumpulan komuniti terabai, tidak “dijaga” dan sering “terlepas pandang” oleh sistem pemerintahan negara itu.

      Lebih dari itu, komuniti ini juga terkenal dengan rutin pemakanan mereka. Merekalah golongan yang makan daging tikus, semuanya kerana kesengsaraan ekonomi.

      Maut akibat Leptospirosis atau penyakit kencing tikus adalah perkara biasa dalam kalangan penempatan komuniti itu.

      “Setiap masa komuniti Musahar berjuang untuk mendapatkan makanan, seterusnya penyakit akibat virus kencing tikus menjadi realiti harian,” kata Sudha Varghese.

      Sudha menghabiskan 3 dekad berkhidmat untuk golongan Musahar di Bihar yang mana kebanyakan mereka hidup dan menyara diri dengan pendapatan AS$1 sehari.

      Seorang ahli komuniti Misahar, Rakesh Manjhi, 28, dari perkampungan Alampur Gonpura pula akui hidupnya tidak terisi.

      “Kami duduk di rumah tidak berbuat apa-apa. Ada hari kami bekerja di ladang, selebihnya kami sibuk mengejar tikus untuk dimasak dan dimakan,” katanya kepada AFP.

      Rakesh mahupun aktivis seperti Sudha sedar polisi kerajaan, sistem pemerintahan mahupun perubahan masa dan zaman tidak akan banyak mengubah nasib mereka.

      Keadaan mereka masih sama, daripada zaman nenek moyang hinggalah hari ini.

      “Kami percaya komuniti ini terdiri daripada lebih 8 juta orang. Tetapi sehingga hari ini belum ada perangkaan sebenar. Kami terus hidup dalam pengabaian,” kata Jitan Ram Manjhi, Ketua Menteri Bihar yang pertama dari komuniti Musahar, mengambil alih pemerintahan pada 2014.

      “Tiada apa yang mengubah masa depan dan kehidupan kami kecuali pendidikan,” ulang Jitan Ram. Ketika kontrak pemerintahannya selama 9 bulan memimpin Bihar itu negeri terpadat di India, ia dianggap kemajuan tertinggi golongan Musahar.

      Ketika muda, bekas ketua menteri itu membesar dengan menjaga lembu manakala ibu bapanya pula bekerja sebagai kuli.

      “Ketika itu, komuniti ini menerima bayaran upah berupa sekilogram gandum setiap hari. Sehingga ke hari ini, amalan itu tidak banyak berubah,” tambahnya.

      Tetapi individu seperti J K Sinha misalnya memberi harapan baharu kepada komuniti ini. Mereka menawarkan pendidikan percuma rasmi kepada kanak-kanak lelaki Musahar di luar bandar Putna.

      “Saya mulakan sekolah tersebut sedekad lalu dengan hanya 4 pelajar, hari ini ia berkembang kepada 430 pelajar,” jelas Sinha kepada AFP.

      Sinha, bekas pegawai kanan polis di Bihar mendapat tahu mengenai kehidupan Musahar sewaktu bertugas di sana.

      “Mereka hidup merempat dalam sebuah pondok kecil bersama-sama kotoran dan babi di jalanan. Saya terkejut, ia sangat tidak berperikemanusiaan. Saya tidak dapat lupakannya,” kata Sinha.

      Menurut pengetua sekolah, R U Khan, pelajarnya masih berdepan diskriminasi.

      “Kebanyakan mereka bekerja di ladang dan terpaksa bergantung kepada tikus, siput dan tanaman rosak untuk dimakan.”

      Daripada 430 pelajar di sekolahnya, menurut Shoshit Samadhan Kendra, seramai 117 merupakan anak yatim.

      “Apabila mereka berada di sini, kami akan ajar kemahiran hidup dan sosial paling asas, misalnya menggunakan tandas, kebersihan peribadi, mencuci tangan atau cara makan,” katanya.

      Walaupun pendidikan akademik bermula agak lewat tetapi pelajar tersebut dikatakan bangga dengan peluang pendidikan diberi.

      Menteri di Jabatan Kebajikan Bihar, Ramesh Rishidev pula akui kehidupan golongan Musahar banyak berkembang secara positif.

      “Kami berkhidmat untuk golongan ini, termasuk Musahar,” kata menteri itu.

      “Mereka terlibat dalam pelbagai program kemahiran dan pendidikan, kami menyediakan mereka sesi latihan dan peluang kerja.”

      Rishidev berkata suatu masa dahulu golongan itu terpaksa makan tikus kerana kesengsaraan ekonomi tetapi kini mereka memilih makanan atas pilihan citarasa dan tabiat.

      “Ramai generasi baharu sudah tidak memakan tikus lagi,” tambahnya.

      Delete
  4. we wait for mr j comment. he always defent najib/rosmah.
    a piece of advise to mr. j. when u comment in this blog. comment thru yr brain. dont comnent thru yr ass. if u comment thru yr ass than people will fuck u left n right

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia claim, bukan ahli mana2 parti.
      Dia claim, buka taksub UMNO.
      Dia claim, demi perpaduan ummah.
      Jadik, niatnya = dakwah/pencerahan.
      Tp dakwahnya, hanya silap2 yg selain UMNO jer yg diulas ditegurnya.
      Itu pun, sebhgn besarnya hanyalah hearsay.

      Perlu diingatkan J,
      Dakwah = mendekatkan.
      Bukan menjauhkan.

      Approach J, membuatkan org lg membenci/menyampah...!

      Delete
    2. Malaysian Cybertrooper8 December 2017 at 11:20

      That's the biggest problem with J...
      In order to comment using his brain, he would first need to have a brain. J's issue is that he only got a lump of shit in his head which he called brain.

      Delete
    3. Now, every UMNO dedakians claim have no party.

      Malu/Aib besar ehhh jika ngaku/sebut ahli UMNO.

      Delete
    4. Mr jamilah aka mr j sakit jiwa

      Delete
    5. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
    6. Sedap mengata. Dasarnya Islam tidak melarang berdagang dengan org kafir walau musuh Islam. Di dunia hampir ke semua negara kafir yg memusuhi Islam. Dari jiran kita Singapura yg komplot Yahudi, Thailand yg peras Pattani, India yg bunuh Islam di Kashmir, Russia dgn Chechnia, Myanmar dgn Rohingya, Eropah dgn benci dan peras pendatang Islam, Cina peras agama termasuk Islam dll. Untuk Malaysia boikot semua negara ini di dunia hanya akan bawa mudharat pada rakyat. Industri export negara akan hancur dan ramai rakyat yg kerja dlm industri pembuatan dan perkhimatan akan menggangur. Menangani isu seperti ini perlu bijaksana. Malaysia menangani Rohingya pada pentas PBB dan ASEAN. Kita biar DSN cari pentas yg paling sesuai untuk tangani kes Baitul Makdis.
      Dalam pada kita sibuk cari kesalahan DSN apakah yg dibuat pembangkang? Kenapa semua membisu? Apakah polisi pembangkang untuk boikot semua negara musuh Islam? Dah dapat restu Murshidul Am PH TG Lim Kit Siang? Bila Allah suruh kita jangan ambil kafir sebagai pemimpin dan teman setia kita ingkar. Hanya cari isu untuk burukkan DSN dan BN. IsyaAllah kesatuan PAS dan UMNO dalam menunjuk bantahan dlm isu ini akan merapatkan ukhuwah Ummah.

      Delete
    7. Tahniah Mr J. Harap Puak Lebai Suci yang sedang berpiket di depan Kedutaan US membaca tulisan anda. Anda telah berjaya tunjuk jari tengah kepada mereka sambil menjerit FUCK YOU LEBAI SUCI. Pertahankan US dan Trump sehingga titik noktah terakhir Mr J. Jangan putus asa.

      Delete
    8. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
    9. J at 13:40,
      Cpt msjd tmpt ko habis Jumaat.
      Khutbahnya pendek eyy...?

      Delete
    10. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
    11. "Merapatkan ukhuwah Ummah" tu, cepat cabut selesai jer imam beri salam.

      Delete
    12. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
    13. Masa Jeff Sessions cerita 1MDB puji US dan DOJ sakan. Jeff inipun kuncu Trump. Apakah kini kita akan tolak Jeff Sessions atau masih percaya dgn dia? Hakikatnya ramai diblog ini cuma cari alasan dan cara nak burukkan DSN. Islam bukanlah dorongan atau matlamat kumpulan ini. Ramai disini yg tolak ulama, benci pendakwah, menentang solat jumaat disekolah dan angkat kafir sebagai pemimpin. Berhentilah perbuatan yg merugikan ini. Bantulah PAS dan UMNO bantah Trump di kedutaan US. Apakah semua isu perlu dipolitikkan? Tak nak ke bersatu dlm isu Palestin? Mana pimpinan PH - diam bisu seribu bahasa?

      Delete
    14. Anon 1444, saudara tahu ke kat mana saya ini? Tahu ke pukul berapa sembahyang jumaat kat tempat saya ini? Janganlah cepat buat andaian...

      Delete
    15. Tergesa-gesa Mr J mengerjakan solat Jumaat

      Delete
    16. Kuat sokongan org Msia timur pd UMNO yea...

      Delete
    17. Laaa... dia tak dipelawa mengimarahkan PWTC ke...?
      Penjimatan kos kot...
      Flight je dah berapa.

      Delete
    18. Anon 1412, dari buang masa kutuk DSN cuba gesa PH yg saudara sayangi buat sesuatu. Suruh TDM/LKS/DSWA buat himpunan untuk boikot barangan US. Anehnya kita sentiasa cari kesalahan org namun parti yg kita taksub dgnnya tak ada apa apa reaksi. Kitapun langsung tak tahu pendiriannya dlm kes ini...cubalah tanya PH...

      Delete
    19. Mr J. Takkan kau nak jadi pengkhianat pula? Najib sokong Trump = Malaysia sokong Israel. Takkan nak boikot barang US bila Najib sendiri habiskan duit KWSP rakyat yang ramai Melayu Islam beli Boeing dan perkukuh ekonomi US??? Adakah Mr J pengkhianat Melayu Islam yang berlakon nak melawan US? Sepatutnya Mr J menyokong aspirasi Najib. Kenapa double standard Mr J?

      Delete
    20. Sekali lagi DAP menegaskan parti itu memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU akan datang.

      Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata, Anwar akan dibebaskan selepas Jun 2018.

      "Jadi jika Pakatan Harapan mendapat kuasa, keutamaan kami ialah supaya beliau diberi pengampunan, dan selepas itu sepatutnya boleh bertanding," katanya.

      Bagaimanapun, Anthony mengakui perdana menteri sementara diperlukan untuk mengisi jawatan tersebut.

      "Kami sudah ada calon," katanya.

      Delete
    21. Mr J,
      Usulkan Najib kansel beli 10 bijik Boeing.
      Kata tadi boikot brgn USA.
      Beli 10 bijik Airbus 380 pulak...

      Delete
    22. Itulah pasal. Mr J double standard.

      Delete
    23. Anon 1619, jawablah soalan. Apakah PH akan buat bantahan ☆terhadap US? UMNO dan PAS dah buat. PH diam. Tinggal mereka kat blog ini yg cerita banyak tapi tak ada aksi. Perlukah isu Palestin dipolitikan? Tak boleh ke sama sama pergi bantah?

      Delete
    24. Mr J org Malaysia timur.
      Pro-UMNO...
      Nak kata Sarawak, UMNO tak boleh masuk Sarawak.
      Sabah?
      Mmmmm....
      Mr K kata, tuduhan mesti berdasar bukti.
      Apa cerita syarikat Air Sabah, Mr J?
      Nakkan bukti, sampaikan bukak kepala paip pun boleh menyembur2 note 100.
      Bila target tak measuk jerat, kes dikira buang begitu je ke, Mr J?
      Salahlaku hanya dikira sah bila hanya kena pada sasaran shj ya?

      Delete
    25. Mr J. Hipokrit. Najib beli Boeing hari itu cakap pelaburan. Entah pelaburan apa? Sekarang Trump ambil alih Baitul Maqdis, Mr J suruh boikot beli barang US? Mr J tak baik hipokrit. Hipokrasi, korupsi dan kleptokrasi dah rosakkan imej Najib. Mana satu pendirian yang betul untuk Najib sekarang? To buy or not to buy? That is the question.

      Delete
    26. 1) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah bertitah tentang kegusaran baginda terhadap golongan yang membangkitkan isu sensitif bagi kepentingan peribadi dan demi menarik undi.



      2) Baginda juga turut bertitah bahawa Tun Dr Mahathir mempunyai “rasa rendah diri yang kompleks dan kebencian mendalam” yang boleh "membakar seluruh negara".

      3) Namun begitu, titah Tuanku Sultan Selangor ini telah mengundang rasa kurang senang pemimpin pembangkang seperti Zaid Ibrahim yang menyatakan Sultan Selangor harus berhati-hati dalam mengeluarkan titah dan tidak cuba bermain dengan politik kepartian.

      4) Raja-raja Melayu merupakan tiang utama negara ini. Setiap titah ucapan Raja-raja Melayu sudah tentu dibuat setelah dibuat pertimbangan dari setiap sudut. Adalah tugas baginda bagi memastikan kedudukan negara berada dalam keadaan yang terbaik.

      5) Titah Sultan Selangor juga bukanlah menunjukkan baginda cuba bermain politik tetapi ia adalah suatu bentuk peringatan baginda yang sentiasa sayangkan negara Malaysia ini.

      6) Tindakan Zaid Ibrahim mempertikai titah baginda adalah jelas cuba menafikan peranan Raja-raja Melayu dan secara nyata menunjukkan sikap angkuh dan biadap beliau.

      7) Titah Sultan Selangor harus dilihat dari sudut yang positif, tentang betapa sayangnya baginda kepada rakyat dan negara Malaysia. Tetapi, seperti kebiasaannya, pembangkang yang tidak pernah berhenti bermain politik telah sekali lagi menunjukkan sikap kurang ajar mereka.

      8) Sudahlah titah Sultan Selangor bulan lalu berkenaan kenyataan rasis Tun Dr Mahathir tentang bangsa Bugis tidak mahu dibincangkan di Dewan Negeri, kini mereka mempertikaikan pula titah Sultan Selangor.

      9) Setiap rakyat Malaysia terutamanya rakyat Selangor harus menilai tindak tanduk biadap pembangkang ini dan seharusnya bersatu mempertahankan titah Sultan Selangor ini.

      Delete
  5. Anak ke 6... Dpt sijil penyertaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arab Saudi mengutuk keputusan presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang disifatkan sebagai tidak adil dan tidak bertanggungjawab.

      Memetik laporan BBC.com, tindakan Trump yang mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel itu adalah ketika negara itu sedang berhadapan kritikan antarabangsa.



      Nasib Baitulmaqdis adalah salah satu isu yang paling sukar ditangani antara Israel dan Palestin.

      Advertisement

      Lapan dari 15 buah negara yang kini menjadi anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meminta badan itu mengadakan mesyuarat segera mengenai keputusan AS pada akhir minggu ini.

      [ ARTIKEL BERKAITAN: Iktiraf Baitulmuqaddis cabuli hak rakyat Palestin]

      Dalam masa sama, perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengucapkannya sebagai ‘hari bersejarah’ buat mereka.

      Delete
  6. Rindu zaman Tun Mahathir dulu. Semua orang dia sound kalau benda tak betul. Dia sound Presiden Amerika, sound PM UK, sound PM Australia, sound Raja Arab Saudi..Tak pernah rasa gentar atau takut..Ini menyebabkan negara Malaysia dihormati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang yang habit suka sound makna sound system nya ada problem..sbb tu semua tak tau..

      Delete
    2. Itu tak berapa teruk kalau nak dibandingkan dgn org yang ada 2.6b dalam akaun tapi kata tak tahu. Bertambah teruk bila difikirkan yang TDM berani bersemuka dan menjawab (walaupun dia kata tak tahu) berbanding ayam yang berdegar2 bercakap dalam perhimpunan ttp bila diajak bersemuka tercirit2 melarikan diri.

      Delete
    3. Ha ha ha
      Win PJL at 11:23.

      Tak tahu menahu ada duit masuk dlm akaun.
      Selambak pulak tuh.
      The best part - memang buat akaun Ambank baru, special utk penerimaan itu.
      Lps tu, bubarkan balik akaun bila dah kantoi...

      Rakyat mahu simpan lagi ke, ini UMNO...?

      Delete
    4. Kalau bubar saja tak apa. Bersepai kepala pengasas Ambank kena tembak. Semata2 nak bagi tutup kes akaun Ambank terima 2.6b. Allahu.

      Delete
    5. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
    6. Aku pulak bangga zaman najib...cium buntut teram,cium buntut pm uk,cium buntut presiden china,cium buntut pak arab unta,cium buntut jho lo...and the final is cium buntut ROSMAHHHHHH LANGSUIR TU

      Delete
    7. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
    8. Itu pun masih tak sedar diri lagi masih ingin kekal terus jadi PM
      KEH...KEH...KEH...KEH...KEH

      Delete
    9. Itu pun Mamak Matdey (22 Tahun EX-PM) tak sedar diri lagi masih ingin nak jadi PM lagi sekali.

      KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
  7. Telur dah kena pegang macam mana nak bersuara Budin oii..Kena pegang dengan Amerika, kena pegang dengan China, kena pegang ngan Arab Saudi..Nak tak nak buat terpaksa diam. Buat don’t know jer ler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena genggam dgn Borosmah.
      Senak wooo...!

      Delete
    2. La ni buat undang2 tak boleh kutuk pemimpin. Kalau kutuk kena tangkap.
      Yg dia dok kutuk Tun Mahathir dok kata melayu bangang melayu akan merempat kalau tak undi umno/bn tak pa pulak!!!
      Aku punya sukalah nak undi siapa pun. Itu hak aku.
      Tak payah nak memandai mandai nak atur hidup aku dan keluarga aku.
      Belum pernah lagi aku minta gula kopi dgn umno.
      Umno dok mai minta kat aku ada lah.
      Nak buat bubur asyura pun mai minta derma kat rumah aku.
      Yg duit berkepok RM2.6 billion tu nak buat apa?????

      Delete
    3. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
    4. Wak kojola kengkang
      Malam tadi dapat byk duit ker berniaga di lorong pwtc.
      Hisap rokok siapa malam tadi?

      Delete
    5. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
    6. ckp pasal telur kena genggam teringat mendiang LKY datang bertandang jumpa silaki bini secara peribadi dulu....hehehe ada la yang sok sek sok sek tu
      sebab tu tanah tanjung pagar dgn senang terlerai dari genggaman.

      Delete
    7. Sdra Mohamed Noor...

      Duit berbilyon-bilyon hasil tanah pusaka KTM yg dijual Najib, mana perginya, ya....??

      Delete
    8. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
  8. apa kau merepek2 pagi ni budin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budin tak merepet aihhhhh. Apa yg dia tulis kat atas tu betui belaka.
      Lainlah dgn ah chai 1117. Ah chai ni sokong lsrael.

      Delete
    2. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
  9. Alamak, saya nombor 9n tapi kitra dah cukup baik. Tuan Budin, Najib takkan berani...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tertekan hurf n selepas nombor 9 tadi kerana kalut nak cepat selesai taip komen. Hehehehhheeee... YEAHHHH, SAYA SAH nombpr 9 (Termasuk dalam kalangan 10 teratas).

      Delete
    2. Chis, banyaknya silap taip. Heheheeehhhhe...

      Delete
  10. Nanti Najib buat himpunan anti Trump bersama Pas mcm haritu ,masa mengutuk tindakan Myanmar terhadap eynik rohingya......berapi api ucapan beliau , merah padam, bersemburan air liur kerana betapa PM kita ni pejuang Islam tulen......tetapi dalam diam, hantar pulak panglima ATM atau menteri luar nk jelaskan hubungan dgn Amerika , mana tau .....hihihi.....Najib ni dh pening , mana satu yg lebih utama ...Nk kutuk Trump nanti , ade kes 1MDB sbg senjata US.....Tak kutuk pulak, nanti nampak pengecut .........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas tu dah jadi orang suruhan umno.
      Dah pi sokong ekonomi Amerika la ni nak bantah nak buat demonstrasi kat depan kedutaan Amerika buat apa?
      Lebih baik pi hantar cake!!!

      Delete
    2. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
  11. Janganle bergaduh dgn yahudi. Rakyat malaysia dah berkurun berbaek dgn yahudi. Bisness umno pun byk dgn puak yahudi

    Kesianlah kepada yahudi. Mereka pun perlukan ibu negara. Najib akan hadir di upacara perasmian ibu kota yahudi ini berasama dgn ketua negara dan para sultan jika di jemput trump???

    Tak baik gaduh sesama keturunan nabi ibrahim. Terima lah jemputan dari trump jika di jemput. Skrg negara malaysia
    amat perlukan pelaburan dari yahudi.

    Sekian

    Penyokong pemuda umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarkastik yg win...!

      Delete
    2. Tun Mahathir dulu sama sekali tak bagi muka kat george bush. Masa tu george bush masih lagi jadi presiden Amerika.

      Apa yg president Amerika tu berani buat kat Tun???

      Delete
    3. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
    4. Woiii..wak cari lancau ker?

      Delete
    5. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
    6. Zack, tak nampak gambar TDM dgn Bush? TDM mengaku bayar untuk jumpa Bush. Cuma tak mengaku dia yg bayar. Masa zaman TDM gaduh dengan banyak negara tapi rapat dgn Mugabe. Hasil pergaduhan ini tiada bawa apa apa hasil untuk rakyat melainkan puaskan egonya saja. Bak kata DYMM Sultan Selangor - TDM punyai inferiority complex. Dia manusia yg penuh nafsu marah. Dan marahnya akan bakar negara. Ambillah iktibar. Jangan biar negara terbakar dek melayan nafsu TDM.

      Delete
  12. Hehe apa punya lawak topik ko budin

    Demi palestin sediakah najib batalkan pembelian boeing dan tarik balik bantuan kukuhkan ekonomi amerika?

    Kahkahkah
    Najib bukan bagi bantuan pada teram la budin

    Dia kena bayar ufti cam zaman bunga emas yg kna bayar di zaman silam

    Eheks

    Teram ckap tak de 20posen rahsia bukakk aaa

    Tak beli boeing rahsia bukak aaa

    Dah bagi tak leh amij balik
    Nnti buruk siku

    Nak tolong palestin?

    Afdal tolong rakyat hapus GST
    agar rakyat tak merempat kemudian hari

    Palestin buat teladan
    Kuasa memerintah bukan pada zionis parti satu kaum

    Jgan ini di implikasikan dalam negara kita yg pelbagai kaum
    Parti penyisihan kaum
    Tidak dinamik
    Statik
    Jumud
    Pembawa perpecahan
    Dan kemunduran mental juga produktiviti rakyat

    Tolak barisan
    Undi pakatan

    Berjemaah lebih berkat dari bersendirian
    Bermukah berdua tak sedar yg ketiga setan
    Meniup kita untuk melakukan kemungkaran

    Baiki akhlak
    Baiki negara

    Jangan biar kan ia dipegang oleh penjarah lahanat
    Yang memugar titik peluh rakyat
    Dgn instrumen gergasi GST
    HAPUS KAN
    DENGAN UNDI PAKATAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan nak beli boieng sgt pun tapi saja pi hantar ufti

      Delete

    2. Kalau ufti patut Najib dilindungi US. Masalahnya, Kerajaan Trump makin buat problem pada Najib. Ini bukan kes bantuan atau ufti. Najib dah kena PAU dengan Trump.

      Delete
    3. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
    4. Ufti2 semua boleh ditarik balik sbb baru non-binding MOU.

      Yang tak boleh ditarik balik harga diri, kredibiliti dan maruah negara.

      DiDanang dan Manila, jadi status pariah dok jauh2, POTUS buat derk.

      Jadi catch-25 le, kalu tak bising malulah UMNO pejuang Islam kpd antiIslam DAP. Kalu bising over2 nanti DOJ wat kes express pulok. Hmmm, nice problem.

      Delete
  13. Macam mana dia nak berani. Dia bukan ada teloq pon. Sebab tu bila main golf tu dia asyik kepit dan kemut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepit Najib bukan sebarang kepit. Kepit sebab dah kena nasi kangkang.

      Delete
    2. Izinkan saya lengkapkan pantun anda...

      Kepit bukan sebaran kepit
      Najib terkepit dek nasi kangkang
      Klepet bukan sebarang klepet
      Najib berklepet dek bini tersayang

      Delete
    3. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
  14. TEGAK BULU ROMA LIHAT SEMANGAT ORANG UMNO – NAJIB
    Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak cukup terharu sehingga meremang bulu roma menyaksikan semangat yang ditunjukkan oleh para perwakilan dan pemerhati ke Perhimpunan Agung UMNO 2017.


    Memulakan ucapan dasar beliau pagi ini, Perdana Menteri nyata ikut teruja menyaksikan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menjadi venue perhimpunan kali ini dipenuhi ahli dan penyokong UMNO yang jelas tidak mahu ketinggalan mendengar amanat Presiden sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    “Bagi kali yang ke-68, kita berasa sungguh bersemangat melihatkan Pusat Dagangan Dunia Putra ini penuh sesak dengan ahli UMNO serta para tetamu, yang berduyun-duyun, tidak pernah suasana meriah sebegini, hingga membuatkan kita sungguh teruja, sampai amat merinding dan berdiri tegak bulu roma, bahawa semangat United Malays National Organisation atau UMNO, selagi hayat kita dikandung badan, akan marak, teruk bernyala-nyala.

    “Hidup UMNO! Hidup UMNO!,” laung beliau disahut dengan sorakan sama oleh 5,628 orang perwakilan dari 191 bahagian seluruh negara yang memenuhi setiap ruang Dewan Merdeka, PWTC di sini.

    Hadir sama Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua-ketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri iaitu Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Khairy Jamaluddin dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi parti.

    Sememangnya perhimpunan hari ini menurut Najib sungguh berbeza auranya dengan catatan rekod kehadiran paling ramai jumlah perwakilan, ahli, para pemerhati dan media yang dikhabarkan sekitar 30,000 orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehadiran ramai hanya untuk menjaga kepentingan diri sahaja bukan rakyat yang terhimpit dengan tekanan hidup ........semua yang hadir berpura-pura saja untuk menyokong pada hati kecil mereka siapa yang tahu.........

      Delete
    2. Tak lama lagi mak lembu akan masuk ke kampong2 untuk berkempen.
      "Undilah umno nanti boleh jadi mcm saya tak payah buat fitlot untuk bela lembu, boleh terus beli bunglow dan boleh bela lembu dlm bunglow, katil dgn tilam king size pun saya bagi termasuk bantal peluk serta aircon supaya lembu tidur lena".

      Delete
    3. GN at 11:43,
      Nampak sgt sunting sana, sunting sini, mix & match = jadikkan ulasan.
      Agar nmpk cerdik dlm kebodohan melampau.
      Mcm Najib, nak ulas sendiri tak pandai...
      Vocab yg dia pandai = istilah2 cacian, makian & carutan je...

      "Bagi kali yang ke-68, ....."

      PAU 2017 adalah yg ke-71 lah Bai...

      Delete
    4. Pendekatan Wanita/Puteri UMNO punya kempen dari rumah ke rumah hanya satu dan hanya satu jer:

      "Nanti DAP memerintah, nanti Cina jadik PM, nanti masjid2 diorg tak bagi laungkan azan...!"

      Sebab apa begitu?
      Sbb rakyat dibiarkan jahil tentang perlembagaan.
      Teknik memperbodoh2kan.
      Teknih sergah & menakut2kan.
      Teknik pecah & perintah.

      Kemain cerita pasal perpaduan.
      Bila PRU - racist gila-babi.

      Kemain lagi ditakut2kan cina jadi ketua.
      Bila di tmpt kerja, hanya jadik kuli pada taukeh2 cina, tak takut pulak...???

      Kemain takut azan tak dilaungkan.
      Kecuali fardhu Jumaat, azan dilaungkan utk solat fardhu yg lain, nak penuh satu saf berjemaah pun payah, tak pulak digusarkan...???

      Delete
    5. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
    6. Perasan sendiri puak2 pemakan dedak. Tak keruan jiwa mereka. Sbb tu nk kena berkumpul... Nk hilang kan risau. Rakyat pun dah meluat tgk dorang ni... Kat TV baik tgk National Geographic drp tgk muka dorang.

      Delete
    7. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
  15. Ahli-ahli umno terkejut berok Presiden mereka berkawan baik dengan Trump, dimana sekutu rapat Amerika Israel mengucapkan ribuan terimakasih pada presden Trump kerana menyokong perpindahan Negara Israel dari Tel Aviv ke Baitul Maqadis bandar ketiga suci kepada umat Islam.MO1 buat apa-apa pun semua tak jadi sejak akhir-akhir ini........

    ReplyDelete
  16. Sultan Sharafuddin Murka, Arah Zaid Ibrahim Keluar Dari Selangor

    Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan kenyataan ahli DAP Datuk Zaid Ibrahim yang biadap memutarbelit titah baginda mengenai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Sultan dipetik Utusan Malaysia bertitah, baginda dukacita dengan kenyataan Zaid dan menyifatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai biadap.

    “Saya dukacita dengan komen Zaid Ibrahim dalam Twitternya yang mengulas kenyataan saya (mengenai Dr. Mahathir) dalam akhbar The Star. Saya minta Zaid Ibrahim baca dengan teliti kenyataan saya dan dapatkan fakta yang betul sebelum buka mulut,” titah baginda.

    Lantaran, Sultan Sharafuddin mengarahkan Zaid untuk keluar dari Selangor sekiranya tidak bersetuju dengan teguran baginda kepada Dr Mahathir.

    “Dia duduk di Selangor, baliklah Kelantan kalau tak setuju, buat rumah besar-besar dan tolong rakyat Kelantan. Jangan cari rezeki di Selangor”.

    Baginda Sultan menerusi temubual bersama akhbar The Star sebelum ini menegur Dr Mahathir berhubung isu penghinaan kepada keturunan Bugis, isu kerugian Bank Negara ekoran dagangan mata wang asing serta pengkhianatan kepada UMNO.

    Jelas Sultan, baginda sering mendapatkan maklumat secukupnya sebelum melontarkan apa jua komen atau mengeluarkan kenyataan rasmi dari pihak Istana.

    Tegas baginda didalam wawancara berkenaan, Dr Mahathir mempunyai sifat rendah diri yang diselebungi dengan kebencian.

    Walaubagaimanapun, Zaid menerusi twitter mengecam titah baginda Sultan dengan berkata: “Sultan Selangor perlu berhati-hati dengan kata-katanya. Tiada siapa terkecuali bila negara hancur”.

    “Apabila sesetengah Raja bermain politik; mereka harus tahu akibatnya. Jangan fikir tiada balasan kepada sikap partisan,” tulis Zaid di twitter.

    Sultan Sharafuddin sekali lagi menegaskan bahawa baginda sememangnya cukup berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan dan Zaid tidak perlu mengajarnya.

    Tambah baginda lagi, teguran ke atas Dr. Mahathir dibuat atas kapasiti sebagai raja dan bukannya bermotifkan politik.

    “Saya sedar, Zaid selalu mengeluarkan komen yang tidak benar dan tidak tepat mengenai saya, dari dulu. Zaid adalah seorang ahli politik serta bekas menteri dan saya faham dari dulu lagi Zaid kuat menentang institusi raja.

    “Nasihat saya kepada Zaid satu sahaja, janganlah kita jadi seperti kacang lupakan kulit dan janganlah musnahkan orang Melayu. Saya percaya Zaid tahu apa yang saya maksudkan,” titah baginda lagi. – mD

    http://www.suara.tv/2017/12/07/sultan-sharafuddin-murka-arah-zaid-ibrahim-keluar-dari-selangor/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kueh Pau tak laku ker, dah mula keluat kueh lopes kopipes pulak....??

      Delete
    2. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
  17. Himpunan Orang-Orang UMNO Paling Luar Biasa #PAU2017
    Benarlah seperti mana yang disebut banyak pihak Perhimpunan Agung UMNO 2017 bukan sahaja menjadi sebahagian daripada acara tahunan para ahli parti itu tetapi ia sudah menjadi Hari Raya UMNO kerana disinilah seluruh pimpinan dan ahli di akar umbi akan berkumpul meraikan parti yang didokong.

    Macam-macam ada "package" sekaligus daripada soal menunaikan tanggungjawab terhadap parti, bicara politik, pameran oleh agensi-agensi, gerai jualan, pertemuan rakan-rakan dari seluruh negeri di Malaysia dan banyak lagi yang menarik mengikut kehendak masing-masing.

    Yang pasti dalam semua keadaan itu ada juga pihak yang cuba untuk menjejaskan imej parti UMNO dengan sebaran berlakunya hubungan terlarang dikalangan ahli UMNO apabila tibanya PAU.Bagi MMI mudah apa jua dakwaan sewajarnya ia disusuli dengan bukti dan tindakan kerana tanpanya tiap dakwaan itu akhirnya akan berbalik kepada si pembuat dakwa.

    Namun sepanjang berada di PAU2017, MMI dapat melihat malah merasai betapa kadang-kalanya ada rasa-rasa tertentu yang hadir secara spontan dalam diri kerdil ini.Perasaan sebak akan mula menguasai diri tatkala kata-kata nasihat serta peringatan dilontarkan oleh barisan pemimpin dan jurucakap yang MMI yakin ianya bukan dibuat-buat tetapi hadir atas rasa tanggungjawab dan cinta terhadap parti keramat orang Melayu ini.

    Dalam sedar tak sedar parti UMNO sudah pun berusia 71 tahun, satu tempoh masa yang cukup panjang dan sudah semestinya diperingkat sebegini, manusia normal sudah memasuki hari-hari tuanya dan mungkin ada yang sudah nyanyuk.

    Tetapi UMNO beruntung kerana ia terus disegarkan oleh generasi demi generasi pelapis yang berpegang kepada amanah dan tanggungjawab.

    Jika ada yang nyanyuk maka barisan pelapis tampil mengisi kekosongan dan mereka yang tidak mampu lagi mengemudi parti akan berehat malah UMNO lebih beruntung lagi apabila kumpulan nyanyuk atau sengaja buat-buat nyanyuk kerana kepentingan tertentu angkat kaki dan meninggalkan rumah keramat ini.

    Keberangkatan kumpulan itu secara tidak langsung telah membantu parti UMNO untuk terus lebih segar dengan perubahan demi perubahan yang lebih baik diisi melalui perancangan pemimpin yang terus komited mengepalai parti hasil dari sokongan dan dokongan ahli-ahli di akar umbi.
    Di sebalik semua diatas kita pasti sedar bahawa ada gerombolan lain yang begitu mencemburui keutuhan yang dimiliki oleh UMNO.Rata-rata mereka akan berusaha untuk sekurang-kurangnya mencari jalan memburukkan parti orang Melayu ini.

    Pelbagai cara dan kaedah digunapakai malah kita boleh melihat contohnya di portal pro pembangkang khususnya MeloyaKini.Lihatlah tajuk-tajuk artikel yang disiarkan dan pengisian artikel-artikel terbabit jelas memperlihatkan kepada kita betapa mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk sekurang-kurangnya mewujudkan rasa benci terhadap pimpinan sedia ada.

    Satu tindakan normal kerana puak-puak pembangkang khususnya hilang punca untuk terus memukau rakyat supaya membenci UMNO.

    Lebih menarik lagi PAU2017 yang sedang berlangsung ini turut mendapat perhatian dari kalangan mereka yang menolak perjuangan parti keramat ini.Dengan semua medium menjadi alternatif sebaran maka tidak susah sebenarnya untuk mereka-mereka ini mengikuti perkembangan dari sehari ke sehari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nie, kueh Pau tak laku ker, dah mula keluar kueh lopes kopipes pulak....?

      Delete
    2. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
  18. Selain dari itu ramai juga dari kalangan mereka yang pro pembangkang dan membenci UMNO turut berlegar-legar di sekitar PWTC malah mungkin ada sebahagiannya sedang mencari rezeki di PAU2017.

    It's ok bro ... Welcome tak ada masalah pun kita berjiwa besar dan UMNO bukan parti caca marba yang diwujudkan atas rasa benci sesama Melayu dan rakyat Malaysia.

    MMI yakin sebahagian besar mereka-mereka ini tahu betapa ucapan, pandangan, cadangan, tindakan serta susulan hasil daripada PAU2017 itu adalah wadah yang akan menjadi sebahagian daripada dasar-dasar negara seterusnya mensejahterakan seluruh rakyat.

    UMNO jelas menolak dasar perjuangan politik yang dibawa oleh parti DAP dan gerombolan yang bersama dengan mereka.Perkara ini tidak perlu diselindungkan lagi kerana hampir setiap tahun warga UMNO akan berbicara soal yang sama cuma pendekatan serta gerak cara sahaja berbeza mengikut situasi semasa.

    Walaupun itu adalah realitinya kumpulan yang membenci UMNO tetap mengikuti perjalanan PAU pada seiap tahun seterusnya membuktikan bahawa mereka tahu dan sedar UMNO bukanlah parti sembrono yang dipenuhi emosi kebencian melampau penuh RETORIK.

    Hakikatnya himpunan orang-orang UMNO kali ini cukup luar biasa bukan sahaja kerana ia turut diikuti oleh pembenci-pembencinya tetapi menjadi bukti betapa disaat pembangkang telah melakukan pelbagai serangan politik, adu domba, fitnah sekalipun himpunan ini tetap berjalan dengan amat berjaya sekali.

    Orang UMNO sekali lagi sedang menentukan survival bangsa Melayu dan dalam masa yang sama melihat soal perpaduan dan penyatuan semua pihak agar bumi Malaysia terus makmur dan berjaya.

    Akhir kalam dunia tahu apa yang UMNO lakukan dan realiti inilah yang tidak dapat diterima oleh kuncu-kuncu Mahathir, Kit Siang, Mat Sabu dan legasi politik songsang Anwar Ibrahim.

    Hebat UMNO semoga Allah swt terus merahmati dan memelihara perjuanganmu.

    ReplyDelete
  19. UMNO: Pelaksana Wasiat Pusaka, Harapan Sejati Kesejahteraan Negara Bangsa
    Teks Penuh Ucapan Presiden UMNO Di Perhimpunan Agong UMNO 2017

    BismillahirRahmanirRahim,

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

    Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,
    Timbalan Pengerusi Tetap,
    YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,
    Timbalan Perdana Menteri,
    YB Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein,
    Naib Presiden UMNO,
    Yang Berbahagia Ketua Wanita, YB Ketua Pemuda dan YB Ketua Puteri,
    YB Setiausaha Agung UMNO,
    YB Bendahari UMNO,
    Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,
    Para Perwakilan,
    Ketua-Ketua Parti Komponen,
    Para Pemerhati dan Wakil-Wakil Parti dari Dalam dan Luar Negara,
    Dif-dif Jemputan,
    Para Perwakilan Mahasiswa Pelapis Negara Bangsa, Hadirin-Hadirat,
    Sahabat-Sahabat Media,
    Seluruh Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian, tidak kira di mana anda berada,
    Khususnya buat Generasi Pewaris Transformasi Nasional 2050 sekalian,

    BAHAGIAN I : MUKADIMAH

    Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa biHi nastain.

    1. Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama Bernaik Saksi Bahawa, Tiada Tuhan yang Selayaknya Disembah Melainkan Allah yakni Dia, serta para MalaikatNya, yang berSelawat ke atas Nabi Junjungan.

    2. Lalu,… diseru ke atas orang-orang yang beriman bagi mengucapkan; Allahumma Solli Ala Saiyyi-dina Muhammad, Wa a’la A-li Saiyyi-dina Muhammad.

    3. Pertama-tamanya, pada pagi yang penuh permai, 7 haribulan Disember 2017, bersamaan 18 Rabiul Awwal 1439 Hijriah, marilah kita mendoakan agar majlis ini menjadi perhimpunan yang dirahmati dan penangguhannya nanti sebagai satu amal yang diberkati oleh Allah, mudah-mudahan.

    4. Sehubungan itu, bagi kali yang Ke-68, kita berasa sungguh bersemangat,… melihatkan,… Pusat Dagangan Dunia Putra ini,… penuh sesak, dengan ahli UMNO serta para tetamu, yang berduyun-duyun,… tidak pernah suasana meriah sebegini, hingga membuatkan kita sungguh teruja,… sampai amat merinding dan berdiri tegak!,… bulu roma,… bahawa,… semangat United Malays National Organisation atau UMNO, selagi hayat kita di kandung badan,… AKAN MARAK,… TERUS BERNYALA-NYALA,…

    Hidup UMNO! Hidup UMNO!

    Saudara dan Saudari,

    5. Sayugia ingin dialu-alukan, Ahlan Wa Sahlan, kehadiran keseluruhan 5,628 perwakilan dari 191 bahagian UMNO, seluruh negara, bermula dari Padang Besar, Perlis di sempadan Siam, membawa ke Penghujung Tanah Besar Asia di Tanjung Piai, Johor, sehingga ke Simpang Mengayau, at the tip of Borneo di Kudat dan Sandakan Sabah.

    6. Sememangnya lagi, seperti yang dapat kita saksikan, perhimpunan hari ini ternyata sungguh berbeza,…auranya pun cukup luar biasa,… kerana,… inilah satu persidangan yang sangat dinanti-nantikan oleh kita semua.

    7. Apatah lagi, akan dirakam sejarah,… dengan catatan rekod kehadiran paling banyak jumlah perwakilan, ahli dan para pemerhati serta orang ramai,… berbondong-bondong,… melimpah ke seluruh lantai-lantai P-W-T-C ini, dengan jumlah, yang dikhabarkan seramai lebih 30 ribu orang.

    8. Lalunya, sampai buntang mata Saya, sejak dari awal, Saya sampai ke dewan ber-tawarikh ini, kerana,… menyaksikan betapa semaraknya, lautan merah warna perjuangan, sebagai simboliknya, akan terus berkibar kencang,… panji UMNO,… SANG SAKA BANGSA.

    Saudara-Saudari,

    9. Inilah,… perlambangan sebuah keyakinan bahawa,… Saya,… Najib Razak selaku PRESIDEN UMNO TIDAK BERSEORANGAN,… bermakna juga KEPIMPINAN KAMI YANG DI ATAS INI TIDAK BERSENDIRIAN,…

    10. Sebabnya,… tanpa sokongan tuan-tuan, AHLI-AHLI TEGAR LAGI SETIA UMNO,… yang di dalam dewan ini,… waima,… di mana jua saudara berada, apalah ertinya, kami para pimpinan yang berada di atas ini.

    11. Maksudnya,… kalau sebeginilah petanda dan tamsil semangat yang dizahirkan oleh sosok-sosok para ahli dan orang-orang UMNO,… Saya yakin dan penuh percaya bahawa,…

    12. UMNO akan terus malar dan segar, untuk hidup memimpin,… bukan sekadar 30 tahun mendatang,… malah,… InsyaAllah,… bagi tempoh SERIBU TAHUN LAGI!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik mual & rasa nak muntah, asyik2 kueh lopes kopipes....!!

      Delete
  20. 13. Dengar baik-baik,… saudara-saudariku,… panglima-panglima,… wirawati-wirawati serta para hulubalang bangsa dan agama,… SE-ANDAINYA HARI INI,… ditiupkan semboyan,… seraya dipalu genderang perang,… saya mahu bertanya,…
    14. Apakah kita semua sudah bersedia untuk ke medan juang..?? BERSEDIAKAH KITAAAA??? BERSEDIAKAH KITAAAAA???

    Syukur,…. Alhamdulillah…. kalau itulah jawapannya.

    15. Bahkan, pada 11 Mei lalu, ketika mana meraikan Ulangtahun UMNO yang ke-71, di Stadium Bukit Jalil,.. pastinya ramai masih ingat, kita sama-sama memanjat doa, yang diaminkan pula oleh ratusan ribu ahli UMNO, memohon setulusnya ke hadrat Allah Hu Ta’ala agar,…

    Dilindungilah,… perjuangan parti UMNO ini,… Dirahmatilah,… segala usaha yang kita lakukan,… demi agama, bangsa dan negara,… serta Diberkatilah,.. tanah tumpah bertuah ini.

    16. Justeru,… kita terus merafak harapan membumbung kepada Yang Maha Penyayang,… biar pun burung-burung berhenti bersiulan,… sekalipun bumi ini kontang tidak menghijau lagi,… hatta alam sekeliling jadi membisu,… MOHON BARANG DIJAUHKANLAH OLEH TUHAN, SEBARANG MALA PETAKA, DARIPADA MENIMPA UMAT MELAYU BUMIPUTERA INI,…

    17. Lantas, marilah kita beri tepukan sekuat-kuatnya, sebagai pembakar semangat bahawa,… pertemuan hari ini bukan biasa-biasa,… akan tetapi,… satu perkumpulan yang bakal diingat dan dikenang sebagai,… PENGHULU SEGALA PERHIMPUNAN.

    18. Mustahaknya, mulai sekarang, OBOR ‘PERANG’ yang jamungnya telah mula berjulang, TI-DAK SE-SE-KALI BOLEH DIBIARKAN PADAM,… DEMAMNYA pula, TI-DAK AKAN KEBAH-KEBAH, melainkan,… melainkan,… SELEPAS KITA MENANG BESAR DALAM PILIHANRAYA UMUM KE-14 nanti. InsyaAllah.

    Saudara dan Saudariku,

    19. Apa yang penting,…

    Datang bukan sebarang datang,
    Himpun tidak sebarang himpun,
    Walau ribut kemarau pun panjang,
    Meski taufan datang bergulung.

    Perang kali ini,… yang bergelar BAPA SEGALA PILIHANRAYA, kita akan bertempur,…berlawan,… lawan habis-habisan!!

    Allahu Akbar! Allahu Akbar!

    BAHAGIAN II : BERPIJAK DI ATAS REALITI DAN CABARAN SEMASA

    Saudara-Saudaraku, Para Pejuang Bangsa Sekalian,

    20. Dalam keriuh-rendahan gelombang merah, dalam pada kita berasa asyik dan yakin dengan semangat yang berkobar-kobar,… jika sedemikian getarannya,… inilah detik-detik yang amat menyenangkan bagi kita semua.

    21. Namun, pada masa yang sama, Saya ingin mengajak kita semua, untuk kembali BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA.

    22. Walau apapun,… sebagaimana dipesan orang tua-tua, sebelum kita melangkah lebih jauh lagi, kita harus sentiasa BERMUHASABAH DIRI DAN PARTI, menyorot serta MENAMPAR ‘PIPI-PIPI’ PERJUANGAN ini, seraya segera bangkit dari comfort zone, yang selama ini membikin kita alpa dan lalai.

    23. Pucuk pangkalnya, dalam persidangan semustahak ini, kita tidak boleh setakat bercakap perkara manis-manis sahaja kerana, bak dipesan oleh Bapak Hamka, jika hidup ini antara pahit dan manis, maka perjuangan itu juga, antara kemenangan dan pengorbanan, antara keringat serta air mata.

    24. Peri-pentingnya,… ahli-ahli dan jentera parti, hendaklah selalu berwaspada dan berada dalam mode kesiap-siagaan kerana,… tak berapa lama lagi, kita akan menempuh satu episod pilihanraya yang TER-GENTING lagi BER-KEMUNCAK cabarannya,…

    25. Bukan sahaja kepada bangsa Melayu Bumiputera,… UMNO dan Barisan Nasional,… Kestabilan serta Kedaulatan Negara,… masa depan Syiar Islam,… bahkan yang terpenting adalah,… NASIB ANAK CUCU KETURUNAN KITA, AGAR TIDAK MELARAT DEK UNTUNG, TERSUNGKUR MEREMPAT DI TANAH SENDIRI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyakit SS (syok sendiri).

      Naik mual & rasa nak muntah, asyik2 kueh lopes kopipes....!!

      Delete
  21. 26. Itulah hakikatnya Saudara-Saudaraku, kita berada di celah-celah kekeruhan dan persimpangan percarian umat Melayu, yang ketika ini, sedang berpecah kepada pelbagai kumpulan dan fahaman politik dalam menentukan ARAH KOMPAS PERJUANGANNYA.

    27. Justeru, kita patut berasa syukur serta bertuah kerana, dengan izin Allah Hu Ta’ala, masih lagi kekal berada dalam sebuah JEMAAH YANG KUKUH LAGI BERPADU, YAKNI PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU,… UMNO!!

    28. Realitinya UMNO telah terbukti sebagai satu-satunya parti yang masih tangguh dan bertahan teguh, dalam membela kepentingan orang-orang Melayu Bumiputera serta rakyat Malaysia, dan kekal sebagai Pe-Tunjang Utama, kepada parti komponen Barisan Nasional.

    29. Manakala, inilah detik-detik penentu rakyat Malaysia keseluruhannya, agar tidak tersasar ARAH KOMPAS HALATUJU dalam menilai dengan matang, bukannya dengan emosi, apatah lagi terpengaruh dengan dakyah-dakyah pihak pembangkang di media-media sosial.

    Sehubungan itu, Saudara dan Saudariku,

    30. Ketahuilah, untuk Amanat Presiden kali ke-9 ini, sebetulnya tidak mudah bagi saya,… sehinggakan Saya mengambil masa yang agak panjang untuk mena’kul secara serius,… melalui siri-siri perbincangan, hati ke hati serta diskusi-diskusi percambahan minda yang mendalam lagi teliti,…

    31. Bagi menentukan akan apakah intipati ucapan yang sewajarnya Saya sampaikan, dalam memenuhi amanah dan kedudukan ini.

    32. Sebabnya,… Saya diingatkan berkali-kali dalam sesi-sesi perbincangan membikin ucapan ini bahawa,… dengan izin,… Today,… I shall speak not only in the interest of my Duty as the President of UMNO, nor as the Chairman of Barisan Nasional,… but,… but above all,…

    33. My Utmost and My Paramount responsibility at this very important juncture, as the Leader, yakni,…

    34. TUGAS DAN AMANAH, SEBAGAI SEORANG PERDANA MENTERI, BUKAN SEKADAR KEPADA LEBIH 3 JUTA AHLI UMNO,… MAHUPUN 7 JUTA AHLI BARISAN NASIONAL,… TIDAK JUGA TERHAD KEPADA 69 PERATUS BUMIPUTERA,… ISLAM MAHUPUN BUKAN ISLAM,…

    35. Malah,… malah,… yang tertanggung di atas dua pundak dan bahu Saya adalah, ehwal kepentingan sejumlah lebih 32 juta rakyat Malaysia, dengan tidak mengira kaum,… latar keturunan,… apapun fahaman, mahupun agama.

    36. Simpulannya,… Saya ingin mengajak Saudara-Saudari berfikir masak-masak tentang,… Pilihanraya Umum kali ini,… is not just another General Election,…

    37. Kerana,… lebih termustahak daripada itu,… jika kali ini,… negara tergadai dan terlepas jatuh kepada pihak yang salah dan tidak bertanggungjawab,… apa yang bapa-bapa terdahulu dan kita semua bina dengan segala susah payah selama ini,… akan ranap dan musnah,… hancur berkecai di depan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu-tahunya...tanah pusaka & aset milik bangsa & negara dgn mudah & murah hati diserahkan oleh Najib kpd negara China Komunis, siap bagi duit Tabung KWSP untuk bina Stesyen Janakuasa Terbesar dalam negara di Melaka, dan juga pangkalan tentera laut (naval base) di Kuantan & Melaka juga.

      Alangkah bodohnya ahli2 UMNO di PWTC sekarang ini tak sedar mereka ditipu oleh seorang Petualang & Pengkhianat Negara....!!

      Delete
  22. Saudara-Saudari,

    38. Oleh itu, ketahuilah, pilihanraya kali ini, meletakkan kita di satu persimpangan pemutus lagi monumental, sebabnya di tangan kita adalah pilihan, yang akan menjadi penentu kepada THE FATE OF THIS NATION.

    39. Ternyata ini bukan soal main-mainan, sebabnya PERCATURAN PERJUANGAN kali ini, cukup serius dan TIDAK ADA TAWAR-MENAWARNYA LAGI.

    40. Sesungguhnya, tidak terbayang oleh kita, mimpi ngeri dan nasib buruk yang bakal menimpa.

    41. Pertamanya, sanggupkah kita membiarkan Agama Islam dan Syiarnya, diperlekeh dan diperhinakan di tanah ini,…?

    42. Keduanya, tergamakkah kita, melihat kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu tidak lagi dimulia, bahkan akan didurhakai,… manakala, Institusi-Institusi kebanggaan orang Melayu Bumiputera seperti MARA, FELDA, serta Tabung Haji serta-merta pula nanti akan disisihkan,…

    43. Begitulah juga dengan nasib UiTM, institusi kebanggaan UMNO Bumiputera, yang pastinya akan digagalkan objektifnya begitu saja, sekiranya pihak lawan memerintah.

    44. Sementelahan itu, seandainya pembangkang mengambil alih, Para Penjawat Awam, yang menjadi tulang belakang Kerajaan selama ini, semestinya,… tanpa lengah-lengah lagi, akan dikuncupkan jumlahnya,…

    45. Dan,… sudah tentu sekali, kesumat pihak lawan, sejak sekian lama, terhadap keistimewaan orang-orang Melayu Bumiputera, sebagai leluhur jati di pertiwi ini, dari bangsa yang mulia lagi merdeka, akan dipijak-pijak maruah dan TERGADAILAH KEINDUKKANNYA,…

    46. Bahkan, lebih buruk dari itu, AKAN MEREMPAT, DICELAKAKAN SEHINA-HINANYA, SEHINGGA TERBANGSAT DI TANAHAIR SENDIRI.

    47. Maka itu, kita mesti lekas-lekas sedar bahawa, Perhimpunan Agung dan Pilihanraya kali ini, bukan hanya demi UMNO, tidak juga untuk Barisan Nasional,… namun,… TERPIKUL ATAS KITA SEMUA,… MISI YANG AMAT BESAR,… bagi menentukan SURVIVAL yang sangat-sangat penting,… yakni DESTINI masa depan umat serta negara keseluruhannya.

    Saudara-Saudari, Rakan-Rakan Seperjuangan Dalam Keluarga Besar UMNO ku Sekalian,

    48. Dari itu,… marilah kita sama-sama renungkan sejenak,… seandai dan sekiranya,… UMNO, Barisan dan Negara ini tumpas ke tangan lawan,….

    Apakah mungkin kita dapat bertemu lagi di Dewan berkeramat ini pada masa akan datang?

    49. Masih terdengarkah lagi, gemanya Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad,…

    SOL-LAL-LAH-HU, A’LAI-HI, WA SAL-LAM yang kita kasihi.

    50. Mungkinkah dibenar berkumandangnya lagi lagu-lagu patriotik UMNO lambang bangsa bertuah ini? Bolehkah panji-panji UMNO terus berkibar?

    51. Mampukah kita menahan rasa sebak dan sedih di dada, apabila kita tidak lagi bisa berkumpul seperti ini, dalam satu keluarga besar sebagai adik beradik UMNO.

    52. Masa itulah,…. baru kita mengerti,… baru kita faham,… akan nikmatnya SEBUAH KESATUAN, mulianya hidup dalam perjuangan di bawah rimbunnya payungan Parti UMNO.

    53. Tapi,… ketika itu, segalanya tidak bererti lagi,… tamatlah sudah riwayat Melayu sejati,… nobat dan nafiri pun tidak berbunyi lagi.

    54. Pada waktu itulah, apabila cucu-cicit keturunan kita bertanya, kenapakah kita KECUNDANG dan MEMBIARKAN SEMUA INI BERLAKU,…

    55. Jawapannya,… hanyalah DENGAN RAUT WAJAH SEJUTA PENYESALAN, SAMBIL BERLINANGAN AIR MATA, kita hanya mampu berkata kepada mereka,…

    WAHAI ANAK CUCUKU,… AMPUNKAN,… AMPUNKANLAH,… DOSA-DOSA KAMI INI….

    56. Lantas,… Saudara-Saudari seperjuanganku sekalian,… Saya pinta kepada semua, kalau kita tidak mahu semua itu terjadi,…

    Maka BERSUMPAH dan BERJANJILAH,… BERSETIA dan BERIKRARLAH,… bahawa,…

    BIAR PETIR MENYAMBAR DI LANGIT,… HATTA BERTANGKUP LANGIT DAN BUMI,… SAMPAI KE TETESAN DARAH YANG TERAKHIR,… KERAJAAN INI TETAP KITA PERTAHANKAN,… TANAH AIR INI TIDAK BO-LEH DIAMBIL LAWAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyakit SS (syok sendiri).

      Naik mual & rasa nak muntah, asyik2 kueh lopes kopipes....!!

      Delete
  23. BAITULMAQDIS DIIKTIRAF TRUMP & KENAPA ERDOGAN HUBUNGI NAJIB ?

    Jika selama ini, Baitulmaqdis yang dirampas rejim zionis sejak kekalahan memalukan negara Arab kepada Israel pada 1967, diletakkan di bawah pemantauan antarabangsa, tindakan Rumah Putih itu ibarat meranapkan 'status quo' di wilayah konflik itu.

    Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan muncul sebagai pemimpin dunia pertama yang mengecam keputusan Trump dengan mengatakan ia melepasi "red line" atau batasan bagi umat Islam.

    Erdogan yang dilihat sebagai "figura" penting umat Islam di Benua Eropah turut menghubungi pemimpin negara Islam untuk mencari sokongan dan solidariti dalam tindakan provokasi Trump itu.

    Antara yang dihubungi di rantau Asia Tenggara adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden UMNO, kini bersidang dalam perhimpunan agung parti tunjang Barisan Nasional (BN) sejak tiga hari lalu.

    Maka bergemalah kecaman keras Malaysia terhadap tindakan Trump itu dalam ucapan dasar Najib pada perhimpunan agung parti Melayu Islam terbesar di Malaysia itu pagi tadi.

    Najib menyatakan UMNO tidak akan sesekali berkompromi dengan apa-apa juga yang membabitkan penghinaan ke atas kesucian Islam, termasuk kesucian masjid ketiga suci bagi umat Islam, Masjidil Al-Aqsa.

    "Kita menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila," kata Najib disambut teriakan gemuruh perwakilan parti keramat Melayu Islam itu.

    Hakikatnya, tiada yang baharu dalam tindakan Trump itu kerana beliau sebenarnya mengotakan janjinya pada pemilihan presiden AS sebelum ini. Beliau memang menjanjikan untuk memindahkan kedutaan negara itu dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis tetapi atas sebab-sebab tertentu menangguhkannya paa Jun lalu.

    Namun, kenapa agaknya Trump bertindak demikian sekarang? Adakah kerana AS (baca rejim zionis Israel) itu "maha kuat" atau negara Islam yang sudah berpecah belah kepada blok yang diketuai Arab Saudi, Iran dan Turki?

    Marah memang marah. Tentunya, tiada umat Islam di dunia ini yang akan menerima keputusan Trump itu.

    Persoalannya, sejak dari Jun hingga sekarang apakah usaha konkrit yang negara-negara Islam lakukan untuk bersatu mempertahankan Masjidil Al-Aqsa. Saban hari, ada saja warga Palestin yang terbunuh di Palestin, sama ada di Gaza atau Tebing Barat, dek perbuatan rejim zionis.

    Bukan hanya di Palestin, saban hari ada saja nyawa orang Islam yang gugur di Syria, Yaman, Iraq dan Afghanistan akibat persengketaan sesama sendiri.

    http://sejarahmelayu.blogspot.my/2017/12/baitulmaqdis-diiktiraf-trump-kenapa.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambungan:

      BAITULMAQDIS DIIKTIRAF TRUMP & KENAPA ERDOGAN HUBUNGI NAJIB ?

      Di negara Asia pula kita digemparkan dengan penindasan ke atas etnik Rohingya di barat Myanmar.

      Lebih menyedihkan apabila ketika Trump membuat tindakan yang menghinakan itu, ada kalangan umat Islam di negara ini yang menyifatkan kenyataan Najib mengecam Presiden AS hanya bermotifkan politik.

      Seharusnya di sebalik kekalutan itu, kita boleh berlapang dada dan bersatu dalam mempertahankan kesucian Al-Quds.

      Juga harus difikirkan kenapa Najib yang dihubungi Erdogan. Adakah kerana beliau pemimpin Asia Tenggara yang pernah memasuki Palestin (Gaza) pada 2013 atau seorang pemimpin yang dilihat memperjuangkan isu Palestin.

      Barangkali, Malaysia mempunyai suaranya tersendiri dalam isu Palestin apatah lagi wakil Hamas yang memerintah Gaza (Palestin) sejak 2007 diundang ke Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun. Begitu juga wakil Fatah yang diiktiraf dunia, turut dijemput ke perhimpunan itu.

      Hakikatnya, isu Palestin dekat di hati rakyat Malaysia. Ia diterjemahkan dengan sokongan berterusan kerajaan dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap perjuangan membebaskan Palestin sejak penubuhan negara haram Israel pada 1948.

      Sekali lagi, saya katakan tiada apa yang baru dalam tindakan Trump. Ia juga membuktikan bahawa umat Islam ketika ini bersikap reaktif dari proaktif dalam tempoh yang ada sejak Jun lalu untuk membela Al-Quds.

      Namun sepertimana kata Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, dalam tweetnya yang diterjemahkan Palestine News semalam, "Apa guna Palestin tanpa adanya bumi Baitulmaqdis?".

      Kita seharusnya melihat insiden semalam sebagai titik penyatuan umat Islam untuk bersatu menentang tindakan Trump, bukan sebaliknya. AS (baca Israel) tidak pernah kuat tetapi kita (umat Islam) lemah kerana sengketa sesama sendiri dan sengketa itu, memusnahkan.

      http://sejarahmelayu.blogspot.my/2017/12/baitulmaqdis-diiktiraf-trump-kenapa.html

      Delete
    2. Najib tak habis2 menjilat presiden2 Amerika sebab tidak ada jati diri, yakin diri & masih melendet & menyandar kpd kuasa asing seperti Amerika & juga China Komunis.

      Masih ingat tak Kejora puaka pulak pada November 2016 bagai nak rak mendukung perjanjian syaitan TPPA anjuran Amerika.

      Kami bertikam lidah di blog Putra Merdeka. Ketaksuban Kejora terhadap Najib membuat dia membabi buta konon peralihan kiblat Najib ke China adalah betul. Kejora dungu sekali kerana tidak menimbangkan berapa banyak masa dan wang ratusan juta rejim Borosmah Najib perabis untuk melobi TPPA dan membodek White House/Obama. Kesudahannya, duit rakyat & negara terbuang ke longkang.

      Yg jelas inisiatif & usaha Najib tidak dapat berkat dari Allah SWT...sekali gus mendedahkan betapa Najib tersangatlah bengap, tidak ada jati diri & asyik melendet kat kuasa asing.

      Tidak seperti Tun Mahathir yg tegas, teguh, berjati diri, berani & tidak tunduk kpd kuasa asing.

      Najib pulak takottt bini, takottt Spura, takotttt Amerika, takottt Putin, nah sekarang membodek China Komunis pulak.

      Justru...Najib Rosmah suami isteri wajib disingkirkan bagi keselamatan negara.

      Delete
  24. Alah tuan Budin ni macam tak tahu plak.

    Najib mana boleh mengkhinati Trump yang ia sebut-sebut sbg kawannya, ghairah berselfie dan sehingga berpusing seluruh badannya menuruti arah Trump yang dilihat sengaja mengelakkan diri untuk bersalam dengan Najib.

    Najib juga takkan boleh khianati wala mutlaknya kepada Trump bahawa musuh Trump adalah musuh Najib juga.

    Apabila Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sbg ibu kota Israel, Trump dgn jelas telah menjadikan Palestin sbg musuhnya.

    Respond Erdogan pula amat keras dan duta Amerika dihantar pulang. Jelas dalam isu ini Turki telah memusuhi Amerika.

    Maka secara analogi, Palestin dan Turki kini menjadi musuh Najib juga.

    Dan memandangkan si pengkhianat haramjadah Najib ini adalah PM Malaysia, maka secara tidak langsung ia telah membawa Malaysia sekali memusuhi Turki dan Palestin.

    Presiden Turki telah diiktiraf sbg pemimpin dunia Islam yang paling dihormati hari ini (sama seperti ketika Tun M menjadi PM Malaysia dulu dan di dalam senarai 2017 Tun M duduk di tangga kedua orang Islam paling berpengaruh selepas Erdogan) sedangkan Najib pula adalah pemimpin dunia Islam yang paling dikeji dan dibenci rakyatnya pada hari ini.

    Dengan perkembangan terbaru ini maka jadilah Malaysia musuh kepada Turki dan Palestin disebabkan kebangsatan dan pengkhianatan PMnya yang berwala dengan Presiden Amerika.

    Tanda-tanda jelas kita sedang menuju ke klimaks zaman fitnah dengan Najib dan Erdogan berada di pihak berlawanan.

    Erdogan sbg hero dunia Islam dan Najib sbg pengkhianat umat Islam.

    Tiada keraguan lagi Najib akan tumbang hancur menyembah bumi.

    Oh ya, terlupa. Tunjangnya Najib akan membawa bersamanya ahli A9 yang tidak sempat berpatah balik.

    Sayonara guys, kalian telah pun diberikan peringatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong sebulat suara. Pendirian Najib the low class no degree PM yang celaru mesti ditunjukkan kepada rakyat. Berita ini wajar difahami oleh setiap warganegara Malaysia.

      Palestin = Syria = Musuh US = Musuh Malaysia = Musuh Trump = Musuh Najib

      Israel = Sekutu US = Sekutu Arab Saudi = Sekutu Malaysia

      Kalau equation ini diabaikan = nilai pie @ negative muncul = mental tak sudah = kemurungan = berpiket depan Kedutaan US di Malaysia tapi tidak depan Kedutaan Arab Saudi.

      Di Turki, equation ini dipatuhi.
      Palestin + Turki = US + Israel

      Mana2 puak yang ada dalam ruang bertentangan mesti ditendang @ tolak.

      Najib takkan berani buat tindakan kecuali dipaksa Rosmah Mansor.

      Delete
    2. John Doe, buat apalah reka fitnah. DSN antara pemimpin pertama dunia kecam Trump. PAS dan UMNO bersatu bantah Trump di Kedutaan US. Berapa hari lepas JD dan kuncu kuncu begitu gembira dgn US apabila kuncu Trumph cerita 1MDB. Yakin penuh. Apakah kini kita akan nilai kecintaan pada US kembali? Perlukah semua isu dipolitikkan? Tak boleh ke bersama PAS dan UMNO nyatakan bantahan di kedutaan?

      Delete
  25. Saudara dan Saudari,

    57. Jadinya, apabila kita membicarakan tentang Arah Kompas Halatuju atau Hak Rakyat Sebagai Pengundi pada setiap pilihanraya, Saya tidak mahu lagi,… kita mengulangi kesilapan-kesilapan dan kelalaian-kelalaian,… yang berlaku pada Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu.

    58. Sedangkan, semua orang tahu, UMNO tidak lemah. Malah,… kita masih menang dan berjaya menambah jumlah 79 kepada 88 kerusi Parlimen. Namun, akibat permainan jelek pembangkang, kita telah menjadi mangsa ‘POLITIK PERSEPSI’.

    59. Inilah yang dinamakan PERANG PERSEPSI, di mana, kita hampir tewas akibat permainannya. Walaupun di sudut realiti dan faktanya, kita berada di landasan yang betul dan bersungguh-sungguh dalam berjuang, berbanding pembangkang yang penuh dengan sandiwara dan hanya pandai bermain wayang.

    60. Satu perkara lagi yang perlu diperjelaskan di sudut ini, UMNO BUKANLAH PARTI BERSIFAT RASIS. Jika tidak, bagaimana kita diterima, mengepalai parti-parti komponen daripada pelbagai bangsa sejak puluhan tahun dengan penuh berhemah.

    UMNO: PELAKSANA WASIAT PUSAKA, HARAPAN SEJATI KESEJAHTERAAN NEGARA BANGSA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyakit SS (syok sendiri).

      Naik mual & rasa nak muntah, asyik2 kueh lopes kopipes....!!

      Delete
  26. 61. Tegasnya, saya ulang,… UMNO BUKAN ANTI KAUM CINA. Tetapi ternyata, kaum Cina dan sebahagian juga kaum India, turut terseret, terperangkap menjadi mangsa persepsi dan PEM-BO-HO-NGAN pembangkang.

    62. UMNO sebetulnya is above all,… kerana kita selama ini meraikan kepelbagaian dalam negara dan kita percaya kepada keharmonian untuk hidup rukun bersama, saling bergantung dan lengkap melengkapi.

    63. Bercakap soal persepsi contohnya lagi, pada Pilihanraya Umum yang lalu, pembangkang memainkan pelbagai berita palsu bagi memburukkan imej parti dan Kerajaan di mata rakyat.

    64. Direka-rekanya, cerita bohong 40 ribu pengundi hantu ‘diimport’ dari Bangladesh.

    65. Ditambah lagi, dengan tuduhan kononnya dakwat kekal yang digunakan mudah luntur dan boleh pula dikikis.

    66. Malah, pada pagi PRU Ke-13 itu, sekitar hampir jam 4 pagi, ada seorang pemimpin pembangkang, telah menyebar maklumat yang ME-NI-PU rakyat bahawa, pihak mereka telah pun menang pilihanraya.

    67. Macam mana dia kata dah menang, pilihanraya pun belum bermula lagi pagi itu. Bak kata oghang Perak nampak benor menipunya.

    68. Inilah dia modus operandi pembangkang. Kalau tak percaya, tengoklah PRU Ke-14 nanti, mereka akan terus BER-BO-HONG lagi, macam-macam isu bakal mereka timbulkan, bahkan akan bertindak lebih agresif, lebih cunning, semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

    Saudara dan Saudari,

    69. Lantas demikian, ini adalah realiti yang sedang berlaku. Contohnya di dalam parti, pagi dan petang di warung kopi, di mesyuarat cawangan dan bahagian, kita tidak lepas dari membicarakan tentang siapa sebenarnya yang menyokong kita? Dan siapa yang akan pangkah kita dalam pilihanraya?

    70. Justeru, kita sedang berhadapan dengan isu para pengundi yang terbahagi kepada beberapa kelompok.

    71. Satu, tentunya ahli parti yang menunaikan tanggungjawab mengundi parti kita. Keduanya pula, adalah mereka yang mengundi pihak lawan.

    Ketiga, yakni kelompok yang sangat penting untuk kita santuni, dekati dan menangi hati mereka adalah, sekelompok pertengahan yang tidak memihak kepada sesiapa, atau lebih tepat, disebut sebagai THE PERSUADABLE VOTERS.

    72. Lantaran itu, kepada kelompok ini yang sangat signifikan undinya, usaha-usaha untuk menawan dan memujuk hati mereka perlu menjadi antara agenda utama kita, melalui pelbagai bentuk kempen yang sewajibnya dijalankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyakit SS (syok sendiri).

      Naik mual & rasa nak muntah, asyik2 kueh lopes kopipes....!!

      Delete
  27. Saudara dan Saudari Sekalian,

    73. Dua malam lalu, Saya turut mengamati ucapan perasmian Sayap-Sayap parti oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sahabat serta Timbalan saya yang setia lagi baik budi, yang bertajuk, ‘LEMBAYUNG ARJANA BANGSA’.

    74. Semalam pula, Saya telah berkesempatan mengamati ucapan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ketua Wanita, Yang Berhormat Ketua Pemuda dan Yang Berhormat Ketua Puteri UMNO.

    75. Apa yang dapat saya rumuskan, kesemuanya telah berjaya dengan begitu baik sekali, dalam menyentuh isu-isu dan cabaran-cabaran utama, sebagai persediaan akhir menghadapi pilihanraya umum nanti serta amat FAHAM akan TUJUAN, matlamat tersurat lagi tersirat perhimpunan agung kali ini.
    BAHAGIAN III : SOROTAN 8 TAHUN KEPIMPINAN PARTI, BARISAN NASIONAL DAN KERAJAAN
    TRANSFORMASI UMNO, BARISAN NASIONAL DAN KERAJAAN
    Saudara dan Saudari,
    78. Hakikatnya, sejak saya memimpin parti UMNO, Barisan Nasional dan Kerajaan, bermula 26 Mac 2009, dan kemudiannya, pada 3 April 2009, menjawat kedudukan sebagai Perdana Menteri, tanpa berlengah-lengah, telah melancarkan pelbagai Transformasi Strategik, di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional atau DTN, yang digagaskan secara rasminya pada 2010.
    79. Dalam UMNO, pertama sekali, kita telah melakukan Transformasi Politik yang PALING BERANI,… PALING DEMOKRATIK,… dan TIDAK PERNAH DIBUAT SEBELUM INI DALAM SEJARAH PARTI.
    80. 7 pindaan perlembagaan dibuat pada Perhimpunan Agung Khas UMNO tahun 2009, bagi membuka ruang pemilihan teraju parti, dilaksanakan secara terbuka kepada lebih 150 ribu ahli, demi mempastikan UMNO terus dinamik, inklusif, dan relevan sampai bila-bila.
    81. Berbanding DAP, yang sejak 50 tahun lalu, yang hanya dikuasai oleh PENASIHAT dan DINASTI ANAK-BERANAK.
    82. Jadinya,… di mana ‘demokrasi’ yang dimomok-momokkan? Ternyata sekadar pada nama saja. Hatta dalam pemilihan semula CEC DAP, hanya 54 peratus sahaja yang hadir.
    83. Ini tak masuk lagi cerita ‘parti Bunga Raya’ atau istilah dulu-dulu,… Kembang Sepatu, yang diterajui bekas pucuk pimpinan UMNO dan seorang bekas Negarawan.
    84. Mudah kataa,… Kalau nak menguruskan hal ehwal mesyuarat pun gagal, lagu manaa,… nak uruskan negara?
    85. Cuma, bila sampai Pilihanraya nanti, kalau masih belum selesai lagi hal mereka, janganlah nak tuding kesalahan kepada orang lain, terutamanya Kerajaan,… kan?
    86. Selain itu, parti Bunga Raya ini, bukan nak mengata, maaf cakaplah,… kita tidak nampak di mana nilai yang cuba dibawanya,…
    Katanya ingin berjuang untuk orang-orang Melayu dan Islam, tetapi berpakat dan sedang dijadikan ‘perkakas’ oleh DAP yang terang-terang Anti-Melayu dan Islam, sebagai tercatat dalam perlembagaan DAP, langsung tidak menyebut, Islam sebagai Agama Persekutuan, bahkan matlamat mereka mahu menjadikan negara ini sekular sepenuhnya.
    87. Bercakap tentang Mahathir pula, dulu,… di pentas ini juga beliau mengingatkan kita bahawa,… MELAYU MUDAH LUPA, namun pada kita, this man has crossed the line,…
    Apabila tergamak bersubahat dan bersekutu, dengan ‘musuh politik’ dan ‘musuh prinsip’ beliau selama puluhan tahun yang lalu. Hanya-sanya untuk memenuhi TEMBOLOK AGENDA KEPENTINGAN PERIBADI DAN KELUARGA SEMATA-MATA.
    88. Sememangnya, pepatah lama sudah menyebut, mana mungkin Minyak dan Air bersatu.
    89. Jelasnya, MELAYU MUDAH LUPA itu merujuk kepada dirinya sendiri, kerana, orang-orang yang tetap berpegang kepada roh dan falsafah perjuangan parti seperti kita semua, InsyaAllah tidak sesekali menjadi MELAYU YANG MUDAH LUPA seperti mereka!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyakit SS (syok sendiri).

      Naik mual & rasa nak muntah, asyik2 kueh lopes kopipes....!!

      Delete
  28. Saudara Saudari, Rakyat Malaysia Sekalian,
    90. Hampir dua bulan lepas, Alhamdulillah, bagi pihak Kerajaan Barisan Nasional, kita telah mampu membentangkan sebuah Bajet yang disegani kawan dan lawan, sebagai, ‘IBU SEGALA BAJET’, dengan peruntukan terbesar, paling inklusif, tidak pernah seumpamanya.
    91. Agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera terus dijadikan Agenda Nasional melalui Dasar Transformasi Kesejahteraan Bumiputera.
    92. Antara hasilnya, inisiatif Carve Out and Compete kepada Bumiputera, mencapai nilai kontrak lebih 61 bilion ringgit.
    93. Ini membuktikan bahawa, kontraktor-kontraktor Bumiputera semakin berdaya saing dan berkeupayaan. Projek MRT yang bertaraf dunia, bukan sahaja berupaya disiapkan lebih awal daripada jadual, tanpa pula menjejaskan kualiti, malah, berjaya menjimatkan lebih 2 bilion ringgit.
    94. Sememangnya, MRT ini merupakan ‘success story’ dan menjadi ‘eye opener’ sebagai lambang kepada transparency, bukti kebolehan anak-anak bangsa kita, di pelbagai bidang kejuruteraan. Syabas diucapkan!
    95. Begitu jugalah dengan Projek Infra-Rakyat, East Coast Rail Link dan High Speed Rail yang bakal dibina. Bagi urang-urang Sabah dan Sarawak pula, projek Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,325 kilometer dengan kos hampir 30 bilion ringgit, yang dimanfaati oleh anak-anak peribumi dan Malaysia,… akan tatap kita jayakan.
    Saudara, Saudari Rakyat Malaysia Sekalian,
    96. Sesungguhnya, Kerajaan Barisan Nasional tunjangan UMNO, amat cakna dan peduli kepada kepentingan seluruh lapisan rakyat.
    97. Kepada kaum Cina turut disalurkan peruntukan antaranya, pendidikan, manfaat daripada pelbagai pinjaman perniagaan serta pengurangan cukai.
    98. Terhadap kaum India pula, kita lancarkan Malaysian Indian Blueprint, yang akan mengarus perdanakan dan meningkatkan tahap sosio-ekonomi kaum India secara komprehensif.
    99. Buat pertama kalinya pula, kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, saya telah mengumumkan, peruntukan pa-ling besar sebanyak 6.5 bilion ringgit.
    100. Ini menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan sektor pertanian dan pembangunan luar bandar, sejak 8 tahun pentadbiran ini, telah mencecah hampir 63 bilion ringgit.
    101. Selain itu, sebanyak 6.5 bilion ringgit lagi disediakan untuk infrastruktur asas, yang membantu meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup, lebih 6.2 juta rakyat Malaysia di luar bandar, termasuklah Sabah dan Sarawak.
    102. Inilah, bak kata cerdik pandai, kejayaan UMNO dan Barisan Nasional, mentadbir dan memacu kejayaan Malaysia, amat terang lagi bersuluh, bukan bersuluh batang pisang, bahkan bersuluh bintang dan matahari.
    Saudara dan Saudari,
    103. Sedangkan,… sedangkan,… parti pembangkang kononnya memperjuangkan hal ehwal rakyat, tetapi hanya sibuk bersandiwara,…
    104. Sebab itulah, dalam Parti Pembangkang, timbul pertembungan 4 nakhoda, ada Ketua Umum, ada Pengerusi, ada Presiden dan ada pula jawatan Penasihat. Kalau kemelut dalaman parti sendiri pun tak boleh diselesai-selesai, cuba bayangkan,… macam mana mereka nak ambil alih pentadbiran negara ini.
    105. Kisahnya, Presiden PAS sendiri pun menyebut, dalam Pakatan Harapan ada pemimpin ‘PE-NYA-NGAK’. Ini bukan kita yang kata. Kerananya, parti PAS pernah bergabung dengan PKR dan DAP, maka tentu sekali, mereka lebih tahu, siapa PE-NYA-NGAK, dan siapa sebenarnya Pemimpin Sejati.
    106. Berbeza sekali dengan amalan UMNO dan Barisan Nasional. Melalui pelbagai Transformasi Politik yang telah dibuat, kita mengamalkan pendekatan PERSUASIVE dan UNIFIER atau MEMUJUK dan MEMPERSATU,… demi memperkukuhkan parti serta Kerajaan.
    107. Dalam kata lain, UMNO dalam usia lebih 7 dekad semakin matang dan mengamalkan politik sihat serta cenderung kepada politik PEMERSATUAN, yang tidak confrontational atau berwatak ‘kaki gaduh’, apatah lagi untuk mengaibkan, sampai sanggup membunuh karakter lawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyakit SS (syok sendiri).

      Naik mual & rasa nak muntah, asyik2 kueh lopes kopipes....!!

      Delete
    2. Wak ...ko Mengandung berapa bulan ???

      KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
  29. Saudara dan Saudari,
    108. Dari sudut ekonomi, bagaimana pembangkang tak habis-habis menyebar fitnah, kononnya Malaysia is a failed state dan bakal bankrap.
    109. Sedangkan faktanya, pertumbuhan KDNK negara pada suku ketiga tahun 2017 ini, berada pada kadar 6.2 peratus, iaitu antara yang tertinggi di dunia.
    110. Bahkan kedudukan ekonomi sekarang, terbukti jauh lebih baik daripada KDNK negara pada 1998, iaitu penurunan -7.4 peratus, di zaman pimpinan bekas negarawan itu.
    111. Manakala, Rizab antarabangsa terkini pula sebanyak 429 bilion ringgit, berbanding 1997/1998, ketika kegawatan ekonomi Asia, rizab negara hanyalah 59.1 bilion ringgit,…
    112. Fikirlah sendiri,… kalau rizab serendah 59.1 bilion ringgit, belum campur 31 bilion ringgit, yang hilang entah ke mana, pun negara masih tidak dituduh bankrap.
    Saudara dan Saudari,
    113. Sesungguhnya lagi, kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh negara kita bukanlah cakap-cakap kosong, sebaliknya, fakta-fakta pencapaiannya, telah diiktiraf oleh Badan-Badan Penarafan, bukan sahaja di peringkat kebangsaan, tetapi di persada antarabangsa.
    114. Terkini, menurut Global Competitiveness Report 2017/2018 oleh World Economic Forum, Malaysia berada pada kedudukan ke-23 di dunia, sekaligus merupakan Top Emerging Economy in this region.
    Saudara dan Saudari,
    115. Dalam bidang pendidikan pula, bermula dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan menengah adalah percuma. Manakala, di Peringkat Universiti atau pengajian tinggi, 90 peratus kos pengajian ditanggung oleh Kerajaan.
    116. Hasilnya, QS University Ranking 2017/2018 melaporkan pula, lima buah Universiti Penyelidikan di Malaysia, tersenarai antara satu peratus terbaik dunia,… Syabas kepada warga pendidikan tinggi!
    117. Dalam hal ini, pernyataan pihak pembangkang untuk memberikan pendidikan tinggi percuma, ternyata bercanggah. Sedangkan Universiti Selangor, milik Kerajaan negeri, di mana kita tahu, yuran pengajian pelajar dan lain-lainnya masih tidak percuma.
    Tengok,… hah,… satu lagi PEM-BO-HO-NGAN. Siapa yang kena bohong? Rakyat,…!!! Ini yang kita tidak mahu!
    118. Selanjutnya saudara-saudari, semenjak 2010, Kerajaan memperuntukkan melebihi 192 bilion ringgit untuk perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada rakyat.
    119. Kini, kita sudah ada 356 buah Klinik 1Malaysia, yang telah menerima 26.7 juta pengunjung. Bayangkan,… mana nak ada negara dalam dunia yang memberikan perkhidmatan kesihatan serendah satu ringgit sahaja? MELAINKAN, KERAJAAN PIMPINAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL.
    120. Ubat pun kadang-kadang sampai ‘satu genggam’ diberikan.
    121. Ini belum dikira bersalin di Hospital Kerajaan, yang hanya mengenakan bayaran serendah 50 ringgit sahaja, berbanding di Hospital Swasta yang kos puratanya sekitar 5 ribu ringgit.
    122. Laginya, bagi setiap anak Malaysia yang lahir bermula 1 Januari 2018, Kerajaan akan hadiahkan 200 ringgit dalam bentuk Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau ADAM50, yakni skim yang pertama kali diperkenalkan.
    123. Saudara-Saudari,… dalam bab ini, Saya diberitahu oleh Ketua Puteri bahawa, para Puteri akan menjadi antara penyahut tegar kepada seruan ADAM50. Tapi,… Wanita pun ramai yang boleh lagi tu,…
    124. Di sudut lain, sejak Program Transformasi Kerajaan dilaksanakan pada tahun 2010, pelbagai hasil kejayaan, telah muncul satu persatu.
    125. Contohnya UTC, yang menjadi game changer dalam Perkhidmatan Awam, turut diakui sebagai model terbaik perkhidmatan Kerajaan di peringkat dunia.
    126. UTC ini dipuji ramai kerana, Pusat Khidmat Sehentinya, mampu beroperasi dari pukul 8.30 pagi hingga 10 malam, 7 hari seminggu.
    127. Kita berbangga dan bersyukur, mana ada negara lain di dunia, yang mampu menawarkan khidmat sebegini kepada rakyatnya, melainkan,… MALAYSIA DI BAWAH PIMPINAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menawarkan apa kpd rakyat....tepung tawar ker??

      Yang nyata Najib telah...

      Menarik balik bantuan sabsidi selama 22 tahun yg Tun Mahathir berikan kpd rakyat.

      Digalang ganti dgn siksa GST yg memerah cekik darah serta memeritkan kehidupan rakyat rakyat jelata.


      Dalam pada itu, Najib menawar diri Bilyon-bilyon US dollar untuk memperkasa ekonomi Amerika.

      Kemudian kpd China Komunis dgn murah hati memberi dana dan menjual aset & tanah pusaka Malay Reserve land di Johor, Melaka & Kuantan.

      Mari kita bangkit & hapuskan KERA-tajaan Borosmah Najib yg khianat pd bangsa & tanah air.


      Delete
    2. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
  30. 128. Di sisi lain, sejak BR1M diperkenalkan, lebih 25 bilion ringgit telah kita agih-agihkan. Ini belum termasuk pemberian BR1M tahun 2018, sebanyak 6.8 bilion ringgit, memanfaatkan lebih 7 juta penerima, sehingga jumlah mencapai 1,200 ringgit seorang.
    129. Tentang BR1M ini pun, dulu dituduhnya kita merasuah rakyat, tapi sekarang sudah terbalik, dan membuat U-turn jika mereka memerintah, konsep subsidi bersasar BR1M yang kita buat, akan ditiru pulak pelaksanaannya.
    Inilah perangai depaaa,… apa namaaa,… Asyik dok U-turn, U-turn, dan U-turn,…
    130. Selanjutnya, kita telah wujudkan pula lebih 180 buah Kedai Rakyat 1Malaysia, yang menjual barangan keperluan pada harga yang lebih rendah. Pada tahun hadapan, kita akan tambahbaik KR1M kepada KR1M 2.0, yang saya akan lancarkan sendiri tidak lama lagi.
    Saudara dan Saudari,
    131. Bercakap soal GST pula, terbukti ia menjadi penyelamat ekonomi kita, kerana tanpa kutipan GST 41 bilion ringgit, bagaimana negara boleh menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk rakyat.
    132. Sebaliknya, pihak pembangkang sampai hari ini, masih tidak sepakat tentang keputusan menerima sistem GST, ada yang kata GST diterima tapi zero-rated,… terbaru, Lim Guan Eng pulak, mintak separuh-separuh diberi kepada Kerajaan Pulau Pinang dan ada pulak pendapat, nak kembali kepada SST,…
    133. Hrmm,… tulah dia pembangkang,… macam saya sebut sebelum ini,… THE ONLY THING CONSISTENT WITH THEM AS THE OPPOSITION IS THAT, THEY ARE CONTINUOUSLY IN-CON-SIS-TENT.
    Saudara dan Saudari,
    134. Berkenaan hal tol, dalam Bajet 2018, Kerajaan Barisan Nasional bersetuju memansuhkan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor.
    135. Malangnya, usaha murni kita ini sekali lagi dipesong oleh pembangkang, yang mendakwa, pemansuhan tol ini menambahkan beban rakyat. Pulak dah,…! Satu lagi PEM-BO-HO-NGAN,…
    136. Sedangkan dulu, bukankah Mahathir itu ‘Bapa-Segala-Tol’,…
    Saudara dan Saudari,
    137. Kepada rakyat Malaysia khususnya anak-anak muda, setakat ini, Kerajaan sudahpun mewujudkan 2.26 juta pekerjaan, dengan sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan baharu menjelang 2020.
    138. Malah, di era Digital Economy, dengan pelancaran DFTZ, menjadikan Malaysia sebagai hab ekonomi digital pertama di dunia di luar negara China, dijangka mampu mewujudkan lebih 60 ribu peluang pekerjaan berpendapatan tinggi baharu kepada anak-anak muda.
    139. Selain itu, pembangunan Tun Razak Exchange, dijangka akan menjana 40 bilion ringgit kepada ekonomi dan membuka 40 ribu peluang pekerjaan.
    140. Pembangunan Bandar Malaysia pula, dijangka menjana sekitar 170 bilion ringgit, dengan mewujudkan lebih 200 ribu peluang pekerjaan, yang bakal menjadi satu Bandar Pintar Termoden di rantau ini.
    141. Di samping itu, melalui pembangunan Menara Warisan Merdeka-PNB, bakal mencipta rantaian ekonomi berjumlah 11 bilion ringgit dan mewujudkan lebih 10 ribu peluang pekerjaan baharu. Menara setinggi 118 tingkat ini, setakat ini dijangka akan menjadi bangunan KE-TIGA TERTINGGI DI DUNIA.
    Saudara dan Saudari,
    142. Sememangnya, Kerajaan pimpinan UMNO ini, akan terus mempertinggikan Islam dan Syiarnya berasaskan kerangka Maqasid Syariah, yang mengikut tiga keutamaan, iaitu:
    143. Dho’-ru-riyat, yakni keperluan asas utama, Haa-Ji-Yat yakni, perkara yang diperlukan oleh manusia, supaya tidak berlaku kesulitan kehidupan serta ketiganya, Tah-si-niyat yakni, sesuatu yang sekadar menjadi penghias untuk kesempurnaan hidup.
    144. Demikianlah juga, Prinsip Wasatiyyah, dalam memajukan negara, sehingga Malaysia sekarang, diiktiraf dunia, sebagai sebuah model negara Islam yang maju, progresif lagi dinamik.

    ReplyDelete
  31. 145. Lantaran, di peringkat antarabangsa, Kuala Lumpur mengamalkan dasar berbaik-baik dan terbuka dengan negara-negara luar, terutamanya kuasa-kuasa besar seperti China, Amerika Syarikat, Jepun, India dan Arab Saudi.
    146. Terkini, Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Dr. Saleh A-lu Talib, yang melawat Malaysia, minggu lepas, menyatakan pandangan bahawa, dalam hal memperjuangkan Islam dan Syiarnya dalam kalangan masyarakat majmuk, SESUNGGUHNYA MALAYSIA, BERADA PADA LANDASAN YANG BETUL LAGI BENAR.
    147. Ujar beliau lagi, sambil memuji prinsip TAWAZUN atau pendekatan WASATIYYAH yang diamalkan, di mana pendekatan Malaysia menolak fahaman ekstremisme seperti IS dan Daesh, namun tidak juga berpegang kepada aliran yang terlalu liberal.
    148. Dek kerana itulah, negara ini jelasnya, bukan sekadar menjadi HARAPAN umat Islam di rantau sebelah sini, malah dipandang tinggi oleh Dunia Islam seluruhnya.
    149. Dalam erti kata lain, Malaysia adalah THE TRUE FACE OF ISLAM, di mana THE PEACEFUL CO-EXISTENCE OF DIFFERENT FAITHS… MAMPU BERLAKU DI MALAYSIA, DAN TIDAK MUDAH DILAKSANAKAN DI NEGARA ISLAM YANG LAIN.
    150. Di sudut ini juga, kita mengatur syukur apabila skor Indeks Syariah Malaysia pada tahun ini terus meningkat kepada 76.06 peratus.
    151. Pada sisi kemanusiaan pula, Malaysia akan terus prihatin dan berperanan aktif di seluruh dunia, khususnya dalam membantu saudara seakidah kita di serata dunia, umpamanya di Myanmar dan di Palestin.

    152. Menariknya lagi, kita adalah negara pertama di dunia yang menyediakan Field Hospital atau Hospital Medan di Cox’s Baazar, Bangladesh, khusus untuk pelarian etnik Rohingya.

    Tan Sri Pengerusi Tetap, Saudara-Saudara Seperjuanganku Sekalian

    153. Sesungguhnya,… UMNO tidak pernah dan tidak akan sesekali berkompromi dengan apa-apa jua hal yang melibatkan penghinaan ke atas kesucian dan tingginya Agama Islam serta Syiarnya, bukan sahaja di tanah air ini, bahkan di seluruh pelusuk dunia.

    154. Jadinya, minggu ini pabila kita dikejutkan dengan cadangan Amerika Syarikat untuk mengiktiraf satu daripada tiga tanah suci Umat Islam, yakni Baitul Maq-dis sebagai Ibu Negara Israel, saya yakin dan percaya, mana mungkin kita sebagai Umat Islam dapat menerimanya sampai bila-bila.

    155. Makanya, saya selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, mengajak para pimpinan parti, para perwakilan, ahli-ahli yang hadir, di dalam dan di luar sana, serta semua di mana sahaja anda berada, untuk bangun dan menzahirkan pendirian kita yang selantang-lantangnya,… agar dunia mendengar gema suara Umat Islam Malaysia, bahawa,…

    KITA MENOLAK SEKERAS-KERASNYA CADANGAN MENJADIKAN BAITUL MAQ-DIS SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL SAMPAI BILA-BILA.

    Justeru,…
    Ya Allah Ya Tuhan,…
    Kami berlindung denganMu dari kejahatan musuh kami,…
    DiKau satukanlah hati-hati kami,…
    DiKau cerai-beraikan himpunan mereka,…
    DiKau pisahkanlah kesatuan mereka,…
    dan,…
    Ya Allah,…
    DiKau goncangkan serta hancurkanlah perancangan mereka.

    Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

    ReplyDelete
  32. Bodoh-bodohkan orang Melayu konon mempertahankan Parti UMNO padahal mempertahankan Dia punya kesalahan dan scandal.Inilah Malaysia tanahair ku.......!!!!

    ReplyDelete
  33. Saudara dan Saudari,

    156. Berkait soal ini juga, Saya bersependapat dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dalam ucapannya menyebut bahawa, kita perlu ‘buta warna’ dalam hal kemanusiaan. Sebab itulah, kita mempraktiskan amalan BER-MUSYAWARAH DALAM UMNO SERTA BARISAN NASIONAL SEBAGAI SEBUAH KELUARGA BESAR.

    157. Bagai dimadah Melayu lama, jika tidak sebanyak,… sedikit pun jadilah jua,… satu perjuangan bukan sahaja dari SUARA UMAT ISLAM Malaysia, malahan, suara kemanusiaan dunia yang diwakili Kerajaan Malaysia Pimpinan UMNO.

    158. MANAKALA DENGAN PARTI PAS,… Saudara-Saudari,… PENDIRIAN KITA AMAT JELAS IAITU, HUBUNGAN KITA DENGAN MEREKA ADALAH TERASAS, DEMI KEPENTINGAN UMMAH, SEKALIPUN PANDANGAN POLITIK TETAP BERBEZA.
    Saudara dan Saudari,

    159. Berbalik kepada hal mempertinggikan Syiar Islam, Kerajaan pimpinan UMNO, sejak bertahun-tahun, terus memberi bantuan sewajarnya kepada para Imam, Bilal, Guru KAFA, Guru Takmir, termasuk juga Tok Siak, yang kesemuanya berjumlah lebih 65 ribu orang.

    160. Kerajaan juga akan terus membangun, menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara pusat-pusat Tahfiz di seluruh negara, menerusi GIAT MARA, dengan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit supaya ia lebih selamat, kondusif dan selesa.

    Saudara dan Saudari,

    161. Sewaktu Saya umumkan peruntukan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Ketua Menterinya sungguh berterima kasih kepada kita.

    162. Tetapi, apabila tiba waktu undi untuk meluluskan Bajet 2018, ahli-ahli parlimen pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP, telah menolak Bajet 2018.

    163. Malah, sewaktu banjir besar di Pulau Pinang, pada 5 November lalu, Lim Guan Eng, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, merayu sehingga hampir menangis ketika menelefon Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, memohon bantuan seraya menyebut,.. selamatkan Pulau Pinang,.. selamatkan Pulau Pinang.

    164. Ternyata, sekali lagi, DAP menunjukkan belangnya. Sudahlah tidak menyokong Bajet 2018, ditolak pulak bantuan Bajet yang nak dihulurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Sedangkan mereka yang merayu dan meminta.

    165. Selepas itu, apabila Saya dan Timbalan Perdana Menteri turun ke Pulau Pinang, dituduhnya Kerajaan Persekutuan tidak memberi bantuan semasa banjir. Inilah sekali lagi, PEM-BO-HO-NGAN dan PE-NI-PU-AN.

    166. Inilah juga manifestasi perangai buruk DAP. Sepertimana disebut pepatah Melayu lama, dengan ikhlas ‘Susu yang kita hulurkan,… tuba pula jadi balasan.’

    ReplyDelete
  34. Saudara dan Saudari,

    167. Dalam pada kepimpinan UMNO yang menunjang Kerajaan menyeru ke arah kesepaduan nasional dan saling hormat menghormati antara kaum, nampaknya pihak pembangkang pula, semakin sempit sudut pandang politik, berkaitan etnik dan kaum ini.

    168. Di sisi Kerajaan, tidak kiralah apa keturunan etnik bangsa, pada kita, keseluruhan lebih 32 juta rakyat negara ini adalah ANAK-ANAK 1MALAYSIA.

    169. Bertambah pelik lagi, seorang bekas Presiden UMNO sendiri yang kini pemimpin utama parti pembangkang, masih terperangkap dalam kerangka pemikiran penjajah, sehingga sanggup mencerca etnik keturunan Bugis.

    170. Betapa rendahnya akal budi yang sedemikian ini. Sedangkan UMNO meraikan kepelbagaian etnik dan rumpun Melayu, waima, ‘MAMAK MALABARI’ dari ‘KERALA’ pun kita sudah iktiraf masuk Melayu dan tidak pulak kita suruh pulang.

    171. Yang seorang lagi pulak, Saya berziarah ke hospital MELAWAT beliau yang sedang sakit, atas sifat kenalan lama. Saya hanya MELAWAT, sebab itu Saya bawa isteri bersama.
    172. Tapi,… keikhlasan kami itu, tampaknya diperli dipantun pulak.

    173. Ini jawapannya Saudara Anwar,…. Dengar ya,…

    Burung Merpati Terbang Sekawan,
    Hinggap Seekor Di Atas Dahan,
    Kita Sahut ‘Lawan Tetap Lawan’,
    Di Pilihanraya Bertarunglah Seperti Anak Jantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesyuarat Agung UMNO kali ini memang layak & amat tepat digelar PAU melihat ianya hanya satu perhimpunan orang2 tak kenang budi malah mencaci keji bekas Presiden 22 tahun yg dah menabur bakti sejak ianya ditubuhkan pd 1946 selama 71 tahun.

      Natijahnya.....

      PAU adalah singkatan "PERHIMPUNAN AUTA UMNO".


      ps:

      Tidak tumbuh tidak melata
      Tidak sungguh orang tak kata
      Jika tidak kerana jasa si tua
      Takakan wujud Pusat Dagangan Putra

      Sendiri kena ingatlah, wahai ahli2 UMNO.

      Delete
  35. BAHAGIAN IV : BERGURU DARIPADA SIRAH DAN SEJARAH
    Saudara-Saudari Seperjuanganku Sekalian,

    174. Lalunya, sebelum kita melangkah ke gelanggang tempur, selaku Presiden UMNO, Saya menaruh yakin dan percaya terhadap segala kerja keras oleh setiap peringkat dan Sayap-Sayap parti, sepanjang beberapa tahun ini, terutama tempoh-tempoh yang membawa kita menuju fasa akhir persiapan Pilihanraya Umum Ke-14.

    175. Maka itu, sebagai mempersiap-siagakan UMNO dan Barisan Nasional, suka Saya mengajak semua pihak mengambil iktibar, daripada beberapa mafhum firman Allah di dalam Al-Quran,…

    176. Antaranya menerusi, surah-surah A-li I’mran, An-Nasru, An-Namlu dan Al-Ankabut bahawa,… orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaanNya, Kami benar-benar akan tunjukkan kepada mereka jalan menuju kemenangan. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang berusaha dan bersabar.

    177. Mafhum peringatan Allah ini, adalah supaya, kita sentiasa bersangka baik dan bertawakal terhadap Allah Hu Ta’ala, dalam setiap gerak langkah dan perencanaan hidup sama ada hal peribadi, keluarga, bermasyarakat, begitulah juga dalam berOrganisasi, berKerajaan apatah lagi berNegara.

    178. Orang berpesan, belajar pada pengalaman, bergurulah pada sejarah. Jika dihimbau kisah perjuangan para Anbiya’, pemimpin-pemimpin besar tamadun serta peradaban terdahulu, terutamanya sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW,…

    179. Sejarahnya,… telah terjadi lebih 50 JIHAD semasa zaman Baginda di Madinah, di mana ada pendapat menyebut hampir 30 daripadanya, disertai oleh Rasulullah sendiri.

    180. Iktibarnya, dalam konteks JIHAD kontemporari yang diperbuat oleh UMNO serta Barisan Nasional adalah, prinsip-prinsip berkaitan kepimpinan, pentadbiran dan pengurusan, perjuangan serta kebijaksanaan yang berstrategi.

    181. Ber-se-sekali itu, nilai-nilai yang terpancar, sewajib kita semai dan iltizamkan dalam perjuangan parti ini, telah pun Saya huraikan hampir kesemuanya di sepanjang 8 tahun lalu, di pentas yang sama ini,…

    182. Merangkumi nilai-nilai besar seperti, pengorbanan, wala’ dan kesetiaan, disiplin dalam organisasi, kesabaran, ukhuwah, ketabahan, patriotisme, pentingnya tabayyun, amalan wasatiyyah, SO-LI-DA-RI-TI serta yang paling utama adalah ISTIQAMAH DALAM BERJEMAAH.

    ReplyDelete
  36. 183. Begitulah juga, sebuah lagi episod penting yang perlu dijadikan teladan adalah, Pembukaan Kota Palestin oleh Khalifah Islam yang kedua yakni Saidina Umar Al-Khatab, sekitar tahun ke-16 hijrah, selepas kemenangan Perang Yarmuk daripada Kekuasaan Rom.

    184. Menariknya untuk kita teladani tentang pembukaan Palestin itu adalah, berkait kepimpinan, strategi dan kebijaksanaan Saidina Umar, dalam memenangi hati penduduknya, yang tampaknya secocok sekali dengan dasar UMNO dan Barisan Nasional yang dipegang kita kini, iaitu, pendekatan PERSUASIVE and UNIFIER yakni, POLITIK MEMUJUK dan POLITIK MEMPERSATU.

    185. Atas demikian, kita semua dalam UMNO dan Barisan Nasional, perlu menghayati baik-baik bahawa,… kejayaan JIHAD pimpinan-pimpinan terdahulu, bukanlah sekadar bergantung kepada doa dan sujud, tanpa diiring usaha yang bersungguh-sungguh, bersama strategi yang diatur, dengan penuh terancang serta pelaksanaan penuh bersistematik.

    186. Itulah yang telah jelas terbukti dilaksanakan oleh UMNO dan Barisan Nasional dalam MENAKHODA Kerajaan selama ini.

    187. Pokoknya, JIHAD itu juga bukanlah bererti hanya melalui peperangan atau mata pedang, sebaliknya JIHAD merangkumi sebarang bentuk aspek mengurus kehidupan dunia dan akhirat.

    188. Jadinya, dapatlah kita katakan dengan segala kerendahan hati bahawa, parti UMNO yang memimpin Barisan Nasional selama enam dekad ini, telah perbuat sehabis baik dalam segala kudrat manusiawi yang ada.

    189. Buktinya, setakat November 2017 sahaja, dalam Akujanji Kerajaan Barisan Nasional, melalui 17 inisiatif dan 156 inisiatif strategik,… dan sukacita Saya selaku Perdana Menteri mengumumkan bahawa, Akujanji Kerajaan Barisan Nasional yang telah dan sedang disiapkan sepenuhnya, setakat ini sahaja, telah berjaya mencapai 97.6 peratus pelaksanaannya.

    BAHAGIAN V : 5 SERUAN DAN SEMBOYAN PENENTU KEMENANGAN PRU KE-14
    Wahai Saudara-Saudaraku, Panglima Parti Sekalian,

    190. Mulai tika dan saat ini,… kuatkan azam dan gantungkan tekad yang tinggi,… kita mara ke medan juang,… menuju kemenangan di Pilihanraya Umum nanti, dengan berbekalkan LIMA SERUAN DAN SEMBOYAN PERANG, PENENTU KEMENANGAN PRU Ke-14.

    191. Pertama: BERGERAK-LAH SEBAGAI SATU PASUKAN.

    192. Ertinya, kali ini, untuk mempastikan kemenangan besar, jangan teragak-agak lagi, kita mesti bergerak dalam saf yang padu, jemaah yang kukuh dan ketumbukan yang jitu.

    Kata orang,…

    Tiada air orang tayamum,
    Tayamum itu debu dan tanah,
    Ketua memimpin ahlinya makmum,
    Barulah UMNO mendapat berkah.

    193. Lantaran, kepada semua Wanita UMNO, yang bukan lagi sekadar tulang belakang parti, bahkan, kini turut bergelar Ibu Terbaik Bangsa.
    194. Junjunglah,… amanah dan tanggungjawab sebagai komandan kepada setengah juta ahli dan jentera JR Plus.

    195. Lalu, kepada Wanita UMNO khususnya, berbekalkan SEMANGAT WANITA SEBAGAI WIRAWATI BANGSA ini,… turunlah padang,… dekatilah rakyat,… seraya gempurlah kubu pihak lawan,… dan PERANG MESTI MENANG!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesyuarat Agung UMNO kali ini memang layak & amat tepat digelar PAU melihat ianya hanya satu perhimpunan orang2 tak kenang budi malah mencaci keji bekas Presiden 22 tahun yg dah menabur bakti sejak ianya ditubuhkan pd 1946 selama 71 tahun.

      Natijahnya.....

      PAU adalah singkatan "PERHIMPUNAN AUTA UMNO".

      Delete
  37. Saudara dan Saudari,
    196. Kepada para Pemuda UMNO pula, berpencaklah dengan berani, sebagai perwira harapan parti dan bangsa, dan tawanlah hati pengundi baharu,… berbekal semangat kejayaan sebagai Juara Keseluruhan Temasya Sukan SEA Ke-29,… junjunglah obor kecemerlangan itu, sehingga kita menang besar di Pilihanraya Umum Ke-14 nanti.

    197. Selanjutnya, kepada para Puteri UMNO, sebagai sayap paling bongsu dan taat kepada parti, usahlah segan, gentar dan bimbang,… gerakkanlah Skuad Puteri Peduli, demi menawan hati masyarakat, mengundi UMNO dan Barisan Nasional.

    198. Seruan dan Semboyan kedua : BERGERAK-LAH DENGAN PENUH KEYAKINAN BAHAWA, KITA BERADA DI LANDASAN YANG BENAR LAGI BETUL.

    199. Maknanya, kepada semua ahli UMNO dan Barisan Nasional, dengan idealisme dan semangat setiakawan serta kekeluargaan yang tidak boleh terpisahkan lagi, bagai rambut tersimpul mati.

    200. Atas semangat itu,… pahatkan wala’ yang sepenuhnya, ukirkan taat setia dan patuh kepada segala arahan pucuk pimpinan. Pabila sudah ada calon yang dikenal pasti, janganlah diboikot dan disabotaj, tapi tumpahkanlah taat setia serta sokongan yang tidak berbelah bagi.

    201. Bergeraklah, dengan winning mentality,… tanpa rasa takut dan gentar,… jangan ragu-ragu lagi,… bagi memenangi pilihanraya ini. Dengan penuh rasa tawadhuk, yakinlah,… kita di atas jalan perjuangan yang dirahmat lagi diredhai.

    202. Bagi Seruan dan Semboyan yang ketiga : BERTINDAK-LAH DENGAN PANTAS, SELESAIKAN CABARAN YANG AKAN DIHADAPI SECARA SYURA DAN KEKELUARGAAN.

    203. Justeru, sesekali jangan kita patah semangat dipukul badai perjuangan. Kalau sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkalnya.

    Beringatlah:

    Keistimewaan Nabi dengan mukjizat,
    Kelebihan Umat dengan muafakat.

    204. Berundinglah dalam semangat syura dengan penuh hemah dan berhikmah, kerana dalam syura itu Allah menjanjikan berkatnya.

    205. Seruan dan Semboyan Keempat pula : BERTEMPUR DAN BERTARUNG-LAH DI ALAM SIBER DAN DUNIA DIGITAL SEBAGAI PEJUANG SIBER.

    206. Sebabnya, perang sebenar di pilihanraya kali ini adalah, PEPERANGAN DI ALAM SIBER DAN DUNIA DIGITAL. Kalau kita gagal menguasai dunia siber dan digital ini, maka apa yang kita usahakan selama ini, mungkin menjadi sia-sia.

    207. Saya pasti setiap orang mempunyai ‘alat’ seumpama ini.

    208. Oleh itu,… gunakanlah ia sebaiknya. Jangan diharap hanya kepada kelompok-kelompok tertentu sahaja, kerana sesungguhnya, kita lebih 3 juta Ahli UMNO atau lebih 7 juta Ahli Barisan Nasional, SETIAP SEORANG ADALAH PEJUANG SIBER YANG SEBENARNYA.

    209. Dan Seruan serta Semboyan yang terakhir pula : BERTARUNG-LAH DENGAN SEMANGAT JUANG DAN TEKAD YANG TINGGI BAHAWA, KITA TELAH BERBUAT SEHABIS BAIK, BERUSAHA DAN MERANCANG SEMAMPU MUNGKIN, LALU YANG TINGGAL, BERSERAH BULAT-LAH, SAMBIL BERTAWAKAL KEPADA ALLAH HU TA’ALA.

    210. Maka itu, kepada semua Ahli dan Jentera parti UMNO serta Barisan Nasional, misi kita adalah satu, haluan besar kita juga ADALAH SATU, kekalkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti PILIHAN UTAMA RAKYAT.

    Kerana,… UMNOLAH,… PELAKSANA WASIAT PUSAKA, HARAPAN SEJATI NEGARA BANGSA.

    ReplyDelete
  38. Kerana,… UMNOLAH,… PELAKSANA WASIAT PUSAKA, HARAPAN SEJATI NEGARA BANGSA.

    211. Sepertimana Allah menyeru di dalam Al-Quran, bahawa kita dikurniakan akal fikiran, dua mata untuk melihat, lidah untuk kita bersuara, dua tangan untuk bertindak serta dua jalan yang terbentang untuk dipilih bagi menentukan halatuju hidup peribadi, keluarga, masyarakat dan bernegara.

    212. Makanya, mahu tidak mahu, kita mesti menawan dan meyakinkan hati rakyat kerana sudah tiba masanya wajib bagi mereka menggunakan kebijaksanaan masing-masing yang dikurniakan Tuhan untuk membuat keputusan mutlak sebagai hakim kepada Pilihanraya kali ini.

    Dua pilihan itu adalah:

    213. Sama ada ingin menuju cahaya di hujung jalan yang sudah tampak terang benderang, dengan segala harapan pasti, melonjak negara ke masa hadapan, di bawah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional, yang terbukti progresif, sarat dengan rekod-rekod prestasi yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

    214. Atau,… berbanding jalan yang bukan lagi sekadar suram dan samar, di bawah cengkaman Dinasti DAP,… bahkan teraba-raba tanpa arah tuju, kelam-gelita penuh dengan tipu daya dan akhirnya kelak hanya akan mengheret kita KEMBALI KE MASA PURBA DAN SILAM, DENGAN AMALAN-AMALAN KRONISME DAN PEMERINTAHAN ‘KUKU BESI’.

    215. Dan yang anehnya, sehingga ada yang masih sanggup dipimpin oleh seorang yang usianya seperti SENJA MENITI MALAM, sedangkan bekas Presiden Mugabe di Zimbabwe yang seangkatan umur dengannya, kini telah pun ditolak oleh rakyatnya sendiri.

    216. Yang paling mustahaknya, Kerajaan UMNO BARISAN NASIONAL ini, ingin menjunjung Malaysia, bukan sekadar menjadi jaguh di rantau sini, bahkan Agenda kitalah yang terlebih superior lagi terbaik menuju TN50 nanti, tersenarai sebagai 20 negara terunggul di dunia and we will continue to keep the bar high for Malaysia,… PAR EXCELLENCE DUNIAWI, PAR EXCELLENCE UKHRAWI.

    217. Lantas,… UNTUK MEMPASTIKAN KEMENANGAN BESAR KALI INI, SAYA PERINGATKAN KEPADA SEMUA, JANGANLAH DITIRU SIFATNYA PAHAT. WALAU BAGAIMANA IA TAJAM, SEKALI DIKETUK, SEKALI DIPUKUL, BARU BERGERAK.

    TETAPI, TIRULAH RESMINYA GERGAJI YANG TAJAM. PULANG DAN PERGINYA MEMBAWA KEPUTUSAN.

    218. Kata orang,… KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIHNYA AYAH BERKORBAN RAGA, KASIHNYA KITA KEPADA PARTI,… TIADA PENGHUJUNGNYA.

    219. Lalunya juga, berbekalkan kemenangan besar Pilihanraya Negeri Sarawak Ke-11, yang telah dimulakan tiupannya oleh Apai Besai Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, kini diteruskan pula oleh Yang Amat Berhormat Abang Jo, moga semangat Bumi Kenyalang yang sedang marak membara, akan sekali lagi berhembus kencang ke Tanah Semenanjung.

    220. Juga pastinya, semangat patriotisme menggunung setinggi Kinabalu oleh Urang-Urang Sabah, yang pantang seinci pun Tanah Lahad Datu dirampas orang,… setinggi itulah juga, kita kembangkan layar BAHTERA BESAR PARTI UMNO dan BARISAN NASIONAL menuju gerbang kemenangan.

    221. Seraya itu, ayuhlah,… ayuhlah,… kita buktikan bahawa, UMNO bukan sahaja untuk Melayu Bumiputera, tidak juga sekadar memimpin Barisan Nasional,…Tetapi UMNO adalah sebenar dan sesungguhnya,…

    PARTI BER-KA-RO-MAH UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA.

    222. Kendati itu, kalau digantung kita tinggi,… biar dicincang kita lumat,… namun,… menyerah tidak sekali-kali.

    PERANG KALI INI, KITA GEMPUR HABIS-HABISAN!!
    PILIHANRAYA INI, PASTI MENDAPAT MENANG!!
    DAN,…
    PUTRAJAYA TETAP KITA PERTAHANKAN !!

    Kepada Allah jua kita berserahkan diri dan parti ini, zahir dan batin.

    HIDUP UMNO!
    HIDUP BARISAN!
    HIDUP MALAYSIA!
    Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesyuarat Agung UMNO kali ini memang layak & amat tepat digelar PAU melihat ianya hanya satu perhimpunan orang2 tak kenang budi malah mencaci keji bekas Presiden 22 tahun yg dah menabur bakti sejak ianya ditubuhkan pd 1946 selama 71 tahun.

      Natijahnya.....

      PAU adalah singkatan "PERHIMPUNAN AUTA UMNO".

      Delete
  39. Salam CAHAYA..


    Salam CAHAYA...Buat Semua
    CAHAYA-Cinta NYA, Indah Berseri
    CAHAYA-Cinta NYA, Menerangi Sglnya
    Menerangi keGELAPan, keBODOHan Diri


    Menerangi keGELAPan, keBODOHan Diri
    Yg Sentiasa MENIPU....Diri Sendiri
    Yg Tamak n RAKUS....GELAP di Hati
    Akhirnya terJERAT...TAK dpt Lari

    Akhirnya terJERAT...TAK dpt Lari
    Akibat keBODOHan, Menipu Diri
    Kesumat keGELAPan, beRAJA Hati
    Tanpa CAHAYA-NYA...Bencana Trjd

    Tanpa CAHAYA-NYA...keGELAPan Trjd
    Glamor-HARTA-Kuasa, Mnjd Tuhan Nya
    Fitnah-Licik-mnCURI, n Cover-up Konspirasi
    Akhirnya HUTANG-Muflis, terGADAI n Hina


    Salam CAHAYA....Shbt Budiman
    CAHAYA-Cinta NYA, Ddlm KALBU Mu
    LURUS telus tembus, Sjujur2 Kejujuran
    d "elegance-MIND", kan Bersama mu slalu


    Lets dLIGHT ofLUV shines in ur HEART my dearONE, s dLIGHT n LUV owez luv luv luv n loving to give to share n NEVER have any intention to take-CHEAT-TRICK-steal of any single things from u, hu hu..



    ReplyDelete
  40. PENTAKSUB JAHIL TUN MAHATHIR BERTANYA KENAPA RCI BARU SEKARANG? – ini JAWAP NYA..
    Ini lah akibat nya terlalu jahil dan memuja idola tanpa tahu sejarah idola pujaan hati itu sendiri.

    Ada beberapa individu yang agak ternama juga , menyatakan kenapa baru sekrang mahu siasat.

    Bukan sahaja individu, namun beberapa kelab pemujaan Mahathir juga menyindir memerli akan tindakan mengada kan RCI Forex BNM.

    Konon mereka dari kalangan penyokong Mahathir , tetapi menyedihkan bila mereka sendiri tidak tahu kisah dan sejarah Tun Mahathir itu sendiri.

    Mereka bertanya seolah olah baru semalam kenal Tun Mahathir.

    Tidak kah mereka tahu berapa lama Tun Mahathir mmerintah? dengan cara kenyataan dari pentaksub pun kita ragui pengetahuan mereka berkenaan beberapa lama Tun Mahathir memerintah.

    Selepas pemerintahan Tun Mahathir , pengganti nya Abdullah AhMad Badawi @ Tun Abdullah telah di ganggu , di serang serta di sabotaj serta merta oleh Tun Mahathir supaya Tun Lah tidak melepasi penggal pertama.

    Ini bertujuan supaya agenda peribadi Tun Mahathir terlaksana. Agenda yang sudah di rancang semenjak Tun menyatakan “Perjuangan belum selesai”.

    Perjuangan hanya akan selesai apabila anak nya dapat menjadi Perdana Menteri sahaja , namun tidak di beri tahu kepada sesiapa pun termasuk anak nya sendiri , melainkan seorang sahaja sahabat nya.

    Maka kesimpulan nya dalam berpuluh tahun Tun menjadi Perdana Menteri mustahil dia mahu hal ini terdedah kepada rakyat dan siasatan di serah kepada pihak ketiga.

    Ciri ciri skandal sudah pun ada , antara nya berbohong pada jumlah kerugian , melaporkan jumlah sedikit dari yang sebenar , dan laporan kepada anggota kabinet dan jemaah menteri oleh Menteri kewangan tidak “tally” dengan laporan BNM.

    Ini sahaja sudah cukup untuk memenjarakan mereka yang terbabit termasuk Tun Mahathir sendiri.

    Maka jumlah tahun di tutup sudah pun mencecah 20 tahun lebih sehingga Abdullah berjaya di tumbang kan.

    Kemudian apabila Najib Tun Razak ambil alih , maka apabila ada beberapa pihak yang tidak berpuas hati telah membangkitkan juga hal ini dan mahu di adakan siasatan.

    Antara mereka yang mahu di adakan siasatan ada lah Datuk Murad yang pernah di “frame”kan oleh Tun Mahathir dengan satu kes ciptaan.

    Jadi apabila kabinet Najib membuat keputusan bahawa dakwaaan Murad dan beberapa pihak lain ada “merit” dan wajar di siasat.

    Maka atas sebab itu lah “Task Force” di bentuk untuk melayan kehendak ini pada waktu ini.

    Itu lah sebab nya ramai bertanya kenapa “baru sekarang” dan ini lah sebab nya.

    Tun Mahathir memerintah terlalu lama dan tidak akan siasat diri nya sendiri dan tidak seberani Najib untuk menyerah kepada pihak ketiga kerana kes ada lah benar dan banyak penyelewengan fakta.

    Tidak seperti Najib berani menyerah kan kes kepada pihak ketiga di mana di dalam nya ada individu yang berdendam dengan nya seperti Tony Pua.

    PAC tidak boleh alpa dan pura pura pejam mata dari melihat statement bank , dokumen sulit serta bertanya kepada pegawai 1MDB dan bank bank yang di kata kan wang 1MDB telah masuk kedalam akaun peribadi Najib.

    Tony Pua sendiri aktif mahu melihat sendiri segala dokumen, Tony seperti rakyat lain amat curiga kepada banyak jawapan.

    Namun akhir nya Tan Seng Giaw memberi kenyataan Najib tidak terbabit dan dakwaan tidak dapat di buktikan.

    Cuma jahat nya Tony Pua dia tidak mahu maklum kepada penyokong nya , malah pura pura membuat kenyataan spin.

    Jika ada RCI untuk 1MDB sekali pun , dokumen yang sama serta orang yang sama di temubual, pendek kata buang masa sahaja.

    Berbalik kepada isu kenapa baru sekarang mahu di siasat? soalan itu sebenar nya harus di tanya kepada Tun M, kenapa dulu tidak siasat?

    Takut apa?

    Jadi terjawap lah persoalan kenapa baru sekarang hendak di siasat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat Malaysia tahu Tun M berani dan berkarisma. Tun M tak pernah lari daripada wartawan dan berhujah politik. Jika ulasan panjang copy paste di blog boleh kita gantikan dengan?

      DEBAT PERDANA N2H3?

      Antara Najib - bersama musuh ketatnya sekarang - Tun Doktor Mahathir..?

      Apa yang akan berlaku?
      Pasti ahli Umno pun boleh meramalkan apa kesudahannya, bukan?

      Delete
    2. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
  41. KIKIKIKI...OOINKKKKKKKKK

    NO WONDER KUTY KEPANASAN
    AMANAT KALI NI LAIN MACAM
    MENANG BESAR JADI TARUHAN
    BARUA DAP@SINGAPORK KETAKUTAN


    KIKIKIKI... BERAMBOSSSSSS BARUA DAP@SINGAPORK.... PENSABOTAJ EKONOMI NEGARA

    PRU SINGAPORK TUNGGU KAMI DATANG...


    INI KALI LAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
    2. Mesyuarat Agung UMNO kali ini memang layak & amat tepat digelar PAU melihat ianya hanya satu perhimpunan orang2 tak kenang budi malah mencaci keji bekas Presiden 22 tahun yg dah menabur bakti sejak ianya ditubuhkan pd 1946 selama 71 tahun.

      Natijahnya.....

      PAU adalah singkatan "PERHIMPUNAN AUTA UMNO".

      Delete
  42. TUN M HALANG EDARAN LAPORAN RCI , TAKUT RAKYAT TAHU KAH?
    Amat pelik juga apabila Tun Mahathir melalui peguam mewakili nya Hanif Khatri Abdullah menyatakan akan menghalang laporan RCI berkenaan di edarkanm dan akan mengambil tindakan undang undang jika tidak ikut kemahuan tuntutan pihak nya.

    Lebih menghairankan pihak Tun Mahathir , mahu sejumlah bahan tulisan Tun Mahathir sejumlah 495 muka surat di selit di dalam laporan skandal terbesar negara.

    Ketika perbicaraan kehilangan RM31 billion wang rakyat di Bank Negara Malaysia di jalan kan di mahkamah , Mahathir sentiasa menjawap “tidak tahu” dan “saya tidak di beritahu”, namun setelah perbicaraan selsai , ada pula sejumlah bahan membela diri muncul.

    Niat apa sebenar nya pihak Tun Mahathir laksana kan?

    Jika Tun Mahathir sudah menulis sejumlah 495 muka surat membela diri serta di anggap jawapan bela diri , apa masalah nya Tun dan peguam membuat buku atau pun laporan berasingan dengan tajuk “Jawapan Saya Pada Laporan RCI Kehilangan Wang Rakyat? atau pun naskah berbunyi “Ini Alasan Saya Sebab Apa Saya Jawap Tidak Tahu”.

    Kenapa perlu di selitkan pada terbitan pihak siasatan?

    Laporan RCI ada lah hak pihak penyiasat dan badan menyiasat , dan bukan hak Tun Mahathir.

    Jika mereka memfitnah saman sahaja lah sebab ia nya dalam bentuk Print hitam putih, apa masalah?

    Dari apa yang kami rumuskan , pihak Tun Mahathir amat malu serta rasa tewas pada Laporan itu lalu cuba mencari alasan ia di halang untuk di baca oleh rakyat.

    Tun Mahathir sedang memberi gambaran palsu kepada rakyat bahawa dia hebat dan gah dan RCI ada lah tidak betul dan tidak adil , namun naskah laporan RCI pula mencatat kan jawapan serta respon Tun Mahathir di dalam mahkamah yang amat memalukan serta tidak bertanggung jawap.

    Maka atas sebab itu lah Tun Mahathir sengaja mencari pasal dan alasan untuk menghalang pengedaran nya.

    Syarat mahu tulisan nya di selitkan kedalam laporan ada lah kerja memperbodohkan rakyat kerana tulisan Mahathir berkenaan RCI tidak pun di bicarakan serta tidak di “verified” oleh mana mana pihak akan kebenaran nya.

    Ia bahan yang tidak di tentu betul salah nya.

    Tujuan utama yang kami dapat lihat ada lah seperti DAP , Tun mahu berselindung di belakang guaman untuk melengahkan pengedaran laporan yang terselit di dalam nya cara Tun Menjawap dan melayan hakim perbicaraan , dari sepanjang masa jawap “Tidak Tahu” kini apabila laporan mahu di edarkan ada pula sejumlah 495 muka surat mahu di selitkan kedalam laporan.

    Sila lah buat buku sendiri dan sebar kan, kenapa hendak selitkan juga? jawapan nya mudah jika buat buku maka ia harus di jual serta merta dan rakyat boleh lihat dengan segera.

    Jika mahu di sellitkan akan dapat bantahan dari Suruhanjaya , maka dengan itu “legal tussle’ akan ambil masa lama , membida dan berharap menang kes atau di tidak di edar kan lama selepas PRU14 di mana pihak Tun Jangka sudah merampas kuasa.

    Tun Mahathir terlalu lama menjadi drama king dalam politik , tindak tanduk nya sudah mudah di baca , itu sebab jangkaan riak boleh tumbangkan Najib dalam masa 6 bulan kini sudah hampur 3 tahun masih belum menjadi.

    Yang sah menjadi ada lah Tun M bertambah melalut dan hilang arah. Itu pasti.

    ReplyDelete
  43. MAHATHIR DESPERADO : RAJA DAH TOLAK, RAKYAT DAH TOLAK, ARTIS PULA DI TAGIH
    Setelah tidak menjadi Perdana Menteri dan setelah marah kepada kerajaan yang enggan menyokong kehendaknya, Tun Dr Mahathir Mohamad menumpang kepada populariti para artis untuk membuat komen yang boleh mengenakankan Kerajaan atau pun kepimpinan sedia ada.

    Artis artis yang hanya bijak menyoal dan menyindir tetapi tidak membawa sebarang cadangan balas kini berlumba lumba menonjolkan diri untuk membuat komen yang boleh di lihat sebagai tidak mengambarkan gambaran sebenar atau pun “big picture“.

    Apa yang menjengkelkan adalah mereka bersenjatakan gajet dan alat telekomunikasi moden yang tidak pernah wujud di zaman Tun Mahathir sendiri.

    Atas sebab adanya media sosial maka si bodoh boleh melontarkan komen dan orang lain boleh respon kepada komennya dengan sesuka hati.

    Di zaman Tun Mahathir sendiri memerintah di mana orang susah dan miskin tiada laluan untuk menyindir dan memerli pemerintah, keadaan lebih dasyat dan teruk lagi.

    Pada sekitar ekonomi teruk dihujung tahun 80an, di mana ramai rakyat terpaksa bungkus baju dan pulang ke kampung dan kilang banyak di tutup laluan untuk menyindir Tun Mahathir tiada ada.

    Tun Mahathir terselamat dari di kecam ketika rakyat ramai menggangur dan susah.

    Barangan juga lebih mahal dari zaman Tun Hussien Onn dan Tun Razak Hussien, malah harga nasi lemak dari mula zaman Tun Mahathir jadi Perdana Menteri 1980 sehingga tahun 2003 juga meningkat.

    Bermakna dalam zaman sendiri selama 22 tahun pun barang sudah meningkat tidak dapat dipertahankan.

    Begitu juga harga tiket wayang dan tambang bas, dari mula Tun Mahathir jadi Perdana Menteri sehingga meletak jawatan juga naik.

    Itu dalam zaman sendiri bukan perbezaan antara Presiden dan Presiden.

    Perebutan kawasan berniaga dan komoditi hanya di rebut oleh sekitar rakyat 18 juta sahaja.

    Kini rakyat sudah pun mencecah 31 juta. Perebutan tempat sewa berniaga, komoditi dan produk konsumer pasti di rebut oleh hampir 2 kali ganda penduduk negara, semestinyalah meningkat.

    Tun Mahathir memuji artis artis yang jahil isu. Artis yang hanya pandai buat “sniede remark” dan perli perli sahaja.

    Artis yang penting diri sendiri dan tidak akan berani calonkan diri menjadi calon pilihanraya.

    Mana mungkin mahu menjadi calon, kerana terpaksa menghabiskan masa melayan rakyat dan meningalkan keseronokan melayan anak dan keluarga.

    Apa yang kita hendak beritahu, usahlah Tun Mahathir ambil peluang dari artis jahil isu dan condong kepada Tun.

    Jika zaman Tun melawan arahan rambut panjang pun kena gam dan menyatakan “siapa itu mahathir” pun kena gam juga.

    Boleh di lihat jika seorang artis jahil membuat komen, kita lihat ratusan dan puluhan rakyat biasa mengutuk dan melawan komen artis itu di twitter.

    Boleh di katakan seorang artis yang Tun puji, ratusan rakyat memberi komen balas mengkeji.

    Janganlah Tun terlalu terdesak untuk kejar kehendak peribadi yang Tun sendiri rahsiakan dari penyokong.

    Kejahilan mereka di ambil kesempatan oleh Tun Mahathir terlihat sebagai seorang “desperado”.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesimpulannya...

      Mesyuarat Agung UMNO memang layak & amat tepat digelar PAU melihat ianya hanya satu perhimpunan orang2 tak kenang budi malah mencaci keji bekas Presiden 22 tahun yg dah menabur bakti sejak ianya ditubuhkan pd 1946 selama 71 tahun.

      PAU adalah singkatan "Perhimpunan Auta UMNO".

      Delete
  44. Pegawai JASA terdesak nak tutup soalan MENGAPA LAPORAN AUDIT 1MDB DIOSA? Jika soalan ini jadi tema kempen PH, tak mustahil Najib akan terkencing sebelum bubar Parlimen lagi. MENGAPA NAJIB OSA DOKUMEN LAPORAN AUDIT 1MDB? APA YANG CUBA DISOROKKAN DARIPADA RAKYAT? ADAKAH ARTIKEL 117 MENJADI PUNCA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, no brainer.

      Yang mana nak percaya...
      1. Duit derma dari airlior kosong Al-Juberi dan surat sokongan palsu Arab gaya tulisan orang Malaysia atau
      2. skim cepat kaya money laundering cilik dari penyiasatan forensik FBI yang detail dari bank2 terlibat

      So tak perlu jadi roket saintis nak rumuskan jika Laporan Odit tak ada nilai forensik money trail maknanya Laporan PAC pun takda nilai. Jadi lebih baik OSA untuk tutup buku semua.

      Delete
    2. Bagi Mr Jasa yang penting laman parlimen.gov.my dicopy paste. Konon itulah jawapan 1MDB tak curi dan hilangkan duit negara. Jika tanya lebih dituduhnya pengikut kafir dan dikata memfitnah. Modus operandi apa yang JASA pakai? Langsung tidak meyakinkan rakyat.

      Delete
    3. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
  45. Udah tak terkomen puok umenok....ok2 lepas jumaat la komen lagi yer puok umenok caiiii

    ReplyDelete
  46. ERRR...WEII!!
    DEMONSTRASI JUMAAT NI BUKAN ANJURAN PAS YE. TAPI PEMBELA. NGO2 MELAYU DAN ISLAM MALAYSIA.
    Tolong tulis yang betul dan tepat kalau Tuan Budin nak jadi penulis atau nanti dianggap penulis macai pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana NGO pulak boleh hijack isu antarabangsa daripada Pas? Pas dah jadi parti sampah. 40 kerusi sampah. YB sampah. Tuan Presiden sampah.

      Siapa nak undi sampah?

      Delete
    2. Manusia bertaraf penyapu seperti KOJOLLA BAPUK akan undi parti sampah

      Delete
    3. KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
  47. BILA LOGO PH NAK DILULUSKAN ?

    jan?
    feb?
    mac?
    april?

    atau di tahun 2050?

    KOTAR LUTUIT EDEN!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOGO CAP HIDUNG TU KO....MAKAN DEK ANAI-ANAI LAH TU!!!!

      KEH...KEH...KEH...KEH...KEH...

      Delete
  48. MAHATHIR MELAYU MUDAH LUPA – NAJIB
    PPBM mungkin menyesal dengan keputusan untuk menumpukan semua usaha dan sumber mereka menyerang UMNO sejak ditubuhkan, sehingga terlupa mengemas pentadbiran parti itu supaya diakhirnya satu mesyuarat agung dapat diadakan – buat pertama kalinya.

    Tanpa mesyuarat agung itu, PPBM menjadi sitting duck atau sasaran mudah Presiden UMNO, Datuk Sri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 hari ini. Ucapan dasar ketua-ketua parti dalam mana-mana mesyuarat agung, memang dinanti-nantikan.

    Cakap banyak apa pun, kalau buat mesyuarat cawangan (apatah lagi mesyuarat agung) tak boleh dilaksanakan, apa mau gebang pasal mentadbir negara lagi?

    Najib juga dalam ucapan yang sama, membidas Mahathir sebagai melayu mudah lupa yang sebenarnya – di atas pentas yang sama Mahathir, pada satu ketika dulu sibuk menuduh orang Melayu sebagai bangsa mudah lupa. Rupanya bukan kita orang Melayu dan ahli UMNO yang jadi bangsa mudah lupa, tapi Mahathir asal Kerala.

    Begitupu satu yang penulis perasan, Najib berulang kali menggambarkan Mahathir sebagai bekas negarawan. Ini bermaksud, Mahathir bukan lagi seorang negarawan yang layak dihormati rakyat Malaysia. Dia nampak ‘besar’ sebelum ini pun sebab UMNO/BN menjadi pendukungnya, bukan sebab dia seorang tu saja.

    Tanpa UMNO, Mahathir hanya anak kepada seorang imigran (berkahwin dengan orang sini) yang berjaya menjadi antara pertama sebagai doktor di negara kita, itu saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesimpulannya...

      Mesyuarat Agung UMNO memang layak & amat tepat digelar PAU melihat ianya hanya satu perhimpunan orang2 tak kenang budi malah mencaci keji bekas Presiden 22 tahun yg dah menabur bakti sejak ianya ditubuhkan pd 1946 selama 71 tahun.

      PAU adalah singkatan "Perhimpunan Auta UMNO".

      Delete
  49. KIT SIANG LEBIH BAIK SERAH ‘MAHKOTA’ KEPADA ‘SAHABATNYA’…
    Semasa berucap di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Jalil memberikan pangkat ‘maharaja’ kepada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, yang penulis percaya dikaitkan dengan sindiran ‘Dinasti Lim’ di dalam DAP.

    Kemudian, kenyataan itu disambut oleh Kit Siang dengan menyerahkan ‘mahkota’ tersebut kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak. Dia memberi alasan kononnya ‘mahkota maharaja’ itu lebih sesuai dengan kenyataan Najib yang UMNO akan memerintah negara ini untuk 1,000 tahun lagi.

    Apatah lagi dia mengaitkan kenyataan Najib dengan kenyataan Adolf Hitler yang mahu memerintah selama 1,000 tahun, dan membangkitkan soal demokratik, penulis rasa dia sendiri tidak tahu tentang apa yang dia cakapkan.

    Melihat pada perangai dan respon Kit Siang itu, penulis hanya tersengih sendirian. Kit Siang tahukah apa yang dimaksudkan Najib mahu melihat UMNO mentadbir negara ini selama 1,000 tahun lagi? Atau Kit Siang memang tidak faham bahasa Melayu?

    Apa yang dimaksudkan oleh Presiden UMNO itu ialah beliau mahu UMNO terus menunjangi negara sebagai kerajaan, bukannya Najib mahu dirinya jadi Perdana Menteri dan memerintah negara selama 1,000 tahun lagi. Faham?

    Untuk pengetahuan Kit Siang, Najib bukanlah pemimpin yang gilakan kuasa seperti ‘sahabatnya’ itu. Sudah umum bersara politik pada 2003, tapi kembali berpolitik semula. Ingat lagi pada detik ‘dah lama dahhh..’? Dan kini akan dinobat jadi calon Perdana Menteri pula?

    Pada pandangan penulis, lebih wajar Kit Siang serahkan saja ‘mahkota maharaja’ itu kepada ‘sahabatnya’. Kelihatan dia lebih sesuai dengan ‘mahkota’ tersebut. Cukuplah Kit Siang dilihat sebagai ‘maharaja Lim’, tapi biarlah ‘sahabatnya’ jadi ‘maharaja Pakatan’.

    Lagipun, jika ‘sahabatnya’ itu ‘gila nak jadi maharaja’ pun, khabarnya ‘maharaja Lim’ masih memegang ‘telur maharaja’ tersebut. Jika dia buat perangai, ‘maharaja Lim’ boleh bagi ‘signal’ mahu tarik diri dari kerajaan, boleh tumbang ‘mahkota’ itu dibuatnya, bukan?

    Kit Siang perlu faham bahawa gelaran maharaja itu adalah merujuk kepada individu, bukan kepada parti. Namun apa yang dimaksudkan Najib itu adalah merujuk kepada parti, bukan dirinya. Penulis tidak fikir Najib ‘gila kuasa’ seperti ‘sahabatnya’ itu.

    Berhubung soal demokratik, maka benarlah apa yang dikatakan Najib. Beliau selaku Presiden UMNO terkini, maka sudah tentu beliau mahu UMNO terus teguh menjadi pilihan rakyat untuk mengemudi negara berbanding Pakatan Huru-Hara yang diterajui DAP sekarang.

    Bukannya apa, calon Perdana Menteri Pakatan Huru-Hara pun bukannya sesuai sangat pun untuk menggalas tanggungjawab itu. Usianya sudah terlalu ‘ranum’. Susah untuk tadbir negara jika kerap cuti sakit. Sikit-sikit MC, sikit-sikit MC, bila nak buat kerja untuk rakyat?

    Lebih membimbangkan jika ajalnya tiba ketika dia menjadi Perdana Menteri. Bukanlah meminta dia mati. Tapi jika itu berlaku, maka terpaksa pula habiskan duit kerajaan buat pilihan raya kecil, bukan?

    Justeru itu, tidak perlulah Kit Siang beretorik sangat tentang soal ‘maharaja Lim’ yang diberikan Shahrizat itu. Tak payah malu-malu dengan gelaran berprestij tersebut, bukan? Orang DAP tentu bangga, terutama Tan Seng Giaw, bukan? Tahniah!

    ReplyDelete
  50. Zaid can go back to Kelantan, says Selangor Sultan

    PETALING JAYA: Sultan Sharafuddin Idris Shah has handed a royal rebuke to DAP’s Zaid Ibrahim, describing the latter as biadap (uncouth).

    The Selangor Ruler did not mince his words when he expressed his displeasure at the former Cabinet minister and ex-Kota Baru MP for tweeting that the Ruler should be careful with what he said.

    Sultan Sharafuddin said Zaid should have read his statement carefully to get the facts right before opening his mouth.

    “He lives in Selangor, but he can go back to Kelantan if he does not agree, build a big house and help the Kelantan people. Do not look for sustenance in Selangor,” Sultan Sharafuddin said.

    “I am aware that Zaid has been making false and inaccurate comments against me from long ago.

    “He is a politician and former minister and I understand that he has long been intensely against the royal institution.”

    The displeased Ruler, who was speaking to Utusan Malaysia in an interview conducted by its top editors on Wednesday, continued: “My advice to Zaid is simple, do not forget where you come from.”

    Zaid’s tweet on Wednesday was believed to have been in response to the Sultan’s exclusive interview with The Star published a day ¬earlier, in which he warned that the deliberate use of sensitive issues to fish for votes in the general election would destroy the country.

    The Sultan had stressed that he did not wish to see politicians playing with issues of race, religion and other sensitivities for political gain.

    In the same interview, he also hit out at former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad for alluding to the Bugis community as pirates.

    Sultan Sharafuddin had said that Dr Mahathir was a person with deep hatred within him, and that “his anger will burn the whole country”.

    Zaid tweeted that no one will be spared if the country went up in flames.

    Inspector-General of Police Tan Sri Mohamad Fuzi Harun said Zaid could be investigated under Section 4 of the Sedition Act 1948 and Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998 for showing disrespect to the Sultan.

    https://www.msn.com/en-my/news/national/zaid-can-go-back-to-kelantan-says-selangor-sultan/ar-BBGnjsG?li=AA59GK&ocid=spartanntp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaid mmg anti-Melayu, dilihat dia punya ayat
      Bagus, dia bakal pendekkan PH punya hayat
      Di Selangor kini, PH dibenci raja serta rakyat
      PRU-14, sudah pasti, PH akan tamat riwayat

      Kah kaahh kaaahhh kaaaahhhh kaaaaahhhh

      Delete
    2. Untuk mu Dyna Sofia
      Abang menyesal tidak mengundi awak masa
      PR tELOK iNTAN yang lalu.

      Maaf kan abang.

      Delete
    3. Jora....Jora....
      Sejak bilo ekao ambil kontrak lori sampah nih!

      eh......ehh....

      Eden nak pogi pokan nih
      Lopeh motong gotah
      gotah murah weh
      rm2.30 posen
      mapuih onak boli ikan kombong!

      Delete
    4. DYNA SOFIA???

      OOOOOO....YG SUKA MAIN PELUK-PELUK NGAN APEK LAKI ORANG ...PAS TU HISAP CANDU DAN YAMSENG SAMBIL MENGILAI2 MACAM MAK LAMPIR DAN ANAK DARA SUMBANG TU KER!!!!

      HEBAT BUDAK TU...TINGGAL LAGI TAK LER SEJAHAT DAN SE MENGONG SI ZAID ANTI-MELAYU TU!!!!

      Delete
    5. Dyna sofia...
      Tak yah ko dengar si babun Kejora ni komen
      Dia memang 3/4

      Dulu masa Dyna kempen abang maki-hamun ko

      Abang menyesal..abang menyesal

      Delete
    6. Anak aku sekolah rendah pun paham bila dengar video Tun M tu... tak ada pun kata bugis lanun kecuali bugis bernama Najib abah angkat Jho Low je lanun.... ucapan mudah pun tak faham...... atau saja2 je buat tak faham... :P

      Delete
    7. ...saya tak tahu...
      ...saya tak ingat...
      maaf lah yer...memang saya dah tak ingat...bukan saja-saja buat-buat tak ingat...

      Nukilan NegaraSAWAN-Mamak Matdey Helo kitty!!!

      Delete
  51. Yang Salah dikatakan Betul
    Yang menCuri dikatakan Amanah
    Yang Bangang dikatakan Pandai
    Yang Cerdik dikatakan Bodoh
    Yang Jahat dikatakan Alim
    ....
    Melayu Mudah Lupa ...
    Melayu Mudah Lupa ...
    Melayu Mudah Lupa ...
    Sebab tu Melayu mudah diperdayakan oleh Melayu sendiri. Sifir mudah pun tak erti. Kalaulah Zaid diminta balik ke Kelantan, maka ada ramai yang patut diminta balik ke India, Sulawesi, Pulau Jawa, China, ... tinggal Melayu Tanah Melayu dengan orang asli (Negrito, Jakun, ....) sahaja. Apa nak jadi dengan Malaysia Ku ini?
    Islam melarang kita menghina keturunan dan salasilah orang lain kerana dikhuatiri kita akan dihinakan. Semasa Che Det diaibkan, pernahkah ada yang mempertahankannya? Ini adalah perbalahan antara Che Det dengan Tok bijaN. Yang kita pi masuk campur tu, pasal apa?
    Benar cakap Zaid. Apa akan jadi negara kita menjadi huru hara (burn)? Tiada siapa yang akan selamat. Maafkan saya kerana menyokong kenyataan Zaid tidak bermakna saya sokong penghinaan pada mana-mana keturunan. Saya hanya inginkan Negara Ku Malaysia aman, makmur dan selamat daripada huru hara. Perbezaan fahaman politik sepatutnya menjadi kita lebih matang dan mampu menerima perbezaan pendapat. Budaya ugut adalah budaya samseng (hooligan) yang menyalahgunakan kuasa.
    Ya Allah swt ya Tuhan ku, selamatkan Malaysia daripada huru hara dan bencana buatan manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dyna sofia...
      Tak yah ko baca si babun Kejora ni komen
      Dia memang 3/4
      Dah ambil kontrak lori sampah!

      Dulu masa Dyna kempen abang maki-hamun ko

      Abang menyesal..abang menyesal

      Delete
  52. DS Jamal mengugut akan memecahkan kepala Zaid Ibrahim esok jika tiada tindakn pihak polis terhadap Zaid ekoran kenyataan yg mengguris hati yg dikkeluarkan oleh beliau terhadap DYMM Sultan Selangor tempoh hari.
    DS Jamal kesal kerana jika kenyataan itu dikeluarkan olehnya, pasti dia sudah ditahan semalam dalam lokap. DS jugak membawa tukul seberat 5 kg yg bakal digunakan untuk menghentak kepala Zaid.
    DS Jamal juga kecewa kerana tiada aap2 kenyataan dikeluarkan oleh Semin dan exco kerajaan Selangor untuk membela Sultan, seolah2 merestui kenyataan Zaid. DS Jamal menyeru rakyat Selangor agar mengajar PH dalam PRU nanti kerana semakin berani dan lancang mepersenda2kan kedaulatan institusi Kesultanan Melayu..kalau belum memerintah dah berani bertindak sedemikian, apatah lagi jika sudah berkuasa, tak boleh dibayangkan senario yangakan berlaku.
    Tak mustahil, cita2 mereka dari dulu untuk mewujudkan pemerintahan berrepublik akan menjadi kenyataan jika PH menang nanti.
    Ayuh, warga bani Melayu, kita sama2 bertekad untuk menolak petualang2 bangsa dalam PRU nanti..jangan kita gadaikan maruah dan biarkan hegemoni bangsa pupus demi kelansungan generasi melayu tercinta ! Allahhuakbar !!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dyna sofia...
      Tak yah ko baca si babun Kejora ni komen
      Dia memang 3/4
      Dah ambil kontrak bawa lori sampah!


      Dulu masa Dyna kempen abang maki-hamun ko

      Abang menyesal..abang menyesal

      Delete
    2. Anon 1531...tak usah lah ko nak menyesal...Dyna tu dah Habih disapu dek si Apek Penang tu...kalau ko nak saki baki jer tinggal!!!

      Delete
  53. TENGAH HARI HUJAN RENYAI DI KUALE LUMPO
    SEMBAHYANG JUMAAT RASA SEJOK SEKALI
    UJAN RAHMAT SEMPENA PERSIDANGAN UMNO
    TANDA KEMENANGAN BESO PRU 14 KALI INI...


    KIKIKIKIKI.....


    BERAMBOSSSS BARUA DAP@SINGAPORK .... PENSABOTAJ EKONOMI NEGARA...

    PRU SINGAPORK KAMI DATANG. ....

    INI KALI LAH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ekao ada lobih 10-2
      Mei hulo cikit
      apo makan sorang!

      eden nak boli magiee mee
      nak makan malam ni

      nak beli bogheh tak lopeh ni Jora oaiii

      Delete
    2. Jang 1542...cian bona hidup kau...meleleh air mato den donga eee...tu lah yg ko poi motong gotah pokok tuo (mcm Matdey Helo Kiti) buek apo...kan dak tak ado gotah lai tu...
      macam mano ni nak kawin ngan si budak Milah tu..pi mintak kek atok Matdey tu....banyak duit atok kau tu...mintak lobih sikit duit nak pinang si Milah tu sekali yo!!!!...kihkihkih...

      Delete
  54. Aku tak kisah le
    ko nak sebelah najib ke
    ko nak sebelah Madey ke
    Ko nak sebelah Azizah ke
    Ko nak sebelah Kit Siang ke

    Yang ko bawa sampah mai buang kat blog budin ni,ngape

    DAH BUANG TABIAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun tak kisah...bak pi diorang ler nak buat sampah longgok banyak mana pun...nanti pandai lah si Budin tu buangkan...nanti tak ada keje pulak si Budin tu!!!!

      Delete
  55. Kelantangan dan ketegasan suara DSNR dan Msia dalam membantah perisytiharan Baitulmuqadis sebagai ibu kota Zionis Israel yang baru , telah mendapat sanjungan dan pujian dari pemimpin2 dunia Islam,khususnya Erdogan.
    Dalam keadaan ramai pemimpin2 Islam lain terkunci mulut mereka kerana takutkan US, DSNR muncul sebaagi pembela sejati Islam akhir zaman yang langsung tidak gentar untuk menongkah arus, walaupun sedar ia bakal menyusahkan Msia dan dirinya sendiri.
    Erdogan menyifatkan , dunia Islam masa kini memerlukan pemimpin yg berani dan lantang bersuara spt DSNR, untuk memastikan maruah dan kedaulatan Islam tidak mudah utk diperkotak katikkan oleh bangsa Kufar, khususnya US dan Israel.
    Adalah difahamkan, Msia bakal mengetuai pemboikotan dunia Islam secara besar2an produk2 keluaran US untuk memberi tekanan ekonomi ,yang pastinya akan menjejaskan kestabilan negara untuk dalam masa terdekat. Sebaagi langkah awal, bantahan akan diadakan di Kedutaan US secara besar2an oleh umat Islam Msia, diikuti solat hajat seluruh negara di masjid dan surau, memohon agar Allah s.w.t menjaga kesucian kota ke 3 suci dalam Islam tersebut.
    Kita sewajibnya, melupakan segala pegangan politik, wajib berganding bahu dengan DSNR, yang dianggap sebagai pembela kesucian Islam yg tulun dewasa ini, sama2 menyokong segala tindakan yg bakal dilaksanakan oleh beliau demi maruah Islam ...semoga usaha suci murni DSNR dan kita semua direstuiNya, di dunia ini dan juga di akhirat ...InsyaAllah...Aminnnnnnnn!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAH KAH KAH KAH LAH... lawak la Geng Najib.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...