Sunday 8 December 2013

Alahai Zahid Hamidi...


Zahid Hamidi telah berbuat sesuatu yang luar biasa dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Beliau telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Dalam Negeri untuk mengarahkan rakan sejawatannya dalam kabinet, Jamil Khir Baharom untuk menahan orang nombor dua dalam Pas, Mohamad Sabu kerana dipercayai mengamalkan fahaman Syiah.

Walaupun tidak menyebut secara langsung tetapi apabila beliau menyebut pemimpin nombor dua Pas, ia sangat jelas ditujukan kepada Mat Sabu yang menjadi Timbalan Presiden parti itu.

Tindakan Zahid memberi arahan untuk menangkap seseorang di pentas umum dan secara terbuka dalam Perhimpunan Agung UMNO terlihat luar biasa, bukan saja kerana tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini tetapi juga menyalahi etika sebagai seorang yang ada kuasa.

Jika benar, beliau mempunyai bukti bahawa Mat Sabu mengamalkan fahaman Syiah, beliau tidak perlu menjerit secara terbuka untuk menangkapnya tetapi terus saja menahannya berdasarkan peraturan undang-undang sedia ada. Lagi pula, tidak perlu memberi arahan secara terbuka kepada Jamil Khir kerana sebagai sesama anggota kabinet, mereka berjumpa dan bermesyuarat setiap minggu dalam mesyuarat mingguan kabinet.

Cara Zahid memberi arahan kepada Jamil Khir juga seolah-olah beliau sedang mengajar menteri yang bertangggungjawab kepada hal-ehwal agama itu untuk bertindak dan bekerja. Dengan memberi arahan juga seperti beliau merasakan dirinya sudah berjawatan lebih tinggi daripada menteri dan tidak sabar-sabar untuk meningkatkan lagi taraf dirinya sebagai pemimpin.

Tetapi jika tidak mempunyai bukti dan asas yang kukuh, beliau tidak seharusnya membuat tuduhan secara terbuka kerana tindakan itu memperlihatkan dirinya tidak jauh bezanya dengan pencacai UMNO yang bersepah-sepah di setiap majls keramaian UMNO. Zahid seharusnya tahu membezanya dirinya adalah Naib Presiden UMNO yang sudah dua kali mendapat undi tertinggi dan kini berjawatan Menteri Dalam Negeri.

Apatah lagi, jika selepas memberi arahan dan kebenaran kepada Jamil Khir untuk menahan Mat Sabu, tetapi tangkapan tidak juga dilakukan. Ia bukan saja memalukan dirinya, bahkan meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang retorik dan cakap tak serupa bikin. Sudah tentu rakyat akan melihat tindakannya bercakap tentang penahanan Mat Sabu itu sekadar untuk meraih populariti di kalangan perwakilan UMNO dan mahu menunjuk-tunjuk ketegasannya di depan khalayak.

Sebagai Menteri Dalam Negeri, ketegasan yang dituntut oleh rakyat ialah dalam tindakan, bukannya percakapan.

Sehingga ini, tiada siapa tahu apa bukti yang Zahid ada mengenai dakwaannya terhadap Mat Sabu. Sementara Jamil Khir sendiri dalam respon awalnya menyatakan pembuktian kukuh adalah diperlukan untuk menahan seseorang yang disyaki berfahaman Syiah kerana ia adalah berdasarkan iktikad seseorang dan bukannya berdasarkan fahaman parti semata-mata, Mat Sabu pula menafikan beliau berfahaman Syiah.

Saya adalah orang Islam yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, jelas Timbalan Presiden Pas itu.

Dalam masa yang sama, selain tindakan Zahid membuat dakwaan melulu dan terbuka kepada Mat Sabu yang bakal mendedahkannya kepada tindakan undang-undang, serangannya kepada Pas dengan menjadikan orang nombor duanya sebagai sasaran juga, adalah percubaan paling jelas menghalang muzakarah UMNO dengan Pas yang sedang diperkatakan sekarang.

Di sebalik semua pemimpin UMNO bersikap terbuka kepada muzakarah itu dan melihat kepentingan ummah sebagai keutamaan dan Pas sendiri melalui Presidennya, Haji Hadi Awang turut bersedia ke arah itu, Zahid yang dilihat sebagai antara pemimpin yang berimej Islam dalam UMNO, dengan jelas bersikap sebaliknya dan menolak muzakarah itu.

Tindakannya membuat dakwaan tanpa bukti terhadap Mat Sabu sehingga Jamil Khir sendiri masih keberatan untuk menuruti arahan menahan pemimpin Pas itu, seperti telah menghancurkan impian muzakarah yang diimpikan selama ini.

Walaupun berjaya mendapat undi tertinggi dalam dua pemilihan UMNO dan sedang mengintai kedudukan lebih tinggi untuk dirinya, Zahid ternyata telah membuat kesilapan dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Beliau bukan saja merosakkan reputasi dirinya sebagai pemimpin dan menteri yang tahu mengendalikan kuasa tetapi juga menjadi penghalang kepada agenda perpaduan dalam UMNO.

Apakah ini pemimpin yang diharapkan untuk masa depan UMNO dan negara?

Alahai Zahid Hamidi...(SH 08/12/2013)

9 comments:

  1. apa nak hairan menteri ini memang samseng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samseng kampung dusun....hahaha...

      Delete
    2. Zahid blum jumpa gengster melayu alaf baru.
      Klu dia terjumpa sah dia akan jadi bisu..

      Delete
  2. Zahid mangkuk hayun bodoh...ingat dia bolih suka hati sahaja tangkap orang....kalau dia syiah pun apahal kau nak tangkap....woi mamat zahid burung kedidi memang tarak standard punya naib presiden....angkuh, bongkak and stupid....ingat kamu buat undang undang sendiri ke....You will not last jawa....

    ReplyDelete
  3. Zahid menyentuh peribadi orang no. 2 dalam parti PAS diperhimpunan agong UMNO yang lalu sebenarnya untuk mengalih pandangan ahli UMNO Baru yang bangang dari menanyakan perihal jenayah dalam negeri yang begitu galak dengan kes tembak dan bunuh yang menunjukkan kepada rakyat bahawa keselamatan mereka tidak terjamin. Tambahan pula kualiti perkhidmatan polis amat lembab dalam menjalankan siasatan dan tangkapan.

    Sikap tunding jari pada orang lain itu juga adalah diantara strategi mengalih pandangan ahli UMNO Baru dari mengetahui lebih jelas tentang hutang negara sudah meningkat sehingga RM284.7 billion. Dengan cara itu pemborosan kerajaan Najib dan kerakusan nafsu Rosmah berlagak first lady tidak akan dipersoalkan.

    Sungguh kesian melihat orang melayu diperbodohkan oleh pemimpin mereka sendiri hanya dengan sedikit harapan dan rasuah mereka terlupa bahawa mereka adalah pembayar cukai yang paling mahal dalam dunia.


    ReplyDelete
  4. Tuan

    Hanyalah s3ndiwara yang s3ngaja dicipta untuk m3ngalih pe4hatian dari masaalah kenaikan-kenaikan harga barang-barang je. Yang te4baru k3naikan tarif l3trik.

    Kenaikan tarif letrik tak ada asas langsung. TNB untung b3sar. Permintaan dimasa hadapan juga s3makin m3ningkat. Jadi peluang untuk TNB untung lagi besar dari s3karang amat cerah.

    TNB adalah public company. TNB dimiliki ol3h pemegang-pemegang sahamnya bukan kita rakyat. Setiap tahun, p3megang saham ini m3ndapat k3untungan dalam bentuk divid3n. Kita hanya dapat kenaikan tarif je dan perkhidmatan ya g kemadang tak m3muaskan.

    Jadi jika TNB memerlukan RM 6 billion setahun untuk pelaburan, TNB kena minta dengan pemegang sahamnya bukan kita. Cerita ini boleh kita lihat dari sudut lain juga. Contohnya, logik k3 jika p3milek g3nting, resort world minta duit dengan rakyat untuk tujuan pelaburannya? Resort World adalah syarikat awam sama dengan TNB.Malah mereka duduk dalam satu papan utama kat BSKL.

    Itu cerita t3ntang wak jawa ni. B3gitu juga dengan cerita Najib puji bini dia. Sengaja dicipta isu supaya perwakilan tak bangkitkan isu berk3naan kenaikan-k3naikan yang diumumkan sejak dari kenIkan ron95/disel t3mpohari yang semakin m3ny3babkan kenaikan harga barangan keperluan harian yang tidak terkawal ini. Kenaikan tarif letrik ini akan menaikan lagi harga barangan keperluan yang sudah naik.Nanti bila tol dinaikkan tahun depan, harga barangan akan naik lagi.

    Jadi jangan kita tertipu dengan p3rmainan ini . Orang UMNO pun kena sedar sebab sebahagian besar ahli UMNO adalah rakyat biasa juga yang te4k3san dengan k3naikan-kenaikan ini.

    Isu Mat Sabu syiah ni sebenar tak ada isu langsung. Bukan baru timbul,dah bertahun-tahun.Kalau benar dan serius kerajaan dah lama ambil tindakan. TAK PAYAH TUNGGU PAU TAHUN 2013!

    Bat8

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersandiwara ...
      Bersandiwaralah kau bodoh zahidi jika matsabu saman dan mnang 200 juta..

      Delete
  5. depan perwakilan lembu bolehlah 'menteri tunjuk' ni cakap lebih. nampak sangat kurang intelek

    ReplyDelete
  6. Zahid boleh cakap apa saja kerana dia tahu dia sedang bercakap dihadapan lembu2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...