Tuesday 8 January 2013

Kumpulan Pro Najib Mula Menyumpah Mahathir


Isu berkaitan Deepak terus menjadi perbualan di sana-sini. Di dalam UMNO, di luar UMNO ia tetap menjadi topik hangat dalam perbualan seharian mengikut persepsi masing-masing. Tetapi secara umumnya, isu Deepak ini sekali lagi mencalarkan nama Najib menjelang pilihanraya umum akan datang.

Sikap berdiam diri Najib dan Rosmah menambahkan kesangsian rakyat, dan menjadikan sebahagian besar percaya segala dakwaan Deepak ada asas kebenarannya.

Topik paling menarik ialah siapa di belakang Deepak? Melihat keberanian dan cara Deepak menyerang Najib serta Rosmah, dan dalam masa yang sama polis serta SPRM seperti hilang kekuatan untuk bertindak, membayangkan bahawa Deepak tidak bersendirian dalam hal ini.

Sementara Deepak melahirkan kekecawaan kerana Anwar Ibrahim tidak berdiri di belakangnya, nama Mahathir paling banyak dikaitkan dengan usahawan karpet itu. Kehadiran Deepan di majlis hari jadi Mahathir dijadikan alasan paling kukuh untuk mengiyakan desas-desus itu.

Logiknya memang ada. Seseorang yang sedang menyerang Perdana Menteri biasanya akan dipinggirkan dan semua orang takut berkawan dengannya, apalagi untuk dijemput hadir dalam majlis eksklusif seperti majlis hari jadi.

Tetapi Deepak nampaknya istimewa. Beliau terselit antara 230 jemputan. Dalam masa yang sama, Deepak juga kelihatan bebas ke mana-mana dan tidak takut kepada sesiapa berikutan dakwaannya itu.

Kaitan Mahathir dengan Deepak bukan saja diperbualkan di luar UMNO, tetapi juga dalam UMNO. Dari hari ke hari, makan ramai yang percaya kaitan antara keduanya.

Deepak dikatakan adalah alat untuk melemahkan Najib dan senjata untuk memaksanya berundur. Ia bukan saja boleh digunakan untuk memaksa Najib berundur sebelum pilihanraya tetapi juga selepas pilihanraya nanti.

Meneliti sejarah politik Mahathir sebelum ini, penyokong Najib tidak menolak kemungkinan bekas Perdana Menteri itu merupakan tangan ghaib di belakang Deepak. Kebimbangan Mahathir sekarang ialah jika BN tumbang dan Anwar menjadi Perdana Menteri.

Penyokong Najib di beberapa negeri mulai secara terbuka menempelak Mahathir kerana masih berdiam diri, tidak mahu menafi atau mengiyakan desas-desus namanya dikaitkan dengan Deepak. Sikap membisu Mahathir dianggap menyusahkan kerana Mahathir dianggap masih mempunyai pengaruh tersendiri dalam UMNO, walaupun di kalangan rakyat biasa pengaruhnya makin menipis.

Dengan pengaruhnya yang masih bersisa itu, Mahathir dianggap tidak habis-habis menyusahkan orang. Mahathir dianggap hanya mementingkan dirinya saja. Ketakutannya ialah pada Anwar tetapi yang bakal menjadi mangsa ialah Najib.

Sejak menjadi Perdana Menteri, sudah berderet musuh politiknya yang dikambus tanpa nisan, kini nampaknya naluri pemangsa tidak pernah padam dalam dirinya. Setelah bersara, Pak Lah menjadi mangsanya yang pertama, dan kini bayangan semakin jelas bahawa Najib adalah mangsa yang seterusnya.

Tidak ada sesiapa yang penting di sisi Mahathir, selain dirinya sendiri. Sesiapa yang boleh mengancam kepentingannya, mudah saja dijadikan musuhnya.

Najib bakal dijadikan musuh kerana beliau dianggap terlalu lemah untuk berhadapan dengan Anwar. Pekungnya bersama Rosmah terlalu banyak. Sebahagian besar isu Najib ialah berkaitan karenah Rosmah. Ia hampir sama seperti kaitan Pak Lah dengan KJ dahulu, malah lebih teruk lagi. Maka tidak hairan jika Najib bakal dijadikan mangsa kerana kekalnya Najib lebih memberi peluang kepada Anwar menjadi Perdana Menteri.

Inilah yang paling ditakuti dan sentiasa menjadi mimpi ngeri Mahathir.

Deepak adalah alasan terbaik Mahathir untuk memaksa Najib berundur dan menggagalkan hasrat Anwar ke Putrajaya. Sama ada ia berjaya atau sebaliknya, ia banyak bergantung kepada episod pendedahan yang seterusnya oleh Deepak.

Tetapi kecaman dari dalam UMNO sendiri kepada Mahathir mula kedengaran di mana-mana sekarang ini. Kumpulan pro Najib seolah-olah cuba mempertahankan bos mereka dengan menyalahkan Mahathir dalam permainan terbaru ini.

Sudahlah sikap berdiam diri Najib dan Rosmah terhadap segala dakwaan Deepak membuatkan para pemimpin UMNO lainnya termasuk pro Najib turut terpaksa berdiam diri dan tidak berani memberi komen, kaitan Mahathir dan Muhyiddin yang digembar-gemburkan di belakang Deepak, menambahkan lagi sengsara jiwa mereka.

Dalam masa yang sama, dengan pelbagai dakwaan lainnya yang timbul berkaitan Deepak seperti melibatkan Raja Ropiaah, LTAT dan sebagainya jelas menjadikan UMNO makin dipalit contengan arang hitam. Belum pun reda isu Shahrizat dan NFC, kini Raja Ropiaah pula membawa beban kepada UMNO dan BN.

Hari demi hari isu Deepak ini bukan saja memberi markah tambahan kepada Pakatan Rakyat tetapi dalam masa yang sama turut memecah-belahkan UMNO sendiri. Mahathir yang selama ini dianggap sifu dalam UMNO mulai dikecam tanpa segan silu. Dalam masa yang sama, jurang puak Najib dengan puak Muhyiddin turut makin melebar.

PRU 13 benar-benar semakin meletakkan UMNO dan BN umpama telur di hujung tanduk. ( SH 08/01/2013)


13 comments:

  1. Abang Shah,

    A very good morning to you, I definately think your comments is almost a right one, if not how can KAPEED be so daring and spreading the bullets like a warlord in Klang Valley...but I am really surprise when RPK make a same remarks, he Escape from NY ( Kuala Lumpur). And now seems like Bijan is keeping quiet or planning his all out war chess against the one behind KAPEED...
    Anyway thanks for your always good articles...

    ReplyDelete
  2. Tuan,

    Mangsa pertama Mahathir bukan Paklah tetapi Kuli. Ceritanya permangsaan ini bermula semasa Mahathir dipecat oleh Tunku ekoran surat beliau mengecam Tunku selepas peristiwa 13 mei 1969.

    Pada masa itu Kuli adalah anak emas Tun Razak. Mahathir adalah persona non-grata dalam UMNO. Mengikut cerita sahih, mahathir hari-hari datang pejabat Kuli. dia akan datang d dengan dekat-dekat lunch time, datang bersembang dsb, dapat makan lunch free.

    kedatangan Mahathir yang kerap kadang-kadang menjadi satu nuisance kepada Kuli kerana akan menganggu kerja Kuli. kadang-kadang Kuli kena buat helah supaya beliau boleh buat kerja.

    Apa Mahathir buat kepada Kuli selepas dia berkuasa sehingga hari ini?

    Tuan telah menceritakan watak sebenar Mahathir sebagaimana kami kenal dia.

    bat8

    ReplyDelete
  3. biarkan lah mereka berkelahi sesama sendiri, biarkan siluncai tua terjun kelaut dengan labu2nya apabila kapal mereka terbakar nanti.

    ReplyDelete
  4. Apa pun PRU 13 jom ubah. Biar bijan terpelanting keluar. Ayuh! Just do iĆ»

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan,

    Penulisan Tuan sangat baik dan mudah di fahami. Terima Kasih!

    ReplyDelete
  6. Tuan,

    Samada Najib terus berkuasa atau Mahyudin menggantikannya, visi murni UMNO untuk orang Melayu tidak mungkin boleh dicapai selagi Mahathir Mohamad dan legasinya kekal dalam parti orang Melayu ini. Mahathirlah dalang yang menyebabkan visi asal UMNO terpesong kerana Melayu Kerala ini berkhiblatkan kekayaan untuk pribadi, keluarga dan kroni.

    Selagi manusia seperti Mahathir ini serta balaci balaci yang hidup hasil saraan beliau seperti PERKASA, JATI dan NGO NGO pro Mahathir ada dalam UMNO, selamanyalah kebanyakan orang Melayu akan diperkudakan dengan menjamah sumpan sisa saja.

    PERKASA terutamanya hidup atas naungan dan sumbangan Mahathir Mohamad dan kebanyakan pimpinan dalam pertubuhan PERKASA ini adalah manusia manusia bermasalah seperti Ibrahim Ali. Rahim Noor, Zulkifli serta kepala kepala samseng yang berselindung dibawah persatuan seperti silat dsbnya.

    Kalau masyarakat Melayu masih sayangkan parti UMNO, WAJIB memastikan UMNO kecundang dalam GE13 kerana hanya dengan cara ini saja, pemimpin pemimpin besar bermasalah dalam UMNO khususnya Mahathir Mohamad tertendang keluar selamanya dari pertubuhan ini. Dalam situasi sekarang tidak ada mana pemimpin di dalam UMNO yang berupaya singkir Mahathir ( mentelah PM sendiri cuma menjadi boneka situa Mahathir ). UMNO perlu direhatkan seketika agar reformasi secara total boleh direalisasikan dan UMNO mampu bangun kembali.

    Soal samada Najib atau Mahyuddin yang menerajui UMNO tidak penting selagi manusia bernama Mahathir Mohamad tidak dihumban keluar. Persetankan dengan apa pun reformasi yang bakal dibuat oleh Najib atau Mahyuddin kerana ianya tidak mampu merubah apa apa selagi Mahathir Mohamad dikekalkan.

    Orang Melayu harus tidak lagi memperbodohkan diri dengan janji janji kosong mau pun ugutan Mahathir. Sebetulnya si tua Mahathir ini sedang berperang dengan dosa dan noda beliau terhadap rakyat dan negara dan sekarang sedang mengharap talian hayat untuk selamatkan diri.

    Bodohlah Melayu kalau terus mengagungkan si tua ini kerana lebih 20 tahun beliau dipuncak kuasa, apakah orang Melayu majoriti secara relatifnya telah berubah dan maju setanding dengan bangsa lain?. Fikirkanlah!

    Jika UMNO dan pemimpinnya jujur dan mengutamakan Melayu, tidak mungkin majoriti Melayu merempat di negara sendiri selepas lebih 50 tahun parti karat Melayu ini berkuasa di Malaysia. Ubahlah sebelum terlambat.

    Terus memberi kuasa kepada UMNO BN umpama membunuh masa depan kaum Melayu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. At last someone has came out in the open and clearly diagnosed the core problem faced by UMNOH. For over 22 years this man has trapped the mentality of the Malays to be his obedient servants as he plundered this country at his whim and fancy to satisfy his inflated ego. I hope he would meet the same fate or worse than Qaddafi's.

      Delete
    2. Kamu jgn silap Gaddafi bukan apa yg kamu sangka

      Delete
  7. Hangpa tak kan tak faham faha kot?. UMNO selama ini haru hara kerana sapa ?. Husin Onn terpelanting, Ku Li diperlekehkan, Musa Hitam ditendang keluar, Anwar Ibrahim di aib dan dipenjarakan, Abdullah Badawi dikutuj dan diperlekehkan dan kini giliran Najib pula ditikam dari belakang. Kalau pun Mahyuddin gantikan Najib..nasib Mahtuddin tetap akan sama...kena sedia " sijud sembak " kat mamak Kerala celaka tu.

    Tak nampak ka lagi hangpa selama ni apa dah Melayu Kerala asal pariah tu buat kat pemimpin pemimpin Melayu?. Mentaliti asal pariah..lagu ni la jadinya, parti UMNO dibuat macam hak kepala bapak dia ja. Tapi melayu UMNO terus juga perbodohkan diri dan sembah kuturunan pariah tu asalkan dapat habuan sikit.

    Walau pun aku ahli UMNO..tapi dah lama aku tak peduli parti ni. Selagi Mamak Kerala Si Kitol dalam UMNO BN, aku haramkan keturunan aku menjadi ahli UMNO. Selagi ada keturunan Mamak ni diberi kuasa dalam UMNO...aku tak akan kembali ke parti ini.

    Cukuplah selama ini membangangkan diri sendiri dengan slogan haprak Mamak Kutty ini.

    Say NO to UMNO BN in coming GE 13!

    ReplyDelete
  8. Tuan,

    Saya percaya tuan membaca 2 statement pemimpin utama UMNO yang terbaharu.

    Statement 1

    Muhyiddin kata BRIM 2.0 mungkin dinaikkan kps RM 1,000 DAN dijadikan imbuhan tetap.

    Uiks...Muhyiddin tiba-tiba buat kerja najib!.....tak pernah berlaku sebelum ini...Testing power kat market ke?


    Statement 2

    Najib nafi dia diserang mini stroke hujung minggu lepas.

    tuan tentu nampak kaitan 2 statement diatas seperti saya rasa-rasa saya nampak. teringat sebab mengapa PM No.3 letak jawatan dulu untuk bagi mahathir. Tuduhan kena stroke Ni pun testing market juga ke atau nak sampaikan mesej kena berhenti dengan alasan tu, macam bapak menakan dia dulu

    Politik UMNO semakin menarik sekarang!...tengok tindakan 2 aktor utama ni dalam seminggu dua ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya simpati pada PR bila memerintah nnti akan menjadi kerajaan yg miskin kerana wang telah dibelanjakan oleh kerajaan srkg hanya untuk merasuah pengundi.

      Delete
  9. Alhamdulillah, ini lah masa yang kita semua nantikan...Pengkianat sebenar dah terjerat..Mereka semua bolih sembunyikan bangkai, tapi sekarang bangkai sudah berbau dan akan kita jumpa bangkai tersebut. Begitulah nasib pemimpin pemimpin UMNO sekarang....Merekalah Perosak Negara yang sebenar......Alhamdulillah. Terima kasih Bro.

    ReplyDelete
  10. Kalau betul umno nak tolong melayu cukup mudah..dari pm sampai dispatch boy orang melayu,jadi susahkah nak tolong orang melayu sedangkan majoriti yang sangat ketara pekerja dan pemimpin kerajaan orang melayu tapi orang melayu tidak sedar dipermainkan umno.Jadi sedarlah wahai melayu..orang melayu akan sepakat dan sedar bila menghadapi azab dan kesusahan hidup...hidup melayu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...