Wednesday, 20 June 2018

PH MESTI TERUS BONGKAR SKANDAL2 BN


Teguran Anwar Ibrahim terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng agar tidak terus mendedahkan skandal serta salah laku kerajaan BN terdahulu dengan alasan akan menjejaskan sentimen pelabur, dengan jelas memperlihatkan Ketua Umum PKR itu melakukan satu lagi kesilapan dalam langkah politiknya.


Setelah sebelum ini beliau dilihat tergesa-gesa untuk kembali ke arena politik selepas dibebaskan daripada penjara dan mendapat pengampunan, meskipun cadangan asalnya Tun Mahathir Mohamad akan melakukan peralihan kuasa kepadanya selepas tempoh dua tahun sekurang-kurangnya, tindakan terbaru Anwar ini seakan menunjukkan beliau begitu "ketagih"  untuk segera berkuasa semula.


Sepatutnya, dalam kedudukan sekarang ini beliau menyokong sepenuhnya pentadbiran baru Pakatan Harapan dan tidak melakukan teguran secara terbuka kerana dirinya tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan.


Yang berhak menegur menteri-menteri ialah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, manakala Anwar hanyalah suami kepada Timbalan Perdana Menteri.


Maka, Anwar harus belajar untuk bersabar, sama seperti beliau harus sabar untuk kembali semula menjadi Ahli Parlimen.

Tetapi, dengan kapasitinya sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 dan beliau sudah pun dimasukkan dalam kepimpinan Majlis Presiden Pakatan Harapan, apa juga teguran atau pandangan sebaik-baiknya hendaklah dilakukan melalui saluran tersebut.


Keghairahan membuat teguran terbuka hanya menunjukkan Anwar ingin segera berkuasa kerana hanya bersama kuasa, seseorang itu berkuasa membuat teguran kepada sesiapa saja.


Dalam konteks apa yang dilakukan oleh Guan Eng selama ini, beliau sebenarnya tidak melakukan apa-apa yang tidak wajar atas kapasitinya sebagai Menteri Kewangan, malah harus diberikan pujian.


Apakah segala skandal dan kesalahan kerajaan lama BN harus disimpan dan didiamkan begitu saja?


Jika tidak diberitahu dan didedahkan secara terbuka, bagaimanakah rakyat hendak tahu betapa buruknya regim pemerintahan BN terdahulu?


Lagi pun, bukankah melalui segala skandal yang didedahkan itu, ia melibatkan kerugian berbilion ringgit wang rakyat dan rakyat berhak tahu mengenainya?


Soal pendedahan demi pendedahan itu akan menakutkan pelabur juga sebenarnya tidak berbangkit kerana kerajaan yang mentadbir negara sekarang ialah Pakatan Harapan dan yang melakukan keburukan serta skandal terdahulu ialah BN.


Dengan itu, apa yang dilakukan oleh Guan Eng dengan restu dan arahan Tun Mahathir dalam mendedahkan skandal demi skandal itu akan berupaya menambahkan lagi keyakinan pelabur terhadap kerajaan yang sedang memerintah sekarang.


Ia bermakna, Pakatan Harapan tidak bersekongkol sama sekali dengan kekotoran kerajaan terdahulu dan ingin membersihkan semuanya dengan sebersih-bersihnya.


Rakyat sendiri amat gembira dengan pendedahan demi pendedahan itu dan itulah salah satu sebab Najib Razak dijatuhkan dan BN ditumbangkan. 


Malah, jika ditanya, pasti ramai yang mahu pendedahan skandal BN itu terus dilakukan serta pelakunya ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.


Sebagai Menteri Kewangan juga, hanya Guan Eng paling layak membuat pendedahan itu kerana segala skandal yang didedahkan adalah melibatkan wang rakyat yang terletak di bawah tanggungjawab kementeriannya.


Jika BN terus mentadbir negara ini, pasti semua skandal itu akan tersimpan dalam almari atau dalam "fail merah" yang hanya boleh diketahui oleh pendurjananya sahaja.


Adakah keengganan Anwar berkaitan pendedahan skandal itu memperlihatkan beliau masih ada simpati dan ingin melindungi Najib kerana Kementerian Kewangan adalah portfolio bekas Perdana Menteri itu sebelum ini?


Siapakah yang sepatutnya kita simpati - Najib atau rakyat? (ShahbudinHusin 20/06/2018)

82 comments:

  1. nflation for May likely to increase, says RAM Rating
    Bernama | June 19, 2018
    This is due to the growth in retail fuel prices, the rating agency says.

    The price of RON95 has remained at RM2.20/litre since March and is expected to stay unchanged amid the reinstatement of subsidies.

    KUALA LUMPUR: Malaysia’s headline inflation rate for May is expected to increase to 1.9% from 1.4% in April, primarily due to faster growth in retail fuel prices, says RAM Rating Services Bhd.

    The increase in retail fuel inflation of 5.1% in May, compared with the 0.3% contraction in April, was for the most part attributable to a low base effect.

    In May 2017, the average RON95 fuel price was significantly lower at RM2.09/litre, down from April 2017’s RM2.21/litre.

    However, the price of RON95 has remained unchanged at RM2.20/litre since March and is expected to stay at this level amid the reinstatement of subsidies.


    “As such, inflationary pressure from the retail fuel component is also anticipated to rise for the months of June and July, as the low base effect from a year ago increases,” the rating agency said in a statement today.

    Head of research, Kristina Fong, said uncertainty remained over the overall inflation outlook for 2018 as more policy measures are unveiled by the new administration, with the change in tax system from the goods and services tax (GST) to sales and services tax (SST) being the most pertinent to the full-year estimation.

    She said while the move to zero-rate the GST effective June 1 was expected to reduce overall inflationary pressure, the reintroduction of the SST could to some extent offset the deflationary impact of the former.

    This is subject to the final tax rate and coverage when the SST is put in place in September.

    “We will closely monitor the development of the regime to assess the expected full-year inflation rate for 2018.

    “Withholding the impact of the SST’s implementation for now until more definite details are available, full-year overall inflation is envisaged to average 1.6%,” Fong said.

    She added that RAM’s expectation was premised on the reinstatement of fuel subsidies, lower prices amid the zero-rating of the GST and a persistently weak food price growth trajectory.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inflasi mungkin naik tapi harga barang tak naik...minyak pon tak naik...yg naik putarbelit puak umno...

      Delete
    2. Dalang arah bunuh lebih penting, kata bapa Altantuya
      Zikri Kamarulzaman | Diterbitkan 19 Jun 2018, 12:21 tengah hari | Dikemaskini 19 Jun 2018, 12:27 tengah hari

      Item 1
      Item 2
      Item 3
      A+ A-

      Bapa warga Mongolia yang mati dibunuh dengan kejam, Setev Shaariibuu tidak peduli dengan komando polis Sirul Azhar Umar - lelaki yang dihukum mati kerana membunuh anaknya, Altantuya.

      Sebaliknya, Setev mahu mengetahui siapa yang mengarahkan anak perempuannya itu dibunuh.

      "Saya tidak mahu bercakap tentang Sirul, atau tentang hukuman mati (yang dijatuhkan ke atasnya).

      "Yang penting, siapa yang mengarahkan pembunuhan ini ... Bukan Sirul," kata Setev pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

      Delete
    3. Ya betul putar lagi. Keluar tajuk pun ok alpuk..iiiiiiii

      Delete
  2. Replies
    1. Himpunan bantah penghinaan institusi Islam, raja Melayu
      Diterbitkan 19 Jun 2018, 4:23 petang | Dikemaskini 19 Jun 2018, 5:28 petang

      A+ A-

      Badan bukan kerajaan (NGO) Pemantau Malaysia Baru (PMB) dijangka mengadakan himpunan aman yang dikatakan bagi menyelamatkan institusi Islam dan raja Melayu di hadapan Masjid Negara Jumaat ini.

      Presidennya, Datuk Lokman Noor Adam berkata lebih 100 NGO bersetuju menyertai himpunan itu yang menjangkakan penyertaan 2,000 penyokong.

      "PMB membantah sekeras-kerasnya kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang baru-baru ini dilihat menghalang aktiviti dan pembangunan dakwah dan pengajaran Islam," kata Lokman dalam kenyataan media di Pandan Kapital, Kuala Lumpur hari ini.

      Sidang media itu turut dihadiri Azwanddin Hamzah yang merupakan timbalan presiden PMB dan beberapa wakil NGO.

      Menurut Lokman, perkara itu dilihat pada kenyataan kerajaan HARAPAN untuk mengkaji semuka Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) yang boleh menjejaskan sekolah tahfiz.

      Isu lain, katanya, termasuk penarikan semula peruntukan untuk membina dan membaiki masjid di Pulau Pinang serta pemecatan ribuan guru Kafa di Kelantan.

      Lokman turut mempersoalkan kenapa belum ada tindakan diambil ke atas Datuk A Kadir Jasin dan penulis blog Hishamuddin Rais meskipun beberapa laporan polis sudah dibuat ke atas mereka kerana didakwa menghina institusi raja Melayu.

      "Adakah rule of law ini hanya terpakai kepada mereka yang anti kerajaan HARAPAN?" soalnya.

      Delete
    2. Lokman adam baru ingat melayu islam dan raja...masa perut buncit lupa segala2 nye asyik menongkat ketua prompak...

      Delete
    3. Budak tak matang lagi lokman adam ni...

      Delete
    4. Najib tak bayar saya, kata bapa Altantuya
      Zikri Kamarulzaman | Diterbitkan 19 Jun 2018, 11:22 pagi | Dikemaskini 19 Jun 2018, 11:27 pagi

      Item 1
      Item 2
      Item 3
      A+ A-

      Bapa kepada warga Mongolia yang mati dibunuh dengan kejam, Altantuya Shaariibuu menafikan menerima sebarang dana daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.


      "Saya dengar macam-macam, ada yang dakwa Najib membayar saya tetapi ini tidak benar," kata Setev Shaariibuu pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

      Secara berseloroh, beliau berkata, bahawa kerajaan persekutuan baru telah merampas harta dan wang Najib yang sepatutnya diberikan kepada keluarganya.

      Setev dan cucunya memfailkan saman ke atas kerajaan untuk pampasan berhubung kematian Altantuya.

      Delete
    5. Yes alpuk.iiiiii hentam aje. Tunjukan DNA ular kau

      Delete
  3. en. shahbudin.mengapa segala pandangan anwar dikaitkan dgn kononnya anwar nak menjadi perdana menteri. yg bezanya pandangan anwar hanya pendapat mcam tuan shahbudin tulis. lagipun. tuan shahbudin kena sedar politik adalah angka. PKR 49 kerusi. PPBM cuma 16 kerusi klu tk silap. jadi berpada-padalah nk mengata anwar rakus nk jadi perdana menteri padaha; anwar hanya berikan pandangan sahaja bukannya arahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yg takut anwar rampas kuasa setelah PH menang ...masa tun nak join anwar tak ade siapa pon tegur tun jangan join anwar...

      Delete
    2. Anwar beritahu Lim: Menteri kewangan statusnya lebih sensitif
      Diterbitkan 19 Jun 2018, 12:52 tengah hari | Dikemaskini 19 Jun 2018, 2:53 petang

      Item 1
      Item 2
      A+ A-

      Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam pertemuannya dengan Lim Guan Eng, beliau menyarankan supaya menteri kewangan menyerahkan tanggungjawab membongkar segala salah laku dan penyelewengan kepada menteri atau agensi lain.

      "Saya ada bertemu dan memberitahu Lim Guan Eng bahawa jawatan menteri kewangan ini statusnya lebih sensitif.

      "Setiap kenyataan (menteri kewangan) akan merujuk terus kepada pelabur," maklum Anwar dalam rakaman wawancara program terbitan Astro Awani, 'AI' yang bakal ke udara Khamis ini.

      Bekas menteri kewangan mengulas soalan mengenai laporan Moody's Investors Service yang menyebut fasa peralihan kuasa ketika ini mencetuskan ketidaktentuan polisi yang dibimbangi penganalisis akan menyebabkan penarafan negatif terhadap ekonomi negara sekali gus menjejaskan keyakinan pelabur asing dalam pasaran modal Malaysia.

      "Tetapi, dalam keadaan sekarang, menteri juga bertanggungjawab menyebut tentang segala bentuk perjanjian, membongkar penipuan.

      "Beliau boleh tugaskan kepada satu atau dua menteri lain serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menjelaskan mengenai segala pembongkaran," jelas Anwar yang berkata langkah tersebut membolehkan Guan Eng memberi keutamaan terhadap usaha menenteramkan serta meningkatkan keyakinan pelabur.

      Delete
    3. Ke tn budin tak tau atau tk pernah tonton siaran AI kat astro awani tu. tu hanya pandangan peribadi beliau..bknnya dibuat kat ceramah perdana atau press conference etc..apa la lu buding

      Delete
    4. Takkan tak faham wak Budin ni pengampu Mahathir dan anti Anwar...

      Delete
  4. Negara luar yang pernah mendedahkan skandal pemimpin terdahulu, kemudian diadili dimahkamah dan dihukum, sekarang ini telah menjadi negara yang bertambah maju.
    Tidak ada negara lain didunia ini yang telah terdedah skandal kewangan, maka negara itu menjadi mundur sebab dijauhi pelabur.
    Jika ada pelabur yang menjauhkan diri,ia mestilah pelabur yang memang ada niat menipu dengan mendapat keuntungan secara salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Azmin sendiri ke Istana, lantik diri sendiri jadi MB'
      Kow Gah Chie | Diterbitkan 19 Jun 2018, 10:42 pagi | Dikemaskini 19 Jun 2018, 11:38 pagi

      Item 1
      Item 2
      A+ A-

      Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor dua hari selepas pilihan raya umum 9 Mei tanpa restu parti-parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).

      ADUN PKR Ijok, Dr Idris Ahmad membuat dakwaan demikian pada sidang akhbar di kediamannya pagi ini.

      "Terdapat spekulasi bahawa HARAPAN mahu saya menjadi menteri besar baru sebelum pilihan raya umum ke-14.



      "Jadi, sewaktu kita berada dalam suasana gembira meraikan kemenangan kita, dua hari kemudian menteri besar baru telah diumumkan tanpa restu parti-parti (HARAPAN)," katanya.

      "Saya tak nak jadi 'gentleman' lagi, beliau (Azmin) pergi ke sana (Istana Alam Shah) sendiri," katanya.

      Azmin perlu melepaskan jawatan sebagai menteri besar selepas dilantik oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.


      Pagi ini, ADUN Sg Tua, Amirudin Shari mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru mengakhir desas-desus bakal pengganti Azmin sebelum ini.



      Selain ADUN Seri Setia Dr Shaharuddin Badaruddin dan Amirudin, ADUN Ijok merupakan salah seorang daripada tiga nama yang disebut-sebut sebagai calon menteri besar.

      Delete
  5. BN ada harapan merampas putrajaya pru 14 nanti jika anwar jadi pm dan najib telah menerima hukuman. Pru akan datang pasti meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN dah reput kerana tiada lagi pemimpin yg berwibawa dan banyak skandel...

      Delete
    2. Selepas Mat Sabu, kini Mahathir pula



      Dulu kecoh pasal Mat Sabu dipeluk amoi. Tapi bagi ahli parti AMANAH perkara itu macam tak kisah aje. Yang peliknya Dr. Asri (MAZA) dan Dr Rozeimi pun diam membisu, "maybe not a big deal" juga pada pendapat Dr. Asri.



      Ahli parti AMANAH sudah 'kalis' maksiat kecil ini. Mungkin mereka anggap ambil wuduk boleh tanggal dosa tersebut bersama wuduk. Pasal itu gambar Mat Sabu berwuduk menjadi viral lebih daripada gambar Mat Sabu dengan amoi. Yang IKRAM jadi nadi AMANAH pun sama, hilang terburai Islam mereka...




      Cybertropper UMNO mengedar gambar Mahathir di peluk Izara. Macam-macam komen daripada natizen berkenaan gambar ini.



      Ada yang kata gambar ini palsu kerana takkan Mahathir pakai kasut pelik semacam aje. Rakyat percaya Mahathir zuhud, tak menunjuk dan tak MEROMPAK DUIT RAKYAT. Dia pakal selipar bata aje.



      Gambar ini menjadi viral mendapat simpati rakyat untuk menyokong Pakatan Harapan dan menjatuhkan Najib. Sedangkan Mahathir dan Najib itu ibarat PENYAMUM DENGAN PEROMPAK. Bukan Mahathir sahaja pandai 'berlakon'. Mukhriz pun sama dengan bapaknya Mahathir kalau di Kedah, kepala tak berkilat... Kerana dia pakai ketayap! Berjubah tujuan nak bodohkan penyokong PAS supaya sokongan PH demi menjatuhkan kezaliman Najib.

      Orang tanya saya apa beza antara Mahathir dan Najib. Ok Mahathir dilahirkan bukan kaya, bapanya seorang guru. Dia ke sekolah bawa duit 20 sen. Itu kira golongan 'berada'. Tapi dia tak boleh beli mee mamak kerana mee mamak harganya 50 sen. Apabila dia menjadi doktor gajinya RM2000 sebulan.

      Najib pula anak Perdana Menteri, ke sekolah saya tak tahu berapa duit dia bawa. Saya tak tahu berapa beg masa itu dia simpan duit siling dalam bilik di rumahnya sebab tak ada penulisan sejarah hidup Najib. Umur 30an dia jadi MB Pahang yang negeri kaya dengan hutan. Dia tak pernah rasa susah.

      Najib sama macam Mukriz lahir sebagai anak PM. Sebab itu dia terkejut bila harga daging RMN36 sekilo, katanya ingat RM18 sekilo.

      Saya lebih musykil bagaimana anak Mahathir boleh menjadi kaya? Bagaimana dia menjadi orang Melayu kedua terkaya di Malaysia? Macam mana dia dapat modal berniaga? Bapa dia kaya ke?

      Sebab itu kadang kala kita dibodohkan dengan kekayaan Najib dan Mahathir itu miskin, zuhud suci dll sedang kedua-duanya adalah PEROMPAK WANG RAKYAT!



      Semalam Nik Izara yang peluk Mahathir membuat kenyataan.

      "Seperti kebanyakkan rakyat Malaysia, saya sentiasa teruja setiap kali bertemu Tun Mahathir. Beberapa hari lalu juga sama, tapi saya tersilap langkah apabila memuat naik saat peribadi semasa kunjungan keluarga beraya.

      "Saya kesal apabila ada netizen yang memberi reaksi negatif terhadap posting tersebut. Kepada Tun dan keluarga saya mohon maaf kerana sikap yang terlalu terbuka.

      "Maaf zahir dan batin," tulis pelakon Izara Aishah yang memohon maaf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga terhadap tindakannya berkongsi foto-foto peribadi ketika berkunjung ke kediaman Perdana Menteri itu.

      Pemilik nama sebenar Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 26, berkata, dia berasa kesal dan tidak menyangka posting yang dimuat naik di media sosial telah menerima reaksi negatif netizen.

      Pelakon filem 'J Revolusi' itu mengakui kesilapan yang berlaku disebabkan rasa teruja setiap kali bertemu Tun M.

      : Raya ni boleh bersalam lelaki perempuan kata Dr. Maza tapi jangan peluk. Malah geng hadis tunjuk gambar Qardawi bersalam. Tapi tak ada pula dia tunjuk satu bukti Nabi, Sahabat Nabi atau ulama terkemudian bersalam lelaki perempuan. Susah kalau orang berilmu dah sesat dengan ilmu mereka...

      Delete
    3. ismail ismail PRU 14 dah berlalu.. bn dah dikapankan

      Delete
    4. Kenapa Menteri Kewangan Enggan Ulas KWSP Hilang RM6.09 Billion Dalam Masa Sebulan?


      Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyaksikan nilai pelaburannya dalam 10 syarikat awam tersenarai (PLC) turun 12% atau RM6.09 bilion, sebulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan perubahan dalam kerajaan untuk kali pertama dalam sejarah Malaysia.


      Agak melucukan, Menteri Kewangan, Joseph Lim Guan Eng enggan ulas kerugian pelaburan KWSP sebanyak RM6.09 billion di Bursa Saham kerana mahu melihat dahulu laporan tersebut. Bodoh punya Guan Eng! Tidak berani hendak menghadapi kenyataan.


      Menteri Kewangan sibuk mencari kerugian yang dialami oleh 1MDB sedangkan Kerajaan Malaysia telah kerugian RM6.09 billion hanya dalam tempoh sebulan pemerintahan Pakatan Harapan. Baca laporan The Edge.

      Kenapa Menteri Kewangan yang gila publisiti tidak mahu membuat Sidang Media mengenai kerugian KWSP berjumlah RM6.09 billion ini?

      Delete
  6. Bukan PM sahaja berhak menegut menteri...rakyat biasa pon berhak jugak...Budin pon jugak selalu mengulas tindakan menteri BN seblm ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat gerakan selamatkan negeri PH daripada MB mereka..



      Kalau dulu semasa nak jatuhkan kerajaan BN, Tun Mahathir buat gerakan "SELAMATKAN MALAYSIA"...

      Nampaknya penyokong PH peringkat negeri dan rakyat kena buat satu lagi gerakan SELAMATKAN NEGERI DARI MB PAKATAN HARAPAN...

      Sebabnya baru sebulan memerintah danh banyak perkara yang sangat menjengkel berlaku

      》MB Perak - Ijazah palsu dan mempunyai kehebatan menari sebab tu buat rumah terbuka Aidil Fitri kat Taman Tema Movie Animation Park Studio...😂😂😂 Hilang terus budaya Islam. Parti Amanah Perak termasuk Nizar Jamaluddin dah jadi PASU BUNGA. Seronak juga puak-puak IKRAM kalau masuk menari sama.
      》MB Johor - Buat perangai UMNO...🙄🙄🙄 Setiap kenyataan keluar daripada mulutnya tak lain sama sepesrti kita dengar apa yang Najib buat sebelum ini. Tak ada Najib bolehlah tengok-tengok MB Johor.. hilang rindu

      》MB N9 - "Kalau MB sebelum ni boleh 5 portfolio, kenapa tidak saya"...🤔🤔🤔 Hari pertama masuk kerja yang dilihat kedudukan dan jawatan. Masalah rakyat entah masuk agenda tak? Kalau datang daripada spesis UMNO sebelum ini, itulah dia punya standard.

      》MB Kedah - Dalam PH sendiri tak suka, paling 'WIN' kanak-kanak ambil sampul duit raya di Rumah Terbuka pun kena chap kat tangan sbb takut ambil dua kali katanya...😲😲😲 Dia tak cukup majoriti boleh manipulasi Sultan untuk angkat sumpah jadi MB 2 kali tak apa... pasal duit 2 ringgi berkira.

      》MB Melaka - Siap ada demo dan kena panggil dengan Mufti Melaka sebab disyaki berfahaman Syiah...💆‍♂️💆‍♂️💆‍♂️ Mat Sabu tak komen pasal perkara ini.

      》MB Selangor - Paling suwey, dilantiknya orang luar Selangor...😀😀😀 itu pun melalui tangan Azmin tapi kepala Mahathir. Anwar dan Wan Azizah redha ajelah... Dr. Idris kamu rasa bagaimana kamu buat kepada TSKI sekarang kena batang hidung kamu. Dulu bersama-sama fitnah TSKI 81 muka surat. Hari ini orang fitnah kamu pula dengan duit PTPTN. Kan baru tahu PKR tu kalau tak ada UMNO dialah UMNO.

      Oh Malaysia Baru Ku...🤦‍♂️🤦‍♂️🤦‍♂️
      theunspinners


      : Nasih rakyat yang mengundi PH dan malang bagi penyokong PAS yang terbabit memberi undi kepada PH. Apa dia jawab nanti?....

      Delete
  7. LGE telah membongkar

    Hutang negara 1 trillion
    Kerajaan bayar hutang dan bunga hutang 1 mdb
    Arulkanda seorang Penipu..
    Lembaga Pengarah 1 mdb tidak dimaklumkan pelaburan 1 mdb.
    Fail merah tersembunyi di pejabat menteri kewangan...Fail merah tidak diketahui oleh pegawai dan odit...kerja pasang paip gas 13% tapi dah dibayar 80% kpd syarikat cina kominis....

    Pendedahan ini yg dikatakan oleh umno sebabkan kejatuhan bursa KLSE....kejatuhan ini sementara saja...pelabur asing menunggu bila harga saham murah mereka akan kembali semula menyerang untuk kaut untung...kejatuhan saham tidak rugikan ekonomi negara...ringgit telah mula meningkat semula...

    Menteri pendidikan dedahkan skendal kontrak solar diserawak lebih 1 billion..

    Mat sabu akan dedahkan skandel beli senjata di mindef.
    Menteri kesihatan dedahkan monopoli bekal ubat yg sebabkan obat mahal...penadol tak berkualiti langsung...

    Pasukan anti maksiat polis melindongi tokey maksiat...

    Malaysia baru perlu pembersihan menyeluruh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beberapa keraguan timbul daripada permusuhan Mahathir-Najib



      Pertama, AG Tan Sri Apandi telah dipaksa bercuti (baca: dihalau keluar dari pejabat) tanpa apa-apa bukti beliau melakukan kesalahan. There was no due process for him to be removed. Tommy Thomas tetap dilantik sebagai AG walaupun YDP Agong tidak berkenan (tapi akhirnya terpaksa setuju demi untuk mengelak krisis Perlembagaan dan pergaduhan antara kerajaan PH dan Istana). Mahathir enggan memberi nama calon2 lain untuk YDP agong mempertimbangkan selain Tommy Thomas. Basically Mahathir was telling YDP Agong take it or take it.

      Ke-2, Daim (yang kononnya hanya penasihat tanpa kuasa) berlagak seperti PM atau YDP Agong bila memaksa Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin letak jawatan . Kalau Ketua Hakim dan Presiden Mahkamah Rayuan boleh tunduk kepada “penasihat” apatah lagi arahan daripada menteri atau Perdana Menteri.

      Ke-3, Arul Kanda dicutikan secara paksa juga (Addendum: or rather not allowed back to office – contract expires 30th June) walaupun tidak ada apa2 bukti beliau melakukan kesalahan. Kalau hutang negara pun boleh dimanipulasi oleh kerajaan PH, mudah sahaja untuk mereka memanipulasi rekod2 1MDB in his absence. Kita harap auditor 1MDB akan tetap amanah dan berintegriti kalau mereka diugut oleh mana2 “penasihat” kerajaan PH.

      Ke-4, Mahathir mempunyai rekod cemerlang berjaya masukkan musuh2 beliau dalam penjara. Alhamdulillah syukur nampaknya ada hikmah sebalik pemansuhan ISA oleh Najib.

      Ke-5, satu Malaysia sudah tahu lah konspirasi diterajui oleh Mahathir untuk mengguling Najib sebagai PM dan presiden UMNO. Mahathir sendiri telah mengakui bahawa Gani Patail telah mengeluarkan charge sheet untuk mendakwa Najib di mahkamah walaupun SPRM belum mengambil sebarang kenyataan dari Najib, iaitu tanpa melalui proses natural justice. Mukhriz juga telah mengaku Mahathir merancang untuk gulingkan Najib semenjak 2014 lagi — cuma dia buat-buat tak faham makna perkataan ‘konspirasi’.

      Ke-6, sebaik sahaja kerajaan PH mula memerintah, Rafizi (melanggar peraturan perbankan) dan Lim Guan Eng (menghina mahkamah) terlepas dari hukuman mahkamah. Kita juga tahu ada niat untuk AG menarik balik pendakwaan rasuah Lim Guan Eng.

      Kita semua juga nampak pelbagai keputusan dibuat dan tindakan diambil atas dasar politik dan kebencian. While the PH government preaches the rule of law, what we are seeing is the application of the law of the jungle.

      : Bila permusuhan Mahathir-Najib menjadi agenda utama negara, rakyat yang menjadi mangsa....

      Delete
  8. Pecahan Kerusi DUN Selangor

    UMNO (4)
    PAS (1)
    AMANAH (5)
    BERSATU (5)
    PKR (28)
    DAP (13)

    Pecahan kerusi DUN Melaka

    UMNO (13)
    AMANAH (2)
    BERSATU (2)
    PKR (3)
    DAP (8)

    Pecahan Kerusi DUN Negeri Sembilan

    UMNO (14)
    MIC (1)
    AMANAH (2)
    PKR (7)
    DAP (11)

    Pecahan Kerusi DUN Penang

    UMNO (2)
    PAS (1)
    AMANAH (2)
    BERSATU (2)
    PKR (14)
    DAP (19)

    Pecahan Kerusi DUN Johor

    UMNO (17)
    MCA (1)
    MIC (2)
    PAS (1)
    AMANAH (9)
    BERSATU (8)
    PKR (5)
    DAP (13)

    Pecahan Kerusi DUN Perak

    UMNO (27)
    PAS (3)
    AMANAH (6)
    BERSATU (1)
    PKR (4)
    DAP (18)

    Perak paling lucu...menang 1 kerusi dapat kerusi MB...
    Di Johor sepatutnye Amanah pegang kerusi MB...

    PH menang kerana DAP...

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH menang kerana DAP? Di federal ke? Siapa cakap? Kalao ha nya pendapat, saya punya yang di terima, hehe

      Di Perak pun, PH menang kerana semua. 1 kerusi tu dapat jadi MB sebab Bersatu ada pengaruh di atas yang lain ler.

      Delete
    2. KENAPA INSTITUSI ISLAM WAJIB DIPERTAHANKAN

      1. ALQURAN SATU-SATUNYA KITAB SUCI DI DUNIA INI YANG MASIH TINGGAL SEPERTI ASAL KEASLIANNYA.

      2. ISLAM ADALAH AGAMA MANUSIA PERTAMA ADAM A.S. MUSLIM BERMAKSUD MANUSIA AMAN YANG MENYERAHKAN JIWA RAGA KEPADA ALLAH. DALAM BIBLE SENDIRI MENYEBUTKAN ISA A.S ADALAH SEORANG YANG MENYERAHKAN DIRINYA KEPADA ALLAH SWT. JADI ISA A.S ADALAH SEORANG MUSLIM. KERANA PERKATAAN KRISTIAN TIDAK WUJUD DALAM BIBLE. JADI SELURUH PADA NABI SEHINGGA MUHAMMAD SAW ADALAH MUSLIM KESEMUANYA.

      3. PERSAMAAN ALQURAN DENGAN KITAB-KITAB LAIN ADALAH : I) HANYA SATU TUHAN YANG ESA. TIDAK BOLEH DIGAMBARKAN, DIPATUNGKAN DAN DIBUAT APA SAHAJA RUPA BENTUK. II) RAMALAN KEDATANGAN NABI AKHIR ZAMAN DAN PENYUDAH SEKELIAN NABI IAITU NABI MUHAMMAD SAW. JIKA SEMUA PENGIKUT AGAMA-AGAMA LAIN TERIMA DUA HAKIKAT TERSEBUT KITA SEMUA AKAN BERSATU DAN MENJADI MUSLIM.

      Delete
  9. 4 lelaki misteri ceroboh rumah Jamal, dakwa tak dibayar gaji

    FMT Reporters | June 20, 2018

    Difahamkan, 4 lelaki misteri itu membawa satu beg besar baju, 3 telefon bimbit, 20 cermin mata dan beg tangan wanita berjenama serta 2 decoder CCTV.

    PETALING JAYA: Seorang lelaki yang mendakwa menyediakan perkhidmatan keselamatan di rumah Datuk Seri Jamal Yunos, membuat laporan polis mengatakan 4 lelaki misteri menceroboh kediaman majikannya dan melarikan beberapa barangan berharga, lapor China Press.

    Dalam laporan polis yang dibuat semalam, lelaki itu berkata orang bawahannya memaklumkan seorang daripada 4 lelaki misteri itu mendakwa ialah pengawal peribadi Jamal, manakala seorang lagi mendakwa mereka berbuat demikian kerana tidak dibayar gaji.

    Lelaki yang membuat laporan polis itu mendakwa dirinya ialah pengurus syarikat keselamatan dan kes berkenaan berlaku pada 8.30 pagi 17 Jun lalu.

    Difahamkan, 4 lelaki misteri itu menceroboh rumah Jamal dan membawa satu beg besar baju, 3 telefon bimbit, 20 cermin mata dan beg tangan wanita berjenama serta 2 decoder kamera litar tertutup (CCTV).


    BILA NAJIB

    PEMIMPIN

    AGONG

    MALAYU

    ISLAM

    JATUH

    ReplyDelete
    Replies
    1. KENAPA SISTEM BERAJA PERLU DIPERTAHANKAN

      1. JIKA HENDAK TAHU MENGAPA SESUATU SISTEM ITU MEMBAWA KEBAIKAN ATAU TIDAK, KAWAN-KAWAN PERLU MENYELIDIK ADAKAH SISTEM TERSEBUT DI GEMARI ATAU TIDAK OLEH ZIONIS/ILLUMINITI/FREEMASON. JIKA DIKAJI SISTEM BERAJA SEMEMANGNYA DIBENCI OLEH MEREKA. JADI INI BERMAKNA SISTEM BERAJA ADALAH SISTEM YANG TERBAIK.

      2. BEGITU JUGA JIKA HENDAK DIKETAHUI SESUATU AMALAN ITU BAIK ATAU TIDAK, CUBA KITA KAJI SYIATAN GEMAR ATAU TIDAK?..ADAKAH ARAK JUDI, ZINA DAN MENIPU DISUKAI SYAITAN, JIKA DISUKAI BERMAKNA PERKARA ITU TIDAK BAIK. ADAKAH SYAITAN MENGGEMARI JIKA HUKUM-HAKAM ISLAM DILAKSANAKAN?. JAWABNYA TIDAK. SELALUNYA DAN DALAM KEBANYAKAN HAL SISTEM ISLAM HANYA DAPAT DILAKSANAKAN OLEH SISTEM BERAJA. TENGOK SAHAJA SEPERTI BERUNAI DARUS SALAM. KENAPA NEGARA TERSEBUT TIDAK BERMASALAH MELAKSANAKAN SISTEM ISLAM. JAWABANNYA ADALAH KERANA SISTEM BERAJA YANG DIAMALKAN.

      3. SISTEM ISLAM INI BUKANLAH BARU. SISTEM INI DILAKSANAKAN SECARA SISTEMATIK SEMENJAK NABI MUSA SEPERTI KITAB TAURAT. NABI-NABI YANG MENYUSUL KEMUDIAN MENGGUNAKAN UNDANG-UNDANG TAURAT TERSEBUT. OLEH KERANA ITULAH SAMPAI SEKARANGPUN KALAU KITA MEMBACA INJIL TERDAPAT OLD TESTAMENT(ASALNYA TAURAT) KERANA ISA A.S DIMINTA MELAKSANAKAN HUKUM-HAKAM TAURAT. JIKA KITA MEMBACA AL QURAN, ALLAH MEMERINTAH MUHAMMAD MEMINTA YAHUDI UNTUK MEMILIH SAMADA MEMILIH HUKUM ALQURAN ATAU TAURAT.

      4. SISTEM DEMOKRASI YANG DIAMALKAN ADALAH SISTEM DAJJAL YANG SEMEMANGNYA DIDOKTRINKAN UNTUK TIDAK MEMBENAR PELAKSANAAN HUKUM HAKAM ISLAM. SEBAGAI CONTOH MESIR DAN ALGERIA APABILA PARTI ISLAM BERJAYA MENGAMBIL ALIH NEGARA SERTA MERTA KERAJAAAN TERSEBUT DIGULINGKAN.

      5. DI ACEH, HUKUM HAKAM ISLAM HANYA BERJAYA DILAKSANAKAN APABILA SETELAH SETENGAH ABAD PEJUANG-PEJUANG ISLAM BERJIHAD DAN MENDAPAT AUTONOMI SENDIRI BARULAH HUKUM ISLAM DAPAT DITEGAKKAN. ADAPUN DI DAERAH-DAERAH LAIN INDONESIA UMAT ISLAM BERKECAMUK DENGAN SEGALA MACAM FAHAMAN DAN AGAMA SEHINGGA SEBUAH RUMAH MEMPUNYAI KELUARGA YANG MEMPUNYAI PELBAGAI AGAMA. GEREJA DIGILIR-GILIRKAN UNTUK MELAKSANAKAN PELBAGAI RITUAL SEMUA AGAMA SECARA BERGILIR. INILAH AKIBATNYA PELAKSANAAN SISTEM REPUBLIKAN.

      6. NEGARA-NEGARA SEPERTI ENGLAND DAN THAILAND MASIH MENGAMALKAN SISTEM BERAJA TIDAK DIPERSOALKAN SEMATA-MATA KERANA MEREKA BUKAN BERAGAMA ISLAM.

      6. JADI SISTEM BERAJA ADALAH SISTEM YANG DOMINAN UNTUK MENDAULATKAN HUKUM HAKAM ISLAM. SESIAPA YANG TIDAK BERSETUJU DENGAN HUKUM HAKAM ISLAM DILAKSANAKAN ADALAH KAFIR/MUNAFIK/HIPOKRIT/MURTAD/PENGIKUT DAJJAL.

      Delete
  10. Bukan bongkar saja skandal2 BN.

    Bawak ke mahkamah mana yang ada bukti.

    Tujuan nya supaya rakyat tahu yang buat salah ada padah nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belanja RM30 Juta Tapi Tak Ada ‘Live’ Pun?



      SELURUH dunia terkejut apabila juara bertahan, Jerman memulakan kempen Piala Dunia 2018 mereka dengan langkah kiri apabila tewas kepada Mexico, malam tadi.

      Kekalahan itu jelas mengecewakan orang ramai tentunya rakyat negara tersebut yang menjangkakan mereka tidak akan berdepan masalah menentang pasukan dari benua Amerika Utara itu.

      Bagaimanapun, bukan rakyat Jerman sahaja yang kecewa, jutaan rakyat Malaysia juga kecewa apabila tidak dapat menyaksikan secara langsung perlawanan epik melibatkan gergasi Eropah itu di televisyen, semalam.


      Ini kerana, saluran RTM yang telah berjanji kepada rakyat negara ini untuk menayangkan perlawanan Piala Dunia secara langsung, gagal menyiarkan perlawanan membabitkan juara dunia empat kali itu.

      Ini sekali gus membangkitkan semula persoalan tentang wang yang dibelanjakan sebanyak RM30 juta untuk mendapatkan hak penyiaran siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 kepada peminat tempatan.

      Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumkan bahawa RM30 juta dibayar bagi hak penyiaran 41 perlawanan Piala Dunia 2018 di Rusia menerusi tajaan daripada Maxis dan Air Asia.

      Namun yang peliknya di sini ialah perlawanan besar yang melibatkan pasukan Jerman menentang Mexico tidak ditayangkan langsung sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.

      Rata-rata di antara mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Pakatan Harapan serta RTM kerana gagal memilih perlawanan yang ingin disaksikan penonton.



      Ada juga mereka yang menganggap perkara ini sebagai salah satu janji manis dari pihak kerajaan yang gagal ditunaikan seperti banyak lagi janji lain yang dibuat sebelum menakluki Putrajaya.


      Kerajaan PH sepatutnya lebih peka dengan perkara ini memandangkan Jerman merupakan pasukan pilihan ramai penyokong bola sepak di negara ini di samping pasukan Brazil, Perancis, Sepanyol serta Portugal.

      Justeru adalah penting untuk mereka mengkaji terlebih dahulu mengenai perlawanan yang ingin disaksikan oleh rakyat Malaysia sebelum tergopoh-gapah mengumumkan untuk menayangkan Piala Dunia secara langsung.


      Ia tidak lain tidak bukan sebagai satu strategi untuk memenangi hati rakyat selepas ramai mula ragu-ragu dengan kebolehan mereka mentadbir kerajaan.

      Sudah pastilah orang ramai mahu menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan hebat dan bukannya perlawanan yang menampilkan pasukan bukan pilihan seperti Costa Rica menentang Serbia, yang ditayangkan di RTM malam tadi.

      Bukan itu sahaja, perlawanan melibatkan Argentina yang diketuai Lionel Messi menentang Iceland pada hari raya kedua tempoh hari juga tidak ditayangkan secara langsung di RTM.

      Lebih-lebih lagi, Piala Dunia tahun ini yang bertembung dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri menyebabkan orang ramai terpaksa bergantung harap kepada RTM untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia di kampung halaman.

      Ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang pulang beraya di kampung tidak dapat menyaksikan saat-saat ikonik seperti gol pertama Iceland di Piala Dunia dan juga Messi yang gagal menyempurnakan sepakan penalti.


      Kerajaan serta RTM juga perlu ingat bahawa tidak semua orang memiliki siaran Astro di rumah dan ramai di antara mereka bergantung kepada RTM untuk menyaksikan karnival bola sepak yang diadakan empat tahun sekali ini.

      Jika perkara seperti ini juga tidak boleh diselesaikan dengan baik, apa guna belanja sampai RM30 juta untuk menyiarkan Piala Dunia kepada penyokong bola sepak tempatan? –MYNEWSHUB.CC

      Delete
  11. Bubar Umno, masuk PAS semua'

    N Faizal Ghazali
    20 Jun 2018, 1:03 tengahari (Dikemaskini 20 Jun 2018, 1:05 tengahari)

    A A
    Pemimpin PAS melihat zaman untuk Umno sudah berlalu sesudah gagal mempertahankan kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

    Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, penyelesaian terbaik buat Umno adalah dengan membubarkan parti itu.

    "Pada pandangan saya zaman untuk Umno ini sudah berlalu. Penyelesaian terbaik adalah bubar Umno.

    "Masuk PAS semua, habis cerita. Banyak masalah boleh selesai, kalau mereka nak masuk PAS kita terbuka, " katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan, di Kota Bharu, semalam.

    Beliau berkata demikian ketika ditanya pandangan peribadi mengenai langkah sesuai bagi Umno untuk kembali meraih keyakinan rakyat.

    Terdahulu, Umno yang mengetuai gabungan BN tewas kepada Pakatan Harapan yang kini membentuk kerajaan persekutuan bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Malah, pengaruh Umno dilihat semakin mencabar selepas beberapa parti komponen BN keluar daripada gabungan itu khususnya di Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HARAPAN, jangan layan wartawan seperti pengemis
      Susan Loone | Diterbitkan 20 Jun 2018, 10:51 pagi | Dikemaskini 20 Jun 2018, 11:37 pagi

      A+ A-

      ULASAN | Pada 9 Mei, para wartawan turut bergembira apabila rakyat Malaysia membuat keputusan mengundi untuk perubahan- apabila pada tarikh berkenaan tamatlah pentadbiran BN selama 61 tahun di negara ini.

      Berikutan kemenangan itu juga, ramai di antara kami berharap akan wujud kebebasan akhbar dan berakhirnya undang-undang yang menindas seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (HARAPAN).

      Selepas kemenangan itu, kita akhirnya mendapat seorang perdana menteri yang betul-betul melayani pemberita dengan membenarkan kami mengajukan pelbagai soalan kepadanya tanpa memihak.

      Ya, secara tidak langsung Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan nafas baru kepada negara ini berbanding bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini sering mengelak daripada menjawab soalan daripada wartawan.

      Tetapi, bagi pemberita tempatan seperti saya yang jauh dari kekuasaan di Putrajaya, saya boleh katakan bahawa kami bergelut untuk membuat liputan terhadap bekas pemimpin pembangkang yang kini telah menjadi menteri dalam kabinet Dr Mahathir.

      Ini terutamanya apabila kami merupakan media bebas, memakai tag media berwarna kelabu dan tidak memiliki kru TV untuk mengiringi mereka.

      Belum pun lagi 100 hari tetapi tabiat lama seperti zaman BN- yang hanya melayan media kegemaran dan tidak adil kepada media lain sudah pun menjalar dalam kerajaan Malaysia baru ini.

      Kami ingin memberi peringatan kepada menteri yang baru ini: Najib dan rakan-rakan pernah lakukan perkara yang sama sebelum ini, dan di mana mereka sekarang?

      Malaysiakini sentiasa bersikap neutral dan banyak memberi ruang kepada pihak yang tidak boleh menyuarakan pendapat mereka sejak kami ditubuhkan pada 1999.

      Kami tidak pernah berubah dan sebab itu saya bangga berada di sini.

      Saya berani katakan, kehadiran Malaysiakini menyumbang kepada terbentuknya Malaysia baru ini.

      Bagaimanapun, tengoklah sekarang, apa yang berlaku. Semua ini tidak bermakna lagi bila ‘wain lama berada dalam botol yang baru’.

      Ketika mereka belum mempunyai kuasa di peringkat persekutuan, sesetengah daripada kami menerima panggilan pada waktu malam, malah pada lewat malam kerana ingin bertanya kenapa kami tidak menerbitkan kenyataan mereka.

      Tak apalah, topik ini tidak relevan.

      Tetapi kini, orang yang sama terlalu sibuk untuk menjawab mesej WhatsApp kami.

      Semua ahli politik sama

      Satu insiden berlaku pada minggu lalu membuatkan saya sedar bahawa semua ahli politik sama seperti itu dan lebih buruk lagi adalah pekerja atau kakitangan politik mereka.

      Sebagai contoh, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu- mungkin orang yang baik tetapi beliau memiliki pasukan media yang teruk.

      Misalnya kebanyakan daripada kami tidak dijemput atau dimaklumkan mengenai rumah terbuka Hari Raya yang diadakan Mat Sabu di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

      Keistimewaan hanya diberi kepada stesen penyiaran berkaitan kerajaan dan portal tertentu yang dianggap sebagai pro-Pakatan Harapan.

      Delete
    2. Bagi saya, perbuatan ini benar-benar tidak profesional.

      Kebanyakan daripada kami hanya tahu mengenai majlis tersebut apabila menontonnya di TV milik kerajaan.

      Soalan tidak diendahkan

      Saya rasa sangat kecewa kerana saya mempunyai soalan untuk diajukan kepada menteri pertahanan.

      Saya juga ada soalan untuk ditanya kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang turut hadir pada majlis itu bersama bapanya, Lim Kit Siang.

      Saya tidak peduli mengenai rendang, ketupat atau duit raya. Saya sudah membuat liputan terhadap Mat Sabu selama 20 tahun.

      Saya juga akan pergi ke mana-mana ceruk atau sudut untuk membuat liputan terhadapnya kerana beliau bukan sesiapa dan sangat terasing ketika itu.

      Sekarang, bila sudah menjadi menteri, Mat Sabu mungkin sudah lupa orang-orang di masa lalu yang meletakkan beliau di kedudukannya pada hari ini.

      Malah ada juga sesetengahnya yang belum memiliki kuasa tetapi mengeluarkan kenyataan (Kebanyakannya menjengkelkan dan remeh) - turut melayan wartawan dengan teruk ketika kami melakukan tugas.

      Dihalang seperti pengganas

      Di Guar Perahu, Permatang Pauh pada Ahad lalu, pemberita dihalang dan ditolak seolah-olah kami ini pengganas.

      Kami juga tidak boleh bertanya soalan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail lebih daripada satu soalan sebelum diminta berhenti untuk bertanya soalan daripada pengawal peribadi mereka.

      Saya tak tahulah apa yang kecoh sangat. Adakah kami membawa senjata? Adakah kami ini pengebom berani mati?

      Saya cuma ingin cakap, di tempat yang sama seperti yang saya sering hadir pada tahun-tahun sebelum ini, “Anda belum lagi menjadi perdana menteri tetapi dah melayan kami seperti ini?!”

      Akhirnya, Anwar membenarkan saya bertanya satu soalan dan isterinya hanya menjawab “ditto” ketika saya meminta Wan Azizah untuk mengulas perkara sama.

      Hanya satu soalan! Bagaimana pula dengan pemberita lain? Saya pasti mereka juga ada soalan juga.

      Bila fikirkan balik sebelum Anwar dipenjarakan, kami menghabiskan banyak masa hujung minggu untuk membuat liputan mengenai dirinya dan sekarang bila dah bebas, kami tidak boleh menghampiri beliau?

      Tak apalah, bukankah anak perempuannya Nurul Izzah Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh seorang pembela kepada kebebasan akhbar.

      Kami juga memang 'tidak kisah' apabila kami menunggu sidang media pada Ahad lalu sehingga jam 10.30 malam tetapi kemudian tiba-tiba diberitahu: “minta maaf, tak ada sidang media”.

      Sekarang, jika anda tanya kenapa kami mengganggu menteri-menteri ini semasa rumah terbuka hari raya mereka, saya nak beritahu: Ia rumah terbuka.

      Rakyat membayar gaji anda, sokongan rakyat membuatkan anda kini bebas, dan anda tidak boleh menerima soalan daripada wartawan tanpa pengawal peribadi yang hampir menolak kami?

      Adakah kami perlu salahkan pengawal peribadi ini?

      Saya diberitahu oleh seorang pemimpin HARAPAN bahawa arahan kepada pengawal peribadi ini datang dari pihak atasan.

      Seperti kami, mereka juga hanya menjalankan tugas mereka.

      Anwar juga sama seperti para menteri baru yang lain. Nampaknya dia sangat seronok dengan publisiti baru yang diberikan- keluar hampir setiap hari di layar TV dan mendapat perhatian penuh.

      Melihat mereka ini semua muncul di TV nasional setiap hari- teringat seperti satu pepatah Melayu: Macam kera dapat bunga!

      Tidak mengapa jika anda ingin melupakan kenangan pahit atau mungkin ia terlalu pahit untuk dikenang.

      Tetapi hari ini, bila anda berada di atas sana, tolonglah benarkan wartawan melakukan tugas mereka.

      Jangan halau kami seperti kami ini pengemis. Adakah ini terlalu sukar untuk ditunaikan?

      SUSAN LOONE Merupakan wartawan senior di Malaysiakini

      Delete
  12. Kata2 anwar supaya imbangi pendedahan salahlaku BN dengan minat pelabur tidak sukar difahami...

    Anwar tidak melarang pendedahan tetapi usaha menarik pelabur jugak perlu dibuat supaya keadaan seimbang...kejatuhan klse telah di eksploit oleh lokman adam dan umno untuk tunjukkan kelemahan kerajaan PH...

    Apekah kita suka kerajaan PH dibawah pimpinan tun dikatakan lemah hingga tak mampu mengatasi masalah ekonomi dan lebih baik dari BN?...PH seolah2 meraung memikul beban tinggalan BN...100 hari makin dekat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tentu usaha usaha menarik pelabur di giatkan. Tun Mahathir dah mula buat begitu, bercakap di foram dan di interbiu media Japan.

      Hasil pelaburan masuk tidak serta merta. Syarikat2 mengambil masa membuat keputusan melabur di negara asing.

      Saya setuju dedahkan segala kelemahan BN. Tak caya banyak kesan nya kapada sentimen melabur syarikat asing. Depa tahu Tun Mahathir no-nonsense akan pulihkan keadaan hutang dan akan hormati segala commitment.

      Melainkan commitment yang tak senonoh, tak masuk akal. Harga tak tentu arah mcm ECRL. Kontrek yang bayaran ikut masa, tak ikut % siap. Kontrek dan commitment Najib yang mengarut. Menjatuhkan air muka atau integriti negara.

      Delete
    2. INI AKIBAT BILA KAFIR MALAYSIAN MALAYSIA PEINTAH NEGARA


      Jumlah pelarian dunia cecah 68.5 juta
      19 JUN 2018
      Jumlah pelarian dunia cecah 68.5 juta
      Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
      GENEVA - SWITZERLAND. Jumlah pelarian dunia mencecah paras rekod 68.5 juta, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam akibat perang, keganasan dan penindasan seperti di Myanmar dan Syria.

      Menurut agensi pelarian PBB, menjelang akhir 2017, jumlah itu tiga juta lebih tinggi berbanding tahun lalu dan menunjukkan peningkatan 50 peratus daripada 42.7 juta pelarian sejak sedekad lalu.

      Jumlah terbaharu itu menyamai seluruh penduduk Thailand dan nisbah pelarian bersamaan 1 daripada setiap 100 penduduk dunia.

      "Kita berada di satu persimpangan. Kejayaan menguruskan pelarian dunia memerlukan kaedah baharu dan lebih komprehensif bagi memastikan komuniti dan negara tidak menghadapinya berseorangan," kata Pesuruhjaya Tinggi Pelarian PBB, Filippo Grandi.

      Namun, 70 peratus daripada jumlah itu tertumpu di hanya 10 negara.

      "Jika ada penyelesaian kepada konflik di 10 negara ini atau beberapa negara daripadanya sahaja, jumlah pelarian yang amat ramai mungkin akan menurun," katanya. - AFP

      Delete
    3. Tun dah ke jepun tapi pelabur di klse cabut kluar...

      Delete
    4. FAKTA 8 – Anwar Ibrahim » Blog Archive » Altantuya Shaaribuu: Bagaimana dan Mengapa Dia Dibunuh?
      Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung
      http://anwaribrahimblog.com/…/altantuya-shaaribuu-bagaiman…/

      FAKTA 9 – Sirul Bekas Pengawal Peribadi Mahathir Rupanya | MYKMU.NET
      Tapi mengejutkan hari ini bila bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad (90 tahun) mendedahkan apa yang selama hari ini kita tidak tahu bahawa Sirul pernah menjadi pengawal peribadinya. Terlintas di kepala penulis, jika melihat kepada pendekatan Najib dikaitkan dengan pembunuhan tersebut, tak adakah siapa yang nak menuduh Mahathir terlibat dalam konspirasi pembunuhan tersebut?

      https://mykmu.net/…/sirul-bekas-pengawal-peribadi-mahathir…/

      FAKTA 10 – Kronologi kes pembunuhan Altantuya
      Berikut kronologi kes pembunuhan Altantuya:
      2006:
      26 Okt: Cif Inspektor Azilah Hadri dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman ditangkap berhubung kehilangan Altantuya.

      6 Nov: Korporal Sirul Azhar Umar dari unit yang sama turut ditangkap.

      7 Nov: Penganalisis politik Abdul Razak Baginda ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

      15 Nov: Azilah dan Sirul dituduh bersama di mahkamah majistret di Shah Alam atas pembunuhan Altantuya. Mereka didakwa telah membunuh wanita itu di satu lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam 19 Okt dan 1.00 pagi hari berikutnya.

      16 Nov: Razak didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur kerana bersubahat dengan Azilah dan Sirul dalam pembunuhan itu. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 9.54 pagi dan 11.05 pagi pada 18 Okt di tingkat 10 Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang.
      2007:
      19 Jun: Perbicaraan Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis berkenaan atas pembunuhan Altantuya bermula.

      Sumber: Shen Dong


      : Dunia hari ini sangat sukar mendapatkan maklumat yang benar, kadangkala kita dikaburi dengan berita palsu seolah-olah benar dan berita benar seolah-olah palsu. Sebaik-baik dapatkan pembacaan daripada pelbagai sumber untuk kita meneliti dan memahami...

      Delete
  13. LIWAT KEWANGAN DAN EKONOMI NEGARA, PEMBONGKARAN LGE TEPAT...

    Semua kementerian atau jabatan sepatutnya boleh mengesan dan membongkar sendiri korupsi di kementerian mereka.

    SPRM hanyalah pelengkap dan formaliti untuk tindakan undang² selanjutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIAPA PERINTAH MALAYSIA KETIKA ALTANTHUYA DIBUNUH?

      Kenapa tak hantar anak saya ke Mongolia, soal bapa Altantuya
      Minderjeet Kaur | June 19, 2018
      Shaariibuu Setev akan menemui perdana menteri petang esok dalam usaha menuntut keadilan atas kematian anaknya.
      VIDEO INSIDE

      Shaariibuu Setev sedih mengenangkan kematian anaknya pada 2006 yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

      KUALA LUMPUR: Bapa warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu hari ini mempersoalkan kenapa anaknya dibunuh dan bukan dihantar balik ke negara itu.

      “Kenapa mereka tidak gari dia dan hantar dia balik. Kenapa bunuh dia?

      “Saya mahu keadilan untuk anak perempuan saya,” kata Shaariibuu Setev dalam sidang media hari ini.

      Peguamnya, Ramkarpal Singh yang turut hadir dalam sidang media hari ini berkata, Setev akan menemui Peguam Negara, Tommy Thomas 3 petang ini dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad 5 petang esok untuk membincangkan kemungkinan membuka semula siasatan ke atas kematian Altantuya.


      Altantuya yang berusia 28 tahun ketika itu, dibunuh antara 19 hingga 20 Oktober 2006 oleh 2 anggota polis Malaysia.

      Beliau ditembak di kepala sebanyak 2 kali, sebelum mayatnya dililit bahan letupan gred tentera dan diletupkan di dalam hutan. Motif jenayah dan dalang pembunuhan itu sehingga kini tidak diketahui.

      Pembunuh terbabit, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, adalah anggota Unit Tindakan Khas yang menyediakan khidmat pengawal peribadi kepada pemimpin tertinggi negara.

      Kedua-duanya disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Bagaimanapun, Sirul melarikan diri ke Australia sebelum mahkamah membuat keputusan terakhir dan kemudian ditahan di Sydney hampir 2 tahun.

      Pembunuhan Altantuya menarik perhatian kerana pembabitan Abdul Razak Baginda, bekas pembantu kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

      Razak yang didakwa bersama Sirul dan Azilah, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri. Dia juga mengakui mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia itu.

      Kes itu dikaitkan dengan pembelian 2 kapal selam Perancis, urus niaga yang sedang disiasat di Perancis kerana dakwaan sogokan melibatkan syarikat yang dikaitkan dengan Razak.

      Bulan lalu, Setev merayu kerajaan Pakatan Harapan membuka semula siasatan untuk mendedahkan identiti dalang yang mengarahkan pembunuhan anaknya.

      Sirul pula dilaporkan bersedia pulang ke Malaysia dan mendedahkan dalang di sebalik kes itu, tetapi dia menolak cadangan Ramkarpal untuk meringankan hukuman mati kepada penjara seumur hidup.

      Dia turut mendakwa diri menjadi kambing hitam “dalam satu jenayah politik terancang” dan menafikan pernah mengaku membunuh Altantuya.

      Delete
  14. susah betul nak kawal brother anwar bin Ibrahim (B.A.B.I) ni.

    pd saya hanya sdr saiful saja yg bolih menasihatkan dia utk duduk 'diam2'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sidang Media Untuk Perkara-Perkara Berikut Ditagih Dari Menteri Kewangan, Ah Beng
      Menteri Kewangan Malaysia, Joseph Lim Guan Eng disarankan agar lebih berani dan telus dalam mengadakan Sidang Media bagi menjelaskan perkara-perkara berikut, dan tidak menyebarkan fitnah-fitnah tanpa bukti di khayalak ramai sehingga mengundang persepsi negatif di kalangan pelabur:

      1. Ringgit ditutup RM4.0020

      Buat pertama kali dalam tempoh enam bulan tahun ini, ringgit menyusut melebihi paras RM4 berbanding dolar AS dalam sesi dagangan, terendah dalam tempoh enam bulan sejak Januari 2018.

      2. Inflasi Meningkat Kepada 1.9%

      Kadar inflasi Malaysia bagi Mei dijangka meningkat kepada 1.9 peratus berbanding 1.4 peratus pada April, terutama disebabkan kenaikan harga bahan api runcit yang lebih pantas, kata RAM Rating Services Bhd.

      3. KWSP Kerugian RM6.09 Biliion!

      Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyaksikan nilai pelaburannya dalam 10 syarikat awam tersenarai (PLC) turun 12% atau RM6.09 bilion, sebulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan perubahan dalam kerajaan untuk kali pertama dalam sejarah Malaysia.

      Wahai Menteri Kewangan, Kerugian KWSP sebanyak RM6.09 billion bukan perkara kecil dan remeh. Perlu ada sifat kebertanggungjawaban. KWSP adalah simpanan dan pelaburan langsung majoriti Rakyat Malaysia.

      4. Bursa Malaysia Ditutup Terendah Sejak 31/05/2018

      Bursa Malaysia meneruskan penurunan yang dialami minggu lalu apabila ditutup di paras terendah sejak 31/05/2018. Sebelum ditutup bersempena cuti Hari Raya Aidil Fitri, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 18.35 mata atau 1.04 peratus kepada 1,743.43 selepas dibuka 16.20 mata lebih rendah kepada 1,745.58 berbanding paras 1,761.78.

      5. Harga barangan dan perkhidmatan masih tinggi walaupun GST sudah dikadar sifarkan.

      Menteri Pertanian Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub, membuat kelakar apabila berkata kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini berhubung isu harga makanan turun sebanyak 30 hingga 50 peratus dibuat berdasarkan pemerhatiannya terhadap harga makanan yang dipasarkan terus oleh petani di pasar tani. Kata beliau, baca di sini,
      Saya mengambil maklum bahawa kenyataan saya mengenai harga bahan makanan turun sebanyak 30 hingga 50 peratus sudah menimbulkan kekeliruan. Kenyataan itu dibuat secara spontan hasil makluman orang awam kepada saya di beberapa lokasi dan laporan tinjauan umum terhadap penurunan harga bahan keperluan.
      Kesimpulan,

      1. Komen CTS - Lim Guan Eng jangan hanya sibuk dan pandai membuat Sidang Media yang bersifat fitnah dan khabar angin tetapi bodoh dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan.

      2. Komen macai-macai Tomato - "Syukurlah, Malaysia masih aman", "Janji Menteri Kewangan berhenti berucap sewaktu azan" dan "Janji BN tumbang".

      Adekah sefool berani menyuarakan keadilan untuknye?....shafeei bekas setpol najib ketua umno wangsa maju yg menguruskan sumpah muhabalah sefool tak nak tolong sefool lagi?...

      Delete
  15. Jika rakyat bosan kerana janji2 manifesto tidak dapat ditunaikan kerana asyik menyalahkan BN tanpa berbuat yg kongkrit untuk menunaikan janji tidak mustahil PH akan lingkop bersama tun...rakyat golongan B40 dan M40 mengharapkan kehidupan yg kebih baik dibawah pimpinan kerajaan baru....

    Golongan ni bukan peduli sangat dgn skendal 1 mdb dll skandel yg didedahkan....

    Walopun umno kelihatan lemah tapi pasukan komunikasi strategik umno masih mainkan peranan membuat pendedahan kelemahan PH...

    Jadi PH perlu keseimbangan...adekah tun dan bersatu hanye perlu Putrajaya sepenggal sahaja?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. FAKTA 6 – Pernah Dengar Cerita Siti Hasmah Mengamuk Mahathir Nikah Gadis Belasan Tahun?
      Lihat wajah anak-anak kandung Mahathir yang kaya raya malah antara terkaya di Asia, ada iras muka atau wajah mereka dengan Mazhar, si anak angkat tersebut. Malah wajah cucu Mahathir yang perempuan, anak kepada Menteri Besar Kedah juga dilihat mempunyai iras wajah yang sama.

      Bagaimana anak angkat boleh hampir sama saja mukanya dengan anak atau cucu kandung Mahathir? Atau sememangnya Mahathir memilih anak angkat bersyarat muka yang sama?

      Pernahkah anda dengar tentang Mahathir didakwa nikah gadis belasan tahun?

      Walaupun ketika itu tiada internet tetapi akhbar yang pro pembangkang sudah wujud dan mempunyai ramai pembaca. Walaupun jawapan ketika itu bukannya seperti zaman digital iaitu adanya kekangan masa yang bukannya boleh respon “real time” namun dikatakan Mahathir mengambil masa yang lama untuk menjawab. Dan menurut otai-otai politik, Siti Hasmah yang jawab pada awalnya dan bukannya Mahathir. Dan sehingga ke hari ini Mahathir dilihat takut untuk menjawab.

      http://www.azmykelanajaya.com/…/pernah-dengar-cerita-siti-h…

      FAKTA 7 – Haram nasab anak angkat kepada bapa angkat
      Hukumnya haram menasabkan seseorang anak angkat kepada bapa angkatnya. Ini bererti dalam Islam adalah ditegah seorang yang mengambil anak angkat lalu dibinkan kepada bapa angkatnya.
      Hukum ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

      “Dan dia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu sebagai anak-anak kamu sendiri…*
      (Surah Al-Ahzab: ayat 4)

      dan dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman yang bermaksud:
      “Panggillah anak-anak angkat itu dengan berbinkan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah.
      (Surah Al-Ahzab: ayat : 5)

      http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp…

      Delete
  16. Raakyat undi PH bukan Investors. Raakyat mahu tahu semua.LGE teruskan lapor. Have no fear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebar segera polisi harian rakyat, isu 1MDB tidak ramai peduli
      BY HAZAYANI ZAKARIA
      JULY 23, 2017

      Momentum Pakatan Harapan (Harapan) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang semakin hampir perlu segera disusuli tawaran polisi berkaitan penyelesaian masalah harian rakyat, kata Penyelaras sekretariat Bersih, Mandeep Singh Karpal.
      Menurutnya, skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilihat masih belum lagi ‘menjentik’ kesedaran majoriti pengundi yang rata-rata lebih terpukul dengan isu semasa terutama peningkatan kos sara hidup.
      “Seluruh jentera dan pemimpin Pakatan Harapan harus membentangkan polisi jika diberi mandat ke Putrajaya yang bersifat jangka pendek dan panjang.
      “Harus diingat ‘tsunami’ pengundi pada 2008 dan 2013 sukar untuk berulang pada pilihan raya umum akan datang jika polisi berkaitan kepentingan majoriti rakyat masih lagi samar-samar.

      Delete
    2. Guan Eng harus tumpu bina keyakinan pelabur, kata Anwar
      FMT Reporters | June 19, 2018
      Ketua umum PKR itu berkata menteri kewangan boleh mewakilkan pendedahan kepada orang lain.

      Ketua umum PKR Anwar Ibrahim menasihatkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng supaya lebih berhati-hat apabila mengeluarkan kenyataan.

      PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Menteri Kewangan Lim Guan Eng perlu mengimbangi antara mendedahkan skandal dan memupuk keyakinan dalam kalangan pelabur.

      Anwar, yang mengetuai kementerian itu dari 1991 hingga 1998 berkata, Lim mesti lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan kerana pelabur akan menggunakannya sebagai rujukan.

      “Jadi, dia harus tumpu kepada menenangkan pelabur dan memupuk keyakinan dalam kalangan mereka,” katanya kepada Astro Awani.

      Anwar berkata dalam senario sekarang, para menteri nampaknya bertanggungjawab untuk mendedahkan urus janji dan pembohonan kerajaan dulu.

      Namun bekas timbalan perdana menteri ini berpandangan Lim, yang juga setiausaha agung DAP, boleh mewakilkan pendedahan itu kepada orang lain, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

      Beberapa hari lepas, Lim berkata satu lagi skandal besar “berkaitan Kementerian Kewangan” akan didedahkan tidak lama lagi, dan menambah para pegawainya menjangkakan lebih banyak lagi skandal akan terbongkar – semua itu berlaku dalam 100 hari pertama kerajaan ini.

      Kenyataan Anwar ini menyusuli kritikan Lim terhadap Perkhidmatan Pelaburan Moody’s kerana laporan agensi itu yang menurut Lim tidak mendedahkan takat sebenar hutang kerajaan.

      Laporan oleh agensi penarafan itu mengandungi analisis tentang kesan dasar-dasar kerajaan sekarang ke atas profil kredit negara. Satu laporan oleh Bernama memetik Lim sebagai berkata kerajaan tidak pernah menafikan hutang langsung kerajaan ialah RM687 bilion.

      “Ini dengan sendirinya menunjukkan mereka (Moody’s) sedar akan jaminan kerajaan yang sudah menjadi hutang langsung berganda. Ini seharusnya diambil kira apabila anda mendedahkan tahap sebenar hutang kerajaan,” katanya menurut laporan itu.

      Kenyataan Anwar ini sebulan selepas penulis kolum Bloomberg, Andy Mukherjee berkata, Lim harus lebih bijaksana menangani siasatan 1MDB.

      Delete
  17. Wahai kekanda ku albanjibabi, belum habis lagi ke dedak yang mak badak bagi sampai merapu meraban kat blog ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. FAKTA 2 – Scorpene: Siapa Terlibat?



      Pencadang asal program kapal selam Malaysia ialah Mokhzani Mahathir dan Ibrahim Mohd Noor (yang ketika itu merupakan CEO BERNAS yang baru disenaraikan, serta bertindak bagi pihak Daim Zainuddin). Mereka mencadangkan membeli kapal selam Jenis Jerman versi 212 (reka bentuk Jenis Bebas 209) melalui sebuah syarikat bernama Perimekar Sdn Bhd, yang beroperasi dari banglo di Jalan Lembah Ledang off Jalan Semantan di Kuala Lumpur.

      Posted on 5th August 2017
      Facebook Link
      https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=498523400507899&id=100010507293309

      FAKTA 3 – Kapal selam – Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
      Perundingan ini telah dijalankan menerusi satu syarikat Malaysia, Perimekar Sdn Bhd, untuk membeli dua buah kapal selam Scorpene dan satu kapal selam terpakai bernama Agosta yang dihasilkan oleh kerajaan Perancis di bawah satu usahasama Perancis-Sepanyol, Armaris. Pada masa itu Perimekar telah dimiliki oleh satu syarikat bernama Ombak Laut, yang dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak

      https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kapal_selam…

      Delete
    2. Diapa yg melantik syarikat milik Razak baginda dengan komisen yg mahal untuk membeli scorpene?...kerana pembelian scorpene altonya mati diupah bunuh..

      Delete
    3. Pakatan Mahathir-Azmin kini menguasai Pakatan Harapan?


      SELANGOR mendapat menteri besar baharu hari ini, Amirudin Shari, orang kuat bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

      Anak kelahiran Pontian, Johor ini ialah orang kuat Azmin sejak awal penglibatannya dalam PKR, dengan Institut Kajian Dasar (IKD) di Bangsar.

      Pelantikan beliau mengesahkan dakwaan wujud perjanjian untuk memastikan Azmin mempunyai “remote control” di Selangor, negeri kubu kuat dan lubuk emas Timbalan Presiden PKR itu.

      Azmin didakwa mahu mengekalkan kubu kuatnya dengan memastikan penggantinya sebagai menteri besar ialah orang yang boleh dikawal.

      Dua nama paling disebut-sebut ialah Amirudin dan Dr Shaharuddin Badaruddin, dua orang yang paling rapat dengan Azmin yang boleh diterima sebagai menteri besar Selangor.

      Kekecohan sudah timbul ekoran pelantikan Amirudin yang didakwa hanya dicadang dan disokong oleh Azmin berbanding calon-calon lain.

      Hari ini, seorang lagi calon Dr. Idris Ahmad mengadakan sidang media dan mendakwa beliau mendapat sokongan semua parti dalam Pakatan Harapan manakala Amirudin hanya disokong Azmin.

      “Saya ada sokongan semua parti dalam Harapan manakala Amirudin cuma mendapat restu Azmin Ali,” katanya dilapor media.

      Beliau juga menunjukkan surat-surat sokongan daripada wakil setiap parti, iaitu Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden PKR; pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Abdul Rashid Asari; pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Selangor, Izham Hashim dan pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.

      Sejak awal bulan Jun, Idris sudah membuat kenyataan mengatakan hanya nama beliau diserahkan sebagai calon kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

      “Presiden dan ketua umum maklumkan kepada saya. Namun surat menyurat itu saya tidak tahu.

      “Cumanya saya diberitahu nama saya seorang dihantar ke istana,” Idris dilaporkan berkata awal Jun lalu.

      Delete
    4. “Namun memang saya sudah dapat restu dari ketua umum dan presiden parti dan mereka mahukan saya,” tegasnya.

      Pemilihan Amirudin menunjukkan Azmin terus mengukuhkan cengkamannya di Selangor selepas meninggalkan kerajaan negeri untuk memegang jawatan Menteri Ekonomi dalam Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad.

      Dalam usia yang muda, Amirudin sebelum ini dijangka agak sukar untuk dipilih sebagai menteri besar berbanding pemimpin lain yang lebih senior seperti ADUN Ijok, Idris.

      Tetapi ternyata kekuatannya sebagai calon pilihan Azmin berjaya mengatasi semua faktor dimiliki oleh calon-calon lain.

      Dari sudut dalaman parti PKR, kekuatan Azmin kini semakin sukar dicabar mana-mana pihak termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berpengaruh.

      Sebagai menteri ekonomi yang bidang kuasanya menjaga korporat utama negara seperti Felda dan Tabung Haji, Azmin melonjak lebih tinggi daripada kedudukannya di Selangor.

      Beliau kini boleh dianggap mempunyai kedudukan paling kuat dan selesa dalam Kabinet Mahathir mengatasi presiden parti Wan Azizah.

      Pelantikan Azmin juga menguatkan lagi kedudukan Mahathir dalam Kabinet, dan memungkinkan pemimpin berusia 92 tahun itu memejang jawatan perdana menteri lebih lama daripada yang dirancang.

      Kehadiran seorang lagi orang kuat Mahathir dalam Kabinet juga boleh membantu penyusuan pelan peralihan kepada perdana menteri yang lain selain Anwar.

      Di Putrajaya dan dalam PH, Azmin juga akan semakin mengukuh kuasanya dan dijangka meningkat lagi sehingga boleh menggugat pemimpin lain.

      Selepas ini, dijangka beliau tidak akan berdepan halangan sukar untuk merebut jawatan presiden PKR daripada Wan Azizah.

      Kedudukan Azmin sebagai presiden nanti dijangka akan setara malah akan mengatasi kedudukan Anwar sebagai ketua umum, jawatan yang dicipta khusus supaya Anwar kekal berkuasa dalam PKR.

      Pihak yang telah melihat kemungkinan penguasaan Azmin telah mencadangkan agar Anwar segera mengambil alih jawatan Presiden daripada Wan Azizah.

      Menurut mereka, jawatan ketua umum sudah tidak relevan dan Anwar kini perlu memegang jawatan presiden PKR pula, lebih-lebih lagi memandangkan beliau ialah “perdana menteri menunggu” PH.

      Sebelum ini, Anwar telah berjaya menghalang Azmin daripada mencabar Wan Azizah sebagai presiden tetapi kemudian menarik diri bagi membiarkan isterinya kekal sebagai presiden.

      Bagaimanapun, dalam keadaan sekarang ini, Anwar mahupun pemimpin lain semakin sukar untuk menyekat kemaraan Azmin, di dalam parti mahupun di Putrajaya. – Mynewshub.cc


      : Cakap-cakap Azmin mungkin dicadangkan sebagai PM8 ganti Mahathir makin kuat kedengaran...

      Delete
  18. Sekali lagi saudara Shahbuddin gagal memahami maksud tersirat kritikan DSAI. Sebenarnya rakyat sudah lama jelas bahawa skandal dan UMNO/BN berpisah tiada. Kemenangan PH juga bertitik tolak dari lambakan skandal BN. Jesteru itu kritikan DSAI haruslah dilihat dari sudut keperluan kepada melangsaikan janji kepada rakyat adalah agenda yang perlu disegerakan. Rakyat perlukan kesejateraan kehidupan, peluang pekerjaan, gaji yang mampu menyara kehidupan; berupaya memiliki rumah sendiri, harga barang yang terkawal dan yang lebih penting kehidupan harmoni dalam negara yang muhibah. Apakah dengan pendedahan skandal BN, harga barang boleh turun atau akan melimpah ruah peluang pekerjaan untuk rakyat. DSAI beranggapan bahawa "berpada-padalah" berpolitik. Sekarang masanya untuk bekerja. Pulihkan ekonomi, pujuklah para pelabur untuk datang melabur semula ke Malaysia, susun segala strategi yang mengutungkan rakyat dan negara. Biarlah pendedahan skandal dilaksanakan oleh orang lain kerana tiada kementerian kerajaan terdahulu yang tiada skandal dan amat malang sekiranya pak menteri kerajaan hari ini menumpukan kepada mendedahkan skandal demi mendapat laba politik dari dari melaksanakan tugas sepatutnya. Adalah lebih bermakna, bekredibiliti serta ada ummph sekiranya pendedahan ini dibuat oleh pihak yang tiada kepentingan politik seperti SPRM mahupun pihak polis. Oleh itu saranan DSAI terhadap LGE ada asas dan lambang kematangan politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. FAKTA 4- Altantuya no role in Scorpene deal, negotiator claims | Malaysia | Malay Mail
      Menurut keterangan Abdul Razak di mahkamah, dia hanya bertemu Altantuya pada akhir 2004, sementara perjanjian Scorpene yang memasuki perundingan pada tahun 2000, disimpulkan, dua tahun kemudian.

      Laporan khas menimbulkan keraguan tentang perlunya menyewa Altantuya sebagai jurubahasa, ketika faktanya adalah semua rundingan dengan syarikat Perancis dijalankan dalam Bahasa Inggeris.
      Pasukan Perancis, sebenarnya, pada mulanya dipimpin oleh seorang Inggeris, Martin Hill, yang juga fasih dalam bahasa Perancis, laporan itu dinyatakan.

      Selain itu, dalam pemetaannya kepada pihak berkuasa Perancis pada tahun 2010, pengurus pemasaran bekas Pengarah Urusan des Construction Navales Services untuk Malaysia dan Singapura pada masa itu, Fredric Faura, memberitahu penyiasat bahawa tidak ada keperluan juru bahasa kerana rundingan dalam bahasa Inggeris dan rakyat Malaysia fasih dalam bahasa itu, ia dilaporkan.
      Jasbir bertanya-tanya mengapa tidak ada yang mempersoalkan kredibiliti tokoh pembangkang yang telah menerima aduan untuk menunjukkan gambar Altantuya dengan Najib dan Abdul Razak, yang dikatakan di sebuah restoran Paris.

      “Dengan kemasukannya sendiri, perkara ini adalah perkara peribadi antara Abdul Razak dan Altantuya. Berurusan dengannya tidak ada kaitan dengan perjanjian Scorpene.
      “Adalah malang bahawa ia bertepatan dengan garis masa kami (perjanjian kapal selam). Razak adalah satu-satunya penyebut biasa dalam perkara ini. Beliau adalah satu-satunya pautan, dan yang lemah, paling baik, “katanya.

      https://www.malaymail.com/…/altantuya-no-role-in-scorpene-d…

      FAKTA 5 – Rafidah Aziz simpan rahsia skandal seks libatkan Mahathir dakwa Ramesh Rao
      Rafidah menjadi kaya bukan kerana perbuatan rasuahnya tetapi kerana dia tahu rahsia dan perilaku moral Mahathir termasuk rahsia berkenaan skandal seks.

      “Kita lihat pada zaman Mahathir jadi Perdana Menteri, Rafidah ini boleh berkata apa-apa dan diberikan ruang memegang portfolio penting menguruskan perdagangan luar negara termasuk menguruskan AP barang-barang import dari luar negara ke Malaysia.

      Rafidah Aziz simpan rahsia skandal seks libatkan Mahathir dakwa Ramesh Rao
      Anwar ada menyebut berkenaan hubungan sulit Mahathir ini di beberapa pentas ceramah reformasi dan dia ada sebut berhubung skandal seks melibatkan orang yang jadi Perdana Menteri selama 22 tahun ini.

      https://www.smasanews.com/…/7405-rafidah-aziz-simpan-rahsia…

      Delete
    2. Albanjir tak usah bawak cerita rekaan Ramesh rao kaki temberang...semua dia tahu...dlm seluar ko pon dia boleh cerita..

      Delete
    3. Cap di tangan hilang satu hari, tapi perbuatan PH akan kekal selama-lamanya..



      Jadilah pemimpin yang berhati budi luhur yang lahir dari sifat semulajadi. Bukan perlakuan yang dibuat-buat untuk memenangi hati orang. Keluhuran budi akan melahirkan tindakan-tindakan serta keputusan-keputusan yang memiliki sifat “ehsan”.

      Bukan niat mengaibkan, tetapi kritikan terbuka begini perlu untuk kerajaan bermuhasabah diri dalam mentadbir negara dan rakyat.

      Rakyat tidak pandang pada duit RM 2 tetapi keseronokan berhari raya. Jika kanak-kanak nak ulang ambil RM 2 itu dua kali pun, apa beza dengan menjadi PM dua kali selepas berpencen 15 tahun?Apa juga bezanya menjadi MB 2 kali walaupun tak cukup kuata terpaksa mengangkat sumpah tanpa majoriti? Sanggup untuk UG dengan UMNO sedangkan dulu membuat fitnah kepada PAS nak UG dengan UMNO?

      Ketamakan kuasa hari ini menyebabkan negara Islam ditadbir kewangan dan undang-undangnya oleh kafir.

      Berubahlah dari sifat bakhil ini Mukhriz. Harta kekayaan tidak akan pernah cukup dan rakyat bukan pengemis. Allah benci hambaNya yang bakhil.

      Delete
    4. Bro nat Busu...sangat setuju dgn tulisan anda...

      Dlm masa siasat dan hukum penjenayah yg salahguna kuasa untuk buncitkan perut kita juga berharap perubahan untuk tingkatkatkan kualiti kehidupan....kerajaan PH perlu helaskan ape perancangan dan tindakan yg telah diambil...harga barang tidak naik tapi tidak turun keparas kemampuan rakyat bawahan...ini yg perlu pemimpin PH beri tumpuan utama...kalo PH gagal umno yg lemah akan kembali kuat diatas kelemahan PH..

      Delete
  19. Perbentangan RUU 355 mungkin ditangguhkan oleh kerajaan PH

    Mengikut sumber Kerajaan baharu Pakatan Harapan akan menangguhkan perbahasan bagi Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355 yang tergantung ekoran pembubaran Parlimen lalu bagi memberi laluan kepada PRU-14.

    PAS sebelum ini membawa usul ini ke Parlimen secara konsisten untuk memperkasakan bidang mahkamah syariah di negara ini.

    Pas juga pernah menangguhkannya kerana pada masa itu ada keperluan untuk membetulkan hukuman yang dilaksanakan di mahkamah berkenaan memandangkan terdapat perkara tidak menepati kehendak syariah yang perlu diperkemaskan untuk perbahasan.

    Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS berkata di Kota Bahru hari ini, kerajaan di bawah Tun Mahathir Mohamad sekarang ini perlu melihat perkara tersebut secara serius demi kepentingan umat Islam di Malaysia.




    Tuan Ibrahim juga Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berharap agar usaha dilakukan Pas itu dapat diteruskan kepada perbahasan dan seterusnya proses undian di Parlimen.

    “Kita serah kepada kerajaan baharu dan mengharapkan semua wakil rakyat kita akan sokonglah nanti,” katanya.

    Beliau menjawab pertanyaan wartawan apabila ada ura-ura bahawa usul ini akan ditangguhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko merapu Ruu 355 plak per hal?...ini urusan Pas..bukan PH....pengnndi PH bukan harapkan PH selesaikan RUu 355 ciptaan Pas dan umno..

      Delete
  20. Tidak Bersama Pemimpin Zalim


    عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ قَالَ خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ دَخَلَ وَنَحْنُ تِسْعَةٌ وَبَيْنَنَا وِسَادَةٌ مِنْ أَدَمٍ فَقَالَ إِنَّهَا سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ يَكْذِبُونَ وَيَظْلِمُونَ فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكِذْبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ وَلَيْسَ بِوَارِدٍ عَلَيَّ الْحَوْضَ وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَيُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَهُوَ وَارِدٌ عَلَيَّ الْحَوْضَ

    Dari Ka'ab bin Ujrah ia berkata, "Rasulullah SAW pernah keluar atau masuk menemui kami, ketika itu kami berjumlah sembilan orang. Dan di antara kami ada bantal yang diperbuat dari kulit. Baginda lalu bersabda: "Sesungguhnya akan ada setelahku para pemimpin yang berbuat pendustaan dan kezaliman. Barangsiapa mendatangi mereka kemudian membenarkan pembohongan mereka, atau membantu mereka dalam kezalimannya, maka ia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya. Serta ia tidak akan minum dari telagaku. Dan barangsiapa tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu mereka dalam berbuat kezaliman, maka ia adalah dari golonganku dan aku adalah dari golongannya. Dan kelak ia akan minum dari telagaku." (HR Ahmad No: 17424) Status: Hadis Sahih

    Pengajaran:

    1. Menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk mencegah kezaliman dan maksiat yang berlaku di sekeliling mereka dengan hikmah dan bijaksana.

    2. Mana-mana kebenaran dan hak yang dilakukan oleh pemimpin, menjadi kewajipan untuk bersama mempertahankan. Mana-mana yang berbentuk kezaliman dan maksiat, menjadi tanggungjawab untuk menghalangnya daripada berterusan dengan cara yang hikmah dan dibenarkan oleh syarak.

    3. Rasulullah SAW memberi amaran kepada mereka yang bersetuju dan menyokong pembohongan dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin di kalangan mereka dengan tidak mengaku mereka sebahagian dari umatnya dan tidak layak untuk minum air dari telaga Rasulullah SAW.

    4. Muslim yang mencanggahi pembohongan dan kezaliman pemimpin di kalangan mereka dan tidak membantu mereka berterusan dalam kezaliman, tidak memilih mereka maka ia bersama Rasulullah dan Rasulullah SAW akan bersamanya dan layak untuk minum air dari telaga Rasulullah SAW.

    Semoga kita tergolong dari kalangan orang yang bersama dengan Rasulullah SAW di hari Akhirat dan Rasulullah SAW bersama dengan kita. Semoga Negara kita memiliki pemimpin yang adil, amanah dan berintegriti ke arah Malaysia yang maju dan makmur serta di rahmati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin yg zim pemimpin yg merompak..kebajan cukai kpd rakyat nak bayar hutang jerana rompakan..

      Delete
  21. Gejala sosial makin hari makin teruk... solusi tak ada..



    Aku lihat maksiat seperti piramid. Semakin hari, semakin banyak. Semakin bertambah masa, semakin bercambah.

    Siapa yang tak turun padang, maka mereka takkan tahu semua ini.

    Mereka yang berada di atas, kiri dan kanan yang terlindung, menyangka semuanya okay dan mampu diubati dengan solusi yang mereka beri.

    Dan yang menanggung segala solusi tak berkesudahan itu adalah orang atas tanah seperti kami.

    Dan yang akan menanggung kesan jangka panjang pula adalah anak cucu cicit kita nanti.

    Realitinya, anak cucu kita akan dibesarkan dalam golongan majoriti di kiri dan kanan mereka hidup dengan seks, dan seribu masalah sosial yang lain. Sejauh mana kita yakin anak cucu kita akan tergolong dalam golongan yang sedikit yang mempertahankan imannya?

    Ini baru tentang klinik aku.
    Belum cakap pasal negeri aku.
    Pasal negara kita.

    Tahukah anda.

    1. Dari statistik 2005-2015 : 532158 kes anak luar nikah dilahirkan dan didaftarkan = 4434 kes setiap bulan = 147 kes setiap hari = 6 kes setiap jam = SETIAP 10 MINIT ADA 1 ANAK LUAR NIKAH DILAHIRKAN DAN DIDAFTARKAN.
    (Tidak termasuk anak luar nikah tidak berdaftar, anak yang digugurkan, atau anak yang tidak menjadi sebab ada precaution ie seks tapi tak mengandung).
    Can you imagine setiap minit berapa banyak zina dalam negara kita?

    2. Dari statistik 1986-2016 : 111916 kes HIV dilaporkan = 10 KES HIV DIKESAN SETIAP HARI. Dan semakin bertambah hingga ke tahun 2018.

    - 96% berpunca dari seks bebas. (Berbeza dengan dahulu : kebanyakannya dari penagihan dadah)
    - dari 96% ini 65% adalah dari homoseksual (seks sejenis) dan biseksual (seks dua jenis).

    3. Menurut satu kajian pada 2012, 50.4% pelajar sekolah bawah 14 tahun pernah melakukan hubungan seks. Lebih separuh. Ini pada tahun 2012. Sekarang tak tahu lah berapa.

    Dari statistik ini, kita sebenarnya sudah mengalami masalah ni berdekad dekad lamanya. Dari tahun 1980-an hingga kini, keadaan semakin teruk dari tahun ke tahun.

    Pelbagai penyelesaian, kempen, education diberikan tapi tak membaikkan pun keadaan malah menerukkan lagi masalah sedia ada.

    Pernah fikir kenapa?
    Jawapan itu telah ada.

    Kalaulah dengan diceritakan dengan keadaan seperti ini pun kita masih boleh tenang dan goyang kaki, masih tak rasa islam adalah solusi, masih rasa masalah negara lebih penting dari akidah ummat ini, aku tak tahu nak cakap apa.

    Jika kita sedar.
    Keadaan ummat kita sebenarnya seperti sebuah pohon. Dan pohon ini sudah mahu tumbang, menunggu masa.

    Aku hairan bagaimana dalam keadaan ini, kita masih ada selera untuk menghiasi cabang-cabang, bentukkan daun-daun, dan melaungkan itulah pohon terindah untuk kita, sedangkan akar telah rosak serosaknya dan memerlukan rescue dari kita!

    Kita melaungkan perkara-perkara cabang dan mendiamkan perkara-perkara yang asas.

    Inilah realitinya, realiti yang kita sibuk berlumba dan berbangga-bangga dalam negara kita.

    Kita lebih malu untuk mengaku islam takut dipanggil jumud, kita lebih rela dikenali sebagai orang yang 'open minded' lalu agama entah diletak di mana.

    Hingga yang menjadi mangsa adalah pohon yang menunggu masa untuk tumbang sahaja kerana sombong dan butanya mata kita semua.

    Kita sangka, kita berjaya.
    Tanpa sedar, kita telah hancur dimamah angan-angan dan fantasi yang tak berkesudahan.

    Ketahuilah masalah seperti ini telah berlaku sejak dulu lagi. Dari zaman para nabi.

    Namun di setiap zaman ini, Allah memberikan islam sebagai solusi. Islam mengeluarkan kita dari semua belenggu masalah ini. Islam memuliakan kita yang dahulunya hina. Islam membawa cahaya pada suasana yang gelap gelita.

    Allah yang menciptakan kita, Dia yang menciptakan agama. Maka segala jawapan telah ada tersedia. Mengapa sukar sekali kita mempercayainya?

    Mengapa sukar sekali kita memilihnya sebagai penerang untuk masalah kegelapan kita?

    Aku sering tertanya, sampai bila?

    170618.
    Syawal 3.

    Alifnunwau NymousFacebook

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa BN yg lama berkuasa dan di nasihati oleh pas tidak selesaikan gejala sosial?...masalah dah teruk sejak zaman BN lagi...

      Keutamaan PH sekarang baiki kerosakan ekonomi negara angkara najib dan umno...ekonomi runtuh sosial bertambah dahsyat..

      Delete
  22. Dr. Mujahid takut jadi macam Dr. Idris nama tersenarai tapi tak ada.. baik sebut awal


    Naib Presiden AMANAH Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini mengesahkan namanya antara yang disenaraikan oleh parti itu untuk menganggotai kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Katanya, keputusan parti untuk mengemukakan namanya adalah berasaskan kepimpinan beliau dalam parti dan pengalaman dalam arena politik negara.

    "Saya bersedia untuk berkhidmat tidak kira apa-apa jawatan kabinet yang diberi…Saya anggap itu sebagai satu penghormatan yang tinggi dan amanah untuk berkhidmat kepada negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di George Town hari ini.

    Pada masa ini, jemaah menteri Dr Mahathir hanya mempunyai 13 anggota sedangkan ada beberapa portfolio penting termasuk menteri luar yang masih kosong selain tiada timbalan menteri dinamakan.

    Mengulas lanjut, Mujahid berkata beliau tidak pasti apakah portfolio yang dicadangkan untuk beliau.

    “…Soalan ini hanya akan terjawab apabila pengumuman rasmi dibuat oleh perdana menteri," katanya yang menafikan beliau bakal dilantik menjadi Menteri Luar.

    Dr Mahathir dijangka mengumumkan senarai kabinetnya sebelum Parlimen bersidang pada 16 Julai ini.

    Sebelum ini difahamkan senarai calon anggota jemaah menteri terbabit akan dipersembahkan untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas sambutan Aidilfitri.

    Antara 13 anggota kabinet yang telah mengangkat sumpah jawatan masing-masing ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri), Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) dan Presiden Amanah Mohamad Sabu (Menteri Pertahanan).

    Sebelum ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata pentadbirannya tidak akan memiliki lebih daripada 30 kementerian. - Bernama


    : Takut nama tercicir macam Dr Idris, Mujahid mula gelabah terus war-war kan nama dia ada dalam list. Sekarang bukan dalam PKR aje berebut jawatan dalam Amanah pun sama juga. Bila lihat jawatan hilang 'agama'.

    ReplyDelete
  23. Selagi pembawaan Islam itu cara PAS, Islam itu tidak akan menang ke?



    SAYA membaca satu posting tulisnya "Selagi pembawaan Islam itu cara PAS, Islam itu tidak akan menang selamanya, jangan mimpilah".

    Namun ini bukannya telahan pertama yang dibaca tetapi ianya adalah untuk kesekian kalinya oleh pembenci-pembenci PAS.

    Dia kata cara PAS akan menyebabkan Islam tak menang sampai bila-bila. Dia tak beritahu pula Islam cara mana yang boleh Islam cepat menang, Islam cara BN ke atau Islam cara PH?

    Kalau dikatakan Islam itu tidak menang kerana cara PAS, apakah Islam itu boleh menang dengan sebab cara PH atau cara BN, sekarang PH menang tak ada pula pimpinan PH isytiharkan bahawa Islam telah menang dan golongan Kafir telah kalah.

    Bila Islam kalah saja dikatakan hanya silap PAS sahaja? Apakah parti lain tidak dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk membawa Islam? Atau memang parti lain tak nak bawa Islam atau langsung tak berniat nak bawa Islam.

    Bila PAS kalah dikatakan Islam itu kalah, ini maknanya kalau PAS menang ertinya Islam menang, ini juga membawa makna hanya PAS yang berjuang Islam kerana parti lain langsung tidak dikait dengan menang atau kalahnya Islam.

    Islam itu matlamat, untuk mencapai matlamat itu ada caranya, caranya telah ditentukan Allah S.W.T, bukan ikut cara sendiri. bukan matlamat itu menghalalkan cara, kalau ikut cara sendiri maka itulah yang dikatakan "matlamat menghalalkan cara".

    Nak menang banyak caranya, Trumph menang dengan caranya, Ikhwanul Muslimin menang dengan caranya lalu dijatuhkan pula al-Sisi dengan caranya, bahkan dalam sejarah dunia, Sosialis, Komunis pun pernah menang dan memerintah, mereka menang dengan cara mereka.

    Ada parti menang dengan cara jahat, ada dengan sogokan rasuah, ada juga dengan fitnah dan taburkan persepsi buruk pada lawannya.

    Kalau yang jahat dapat kuasai pengundi, maka biasanya yang jahat itu menang, begitu juga sebaliknya, namun kita tak boleh katakan bahawa yang jahat itu adalah baik dengan sebab dia menang dan yang baik itu adalah jahat dengan sebab dia kalah.

    Baik atau buruk kita kena melihat caranya. Islam itu ad-Din atau 'cara hidup', tidak kira apa juga ruang dan urusan kehidupan kita termasuk politik. Politik Islam ada caranya, maka cara itu yang diikuti PAS, kerana PAS yakin cara Islam adalah terbaik.

    Kalau dikatakan cara itu PAS lambat menang, PAS akan sabar menunggunya kerana PAS yakin bahawa hanya cara itu sahajalah Malaysia dapat ditadbir oleh peraturan Islam, PAS tetap dengan caranya yang diatur oleh dasarnya iaitu al-Quran, Hadis, Ijma dan Qias.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut lah cara islam Pas...belum pru Pas tak boleh kerjasama dgn Dap kerana Dap anti islam...lepas pru Hadi wang konar baring... Pas sedia kerjasama dgn Dap....bilamasa Dap terima islam?...Dap dah masuk islam?...

      Islam Pas betul bagi pemimpin pas yg sama nak buncitkan perut...

      Di kelantan pemimpin Pas mintak sprm jangan siasat penyelewengan AkSB...cara islam Pas...

      Delete
  24. Anwar tak kata jangan dedah skandal.. Baca betul betul statement anwar budin oi..perangai bodoh umno dok ada lagi la hang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara halus nak ketepikan anwar...masa terhegeh2 cari anwar tak cakap jangan itu jangan ini....sifat melayu..

      Delete
  25. Tunjukkan barangan runcit murah selepas GST sifar kata aktivis kepada Salahuddin



    PETALING JAYA: Kumpulan pendesak pengguna mahu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub membuktikan dakwaan beliau bahawa harga sayur-sayuran, daging dan keperluan asas lain turun sehingga 50% selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkadar sifar.

    Pergerakan Pengguna Malaysia (MCM) berkata banyak barangan makanan segar memang dikecualikan daripada GST sebelum kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) memansuhkan bayaran cukai itu untuk semua jenis barangan dan perkhidmatan.

    “Kami fikir kenyataan menteri itu pramatang. Mencapai penjimatan 30% ke 50% dalam tempoh kurang sebulan adalah ajaib,” kata presidennya Darshan Singh Dhillon

    “Tentu hebat jika beliau dapat membuktikan kenyataan itu dengan sedikit data untuk dikongsi dengan orang awam,” kata beliau.
    Ketua pegawai eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Ali Salman turut menyuarakan keraguan berhubung dakwaan penurunan harga berikutan GST berkadar sifat.

    “Dulu kami telah jelaskan GST bukan faktor utama peningkatan kos barangan dan perkhidmatan,” katanya.

    Katanya, oleh sebab barangan mudah rosak itu telah sedia berkadar sifar, langkah baru kerajaan tidak berkemungkinan menyebabkan harganya akan turun.

    Beliau berkata, harga harus ditentukan oleh kuasa pasaran melainkan berlakunya darurat awam atau keadaan tertentu yang menghendaki campur tangan kerajaan.

    Salahuddin dilaporkan berkata harga barangan segar menurun dengan banyak selepas kadar GST disifarkan pada 1 Jun lepas.

    Beliau juga berkata, harga barangan dan perkhidmatan lain akan mengambil masa untuk turun.

    “Harga sayuran ada yang turun sehingga 50%, sementara harga ayam dan daging seperti daging lembu turut berkurangan,” katanya.

    “Saya diberitahu anda boleh beli ayam pada harga RM5 atau RM6 setiap kilogram. Daging lembu boleh dibeli pada harga RM30 hingga RM33, tetapi batang pinang lebih mahal,” katanya pada satu majlis rumah terbuka Hari Raya baru-baru ini.

    Pada 1 Jun lepas, kerajaan melaksanakan GST berkadar sifar selepas ia diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional pada 1 April 2015.

    Kerajaan dijangka menggantikan GST dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

    ReplyDelete
  26. Pas kemuka nama calon Speaker, Timbalan Speaker Dun Kedah
    NURUL HIDAYAH HAMID 19 JUN 2018
    FacebookTwitterWhatsAppEmailMore853
    Pas kemuka nama calon Speaker, Timbalan Speaker Dun Kedah
    Sanusi menyerahkan nama calon Speaker dan Timbalan Speaker dari Pas
    A- A+ (Ubah saiz teks)
    ALOR SETAR - Pas Kedah mengemukakan senarai nama calon Speaker dan Timbalan Speaker Kedah bagi Sidang Dun Penggal ke-14 pilihan mereka di Wisma Darulaman, di sini, semalam.

    Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau mewakili Pas Kedah mencadangkan nama calon lain selain calon dicadangkan kerajaan negeri.


    Beliau yang juga Adun Jeneri berkata, pihaknya mencalonkan Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi sebagai Speaker, manakala Adun Bukit Pinang, Wan Romaini Wan Salim sebagai Timbalan Speaker Kedah.

    “Saya mewakili Pas Kedah mencadangkan dua nama ini yang mana ia disokong Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat.

    “Cadangan dua calon berkenaan selaras dengan Kehendak Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah,” katanya dalam sidang media selepas penyerahan surat pencalonan.

    Menurutnya, pelantikan Speaker dan Timbalan Speaker Kedah hanya boleh dibuat melalui undian dalam Sidang Dun pertama yang dijadualkan pada 4 Julai depan.

    Oleh demikian, katanya, tiada sesiapapun boleh mendakwa pelantikan Speaker dan Timbalan Speaker telah selesai sebelum pengundian dalam Sidang Dun dijalankan.

    “Bagi Sidang Dun pertama, Setiausaha Dun yang akan mengendalikan, yang mana undian akan dilakukan demi menentukan Speaker dan Timbalan Speaker,” katanya.

    Katanya, Speaker dan Timbalan Speaker dipilih melalui undian akan mengangkat sumpah di hadapan Adun selepas selesai proses undian, sebelum Adun pula mengangkat sumpah di hadapan Speaker kemudian.

    “Pas Kedah mengambil tindakan itu kerana ia selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah yang memberi ruang terbuka untuk prinsip demokrasi,” katanya.

    Sanusi berkata, beliau yakin surat pencalonan nama dikemukakan parti Islam itu lengkap dan mematuhi undang-undang ditetapkan.

    Menurutnya, tindakan berkenaan bukanlah perkara baharu, sebaliknya Pas Kedah pernah membuat pencalonan nama Speaker seumpama itu pada 1999.

    Katanya, pihaknya berharap pembangkang dilantik sebagai Speaker demi memastikan proses ‘check and balance’ yang lebih baik dan berkesan.

    “Orang ramai tidak perlu takut. Jikalau Speaker dari Pas, bukan bermakna kami akan menolak pembangunan dibawa kerajaan negeri. Apa yang baik untuk rakyat kami terima,” katanya.

    Sebelum ini, kerajaan negeri mencadangkan nama bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Datuk Ahmad Kassim sebagai Speaker, manakala Adun Ayer Hangat, Juhari Bulat, sebagai Timbalan Speaker.

    ReplyDelete
  27. Umno: Gugur tuntutan Pulau Batu Puteh syarat batal HSR?

    Unit Komunikasi Strategik Umno
    20 Jun 2018, 5:18 pm (Dikemaskini 20 Jun 2018, 5:34 pm)

    A A
    ULASAN l Umno menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perlunya Malaysia meneruskan penguasaan di pulau--pulau Laut China Selatan.

    Ini mencerminkan betapa kerajaan memandang berat isu kedaulatan negara serta haknya ke atas Pulau Layang-Layang yang dikuasai dan dibangunkannya.

    Bagaimanapun, Umno merasakan sesuatu yang pelik apabila beliau menggugurkan tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh milik Johor yang jaraknya cuma 12.8 batu nautika dari sempadan Malaysia.

    Pulau Batu Puteh adalah sebahagian daripada kawasan perairan dan kedaulatan negara semenjak Empayar Johor kurun ke-16 lagi.

    Nampaknya kerajaan Pakatan Harapan lebih mementingkan kepulauan Spratly yang jaraknya 1,688 kilometer itu sebagai satu-satunya hak yang perlu dipertahankan. Dari segi logik, Pulau Batu Puteh juga mesti dituntut dengan segala dokumen yang ada dan diserahkan semula ke Mahkamah Antarabangsa di The Hague.

    Umno tidak dapat menerima logik di sebalik 'permainan' Dr Mahathir dan Pakatan Harapan dalam kes Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca ini kerana tuntutan ke atasnya dibuat sejak zaman Dr Mahathir menjadi perdana menteri keempat lagi.

    Hasrat Menteri Besar Johor, Osman Sapian untuk menemui Dr Mahathir dan merundingkan semula isu Pulau Batu Puteh dan HSR dengan republik itu, amat disokong.

    Adakah isu pengguguran Batu Puteh itu menjadi antara persetujuan di dalam rundingan Dr Mahathir dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, bulan lalu sebagai 'syarat' untuk membatalkan projek keretapi laju tinggi (HSR).

    Jika benar, ternyatalah kerajaan sanggup menggadai maruah dan kedaulatan negara bagi memelihara kepentingannya dengan negara jiran. Ini sama sekali tidak dapat diterima, lebih-lebih lagi oleh rakyat negeri Johor.

    Mengapa rakyat Malaysia, terutama penyokong Pakatan Harapan hanya berdiam diri apabila tuntutan ke atas Batu Puteh digugurkan? Kenapa kabinet HARAPAN membisu dengan hal ini?

    Adakah mereka takut menentang Dr Mahathir yang mengamalkan politik 'corporate and legalistic entity' ini?

    Dalam ertikata lain, mereka semuanya akur dengan segala keputusan perdana menteri, seolah-olah beliaulah yang membuat segala keputusan secara berseorangan dan tidak boleh disanggah oleh orang lain.

    Umno berharap isu Pulau Batu Puteh akan kembali ke meja rundingan PM dan MB Johor. Tidak ada gunanya bercakap mengenai maruah dan kedaulatan negara jika kita mudah tunduk kepada kepentingan politik peribadi.

    Amat menyedihkan kerana era dan cara "authoritarian" beliau dipraktikkan semula di zaman siber ini, seperti arahannya kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk memberi tumpuan kepada "mengorek" kepincangan kerajaan terdahulu saja serta sanggup batal apa saja projek yang dimulakan oleh kerajaan terdahulu atas dasar balas dendam.

    ReplyDelete
  28. Taib Hired Disgraced London PR Firm Bell Pottinger To Pose As 'Concerned Young Sarawakians'
    19 June 2018 5
    A major expose by America’s prestigeous New Yorker magazine into Britain’s former top PR company Bell Pottinger has revealed more ‘dirty tricks’ commissioned by Sarawak’s billionaire politician, Taib Mahmud against this website and affiliated radio station, Radio Free Sarawak.

    It had earlier been revealed that the PR company, which closed after engaging in a campaign in South Africa to stir up racial hatred on behalf of the notorious Gupta brothers, was also hired to defame and undermine targets of Taib.

    A sting by the UK based Bureau of Investigative Journalism in 2011 revealed that the company had been engaged to secretly alter Wikipedia sites and search tools to undermine Sarawak Report and its Editor and family and offered to do the same for a bogus client from Uzbekistan:

    “The [Bell Pottinger] executives also discussed what they called the “dark arts” of optimizing Google searches and editing Wikipedia pages in favor of clients. Collins said that Bell Pottinger’s goal would be “to get to the point where, even if they type in ‘Uzbek child labor’ or ‘Uzbek human-rights violation,’ some of the first results that come up are sites talking about what you guys are doing to address and improvethat, not just the critical voices saying how terrible this all is.” [New Yorker Magazine]

    However, the New Yorker has now received exclusive inside information showing that the campaign against Sarawak Report went far further.

    On behalf of its client, Taib Mahmud, the Bell Pottinger team set up a number of online campaigns, including a website called Sarawak Bersatu, which purported to represent an anonymous group of young Sarawakians, who were concerned that foreign activists with ‘hiden agendas’ would ruin the economy of the state and destroy their future prosperity..

    Bila agaknye Taib Mahmud akan disiasat?...

    ReplyDelete
  29. Pua snipes Ku Li for 'spin' on share prices

    Former finance minister Tengku Razaleigh Hamzah's move to blame the falling stock market on government exposés had revealed his ignorance on recent events, said Damansara MP Tony Pua.

    Pua said Tengku Razaleigh, who is a candidate for Umno presidency, should be well aware that the global equity market has been taking a hit in recent days.

    Among other reasons, Pua pointed to the unrest in Italy, the potential China-US trade war and further rate hikes in the US.

    "Tengku Razaleigh is at best ignorant, or at worst deceitful, in placing the blame of falling stock market on the finance minister's exposés...

    ReplyDelete
  30. Saya setuju dengan pendapat ini:

    ‘Guan Eng’s trip to China to find middle ground on lopsided contracts’

    Bersatu’s Rais Hussin says China should recognise that contracts like ECRL and SSER are 'unjust'.

    Sabenar nya kontrek yang "unjust" boleh di declare null and void. Tapi Tun M tunjuk respek kpd gomen China, suruh Lim Guan Eng dan seorang lagi pigi China, runding

    Yang celaka - Najib. Dia yang benorkan kontrek2 mengarut itu semua.

    ReplyDelete
  31. Kalau zaman najib dulu,ya mmg betul kerajaan x blh ditegur apatah lagi pegawai2 dlm BN. Tp xkan zaman PH ni pun masih sama Xblh d tegur juga dan xblh diberi pendapat. Jd apa bezanya?

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum Tuan,

    Apa yg saya faham dari kenyataan DSAI itu ialah :

    1) pembongkaran skandal boleh dilakukan, tetapi bukan semata2 oleh LGE sahaja, tetapi oleh pimpinan/menteri lain yg tidak terlalu direct kepada impact pelaburan..boleh melalui KDN, boleh melalui SPRM, boleh melalui Kementerian lain2 yg terlibat .. rasanya jelas DSAI maksudkan perkara ini.. mohon penjelasan semula pihak tuan, sekiranya saya silap faham perkara ini..

    2) saya rasa sesiapa pun akan atau boleh melakukan kesilapan dalam memahami sesuatu konteks pembincangan sekiranya disertai dengan emosi atau prasangka awal terhadap sesuatu yang belum/pasti berlaku .. saya cadangkan tuan majukan satu salinan daripada setiap catatan tuan (mana2 komen/ulasan terhadap DSAI) terus kepada beliau sendiri supaya sampai apa yang tuan komen ini ..(sekiranya belum disampaikan begitu) .. sbb saya sebagai pembaca setia blog tuan sejak 2016, agak risau sekiranya komen/kritikan tuan ini tidak sampai kepada beliau, tetapi sebaliknya akan membuatkan beberapa pihak yang akan menangguk di air keruh akan menggunakannya sebagai motif serangan untuk melemahkan usaha perjuangan yang sedang bermula ini ..

    mohon maaf andai ada kesilapan atas cadangan atau buah fikiran saya ini..

    SELAMAT HARI SAYA .. MAAF ZAHIR BATIN

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...