Sunday, 24 June 2018

ANWAR SEBAGAI BAKAL PERDANA MENTERI KE-8 PERLU LEBIH BANYAK BEREHAT MULAI SEKARANG


Semalam, sebaik tiba di rumahnya selepas mengadakan kunjungan beberapa hari ke Turki, Anwar Ibrahim telah dikejarkan ke hospital.


Beliau difahamkan menghadapi masalah sukar bergerak yang berpunca daripada kesakitan di bahagian tulang belakangnya.


Kesakitan tulang belakang adalah masalah lama yang kerap mengganggu kesihatan Anwar, malah ia bertambah lagi apabila beliau turut menjalani pembedahan bahu, baru-baru ini.


Keadaan kesihatan Anwar yang baru diberi pengampunan penuh oleh Yang Dipertuan Agong dan disebut sebagai bakal Perdana Menteri ke-8 ketika ini masih lagi dipantau oleh doktor dan tiada pelawat, selain ahli keluarga, dibenarkan menziarahinya.


Beliau mungkin dikehendaki beberapa hari berada di hospital bagi memastikan kesihatannya benar-benar pulih seperti sediakala.


Sebelum ini, sebaik dibebaskan dan diberi pengampunan, Anwar boleh dikata tidak banyak meluangkan waktunya untuk rehat.

Selain menghadiri banyak program politik dalam negara, sessi temubual dengan media dan berkunjung ke beberapa negeri untuk mengadap Raja dan Sultan, sebelum ke Turki, beliau telah pergi ke London untuk bertemu bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore.


Di London, Anwar mempunyai aturcara yang agak sibuk di mana selain bertemu Al Gore, beliau turut mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan beberapa pemimpin Great Britain.


Hanya beberapa hari dapat berehat sekamblinya dari London yang tentunya kemudian disibuki pula dengan pelbagai acara Hari Raya, beliau kemudian berkunjung ke Turki untuk bertemu dan memberi sokongan kepada sahabat lamanya, Erdogan yang bakal menghadapi pilihanraya tidak lama lagi.


Dengan kesibukan sedemikian rupa, ditambah dengan masalah tulang belakang dan sakit bahu yang sedia ada, tidak mengejutkan jika Anwar bila-bila masa boleh ditimpa kesakitan dan dikejarkan di hospital.


Sementelah lagi beliau kini semakin berusia, tidak lagi muda seperti dulu.


Oleh yang demikian, Anwar dalam kondisinya sekarang seharusnya mesti banyak berehat.


Walaupun Tun Mahathir Mohamad lebih berusia daripadanya, tetapi Perdana Menteri dua kali itu adalah doktor perubatan dan mungkin mempunyai formula penjagaan kesihatannya yang tersendiri.


Selain itu, Tun Mahathir juga tidak ada masalah tulang belakang atau bahu seperti yang dialami Anwar.


Apa yang pasti, di sebalik masalah kesihatan yang dihadapinya, Anwar adalah bakal Perdana Menteri ke-8, berdasarkan komitmen Tun Mahathir sendiri untuk menyerahkan jawatan itu kepadanya dan persetujuan Pakatan Harapan mengenainya.


Kemenangan Pakatan Harapan menumbangkan BN baru-baru ini, tidak dinafikan adalah kerana sumbangan serta peranan kedua-dua tokoh hebat itu dan tanpa penglibatan salah seorang daripada mereka, tidak mungkin Pakatan Harapan mampu menjejak kaki menguasai Putrajaya.


Sekarang, kemenangan telah dikecapi dan selepas Tun Mahathir, mereka yang mengundi logo PKR baru-baru ini pastinya juga mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri.


Maka, dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun daripada sekarang, Anwar mesti banyak berehat dan menjaga kesihatannya.


Beliau harus mengurangkan perjalanan jauh, banyak bersenam, menjaga pemakanan dan menjauhi aktiviti lasak, sambil memberi sokongan dan dokongan yang sewajarnya kepada pentadbiran kerajaan yang dipimpin oleh Tun Mahathir.


Anwar adalah bakal Perdana Menteri ke-8 dan untuk membaiki kerosakan yang ditinggalkan oleh Najib dan BN, selepas Tun Mahathir nanti, hanya beliau yang mampu menggalas tanggungjawab itu.


Bersama kemenangan Pakatan Harapan, negara sebenarnya masih memerlukan adanya Anwar untuk fasa-fasa berikutnya. (ShahbudinHusin 24/06/2018)

58 comments:

  1. Ade yg kata anwar pura2 sakit untuk dapat simpati...sakit belakang bermula masa kes fitnah liwat 1 lagi...katanye dia tido atas tilam nipis atas simen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada terlintas di fikiran saya begitu di suatu masa dahulu.

      Sekarang nyata sakit nya itu genuine. Kesian dia.

      Saya setuju dengan Sdr Shahbudin bahawa Anwar perlu lebih banyak berehat mulai sekarang.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

    3. Belum tentu pm ke 8 layi,.hanya tuhan je yg tahu.

      Delete
  2. Keadaan Anwar bertambah baik - TPM
    Bernama
    24 Jun 2018, 4:23 petang (Dikemaskini 24 Jun 2018, 4:37 petang)

    A A
    Keadaan Ketua Umum Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) malam tadi berikutan masalah kesihatan bahu kanan dan bahagian belakangnya, semakin baik pagi ini.

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata berikutan perkembangan itu suaminya dijangka pulih dalam masa terdekat.

    “Saya sempat melawat beliau pagi tadi sebelum saya hadir rumah terbuka Selangor hari ini. Alhamdulillah, teruskan lah berdoa… kami amat berterima kasih kepada semua yang mendoakannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo Dr Wan Azizah kasi tahu apa jenis penyakit atau mengapa berlaku dari masa ke masa, kot bole ramai rakyat lebih simpati kpd Bang Non.

      Rasa nya penyakit nya berupa of pub

      lic interest sebab dia watak yang of public interest

      Delete
    2. Rasa nya penyakit nya berupa of public interest sebab dia watak yang of public interest . Dia bakal PM.

      (laptop aku melompat, kot sebab dah mintak ganti, bukan sebab ada toyol, hehe)

      Delete
  3. Saya rasa Anwar sebagai bakal PM kena kurang bercakap dari sekarang kerana jika terlalu banyak bercakap boleh menyebabkan sakit pinggangnya akan jd lebih serius.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Tak tau lah apa sebenor nya sakit itu. Dan apa yang sabenor nya menyebabkan nya. Bunyi mcm sakit kronik (chronic disease).

      Dulu sebagai banduan pernah di obat doktor pakar luar negara, kalo saya tak silap ingat.

      Sekarang dia orang bebas, Bang Non boleh dapatkan rawatan pakar di mana saja dengan senang.

      Logistik rasa nya tak masalah bagi nya. Dia boleh ke sana sini di luar negara. Tentu keadaan kewangan nya tarak hal.

      Jugak, sebagai suami Timbalam PM, dia layak di biayai gomen bagi rawatan luar negara nya. Kalo nak rawatan luar negara, perlu lah selepas pengeahan pakar tempatan rawatan yang di mahukan itu tiada di negara ini.

      Delete
  4. ikut macam rafizi,lepas ke tegur,terus zip mulut,biar Tun selesaikan kerja menangkap,mendakwa para penyamun dan perasuah sampai bersih

    ReplyDelete
    Replies

    1. Amat banyak kerja menangkap, mendakwa penyamun dan perasuah itu. Sebab begitu ramai jumlah nya.

      Saya sokong cadangan Tun di beri 5 tahun untuk membuat nya. Termasuk nak betulkan apa yang tidak betul. Seperti bertindak mengikut Perlembagaan negara.

      Delete
  5. INI adalah satu nasihat yang baik Budin. Jangan ada pulak yang kata x ikhlas.
    Jangan Cakap Banyak
    Jangan Makan Banyak
    Jangan Main Banyak
    Jangan Jalan Banyak
    Jangan Fikir Banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, nampak nya semua tidak boleh di buat banyak, Sdr Sufian.

      Nasib lah sdr tidak masuk sini banyak.

      Delete
  6. Setuju apa yg bang Shah perkatakan serta nasihatkan utk beliau..namun harus juga tonjolkan kelibat gerunan beliau walo x sekerap mana kpd pihak dlubok puaka tu..umur panjang sihat..dialh PM seterusnya..moga dredhai tuhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudahnya Pakatan Harapan menyalahkan orang lain
      June 23, 2018


      Unit Komunikasi Strategik Umno

      Penyusutan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) daripada AS$108.5 bilion pada 31 Mei kepada AS$107.9 bilion, seperti laporan bank pusat itu, amat menggusarkan Umno dan rakyat Malaysia.

      Ia juga jauh lebih rendah ketika rizab negara berjumlah A$110.0 bilion pada April 2018 atau sebelum PRU14. Ketika itu, ia di bawah pentadbiran kerajaan BN.






      Penarikan balik dana asing di Bursa Malaysia yang berjumlah RM2.48 bilion, kerugian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bernilai RM6 bilion dalam bentuk pelaburan dan nilai ringgit yang jatuh daripada RM3.91 kepada RM4.01 bagi AS$1 juga bukan sesuatu yang kebetulan.

      Ini bukannya salah BN dan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. Ketika semua pelan pembangunan dan penarikan minat pelabur asing memuncak di zamannya, Pakatan Harapan (HARAPAN) cuba memusnahkannya.

      Pengakuan HARAPAN bahawa bukan semua manifestonya dapat ditunaikan, pelabur asing melihat helah politik mereka lebih kepada mencari kesalahan kerajaan silam, dan bukannya merangka strategi untuk pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan suasana keyakinan dalam pasaran serta pelaburan.

      Pembohongan berterusan mereka mengenai kaitan Najib dan 1MDB, pembentukan Tabung Harapan Malaysia serta putar-belit tentang ekonomi negara menggusarkan pelabur asing untuk terus menanam modal atau menyuntik modal baru di Malaysia.

      HARAPAN hanya ada diri sendiri untuk dipersalahkan. Penipuan dan propaganda bohong yang merendah serta memperkecilkan negara sendiri di luar negara mula menampakkan hasil yang mereka inginkan.

      Ekonomi negara yang bankrap serta pembohongan fakta-fakta lain selama empat tahun kini menjerumuskan HARAPAN ke dalam kesukaran untuk menunaikan janji dan menarik semula keyakinan pelabur.

      Dr Mahathir Mohamad sendiri terpaksa mengkitar semula Dasar Pandang ke Timurnya dan merayu bantuan pinjaman daripada Jepun. Dasar jimat-cermatnya pula diragui dengan pelan kereta nasional yang baru dan peranan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, yang tugasnya hanya mencari kesalahan lalu, tanpa sikit pun usaha untuk membangunkan ekonomi negara.

      Di manakah kebijaksanaan Lim yang ditonjolkan oleh Dr Mahathir sebagai begitu berjaya dalam menguruskan ekonomi Pulau Pinang?

      Kalau setakat untuk mengorek kesalahan pentadbiran silam, sesiapa pun boleh jadi menteri kewangan.

      Sepatutnya sebagai Menteri Kewangan yang berkaliber dan berwawasan, Lim perlu mengadakan segera pertemuan dengan pengurus asing bagi mengembalikan keyakinan mereka untuk terus melabur di pasaran saham Malaysia.

      HARAPAN perlu melihat dan menyalahkan diri sendiri di atas kemelut ini. Biarpun menggunakan “kami kerajaan baru” sebagai helah untuk mengelabui mata rakyat, kesedaran mulai timbul betapa mereka sebenarnya menggunakan kesempatan ini untuk mentadbir dalam gelap semata-mata.

      Sampai bilakah pembohongan dan putar-belit ini akan digunakan untuk terus menipu rakyat dan pengundi? Dan sampai manakah Dr Mahathir merasakan kabinetnya dianggotai oleh mereka yang benar-benar berguna kepada rakyat dan negara?

      Taktik mereka selama ini sudah mula memakan diri. Pelabur asing mungkin mengambil sikap tunggu dan lihat kepada perkembangan pasaran tempatan, atau mungkin mengalihkan perhatian ke negara lain.

      Oleh itu, apa inisiatif HARAPAN untuk menarik dan meyakinkan pelabur luar? Menyalahkan orang lain amat mudah tetapi mengakui silap sendiri memang sukar dibuat!

      Mkini

      Delete
  7. Sdr Shahbudin kata Tun Dr Mahathir adalah doktor perubatan dan mungkin mempunyai formula penjagaan kesihatannya yang tersendiri.

    Tambah pula isteri nya juga seorang doktor perubatan. Tun Dr Siti Hasmah telah mengumumkan dia menjaga kesihatan Tun sehingga jadual harian nya di kawal nya bagi menentukan suami nya tidak stress kepenatan dari apa yang di fikirkan nya patut bagi umur nya.

    Isteri Anwar Dr Wan Azizah juga sseorang doktor perubatan / medical doctor. Tapi kerana dia sendiri aktif di dalam politik, maka masa nya untuk merawat atau menasihat suami nya berkenaan kesihatan nya agak tersekat. Tambah pula dia sekarang memegang jawatan Timbalan Perdana menteri.

    Jadi, memang kena lah pendapat bahawa Anwar perlu banyak berehat itu.

    ReplyDelete
  8. kerana kes liwat anwar lah, saya tlh dpt membezakan d antara 'heterosexual, homosexual n bisexual'.

    perbezaan nya amat ketara.

    ReplyDelete
  9. Saya faham apa 'homosexual n bisexual'. Tapi tidak faham apa itu heterosexual. Malas nak lihat dictionary.

    Saya anggap saja itu bermakna jenis sapu semua. Apa saja "in a skirt". Termasuk Scotsmen yang kaki berbulu.

    Dan yang lebih dua orang sekali buat. Ada di laporkan di berita luar negara.

    Banyak sangat buat boleh menyebabkan sakit belakang? Ada jugak di laporkan. Tapi tak tahu lah sakit belakang Bang Non itu apa sebab sabenor nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sdr isa.

      kita yg 'normal' d kategorikan dlm gulungan 'heterosexual'.

      yg 2 lagi serupa lah dgn kaum luth yg d laknati Allah swt n Nabi Mohamed saw tak mengaku umat.

      Delete
    2. Oooo ya, yang lain jantina tuh heterosexual.

      Terima kasih peringatkan saya.

      Gamak nya dah normal sangat kita nih, taking it for granted kita hetero, hingga lupa, hehe

      Delete
    3. isa3...Berita gembira yang ditunggu2 selaam ni oleh rakyat Msia , termasuklah kau dah tiba. Akhirnya polemik Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) berakhir apabila Menteri Kewangan, Ah Beng mengumumkan semalam bahawa projek berkenaan akan diteruskan oleh kerajaan pakatan Haprakan. FYI...ECRL ni adalah brain child DSNR masa dia jadi PM dulu.

      Rakyat Msia yang waras dah agak dah.... projek ini tidak mungkin akan dibatalkan memandangkan EPIC, CMC dan T7 Global adalah syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan di dalam ECRL.

      Mana mungkin T7 Global yang dimiliki oleh Vincent Tan dibatalkan. Bukan kah T7 Global ni macam anak emas si Vincent..yang dipupuknya sejak dari dulu dan ditatang macam minyak yang penuh ?????









      Jom ..kita sama2 menelusuri Urutan kronologi berkaitan projek ECRL ni bhai :

      23/19/2017 - T7 Global menandatangani MoU untuk projek ECRL.

      15/05/2018 - Vinceng Tan adalah merupakan pelabur utama T7 Global.

      23/06/2018 - Ah Beng umum projek ECRL diteruskan....setelah mendapat arahan dari kawan baik Vincent..iaitu Tun M...

      Kesimpulannya, bantuan untuk rakyat dimansuhkan atau dikurangkan...... janji kepentingan dan periuk nasi kroni dijaga dengan baik.


      Berikut adalah kenyataaan yang telah dikeluarkan oleh tokoh2 politik berkaitan ECRL :

      DS Najib Tun Razak, "Kos bina ECRL cecah RM55 billion."
      YB Nurul Izzah, "Kami Pakatann Harapan mampu buat dengan harga dua kali ganda jauh lebih murah. Najib seleweng duit Rakyat. Hidup! Hidup!"
      Tun Daim Zainuddin, "Selepas dikaji semula, kos ECRL mungkin mencevah RM66 billion."

      Persoalan yang maha besar di sini ialah...adakah ini semua salah Najib?????? Lu pikir lah sendiri bhai !!!!!

      keh..keh..keh..Harrrk..Tuiii...kikhkikoikhkik.


      Delete
  10. ...masaalahnya gua perasan, ada satu 'gelombang' yg sangat2 membenci anwar, bagi 'mereka', apa saja anwar cakap n buat, semuanya tak kena, cakap salah tak cakap pun salah, dan tengoklah nanti, anwar rehat, tak kena, tak rehat pun tak kena...sebenarnya benci dan sayang adalah fitrah kemanusiaan CUMA kepada 'mereka' yg berkenaan, kongsi, jelaskan kpd rakyat dgn fakta apa yg kena dan tak kena tersebut supaya rakyat blh membuat pertimbangan yg adil dan wajar !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang, pigi round jumpa Raja Raja tuh bukan salah tapi "tak kena", bak kata orang.

      Terutama Raja2 yang "tak sebulu" dengan Tun Mahathir, yang pernah keji dia. Umpama nya negeri yang ada Forest City merancang bawak masuk berjuta rakyat Cina kominis jadi penduduk tetap, lepas 10 tahun layak mohon kerakyatan negara ini.

      Yang bekas Menteri Nazri Aziz kata, "royalty should not dabble in politics". Yang saya sokong kata2 Nazri walau pun dia Umno warlord (mcm yang Nazri ngaku sendiri).

      Tentu lah depa yang sokong Tun M rasa ragu sikit tujuan buat gitu. Kot apa yang di kata "attempt at one-upmanship". Pernah dengor istilah itu?

      Delete
    2. Kalo berjuta rakyat Cina kominis menjadi penduduk tetap, akhir nya menjadi rakyat negara ini. Lintang pukang lah jumlah dan nisbah atau ratio Melayu:Cina. Maka cair lah kuasa Melayu di Johor, malah di seluruh negara. Gila, 2.8 juta orang tambah orang Cina.

      Mana tak nya berjuta - Tun Mahathir sebut Bloomberg laporkan rancangan Forest City membina 700,000 unit kediaman harga tinggi di tujukan kapada Cina kominis yang banyak duit.

      Purata 4 orang sekeluarga x 700,000 = 2.8 juta Cina kominis masuk, beb.

      Dahtu, kalo tak di beri taraf penduduk tetap, takkan depa mahu beli. Dah duduk tetap, memang peraturan megeresen lepas 10 tahun depa layak mohon kerakyatan.

      Dah mohon, kalo liat lulus pun ... tahu lah depa punya tamadun korapsi sejak 2,000 tahun dulu, di riakkan jongos2 di istana Maharaja China, apa yang di panggil "eunuch" - di potong kontol dan bola nya supaya tak mengacau gundek2 Maharaja. Betul, Bang, ada dalam buku sejarah China, Professor C.P Fitzgerald pengarang nya.

      Delete
  11. berpada pada lah pada pengampuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa kah gerangan nya yang sdr maksudkan?

      Najib dah tiada kuasa lagi, tidak perlu ampuan.

      Tun Mahathir memang dari zaman dia perintah 22 tahun dulu tidak perlu ampuan.

      Mengampu Anwar? Siapa agak nya punya buatan?

      berpada pada lah dengan komen tidak terang-an.

      Delete
    2. indrana...aku ada terbaca satu artikel berkaitan pentadbiran sesebuah negara. mengikut tulisan pakar politik dalam artikel tu, dia mengatakan.....Kalau nak tengok masa depan sesebuah negara, tengok aje ragam dan gelagat para menteri kebinetnya.
      kalau kita tengok bermacam kebodohan dan tindakan yang dilakukan mereka sejak 46 hari kerajaan pakatan Haprakan memerintah ni, maka kita boleh le buat andaian apa yg akan berlaku kepada negara/rakyat lima tahun akan datang.
      Terkenang hidup kita di era BN dulu, senang dan selesa menjalani kehidupan sehari- harian... Tanpa terpaksa menghadap gelagat badut para menteri PakarTurn yang tak kompeten dan pakar U-Turn dan Flip Flop ni.
      Nak buat mcm mana? Terima je le hingga 2023 nanti. Konpom..sesapa aje yang memangkah mereka ni dulu mesti berguling2 menyesal tak sudah2 ....termasuklah kau dan cai2 Haprak yang melambak2 kat sini kan..ngaku aje lah, tak payah malu2 ..orang kampung semua dah tau bhai !!!!!!

      keh..keh..keh..Harrrk..Tuiii..kihkikokikiokik,

      Delete
  12. The Third Force bewrsama2 dato Lokman Adam dah buat PC berkaitan penglibatan TS Zetti dan DS Shukri, Bos Macc dalam kes RM 2.6 Billion yang dikatakan dimasukkan dalam akaun DSNR dari Putera Arab tu. Pelikkan ...sampai sekarang mereka ni masih tak diambil keterangannya oleh PDRM. Kedua2 ni merupakan individu utama yang ada knowlwdge mendalam daalm kes ni. Konfom ..kalau mereka ni disoal siasat, rakyat Msia akan dapat maklumat yang sebenar2nya dalam kes tuduhan palsu terhadap DSNR tu. SPRM dan PDRM..jalankan tugas anda without fear or favour....kebenaran wajib didedahakan, waalupun pahit untuk ditelan. Konspirasi terhadap DSNR untuk mengaibkan nama baiknya wajib didedahkan..dan dalang2 termasuklah pentolnya didakwa dan disumbat dalam bamboo river Inn.

    PC tersebut juga mendedahkan harta dan duit berjumlah RM 300 juta yang disimpan di bank2 persisiran pantai luar negara oleh Azmin, isterinya , ahli keluarga serta
    kroni2nya. Money trail di daapti dari orang2 dalam bank2 yang berkaiatan dan laporan polis juga telah dibuat berkaitan isu tersebut. Dulu bukan main lagi ungkit harta DSZH yang didakwa berjumlah RM 200 juta..tengok..Azmin rembat lagi banyak. kesian kat rakyat Selangor..mati2 ingatkan mantan MB mereka ni bersih dan berintegriti..rupa2nya songlap harta rakyat selangor punyalah banyak.Diumpan dengan bonus 2 bulan..tapi rembat berratus2 kali ganda dari tu. Bingung lagi bangang betul lah sapa yang naikkan Jemin ni dulu...agak2nya dia orang ni kena manderam kaw2 punya tak, serupa kerbau balau kena cucuk hidung kot???

    Sekatrang Jemin dah pegang menteri hal ehwal ekonomi...Petronas, PNB, Khazanah . Felda , Tabung Haji..semua bawah dia..lagi gatal lah tangan untuk mencopet harta negara dan rakyat. Bijak betul lah madey lantik Jemin kat tempat tu..ntah2 dia nanti ada bahagiannya tak...25% ????? Saja tanya..jangan mare yeer !!!!!

    keh..keh..keh..Harrrk..Tuiii..kikihkikokikikik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuduh orang macam2... kalau berani buat laporan polis... PH tak akn lindungi sesiapa pun yg khianat pada rakyat dan negara. Pasal tuduhan dsnr tu tunggu ajelah bila dah siap nanti. GN ni sebenarnya tak sayang kt dsnr. Tak sabo nak tgk orang tua tu kena dakwa.

      Delete
    2. I...Apo ko bongoknya kau ni haaah??? kan laporan polis dah dibuat dan lepas tu baru diadakan PC tu. Sekarang yang rakyat nak tunggu apa tindakan pihak berkuasa yang selanjutnya..takkan lah nak diamkan aje kot..siasat tetap kena siasat, tak kiralah dia tu Bos MACC ke..atau conucil of emminet persons ke..atau menteri kabinet ke..hakikatnya nobody is above the the law. rule of law masih terpakai untuk semua macam yang selalu Madey gebangkan tu. kasik taram kaw2 sama dia orang semua..baru tau langit ni tinggi atau rendah bhai !!!!!

      keh..keh..keh..Harrrrk..Tuiii..ini khas untuk Ramly Ahmad..kikikikhkiokikihkikik....

      Delete
    3. Sape dia third force?...

      Delete
    4. najib baham 2.6 billion wang 1 mdb adekah zeti yg bersalah?...polis sprm dan bmm adalah petugas khas siasat 1 mdb yg dilantik oleh najib...kalo zeti zeti melakukan kesalahan dah lama zeti dikenakan tindakan....ape bodohnye Geng Najib..

      Delete
    5. Pemantau politik dan pihak yamg bertanggungjawab untuk check and balance serta menjadi ombudsman yang tersohor di MSia..pelik lah..takkan kau tak tau mengenai dia orang ni bhai ????? Baru keluar dari gua zaman batu ke haah ????

      keh..keh..keh..Harrrrk..Tuiii.kikhkikikoikik..

      Delete







    6. KBB dan sahabat2 sehidup semati ku sekelian....kau orang perasan tak tentang sikap kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak memerintah negara selepas menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14..mereka ternyata telah mewujudkan satu suasana tidak harmoni dan tegang dalam negara.

      Budaya yang dibawa oleh kerajaan baharu terutama yang ditunjukkan oleh menteri-menteri daripada DAP amat buruk dan boleh merosakkan negara.

      Sikap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang nampak berdendam dan menumpu pada mencapai agenda peribadi dan kroni menguatkan lagi suasana tidak harmoni ini.

      Sebagai kerajaan, kepimpinan baharu negara sepatutnya menjadi pemimpin kepada semua rakyat Malaysia dan tidak menganggap berjuta-juta pengundi yang tidak mengundi mereka sebagai musuh.

      Di sinilah beza antara politik dengan pentadbir negara yang kerjanya mentadbir dan mengurus negara tanpa mengambil kira pendirian politik.

      Memang pemimpin parti politik membawa dasar yang dipersetujui partinya tetapi sentimen politik tidak sepatutnya menguasai pentadbiran.

      Malangnya, kerajaan pimpinan Mahathir menunjukkan sikap dan permainan politik yang sangat tidak matang.

      Perangai ramai pemimpin dalam kerajaan PH menunjukkan mereka ialah orang parti lebih daripada orang kerajaan yang memerintah.

      Mungkin ramai yang tidak nampak tetapi nampaknya sasaran utama untuk “direformasi” (tetapi nampak seperti mahu disabotaj) ialah korporat-korporat yang dikuasai Melayu seperti TM dan Bernas.

      Sekarang telah nampak pula bayangan tindakan akan dikenakan pada penjawat awam termasuk akademik di institusi pengajian tinggi.

      Bila difikirkan, adakah ini hanya kebetulan kalau hakikatnya, taikun-taikun Cina seperti Robert Kuok, vincent tan dan Ting Tong dan ramai lagi ialah kroni Mahathir?

      Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak henti-henti mengeluarkan kenyataan bersifat negatif yang boleh memburukkan keadaan ekonomi negara.

      Bila sudah hampir setiap hari kenyataan negatif dikeluarkan, timbul persoalan sama ada beliau memang bodoh atau sengaja mengundang masalah untuk mensabotaj.

      Laporan media yang dikenali sebagai bukan media pro-UMNO sendiri melaporkan keadaan ekonomi yang semakin merosot sejak kerajaan baharu memerintah.

      Tidak dapat dinafikan lagi, kenyataan-kenyataan menteri sendiri seperti dakwaan hutang RM1 trilion telah mengundang reaksi negatif pasaran.

      Isu seperti ini mudah dijawab, dinafikan atau dimanipulasi oleh kerajaan PH dan tentera-tentera sibernya, sama seperti projek ECRL dan HSR yang sebelum ini dibatalkan.

      Sebelum ini, mereka bermati-matian mengatakan yang kedua-dua projek ini tidak bermanfaat dan tidak akan mendatangkan keuntungan.

      Mereka sebelum ini menyatakan pendirian ini sebagai muktamad, projek-projek pelaburan China ini merugikan dan tidak patut diteruskan.

      Tetapi sekarang projek ini diteruskan pula, selepas diubah-suai beberapa hal yang berkait dengan kepentingan korporat yang terlibat.

      Mana perginya hujah-hujah menafikan keperluan dan kebolehlaksanaan ECRL yang dipersembahkan dengan berapi-api sebelum ini?

      Kerajaan PH selepas lebih 50 hari memerintah masih menunjukkan perangi berpolitik tidak matang, dan terus disokong dan dilindungi oleh “macai-macai” mereka.

      Bukan sedikit yang merasakan politik balas dendam dan sabotaj sedang dijalankan oleh kerajaan PH.

      Akhirnya nanti, seperti yang berlaku pada ECRL baru semua sedar matlamatnya ialah kepentingan di kalangan mereka.

      Rakyat terus diperbodoh dan tertipu dengan sandiwara mereka yang bergantung pada manipulasi emosi. Sampai bila kita nak berdiam diri aje haah ????

      Delete
    7. Siapa sahabat sehidup semati kamu Geng Najib ??

      BN ...heee...heee...heee... sedang menuju keliang lahat .

      Yang tinggal hanya kamu saja Geng Najib .. teruskan menghiburkankan kami disini .

      Delete
    8. Siaoa yg telah melakukan kesalahan dan di lindongi kerajaan dahulu mesti di diambil tindakan oleh kerajaaan baru...kalo tak buat salah tak perlu takut..

      Delete
    9. Sedap beno tuduh orang bongok... yang mengata tu 3x lebih...mana ada laporannya... kalau cnp idea toyol selangor tu tak payahlah nk tunjuk kat sini...wuik....

      Delete
  13. cantik karangan lu beb..penglipur betul..tp kuat berkahak berludah..jijik..biadap..apo kono eh jang..torok bona.

    ReplyDelete
  14. Budin kata,

    "untuk membaiki kerosakan yang ditinggalkan oleh Najib dan BN, selepas Tun Mahathir nanti, hanya beliau yang mampu menggalas tanggungjawab itu."

    Saya khuatir sikit 1-2 perkara:

    - berapa pesat perhatian dan tindakan nya kapada menentukan semua pihak akan bertindak mengikut Perlembagaan negara (contoh nya dah selalu di sebut)

    - akan di giatkan nya atau tidak Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mengseimbangkan keadaan ekonomi dan pelajaran Melayu berbanding kaum Cina yang terkaya di negara ini.

    Yang Najib dulu tak pedulikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. isa3...kau perasan tak..Tun M ada cakap pasal bantuan wang sara hidup nelayan yang akan dihapuskan hari tu. Putrajaya tidak dapat mengekalkan dasar era BN kerana kekurangan dana yang diperlukan. Kerajaan terdahulu mampu beri kerana ianya duit yang dicuri...itu katanya lah.




      Kemudian, Menteri Pertanian Dan Asas Tani menafikan kenyataan Tun tu. Menteri Tomato ini berkata bantuan nelayan yang dihentikan adalah bantuan 'one off'. Kalaupun hendak menutup aib dan membodek Perdana Menteri yang telah membuat keputusan yang silap, Menteri Tomato perlulah bijak.

      Setahu rakyat marhaein macam aku ni, kalau 'one off' ianya bermaksud bantuan yang diberi sekali sahaja bergantung kepada keadaan bukan bantuan tetap secara harian, bulanan atau tahunan.

      Kita yakin dan percaya bahawa Perdana Menteri merujuk kepada bantuan bulanan namun Menteri Tomato cuba untuk mengurangkan rasa marah Rakyat terutama golongan nelayan dengan berlakon skrip drama sinetron.

      Kesimpulannya, sehari dua ini kita dihidangkan dengan beberapa keputusan 'flip flop' dari Kerajaan PH. Dari isu tukang masak asing, isu ECRL hinggalah kepada isu bantuan nelayan. Nak buat macam mana inilah Kerajaan yang dipilih oleh Macai Tomato yang haprak2 belaka. U-Turn dan Flip Flop dah jadi darah daging mereka.

      Macam juga kulasegaran yang pegang kementerian Buruh tu...hari tu beria2 cakap takde kompromi tentang tukang masak asing di restoran2 di Msia, me4sti ditamatkan sebelum Disember ni..tapi bila kena sergah dengan persatuan pengusaha2 restoran se Msia..terus kocot tolor dan kata itu hanya cadangan saja... patutnya dia ni dan menteri tomato tu masuk maharaja lawak mega aje tahun ni..konpom menang punya bhai !!!!!

      keh..keh..keh..Harrrk..Tuiii..kikikhkikokiokik..

      Delete
  15. Kengkwan semua..Berita gempak dan panas membara yang terkini....Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull didakwa bersubahat memerangkap Datuk Seri Najib Razak berhubung dana RM2.6 bilion.

    Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanahairku, Raggie Jessy mendakwa, bekas Perdana Menteri itu diaibkan apabila kesahihan sumbangan Kerajaan Arab Saudi itu dipertikaikan sedangkan Zeti mengetahui identiti pihak yang memindahkan dana tersebut.

    Raggie turut mendakwa sebaik sahaja Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd Shukri terus ‘dinaikkan pangkat’ daripada orang nombor dua SPRM kepada Ketua Pesuruhjaya.

    Fuhhh...ini bukan main2 punya dakwaan bebbb...siap telah dibuat laporan polis dan satu PC khas telah pun diadakan untuk clarifykan isu ni. Pendedahan sahih ni umpama bom jangka yang meledak negara...kita tunggu ajelah episod seterusnya bhai...mana mau lari haaah???

    ReplyDelete
    Replies
    1. WTF is this Raggie Jessie ?

      WTF is this Pergerakan Malaysiaku Tanahairku ?

      WTF is the Ketua ??

      Even Kepala Bapak Kau did not know there was million of dollars going into his account ??

      Isn't it the normal practice to appoint the number two to take position whereby the number one's service ended ?

      Didn't Kepala Bapak Kau appoint Fuzi to replace TS Kalut eventhough the number two TS Rashid is there ?? Didn't that surprised these WTF Raggie Jessy ?? What a hypocrite ??

      Delete
    2. Pak diny...apa2 hal pun, rasanya belum terlambat untuk menghulurkan 10 jari tangan dan kaki..memohon ampun dan maaf sempena syawal yang mulia ni...kosong..kosong yeer !!!!!

      Pak diny..perasan tak apa jawapan kak Wan, DPM kita bila ditanya media malay mail tentang penangkapan Siti Kassim dan Izzati oleh polis semalam...dia jawab tak tau langsung dan tak dapat aap2 maklumat berkitan insiden tu. Alasannya ..dia tengah sibuk menjaga DSAI yang sakit belakang tu sejak balik dari Turki, hingga tak mengetahui langsung apa yang berlaku dalam negara.

      Rakyat yang waras tidak mempertikaikan tanggungjawabnya menjaga suami..itu memanag penting sebaagi seorang isteri...tapi takkan ah dia tidak terfikir bahawa sebagai DPM, dia wajb juga mengambil berat apa yang berlaku kepada kedua2 wanita tersebut..apatah lagi dia adalah menteri yang menjaga hal ehwal wanita. Kak wan harus ingat dia juga ada tanggungjawab kepada rakyat. Yang peliknya..sebagai DPM, dia kan ada pembantu untuk inform apa2 peristiwa penting yang berlaku dalam negara..cthnya KSU kementeriannya tu. Atau pun kak Wan merasakan insiden tersbut tidak penting untuk diberikan perhatian ????

      tengok aje lah..the media has a field day bila Kak Wan tak tau berkaitan insiden tu..Headlinenya.." DPM is clueless about the two women who are detained by the Police today ". Lawak lah kalau semua menteri2 memberi jawapan yang sama seperti Kak Wan bila ditanya tentang sesuatu insiden penting dan signficant yang berlaku dalam negara....setuju tak Pak diny ???? Nanti diketawakan aje oleh rakyat marhaein macam saya dan Pak diny aje...macam mana lah orang2 macam ni boleh jadi menteri ...agak2nya layaknya mereka semua ni jadi menteri Passola di negara pasir Berdengung ajelah..kan Pak !!!!!!

      keh..keh..keh...Harrrrk..Tuuuiii..kikikhkikok.

      Delete
    3. Urusan penangkapan siti kassim urusan polis bawah Muhyidin...kenapa tak tanye muhyidin ato ketua polis negara?....kalo semua benda nak tanye Timbalan Perdana Menteri tak payahlah lantik menteri dlm negeri....bodooh benor ko geng najib...adakah setiap kes polis kena lapor kpd TPM?...

      Delete
    4. Yang tau semua hal adalah GN. Sayang TM tak lantik dia jadi penasihat negara macam masa dsnr...

      Delete
  16. Bro Ramly..Petani berkahak
    Tekak kering dah kurang dedak
    Masih lagi perangai perahak
    Cuci, polish montot Mak Badak!

    GN kata masa depan negara
    Nak tahu, tengok kabinet segera
    Memang betul kata si kera
    Perangai Klepto negara sengsara!

    Masa berkuasa Pemantau tak korek
    Pemimpin AmeNo masyuknya molek
    Diri sendiri perut dah terik
    Jilat bos tuah bergolek!

    Dah hilang kuasa semakin sasau
    Entah apa mahu dipantau
    Konon tajam nak jadi pisau
    Pakatan buat semua nak kuntau!

    Kakitangan bawahan ramai sengsara
    Hilang kerja nak tanggung keluarga
    Ada yg susah, Pemantau beraya
    Asyik memantau, kakitangan tak jaga!

    Masih mahu meninggi diri
    Jawatan politik Jibbo dah beri
    Kakitangan bawahan ditinggal sendiri
    Dia sendawa menjilat menteri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro fan tun..maaf cakaplh .pasal tulh parti puaka dah x layak ujud lg..tumbuhbesar ahlinya rosak..tu contoh tu GN..x senonoh..biadap..kurang ajar..pengotor..dtegur menjadi3 perangai jijiknya..sia2 cerdik betullh...hahahkepla babak dia betulhlh..

      Delete
  17. Saya pernah memberi komen mengenai DSAI dan pengampunan pada 14 November 2016 di blog Putra Merdeka. Saya kira apa yang saya lontarkan hampir 2 tahun lalu amat relevan dengan keadaan semasa DSAI ini.

    Saya tidak berniat untuk mempertikaikan rakan-rakan lain yang berpendapat sebaliknya, melainkan hanya mahu kongsi apa yang pernah saya kongsikan hampir 2 tahun lalu.

    -----------------------


    john doe14 November 2016 4:00 PTG

    Salam rakan2.

    Sebenarnya saya ingat nak skip bg komen pada entry berikutnya slps entry sblm ini kerana kesibukan. Tapi disebabkan tajuk entry ini penting, maka saya curi juga masa suntuk saya utk beri komen. 

    Sejujurnya kali ini saya post tanpa membaca isi, hanya melihat tajuk sahaja disebabkan time constrain. 

    Frankly speaking:-

    1. Saya memahami bahawa apabila ada dua keburukan maka di atas prinsip dharurat maka boleh saja memilih dharurat yg lebih kecil. Maka saya tidak membantah menjadikan DAP sbg sekutu kerana UMNO-Najib lebih banyak kerosakannya. 

    2. Saya juga memahami bahawa di dalam peperangan kekadang kita perlu membebaskan tahanan disebabkan kita perlukan khidmat tahanan itu yang handal skil perangnya untuk berperang dgn musuh yg lebih besar dan lebih mengancam. Kadang2 kita perlu bersetuju untuk membebaskan tahanan itu sekiranya kita menang untuk membuatkan pengikutnya bersetuju menyertai peperangan itu. Maka Anwar kini adalah tahanan sebegitu. 

    Tapi sekiranya kita membebaskan Anwar tanpa melalui rule of Law maka kita pun akan jadi sama seperti Najib. Harap kita tidak hantar mesej yg salah. 

    Mahu bebaskan Anwar? Boleh, tapi mestilah melalui rule of laws, law of the nation and law of God. Begini:-

    1. Dia mestilah dibebaskan melalui pengampunan dan bukan undo sabitan salahnya. Dia tetap hilang kelayakan sbg ahli parlimen utk tempoh tertentu. 

    2. Saiful mestilah dibayar semacam wang diyyat berharga 1 juta (nilaian semasa 100 ekor unta) sbg saguhati. Saiful juga diberi pilihan memilih tidak kurang 10 organisasi kebajikan untuk menerima bedakan lagi 1 juta. Wang tebusan ini mestilah bukan dari dana awam. 

    3. Pembebasan Anuar melalui pengampunan diraja dgn consent saiful. Ini wajib. 

    Saya percaya wang diyyat ini boleh melembutkan hati saiful utk memberikan consentnya. Dgn adanya pihak lain akan terima kebaikannya, maka lebih mudah melunakkan hatinya untuk mengampunkan Anwar. 

    Pemberian wang kpd Saiful utk pengampunan ini bukan rasuah dan bukan dedak. Ia adalah qias kpd konsep diyyat. Celakalah sesiapa yang mengatakan ia rasuah atau dedak padahal ia wujud dalam qisas. 

    Dengan berbuat demikian semua pihak akan mendapat rahmat, win-win. Anwar bebas, dapat bantu jatuhkan Najib yang lebih merosakkan (pembebasan ini pun hanya mgkn selepas Najib jatuh), Saiful diberi kelegaan dan dipujuk hatinya, dan bbrp pihak yang mendapat manfaatnya akan turut gembira. 

    (Bersambung)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...(Sambungan)

      Kepada Anwar dan keluarga pula, bersyukurlah, jangan demand lebih daripada apa yang anda layak secara legal dan secara moral. Sekiranya anda berkeras mahukan lebih dan mahukan juga kerusi PM, bahkan kerusi MP pun, semoga Allah melakukan 'direct intervention' menghalangnya drpd berlaku. Mengambil kira umur anda, ia sangatlah berkemungkinan. 

      Sebelum para pendedak bersorak nak gunakan posting saya sbg modal menghentam Tun M dll di atas persetujuan utk bebaskan Anwar, ingatlah Khir Toyo drpd UMNO telah lebih dahulu dibebaskan dgn syarat2 tertentu sebelum tamat tempoh hukuman. 

      Berbeza dgn kes Khir Toyo, kes Anwar dan Saiful ini lebih berhak lagi dilepaskan dgn wang tebusan memandangkan ia tiada kepentingan awam. Ia juga boleh diqiaksan kpd diyyat di dalam hukum qisas. 

      Jom renungkan sebentar ciri2 pemimpin yang diperlukan untuk mencapai negara yang baik dan Tuhan yang Pengampun:-

      "Dan sesungguhnya telah Kami tuliskan di dalam Zabur sesudah peringatan; bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba2Ku yang soleh. Dan sesungguhnya di dalam ini (AlQuran) cukup untuk kaum yang beribadat (kepada Allah). Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk memberi rahmat ke seluruh alam".

      Allah dah janjikan sampai masanya bumi ini akan tetap ditadbir oleh hamba2Nya yang soleh. In shaa Allah lepas jatuhnya Najib kita dapatlah seseorang yang punya ciri2 ini, barulah semua merasakan rahmatNya. Mcm analogi saya beri apabila Anwar dibebaskan dan saiful diberi saguhati, dan pihak2 lain turut dapat menumpangnya. Bukankah ini rahmat kepada semua pihak? 

      Inilah pendapat saya. 

      Wallahu a'lam

      Delete

    2. Monday, May 10, 2010
      Kes Liwat 2 : Saiful mengaku Najib terlibat

      Sebagai rakyat yang waras dan cintakan keadilan, hanya rasa syukur ke hadrat Allah SWT kita panjatkan kerana kebenaran pasti terserlah. Akhirnya Saiful Bahri Azlan mengaku dalam mahkamah bahawa Najib terlibat dalam konspirasi untuk menjatuh dan mengaibkan Anwar Ibrahim melalui kes Liwat 2 ini.

      Anwar: Saiful sahkan Najib terlibat

      KUALA LUMPUR, 10 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersyukur ekoran Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku bertemu Datuk Seri Najib sebelum membuat laporan polis.

      "Hari ini saya bersyukur kerana kita dapat sahkan penglibatan Najib yang diakui Saiful bertemu beliau empat hari sebelum laporan polis dibuat," katanya di luar mahkamah hari ini.

      Dalam perbicaraan kes liwat ll Anwar hari ini, Saiful berkata dia berjumpa Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.

      Saiful juga memberitahu dia kemudiannya berjumpa ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun.

      "Pegawai kanan polis panggil di satu hotel terkemuka untuk adakan perbincangan sebelum laporan dibuat.

      "Itu yang Karpal tekankan penglibatan dan konspirasi melibatkan Najib," katanya.

      Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut melahirkan rasa tidak puas hati ekoran kegagalan pihak pendakwa yang begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

      "Pertama kali dalam sejarah kes jenayah, nama saksi tidak diberikan, sampai sekarang pendakwa gagal mengemukakan nama saksi.

      "Ini seperti mana yang kita sebut satu kelainan. Bila masuk kes Anwar memang ada kelainan," katanya lagi.

      Ketika prosiding bermula pagi tadi, peguam bela utama, Karpal Singh, memohon mendapatkan senarai nama saksi daripada pihak pendakwaan tetapi ini tidak dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

      Selepas Karpal menyoal Saiful selama 45 minit, beliau membuat satu lagi permohonan iaitu bagi mendapatkan semua keterangan bertulis daripada polis.

      Hakim menangguhkan perbicaraan jam 12.30 tengahari tadi dan akan disambung jam 9 pagi esok.

      Penangguhan itu dipohon Karpal Singh untuk membuat penghujahan penuh bagi mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.- harakahdaily

      Delete
    3. Ini laporan Harakahdaily tidak di tulis dengan teratur.

      Tidak memberi keterangan yang terang dan logik. Begitu lah keadaan dengan PAS. Kes saman hal RM90 juta pun tak tahu mcm mana sekang.

      Laporan itu kata "Saiful mengaku dalam mahkamah bahawa Najib terlibat dalam konspirasi untuk menjatuh dan mengaibkan Anwar .."

      Terlibat mcm mana? Dengan cara "bertemu beliau empat hari sebelum laporan polis dibuat"? Tarak sebut arahkan itu ini ke, ha nya "bertemu"? Bukti apa macam itu?

      "Itu yang Karpal tekankan penglibatan dan konspirasi melibatkan Najib," katanya. Konspirasi apa? Konspirasi berjumpa? Nak tanya Karpal pun, dia dah mati. Bukti apa sabenar nya tak ckp.

      Susah lah nak harapkan dapat fakta dari Harakahdaily. Gua pun tak suka Najib. Tapi ckp ada "bukti", tak terang apa sebenar nya, camna nak caya.

      Delete
  18. Grateful For Royal Pardon, But Anwar Yearns To See Civil Justice Also In His Case

    13 June 2018 28
    Invited to speak at London’s Doughty Street Chambers, famous for its human rights focus, Anwar Ibrahim today stunned his audience by revealing that he has requested the firm to continue with the case they had drawn in his defence – even though he has now been fully pardoned and exonerated by the King.

    “I want to have [my case] set out and reviewed in court and to have it judged purely on the principles of law – this would show the beginning of the rule of justice in Malaysia”, he explained.

    Head of Chambers, Geoffrey Robinson introduces Anwar
    Head of Chambers, Geoffrey Robinson introduces Anwar

    Opening the discussion on ‘The Future of the Rule of Law In Malaysia’, David Bentley QC told the audience how their chambers had been approached last year to attempt one last review of Anwar’s case, in order to see if there remained any legal channels in Malaysia to overturn the verdict.

    He explained that the situation had presented itself as bleak, not least because Malaysia lacks provisions for oversight review by the Federal/supreme court to make sure justice has been served. He said this meant that the Federal Court could not be requested to re-open the case.

    David Bentley said that his team had also been troubled by the fact that, unlike for example in the UK, an acquittal in a criminal case could be challenged by the prosecution, as had taken place in Anwar’s situation.

    Anwar had been found not guilty by a High Court judge, Bentley pointed out, on the grounds that the crucial DNA evidence used against him had been shown to be suspect and inadequate by two eminent Australian scientific experts. In normal circumstances this ought to have been the end of any criminal prosecution and indeed the Malaysian High Court judge had deemed it so.

    However, when the case was unsually sent upwards to first the Appeal Court and then Federal Court, the London lawyers said they were dismayed to discover that the evidence of the respected scientists had been ridiculed and dismissed by the higher judges. In one ruling the DNA experts were described as “armchair observers”, said Bentley, for reasons that were not clarified.

    For this reason the team from Doughty Chambers had constructed a last ditch challenge condemning the ill-informed scientific basis of the later rulings (where the judges had not themselves heard the expert evidcence). Even so, they acknowledged that to obtain an order to re-open matters would be a cutting edge achievement in terms of Malaysian law.

    The Doughty Chambers team produced their papers at the start of the year, but then found themselves over-taken by events on May 9th – for which they were delighted.

    Doughty Street team - David Bentley QC and barrister Jen Robinson
    Doughty Street team – David Bentley QC and barrister Jen Robinson

    Anwar then spoke about his situation, pointing out that many others have suffered under archaic legal processes in Malaysia, which he as a politician has had a unique advantage of viewing first hand (by virtue of joining them in prison).

    He made clear that he has become a passionate advocate for prison and penal reform as a result, which brought several rounds of claps.

    He spoke passionately about his relief at the words of the Agong, who had assured him that the pardon had been granted not because he had the power to do so, but because of his personal and sincere belief that Anwar’s case was a travesty, so he wanted to reverse a miscarriage of justice.

    It was for this reason that he was granted not merely a pardon, but a total exoneration from all charges.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar is a very determined man. He has already got a royal pardon, exonerating him of his sodomy charges. He now wants to be exonerated by the court.

      The Najib-appointed/ tenure-extended Chief Justice and Appeal Court President had been asked to retire. And had retired.

      Anwar has a lot of money, too. The British lawyers are not cheap. Higher costs when defending in Malaysian courts.

      But, because it's his personal matter, let him. And wish him luck.

      Delete
    2. Pity the man having persistent back and shoulder aches problem.

      And his Dr wife is a dentist, not a medical doctor to help him medically in any way. (I googled quite a bit but no mention of her being a dentist, though I now do remember dentist being mentioned in a comment some time back).

      Yes, under the circumstances of experiencing acute pain now and again, I agree with Budin that Anwar should take more rest and not exert himself physically.

      Mentally, too, I suppose. Presuming that whatever perception of pain we human beings experience first occurs in the brain, in the mind.

      Delete
  19. geng najib sudah u turn.....dulu cakap wala dengan pemimpin pilhan rakyat....

    sekarang sudah tunggeng......

    hakkk ptuiiii

    ReplyDelete
  20. Dia jadi PM melingkupkan semula Malaysia .Najib gadaikan malMalay kat China ,Dia akan gadaikan Malaysia kat IMF

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...