Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kini sah bertanding mencabar Zahid Hamidi bagi jawatan Presiden UMNO.
Kesediaan beliau bertanding merupakan peluang terbaik untuk UMNO memulihkan imejnya dan memberi harapan memenangi PRU15 akan datang.
Kali terakhir UMNO membenarkan pertandingan bagi jawatan Presiden UMNO ialah pada 1987 di mana ketika itu Ku Li bertanding menentang Tun Mahathir Mohamad dan beliau kalah dengan kekurangan 43 undi.
Selepas itu, tidak pernah ada lagi pertandingan bagi jawatan tertinggi UMNO. Secara kebetulan, setelah UMNO hilang kuasa dan BN kalah pilihanraya pada 9 Mei lalu, pertandingan jawatan tertinggi dibuka semula dan Ku Li sekali kali kembali dengan langkah untuk menduduki kerusi Presiden UMNO yang gagal digenggamnya sebelum ini.
Jika UMNO ingin memberi cabaran kepada Pakatan Harapan dan mungkin mempunyai peluang untuk menang pilihanraya dalam tempoh lima tahun akan datang, Ku Lilah orang yang sesuai menggalas tanggungjawab tersebut.
Harus diingat bahawa sebab utama kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya lalu ialah Najib Razak. Beban beliau sekurang-kurangnya menyumbang 70 peratus kepada punca kekalahan itu.
Jika dalam pilihanraya lalu bukan Najib yang menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, kekalahan BN barangkali dapat dielakkan. Tetapi, apa kan daya, semuanya sudah terlambat.
Lantaran itu, kalahnya UMNO dan BN bukan saja harus diletakkan beban pertanggungjawabannya kepada Najib, tetapi juga kepada pemimpin-pemimpin kanan UMNO yang menyokong sepenuh hati kepada bekas Perdana Menteri itu.
Oleh kerana Zahid Hamidi yang merupakan orang nombor dua dalam parti dan kerajaan ketika kalahnya UMNO dan BN, malah beliau juga dilihat mempunyai DNA Najib yang pekat kerana karier politiknya bermula dengan menjadi Setiausaha Politik bekas Perdana Menteri terburuk dalam sejarah negara itu, beliau sepatutnya turut mengundurkan diri bersama-sama dengan Najib.
Rakyat dan pengundi sudah terlalu benci kepada Najib dan telah menolaknya dalam pilihanraya yang lalu. Bermakna, sekiranya Zahid Hamidi yang akan menerajui UMNO, DNA Najib akan terus kekal berada dalam parti itu.
Adalah mustahil, setelah rakyat menolak Najib, mereka kemudiannya sedia memilih Zahid Hamidi yang merupakan orang paling rapat kepada bekas Perdana Menteri tersebut.
Oleh kerana Zahid Hamidi dilihat bakal bergandingan dengan Annuar Musa, manakala Ku Li dengan Mohamad Hassan bagi pertandingan kali ini, imej team Zahid/Annuar terlihat lebih buruk di mata umum kerana kedua-duanya adalah penyokong kuat, pengampu dan pembodek Najib sebelum ini.
Untuk memberi ruang dan peluang yang terbuka kepada kemenangan, Presiden UMNO dan Timbalan Presidennya mestilah mereka yang jauh atau bebas daripada DNA Najib.
Ku Li bukan saja mempunyai imej yang bersih, malah paling sesuai untuk berhadapan dengan Tun Mahathir atau Anwar Ibrahim dalam pilihanraya umum akan datang.
Sebaliknya, Zahid Hamidi hanyalah "budak mentah" yang tiada taring dan tidak mampu menggamit sokongan rakyat pelbagai lapisan jika mahu berhadapan dengan Tun Mahathir atau Anwar.
UMNO sudah kalah dan BN telah kehilangan kuasa. Kesediaan Ku Li menawarkan diri bertanding Presiden UMNO bukan saja patut dialu-alukan, bahkan seharusnya diberikan kemenangan oleh seluruh perwakilan UMNO jika mereka mahu "ada sinar di hujung terowong" untuk parti itu kembali berkuasa semula.
Mengenepikan Ku Li dan memenangkan Zahid Hamidi hanya menjadikan UMNO akan menuju "jalan mati" dalam perjuangannya mencari kemenangan. Sebagaimana rakyat menolak Najib, mereka juga akan menolak pemimpin yang ada DNA Najib.
Malah, satu-satunya yang akan tersenyum lega jika Zahid Hamidi menjadi Presiden UMNO hanyalah Anwar Ibrahim yang bakal menjadi Perdana Menteri ke-8 kerana dengan ketidakmampuan Zahid Hamidi itu, beliau mampu berada lebih lama lagi menguasai Putrajaya. (ShahbudinHusin 16/06/2018).
once a ku li always a coolie
ReplyDeleteselamat hari raya Mohamed Nor.
DeleteDS WAN AZIZAH - PM KE 8
Saya merasakan adanya keperluan untuk Tun M menyerahkan jawatan kepada DS Azizah secepat mungkin atas faktor-faktor berikut:
1. Tun perlu ada untuk membimbing pengganti beliau dalam situasi pekerjaan dan tugas sebenar (On the job Training).
2. Beliau boleh menumpukan kepada usaha menarik pelaburan luar.
3. Beliau lebih diperlukan di Majlis Tertinggi Kepemimpinan PH (MTKPH) untuk merangka dasar bersama 3 pemimpin utama parti komponen. Dasar yang dirangka disini adalah untuk sepuluh atau dua puluh tahun akan datang, iaitu membina satu wawasan baru untuk generasi akan datang disamping mengukuhkan kerajaan sedia-ada.
4. Kebijaksanaan Tun perlu digunakan semaksima mungkin di MTKPH dan sekiranya beliau masih ditugaskan untuk menjalankan pentadbiran (iaitu sebagai PM) maka ini akan membazirkan masa dan kebolehan beliau untuk perkara yang lebih utama.
5. Beban tugas sebagai PM akan menyekat kreativiti Tun untuk melahirkan idea-idea yang lebih hebat kerana kesibukan dan keletihan.
6. Kesimpulannya peranan Tun M perlu lebih besar dari sekadar PM. Berikan Tun ruang untuk berkarya.......
------------------------------------------
Saya mencadangkan DS Azizah sebagai pengganti beliau atas faktor-faktor berikut:
1. Beliau berpengalaman selama hampir 20 tahun menggerakkan kumpulan pembangkang hingga menjadi sebuah kerajaan.
2. Kejayaan beliau sebagai pemimpin dan menjadikan PKR sebagai parti yang kuat perlu diiktiraf dan disanjung tinggi.
3. Beliau berpengalaman menjadi ketua pembangkang iaitu sebanyak dua kali.
4. DS Azizah mungkin akan menjadi PM yang jujur serta boleh mengikut nasihat Majlis Tertinggi Kepemimpinan PH. Pengganti Tun yang lepas-lepas semuanya gagal untuk menggalas tugas dengan jujur serta amanah dan pada pandangan saya DS Azizah adalah pemimpin yang bersih dan boleh diharapkan.
Beliau akan menjalankan tugas selama dua penggal dan MTKPH akan membimbing beliau.
DS Azizah bukanlah boleh digelar wanita besi, tapi beliau berjaya dalam perjuangan dengan kelembutan, beliau adalah ikon wanita negara dan perlu diletakkan ditempat yang sewajarnya. Sekiranya beliau seorang lelaki saya pasti kita tidak teragak-agak untuk melantik beliau sebagai PM.
Saya berpandangan cadangan ini pasti dipersetujui oleh ahli dan pemimpin PKR yang telah berbelas tahun bertungkus lumus bersama DS Azizah. Sekiranya ini berlaku ianya juga menjadi satu pengiktirafan oleh seluruh kepimpinan PH terhadap perjuangan dan pengorbanan DS Azizah.
Sekiranya YB lain yang dilantik saya pasti apa yang dilakukan oleh Tun sekarang akan hancur semula seperti yang terjadi pada pemerintahan Tun Abdullah dan Tun Najib.
Diharapkan kali ini Tun dapat menghadiahkan buat kita pengganti yang terbaik yang mana sebelum ini beliau gagal lakukan.........
Kamu rasa sesorang le. Aku Tak setuju dgn cadangan kamu WAN AZIZAH PM KE 8. Aku fikir tak ramai yang setuju dengan kamu.
DeleteBang Non akan mengamuk kalo cadangkan itu kpd dia. Mana boleh dia terima. Isteri dia PM pulak. Dia dah tunggu nak jadi PM sejak 20 tahun dulu.
DeleteSekiranya pada PRU 15 nanti:
1. Tengku Razaleigh - Presiden UMNO dan Pengerusi BN
2. DS Anwar Ibrahim - Presiden Pakatan Harapan
SIAPA YANG AKAN ANDA PILIH UNTUK MENJADI PM..................
Nak tengok keadaan 5 tahun akan datang. Kalo Tun Mahathir dah dapat pulihkan keadaan yang Najib rosakkan, dan giatkan DEB hingga nampak kesan yng memuaskan, boleh undi PH bawah bang Non kot. Kalo tak, Anwar cepat pegang jawatan PM, gua abstain from voting.
DeleteTengku Razaleigh mesti tak berani atau segan nak pinda Perlembagaan bagi menentukan Raja Raja ikut Perlembagaan spt "bertindak di atas nasihat PM" atau MB. So, he's out from my choice. Lagi pun, tak yakin dia boleh kikis korapsi antara orang Umno dengan banyak.
Wow. U r damn right sir. Najib x bertanding ka. Dok sibuk tulis dlm fb promote diri sendiri.
DeleteKami memilih PH bro..andai kata anwar umur x pnjg serta pergolakan tiada ankara anasir luar atau dlmn..sesiapa pun yg mampu..berwibawa..ada rasa denyutan nadi rakyat..maka itulh pilihan kami..PH!
DeleteAs for umno..we ve a simple word goes by saying...
...bye..byebyee
Itulah standard pembesar UMNO. Dah terhantuk masih enggan terngadah. Dah tersungkur tersembam baru nak terngadah itupun masih tak muhasabah.
ReplyDeletewak jahid...pencen la.....
ReplyDeleteKu Li dah tukar knee cap ke? Dah taruh minyak pelicin baru di kepala lutut ke?
ReplyDeleteZaman dia Menteri Kewangan dulu, itu masalah besor kpd dia.
Kalo tak, jalan dengkot le dia ke mesyuarat Umno dsb nya. Kot kena pimpin. Amacam nak mimpin.
Ku Li ni peribadi politic yang tak berisi intelek wibawa atau moral yang tinggi sebagai mana is suka di sanjungi orang ramai.
DeleteMasa umno Ahjibgor membabi gila merampas Negara, Ku Li tu semacam tikus cari makan di trip sawah padi saje.
Kalau orang dah tak suka... tak perlulah menyorong2 pipi suruh orang cium... baiklah dszh berehat dulu dan mmuhasabah diri... bagilah ku li cuci dulu umno tu....
ReplyDeleteNak cium, cari Bang Non le.
DeleteDia dah sibuk ke Englaaaaand. Tak kisah Hari Raya nampak nya.
Keluor di BBC di interbiu pemberita pompuan, asal orang Scotland, cakap Inggeris bunyi mcm orang Jawa tuh. Lebih baik sikit dari Wak Jahit.
TPM Wan Jijah kena ambik alih tugas bersalam dengan hadirin Rumah Terbuka di Putrajya bila Tun M dah salam dengan 55,000 orang. Kot Bang Non dah jangka akan ada keadaan tak sesuai bagi nya kalo dia ada di negara ini Hari Raya.
Tapi Bang Non boleh jalankan tugas menanding, menepis dan membalas tuduhan Ku Li ke atas gomen PH kalau Ku Li jadi Presiden Umno.
Kalau orang dah tak suka... tak perlulah menyorong2 pipi suruh orang cium... baiklah dszh berehat dulu dan mmuhasabah diri... bagilah ku li cuci dulu umno tu....
ReplyDeletePm ke 8 insyaallah DSAI
ReplyDeleteMana mungkin Raayat akan menyokong lagi Gerombolan Perompak yg masih ada di atas kepimpinan UMNO sana. Raayat seluruhnya samaada PH atau UMNO masih sgar dalam ingatan SIAPAKAH yang menyokong Gerombolan Perompak selama berpuluh tahun, 5 tahun belum mencukupi untuk menyelesaikan permasalahan yg di bawa semasa mereka di persada kuasa, dan sebahagian harta rompakan masih ditangan mereka untuk di gunakan bersama kalangan perompak2 yang masih bertaburan serana dunia. Bakal berlaku peristiwa malang kedua untuk Negara, jika dibiarkan mereka kembali berkuasa. Misti ingat semua, sekali merasai duit senang hasil rompakan, apakan semudah itu mereka akan melupai cara2 nak merompak? dah rasa darah, akan jadi Cannibalism selamanya, raayat menebus Negara ini dengan darah perjuangan makanya tidak semudah itu kita akan biarkan mereka mengulangi rompakan ini. Apakan Md Hassan perangai yg mengajar ahli2 jadi gangster, juga dituduh menipu sewaktu PRU, atau Anuar Musa dalam kes yg melingkupkan duit MARA, atau Zahid Hamidi yg ada beratus juta, akan mudah kita tundukan mereka jika kembali berkuasa?
ReplyDeleteWAWI adalah kepimpinan gandingan untuk Raayat, dimana beliau dari awal lagi yg mensyarahkan pada Raayat akan perubahan kuasa yg disepakati. Cuma yg berhati penyokong tegar UMNO atau PAS yg sememangnya tidak berani berhadapan dgn DSAI cuba melagakan aturan perubahan KUASA yg sudah di persetujui dalam PH. InsyaAllah kejahatan hasil upahan murah akan juga ditumpaskan Raayat. Dah letih WAWI menjelaskan dan memberi pandangan kematangan pimpinan PH, rupa2nya masih ada yg mendapat upah kerja kotor melaga2kan aturan ini, untuk apa mereka cuba? sedangkan hasrat Raayat majoriti adalah menyokong PH serta aturan yg sudah pi sepakati Pimpinan PH.
Begitulah pandangan saya, Semoga Raayat matang yg Allah Redhoi, mendoakan kemenangan PH seterusnya sahingga semua termasuk perompak2 akan kembali menerima menafaat dibawah naungan Kerajaan yg Adil lagi Mendapat Keredhoan, sementara menunggu KEADILAN MAHKAMAH JIKA KESALAHAN MEREKA SUDAH DI BUKTIKAN, pandai2la sorok jika ada... atau pandai2la belajar menjadi banduan terpuji didalam sana, jika nak tahu caranya tanyakah DSAI how?
Ku Li isteri nya Cina. Sama ada isteri nya mengikut cara hidup dan praktikkan budaya Melayu sepenuh nya tidak di ketahui.
ReplyDeleteKalau tidak, ada lah janggal Ku Li mahu memimpin Umno. Sebab Umno ada lah Melayu sepenuh nya. Bukan sahaja dari segi cara hidup, juga cara memikir, bertindak dan keseluruhan nya. Umno melindungi, mempertahankan dan memajukan hak dan kepentingan Melayu dari a ke z.
Isterinya dah meninggal 2015 bro
DeleteTuan Budin masih sayang sama UMNO ke...?
ReplyDeletePendapat peribadi saya - pedulikan mereka lah.
Suka hati dioranglah apa yg mereka nak buat dalam kelambu mereka...
#SayaFokusKepadaBinaSemulaNegara
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMelihat keadaan UmNo hari ini saya percaya bahawa Ku Li akan kalah di tangan Zahid.
DeleteSebab UmNo di era Najib sudah menganut fahaman Cash Is King. Sesiapa sahaja yang datang selepasnya takkan dapat mengubah mahupun mengubati sakit UmNo ini.
Tengku Razaleigh hanya ada idealisme semata-mata dan bermula dari era Najib idealisme adalah satu idea yang pelik di dalam UmNo, dan yang berkuasa adalah wang.
Selepas era Najib UmNo benar-benar tak mampu dipulihkan dari dalam lagi.
Ku Li akan menyedarinya tak lama lagi.