Friday 23 May 2014

Tindakan Tidak Bijaksana Pemuda UMNO 'Membunuh' Calon BN Di Teluk Intan


Ekoran tindakan ADUN DAP Seri Delima, R.S.N Rayer yang menggelarkan "UMNO celaka", Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan pada hari semalam telah mengadakan demonstrasi yang agak ganas di hadapan ibu pejabat DAP sebagai tanda bantahan. Kumpulan ini bukan saja membawa sepanduk yang mengecam DAP dan Rayer tetapi juga bertindak merosakkan papan tanda besar berlambangkan roket kepunyaan parti itu.

Lebih dari itu, mereka juga mengugut mahu membakar-hanguskan ibu pejabat DAP jika perkara yang sama berulang lagi di masa hadapan.

Selain mengadakan aksi demonstrasi dengan membawa imej marah, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafi yang mengetuai kumpulan itu turut bertemu dengan wakil DAP untuk menyatakan bantahan mereka dan menyerahkan memorandum. Bagaimanapun, memorandum yang mahu diserahkan itu kemudiannya dikoyakkan dan dicampakkan ke lantai.

Dengan kemarahan yang masih belum reda, dalam pertemuan dengan wakil DAP yang diketuai oleh Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming itu, Mohd Razlan juga terus meluahkan kemarahan dan maki hamunnya tanpa membenarkan wakil DAP itu menjawab atau memberi apa-apa penjelasan. Ong Kian Ming hanya diminta diam dan mendengar saja bebelannya.

Tetapi, walaupun Ong Kian Ming adalah seorang Ahli Parlimen, beliau kelihatan tenang dan senyum saja.

Tindakan Pemuda Wilayah Persekutuan itu menimbulkan perdebatan di mana ada yang memuji keberanian dan kelantanganya dan ada pula yang menyifatkannya keterlaluan. Keterlaluan bukan saja melalui tindakan merosakkan papan tanda dan membebel tanpa membenarkan orang lain menjawab, berhujah dan memberi penjelasan tetapi juga kerana mengoyakkan memorandum itu.

Buat apa menyiapkan dan membawa memorandum jika akhirnya hanya dikoyakkan?

Secara umumnya, kalau pun mahu dikatakan tindakan itu suatu bentuk keberanian, ia bolehlah juga dianggap demikian. Tetapi ia mungkin keberanian tahap empat saja kerana dipenuhi emosi dan tidak disertai dengan kebijaksanaan. Politik bukanlah seni yang memerlukan keberanian semata-mata tetapi akal dan kebijaksanaanlah yang selalu meletakkan seseorang itu di depan.

Ada ahli politik yang kelihatan diam, tetapi oleh kerana dia bijaksana maka dia sering mendapat tempat, kedudukan dan disanjung. Mereka ini bertindak hanya di ketika kebijaksanaannya dapat ditonjolkan saja. Ada pula pemimpin yang berani dan bijaksana, dan golongan ini sentiasa mendapat tempat, kedudukan dan pujian. Tetapi pemimpin yang hanya berani dan tidak bijaksana, selalunya hanya umpama daun kari saja. Ia hanya untuk perhiasan dan hampir dalam semua keadaan akan diketepikan akhirnya.

Tidaklah salah mengadakan demonstasi dan meluahkan kemarahan kerana ia memang lumrah dan dibenarkan oleh undang-undang tetapi bukankah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sendiri selalu berkata, politik adalah berkaitan dengan kekuatan ilmu dan berhujah?

Setelah berdemo dan meluahkan kemarahan, kenapa pula tidak berani berhujah dan hanya mahu wakil DAP itu diam saja? Kenapa juga memorandum itu tidak diserahkan dengan baik?

Kalau yakin dengan kebenaran, kenapa pula takut dengan jawapan?

Dalam banyak demonstrasi sebelum ini, baik di hadapan Kedutaan Amerika, Australia, Great Britain dan sebagainya yang diketuai oleh KJ sebelum ini, walaupun beliau juga beraksi dengan gaya marah dan darah yang sedang meluap-luap, tetapi memorandum tidak pernah dikoyak atau dicampakkan. Ini kerana memorandum adalah isi hati yang mengandungi hujah dan fakta yang menggambarkan ketinggian akal fikiran seseorang atau sesebuah parti dalam isu yang diperjuangkan.

Bagaimana perasaan kita mahu dibaca dan difahami oleh pihak lain jika memorandum pun dikoyakkan yang seolah-olah ianya tidak mahu dibaca?

Dalam masa yang sama, aksi demonstrasi ini juga diadakan ketika suasana kempen pilihanraya di Bukit Gelugor dan Teluk Intan. Sudah tentulah aksi tersebut memberi gambaran yang kurang baik mengenai UMNO kepada pengundi Cina, pengundi Melayu serta juga pengundi muda di kedua-dua kawasan itu, lebih-lebih lagi dalam masa yang sama juga memperlihatkan wakil DAP dan Cina yang menyambut aksi demonstasi itu hanya senyum dan tenang saja.

Oleh kerana DAP bertanding di kedua-dua kawasan itu,wajah tenang dan senyum wakil DAP sementara wakil Pemuda UMNO pula kelihatan ganas dan takut berhujah, Pemuda UMNO seperti sedang membunuh calon partinya sendiri dan mahu DAP memenangi pilihanraya itu.

Selain itu, keberanian Mohd Razlan dan Pemuda Wilayah Persekutuan ini juga sudah terlewat sebenarnya, lantaran sebelum ini Pemuda UMNO Pulau Pinang telah pun mengadakan aksi yang cukup tidak bertamadun dengan merempuh pagar, menceroboh tempat persidangan DUN Pulau Pinang serta memijak meja yang dikhaskan untuk Speaker untuk meluahkan kemarahan terhadap kenyataan "UMNO celaka" oleh Rayer itu.

Tempat bersidang wakil-wakil rakyat sama ada di DUN mahupun Parlimen adalah tempat yang mulia dan dimuliakan. Disitulah undang-undang, akta dan peraturan dalam bernegera dibentuk serta diluluskan. Jika wakil rakyat yang bertindak kurang sopan atau mengeluarkan perkataan kesat pun dilarang di dalam dewan yang mulia itu, sudah tentulah perbuatan menceroboh dan memijak meja Speaker lebih besar lagi dosa dan salahnya.

Dengan ini, sudahlah perbuatan di DUN Pulau Pinang itu tidak boleh diterima, menutup kesilapan itu dengan apa yang ditunjukkan oleh Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, nyata lebih menghodohkan wajah UMNO dan sayap Pemudanya.

Pemuda UMNO dilihat cuba menutup kesilapan dengan perbuatan yang silap juga. Dalam masa yang sama, saranan berulangkali kali KJ bahawa pendekatan hujah, akal fikiran dan kebijaksanaan hendaklah dimartabatkan dalam perjuangan dunia baru yang makin mencabar ini seolah-olah tidak difahami oleh peringkat bawahannya sendiri.

Kecualilah jika Pemuda UMNO hanya selesa menjadi kaun kari saja. (SH 23/05/2014)

16 comments:

  1. Tindakan pemuda umno wilayah persekutuan sangat minima tetapi disokong 1000%, mengoyak memorandum langkah lebih terhormat kerana DAP tetap bakulsampahkan.

    Jika tindakan tersebut ditafsirkan sebab kekalahan di parit buntar, ia lebih bagus dari tetap kalah juga atas sebab2 lain, kalau menangpun hanya umpama mengangkat musuh dalam selimut bawa masuk kelambu.

    Pendekatan akal fikiran anjuran kj hanya sekadar menutup jiwa dan roh yg tiada semangat melayu, mereka rela teloq pecah dalam kain sendiri.

    Jika anwar masih dlm umno, pariah DAP itu sudah makan rumput atau berenang atas jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdra kluangman menyokong demonstrasi Pemuda UMNO Wilayah yang penuh dengan aksi ganas?

      Tak apalah sementara UMNO Baru masih memileki kuasa. Percayalah tiada kuasa yang kekal selamanya. Tak apalah jika pihak berkuasa bertindak double standard dalam hal demonstrasi ini. Kita lihat bagaimana pihak polis menggunakan peruntukan undang-undang dibawah PAA yang mengenai demonstrasi ini.

      Jika kita lihat gelagat Pemuda UMNO Pulau Pinang dan Wilayah persekutuan, percayalah masa UMNO akan kehilangan kuasa semakin laju. Era sekarang adalah era generasi muda. Tindakan sebegini tentunya akan menjauhkan lagi generasi muda dari UMNO Baru. Merekalah golongan yang besar dalam PRU 14 nanti.

      Bat8



      Delete
  2. Umno memang parti celaka....yg dianggotai olih samseng2 melayu yang bodoh dan bangang. Yg menyokong mereka juga adalah golongan yg mudah diperbodohkan....iaitu makcik/pakcikFelda dan orang2 kampong yg hanya baca utusan Umno.

    ReplyDelete
  3. Sesungguhnya pendukung pendukung UMNO itu bukan setakat CELAKA,tetapi bodoh,dungu,bengap,tak de otak,bahalul,tongong dan HARAM JADAH(meminjam kata najib).Umno ni kalau mengata org x pe,tapi bila kena kt batang hidung sendiri,mula la merapu mcm org mabuk todi...Mcm tu ke nk memperjuangkan Islam?

    ReplyDelete
  4. Tuan,

    Sesetengah pihak mengatakan UMNO Baru hari ini bukan UMNO lama yang sudah tiada. Saya adalah antaranya. Nampaknya kenyataan ini ada kebenarannya jika kita bandingkan budaya dan cara berpolitik antara keduanya, jauh sama sekali. Tindakan UMNO Baru sejak lepas tsunami 2008 sudah tidak dikenali lagi oleh orang-orang yang pernah bergiat di dalam UMNO lama.

    Yang kita budaya UMNO Baru sekarang lebih menyerupai gelagat budaya parti MIC di era 80an. Samseng, ganas dan tidak bertamadun. Apakah budaya golongan ini yang dibawa oleh mamak-mamak kedalam UMNO Baru telah menjadi budaya baru dalam UMNO kini?

    Saya pasti budaya ganas yang dibawa oleh Pemuda. UMNO BARU Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan ini bukan budaya melayu sebab saya orang melayu tulin. Kalau kata budaya MIC era 80an saya percaya!

    Amboi sensitif betul orang UMNO Baru apabila ADUN DAP Penang menuduh UMNO CELAKA! Puak-puak ini lupa bahawa mereka menuduh DAP KOMINIS! Sebenarnya kedua-dua tuduhan itu kira sama padanlah. Tak seteruk UMNO MENUDUH PAS PARTI SESAT. Ini tuduhan yang berat kerana ia melibatkan iktiqad orang-orang PAS. Tuduhan PAS PARTI SESAT ni sama dengan menuduh PAS PARTI ISLAM YANG KAFIR!.....berat tu tuduhan UMNO kepada PAS.DAN YANG MENUDUH BEGITU BUKAN BUKAN CALANG-CALANG PMIMPIN UMNO. Dia adalah Tan Sri Muhyiddin, Timbalan Presiden UMNO Baru#

    Baik DAP, apatah lagi PAS tidak bertindak diluar batas akal logik apabila dituduh dengan begitu rupa. Dato Sri Anwarclagibteruk dituduh oleh UMNO BARU dengan pelbagai gelaran dan sesetengahnya menjatuhkan maruahnya sebagai seorang manusia yang tak sanggup dihadapi oleh kebanyakan manusia. Ada orang PKRbertindak ganas dan melulu seperti orang UMNO!

    Moralnya - kalau kita boleh tuduh orang, kita juga kena tahu, orang juga boleh dan berhak menuduh kita balik. Apa punya kelas manusia jika dia je boleh tuduh orang tetapi tak boleh DItuduh balik. Jika orang tuduh, maka dia jadi gila babi mengamuk kat orang yang menuduhnya. HUKUM MANA YANG DIPAKAI NI? HUKUM SAMSENG TAIK KUCING? Yang pasti ni perangai MIC era 80an!

    Berbalik kepada tajuk posting tuan,saya juga percaya tindakan "gila ala MIC era 80an" ini sudah tentu memberi kesan kepada kemenagan Dyana.Dyana sebenarnya tidak memerlukan undi tambahan dari orang melayu dari jumlah yang diperolehi oleh calon DAP yang lepas untuk menang. Tetapi dengan aski terlebih genius oleh pemuda UMNO BARU Penang dan WP ini akan menambahkan lagi majoriti Dyana. Setidak- tidaknya mengekalkan majoriti sebelumnya. Sudah pasti akan ada pengundi-pengundi melayu yang tidak mengundi DAP dalam PRU 13 akan mengundi DAP kerana mual dengan perangai budak- budak UMNO yang bermentaliti MIC ini

    Bat8

    ReplyDelete
  5. mmang Peghak Melayu2 Umngok ni......

    ReplyDelete
  6. Umno bagaikan monyet2 dijalanan

    ReplyDelete
  7. Orang UMNO demonstrasi bawak anak kecil = meluah perasaan himpunan aman
    Orang PR demonstrasi bawa anak sekali = melanggar undang-undang

    Orang UMNO kata pemimpin DAP bawa 13 Mei = meluah perasaan
    Orang PR kata UMNO celaka = biadap

    Orang UMNO merusuh Dewan Undangan Negeri = Pak Moodiin cakap tindakan spontan
    Sekiranya orang PR serang Dewan UNdangan Negeri = ????

    Samseng UMNO buat huru-hara macam monyet = polis nampak selamba, mungkin polis rasa puak UMNO memang monyet tak usah di hiraukan, supaya nampak lagi bodoh...

    Orang muda masuk UMNO = meremajakan UMNO
    Orang muda masuk PR = tak layak kerana belum akil baligh bagi puak bodoh UMNO

    Kasihan, puak sokong UMNO, kais pagi makan pagi kais petang makan petang, pemimpin UMNO atasan semakin kaya raya dana kuat rasuah.

    Sampai bila lagi puak totok UMNO samseng sanggup buat samseng di jalanan, sedangkan pemimpin UMNO atasan duduk seronok dalam aircon ketawa ria.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang paling best pasai melayu ni adalah kat penang. Ketua-ketua UMNO semua dimonopoli oleh g3ng mamak padukang. Melayu-melayu jadi gurkha dan macai-macai je.

      Itupun nak cakap sombong ke?

      Delete
  8. Cuma mengutuk "UMNO celaka" saja mereka dengan pantas ambil kesempatan untuk merusuh. Alasan nya menjaga maruah. Muhyiddin Yassin selaku timbalan presiden parti UMNO Baru mempertahankan tindakan itu dengan menyifatkan tindakan Pemuda Umno menyerbu dan dan mengugut untuk membakar ibu pejabat DAP sebagai satu "reaksi semula jadi" untuk "mempertahankan imej parti" itu.

    Amat memalukan apabila pemimpin tertinggi mengikhtiraf perangai seumpama orang sakit jiwa itu dijadikan satu kebanggaan parti dan malah katanya tindakan Pemuda Umno itu perlu "diberikan perhatian".

    Sepatutnya gagah seperti lembu bila berfikiran seperti manusia yang berilmu, tapi malangnya semuanya berfikiran dan bertindak seperti lembu juga. Inilah parti orang bodoh dan bebal.

    Andaikata kenyataan Muhyiddin itu dijadikan ukuran, jelaslah bahawa parti UMNO Baru sudah kehilangan sokongan rakyat kerana itu mereka terpaksa mencipta suasana huru-hara bagi menarik perhatian melayu bodoh agar terus menyokong mereka.

    Dari gerak geri mereka, kita tahu bahawa mereka memang takut untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihanraya kerana mereka dapat kuasa dengan cara menipu. Mereka takut untuk berhujah dengan rakyat bahawa kerajaan yang mereka tadbir penuh dengan kerosakan, penyelewengan dan kekal dalam jenayah rasuah.

    Kerajaan BN sedang dihina oleh masyarakat dunia diatas kegagalannya menyelesaian masaalah pesawat hilang dan ekonomi negara pula sedang menuju kearah bangkrap. Oleh itu mereka perlukan sokongan rakyat agar cukai GST boleh dilaksanakan pada tahun hadapan.

    Ketakutan yang tidak mampu disembunyikan oleh pemimpin UMNO Baru adalah bangsa melayu sudah berpecah kepada beberapa kumpulan dan tidak menyokong bangsa melayu UMNO Baru. Perpecahan itu menyebabkan mereka tiada kuasa mutlak untuk mengubah suasana khasnya yang berkaitan dengan perlembagaan.

    Berbeza bangsa melayu di zaman Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty dulu yang mana pemimpin kata hitam maka hitamlah kata pengikutnya tanpa berbalah antara satu sama lain kerana mereka adalah kumpulan orang yang boleh dihadapkan kemahkamah atas kesalahan menyamun harta rakyat.... cuma Anwar Ibrahim saja yang berani menentang kerana beliau tidak bersalah.

    Hari ini jika ada sesiapa yang mempunyai niat untuk menghidupkan semula tragedi 13hb. May. 1969.... ramai anak bangsa yang bergembira kerana generasi sekarang adalah generasi yang tidak pernah mengalami keperitan hidup dizaman British, Jepun, dan Komunis.

    Mereka akan hayati sebaik mungkin suasana seperti yang berlaku di Thailand. Jika negara huru hara, bangsa yang paling malang ketika itu adalah bangsa melayu UMNO Baru.

    Percayalah..... kerana kamu dari puak yang zalim. Semuga Najib mampu menenangkan hati pemimpin UMNO Baru yang dalam ketakutan......



    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 22:07

      Orang bodoh yang hendak sangat mengulangi 13 mei. Biarkan mereka jika itu yang mereka hendak. Kita tengok berapa kerat yang akan keluar.

      Kita golongan melayu majoriti duduk rumah je. Depa yang minta, depa hadapi le puak depa.

      Delete
    2. PEMUDA UMNO BENTONG dengan bangganya mempamerkan banner bertulis "DAP RASICT .. DAP "CELAKA".. Perbuatan itu tak hina maruah parti.. Boleh ?

      Bila wakil rakyat DAP katakan "UMNO CELAKA" Perbuatan itu hina maruah parti, Tak boleh kerana ahlinya boleh gila babi....?

      Ahli UMNO Baru patut mengikut nasihat Najib dengan bahasa haramjadahnya berkata "Kita mungkin berbeza pandangan politik tetapi mengeluarkan kenyataan kesat adalah tidak patut".

      Delete
  9. KENAPA malayu United malays National Organization (UMNO) suka Mengamuk...

    AMUK ???

    ReplyDelete
  10. Sejak bila ye puak monyet yg setiap bulan meloncat melompat menjerit depan sogo tiba2 boleh jadi antidemo, nasihat pula supaya duduk diam dalam rumah.

    Pemuda umno willayah hanya puluhan orang, .bersatu menggegarkan DAP malah mampu tunding jari ke muka wakil DAP... Tentu puak monyet jealous kerana walaupun setiap kali mereka turun demo dan sering menganggar mencecah ratusan ribu penyokong yg datang, demo mereka hanya mampu berakhir dengan makan nasi bungkus dan cendol sahaja, tak siapa yg peduli pun..

    Demo terbaru yg lepas - depa bergasak sesama sendiri...apa barang tu beb!!!!

    Tolong belajar cara demo dengan pemuda umno wilayah..kecil2 cili padi beb! !!! Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah pakcik kluangman....gian juga nak join pemuda UMNO nak tunjuk samseng.

      Bila diaorg buat demo lain kali kat mana-mana pejabat DAP, pakcik kluangman join le skali. Jangan lupa bawa mancis dengan petrol sekali. Ajar kat berok-berok tu camne nak demo dgn bakar pejabat DAP tu sekali.

      Kahkahkah

      Delete
  11. sulaimen akhlaken24 May 2014 at 10:26

    Dlm umno baru..terdapat byk spesis beruk,monyet,ungka,sesumpah,biawak dll.tanpa spesis2 yg disebutkan td,umno baru dh lama trkubur.spesis2 ini juga yg mnjadi kuda tunggangan pemimpin umno baru tahap bebal dn bahlol(dlm bab merompak mnyamun hak rakyat xde pulak dorg bebal bahlol).so kita tak prlu hairan dgn sifat dn perangai spesis2 pndukung umno baru ni.kebodohan dn kebebalan adalh hak milik mereka.dulu,kini dn slamanya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...