Saturday, 3 May 2014

Demo Pro GST Amat Dialu-Alukan


Setelah mengeluarkan kenyataan mendoakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim agar segera dipenjarakan dan akan mengadakan kenduri kesyukuran mengenainya, NGO Perkasa hari ini mencadangkan agar Cuepacs dan Dewan Perniagaan mengetuai demonstrasi besar-besaran bagi menyokong perlaksanaan cukai GST yang mahu dilaksanakan kerajaan pada April 2015 nanti.

Menurut beliau, demonstrasi besar-besaran itu perlu diadakan ssbagai tindak balas kepada perhimpunan membantah GST pada 1 Mei lalu yang dihadiri kira-kira 50 orang yang telah banyak mengelirukan rakyat dan menjadi modal politik bagi memburuk-burukkan kerajaan.

Atas semangat demokrasi dan bersesuaian dengan sikap kerajaan sendiri membenarkan perhimpunan aman melalui penggubalan Akta Perhimpunan Aman, cadangan Perkasa ini seharusnya dialu-alukan bagi menunjukkan keterbukaan dan siapakah yang lebih mendapat sambutan - adakah perhimpunan membantah GST atau yang menyokong sistem cukai baru itu?

Beberapa tahun lalu, ketika diadakan Demonstrasi Bersih 2.0, Pemuda UMNO yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin pernah mengadakan perhimpunan Patriot serentak dengan tarikh dan masa Himpunan Bersih 2.0 diadakan tetapi ditempat yang berbeza sebagai tindak balas dan bukti untuk menunjukkan kepada rakyat perhimpunan manakah yang lebih mendapat sambutan.

Tanpa niat untuk memperkecilkan mana-mana pihak, jika rajin meminta bantuan daripada Makcik Google, lihatlah sendiri berapakah kehadiran demonstrasi Bersih 2.0 dan berapakah pula yang hadir dalam demo Patriot di sekitar Jalan Bukit Bintang itu?

Walaupun sebelum ini mendakwa Perkasa mempunyai keahlian seramai 500 orang, tetapi agak menghairankan juga mengapakah Ibrahim Ali tidak pula mencadangkan agar NGO pimpinannya mengetuai demonstrasi itu, sebaliknya hanya berkata akan memberi sokongan penuh saja kepadanya. Bukankah lebih molek jika Perkasa yang mengetuai demonstrasi itu, bukannya Cuepacs dan Dewan Perniagaan yang diarahkan berbuat demikian?

Apakah Perkasa mengelak untuk mengetuai demonstrasi pro GST dan meminta Cuepacs serta Dewan Perniagaan mengetuainya, bertujuan mengelak nasib yang sama pernah dialami oleh Pemuda UMNO dahulu?

Tetapi jika demonstrasi itu mahu diadakan, elok juga diajak sekali UMNO, parti-parti komponen serta NGO pro kerajaan bergabung sekali. Dengan Cuepacs yang mewakili kakitangan kerajaan, Dewan Perniagaan, UMNO, parti-parti komponen BN, NGO pro kerajaan dan Perkasa bergabung serta bersatu hati, barulah boleh dilihat kumpulan manakah yang lebih mendapat sambutan.

Jika tidak cukup lagi, bolehlah juga diangkut pelajar-pelajar IPT untuk meramaikannya lagi.

Rakyat tentunya teruja untuk melihat suatu demonstrasi paling besar dalam sejarah negara bakal diadakan. Sekiranya demonstrasi itu berjaya diadakan dengan kehadiran melebihi jumlah yang hadir pada 1 Mei lalu, barulah kerajaan boleh berbangga bahawa dasar yang mahu dilaksanakannya benar-benar mendapat sokongan rakyat.

Ini juga bertepatan dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan bahawa GST tetap akan dilaksanakan walaupun ada bantahan daripada rakyat. Antara lainnya beliau berkata, demonstrasi itu tidak menggambarkan bantahan yang sebenar daripada rakyat.

Sudah tentulah hanya dengan mengadakan demonstrasi pro GST, barulah kerajaan tahu sama ada rakyat benar-benar menyokong perlaksanaan sistem cukai itu atau sebaliknya?

Atau lebih ramai lagi rakyat bersikap seperti "api dalam sekam" dan hanya menunggu tarikh PRU 14 untuk menghukum UMNO, BN dan kerajaan?

Kalau dapat menghimpunkan lebih ramai kejadiran, laksanakanlah GST tetapi jika yang hadir kurang daripada kehadiran pada 1 Mei, maka sewajarnyalah ianya dibatalkan atau setidak-tidaknya ditangguhkan sebagaimana pendapat kebanyakan pakar ekonomi iaitu sehingga pendapatan rakyat dipertingkatkan terlebih dahulu.

Meskipun dalam banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali dan Perkasa, lebih ramai rakyat yang tidak bersetuju dengannya tetapi cadangannya agar demo pro GST ini diadakan sebagai tindak balas kepada demonstrasi membantahnya pada 1 Mei lalu, tentulah kali ini ianya lebih menerima sambutan baik.

Tanpa menaruh syak wasangka bahawa cadangan ini bertujuan meredakan luahan kemarahan banyak pihak terhadap kenyataannya semalam yang mendoakan agar Anwar segera dipenjara dan mengadakan kenduri kesyukuran yang dianggap tidak wajar dan keterlaluan sebagai sesama Islam, rakyat sebenarnya amat mengalu-alukan demo pro GST ini.

Ramai yang tidak sabar untuk melihat sejauh mana massa dapat digerakkan untuk menyokong kerajaan setelah sekian banyak demonstrasi anti kerajaan lebih mendapat sambutan. Setelah dimomokkan dengan hanya mendapat sokongan 47 peratus rakyat, sesekali kerajaan haruslah berani menunjukkan kekuatannya secara terbuka. (SH 03/05/2014)

7 comments:

  1. Moh kta tengok pulak berape dema blanja pujuk org sorak sykur Najib pike hal GST. Usaha Gomen NajiBoros tipu korek poket Rakyat kerana nak ToPuP kekurangan kantong Negara dek keborosan, kegilaan layan bini gila-berlian beg/naik jet, dan investment yg meragukan!

    ReplyDelete
  2. Saya sangat kasihan dengan "minda" puak totok sokong UMNO ini, terutama sekali kepada golongan yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang, yang rumah dalam keadaan daif, yang anak sakit organ dalaman terpaksa minta derma sana sini.....hmmmm.....mana dia janji "prihatin rakayat", janji "demi rakyat", janji itu ini..........menyakitkan hati.

    ReplyDelete
  3. tebing tinggi4 May 2014 at 10:53

    Adalah Malang kalau rakyat Malaysia terdorong dengan menteliti demonstrasi bagi menghalalkan sesuatu dalam pada masa yang sama kita mengatakan bahawa diri kita adalah masyarakat bertamadun dan intellectual .
    Demomstrasi hanya memberi gambaran kekuatan pisikal yang rendah intellectual, hanya diamalkan olih mereka yang jumut minda dan tidak memahami pelbagai carabolih bagi mendapatkan sesuatu atau menyatakan rasa tidak setuju dalam dunia morden dan bertamadun ini.

    Adalah pelik ada kalanya kita yang dikurniakan akal yang sempurna olih Maha penchipta mengnepikan kemampuan akal dan kebolihan berintraksi dengan sempurna, megikut budaya dan langkah-langkah makhluk Allah yang tidak dikurniakan akal yang sempurna dimana pertunjukan kekuatan pisikal menjadi tarohan.

    Malang sungoh bagi manusia yang mengaku bijak ,tetapi meniru langkah dan amalan haiwan ,yang djadikan dengan tidak dibekalkan dengan akal yang sempurna .

    Siapa sebenarnya khalifah dimuka bumi ini ?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tebing tinggi 10:53

      Jika saudara mengatakan bahawa : Demomstrasi hanya memberi gambaran kekuatan pisikal yang rendah intellectual, hanya diamalkan olih mereka yang jumut minda dan tidak memahami pelbagai carabolih bagi mendapatkan sesuatu atau menyatakan rasa tidak setuju dalam dunia morden dan bertamadun ini..... :

      Saya ingin bertanya, kemampuan akal jenis apa yang mempunyai kebolihan berintraksi dengan sempurna sehinga kerajaan Barisan Nasional mahu mendengar, menerima dan melaksanakan tanggongjawabnya sebagai kerajaan yang adil dan saksama kepada semua anak bangsa dalam Malaysia ?

      Sebelum rakyat berkumpul membantah GST dalam perhimpunan aman, diparlimen wakil rakyat pembangkang telah membantah disamping menunjukkan kesan akan terjadi jika rakyat tidak mampu menghadapi tekanan cukai tersebut. Mereka juga sertakan dengan cadangan yang lebih baik agar pihak kerajaan menilai dan menerima pakai seperti yang disarankan dalam http://www.youtube.com/watch?v=vp6umHnGTFA

      Malangnya.... Lihat betapa celakanya Perdana Menteri yang saudara puja, Datuk Seri Najib Razak membidas pembangkang yang mengutuk kerajaan kerana mahu melaksanakan GST pada April tahun depan tapi tidak pernah mengemukakan alternatif bagi menggantikan GST.

      Dengan fakta yang diberikan diatas, siapa sebenarnya yang saudara maksudkan : Malang sungoh bagi manusia yang mengaku bijak ,tetapi meniru langkah dan amalan haiwan ,yang djadikan dengan tidak dibekalkan dengan akal yang sempurna ?

      Itu sebabnya saya sokong Anwar Ibrahim....

      Delete
  4. Rakyat Malaysia mesti akui yang kerajaan sekarang tak bermoral dengan hanya mendapat undi 47% sokongan rakyat.Kerajaan Rosmah harus tunduk pada undi 52%, kerana mana mungkin kerajaan majoriti di perintah oleh kerajaan minoriti.Dan ini hanya berlaku di Malaysia dengan bantuan SPR yang memang tak beramanah.

    ReplyDelete
  5. Semenjak kalah pilehanraya di P. Pasir Mas,nampaknya pola pemikiran Ibrahim Ali..bolih diketegorikan..semakin meroyan. Tak tahu sebab apa Malaysiakini dan Malaysiainsider nak kutip keyataannya yg semakin meroyan niiii.

    ReplyDelete
  6. Ibrahim Ali tak sepatutnya tujuk perangai bacul. Sendiri tiada kekuatan cuma mencadangkan hanya pada Cuepacs dan Dewan Perniagaan saja agar mengetuai demonstrasi besar-besaran bagi menyokong perlaksanaan cukai GST yang mahu dilaksanakan kerajaan pada April 2015 nanti.

    Demostrasi yang mahu diadakan itu mesti diajak sama ahli parti UMNO Baru, MCA dan MIC kerana wakil rakyat mereka yang seramai 118 orang di parlimen telah menyokong perlaksanaan tersebut.

    Kita percaya bahawa orang melayu UMNO Baru bukannya bodoh tapi bijak menipu diri. Dalam hal lain mereka cuma bebal dan bangang sedikit saja dalam kiraan membezakan antara untung RM50 rugi RM5000.

    Kita mahu lihat betapa gembiranya mereka mempertahankan GST seperti yang diwar-warkan oleh Najib bahawa GST satu cukai yang progresif dan membantu kerajaan meluaskan pendapatan negara. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak membayar cukai, cuma satu juta yang membayar.

    Tidak membayar cukai bermakna orang yang tiada berpendapatan tetap dan juga pendapatannya dibawah paras miskin. Rakyat jenis ini dulunya dibebaskan dari membayar cukai tapi sekarang dipaksa membayar bagi menampong segala keborosan dan ketirisan berasaskan rasuah yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Adil atau zalim ?

    Berbeza dengan ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menentang perlaksanaan GST itu kerana mereka melihat ahli partinya para penyokong dan rakyat semua bangsa berada paras kemiskinan yang disebabkan gaji tak naik tapi harga barang pula yang naik kemudian ditambah dengan cukai pulak.





    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...