Thursday, 1 May 2014
Khalid Tidak Mahu Menang Timbalan Presiden PKR
Apabila Khalid Ibrahim secara tiba-tiba mengumumkan beliau tidak mahu lagi dipilih sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal ketiga dan hanya akan menghabiskan penggalnya sehingga pilihanraya umum akan datang, ramai yang memuji tindakannya itu.
Beliau disifatkan sebagai pemimpin yang tidak tamak dengan jawatan walaupun sepanjang berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor sejak 2008, pelbagai pencapaian cemerlang seperti berjimat-cermat dan meningkatkan tabungan kewangan negeri tetapi melaksanakan banyak program kebajikan untuk rakyat adalah sesuatu yang amat membanggakan dan sukar dilakukan oleh pemimpin sebelumnya.
Tetapi apabila beliau membuat pengumuman tidak mahu meneruskan lagi khidmatnya sedangkan pertandingan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR sedang berjalan, tentulah ia merupakan signal "mengibarkan bendera putih" yang jelas dan tidak disangsikan lagi.
Berdasarkan keputusan pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR sehingga 27 April lalu yang menyaksikan Azmin mendahului jauh di depan dengan Saifuddin Nasution di tempat kedua dan Khalid di tempat ketiga, pengumuman tidak mahu menyambung khidmat sebagai Menteri Besar Selangor bukanlah suatu khabar gembira bagi kem beliau sebenarnya.
Dengan pengumuman itu, tentulah sukar bagi ahli yang belum mengundi untuk memberikan undi mereka kepada Khalid. Beliau akan dilihat sebagai calon yang sudah tiada masa depan lagi.
Lebih-lebih lagi Khalid juga memberi bayangan agar pemimpin yang lebih muda diberi peluang sama ada dalam politik mahu pun negara.
Keadaan ini juga meletakkan Azmin Ali semakin berpeluang cerah mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang disandangnya sekarang. Berbanding Saifuddin, Azmin lebih dilihat mempunyai hubungan akrab dengan Anwar yang masih merupakan simbol dalam perjuangan PKR sejak parti itu ditubuhkan.
Dalam masa yang sama, dengan pengumuman Khalid mahu mengundurkan diri itu, tidak syak juga peluang Azmin menjadi semakin cerah untuk mengambil alih tempatnya itu sekiranya Pakatan Rakyat terus menguasai Selangor nanti.
Satu-satunya halangan yang mungkin merencatkan peluang Azmin menjadi Menteri Besar Selangor hanyalah sekiranya dalam pilihanraya umum ke 14 nanti jumlah kerusi yang dimenangi oleh Pas jauh lebih banyak daripada PKR. Namun sekiranya Pas hanya mempunyai kelebihan satu atau dua kerusi saja, Azmin masih lagi berpeluang menduduki kerusi itu melalui sokongan yang diberikan oleh DAP.
Kecuali Pas benar-benar mempunyai calon-calon yang benar berwibawa dan berkebolehan, barulah peluang mereka untuk mengambil alih kerusi Menteri Besar itu menjadi cerah dan boleh menjelmakan sokongan daripada DAP sepertimana dalam kes di Perak dahulu. Jika tidak, DAP jauh lebih selesa memberikan sokongan kepada PKR untuk terus menduduki kerusi Menteri Besar itu.
Secara umumnya pengumuman Khalid tidak mahu menyambung khidmatnya lagi dan hanya mahu dikenang sebagai seorang yang berkhidmat kepada rakyat benar-benar merupakan khabar gembira bagi kem Azmin. Khalid seolah-olah sudah mengaku kalah dan tidak lagi dilihat sebagai pemimpin yang masih punya potensi dalam perjuangan seterusnya.
Dalam hal ini Khalid mungkin ingin bersikap jujur terhadap diri, para penyokong dan pengundi yang mahu memilihnya tetapi kadang-kadang terlalu jujur juga tidak semestinya membuahkan hasil yang baik.
Begitu banyak pejuang-pejuang politik yang dapat naik lebih kerana kelicikan, tipu muslihat dan tidak berlaku jujur. Dalam hal ini benarlah kata sesetengah orang yang mengenali Khalid, beliau hanyalah pentadbir yang baik tetapi bukan ahli politik yang baik. (SH 01/05/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
elok la pun khalid tu menarik diri...sedar lah diri tu dah tua kalau bertanding jadi presiden tak pe la umur macam dia itu pun kalau ada orang yang hendak kan dia....ini bertanding Timbalan kerana nak menghapuskan orang lain...ini bodoh punya Khalid Ibrahim...konon bekas pengerusi GLC...poraahhhhh...gomen punya GLC sape tak boleh.....air kat Selangor pun tak tahu nak selesaikan, menyusahkan rakyat....sila keluar baris Khalid Ibrahim...
ReplyDeleteSemasa beliau umum nak tanding TP, iaiutu semasa PKR berdepan dengan Langkah Kajang (Pilihanraya kecil Kajang), beliau begitu yakin dan ceria untuk menang. Setelah diketahui sekarang nombor corot dalam pertandingan TP, dia mula buat helah, betulah kata sdr dah angkat bendera putih. Pada masa yang sama, isu air Selangor nampaknya Khalid dimain buta oleh Kerajaan Pusata aka BN/UMNO. MOu ditandatangani tergesa-gesa. Mulanya nampak kuat, tiada MOU tiada Langat 2. Mou entah ke mana, sekarang timbul pula nak tandtangani Perjanjian Baru. BN kata akan gunakan akta air, akan paksa syarikat konsesi setuju terima pengambilahan aset air. Khal;id kata ini akln diselesaikan dan syarikat konsesi mesti terima, tida pilihan. Tiba-tiba agreement belum ditandatangani, BN buat kenyataan Langat 2 akan memulakan pembinaan dalam minggu ini. KHalid terkedu lagi. Bila kamu beri kebenaran Langat 2 sedangkan syarikat konsesi air belum boleh diambil alih? Macam mana ini boileh berlaku. Khalid nampak benar kelam kabut, sehingga ada adun kata, Khalid jangan tadbir Selangor secara one-man show. Selangor ada pasukan dan pakar. kenapa tak kerja secara sepasukan? Khalid bijak urus Selangor? Betul ke? Wang banyak dihimpun bukan ukurannya.Selangor negeri termaju di Malaysia, tapi boileh ke Khalid himpun duit kalau dia MB Kelantan ke, Perlis ke, negeri ni miskin. Selangor, dengan dana yang ada sepatrutnya jauh lebih baik tapi masih banyak masalah dari isu sampah, pembangunan desa, jalan berlubang sana sini tak diselesaikan. Air percuma bukanlah segala-galanya. Khalid sepatutnya diganti saja dengan orang lain (Kak Wan?) sebagai MB Selangor. Inilah akibatnya bila melantik ahli politi yang banyak hutang dengan bank. Dia akan jadi mangsa peras ugut oileh BN yang pakar dalam perkara ini. Macam mana kamu boleh selesai hutang sebanyak RM67 juta dengan Bank Islam kalau tiada perundingan dan kamu dapat faedah darinya?
ReplyDeletePenilaian Khalid sebagai MB sebenarnya subjektif, namun kredit harus diberi pada Khalid untuk Penggal 1 kerana berjaya menyekat kegelojohan ubn merampas Selangor. Hal ini kerana,pada saya, Khalid bukan orang politik, Khalid mentadbir gaya korporat dan meminimumkan akses orang politik dalam pentadbiran kerajaan negeri dan glc.
DeleteNamun, apabila Khalid menyekat terlalu ketat akses orang politik dalam glc dan pentadbiran negeri maka kerajaan negeri seolah-olah ditadbir oleh kapten yang autonomi dan bebas dari parti yang menguasai kerajaan.
Dalam kata lain, MB hanya khadam parti. Dia boleh mengikut apa gaya pun dalam mentadbir tetapi wawasan dan keinginan parti yg bertujuan poliik dan sesuai dengan survival parti untuk masa depan, maka MB wajib akur.
Jika seseorang MB dilihat cuba membebaskan daripada ikatan parti dan timbul konflik dari segi prinsip, beliau wajib berundur. Kalau tidak krisis dalam pentadbiran dan parti akan berlaku.
Kebanyakan orang luar melihat perjalanan kerajaan dan parti dalam kerangka ubn mentadbir kerajaan yang sarat kronisme, rasuah dan tata kelola yang lemah. Kritikan dan teguran ahli parti seperti Azmin atau KU, Anwar harus dilihat dalam konteks parti menguasai kerajaan.
Maka sebenarnya untuk penggal kedua, Khalid telah hilang kerelevanannya kerana Khalid gagal beradaptasi dengan kerangka parti menguasai kerajaan.
Sama ada nak jadi MB pada penggal ke 3 bukanlah pilihan Khalid. PR kena menang dulu dan parti PKR mesti mengekalkan kursi DUN yang mencukupi. Makna ini usaha bersama. Mengapa Khalid perasan dia masih dipilih jadi MB penggal ke 3? Sebenar Khalid bimbang jika dia teroaksa berundur sebelum penggal ini berakhir klu dia gagal bersaing Timbalan Presiden.
ReplyDelete