Friday, 9 May 2014
Pemikiran Dua Pemimpin Pemuda Yang Merbahaya Kepada Masa Depan UMNO
Isu pemansuhan ruangan kaum pada borang rasmi kerajaan terus menjadi isu hangat dalam UMNO dan di kalangan orang Melayu. Sejak pengumuman mengenai perkara itu yang menimbulkan kontroversi sehingga kemudian Perdana Menteri, Najib Razak menafikan adanya sebarang pemansuhan diputuskan oleh kerajaan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Joseph Entulu juga diarahkan meminta maaf, isu yang terus menjadi perbualan ialah sikap dan pendirian dua pemimpin Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Naibnya, Khairul Azwan Harun mengenainya.
Sama ada pemansuhan itu benar-benar diputuskan oleh kerajaan atau sebaliknya tidaklah lagi penting tetapi yang pentingnya Najib akhirnya menyedari bahawa beliau dan kabinet telah membuat kesilapan mengenai perkara itu. Berikutan reaksi negatif yang diterimanya dan untuk mengelakkan ia menjadi isu yang berlanjutan di kalangan orang Melayu, Najib dengan pantas menafikan adanya sebarang perubahan mengenai perkara itu.
Seharusnya dalam isu seperti ini, membincangkannya pun tidak perlu kerana keperluan mengisi identiti kaum berkaitan secara langsung dengan hak istimewa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan yang mana jika ianya ditanggalkan, lebih memungkinkan bangsa Melayu terus tercicir, diketepi dan ditinggalkan.
Maknanya, keperluan ruangan kaum dalam borang rasmi kerajaan akan terus dikekalkan, begitu juga keperluan mengisinya, sesuai dengan keadaan negara yang berbilang kaum serta masih mengekalkan hak-hak istimewa orang Melayu.
Bagaimanapuan, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan yang kemenangannya dalam pemilihan lalu dengan cara pengiraan undi beberapa kali serta kalah sebagai Timbalan Ketua Bahagian di Pasir Salak, telah cuba menunjukkan sikap liberal dan terbuka mengenai isu ini dengan menulis di twitternya yang berbunyi, "Bukan nama bangsa pada borang jadi penentu survival dan kejayaan kaum Melayu."
Kemudian beliau menulis lagi, "Bangsa akan berjaya kalau pengisian jati diri dengan ilmu dan semangat waja berterusan. Kemelayuan bukan sekadar dalam borang. Melayu itu luas"
Tulisan yang melambangkan pendirian beliau sebagai pemimpin nombor dua dalam Pemuda itu kemudian diretweet oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menggambarkan beliau bersetuju sepenuhnya dengan pendirian Naib Ketuanya itu.
Khairy atau KJ juga kemudiannya meretweet lagi tulisan seorang pengikut Twitternya yang berbunyi, "Saya bersetuju dengan kenyataan Naib Ketua Pemuda bahawa Melayu itu kekuatannya pada ilmu dan usahanya, bukan pada borang".
Walaupun KJ tidak menulis secara langsung mengenai pendiriannya, tindakannya meretwwet itu jelas sekali menggambarkan beliau turut bersetuju dan menyokong pemansuhan ruangan kaum pada borang rasmi kerajaan.
Meskipun Najib sudah menafikannya dan Joseph Entulu sudah pun meminta maaf, KJ dan Khairul Azwan belum terlihat lagi menarik balik kenyataan mereka. Ini jelas menggambarkan pemikiran liberal dan terbuka mereka bukan saja kekal, tetapi mulai bahaya kepada perjuangan UMNO dan juga orang-orang Melayu.
Dalam hal mencapai kejayaan dalam hidup, tiada sesiapa menafikan usaha, ilmu dan semangat waja itu penting tetapi janganlah lupa di mana kita berdiri dan di bawah langit apa kita berteduh. UMNO di mana kedua-dua pemimpin muda ini menjadi pemimpin adalah parti yang masih meletakkan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara sebagai asas perjuangannya.
Begitu juga negara di mana kedua-duanya bernaung masih lagi mengekalkan perlembagaan yang menjaga hak istimewa orang-orang Melayu sebagai teras dah keutamaan, sesuai dengan bangsa Melayu sebagai majoriti, penduduk asal serta masih ketinggalan dan memerlukan naungan daripada kerajaan.
Dengan bersikap liberal dan mengatakan kaum tidak penting, tidakkah KJ dan Khairul Aazwan sedar siapa yang menyokong dan menaikkan mereka sebagai pemimpin dan apakah pula harapan orang-orang yang memberi sokongan itu? Kalau masih makan sambal belacan dan gemar pula gulai jering, janganlah begitu mudah lupa asal usul sendiri.
Sekiranya KJ dan Khairul Azwan berjuang bersama PKR atau DAP, tiada siapa yang marah dengan pendiriannya itu kerana kedua-dua parti itu adalah berbilang kaum. Tetapi malulah sedikit kerana masih menumpang atas perjuangan UMNO dan setiap kali Perhimpunan UMNO pula tidak segan-segan melaungkan perkataan "Hidup Melayu" sedangkan hakikatnya hati dan pendirian tidak mahu membela dan mengutamakan kepentingan Melayu.
Dalam hal ini, Pas sendiri walaupun meletakkan Islam sebagai asas perjuangannya tetapi turut menjadikan keutamaan kepada Melayu dan Islam lantaran menyedari kedudukan bangsa Melayu sebagai teras dan majoriti di negara ini. Sebelum pilihanraya umum lalu, penulis berkesempatan bertemu dan berbincang bersama beberapa rakan aktivis dengan Presiden Pas, Haji Hadi Awang dan beliau beberapa kali menekankan mengenai Melayu dan Islam itu dalam perjuangan Pas.
Jika Pas pun turut mengutamakan Melayu, kenapakah begitu malang ada pemimpin UMNO sendiri merasakan pengenalan bangsa dan kaum itu tidak penting. Bolehkah Melayu benar-benar berjaya dan melanjutkan pelajaran semata-mata kerana usaha dan semangat, tanpa bantuan dan sokongan daripada kerajaan?
Tidak diragukan lagi, sikap dan pendirian KJ serta Khairul Azwan adalah merbahaya bukan saja kepada UMNO, tetapi juga kepada negara. Sama ada mereka perlu mencari wadah perjuangan lain selain daripada UMNO atau ahli-ahli UMNO perlu menyemak semula sokongan kepada kedua-dua pemimpin tersebut. (SH 09/05/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KJ dan Khairul!!!!kau berduo ni soda ko tidak kau becakap dlm bahaso apo??apo yang kau nak malu an mengaku bangso Melayu?kok yo tak makan belacan,potai joring,omak abah kau keturunan apo?atuk nenek kau bukan melayu ko???Tak la den kok kau beduo keturunan portugis belando....
ReplyDeleteFikirkan:
DeleteSebelum 1956 pada 1956 selepas 1956.
Bila agaknya Melayu di bela aneno...,.
Fikir-fikirkan.....
Sikap kj, liberalismanya sustained sejak dari dulu, bakal PM perlu di endorsed oleh bukan melayu khususnya cina bukan shj keperluan tetapi sudah menjadi wajib kini.
ReplyDeleteApa shj yg menggembirakan dan menghasilkan sokongan bukan melayu harus vokal dan di dahulukan..
Perlu kejar popular demi 52% !!!! Bukankah itu yg dibangga-banggakan?
Allah menjadikan manusia ini berbangsa-bangsa dengan bersebab. Kenapa mahu menghilangkannya?
ReplyDeleteBetuk sekali. KJ tidak ubah menjadi parasit Umno setelah di rasmikan kedudukan nya oleh PM Najib. Tahap pemikiran nya sudah menular ke penolong nya. Bahaya liberal di terapkan.
ReplyDeleteTransformasi pembangunan boleh kita terima. Transformasi Umno menyanggah MOTTO perjuangan, ini sikap biadab yang tidak boleh di maafkan. Kaca yang di sangkakan intan pada sesetengah orang... tidak pada yang setia dengan Melayu, Islam yang sayangkan Negara agar tidak di gadaikan.
Jika paksi nya Melayu, kenapa sembang di luar batasan ? Kini terlalu ramai pemimpin jalanan di dalam Umno. Sedih sekali.
Dua dua EKOR si Khairi Jamaluddin dan Kahirul Azwan nie Boddoh Banggang... Selalu Syok Sendiri..
ReplyDeleteMangkut Tingkat...
Wooi Orang Rembau... sudah2 lah Wakil kau nie Penyangak Besar... orang Melayu..suruh dia balik jaga mak udah ler...