Monday, 5 May 2014

Kalau Ikut Pendapat Mufti Pahang, Nampaknya Kenalah Sokong BN Sampai Kiamat


Setelah mengeluarkan pendapat meminta rakyat agar menyokong perlaksanaan cukai GST yang mahu diperkenalkan oleh kerajaan beberapa hari lalu, Mufti Pahang, Abdul Rahman Othman sekali lagi menampakkan dirinya sebagai seorang agamawan yang gemarkan perhatian dan tumpuan, khususnya daripada pihak kerajaan.

Jika kenyataannya sebelum ini yang meminta rakyat menyokong GST dipertikaikan banyak pihak kerana beliau ditafrifkan tidak mempunyai cukup pengetahuan mengenai ekonomi serta percukaian dan pendapatnya dikeluarkan semata-mata kerana kedudukannya sebagai mufti, kali ini kenyataannya lebih menarik perhatian apabila beliau menyatakan Islam melarang menggulingkan kerajaan dan memburuk-burukkannya secara terbuka.

Sambil menasihatkan rakyat agar sentiasa taat kepada kerajaan melainkan jika menggalakkan aktiviti maksiat, katanya lagi, haruslah diingat bahawa Islam menggalakkan segala masalah yang berbangkit diselesaikan melalui perbincangan dan bukannya dengan cara memburuk-burukkan kerajaan.

Kenyataan Mufti Pahang ini dipercayai dikeluarkan berikutan pelbagai bantahan rakyat terhadap kerajaan, dengan yang terbaru demonstrasi membantah GST yang diadakan di Dataran Merdeka dan dihadiri oleh tidak kurang daripada 50 ribu rakyat pelbagai kaum.

Sebagaimana biasa, setiap kali adanya demontrasi ia sering dikaitkan dengan usaha menggulingkan kerajaan sedangkan PR diketahui umum lebih ingin menukar kerajaan melalui proses pilihanraya setiap lima tahun sekali. Apa yahg sering dipertikaikan ialah proses pilihanraya yang disifatkan tidak adil, berat sebalah dan penuh tipu daya sehingga ia dikatakan antara sebab BN kekal berkuasa sehingga ini.

Walaupun difahami oleh rakyat bahawa istilah menggulingkan kerajaan yang dilarang itu ialah percubaan menjatuhkannya secara kekerasaan dan menggunakan senjata atau menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong dan bukannya menjatuh atau memburuk-burukkan kerajaan yang dipilih dalam pilihanraya atau Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat, malangnya mufti tersebut tidak menghuraikannya secara detail kenyataan beliau.

Abdul Rahman hanya menyatakan pendapatya itu bersandarkan ijmak ulama Mohamad Abdullah tetapi mengelak untuk berhujah lanjut dengannya sambil berkata, "jika tidak percaya pergilah berhujah dengan ulama yang membuat ketetapan itu".

Kenyataannya yang tergantung dan sekerat jalan ini tentunya boleh mengelirukan dan membuatkan sesetengah orang yang cetek ilmu dan pengetahuan terus beranggapan bahawa usaha menukar kerajaan BN sedia ada atau mengkritik pelbagai kesilapan atau kecurangan kerajaan sebagai suatu dosa besar.

Tentulah ada yang lebih fanatik akan beranggapan bahawa kerajaan yang sedia ada hendaklah dikekalkan sampai bila-bila atau sehingga kiamat kerana percaya menukar kerajaan atau memburuk-burukkan adalah perbuatan berdosa besar dan boleh menyebabkan terhumban ke neraka.

Ia tidak ubah seperti kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria sebelum ini yang menyifatkan peserta demonstrasi sempena tahun baru sebagai golongan "bughah" dan darahnya halal dibunuh.

Nampaknya, selain Mufti Perak, ada seorang mufti yang suka perhatian daripada kerajaan dengan mengeluarkan kenyaaan kontroversi tetapi tidak dihuraikan sepenuhnya. Tidaklah dipastikan apakah tujuan kedua-dua mufti ini mengeluarkan kenyataan separuh masak seumpama itu, tetapi yang jelasnya ia menambahkan lagi kekeliruan masyarakat dan umat Islam.

Sementara ada yang tidak bersetuju, tentulah yang bersetuju juga ramai sedangkan sebagai mufti mereka seharusnya mengeluarkan hujah yang senada yang bersandarkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu, Al-Quran yang satu dan juga ajaran Nabi Muhammad yang satu.

Adalah lebih baik para ulama dan mufti lebih memfokuskan kepada pelbagai masalah dan penyelesaian yang bertimbun-timbun dalam masyarakat daripada ghairah ikut campur dalam konflik politik yang dengan mudah dapat dibaca "kilat dalam kilaunya" atau maksud tersiratnya daripadanya.

Dengan adanya para ulama dan mufti seperti ini, benarlah kata orang-orang beragama dan berilmu dahulu bahawa "pemerintah yang baik ialah yang selalu mendekati ulama tetapi ulama yang tidak baik ialah yang selalu mendekati pemerintah". (SH 05/05/2014)

7 comments:

  1. Aku nak tanya mufti Pahang ni beberapa soalan. Mohon dia jawab secara ikhlas dan terbuka.

    1. Sebuah kerajaan yang membenarkan wang rakyat diselewengkan berbilion bilion RM Tanpa ada tindakan dan gagal menjatuhkan hukuman ke atas pihak yang terlibat, adakah kerajaan ini kerajaan baik dan patut diizinkan terus mentadbir?.

    2. Adaksh sebuah kerajaan yang terbukti telah membunuh para pendakwah dan agamawan tanpa alasan yang kukuh dan kuat perlu dikekalkan dan dosa besar bagi seorang Islam atau rakyat menumbangkannya untuk digantikan dengan pilihan lain yang lebih diyakini?.

    3. Adakah sebuah kerajaan yang pimpinannya telah dibuktikan banyak mengamalkan korupsi, boros dan tata kelola yang tidak menguntungkan rakyat wajib bagi rakyat kekalkan kerajaan seperti ini?

    4. Patutkah sebuah kerajaan yang pimpinannya memburuk dan mencerca , menghina, mencaci, mengaib, menginjak maruah dan menzalimi rakyatnya yang pernah berjasa kepada negara secara melampau dan begitu terbuka perlu dihormati dan disanjungi oleh rakyat?

    5. Wajarkah sebuah kerajaan yang pimpinannya gagal untuk menegakkan keadilan dan mrelaksanakan undang undang undang secara adil dan saksama wajib disokong dan dipertahankan rakyat. Adakah kerajaan yang gagal membela individu yang dibunuh dan diletupkan walau pun tahu dan kenal pembunuhnya sunat dan wajib bagi rakyat pertahankan kerajaan seperti ini?.

    Mohon mufti jawab persoalan ini secara terbuka di akhbar akhbar agar rakyat mendapat pencerahan. Kalau mufti Pahang gagal menjawab persoalan ini dengan terang tanpa berselindung, maka mufti Pahang ini hanya setaraf mufti kangkung saja yang banyak boleh dijumpai dalam paya paya, anak sungai, sawah dan lain lain. Jika hanya pandai guna jawatan dan mengampu untuk menafaat diri sendiri saja, Mufti Pahang tak ubah macam dalam cerita Musang Berjanggut saja, luar nampak bersih tapi dalaman penuh noda dan keji.

    Kalau tidak berani berkata benar, lebih mulia jadi mufti bisu saja daripada menjadi mufti pencacai pengangkat najis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang ada kerajaan alternatif ke? Kerajaan Pakatan Rakyat yang ada lagi zalim, bodoh dan teruk dari kerajaan BN.

      Delete
    2. bila pulak pakatan rakyat jd kerajaan? tak pernah jd kerajaan hg dah kata zalim.kiranya pada hg, biarla diperintah kerajaan rosmah yg terang2 rasuah, boros, bahalul drpd tukar kerajaan ? seronok la hg dgn barang naik, tol naik, letrik naik, sgala naik.....ooopppss..lupa. hg dapat brim kot. kaya takpa la

      Delete
    3. Anonymous 17:56...engko ni sekolah ke tak sekolah?cuba kau buktikan kerajaan PR negeri mana yg zalim???bodoh bengong la engko ni...otak letak celah jubur!!!

      Delete
    4. Anon 17.56 ni gulongan macai umngok yg goblok, haprak, bebal dan bahalol..

      Delete
  2. mufti pahang memang tongong

    ReplyDelete
  3. Boto..boto...boto...ado duo tigo eko mufti di malaysia ni kojo eh takdo lain...mengampu dan membodek...kalau apo yg kerajaan buek semuo boto,kalau pembangkang atau rakyat buek semuo salah...taraf mufti mcm ni samo la ngan Haman penasihat pado Firaun tu,kalau tak pun mcm ahli ahli kitab yahudi dan nasrani...ambik sebahagian isi kitab(yg ado kepontingan dgn kerajaan)dan sebahagian laie dibuang...(mcm hukum hudud)...mufti2 camni tak kemano poie eh do...NERAKO JAHANNAM la tompek paling sesuai utk dio org ni...(sey tak kato semuo mufti)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...