Thursday, 15 May 2014

Selepas Ahmad Said Dijinakkan, Lebih Mudah Najib Tukar MB Yang Lain


Drama politik di Terengganu yang pada awalnya dijangka akan menjadi sebuah telenovela panjang yang ada babak menangis, ketawa, merajuk, gembira, dendam dan sebagainya, akhirnya hanyalah menjadi sebuah cerita pendek yang paling tidak menarik. Ahmad Said yang pada mulanya dianggap bengkeng, gedebe dan ala-ala samseng, terkulai hanya tidak sampai 48 jam selepas mengisytiharkan keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas.

Jika menurut apa yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today, pantasnya beliau membuat "air turn back" adalah disebabkan adanya kes SPRM yang melibatkan dirinya serta usahanya menghantar wakil menemui Pas bagi membentuk kerajaan campuran tidak mendapat sambutan yang sewajarnya daripada parti Islam itu.

Menyedari kerajaan canpuran tidak mungkin menjadi kenyataan, malah jika terus membiarkan kemarahan terhadap Najib menguasai dirinya boleh juga menyebabkan dirinya keseorangan dan mungkin juga berhadapan dengan proses undang-undang, pilihan yang ada hanyalah kembali kepada UMNO dan meminta maaf kepada Perdana Menteri.

Walaupun kehilangan jawatan dan diaibkan kerana kenduri kahwin anaknya pada hujung minggu ini beliau tidak lagi bergelar YAB Menteri Besar, tetapi dalam sidang akhbarnya petang semalam ketika mengumumkan penarikan balik surat keluar UMNO dan kekal sebagai ADUN BN, Ahmad Said masih lagi kelihatan ceria dan senyum.

Dalam hatinya mungkin berkata, beliau hanyalah kehilangan jawatan tetapi masih lagi ada kehidupan bebas yang tidak perlu berhadapan dengan proses undang-undang atau turun naik mahkamah selepas ini.

Jika kena gaya dan bodeknya pula, mungkin Najib juga bermurah hati memberikan jawatan yang lain seperti bekas Menteri Besar Johor, Ghani Othman yang dijadikan Pengerusi Sime Darby dan bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam sebagai Pengerusi PUNB.

Sebelum pengguguran beliau menjadi isu, turut dikatkan sama ialah pertukaran beberapa pemimpin negeri lain seperti Pahang, Negeri Sembilan dan Perak. Najib dikhabarkan ingin menukar Menteri Besar di negeri-negeri tersebut bagi memberi nafas baru untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob yang sudah berusia dan lama memimpin negeri itu dikatakan bakal digantikan dengan Sharkar Shamsuddin yang kini menjadi Exco kerajaan negeri dan ahli MT UMNO. Pertukaran Adnan dengan Sharkar yang lebih muda dipercayai dapat membuahkan penerimaan rakyat yang lebih baik dan menyuntik semangat baru menjelang PRU 14 nanti.

Di Perak pula, Zambry ingin ditukarkan kerana prestasi BN negeri tidak banyak meningkat dalam pilihanraya umum lalu. Dari segi pencapaian jumlah kerusi dalam pilihanraya lalu, Zambry lebih kurang saja dengan Ahmad Said.

Untuk mengelakkan keputusan lebih buruk dalam pilihanraya akan datang, Zambry perlu ditukarkan dengan calon lain yang tidak banyak isu yang boleh menggugat sokongan rakyat kepada UMNO dan BN.

Di Negeri Sembilan, sama seperti di Pahang, Mohamad Hassan juga agak lama menjadi Menteri Besar dan sudah sampai masanya menyuntik semangat baru. Walaupun pencapaian Mohamad Hassan pada pilihanraya 2013 adalah lebih baik berbanding 2008 tetapi penasihat-penasihat di Putrajaya dikatakan percaya keputusan lebih baik mampu diperolehi jika ada perubahan di tampuk kepimpinan negeri itu.

Dengan menggugurkan Ahmad Said dan kemudian dapat menjinakkannya, walaupun pada awalnya cuba berdegil dan berdikap gedebe, Najib kini tentulah dapat menatik nafas lega untuk melakukan perubahan yang seterusnya. Berbanding jika Ahmad Said dan konco-konconya daripada kalangan beberapa ADUN terus dapat bertahan dan berada di luar UMNO serta menjadikan suasaha politik negeri itu terus tidak menentu, ia mungkin mengganggu atau melambatkan proses pertukaran di negeri-negeri yang lain.

Tetapi dengan rajuk, marah, gedebe dan samseng Ahmad Said telah dapat dikerak-nasikan hanya tidak sampai 48 jam, tiada apa yang dibimbangi oleh Najib.

Sambil membayangkan Adnan Yaakob, Zambry dan Mohamad Hassan bukanlah seorang gedebe, keras kepala dan lebih mudah akur saja jika diarahkan berhenti, hasrat Najib mahu mewujudkan beberapa kerajaan negeri yang "benar-benar putih bersih" serta tiada cacat cela di pandangan rakyat pastilah menjadi lebih mudah selepas ini.

Dalam pada itu itu, sebagai langkah berjaga-jaga atau pelan B, Najib juga mungkin sudah mulai mengumpul fail-fail SPRM mengenai pemimpin yang mahu digugurkannya itu supaya apa yang berlaku di Terengganu yang jelas mencemar dan menunjukkan kelemahannya, tidak berulang lagi. (SH 15/05/2014)

6 comments:

  1. Pemimpin UMNO Baru buat masaalah, pemimpin UMNO Baru selesai masaalah, dan Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan dengan bangganya mengatakan bahawa Umno berjaya menyelesaikan krisis politik di Terengganu dalam masa kurang daripada 48 jam......

    Tapi Kehilangan pesawat MAS MH370 bila nak selesai, mangsa penculikan di Lahad Datu sudah dibebaskan atau masih dikurung ?

    Rakyat pasti bersetuju bahawa parti UMNO Baru adalah parti haramjadah yang dianggotai hanya penyamun dan pelawak yang paling kelakar di Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Pak Jib kata, bukan "tukar"/"change" seperti yang dicadang oleh PR, tapi "transformasi".

    Maka kes di Terengganu itu, bukan "tukar" tapi "transformasi".

    Bersedialah pemimpin UMNO lain dalam gelombang "transformasi".

    Meluat melihat gelegat puak UMNO "membodek", "cium tangan PM macam wangi sangat" dll sifat pengampu melampau. Nak muntah aku tengok.....

    ReplyDelete
  3. Bukan pujuk kosong tu...berjuta jugak duit petronas(duit rakyat)digunakan nak bayar pada samseng samseng umno tu...!!!ingat wahai najib...pemimpin yang menipu rakyatnya tidak akan mencium bau syurga..!!

    ReplyDelete
  4. Biasa lah orang UMENO, dah lidah jilat balik...duit dah masyukk...jilat pun jilat laah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...jilat menjilat tu mmang mainan diaorang...hohoho...

      Delete
  5. Kata orang Ahmad Said seorang yang gedebe. Sejauh manakah bekas MB Terengganu ini mampu buktikan sikap gedebenya itu. Adakah gedebe Ahmad Said mampu mengatasi sikap juang " lawan tetap lawan " seperti yang ada pada diri Anwar Ibrahim?. Apakah si gedebe lebih mudah dijinakkan berbanding Anwar yang tidak memiliki ciri ciri gedebe?.

    Sama sama kita lihat dan saksi episod di Terengganu ini selanjutnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...