Friday, 30 May 2014

Untung Rugi Memilih Antara Mah Siew Keong Dengan Dyana Sofya


Esok 31 Mei, seramai 60,483 pengundi kawasan Parlimen Teluk Intan akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih Ahli Parlimen yang baru berikutan kematian wakil rakyat DAP yang menang dalam pilihanraya 2013 itu, Seah Leong Peng yang meninggal dunia akibat kanser. Pilihan kali ini ialah antara Mah Siew Keong yang mewakili BN dengan Dyana Sofya yang mewakili DAP.

Kedua-dua pihak inginkan kemenangan kali ini. Mah yang tewas dalam dua kali pilihanraya lalu begitu mengharapkan kemenangan bagi membuktikan kedudukannya sebagai Presiden Gerakan diterima baik oleh pengundi. BN pula mengharapkan kejayaan untuk membuktikan mereka adalah kerajaan yang disukai rakyat walaupun dicabar getir.

Lantaran itu, BN bukan saja berkempen dengan aktif, menurunkan ramai menteri untuk berkempen, memberi banyak habuan dan menjanjikan deretan pembangunan, malah disaat akhir Najib Razak yang berada di China juga menjanjikan Mah akan dilantik sebagai menteri sekiranya beliau menang nanti.

Mah yang mungkin teruja dengan tawaran itu, bagaimanapun bagai memberi kata dua kepada pengundi bahawa beliau hanya sedia menganggotai kabinet sekiranya diberikan kemenangan dalam pilihanraya kecil ini dan akan menolaknya jika dilantik melalui kerusi Senator.

DAP pula mahukan kemenangan bagi meneruskan pencapaian yang diperolehi dalam pilihanraya 2013 lalu. Namun kali ini cabaran DAP lebih berat kerana mereka meletakkan calon Melayu berbanding calon bangsa Cina dalam pilihanraya lalu. Dalam pilihanraya 2008 pula, DAP meletakkan calon India, M Manogaran.

Kejayaan DAP pada esok bukan saja penting untuk menunjukkan parti itu tidak terikat dengan kouta kaum tetapi juga menunjukkan penerokaan yang mengambil kira selera pengundi muda dan suntikan kepada cita-cita PR memenangi pilihahraya umum akan datang. Pemilihan Dyana Sofya adalah tanda awal menghargai pengundi muda yang dijangka merangkumi lebih 40 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi dalam pilihanraya 2018 nanti.

Kemenangan Dyana juga akan membuktikan bahawa mereka semakin diterima oleh pengundi Melayu dan lebih menjuruskan parti itu benar-benar menjadi berbilang kaum, baik dari segi pemimpin mahupun kesediaan pengundi menyokongnya.

Tetapi kepada pengundi Teluk Intan, siapa yang harus mereka pilih? Apakah lebih baik memilih Mah yang bakal dijadikan menteri atau memilih Dyana yang muda, bergaya dan lebih bertenaga?

Mah bukan saja Presiden Gerakan tetapi juga memang orang Teluk Intan. Keluarganya sejak sekian lama menetap di situ dan semua orang mengenali susur galur keluarga dan keturunannya. Jika menang nanti, Najib sudah menjanjikan jawatan menteri untuknya. Mungkin ada yang berkata, beruntunglah penduduk Teluk Intan jika Mah menang nanti.

Tetapi jika Mah dilantik sebagai menteri, benarkah penduduk Teluk Intan yang untung. Atau hanya Mah saja yang menikmati untungnya. Mungkinkah dengan menjadi menteri nanti, keluarganya yang sudah kaya akan menjadi bertambah kaya lagi?

Dengan menjadi menteri, yang pasti untung hanyalah Mah. Pengundi Teluk Intan belum tentu lagi. Ini kerana banyak kawasan Parlimen yang diwakili oleh menteri tidak juga laju pembangunannya. Kawasan Parlimen yang diwakili menteri juga masih ramai orang susah dan miskin. Malah di kawasan Parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri, Najib Razak iaitu Pekan pun masih ramai yang miskin dan daif hidupnya.

Begitu juga di kawasan Parlimen Kubang Pasu yang pernah diwakili oleh Mahathir dan Kepala Batas oleh Pak Lah, turut juga masih ramai yang miskin, susah dan ketinggalan dari segi pembangunan. Di Kepala Batas misalnya, masih ada penduduknya yang tidak menikmati bekalan letrik sehingga sekarang.

Ini bermakna menjadikan Mah sebagai menteri belum tentu membawa keuntungan kepada penduduk Teluk Intan. Yang tentu untung hanyalah Mah saja. Jika menjadikan menteri menjanjikan rahmat dan "lailatul qadar" kepada pengundi, tentulah tiada yang susah, miskin dan ketinggalan dari segi pembangunan di Kubang Pasu, Kepala Batas dan Pekan.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Mah, Teluk Intan adalah kampungnya. Kalah atau menang, beliau tetap ada di situ. Keadaan ini menjadikan memilih Dyana sebenarnya lebih menguntungkan kerana penduduk Teluk Intan akan mempunyai dua wakil yang boleh diminta bantuan iaitu Dyana sebagai Ahli Parlimen dan Mah sebagai Presiden Gerakan yang tentunya akan terus berbakti kepada rakyat.

Lebih dari itu, jika menang juga sudah tentulah Dyana akan berpindah dan bermastautin di bandar ini. Jika ada yang tidak puas menatap wajahnya selama dua minggu berkempen ini, kemenangannya akan membuatkan penduduk Teluk Intan dapat berjumpa dan mengadu masalah kepadanya berlarutan sekurang-kurangnya sehingga 2018. Jika dalam pilihanraya 2018 beliau dipilih lagi, lagi puaslah pengundi Teluk Intan bersama dengannya.

Tetapi jika kalah, tiada sebab lagi untuk Dyana berada di Teluk Intan ini. Beliau mungkin kembali kepada kerjaya asalnya sebagai Setiausaha Politik Lim Kit Siang di Gelang Patah, Johor. Barangkali sedikit kerugian kepada Teluk Intan.

Memenangkan Mah juga tidak mengubah apa-apa dari segi kedudukan kerajaan pusat. Begitu juga dengan kekalahan Mah, tidak menjejaskan apa-apa. Kerajaan pusat akan terus ditadbir oleh BN dan Najib juga akan kekal sebagai Perdana Menteri. Kemenangan Mah hanyalah memberi sedikit imej yang lebih baik kepada Gerakan, BN, kerajaan pusat dan juga Najib.

Oleh kerana kerusi Teluk Intan ini dimenangi DAP dalam pilihanraya lalu, kemenangan Mah akan menjadikan kerusi BN bertambah kepada 134 manakala PR berkurangan menjadi 88. Namun perubahan jumlah kerusi itu tidak memberi sebarang kesan kepada kedudukan BN dan juga PR.

Tetapi berbanding kemenangan, kekalahan Mah akan lebih mencemaskan BN dalam menghadapi pilihanraya akan datang. BN akan lebih bekerja kuat bukan saja di Teluk Intan tetapi juga di seluruh negara. Kemenangan Dyana akan menghantar isyarat kepada Najib dan Putrajaya bahawa rakyat masih belum berpuas hati dengan kerajaan yang ada sekarang. Di sebalik pembaharuan dan transformasi yang kerap dilaungkan - cukai GST, kenaikan harga barang, kos hidup, tata kelola kerajaan dan amalan rasuah yang terus berleluasa adalah antara isu yang masih merisaukan rakyat.

Jika kemenangan Mah mungkin akan membuatkan Najib, para menteri dan kerajaan bersikap sedikit sombong dan bangga diri, sebaliknya kekalahan pula akan menyebabkan mereka lebih merendah diri, gigih berusaha menawan hati rakyat dan membawa pembangunan ke seluruh negara.

Kemenangan Mah juga mungkin hanya menyebabkan Teluk Intan yang dibangunkan tetapi kekalahannya akan melimpahkan rahmat dari Perlis hinggalah ke Sabah.

Lagi pula, mengekalkan kemenangan DAP di Teluk Intan seperti mengembalikan kerusi itu kepada pemenangnya yang lalu. Ini jauh lebih baik kerana akan menjadikan PR yang dianggotai oleh Pas, PKR dan DAP kekal sebagai pesaing yang menggugat BN. Kedudukan itu penting bagi memastikan BN tidak leka dan dibuai mimpi indah dalam menguruskan kerajaan.

Dengan kekuatan yang kekal seimbang itu, BN 133 kerusi tetapi 47 peratus undi popular manakala PR 89 kerusi tetapi 52 peratus undi popular, kedua-dua parti ini akan saling berlumba memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat. BN akan menabur budi di Pusat dan kerajaan negeri yang ditadbirnya manakala PR juga akan memperbaiki khidmatnya di beberapa negeri bagi memastikan kuasa itu kekal di samping mengejar impian menawan Putrajaya pula.

Persaingan ini akhirnya akan membuatkan rakyat bertimpa-timpa untungnya.

Jika pengundi Teluk Intan berfikiran bijak dan memandang ke hadapan, pilihanraya ini bukan saja mampu memberi lebih kebaikan kepada mereka tetapi juga kepada rakyat seluruh negara. Bagaimanapun, semuanya terserah kepada mereka membuat pilihan. (SH 30/05/2014)

10 comments:

  1. Sokog.. Pilih DAP maka yg paling untung ialah org Melayu...pilih DAP yg paling untung ialah Islam... Pilih DAP akan menjadikan Lim Kit Siang makin berhemah dan merendah diri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dan sokong pandangan anda itu walaupun ianya adalah sindiran orang kecewa... He..he..hee..

      Delete
    2. Dengan rasa bangga dan berjaya kita kena sokong DAP demi ugama, bangsa dan negara. Hidup YB Lim Kit Siang...

      Delete
    3. Anon 08:10

      Sekurang-kurangnya kluangman kecewa dgn tindakan Hassan Malek dalam isu pinjaman mamat jual karpet dengan Bank Rakyat. Beliau sekurang2nya masih ada jiwa melayu dan sayangkan bangsa melayu. Dia kecewa dgn sikap pemimpin melayu yang bersongkol dgn bukan melayu yang mendajalkan institusi perbankan yg dimileki oleh orang melayu. Saya bersimpati dgn kluangman.

      Jiwa sdra? Tak habis2 dengan kecetekan akal....tak habis2 tak tunjuk kebodohan. Semua tahu sdra penyokong tegar parti.

      Delete
    4. Penting!
      Orang melayu boleh makan babi tetapi orang Islam haram makan babi.

      Bidalan Melayu lama :
      Jahat bak amrno,
      Bodoh macam penyokong ameno.

      Bidalan di atas terbukti dengan ulasan yang telah diberikan oleh penyokong ameno sendiri.

      Cuba gunakan akal fikiran & brain utk berfikir apa yang dimaksudkan.

      Sekiranya tak dapat faham maka benarlah lagu " Tak Tercapai Akalmu "

      Delete
    5. Melayu ni ada dua jenis; yang berotak dan yang tidak. Kalau nak tengok yang berotak, ada di banyak tempat. Yang tak berotak...kena tengok dlm Pakatan Rakyat.

      Delete
  2. Kemenangan Dyana akan mencerminkan kekukohan perpaduan dan penerimaan orang Cina terhadap apa sahaja ,atas labelled " DAP ".

    Walaupon pada dasarnya DAP ingin mempermosikan perubahan idealogi Malaysian Malaysia nya, tidak didomanasi hanya olih satu kaum sahaja ( Kaum Cina ) ,umum ingin melihat adakah Dyana bakal layak mendudoki kerusi CEC ( bukan dilantik) DAP , adalah menjadi penentuan sejauh mana perubahan yang hendak dilakukan.

    Dengan 42% undi Cina dan 19% undi kaum India yang rata-rata akan memihak kapada DAP ,sebenarnya DAP tidak memerlukan Dyana untok menarik undi kapada mereka .

    Perletakan Dyana adalah dilihat lebih kapada ( political play ) bagi menguji kematangan orang Melayu dalam bepolitik.

    Apapon kita ingin melihat selepas ini nama-nama Melayu dalam DAP tidak hanya sebagai penghias idelogi yang diwar-warkan ,seperti terjadi kapada nama-nama Melayu sebelum ini .

    ReplyDelete
    Replies
    1. PRK T3lok Intan tidak bol3h disangkal bahawa ia adalah strat3gi politik DAP untuk m3nghakiskan tuduhan ia adalah s3buah parti cina. Ia adalah satu risiko besar yang diambil oleh DAP dengan meletakkan calon melayu dikawasan kubu kuatnya dimana kaum cina adalah kaum majoriti, diikuti oleh kaum melayu.

      Risiko yang diambil ini bol3h diibaratkan satu percubaan untuk memecahkan m3ntaliti 2 kaum yang berbeza yang masih terpisah. Pertama, ia adalah untuk m3lihat p3nerimaan kaum cina sendiri kepada calon melayu ( orang cina bol3h menerima kaum india s3bagai calon DAP) dan kedua untuk memecah tanggapan lazim orang melayu bahawa orang melayu juga bol3h mendapat t3mpat di dalam DAP kerana Dap adalah s3buah parti be4bilang kaum dimana sehingga hari ini tidak m3ndapat sambutan dari orang melayu. Juga ia merupakan satu pe4judian ( gamble) yang diambil oleh DAP untuk m3nghakis tomahan lawan politiknya bahawa DAP adalah parti cina.

      Percubaan Dap ini bukan percubaan pertama dalam sejarah politik negara. PAS terl3bih dahulu membuat percubaan diluar normal politik dinegara ini dengan beberapa langkah yang boleh dianggap sebagai 1st. Pertama PAS telah membawa golongan profesional yang berp3ndidikan tinggi s3kular ke dalam parti untuk sama2 be4juangan dengan golongan dominan ia itu golongan berpendidikan ugama memperdanakan PAS dipentas politik n3gara. Hasilnya b3gitu memberangsangkan.

      Kedua, sebagai m3nunjukkan keuniversilan pe4juangan Islam, PAS t3lah meletakkan calon-calon yqng terdiri dari bukan Islam t3tapi menerima keuniversilan perjuangan Islam s3bagai calon-calon di dalam PRU 12& 13 yang lalu dibeberapa kerusi terutama di johor.

      Walaupun usaha ini tidak memberi impak yang diharapkan, tetapi usaha Dap di P4K T3lok Intan kali ini, bol3h dilihat s3bagai kesinamb7ngan dari usaha PAS, nampaknya memberi kesan yang menarik.

      Delete
    2. Keterbukaan PAS meletakan calon bukan Islam tidak diraguai ,kerana Orang Melayu memang terkenal dengan sifat keterbukaanya dan sedia menerima.

      Rata-rata kita semu sifat-sifat kaum Cina sejak kita semua dilahirkan (kalau kita memahami) , masakan mereka masih mahu megekalkan dan mempertahankan segala ke Cinaanya walaupon mereka telah berada dinegara ini sekian lama dan menerima Malaysia sebagai negara .

      Mereka tetap mahu mengekalkan sekolah mereka ,budaya mereka ,bahasa mereka dengan menidakan dan menafikan dimana mereka berada.
      Melayu masih menerima mereka seadanya ,walaupon mereka tidak bolih berbahasa ,bahasa negara yang mereka kata negara mereka juga, dan menuntut hak sama rata.

      Pada waktu ini ,rasmi diumumkan Dyana Sopia telah tewas ,dikawasan majoritu kaum Cina , membuktikan sukar bagi mereka menerima bukan dari kalangan mereka.

      Delete
  3. Sah BN menang di Teluk Intan.

    Kita tunggu apa alasan akan diberi oleh pembohong besar bertaraf antarabangsa, Anwar bin Ibrahim tu nanti...

    Jangan ke mana-mana...tunggu!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...