Monday 12 May 2014

Siapakah Kuda Bakal Tajaan BN Di Bukit Gelugor?


Semalam Najib Razak menyatakan meskipun MCA memutuskan tidak tidak mahu meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil Bukit Gelugor, tetapi BN tidak akan memberi laluan mudah kepada DAP yang meletakkan anak Karpal Singh, Ramkarpal dalam pilihanraya itu.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, akan ada calon lain yang bakal bertanding dan keputusan mengenainya akan dibuat bila tiba masanya nanti.

Katanya, calon yang akan disokong oleh BN itu bukan daripada parti komponen BN, tetapi mungkin daripada pihak-pihak lain yang bertanding sebagai calon Bebas.

MCA sebelum ini telah memutuskan tidak akan meletakkan calonnya di Bukit Gelugor bagi berhadapan dengan DAP atas alasan mahu menumpukan kepada penentangannya mengenai isu hudud yang bakal dibentangkan oleh Pas. Tetapi dengan Pas sudah menangguhkan pembentangan usul hudud sehingga mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Teknikal yang ditubuhkan antara UMNO dan Pas, keengganan MCA bertanding lebih dilihat kerana bimbang kalah dengan lebih teruk lagi.

Dengan gambaran yang diberi oleh Najib ini jelas sekali membayangkan bahawa akan ada seorang calon Bebas yang mesra BN akan bertanding di Bukit Gelugor. Ia seperti mengulangi seperti apa yang berlaku di Pasir Mas dalam pilihanraya umum lalu di mana UMNO tidak meletakkan calonnya di kawasan itu tetapi mengambil sikap memberi sokongan kepada calon Bebas, Ibrahim Ali yang turut dianggap mesra BN.

Menjadi calon Bebas mesra BN bukan saja membuatkan calon itu berkempen seolah-olah mewakili BN, bahkan mungkin juga mendapat bantuan kewangan daripada BN dan pemimpin-pemimpin BN barangkali akan turut berkempen sama.

Soalnya siapakah calon Bebas mesra BN itu?

Jika dilihat daripada senarai calon yang bertanding di Bukit Gelugor ini, selain DAP yang meletakkan Ramkarpal serta mendapat sokongan sepenuhnya daripada parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat, terdapat tiga calon Bebas lagi turut menawarkan diri. Mereka ialah Naib Presiden, Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan, Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek Mohamad Jan.

Seorang lagi calon Bebas, Lim Chee Koon pula hilang kelayakan bertanding kerana gagal membawa wang deposit ketika menyerahkan borang penamaan calon.

Mohamad Nabi Bux yang sebelum ini mendakwa dirinya sebagai ahli Pas, didapati sebenarnya adalah ahli UMNO dalam Bahagian Gombak. Bagaimanapun Mohamad Nabi mempertahankan dirinya sebagai ahli Pas sambil berkata wang deposit pencalonannya juga disumbangkan oleh tiga ahli Pas.

Mungkinkah Mohamad Nabi Bux merupakan calon mesra BN itu? Atau ianya adalah Huan Cheng Guan daripada PCM itu? Atau barangkali Abu Backer?

Oleh kerana Najib sudah menyatakan dengan penuh yakin bahawa BN bakal memberi sokongan kepada calon Bebas yang mesra BN dan kenyataan itu pula dibuat di hari ulangtahun kelahiran UMNO yang ke-68 semalam, beliau tentulah perlu membuktikan kata-katanya menjadi kenyaaan.

Sementara kita menunggu siapakah calon Bebas yang mesra BN itu akan diumumkan, semoganya "kuda larian" yang bakal dipilih benar-benar mempunyai tenaga dan mampu berlari dengan penuh meyakinkan. Dengan kemenangan DAP dalam pilihanraya lalu melalui majoriti 41,778 undi, secara logiknya tidak mungkin mana-mana "kuda larian" daripada tiga calon Bebas itu mampu menyaingi kuda yang yang dipilih oleh DAP iaitu Ramkarpal.

Janganlah nanti, kuda yang dipilih itu lebih teruk prestasinya dan majoriti undi kemenangan DAP pula lebih meningkat lagi. Jika itu yang berlaku, sudah tentulah Najib sebagai "tauke kuda" juga perlu memikirkan tentang keupayaan dirinya sama. (SH 12/05/2014)

3 comments:

  1. Tuan,

    Orang yang layak untuk bertanding atas tik3t bebas ialah Zul Nordin. Samada UMNO/BN menaja beliau atau tidak bukan soal penting.

    Tetapi sebagai seorang yang merasa diri dia hebat, Zul patut bertanding di dalam PRK ini. Orang kata dia patut letak where is mouth is.

    Jika semasa PRU 13 dulu, beloau ditolak di kawasan majoriti melayu, mana tahu manusia yang merasa dia dia hebat, l3bih bersih dari kapas ini boleh membuktikan sesuatu kepada kita yang melihat s3bagai crack pot.

    Satu hal dengan Zul ni....kalau orang atau pihak yang sanggup nak taja dia pasti tidak ditolaknya. Ada cerita semasa membeli borang p3namaan calon PRU 2008 dulupun orang yang keluarkan duit.

    ReplyDelete
  2. Tuan,
    BN nak pertaruhkan kuda lumba nampaknya dah tak ada. Kuda padi yang ada pun demam tak kebah. Yang tinggal cuma kuda kepang..itu saja yg boleh dipertaruhkan kat Bukit Gelugor tu.

    ReplyDelete
  3. Secara lojiknya sebagai kerajaan yang memerintah sudah pasti akan diterima rakyat walau dimana saja diadakan pilihanraya. Tapi apabila BN tidak menghantar calon mereka di Bukit Gelugor, apakah kita tidak tahu puncanya atau BN yang mengamalkan sistem majoriti mudah sebenarnya tidak berdaya untuk mendapatkan undi popular ditempat itu sehingga terpaksa jadi pembantu pada calon bebas ?

    Pada hari-hari biasa, ramai yang sanggup jadi pencacai dan barua pada kerajaan BN. Di Bukit Gelugor kerajaan BN pula bertindak sebaliknya.

    Sama-sama kita lihat gelagat calon bebas mengeluarkan idea dalam kempen mereka. Sebenarnya untuk mengenal calon bebas mesra BN bukan nya susah sangat, tinjau saja akhbar utusan atau tonton tv3 pasti kita akan kenal mereka.

    Diantara Ramkarpal Singh dari DAP, Huan Cheng Guan dari Parti Cinta Malaysia, Mohamed Nabi Bux dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan sebagai calon bebas, hanya seorang saja yang layak diangkat sebagai wakil rakyat. Siapa yang layak ?

    Orang yang layak jadi ahli parlimen hanyalah pada calon yang boleh berbahas dalam parlimen sebagai wakil rakyat yang berilmu dalam memperjuangkan hak rakyat.

    Jika pengundi di Bukit Gelugor tidak memilih calon DAP Ramkarpal Singh, maka mereka telah menambahkan lagi bilangan BEROK JANTAN yang berahi dalam parlimen. Bertambah sial lah negara Malaysia.



    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...