Friday, 28 March 2014
Menunggu Jawapan Mahathir Mengenai Memali
Setelah lebih 30 tahun tersimpul rapi, walaupun bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam sebenarnya mempunyai banyak ruang untuk menceritakan segala rahsia mengenai peristiwa Memali sebelum ini, kenapa hanya sekarang beliau mendedahkan perkara itu tentunya menarik perhatian ramai.
Dalam sebuah forum anjuran kerajaan Pas Kelantan di Kota Bharu malam semalam, Musa Hitam yang ketika peristiwa Memali itu merupakan Menteri Dalam Negeri dan dipersalahkan oleh banyak pihak mengenainya, akhirnya mendedahkan bahawa ketika kejadian itu Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri, sebenarnya berada di dalam negara dan bukannnya di China sebagaimana yang diberitahu sebelum ini.
Malah Musa Hitam juga mendedahkan, dua tiga hari selepas kejadian itu pun, Mahathir masih berada di dalam negara.
Kenapa Musa Hitam mengambil masa selama 30 tahun untuk mendedahkan perkara ini sedangkan ketika bersama Team B pada 1987 dahulu atau ketika hebat mengasak Mahathir ekoran pengharaman UMNO pada 1988, beliau tidak mendedahkannya?
Apakah pula signifikannya beliau memilih Kelantan dan berucap di sebuah forum anjuran kerajaan Pas untuk mendedahkan perkara yang tersembunyi selama ini? Apakah ia bertujuan membersihkan dirinya daripada tanggapan buruk Pas selama ini terhadapnya?
Setelah lebih 11 tahun bersara sebagai Perdana Menteri iaitu pada 2003, apakah kerana Mahathir masih aktif, berpengaruh dan mencampuri banyak perkara dalam politik negara, maka tujuan Musa mendedahkan perkara ini ialah untuk menghentikan semua penglibatan Mahathir itu?
Dalam peristiwa Memali yang berlaku pada 1985 dan menyebabkan seramai 14 orang terbunuh serta berpuluh yang lain cedera termasuk Allahyarham Ibrahim Libya, Musa Hitam atas kapasitinya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri adalah paling dipersalahkan atas kejadian itu. Ia diperkukuhkan lagi bahawa ketika kejadian itu Perdana Menteri dilaporkan tidak berada dalam negara dan berada di China.
Selain Musa Hitam menganggap insiden itu sebagai titik hitam dalan karier politiknya, apabila beliau kemudian meletakkan jawatan pada 1986 kerana berkrisis dengan Mahathir dan diikuti dengan kehilangan anaknya, Carlos Musa dalam kejadian Highland Tower, terdapat pengikut Pas yang menganggap ianya sebagai balasan Tuhan terhadap apa yang dilakukannya dalam peristiwa Memali itu.
Musa Hitam, di sebalik pelbagai dakwaan mengenai peranannya dalam peristiwa Memali itu, beliau tidak pula mahu membuka mulut mengenainya. Dengan itu, tafsiran umum ialah ianya merupakan kejadian yang melibatkan peranan penuhnya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, lebih-lebih lagi bila diketahui pula Perdana Menteri tiada dalam negara ketika itu.
Dengan pendedahan Musa Hitam ini, ia tentunya menuntut jawapan segera daripada Mahathir. Jika benar beliau berada di dalam negara, tentunya beliau tidak boleh lepas tangan mengenainya. Konsep pertanggungjawaban bersama tidak mengecualikan Perdana Menteri dalam apa juga kejadian yang berlaku di dalam negara.
Jika dalam Ops Lalang misalnya, Mahathir turut melibatkan Anwar Ibrahim dalam peristiwa itu semata-mata kerana tidak membantah di dalam mesyuarat kabinet atau meletakkan jawatan kerananya, maka dalam peristiwa Memali ini juga Mahathir tidak seharusnya dilepaskan daripada konsep pertanggungjawaban bersama kerana beliau adalah Perdana Menteri ketika itu.
Jika benar beliau berada di Kuala Lumpur ketika kejadian dan dua tiga hari selepasnya, tentulah konsep pertanggungjawaban bersama itu lebih dekat hubungannya lagi dengan kuasa Perdana Menteri yang dipegang Mahathir ketika itu.
Selain itu, apakah juga pendedahan Musa Hitam ini ada kaitan dengan beberapa kritikan yang sejak beberapa bulan lalu kerap dilemparkan oleh Mahathir terhadap kepimpinan Najib? Adakah Musa Hitam sebenarnya mahu mengurangkan kredebiliti serangan Mahathir itu dan kemudian berharap bekas Perdana Menteri itu tidak lagi mengganggu pentadbiran Najib?
Jika benar pula, apakah Musa Hitam melakukannya dengan kerelaannya sendiri atau kerana diminta oleh kelompok Najib?
Sementera Pas nampaknya gembira dengan pendedahan Musa Hitam ini dan seolah-olah mendapat "senjata baru" untuk mengecam Mahathir, melihat kegigihan Mahathir dalam politik, sama ada ketika berkuasa atau ketika sudah bersara, persoalan yang timbul juga bagaimanakah bentuk jawapannya kali ini?
Mungkinkah beliau mengaku, menafi atau akan melibas balik bekas timbalannya? Tetapi yang pastinya, apa pun jawapan Mahathir nanti, beliau bukanlah seorang yang mudah mengaku kalah.
Selepas insiden MH370, dakwaan Musa Hitam dan jawapan Mahathir mengenai di mana beliau berada ketika peristiwa Memali adalah episod yang tidak kurang menariknya bagi rakyat negara ini.
Sama-sama kita tunggu debarannya. (SH 28/03/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Setelah lebih lima puluh tahun kita menyambut kemerdekaan di ikuti rentetan pembangunan yang dinamik menjadikan kita hampir kepada negara maju :-
ReplyDelete1. Terlalu banyak suara-suara sumbang dari kalangan melayu bodoh yang tidak bersyukur, menginginkan kembali Malaysia 20 tahun ke belakang. Mereka bersedia dan setia bersekongkol dengan musuh tradisi melayu, musuh Islam dan musuh politik. Apa semua ini ? Pernah bangsa cina Malaysia menghukum anak-anak bangsa nya ? Agenda mereka tetap satu, memonopoli Malaysia di dalam tangan mereka...
2. Kelebihan melayu masa dulu sehingga kini, masih berhasad dengki, menghina hingga tersungkur,suka menjadi musuh dalam selimut. Semua kerana ganjaran diam-diam. Islam tetapi munafik! Mereka amat gembira dengan fitnah dan teruja menjadi syaitan bernafsu segala-gala nya seperti janji syaitan dengan Allah SWT.
3. Melayu amat liat membantu saudara se Islam apa lagi membangun sebangsa. Di dalam hati tersemat dendam lara apabila tercucuk atau tidak dapat apa yang di ingini. Bukan kah Islam itu berdasarkan keikhlasan ? Di mana Melayu dan di mana Islam nya yang sepatut nya menjadi lebih arif dalam ilmu nya?
4. Ada kah kita teruja dan suka bangsa asing memerintah kita ? Ada kah kita suka tokoh pemecah ummah yang bergelumang kemaksiatan menjadi pemimpin kita ? Ada kah kita tidak ingin lagi sejarah menyedarkan perbuatan kita ? Ada kah kita terlena dengan kata-kata mempergunakan Islam yang konon nya lebih Islam dari Islam lain ? Sesungguh nya kita memilik kerajaan yang di pilih Allah SWT dari hamba-hamba nya yang redho ; anugerah yang terbaik. Kenapa masih tegar dengan suara-suara sumbang, bongkak dan sombong ?
Kenapa menjadi musuh sesama sendiri ? Apa yang sudah berlaku hanya milik Allah. Apa yang bakal kita hadapi tahun-tahun mendatang bergantung kepada kebijaksanaan kita menjaga amanah NYA dan memperbanyakkan apa yang di berikan demi menjaga kehidupan dan kesejahteraan ummah. Lihat saja pergolakkan di Asia Barat, akibat tangan-tangan ghaib mencampuri urusan yang di mainkan proksi, bergolak dan terus bergolak. Tiada masa menggapai kemajuan. Masih di zaman jahilliyah akibat kebodohan sendiri. Kita mahu ?
Ingat lah. Para kafirun ingin sekali melupuskan kewujudan Melayu dan Islam seperti berlaku nya tragedi terbaru, kristian membunuh umat Islam di negara tengah Amerika Selatan. Mungkin merebak.
Kini, MH 370 adalah tragedi dan misteri yang di rancang rapi... Malaysia kini di beri hidayah, siapa kawan dan lawan ! Siapa anak-anak bangsa nya, anak jati yang terikat janji dengan Tuhan nya ! Nabi Muhammad dan sunnah nya ada lah benar, dan perintah Allah, agar kita mendapat dan di bawah syafaat baginda. Jadi lah yang terbaik. Bukan batu api !
Apa yg ko merepek ni maae?merepek ko ni dah mengalahkan tulisan tn shahbudin.pnjg brjela2 dgn begitu byk prsoalaan tnpa ada jwpn dr ko sndiri.nmpk sgt ko ni cetek ilmu atau ko ni mmg jenis manusia malas menelaah ataupun ko ni salah satu spesis yg brjaya dibodohkan dan didungukan oleh UBN...
DeleteMaae,
DeleteKerajaan kita dipileh Allah SWT dari hamba-hambanya yang redho ? Penoh dengan 1001 macam penipuan yang di kelolakan oleh SPR. Ingat, kamu ada 47% undian saja. Tunggu P.U. 14. Bongok betullah kamu Maae oi!
Maae ni malaon sesat ke apa?. Ada ka kerajaan yang bunuh orang alim tak berdosa dikatakan kerajaan diredhai Allah?. Kerajaan yang benarkan seorang rakyat asing diletup sampai hancur tanpa pembelaan dikatakan kerajaan pilihan Allah?. Ada ka kerajaan yang songlap duit PERWAJA, PKFZ, SCORPEEN, DUIT LEMBU RAKYAT, DUIT BANK NEGARA BUAT MAIN FOREX dan berlambak lagi rasuah dan kekejaman dikatakan kerajaan yang adil?. Maae ni sawan agaknya tak?. Kalau hang kuat solat tunggang langgang tapi tak ikhlas dan hati hitam legam Maae oiii...satu sen pun tak guna hang hidup. Ulul amri hang bersubahat malah selaku PM masa tu telah membenarkan pembunuhan rakyat tidak bersalah di Baling, tapi menjadikan Musa Hitam sebagai kambing hitam. Aku masih ingat lagi. Memang perangai pariah ulul amri hang, lempar batu sembunyi tangan, berak senyap senyap tengah jalan, kemudian tuduh orang. Ni ciri ciri keliang mandeliar la. Ulul amri hang tu memang pariah mandeliar. Tak cukup dengan tu..ulul amri hang buat skrip liwat 1, tuduh orang lain seberat tuduhan. Yang dibunuh tak kaya kerana rasuah pun, yang dituduh malah jauh lebih miskin dari ADUN2 UMNO, tapi ulul amri hang yang kononnya baik tu maha kaya anak beranak selepas jadi PM. Harapkan duit untung klinik Maha Kat Alor Setar dulu...tak mungkin ulul amri hang sekeluarga jadi duper kaya. Mana mari duit dia tu???. Habaq mai sat kat aku. Cerita ambil duit negara untuk bail out kerugian sykt anak dia apa ke jadah?. Lain kali selidik la dulu. Kerana ulul amri mandeliar hang tu banyak salah dan dosanya maka takut sangat dia Anwar yang sengkek tu naik jadi PM. Orang bersalah macam tu la jadinya. Yang hang perbodohkan diri kerana pariah kerala tu apa hal?. Dapat kain pelikat free ka? Pasai United Mandeliar National Organisation bagi BR1M ka?. Atau hang selalu mabuk ayaq ketum???
DeleteAku suka cerita dia.
Deleteitulah dilema mlyu yg d ciptakan mahathir.
mahathir mngajak mlyu tdur sbb dia bukan ketrunan mlyu.
mahathir mngajak mlyu brgaduh ssama sndiri sbb dia bukan kturunan mlyu dan
mahathir telah mngelapkan dan mmblnjkan hrta mlyu agar mlyu miskin dan mrempat d kpg mlyu bndar mlyu ngeri mlyu dan ngara mlysia sbb mahathir bukan mlyu...
Melayu masih dalam kebodohan. Di suruh berfikir, menghayati, kangsung tiada ksan di hati.
Delete1. Hati yang sudah mati. Ada mata di tutup, ada telinga di sumbat. Taksub bodoh sehingga menjadi takbur !
2. Akibat makanan, manusia boleh berubah karakter. Itu kenapa dalam Islam itu jelas yang halal dan haram. Jadi pembahas yang menilai saya ialah insan-insan bodoh yang yang menilai mengikut persepsi semata-mata tanpa melihat keperluan sejagat. Apa istimewa nya melayu, cina dan india yang kuat auta.
Jika anda semua masih muda, amalan gaya hidup anda semua amat berbahaya keoada Bangsa Melayu dan Tanah Ibunda kita. Panjangkan leher, jengah lah ke hadapan. Belajar lah memahami kiasan hidup. Sesungguh nya mereka yang berlagak hanya tin-tin kosong belaka....
Slogan HIDUP MELAYU tapi dalam masa yang sama Tun Mahathir adalah seorang 'PEMBUNUH' warganegara Malaysia berbangsa melayu beragama islam....pemimpin celaka.
ReplyDeletesiapa MAHATHIR?
ReplyDeleteMAHATHIR ialah MAHATAIK
ReplyDeleteDesperado musa berterusan, bukan shj kes memali, apa jua kes selama 22tahun mahathir pm sudah tentu menjadi tanggungjawabnya bersama.
ReplyDeleteKes memali, siapa menteri kdn pada masa itu, siapa yg memberi taklimat kpd mahathir sebelum sesuatu tindakan di ambil? Adakah perkara ini dibawa ke kabinet sebelum diputuskan.
Org dayus mcm musa, elok salahkan pdrm, salahkan org lain sebanyak mungkin.
Membuka pekong di pentas pas bukan jantan namanya, menunggu 30 tahun untuk bercerita mcm pondan tua...mungkin musa terasa terasing, sepi dan dilupakan.
Jika Musa hitam dayus membuka pekong UMNO Baru diatas pentas PAS , apa kurangnya dayus Mahathir menggunakan platform PAS menghentam Almarhum Tunku dan UMNO Lama apabila dia dipecat oleh Tunku dulu.
DeleteJangan lupa, Musa Hitam adalah rakan Mahathir dalam era ters3but.
Sdra sebagai orang lama UMNO Baru tidak g3ntleman hanya s3but sekerat sahaja cerita s3benar dan sorok sebahagian lagi.
kluangman, hang tak faham ke maksud artikel dlm MI itu. Musa Hitam ditanya olih moderator, Prof Agus samada semasa peristiwa Memali adakah Mahathir berada diMsia. Musa Hitam jawab ia dan 2/3 hari selepas tu. Itu shj. Itulah taksub sangat kat Mahathir, manusia yg banyak memperbodohkan orang melayu. Anak2nya semua millionaire dan billionaire.
DeleteAku sangsi.. KLUANGMAN atau KELINGMAN. Spesis mandeliar juga agaknya ni?
DeleteTerbaik
ReplyDeleteSaya mahu dengar apa kata TDM
ReplyDeleteTDM kata, dah lama sangat.....sudah lupa.....dia kena semak dulu sama ada betul atau salah kenyataan TMH terhadap dia mengenai kes Memali.
DeleteSamada Musa atau Mahathir, keduanya harus bertanggungjawab. Masing masing perlu menanggung dosa membunuh orang yang tidak bersalah disisi Allah.
ReplyDeleteSeperti yang Musa jelaskan, beliau merass berdosa dan amat kesal dengan apa yang telah berlaku itu. Muga Allah mengampuni dia. Tetapi dosa beliau mahu pun Mahathir kepada mereka dan keluarga yang terlibat perlukan pengampunan dari pihak berkenaan. Bezanya antara Musa dan Mahathir berhubung peristiea Memali ini ialah Musa telah pun kesal dan insaf perbuatannya itu tetapi Mahathir tidak begitu malah cuba pindahkan kesalahan beliau itu 100% keatas timbalannya. Cukup jelas sikap buruk dan perangai keling mandeliar yang ada dalam diri situa anak Kutty ini. Mahathir aka sikitol mandeliar ini tega menikam hatta mengaibkan siapa saja hatta sahabat sendiri demi menyelamatkan diri dan demi kelangsungan kuasa dan kekayaan peribadi dan keluarga. Perpecahan yang berterusan di dalam UMNO asal tidak siapa dapat menafikan bahawa puncanya cuma disebabkan faktor Mahathir yang cemburu dan akhirnya menhadi sangsi dengan pemimpin melayu lain yang berpotensi. Telah pun tersurat sesungguhnya spesis berdarah kitol mandeliar ini memang terlalu kuat berperangai cemburu dan dengki. Yakinlah, percayalah, bahawa kelompok ini sanggup jadi dan halalkan apa saja demi survival. Malah spesis begini jika diletak ke dalam kandang khinzir, mereka ini akan lebih hebat menyondol berbanding khinzir itu sendiri. Bagi keturunan ini, matlamat menghalalkan cara. Lihat dan saksikan...bila saja ada demo melayu UMNO terutamanya di Penang..lihat betul betul muka melayu melayu pendemo itu, muka spesis ini yang paling ramai dibarisan depan. Bak andaian dikandang khinzir tadi, dalam hal berkaitan Melayu, spesis ini secara auto akan menjadi Melayu terlajak melayu. Puak puak inilah yang sering bakar isu perkauman. Kejadian di Kg Rawa Pulau Pinang satu ketika dulu juga disebabkan pertelingkahan puak spesis ini dengan satu pihak lain. Jadi orang Melayu pribumi jangan sampai ditipu berterusan. Jika melayu pribumi dalam UMNO masih sayangkan parti...wajib perangi puak ini dan terajang meteka keluar atau UMNO akhirnya akan berkubur jua menjadi sejarah. Diharap situa mandeliar bekas PM sempat melihat akibah dari kecelaruan dan perbuatan hasad dan buruk yang telah beliau mulakan di negara Malaysia ini. Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha mengetahui.
salam,
ReplyDeleteTDM tak mungkin lari seperti TM. tm dah banyak membuat penipuan yang nyata. tdm berkata, biar sejarah yang menilainya. cakap tm banyak menimbulkan kekeliruan. sebagai orang politik, tm pandai memainkan peranannya dan apa yang pendengar ingin dengar.
orang yang mempunyai sikap benci, memang tak akan suka kepada orang tersebut walaupun tak pernah berjumpa atau mengenali. cukup setakat mendengar fitnah sahaja. peristiwa memali satu perkara yang tak ingin berlaku. apa yang berlaku adalah satu sejarah yang sukar kita mengerti. ikut cakap keluarga polis yang terlibat lain ceritanya, tetapi tak masuk dalam ceramah. cerita keluarga kampung memali lain. masuk pulak cerita ceramah. ada penambah rasa tak? kita pun tak tahu. bacalah kertas putih mengenai memali.
pada pandangan saya, kalu tdm ada kat mesia ni, bukan tm sahaja yang tahu. ramai lagi geng anwar yang tahu. dah lama pecah pun bukan sekarang. tdm tak pergi china, masa tu tm dan tdm berdua ajer ke? menteri lain tak ada? pegawai lain tak ada? orang nak kenakan tdm ni ramai. masa tm dan ku li lawan tdm, kenapa tak bocor rahsia. dan banyak lagi la agenda yang nak jatuhkan tdm ni. prof agus dan tm cakap oh my god, god mana ye ?
Mahathir the BEST PM ever.....kalau tidak kerana TDM, Malaysia masih terhegeh2 dalam pembangunan di bawah pentadbiran melayu yg hanya pandai cakap macam monyet2 diatas smua tuu...
ReplyDeleteMahathir the BEST PM ever ...kerana jadi seorang pembunuh ?
DeleteMahathir kutty pengulangan sejarah. Bendahara Melaka Tun Muthahir juga keturunan mamak kutty yang beesubahat dengan Portugis menawan Melaka.
DeletePorak perandakan undang undang dan sistem kehakiman negara dikatakan the BEST PM? Mabuk tuak agaknya sorang malaon ni.
ReplyDeleteSudah disahkan oleh beberapa orang termasuk blogger, semasa kejadian, Tun Mahathir berada di dalam kapalterbang dan dimaklumkan melalui telefon.
ReplyDeleteKalaupun musa ditanya oleh moderator, kenapa musa perlu jadi penipu dan pembohong - nasib baik mahathir masih hidup dan akan menjawab kpd si penipu itu,
Berkaitan serangan mahathir ke atas tunku di pentas pas - ia hanya sebuah ulangan cerita yg semua org sudah tahu perbezaan pendapat keduanya.
Musa hitam dah dapat tun, nak apa lagi?
Tun Musa dan Tun Mahathir adalah dua orang pemimpin yang bertanggongjawab dalam kerjadian membunuh warganegara Malaysia di Memali...mereka berdua adalah pembunuh ! Nak pertahankan apa lagi ?
Deletedgn gelran "Tun" tu, dpt pengecualian dari soal jawab dlm kubur ke nanti?.apa le ini kluangman.,sama mcm kata2 UKE pada ManjongMari.
DeleteBunuh rakyat dapat Tun. Bagusla tu. terbaeeekk!!! Malaysial boleh!!!
ReplyDeleteKeluangman ibarat anjing buruan yg menjelir lidah mengikut perintah Tuannya. Bila dpt daging busuk menyalak membela Tuannya. Kalau tak caya periksa la mana3 blok gitu la gaya salakannya.
ReplyDeleteFaktanya di mana? Persaolannya kenapa musa perlu berbohong? Kalau tidak berbohong, siapa saksinya?
DeletePembangunan ada banyak faktor,kalau mahu material maka batu-batu yang mencakar langit akan kita sanjung......cerita firaun telah termaktub dalam Al Quran......jika pembangunan jiwa maka ramailah penghafal Dan pengamal Al Quran Dan sunnah yang menghiasi rumah-rumah Allah, mana pilihan kita, jiwa yang sudah sebati dgn pembangunan material akan menjadi sukar untuk menerima Islam sepenuh raga. Dunia hanya sementara hakikatnya akan terima bila nyawa telah sampai di kerongkong...........semua ragam manusia ini telah diberitakan oleh Allah dalam Al Quran.Adakah manusia membaca Dan mengkaji, maka tidak hairanlah ramai yang tergelincir lidahnya. Ingatlah tidak dijadikan manusia ini
ReplyDeletesemata-Mata untuk menyembah Allah.
Pencacai Mahathir tiada lain nak sebut . . .pembangunan, pembangunan, pembangunan
ReplyDeleteApakah pembangunan material yang dibawa oleh mahathir mamak kutty dapat dinekmati oleh seluruh rakyat malaysia apakah anda yang menjadi penyokong sikutty ini menikmati kemewah yang merimpah ruah dari pembangunan yang dibawa oleh kutty. Tetapi pembangunan rohani akan melahirkan insan yang kaya dunia dan akhirat itu janji Allah
DeleteKejayan sikutty melahirkan anak aur nikah,melahirkan Melahirkan anak buta agama, melahirkan pepecahan antara kaum. Segala kerosakan di muka bumi malaysaian ini berpunca dari sikutty ni.
DeleteJilat bontot
ReplyDelete