Saturday, 22 March 2014

Lebih Ramai Percaya MH370 Dirampas Daripada Terhempas?


Sudah dua minggu berlalu tetapi sehingga ini masih belum ada apa-apa berita mengenai pesawat MH370. Pada Sabtu 8hb Mac, kerajaan mengumumkan pesawat itu hilang daripada radar di perairan Vietnam dan mengesyaki ia mungkin terhempas di Laut China Selatan tetapi pada Sabtu seterusnya iaitu 15 Mac, Najib pula membuat pengumuman pesawat itu sebenarnya dikesan berpatah balik dan radarnya dimatikan dengan sengaja oleh seseorang yang berada di dalam kokpit.

Sejak itu pencarian tidak lagi dilakukan di Laut China Selatan tetapi sudah menjarak sehingga ke Lautan Hindi dengan jumlah negara, pesawat udara, kapal laut, radar dan anggota pasukan mencari dan menyelamat yang turut bertambah. Namun sehingga ini masih juga tiada tanda-tanda pesawat itu akan ditemui.

Pada Sabtu seterusnya iaitu hari ini, ramai sebenarnya yang mengharapkan ada sesuatu pengumuman yang positif daripada kerajaan dan seterusnya merungkai misteri kehilangan pesawat yang sudah berlarutan selama dua minggu itu. Tetapi nampaknya Sabtu, 22 Mac ini tiada apa-apa berita daripada kerajaan.

Yang ada hanyalah beberapa penemuan yang makin membingungkan rakyat, lebih-lebih lagi waris mangsa. Jika sebelum ini kita diberitahu, antara muatan kargo adalah bertan-tan buah manggis, kini kita dibertahu lagi bahawa didalamnya terdapat bahan kimia lithium yang biasa digunakan untuk membuat bateri.

Selain itu kita juga diberitahu bahawa di antara 239 yang berada di dalam pesawat itu, 20 orang daripadanya adalah kakitangan Freescale Semiconductor yang berkemahiran tinggi dan mungkin menjadi perhatian pesaing industri yang bernilai tinggi.

Meskipun sejak Najib mengumumkan pesawat itu dimatikan radarnya secara sengaja dan didapati berpatah balik serta dikesan kali terakhir oleh satelit pada 8.11 pagi 8hb Mac, usaha mencari lebih ditumpukan ke Lautan Hindi seolah-olah ada keyakinan bahawa pesawat itu terhempas atau sengaja dijunamkan di kawasan paling di lautan tersebut.

Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan Pemangku Menteri Pengangkutan bahawa pihaknya turut menyiasat faktor bunuh diri juruterbangnya, Zaharie Ahmad Shah.

Di segi kerajaan, nampaknya mereka lebih meyakini pesawat itu terhempas dan lebih memedihkan ia juga menjurus kepada perbuatan sengaja yang dilakukan oleh juruterbangnya. Tanpa sebarang fakta dan bukti, itulah andaian berlegar setakat ini.

Hakikatnya amatlah tidak wajar membuat sebarang dakwaan terhadap Kapten Zaharie tanpa bukti kukuh. Tidak masuk akal untuk mengatakan semata-mata kecewa terhadap hukuman yang dijatuhkan keatas Anwar Ibrahim, beliau melakukan sabotaj ini. Lebih tidak masuk akal untuk mengaitkan seorang Islam dengan kejadian bunuh diri kerana betapa kecewanya pun seorang yang beragama Islam itu dalam hidupnya, membunuh diri bukanlah pilihan yang menjadi kelaziman.

Orang Islam juga selalu diingatkan bahawa membunuh diri adalah dosa paling besar, memalukan keluarga dan neraka balasannya.

Sementara Najib menyalahkan pesawat itu dilencongkan secara sengaja dan Hishammuddin pula mengatakan kejadian bunuh diri turut disiasat, hanya kawan-kawan dan kenalan rapat Kapten Zaharie yang tampil mempertahankan juruterbang itu manakala MAS sebagai majikan hanya berdiam diri. Agak mengecewakan situasi ini.

Kenapa MAS hanya berdiam diri? Dan kenapakah fokus lebih ditumpukan kepada terhempas berbanding dirampas? Setelah dua minggu berlalu dan belum ada tanpa-tanda ditemui di darat, laut, hutan dan sebagainya, rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan kehilangan pesawat itu kini mulai meyakini bahawa MH370 lebih mungkin dirampas dan sedang disembunyikan, bukannya terhempas.

Di mana-mana terdengar hujah yang mudah iaitu jika terhempas, setelah dua minggu, pasti sesuatu kesan daripadanya sudah ada ketika ini.

Meskipun sukar dipastikan, ramai yang percaya pesawat MH370 itu sedang disembunyikan di sesuatu tempat dan ia dilakukan melalui perancangan yang sangat rapi. Kerapian itu bukan saja untuk memastikan pesawat dapat didaratkan di sebuatu tempat yang selamat dan sukar dikesan tetapi juga meliputi aspek untuk menyediakan keperluan makan minum dan tempat tinggal kepada 239 penumpang itu.

Memanglah bukan mudah untuk menyediakan makan minum kepada 239 orang selama berhari-hari tetapi tidaklah mustahil perkara itu dilakukan jika ia dirancang dengan rapi sejak bertahun-tahun lalu.

Jika ada yang mengatakan penyediaan makan minum seumpama kenduri itu agak mustahil, samalah juga mustahilnya dengan mengatakan Kapten Zaharia sengaja melakukan sabotaj dan bunuh diri dengan menjunamkan pesawat itu ke Lautan Hindi semata-mata kerana marahkan kerajaan atau kecewa dengan hukuman keatas Anwar.

Jika benar beliau kecewa, mahu melakukan sabotaj dan bunuh diri, apa perlunya beliau terbang selama lebih lebih sejam serta kemudian berpatah balik dan menuju ke Laut Hindi untuk mencari sasarannya? Lebih baik beliau hempaskan pesawat itu ke arah Seri Perdana atau langgarkan saja ke Bangunan KLCC. Lebih dari itu, cukupkah minyak pesawat untuk sampai ke Laut Hindi itu?

Semakin lama masa berlalu dan semakin banyak kekaburan yang timbul di sebalik kehilangan pesawat ini, walaupun kerajaan lebih menjurus kepada kemungkinan ianya terhempas tetapi rakyat lebih merasakan MH370 sebenarnya dirampas dan sedang disembunyikan di suatu tempat rahsia.

Pelbagai rumusan dan telahan dapat didengar mengenai sebab kemungkinan pesawat itu dirampas. Di media luar negara, di media sosial dan dari mulut rakyat jelata, semua itu makin kedengaran kebelakangan ini.

Sebagaimana media luar dan beberapa negara mempersoalkan sebelum ini, apakah sekali lagi kerajaan sedang menyembunyikan sesuatu? (SH 22/03/2014)

10 comments:

  1. Siasatan perlu dibuat bedasarkan petunjuk- petunjuk yang terdapat , adalah tidak matang kalau ianya dilakukan hanya bedasrkan telahan sahaja , walaupon pelbagai kemungkinan bolih belaku.

    Dalam hal ini Kerajaan Malaysia sudah tentu ingin menjaga imegnya dimata rakyat dan juga dimata dunia ,dan akan berusha yang terbaik, bagitu juga negara-negara yang meneraju teknoloji terkini dan bekemampuan ,yang membantu Malaysia dalam pencarian ini ,sudah tentu mereka tidak mahu dilihat lemah dengan kemampuan teknoloji mereka yang dikatakan 'terkini'.

    Kemungkinan Malaysia ( sebagai Negara dan Kerajaan) menyembynyikan dan meranchang sesuatu berhubongkait kejadian ini adalah mungkin tidak terpikir , tetapi kemungkinan-kemungkinan lain harus berdasar kapada unsur yang munasabah.

    ReplyDelete
  2. Soal ketelusan dalam mengeluarkan fakta bila sesuatu kejadian itu berlaku adalah mitos sahaja. Sudah lumrah dunia fakta tidak akan disebut 100%. Ini bertujuan untuk mengelakkan pihak yang terbabit dipersalahkan atas kejadian yang berlaku. Ini juga bertujuan supaya pihak lain yang akan dipersalahkan. Tidak banyak orang, tidak banyak negara dan tidak banyak syarikat yang mahu bertanggungjawab bila sesuatu kejadian berlaku. Dalam kes MH370 ini, nampaknya... kesalahan mahu diletakkan atas bahu juruterbang!

    ReplyDelete
  3. Melalui media elektronik saya mengikuti perkembangan kes MH370 boleh dikatakan setiap hari, beberapa hari menghampiri penghujung minggu ini iaitu minggu kedua sudah lebih tiga kali Hishamuddin menyebut "kotak hitam jika ditemui". Ini bermaksud terhempas bukan dirampas. Perbelanjaan/kos keseluruhan setakat ini RM8.22 juta.tetapi berapa pula nilai nyawa didalam pesawat tersebut....?

    ReplyDelete
  4. Timbul persoalan, siapakah yang berkeupayaan untuk melakukan perkara sedemikian? Iaitu ‘melarikan’ sebuah mesin yang sangat besar serta dilengkapi dengan teknologi canggih yang tidak memungkinkannya putus hubungan dan hilang daripada sistem pemantauan pesawat.

    Kemudian, berkeupayaan ‘menyembunyikan’ pesawat tersebut daripada dijejaki oleh usaha pencarian berskala antarabangsa yang turut dibantu dengan menggunakan berbagai-bagai jenis teknologi canggih.

    Bacaan lanjut :
    http://kalamputihmenuliss.blogspot.com/2014/03/mh370.html

    ReplyDelete
  5. Salam....
    Nampak emosi mengawal penulisan tuan...tidak bagus....menulislah kerana Allah....ia akan menjadi ibadat untuk tuan...semoga Allah merahmati tuan...

    ReplyDelete
  6. Semakin hari semakin susut (harapan) menemui mereka 239 ini masih hidup, doa yg dipanjatkan oleh kita masih belum menghasilkan samada bangkai mahu pun serpihan jauh sekali Black Boc & vice recorder.
    Mari susun semula the Plus and Minus factor, untuk merungkai samada benar ini konspirasi Mlaysia - Amerika atau musibah kerna beteri dan manggis yg diperut pesawat itu.
    Klau mengikut Mike McKay (melainkan dia mabuk) dia nampak pesawat terbakat menjunam ke Laut Cina Selatan, ke utara pelantar minyaknya! Orang KB kata kapal terbang terbang rendah. Orang Marang kata bunyi bising kuat dan sebuah pesawat menuju ke utara P. Kapas.
    Maknyanya carian SAR dah berkemungkinan SARecovery dan BUKAN dilautan Hindi.
    Australia masuk hari ke3 Cina hari pertama - dua dua ZILCH! Hanya lalgi sekali auta dan kelentong HishamDO, transkrip pun kata TIDAK tepat!
    Masih lagi mahu mencari salah KaptZ biras DSAI, why3!! Malaysia tahu hal sebenarnya seperti dakwaan seorang aviation analyst Amerika?
    Dah terbukti tiada maklumat subterfuge dala Similator KaptZ tp masih mahu dibawa HD isisan ke US (konon) untuk mencari fail yg dipadam!
    Walhal belaiu tidak mugkin memilih Neraka kerana Anwar atau tohmahan tidak berasa membubunh 238 penumpang!
    Lebih logik kebakaran dll beberapa teori lain, termasuk kerana gagal kuasa elektrik dan semua didalam telah pengsan kerana `decompression' pernah berlaku.
    JOM. slowly arrange the facts from the media asing kerana local hanya menyakit hati dan tambah geram!

    ReplyDelete
  7. Kalau Goerge Bush boleh bunuh 3000 manusia di wtc,apalah sangat dengan 239 orang atas pesawat malaysia.yang penting perancangan mereka tercapai atas muslihat yang kita sendiri tidak tahu.

    ReplyDelete
  8. Bila baca semua ni, saya tabik kepada semua atas keterbukaan dan keberanian mereka menuturkan semua tu. Menurut pandangan saya yang serba kekurangan ini, tiadalah senjata yang paling hebat untuk mengatasi segala ini melainkan doa, kerana ianya senjata setiap mukmin. Merayulah kehadrat Allah dengan hati yang ikhlas, perbanyakkan bacaan AL-Quran dan Zikir. Ambil pengajaran dari kisah anbiya', Nabi Ibrahim terselamat dari api lantaran doa, Nabi Yusof terselamat dari fitnah wanita kerana doa, Nabi Yunus terlepas dari perut ikan Nun kesan dari doa, maka apalah lebihnya kita jika dibandingkan dengan mereka, sehingga menyebabkan kita tidak mahu merendah diri di hadapan Allah untuk perkara yang melibatkan semua ini

    ReplyDelete
  9. Slagi bngkai psawat dan kotak hitam tak d temui saya takkan percaya terhempas d lautan hindi.
    kerajaan amat licik dlm buat sabotaj dan konspirasi .

    ReplyDelete
  10. Alquran telah menyebut yg melakukan kerosakan d muka bumi adalah yahudi dan sekutunya. Fikirlah.... Kita telah d permainkan oleh mereka.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...