Thursday, 20 March 2014
Beza Malaysia Dan Australia Menghargai Parlimen
Setelah masuk hari ke 13 pencarian pesawat MH370 yang masih hilang dan dunia buntu mengenai misterinya yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Perdana Menteri Australia, Tony Abott membawa berita yang sedikit melegakan iaitu dengan penemuan objek yang tenggelam timbul oleh satelit negaranya di selatan Lautan Hindi.
Atas sedikit kepercayaan bahawa objek sepanjang 24 meter itu adalah serpihan daripada pesawat MH370, selain meminta pihak berkuasa di negaranya berusaha mengesan penemuan itu bagi memastikan kesahihannya, beliau juga memaklumkannya kepada Perdana Menteri, Najib Razak melalui telefon.
Di negaranya pula, Tony Abott membuat pengumuman mengenai penemuan itu di Parlimen, sebuah institusi tertinggi di mana-mana juga negara demokrasi. Perkara ini segera menarik perhatian dunia tentang bagaimana beliau menghargai Parlimen yang mewakili kepentingan rakyat sedangkan jika mahu, beliau boleh saja memanggil sidang akhbar di pejabat atau kediamannya untuk mengumumkan penemuan itu.
Tetapi kerana menghargai Parlimen dan supaya pengumuman itu didengar oleh semua wakil rakyat yang seterusnya mewakili rakyat Australia, beliau akhirnya memilih Parlimen untuk berbuat demikian.
Walaupun MH370 bukan milik negaranya tetapi kerana menyedari isu kehilangan pesawat itu menjadi tumpuan dunia ketika ini, kewajaran dan keseriusan beliau sebagai pemimpin dalam melihat insiden ini seharusnya dihargai dan dipuji.
Ini nyata berbeza dengan negara kita, disamping pesawat MH370 adalah milik negara ini dan tumpuan pula diberikan oleh rakyat dan dunia, tetapi Parlimen tidak digunakan dengan sebaiknya, malah diketepikan pula.
Ketika awal kejadian ini berlaku, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar telah mencadangkan agar Perdana Menteri membawa usul mengenai kehilangan itu di Parlimen supaya bukan saja boleh diberitahu kepada wakil-wakil rakyat apa yang sebenarnya berlaku, tetapi juga boleh dibahaskan bagi menggambarkan kepentingannya kepada negara dan rakyat.
Malangnya ianya telah ditolak oleh Speaker atas alasan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, dan mencadangkan jika Ahli-Ahli Parlimen ingin membangkitkan mengenainya, ia boleh dilakukan ketika perbahasan titah Diraja.
Beberapa hari kemudian pula iaitu pada 18 Mac, Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein didapati telah bersetuju untuk memberi taklimat mengenai insiden kehilangan pesawat itu kepada hanya Ahli-Ahli Parlimen BN. Taklimat diadakan di sebuah tempat mewah iaitu The Aloff di KL Sentral.
Sergahan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang agar taklimat itu tidak terhad hanya kepada wakil rakyat BN dan seharusnya juga terbuka kepada semua Ahli Parlimen, langsung tidak dilayani oleh kerajaan. Hishammuddin kemudian memberi alasan remeh dengan menyatakan taklimat kepada wakil rakyat BN adalah kerana ia diminta oleh BNBBC dan sekiranya wakil pembangkang mahukan taklimat yang sama, mereka juga diminta mengemukakan permohonan kepadanya.
Adakah amat memalukan hujah yang dikemukakan itu kerana taklimat yang berlainan sudah tentunya isi taklimatnya juga berbeza. Jika benar kerajaan telus, terbuka dan tidak berhasrat menyembunyikan sebarang maklumat, taklimat yang diminta oleh BNBBC itu boleh diadakan sekali dengan taklimat untuk wakil rakyat daripada pembangkang.
Bukankah ia lebih menjimatkan dan tidak membazirkan masa dan tenaga?
Namun apa yang belaku di sebalik kehilangan pesawat ini, kerajaan bukan saja membelakangkan Parlimen, sebuah institusi penting yang mewakili seluruh rakyat, bahkan cuba pula menidakkan peranan serta kehadiran Ahli-Ahli Parlimen pembangkang dengan mengadakan majlis taklimat yang tertutup hanya untuk BN saja.
Sementara insiden kehilangan pesawat ini turut banyak memalukan kepimpinan negara tentang bagaimana cara menguruskan krisis dan menjaga kredebilitinya, tindakan Tony Abott bercakap tentang isu penting yang melibatkan dunia di Parlimen negaranya telah mendedahkan satu lagi kelemahan kerajaan BN yang sudah memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun lalu tanpa hentinya.
Di sebalik Tony Abott menelefon Najib untuk memaklumkan penemuan objek itu, beliau juga sebenarnya mengajar Perdana Menteri dan kerajaan untuk menghargai Parlimen. Sekalung tahniah untuk Tony Abott. (SH 20/03/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya melihat UMNO BN yang mengepalai pentadbiran negara kini telah menjadi sebuah parti PEMBULI. Pemimpin tertinggi parti ini hari ini menjadi begitu sombong dan bongkak, mereka merasakan UMNO ini parti BRAHMIN dan parti OPOSISI adalah PARIAH. Dapat dilihat jelas seolah wujud sistem KASTA dalam sistem parlimen Malaysia dimana parti yang menguasai parlimen terlalu memandang rendah dan sama sekali tidak menghormati wakil wakil rakyat parti oposisi yang juga terpilih secara sah oleh rakyat sebagai wakil mereka di parlimen. Cara oposisi dilayani sekali pun dalam hal hal penting oleh pemimpin UMNO BN menggambarkan bahawa pemimpin UMNO BN ini sebenarnya mempunyai masalah, mereka lah yang dibelenggu MENTALITI PARIAH dan memiliki pemikiran purba yang tidak bertamaddun dimana yang kuat menjadi PEMBULI. UMNO bagaikan seekur binatang buas yang hidup dalam masyarakat binatang.
ReplyDeleteRakyat Malaysia hari ini sangat malang bernaung dibawah sebuah kerajaan yang rosak begini. Lebih menyedihkan kerana kerajaan UMNO yang gah mengakui Malaysia sebuah negara Islam malah memiliki seorang PM yang terdiri dari seorang mukmin beragama Islam boleh membenarkan perkara begini berlaku berbanding kerajaan Australia yang bukannya sebuah kerajaan bermajotiti Islam. Alangkah malunya. Slogan wasatiyah cuma laungan kosong walhal cara tindak mau pun cara tadbir kerajaan UMNO ini langsung tidak menampakkan mereka memahami apatah lagi menghayati wasatiyah itu.
Amat malang sungguh. Sebaik Mahathir Mohamad menjadi PM Malaysia, UMNO yang dulunya lebih bertoleransi kini telah menjadi satu pertubuhan PEMBULI aka SAMSENG politik. Kalau ini terus dibiarkan berterusan, kemungkinan negara diambang kehancuran dalam masa terdekat tidak dapat dielak. Peranan oposisi serta aset dan kemahiran yang mungkin ada dikalabangan mereka ini tidak diguna dan dikordinasikan sebaik baiknya. Dan ini berlaku kerana kesombongan, bongkak dan sikap pembuli yang makin sebati dalam diri pimpinan UMNO. Cara UMNO menangani isu MH370 ini sendiri tanpa melibatkan MP oposisi mengesahkan lagi sifat buruk dan tidak bertamadunnya pimpinan dalam UMNO. Parti begini patut diharamkan saja oleh rakyat dari memilih mereka dalam GE akan datang. Pemimpin begini wajib diajar.
Malaysia- third world mentality. Australia like Great Britain....first world mentality. Itu bezanya. Yang sama...3 Negara mengamalkan system parliamentary democracy berasaskan Westminster model dari Englang.
ReplyDeleteBezanya pulak ahli parlimen Australia dan Malaysia . DiAustralia ahli-ahli parlimenya terdidik dengan kepentingan negara mengatasi kepentingan politik ,walau dalam keadaan apa sekali pon .
ReplyDeleteBilalah pekara ini bolih belaku diMalaysia , pekara berhubongkait dengan keselamatan negara pon diambil kesempatan politik dan dipersendakan, bila tak diundang marah pulak.
Rakyat memerhati dan rakyat memahami , matangkah ahli parlimen dan politik sebagini.
Ini Pak Jib buat malu. Hal-hal penting sekejap ada kemudian hari lain menyorok entah di mana.
ReplyDeleteIni Pak Jib, Presiden Indonesia masa banjir di akarta, sanggup naik perahu, Pak Jib pakai helikopter. Takut bininya kena air banjir. Bapak dia Pak Razak lagi bagus sanggup berhujan dengan rakyat.
Ini Pak Jib, kalau hal-hal krisis negara tak nampak, kalau keluar negeri hampir tiap-tiap tahun mengalah Presiden Ameirka. Inilah bila hal MH370, terpaksa dia batal lawatan keluar negeri.
Keluargaku semua kuat sokong BN, tapi diriku dengan satu dua cousin sokong PKR PAS. Sebab apa...sebab kerana sikap org BN Umno sekarang sudah lari dari perjuangan asal dulu-dulu/
Apa yang ingin diajar Tony Abott itu tidak difahami maksudnya oleh DSNajib. Apa yang dia faham ialah terasa diri 'amat penting' hingga Tony Abott dari negara besar dan maju 'terpaksa' menelefon...ke sini.
ReplyDeleteMentaliti Kerajaan yang di pilih oleh rakyat kampong yang tak terbuka minda. Bagi sikit ambil lebih. Tak satu pun penyokong puak BN org yang berpendidikan tinggi.
ReplyDeleteBekas PM sudah berkata,umno hanya untuk orang-orang bodoh.
ReplyDeletedah jadi PM mestilah utk semua rakyat jelata. ini boleh pilih2 pulak....untuk BN sahaja. Puak2 ni tak paham apa erti pilihanraya dan apa itu demokrasi. Mentaliti kampong. Masalahnya ada banyak lagi yang memilih puak2 ni. Puak2 ni kalau rasuah, gatal main perempuan, sombong, bongkak, kaya-raya harta dalam negeri dan diluar negara tak pe...yang menyokong kata ok takde hal (ikut suka hati)...tapi kalau orang lain kena pijak mati pon takpe...Kalau inilah yang disukai jurang yg kaya dan miskin semakin ketara akhirnya musnah negara Malaysia ni.
ReplyDelete