Monday, 17 March 2014

Antara Tragedi MH370, Konsert Dadah Dan Nafsu Membeli-Belah


Di sebalik tragedi kehilangan pesawat MH370 yang masih menjadi misteri sehingga kini, dengan sesetengah pihak menganggapnya sebagai bala Tuhan berikutan terlalu banyak kemungkaran berlaku di depan mata, kerajaan dan pemimpinnya terlihat langsung tidak menunjukkan tanda insaf atau keinginan mahu berubah.

Dengan sorotan dunia serta kritikan terhadap pelbagai perkara tentang bagaimana negara menangani krisis ini, kita juga dikejutkan dengan adanya sebuah konsert yang sedang berlangsung yang mendapat kerjasama kerajaan di ketika seluruh negara sedang bersedih dah waris mangsa sedang berteka-teki mengenai nasib ahli keluarga mereka.

Konsert selama tiga hari itu hanya terdedah apabila akhirnya didapati 6 orang remaja didapati meninggal dunia dan 14 lagi sedang menerima rawatan di hospital kerana mengambil dadah berlebihan. Walaupun konsert itu sudah lama dirancang, apakah negara dan pemimpinnya tiada perasaan mahu menangguh atau membatalkan konsert itu sebaik saja tragedi MH370 ini berlaku?

Malang sekali, hanya setelah 6 nyawa terkorban dan 14 lagi sedang bertarung antara hidup dan mati, barulah konsert itu dibatalkan. Tetapi semuanya sudah terlambat, insiden ini menjadikan imej negara dicemari sekali lagi.

Dalam masa yang sama, ketika peringkat awal tragedi MH370 ini terdedah, seluruh negara bersedih dan menyatakan dukacita serta perasaan simpati kepada waris-waris wangsa. Para pemimpin negara dan isteri yang mengunjungi waris mangsa yang ditempatkan di sebuah hotel Putrajaya, didapati berpeluk-pelukan kesedihan dan saling mengalirkan air mata.

Seluruh negara terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh pemimpin negara itu, terutamanya oleh Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor. Beliau digambarkah sebagai First Lady yang bukan saja suka bergaya mewah dan membeli-belah tetapi juga sarat dengan kasih sayang dan simpati terhadap mereka yanh bernasib malang.

Tetapi hanya di hari kesembilan selepas tragedi MH370 itu berlaku, iaitu hari semalam (Ahad) 16 Mac, Najib dan Rosmah didapati berjalan-jalan sambil membeli-belah di pusat membeli-belah paling mewah di negara ini iaitu Pavillion. Dalam gambar yang tersebar di laman-laman sosial, mereka didapati mengunjungi kedai-kedai perhiasan sambil perhiasan diri yang dipakai seperti gelang dan cincin yang mahal dapat dilihat dengan jelas daripada penampilannya.

Bukanlah tidak boleh seorang Perdana Menteri dan isterinya membeli-belah atau mengunjungi Pavillion tetapi di ketika negara bersedih dan waris penumpang pesawat belum kering air mata, meneruskan keghairahan membeli-belah terlihat amat tidak sesuai. Tangguhkankah sementara keinginan itu.

Lainlah jika pasaraya yang dikunjungi itu adalah seperti Giant, Mydin atau Econsave yang semua orang faham kunjungan itu adalah untuk membeli barang keperluan dapur seharian. Tetapi mengunjungi Pavillion dengan santai dan penuh perhiasan di badan, tentulah bukan untuk membeli belacan, kangkung atau ayam murah yang berharga RM1 seekor.

Seharusnya dalam suasana krisis dan tragedi ini, nafsu membeli-belah itu boleh diketepikan buat sementara. Apa yang berlaku ini hanya menampakkan lagi "wajah hodoh" keluarga Perdana Menteri di mata rakyat setelah berbagai-bagai isu dibangkitkan mengenai karenah mereka selama ini.

Dengan tidak dapat mengawal diri daripada keghairahan membeli-belah, meskipun di ketika negara sedang bersedih dan berduka, persepsi rakyat ialah "itulah yang real dan benar" sebenarnya mengenai Perdana Menteri dan keluarganya, manakala air mata dan pelukan simpati di awal sesuatu tragedi adalah "palsu belaka".

Sampai bilakah kita mahu ditipu begini? (SH 17/03/2014)

12 comments:

  1. Awak ada di mana masa tu?
    Masjid?

    KK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni bangang bona apasal????

      Delete
    2. Aduhai ..kan dh kono sobijik! Huhu entah apolah nk jd kt msia skrg ni. sama2 la muhasabah diri kita atas dugaan yg Allah bg ni.

      Delete
  2. kritis boleh, tapi jgn bangang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh pergi bang kapal terbang hilang, duk tengah sedih ni, tak apa kita gi shoping!!!!!

      Delete
  3. Kalau cakap bala tuhan mungin ada benarnya , tetapi bala disebabkan pemimpin tidak berubah , menjaji tanda tanyalah pulak ,pemimpin yang dipuak mana ?,
    Pemimpin yang memperjuangkan kebebasan bagi segala-galanya temasuk kebebasan berugama dan kebebasan melangar fitrah manusia , atau pemimpin yang mempertahankan kebebasan ?.

    Moleklah kalau kita semua insaf dan mengisafi kesilapan kita daripada menidakan bala bukan disebabkan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je nak tahu puak mana yang ditimpa bala.

      Tengok siapakah yang kena kesan dari bala ters3but. Siapa dalam keadaan panas punggung, kebingungan, puak mana yang kena tanggung beban secara direct dan tak tentu hala apabila bala tu turun?

      Bala ni biasanya turun direct kat orang yang menjemputnya!

      Agak-agak puak tebing tinggi ke puak si mahfuz omar?

      Delete
  4. Kalau pm dan isteri didapati berjalan-jalan sambil membeli-belah di pusat membeli-belah paling mewah di negara ini iaitu Pavilliondalam keadaan Pesawat MAS 9M-MRO (MH370) masih belum diketemukan bermakna kerajaan Malaysia sememangnya ada menyembunyikan sesuatu tentang tragedi itu. Kerana sehingga hari ini tiada sebuah negara luar yang mengatakan wujud pesawat yang tidak dikenali lalu diruang udara mereka kecuali Malaysia.

    Selain dari itu Akhbar Britain, Daily Mail melaporkan kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah dan dijatuhi hukaman 5 tahun penjara atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008, juga adalah salah satu konspirasi yang bakal dirancang.

    Pada kebiasaannya apabila ada saja cetusan berita tidak kira dari mana asal berita itu wujud, benar atau khabar angin saja maka akan ada melayu 50sen yang diupah berbaris dikaunter polis untuk BLP1M...

    BUAT LAPURAN POLIS 1 MALAYSIA.

    Hikmah dari tragedi pesawat hilang, ada orang yang dulunya disegani, , dihormati dan dimuliakan, sekarang jadi hina seperti orang gila duduk dikaki lima. Kehebatan kerajaan BN yang dipuji dan disanjung telah dimaki hamun oleh masyarakat negara China kerana bodoh, lembab dan penipu.

    KIta tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.

    ReplyDelete
  5. Contoh terbaik pemimpin hipokrit. Baik Najib mau pun Rosmah, memang keluarga ni manusia gila permata berlian. Perhatikan!

    Najib mengikut dakwaan Razak Baginda mengenali Altantuya pertama kali di pameran BERLIAN di Singapore. Ini bukti keluarga ini jenis gila perhiasan mewah.

    Rosmah tubuh PERMATA kononnya untuk melahirkan kanak2 berbakat dan bijak. Jutaan RM budget diperuntukkan Najib untuk PERMATA yang dikepalai isterinya Rosmah.

    Tidak cukup dengan itu, didedahkan pula CINCIN BERLIAN bernilai RM24 juta dibawa masuk melalui airport atas nama Rosmah. 1 Malaysia tahu hal ini.

    Dan terbaru..dalam suasana rakyat bersedih kes kehilangan MH370, Najib dan Rosmah ditemui pula bershoping pula barangan perhiasan mewah di Parvilion walhal sebelum tu Rosmah konon bersedih bersama keluarga MH370 yang terlibat di Putrajaya. Hipokrit rupanya padangan ni

    Mengekalkan PM yang kecenderungan keluarganya begini merupakan suatu yang malang buat rakyat Malaysia. Keluarga yang bercitarasa tinggi dan mewah begini tidak wajar terus dikekalkan sebagai PM. Rakyat Malaysia sengaja menempa bala kalau pasangan bercitarasa mewah ini dibiar terus berada dipuncak kuasa.

    Najis mughallazah pun tak kenal, macam mana Najib nak didik dan bentuk isteri. Patut la anak pasangan ini sanggup menjadi penerbit filem tidak bermoral bernilai puluhan juta RM di US kerana mak bapak sendiri tak kenal najis.


    ReplyDelete
  6. Seseorang mesti berkelakuan sesuai dengan kedudukannya ketika itu. Kelakuan biasa yang orang lain boleh buat, tidak semestinya boleh dibuat oleh orang lain.

    Apa salahnya duduk termenung di tepi jalan melihat gelagat orang ramai yang lalu lalang. Tapi amat tidak kena bila seorang imam masjid duduk termenung di situ.

    Apa salahnya seorang rakyat Malaysia beli belah dengan mewah ketika rakyat malaysia yang lain kesedihan kehilangan orang tersayang. Tapi amat salah bila seorang yang memimpin kesemua rakyat Malaysia buat kelakuan begitu bila ada rakyat di bawah pimpinannya sedang kesedihan. Kesedihan itu bukan kesedihan biasa, ia kesedihan negara. Ia kesedihan dunia!

    ReplyDelete
  7. Beginilah kalau pemimpin yang bodoh lagi lagak pandai dan tak sedar diri memerintah negara. Mereka sekarang sedang di uji dan kita lihat bagaimana mereka dimalukan satu dunia kerana hanya kerana suka memalukan orang lain.

    ReplyDelete
  8. sahabat Shahabuddin18 March 2014 at 06:47

    Agak memalukan apabila seorang penulis politik menulis berdasarkan gambar yang orang share di laman sosial...dan lebih memalukan kerana gambar itu adalah gambar lama yang sengaja dikeluarkan pada masa kini khusus memburukkan nama PM dan isteri...

    Mungkin penulis boleh menulis semula memohon maaf atas perkara ini?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...