Tuesday, 18 March 2014

Kasta Politik Dalam Malapetaka Negara


Di sebalik rungutan beberapa negara mengenai sikap tidak telus dan kemungkinan maklumat disembunyikan dalam menangani kemelut kehilangan pesawat MH370 yang sudah berlarutan sehingga hari ke-11 hari ini, kerajaan semalam menunjukkan kepada rakyat bahawa dakwaan itu semakin menunjukkan kebenarannya.

Ini berikutan dengan tindakan Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishamuddin Hussein yang hanya menjemput Ahli-Ahli Parlimen BN menghadiri taklimat mengenai kehilangan pesawat itu di sebuah lokasi di KL Sentral, pada jam 8.30 malam, 18 Mac 2014 iaitu hari ini.

Dalam surat jemputan yang turut bocor kepada Ahli-Ahli Parlimen PR, jelas menunjukkan bahawa Ahli-Ahli Parlimen BN sendiri tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu sehingga kemungkinan bertindak memberikan salinan surat itu dengan tujuan ia didedahkan kepada pengetahuan umum.

Dengan hanya menjemput Ahli-Ahli Parlimen BN sedangkan insiden kehilangan pesawat yang masih menjadi misteri sehingga kini adalah suatu malapetaka kepada negara yang seharusnya memerlukan penglibatan dan dokongan semua pihak, adakah tindakan kerajaan yang menimbulkan banyak persoalan. Lebih-lebih lagi Parlimen merupakan institusi penting yang mewakili rakyat seluruh negara, tindakan kerajaan mengenepikan wakil-wakil dari pembangkang seperti meremehkan institusi tersebut.

Apakah yang cuba disembunyikan kerajaan dalam taklimat ini? Dan apakah kerajaan, di sebalik meminta rakyat agar jangan membuat sebarang spekulasi dan andaian, sebenarnya turut menpunyai andaian sendiri yang bersifat politik kepartian dalam insiden ini?

Adakah kerana semata-mata juruterbang pesawat yang hilang itu, Zaharie Ahmad Shah merupakan ahli seumur hidup PKR dan didapati hadir memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim ketika hukuman lima tahun penjara dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan, maka kerajaan terus membuat kesimpulan bahawa kejadian ini lebih bersifat politik kepartian dan sebarang maklumat harus dinafikan untuk diketahui oleh Ahli-Ahli Parlimen PR?

Sebelum ini, sebaik diketahui bahawa Zaharie adalah ahli PKR, beberapa penulis blog dan pengendali laman sosial pro UMNO telah pun mengaitkan insiden itu dengan kekecewaan dan rasa terganggu juruterbang tersebut terhadap hukuman yang dijatuhkan keatas Anwar itu. Malah ada yang lebih lancang dengan menulis, " semuanya salah Anwar."

Tanpa mengambil kira sumbangannya selama ini terhadap MAS, perasaan isteri dan ahli keluarganya serta fakta yang terbentang hanyalah pesawat itu dilencongkan ke tempat lain dan alat komunikasi dimatikan secara sengaja oleh seseorang yang pakar mengenai pesawat, hakikatnya semua itu belum lagi mutlak menunjukkan semuanya dilakukan oleh Zaharie.

Boleh jadi juga ia dilakukan oleh orang lain atau mungkin juga Zaharie dipaksa dalam keadaan yang mengancam nyawanya untuk berbuat demikian. Sehingga apa yang sebenarnya berlaku tidak dapat dipastikan kebenarannya, segala-galanya masih lagi bersifat andaian dan telahan semata-mata.

Berdasarkan logik akal juga, tiada sebab yang kukuh untuk mengesahkan bahawa Zaharie selaku juruterbang sanggup melakukan sabotaj terhadap pesawat dan mengancam 239 nyawa yang lain semata-mata kecawa kerana hukuman yang dijatuhkan keatas Anwar kerana beliau bukanlah ahli keluarga atau kenalan yang terlalu rapat dengan Ketua Pembangkang itu.

Simpati dan kecewanya terhadap hukuman yang diterima oleh Anwar sebenarnya turut dirasai oleh ratusan ribu atau mungkin jutaan insan yang lain tetapi rata-ratanya mereka menerima hakikat bahawa Anwar tidak dipenjara serta-merta, malah masih ada peluang lagi untuk membebaskan dirinya di Mahkamah Persekutuan.

Oleh yang demikian, jika kerajaan bersikap rasional dan terbuka, tiada apa maklumat atau perkembangan yang perlu disembunyikan sehingga perlu mengadakan taklimat tertutup yang hanya dihadiri oleh Ahli-Ahli Parlimen BN sahaja. Jika sebelum ini, usul mengenai kehilangan pesawat ini juga turut ditolak untuk dibahaskan oleh Parlimen dengan alasan usaha mencari dah mengesan pesawat itu sedang dijalankan, tetapi setelah berlarutan selama 11 hari tanpa sebarang perkembangan positif dan semua pihak seharusnya digalakkan untuk bersatu hati, tindakan sepupu Najib mengadakan taklimat tertutup ini tidak boleh diterima sama-sekali.

Selain menunjukkan kerajaan tidak telus dan ingin menyembunyikan sesuatu, perkembangan ini juga memperlihatkan kerajaan mempunyai kecenderungan untuk mempolitikkan insiden ini.

Apakah dalam malapetaka negara yang menjadi sorotan dunia ini, kerajaan masih sempat lagi memikirkan soal politik kepartian mengenainya?

Setelah keahlian parti politik Zaharie dijadikan isu dan kemudian kaitannya dengan Anwar Ibrahim dilorongkan kemungkinan insiden ini berlaku, kini sekali lagi ia cuba dipolitikkan dengan mewujudkan kasta untuk menafikan sebahagian Ahli Parlimen yang turut mewakili rakyat daripada mendapat maklumat yang telus dan benar daripada kerajaan sendiri.

Dalam masa yang sama, tindakan mengadakan taklimat tertutup ini juga hanya selang sehari selepas Menteri Dalam Megeri, Zahid Hamidi cuba meredakan keadaan dengan meminta soal keahlian parti dan anutan politik juruterbang itu tidak dijadikan isu oleh sesiapa jua pun.

Keanggotaan seseorang dalam mana-mana parti tidak menentukan baik jahatnya seseorang itu, juga tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk mendorong seseorang melakukan sesuatu yang diluar pertimbangan, lebih-lebih jika seseorang itu mempunyai pendidikan yang baik, kerjaya yang terjamin, keluarga yang bahagia dan latar belakang yang meyakinkan.

Apa pun alasan kerajaan mengadakan taklimat yang hanya terhad kepada Ahli-Ahli Parlimen BN sahaja, ia adalah sesuatu yang tidak wajar dan menambah-burukkan lagi persepsi rakyat terhadap kerajaan. Jika kerajaan ingin memberi taklimat mengenai insiden MH370 ini, ia seharusnya dibentangkan di dalam Parlimen supaya semua pihak tahu, faham dan akhirnya bersetuju bahawa ia adalah malapetaka yang perlu ditangani secara bersama tanpa mengira mana-mana anutan politk sekali pun.

Tetapi sekiranya tidak mahu dibentangkan di Parlimen atas sebab-sebab keselamatan misalnya, taklimat seharusnya terhad kepada anggota kabinet sahaja.

Dengan menyembunyikan fakta sebenar dan cuba bersikap sembunyi-sembunyi, ia lebih membuatkan rakyat berpecah-belah dan tidak bersatu hati.

Kepada kerajaan, khususnya Hishammuddin, ingatlah bahawa insiden ini adalah malapetaka kepada negara serta melibatkan kepentingan ramai dan negara ini pula bukanlah milik UMNO dan BN sahaja. Penyelesaiannya haruslah bersama dan bukan berpilih-pilih. (SH 18/03/2014)

14 comments:

  1. Cara kerajaan UMNO BN melayani wakil oposisi berhubung tragedi MH370 mengesahkan lagi mentaliti ketinggalan zaman dan tidak bertamaddun pemerintah negara membangun dan dunia ketiga berbading politikal di negara maju. Kerajaan Malaysia yang dipacu UMNO sering melaung tentang matlamat kearah status negara maju menjelang 2020 tapi mentaliti, sikap dan cara fikir pimpinan tertinggi dalam kerajaan tidak sedikit pun menampakkan pemikiran seorang pemimpin yang berpengetahuan dan beretika tinggi setaraf pemimpin negara maju.

    Minda pemimpin negara mundur masih lagi membelenggu pemikiran pemimpin pemimpin UMNO. Lebih mendungukan ialah dalam situasi segenting kehilangan MH370 yang menjadi tumpuan negara di seluruh dunia, pemimpin UMNO masih bertindak bodoh dan membelakangi segala asset mahu pun kemahiran yang mungkin boleh disumbangkan oleh pimpinan oposisi dalam membongkar misteri hilangnya MH370.

    KENAPA PEMIMPIN PEMIMPIN MALAYSIA INI TERUS BONGKAK DAN BERTINDAK BODOH DAN BANGANG DALAM KONDISI SELURUH DUNIA BERSEDIH DAN SIMPATI AKAN KEHILANGAN MH370?. APAKAH INI KECERDIKAN ATAU KEBODOHAN TAHAP GABAN YANG MEMANG TIDAK BOLEH DIAJAR???.

    ReplyDelete
  2. Balik balik nak kaitkan dengan pembangkang, nak tutup kebodohan sendiri. Patutlah Malaysia ditempelak negara luar. Melihat setiap kali sidang media dibuat berkait kejadian ini, pucat lesi para menteri dan pegawai terbabit berhadapan dengan wartawan dari pelbagai negara.

    Elok hantar saja PM Najib mencari MH370 di Monggolia. Kalau pilot Zahari yang dikatakan ahli PKR boleh disyaki, apakah Najib yang dikaitkan dengan kenatian Altantuya, rakyat Monggolia tidak noleh dikaitkan dengan kes ini. Bukan satu yang sangat mustahil jika tragedi ini berkaitan dengan penganiayaan terhadap warga Monggolia itu yang sehingga hari ini tidak mendapat pembelaan wajar dari kerajaan Malaysia.

    Apakah pihak kerajaan Malaysia begitu yakin tidak ada seorang pun penumpang warga Monggolia atau mereka yang diupah dalam MH370 itu?. Apakah warga Monggolia atau wakil mereka tidak boleh membolosi MH370 beridentitikan orang lain?. Bukankah Altantuya sendiri yang memasuki Malaysia sebelumnya juga mempunyai identiti yang tidak jelas atau digelapkan?. Boleh Zahid Hamidi jelaskan duduk perkara ini?. Agaknya takut benar Najib dan menteri sekutunya nak sebut kemungkinan ini.

    Kalau Altantuya yang tidak ada rekod kemasukannya ke Malaysia oleh imigresyen kita, apa anihnya jika MH370 yang mampu terbang di awan boleh mendarat di Monggolia dengan cara hampir sama bagaimana Altantuya memasuki Malaysia. Tidak ada yang mustahilkan???.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cakap banyak kali.......PRU akan datang JANGAN PANGKAH BN....HAPUSKAN PEROSAK NEGARA NI.......

      Delete
  3. Tuan,

    Hakikat dari tindakan ini akan membawa padah kepada Najib dan UMNO. Najib dan UMNO telah menunjukkan belangnya yang sebenar kepada dunia antarabangsa dimasa semua mata antarabangsa tertumpu kepada beliau dan kerjaan.
    Najib telah menunjukkan kebodohan dalam politik kepada masyarakat dunia apabila melepaskan peluang keemasan ini ( dengan menjemput MP-MP p3mbangkang) untuk buat wayang yang kerajaannya demokratik dan inklusif. Kita tunggu kom3n-komen pedas dari media antarabangsa dan kita semua gelak kuat-kuat dengan tindakan bodoh Najib ini.
    Najib terlupa bahawa MP-MP pembangkang ini mewakili 51% rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya ,kalau kita tidak dijemput kesuastu majlis atau perbincangan ,memang kita akan terasa hati dan rasa tidak dihargaai . Tindakan yang sepontan biasanya kita akan marah dan berangapan buruk ,tetapi kerap-kali kita lupa menilai diri kita kenapa kita tidak diundang.

      Mungkin mereka membincangkan sesuatu , dalam kontek ini mungkin mereka membincangkan bagimana untok menghantar Mahfus Omar untok menjadi ganti sebagai tebusan ( sekiranya perlu) , tak perlulah pehak terlibat tahu kot !.

      Delete
    2. Cara UMNO BN perlakukan oposisi dan membelakangkan MP yang dipilih rakyat secara sah dalam isu sepenting ini adalah bukti kerajaan berteraskan UMNO ini tak ubah sebuah kerajaan yang sakit jiwa atau lebih enak disebut " kerajaan gila ". Kesombongan UMNO walau pun menyedari hampir 52% rakyat telah memilih oposisi lambat laun ajan menjadi senjata makan tuan. Inilah sebuah kerajaan adil yang lebih mementingkan isu liwat berbanding isu pembunuhan yang melibatkan kehilangan nyawa. Bagi UMNO bontot Azizan dan Saiful lebih penting berbanding nyawa Altantuya, Norita dan ramai lagi. Razak Baginda terlepas dan bebas dari tuduhan membunuh Altantuya tanpa rayuan semula dari pihak pendakwa. Begitu juga dalam kes bunuh Norita yang ada kaitan dengan VVIP, pendakwa tak berminat buat rayuan semula. Tapi dalam kes liwat Saiful...pendakwa dipilih khusus dikslangan ahli UMNO dan pendakwa melayu celup ini mati matian segera buat rayuan semula bila Anwar didapati bebas.

      Manusia keturunan keling mandeliar yang bukan melayu tulin ini ramai yang pegang jawatan penting dalam UMNO. Puak inilah yang terlebih melayu dari melayu. Ramai yakin UMNO akhirnya akan telungkup sebagaimana jatuhnya kerajaan melayu lama gara gara geng mandeliar ni.

      Hidup United Mamak National Organisation !!!

      Delete
  4. Sepupu sepapat Razak dan Hussain Onn TERLAJAK BENGAP. Patut la Hussain Onn awal awal keluar UMNO. Dia mungkin dah dapat predict UMNO akan tunggang langgang lepas pengganti dia. Sepupu sepapat ni buat negara ni macam negara bpk dia punya. Nasib baik Tun Razak dan Hussain Onn dah tak ada. Kalau tak " makan hati " lah mereka menahan malu angkara anak yang jadi baghal dan bengong tiba tiba. Dunia ajan ketawakan kerajaan Malaysia bila dapat tahu perangai dan tindakan bodoh pemimpin Malaysia spesis UMNO ni. Dalam keadaan dah nak terberak dan cirit pun masih nak makan makan lagi ???. Memang super bebal puak UMNO BN ni. Tak sedar diri.

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya umno cemburu kpd PKR kerana PKR dianggotai oleh ramai profesional sedangkan ahli umno pula terdiri drp Bomoh, Perasuah & Lembumno

    ReplyDelete
  6. Sinonimnya kalau perjumpaan itu nak disamakan dengan tidak dijemput makan kenduri rasanya tidak tepat sama sekali. Kalau kita sebagai parti pembangkang dan telah mengetahui bahawa parti memerintah terdiri daripada MP dan ADUN yang bodoh, rasuah, korupsi, kronisma dan munafik, maka kita tak perlu memberi idea dan mencampuri urusan mereka kelak "babi yang buruk kepala" ini akan menyondol kita semula dan akan menjangkitkan kita kepada wabak penyakit "gila babi" mereka. Mereka (Pemimpin UMNO) telah lama berbuat jahat dan menzalimi rakyat tanpa kebanyakan dari rakyat sedari. Perilaku ini tidak akan berakhir sekiranya mereka ini masih diberi peluang untuk memerintah dan menjadi pemimpin minoriti sekalipun selagi sikap "gila babi" mereka terhadap kuasa dan harta masih menjadi nadi dan darah daging mereka. Oleh itu tak perlu memberi sebarang pendapat atau sokongan terhadap "babi buruk kepala" ini, biarkan mereka dimalukan oleh para pemimpin luar maka barulah para pengundi mereka (saluran 1 dan 2) akan sedar yang selama ini mereka pilih adalah dari kalangan "babi yang buruk kepala".

    ReplyDelete
  7. Yer yer yer...biarkan parti melayu sombong tu selesaikan sendiri. Anwar perlu war war kepada semua pemimpin PR agar jangan peduli hal MH370 ni. Tak perlu bantu UMNO. Sudah afa hint parti mamak ni cuba spin punca masalah kepada PR. PR buat bodoh sudah laa. Jangan betul2 bodoh macam parti mamak tu dah ler. Biar Najib cuba terjun dengan labu bomoh VVIP tuu. Biarkan Biarkan Biarkan.

    ReplyDelete
  8. Ditakdirkan allah capt zahari bukan orang yg sabotaj mh370. Dimana agaknya mereka nak sorokkan muka2 mereka? Aaaah!!! Dia orang bukan nya ada muka dan maruah.

    ReplyDelete
  9. Berkali-kali Kerajaan Malaysia memberitahu yang negara ini mengetuai operasi SAR. Ini menunjukkan ada negara lain yang mahu mengetuai operasi SAR ini. Ini tentunya disebabkan mereka tidak yakin dan 'kecewa' dengan cara Malaysia menguruskan operasi SAR.

    ReplyDelete
  10. Tuan, buat apa kita perlu melayan kerajaan yang menang dengan majoriti 47% undi popular. Kerajaan seperti itu kerajaan pariah yang tak tahu menghormati suara majoriti rakyat. Mereka tidak lagi dihormati rakyat dengan karenah bodoh pemimpin-pemimpin mereka.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...