Sunday 23 March 2014

Dr Wan Azizah Jadi PM Bukan Lagi Mimpi


Pilihanraya kecil DUN Kajang sudah pun diketahui keputusannya. Sebagaimana yang dijangka, calon PKR, Dr Wan Azizah wan Ismail berjaya memenangi kerusi itu dengan mengalahkan calon BN, Chew Mei Fun dengan majoriti 5,397 undi berbanding 6,824 undi yang diperolehi oleh calon PKR dalam PRU 13 lalu, Lee Chin Cheh.

Kekurangan majoriti undi ini walaupun agak mengejutkan tetapi dapat difahami berikutan peratusan yang turun mengundi kali ini agak berkurangan iaitu hanya 72 peratus berbanding 88.4 peratus dalam pilihanraya umum lalu. Kekurangan peratusan ini mungkin disebabkan pengundi agak kecewa kerana Anwar Ibrahim tidak bertanding, selain turut menjangka Wan Azizah tidak banyak masalah untuk memenangi kerusi itu.

Lagi pula, apalah penting sangat dengan berkurangnya majoriti itu kerana sepertimana yang selalu disebutkan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, menang dengan kelebihan satu undi pun tetap dikira menang juga. Yang penting ialah menang, bukan berapa banyak majoriti!

Selepas Anwar "dikejangkan" daripada bertanding di Kajang dengan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun keatasnya, BN melakukan banyak usaha untuk memenangi pilihanraya ini. Selain Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri, Noh Omar selaku Pengerusi UMNO Selangor dan ramai pemimpin lagi yang turun berkempen di Kajang, Mahathir juga turut berkempen di saat-saat akhir.

Melihat asakan BN yang semakin kuat berikutan telah berjaya menggagalkan hasrat Anwar menjadi calon, Lim Kit Siang telah mengutus surat terbuka kepada pengundi Kajang agar memberikan sokongan penuh kepada Wan Azizah sebagai tanda keyakinan bahawa Presiden PKR itu bakal menjadi Perdana Menteri wanita pertama negara ini.

Keyakinan Lim Kit Siang ialah bersandarkan hujah bahawa sekiranya PR memenangi pilihanraya akan datang sementara Anwar pula direhatkan dipenjara, maka sudah tentu pilihan untuk menjadi Perdana Menteri ialah Wan Azizah.

Sementara Mahathir menyindir slogan kempen Wan Azizah yang bertulis Dari Kajang ke Putrajaya dengan mengatakan cakon PKR itu tersesat jalan kerana sebenarnya pilihanraya kecil ini hanya untuk memilih wakil di DUN Selangor dan tiada kaitan dengan Putrajaya, Zahid Hamidi yang pernah menjadi "budak Anwar" pula berkata, jangan bermimpi di siang hari untuk menjadikan Wan Azizah Perdana Menteri wanita pertama.

Tidak layakkah Wan Azizah jadi Perdana Menteri?

Selepas kemenangannya diumumkan, walaupun Wan Azizah berkata, semua orang berpotensi menjadi Perdana Menteri tetapi sokongan yang diberikan oleh pengundi Kajang terhadapnya membuktikan mereka tidak sesat perkiraan dalam membuat keputusan. Pengundi Kajang telah menghantar mesej yang jelas bahawa mereka mahukan perubahan dan ini seharusnya menjadi ikutan pengundi seluruh negara dalam PRU 14 nanti.

Menukar parti dan menukar Perdana Menteri adalah lumrah dalam politik. Untuk Wan Azizah menjadi Perdana Menteri bukan saja tidak mustahil jika PR berjaya mendapat majoriti kerusi dalam pilihanraya umum akan datang, tetapi juga kerana sumbangan dan ketabahannya dalam perjuangan reformasi sejak 1998 lagi.

Tidak ada wanita yang setabah dah sesabar beliau di negara ini dalam mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran. Dari suami diaibkan, dipukul, dipenjara, difitnah, dimalukan dan bermacam-macam lagi cabaran yang dihadapkan kepadanya, di sebalik wajah lembut dan tudung yang menutup rambutnya, sebenarnya terselit jiwa tabah dan kental yang mungkin tidak sanggup dilalui oleh ramai wanita lain.

Berdasarkan cabaran dan pengorbanan yang telah dilaluinya, Wan Azizah amat layak untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Anwar hilang kelayakan dan bakal menghuni bilik penjara sekali lagi. Tetapi yang penting, PR haruslah memastikan mereka memperolehi majoriti kerusi dalam PRU 14 nanti.

Lagi pula dalam dunia moden ini sudah ramai wanita yang menjadi Perdana Menteri. Di Britain, Margaret Thatcer pernah menjadi Perdana Menteri. Di Pakistan, Benazir Ali Bhutto juga pernah menjadi Perdana Menteri. Di Bangladesh, Perdana Menterinya sekarang, Sheikh Hasina adalah wanita. Beberapa tahun sebelum itu, Khaleda Zia, juga seorang wanita pernah menjadi Perdana Menteri Bangladesh.

Di negara jiran kita pula, Indonesia, Filipina dan Thailand pernah menaikkan wanita sebagai Presiden atau Perdana Menteri iaitu Megawati Sukarno, Gloria Arroyo dan Yingluck Sinawatra.

Beberapa negara Barat juga sekarang ini sedang dipimpin oleh kaum wanita. Jadi, apa yang peliknya kalau giliran Malaysia pula menerima wanita sebagai Perdana Menteri?

Jangan terlalu angkuh dan takbur seolah-olah perkara itu mustahil berlaku. Bukankah sejarah itu sentiasa mencipta sesuatu yang baru?

Mungkin dengan Anwar dipenjarakan, ia sebenarnya membuka ruang untuk tercipta suatu sejarah baru untuk negara kita yang sudah ditentukan Tuhan begitu kehendakNya. Siapa tahu Kajang adalah laluan ke arah itu.

Lagi pula, daripada memiliki seorang Perdana Menteri lelaki tetapi dikuasai oleh wanita juga, lebih baiklah kali ini diberikan kepada wanita yang benar-benar sejati wanitanya. (SH 23/03/2014)

17 comments:

  1. mantap ulasan anda..syabas

    ReplyDelete
  2. Tuan,

    Ayat perenggan terakhir tu betul betul ngam dan jitu sekali. Daripada mempunyai PM lelaki yang mudah dipulas telinga oleh perempuan (ingat tak filem musang berjanggut), baik PM kita seorang perempuan yang kita dah kenal sangat hati budi dan peribadinya.

    ReplyDelete
  3. Sokong 100% tulisan anda supaya dapat membuka minda orang yang masih jumud dengan ketuanan melayu.Perdana Menteri bukan dilantik oleh orang2 politik, tetapi kuasa sebenar berada di tangan rakyat marhaen.Boleh dinaikkan dan diturunkan pada bila-bila masa. Oleh itu hormatlah pada rakyat bukannya pada ahli politik.

    ReplyDelete
  4. Sejarah sudah tercipta: pm lelaki ikut telunjuk bini.
    Sejarah bakal dicipta: pm wanita ikut cakap laki di penjara.

    Senario pertama - negara hancur
    Senario kedua - lebih hancur

    Sewajarnya cipta lah sejarah yg lebih baik dari itu, teruk dan haprak sangat ke rakyat malaysia dlm berpolitik - sudah tidak ada calon lain yg lebih wibawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum apa2 lagi dah tahu pulak scenario kedua - lebih hancur....hang pakai teropong raja bomoh ka??? tu sebab laaa hang bodoh.....

      Delete
  5. Sambungan...

    Senario pertama...mh370 belum jumpa selepas 2 minggu
    Senario kedua ..jam omega belum jumpa selepas 2 tahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kluang man. Ko saiang hari bute. malam baru ko jelas. itu pun kalu tak kena kencing kelawar.

      Ko nak tau kat mana jam omega tuh? Ha ko kerekla lubang taik sayfool. Air mani atas tilam pun bleh jumpa ni kan plak jam omega.

      Tul lah puak x ada hotak.

      Delete
    2. Kluangman memey bodoh........hahahahahahahaha

      Delete
  6. 1 Malaysia cari jam Omega tak jumpa. Betapa butanya 1 Malaysia Najib 3 jenis air mani boleh jumpa dlm bontot Saiful walau pun dikatakan Saiful cuma diliwat Anwar, tapi jam omega boleh tak jumpa. Agaknya MH370 yang jauh lebih besar tu boleh jumpa ke? 1 Malaysia tak nak minta USA, Perancis, China, India dan puluhan setelit, pesawat dan kapal laut canggih cari jam omega tu?. Bukankah jam omega tu tersangatlah penting pada 1 Malaysia Najib?. Cari...jangan tak cari. Kalau boleh minta bantuan NASA. Nak kuatkan lagi bukti liwat tu, awak boleh cadangkan Najib minta semua setelit dunia bantu teropong bontot Saiful. Awak kluangman juga boleh minta bawa scorpeon jelajah bontot Saiful dan cari bukti lebih kredible buat ulul amri 1 Malaysia awak tu. Boleh kan kan kan?. MALAYSIA BOLEH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous 24 Mac 2014 10:59, analisis yg menarik. Kluangman tak nak respon ke?

      Delete
  7. Kalau majlis peguam puak PR pun mengaku liwat tu berlaku,terima aje le yang puak2 korang memang suke bab main bontot ni...wooi..nabi tak ngaku umat atau korang memang nak try rasa bontot..HIDUP KLUANGMAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini 1 lg macai bahlol bin tolol.bc abis2 statement dr majlis peguam tu.ko ambik sekerat2 pastu spin.kalau ko dh bodoh bin tolol..jgnlah ko tunjukkn kt org lain kebodohan ko tu...ko ni la melayu haprak yg mamak kutty tu selalu sebut!!

      Delete
    2. Tuiihhh, Najib ulul amri UMNO hang tu najis mughallazah pun tak tau, ni ada hati cakap pasal nabi tak mengaku umat. Kalau ulul amri UMNO tu taat sangat kat Islam dan mengaku Muhammad itu nabi, yang najis mughallazah tu pun tak tau, macam mana nak pastikan diri tu bebas najis. Kalau begitu laa fahaman ulul amri UMNO, bukan umat nabi namanya tapi lebih cenderung ke umat babi. Kalau dah yakin sangat kat Islam dan nabi, kenapa kes liwat tak dibawa ke mahkamah syariah?. Cakap tak serupa bikin. Ko tau ke kenapa perlu Sirul dan Hazilah letup Altantuya sampai hancur, bukan sekadar tembak saja?. Sebab nak tutup bukti krn Razak Baginda pernah beritahu Bala, ulul amri UMNO petnah main depan belakang si Altantuya tu. Sebab tu C4 diguna utk tutup semuanya. Dah Sirul mengaku dia dan Hazilah bunuh Altantuya, kenapa mahkamah jadi bengong lepaskan dua malaon tu? Lain kali otak jangan letak dibontot Saiful...akan jadi bodoh dan baghal seumur hidup.

      Delete
  8. komen orang UMNO dalam blog ni si bahlol dan bodoh...apa Najib dan menteri UMNO tu bersih ke ...nasib baik ada kuasa je kalau takde habis semua masuk jail...tak payah nak komen la orang UMNO kalau nak menunjukan kebahlolan....kamu terus je la kena bodoh naik kancil ...

    ReplyDelete
  9. Lepas ni Wan Azizah akan bertanding pula Parlimen Permatang Pauh yang akan dikosongkan olih Anuar ,berdasarkan penilian diKajang pastinya Azizah akan menang besar.

    Mungkin Azizah akan menjadi PM merangkap MB selangor kelak , senang nak berurusan , jumpa satu dapat dua.

    ReplyDelete
  10. Di negara ini jika rasa bodoh dan kecewa kerana tidak mendapat jawatan dan pangkat maka kutuk lah Anwar (sama seperti Zul Nordin, Hassan Ali, Nalakarupan dan Mohd Ezam) dan kepada penulis blog yang kurang laku atau dah ketinggalan kapalterbang maka kutuklah Anwar (nescaya ramai pengunjung tetapi bukan menyokong malah membantah otak kemetot si penulis). Jika tak dapat sebarang jawatan dari parti PR khasnya DAP, maka kutuklah Anwar , nescaya jadilah seperti Aspan Alias (nyanyuk dan meroyan tak tentu pasal).

    ReplyDelete
  11. Good ideas and good comments.
    tiada yg mustahil d dunia jika tuhan mau mnjadikannya sbb mnusia itu bukan lah yg sempurna yg tuhan ciptakan.
    zahid komidi bukan juga yg sempurna.
    wan azizah bukan juga yg sempurna dan pluang yg tuhan berikan itu adalah samadan rata cuma akal dan tawakal yg mmbezakan kesempurnaan itu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...