Monday, 4 March 2013
Patutlah Mahathir Mahu Tindakan Keras Diambil Terhadap Pemberontak Sulu...
Walaupun sudah hampir sebulan isu pemberontakan Kesultanan Sulu menjadi isu dalam negara, UMNO dan kerajaan masih buntu untuk mencari jalan penyelesaiannya. Sehingga berlaku lapan kematian anggota keselamatan dan dua bandar di Sabah sudah diserang pun, jalan penyelesaian masih juga tidak ditemui.
Najib yang terkenal lemah dan lembabnya, masih memikir-mikirkan tindakan yang sesuai mahu dilakukannya. Buat sementara ini beliau hanya ghairah mahu menyalahkan pembangkang dan sedang mencari bukti kaitan Anwar dengan kumpulan pemberontak itu.
Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin dan Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi pula baru hari ini turun secara bersama meninjau lokasi kejadian walapun sudah lapan anggota keselamatan terkorban dalam kejadian itu. Namun tidak ketahuan lagi apakah formula penyelesaian yang sedang diusahakan oleh kedua pemimpin kerajaan yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dan pertahanan negara itu. Mungkin ada dan mungkin tidak ada.
Jika di negara lain, kejadian yang memalukan aspek keselamatan dan pertahanan negara ini tentunya menyebabkan menteri yang berkaitan mengambil sikap bertanggungjawab dan sudah pun meletakkan jawatan masing-masing.
Muhyiddin Yassin pula hanya berdiam diri tidak bercakap apa-apa dalam isu berdarah yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna ini, seolah-olah mahu meletakkan beban sepenuhnya kepada Najib untuk menanggungnya.
Hanya Mahathir yang menunjukkan keberanian setakat ini. Beliau menyarankan supaya tindakan keras diambil terhadap kumpulan pemberontak itu walaupun menyedari tindakan itu mungkin menyebabkan lebih ramai anggota keselamatan dan kumpulan pemerontak yang akan terbunuh.
Kita sudah tidak ada pilihan, kata Mahathir kerana mereka yang memulakan serangan terlebih dahulu dan demi untuk mempertahankan kedaulatan negara, kita mesti mengambil tindakan keras menghapuskan sama-sekali kumpulan tersebut.
Setakat ini kenyataan tegas Mahathir itu boleh dipuji dan sekurang-kurangnya beliau lebih berani dan berwibawa daripada Najib, Hishammuddin dan Zahid Hamidi.
Tetapi selepas saja kenyataan Mahathir itu, terbongkar pebagai perkara berkaitan kaum kerabat Kesultanan Sulu ini. Sebahagian daripada mereka rupa-rupanya telah pun memperolehi kad pengenalan biru melalui Projek IC yang dilaksanakan di zaman Mahathir untuk menumbangkan kerajaan PBS pada tahun 1990an dahulu.
Ketika itu ratusan ribu kad pengenalan biru diberikan kepada pendatang Filipina untuk menjadikan mereka pengundi yang berdaftar dengan SPR. Kini terbongkar sebahagian daripada penerima kad pengenalan biru itu adalah kaum kerabat Kesultanan Sulu yang memerintah Sabah selepas dianugerahkan negeri itu oleh Kesultanan Brunei suatu ketika dahulu.
Melalui Projek IC itu, kaum kerabat Kesultanan Sulu bukan saja memiliki kad pengenalan, menjadi pengundi yang berdaftar malah ada yang pernah memegang jawatan Penolong Pegawai Daerah suatu ketika dahulu dan ada juga yang menjadi pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan bahagian.
Ketika ini inkuari Suruhanjaya Diraja (RCI) sedang berjalan untuk menyelesaikan isu tersebut dan telah didedahkan tentang penglibatan beberapa orang kanan Mahathir seperti Megat Junid dan Aziz Shamsuddin dalam projek itu.
Berlakunya insiden di Lahad Datu dan Semporna ini telah membongkar banyak perkara akhirnya. Ia bukan saja menyerlahkan kelemahan dalam aspek keselamatan dan pertahanan negara, kawalan sempadan yang longgar, kelemahan Najib dan beberapa pemimpinnya tetapi juga menunjukkan isu pemberontakan ini ada kaitannya dengan Projek IC yang dilaksanakan di zaman Mahathir berkuasa dahulu.
Melalui pemberian kad pengenalan itu, mereka ini bebas keluar dan masuk ke Sabah dan akhirnya turut membawa alat-alat senjata untuk merealisasikan hasrat perjuangan mereka yang sebenar iaitu untuk memiliki semula negeri Sabah.
Tidak dapat tidak, kerana keghairahan Mahathir ingin berkuasa dan menjadikan pemberian kad pengenalan biru sebagai alat untuk melebarkan pengaruh UMNO ke Sabah, dalam masa masa sama kumpulan pemberontak Sulu turut berakar umbi di negeri tersebut. Walaupun dilaporkan kumpulan pemberontak ini hanya berjumlah ratusan orang bilangannya tetapi kesungguhan mereka untuk menuntut kembali Sabah daripada Malaysia dan kejayaan mereka membunuh lapan anggota keselamatan, tidak mustahil jumlah mereka lebih besar dari itu dan kelengkapan senjata yang dimiliki juga mungkin amat canggih.
Apakah saranan Mahathir supaya tindakan keras diambil dan kumpulan pemberontak itu dihapuskan sama-sekali sebagai percubaannya untuk menutup lebih banyak perkara yang terdedah mengenai dirinya dalam Projek IC itu?
Sehingga diketahui kebenaran di sebalik Projek IC dan kaitannya dengan kumpulan pemberontak Kesultanan Sulu ini, elok rasanya ditangguhkan dulu jika ada pujian yang mahu diberikan kepada Mahathir kerana ketegasannya dalam isu ini. (SH 04/03/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuan,
ReplyDeleteSetelah 22 hari pencerobohan berlaku, kita boleh melihat dengan lebih jelas kegagalan, indecisiveness dan kecetekan/kependekan akal Najib membaca situasi dan menangani masaalah ini. Najib seolah-olah tidak dapat melihat jauh melangkaui politik untuk mnyelamatkan dirinya dalam PRU 13 nanti. Soal kedaulatan negara, soal pencerobohan oleh sekumpulan manusia dari negara asing untuk "menaklok" Sabah adalah soal-soal yan diluar kemampuan Najib untuk fikir.....Inilah rumusan dari tindakan Najib sebagai PM dan kebodohan tahap gaban 2 menteri yang diberi tgas berat melindngi kedaulatan negara: iaitu menteri dalam negeri dan menteri pertahanan.
tentang mahathir - biasalah. bagi kita yang kenal sangat dengan politik liciknya, kita hanya boleh gelak sekuat hati melihat bagaimana dia cuba nak menipu rakyat yang masaalah ini adalah ciptaannya. Kita tahu sangat perangai Mahathir, apa-apa pu dia ambil bahagian yang boleh menguntungkan dia sahaja.
Dalam isu ini dia cuba menutup dari mata rakyat yang masaalah ini adalah hasil kreatif kepala hotak dia yang dia rasa bergeliga juga. Dia ambil la bahagian yang dilaporkan oleh akhbar hari ini.
bat8
Angkatan tentera Malaysia perlu mengheret Mahathir Mohamad sebagai lashkar barisan hadapan dalam menghadapi tentera Sulu ini. Berikan seragam tentera dan senjata sewajarnya kepada beliau agar beliau dapat berjuang menentang puak puak Sulu yang telah memberontak walau pun ratusan ribu dikalangan kaum mereka telah mendapat anugerah " instant citizen " di era kekuasaan Mahathir dulu.
ReplyDeleteJangan hanya pandai mengarahkan pihak lain untuk mencuci" berak " dan " kencing " beliau sendiri. Mahathir yang " berak dan mencirit merata rata " dan beliau harus mencucinya sendiri. Kenapa perlu orang lain yang harus dikorbankan.
Jangan biar sama sekali petualang negara ini terlepas bila PR berkuasa kelak. Pengkhianat negara sebegini layak mati ditali gantung. Beliau terbukti telah menggadai keselamatan negara demi survival politik dan kuasa peribadi serta partinya UMNO BN.
Kes orang sulu sabah sama macam kes kedah siam dan kelantan patani atau orang jawa di johor. ada orang kelantan lahir kat patani tapi besar kat kelantan dapat ic malaysia. kat sabah ni orang sulu memang dah lama duduk kat sabah kerana dulu sabah dibawah sultan sulu. Jadi situasi dulu hingga sekarang masih lagi tidak berubah. Orang kepulauan sulu dengan orang sulu sabah ada persudaraan. Ada yang lahir kat sulu tapi besar kat sabah. Sempadan negara tidak dapat memisahkan persudaraan. Mereka tak ada ic sebab mereka tak tau pentingnya IC. Orang sulu yang dapat IC bukan yang duduk dibandar tapi yang duduk ditepi2 laut yang kebanyakannya tercicir dari sekolah. So adakah dia tak layak dapat IC malaysia. Yang dr mahatir bagi ic tu bukan sahaja orang sulu tapi semua kaum yang tak ada IC macam penan dan kaum-kaum lain yang tak ambil berat tentang pentingnya IC. Orang sulu yang dapat IC pun bukan orang sulu yang duduk dikepulauan sulu tapi orang sulu yang duduk sabah. Adakah orang sulu disabah perlu pergi ke pulauan sulu disebabkan dia orang sulu. Sekarang pun banyak lagi kes kaum yang tak ada IC macam orang bajau laut yang kurang pengetahuan sebab banyak yang tercicir sekolah dan tak ambil kisah pentingnya IC. Adakah orang2 ini tak layak dapat IC sedangkan dia dah duduk sabah lebih lama dari keturunan kaum cina dan india disabah yang kita iktiraf dan sepatutnya kita iktiraf sebagai warga negara dimalaysia.
ReplyDeleteKalau dirasakan puak Sulu ini layak sebagai warga Malaysia, kenapa hal ini tidak dihebahkan lama dulu. Kenapa " projek M " dijalankan secara diam diam hanya ketika kedudukan UMNO BN terdesak di Sabah?. Boleh sudara jelaskan perkara ini atau boleh saudara soal perkara ini kepada MAhathir Mohamad?.
ReplyDeleteYang berkuasa di Malaysia selama ini adalah UMNO BN. Kenapa setelah lebih 50 tahun mentadbir negara..perkara ini gagal diselesaikan?. Kenapa harus tentera Sulu memberontak kalau bukan ada sebab sebabnys?. Berulang kali kumpulan ini menyatakan bahawa ada pihak yang tidak tunaikan janji dan mereka menuntut janji itu?. Adakah ini kerja PRK, DAP atau PAS?. Logik akal sudah tentu tuntutan janji terkait dengan pihak yang berkuasa di Malaysia kerana hanya pihak ini yang mampu menunaikan janji janji tersebut. Siapa yang berkuasa selama ini? PKR? PAS? atau DAP???.
Abdullah Wagiman,
Persoalan ini patut anda tuju kepada pihak yang berkuasa di Malaysia selama ini. Ini yang paling tepat. Warga negara Malaysia wajar mempertikaikan pemberian ic segera dalam " projek M " kerana perkara ini tidak pernah dibincangkan langsung di Parlimen sejak dulu lagi. Jika keturunan Sulu merasa mereka berhak sebagai warga Malaysia..,isu ini harus dibangkitkan lama dulu. Soalnya sekarang...apa yang telah UMNO lakukan untuk selesaikan isu tersebut?. " Projek M " jelas sesuatu yang menyalahi undang undang. Dan kerana merasa tindakan ini tidak beretikalah maka Mahathir Mohamad yang walau pun lama berada di puncak kekuasaan masih terpaksa gerakkan projek tersebut secara diam dan sulit. Bukankah ini membuktikan " ada udang disebalik batu "?. Berani kerana benar..takut kerana salah !
Anda yang bercakap seolah pakar, apa kebaikan dan apa jasa anda kepada agama, bangsa dan negara?
ReplyDeleteSekadar cakap bolehlah ... tapi realiti, anda hanya haprak jingga!
Generasi M di ujukkan Oleh M untuk menjilat saja dan pakar dalam mejilat M dan kuncu-kuncunya.
ReplyDelete...kita bgi org y pndai ckp niey. .dok barisan dpan. .bila perang. .dr m xsalah. .y salah. .cara ampa pkir. .jgn nk salah kan tun. .kalo x. .ampa xmkn sdap. .sdap daa skrg. .paham dak cilabai. .!!!!
ReplyDeletex patut awak memfitnah Dr M. Cuba siasat betul2, ini mungkin kerja orang di bawah Dr. M dan x de kena mengena dengan beliau walaupun berlaku pada masa beliau memrintah. Yang pastinya anda sudah mendapat dosa besar kerana memfitnah. Ingatlah dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh.
ReplyDelete