Thursday, 28 March 2013
Mampu Seorang PM Penakut Menambat Hati Rakyat?
Hari ini 28 Mac, DUN Negeri Sembilan secara automatik terbubar dengan sendirinya kerana sudah genap lima tahun sejak mandat diberi pada 2008 lalu. ADUN-ADUN Negeri Sembilan juga sudah kehilangan fungsi wakil rakyat masing-masing dan mereka tidak mempunyai apa-apa kuasa lagi. Kerajaan Negeri Sembilan juga sudah menjadi kerajaan sementara yang hanya difungsikan melalui kewujudan Menteri Besar dan 10 orang Exco Kerajaan Negeri.
Walaupun kerajaan masih dapat berjalan seperti biasa tetapi ianya hanyalah dari segi pentadbiran saja. Hal-hal lain dan perubahan dasar sudah tidak boleh dilakukan lagi kerana ia hanya kerajaan sementara.
Biasanya kerajaan sementara ini wujud apabila DUN dibubarkan dan hanya menunggu tarikh pilihanraya diumumkan oleh SPR. Tetapi kerajaan sementara Negeri Sembilan ini tidak dapat dipastikan kewujudannya untuk berapa lama, mungkin sehingga had maksima 60 hari kerana SPR sendiri tidak berani mengumumkan tarikh pilihanraya di negeri itu selagi Parlimen tidak dibubarkan.
Secara logiknya apabila sesebuah DUN terbubar dengan sendirinya, SPR harus segera bermesyuarat dan menentukan segera tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan pembuangan undi. Namun dalam konteks DUN Negeri Sembilan ini, SPR nampaknya relaks saja dan tidak terdengar apa-apa berita mengenainya.
Tempoh Parlimen terbubar dengan sendirinya ialah 28 April dan sekiranya Najib juga menunggu Parlimen terbubar dengan sendirinya sebagainya beliau sampai hati membiarkan DUN Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya, bermakna kerajaan sementara Negeri Sembilan akan berjalan dalam tempoh yang agak lama dan tidak pernah berlaku sebelum ini.
Dengan membiarkan sampai DUN sebuah negeri terbubar dan Najib masih juga tidak berani mengumumkan pembubaran Parlimen, beliau dengan sendirinya mengesahkan hakikat dirinya sebagai Perdana Menteri penakut dalam sejarah Malaysia. Tidak pernah mana-mana Perdana Menteri sebelum ini yang begitu takut untuk mengadakan pilihanraya bagi memberi ruang kepada rakyat menentukan mandat untuk lima tahun yang seterusnya.
Sebelum ini hanya Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang yang sering menyelar Najib sebagai Perdana Menteri yang penakut. Anwar menggambarkan Najib sebagai penakut kerana menolak berdebat dengannya, Najib juga dianggap penakut kerana sering mengikut telunjuk Mahathir dan Najib turut disifatkan penakut kerana terlalu memuja kuasa besar Amerika dan melakukan pelbagai cara untuk berbaik dengan kuasa besar itu. Lebih dari itu, Anwar juga menganggap Najib penakut kerana tidak berani menegur isterinya, Rosmah Mansor yang banyak melakukan pembaziran, membeli barangan mewah serta perhiasan yang mahal-mahal sehingga menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.
Najib juga dianggap penakut kerana sering menunda tarikh pembubaran Parlimen sehingga ke penghujung tempoh. Walaupun Najib sudah bercakap mengenai pilihanraya, melakukan lawatan ke negeri-negeri dan mula memberikan pelbagai gula-gula sejak lebih dua tahun yang lalu tetapi beliau masih tidak berani mengumumkan Parlimen dibubarkan.
Jika dalam tempoh terdekat ini, Najib mengumumkan pembubaran Parlimen, sifat keberaniannya sudah hilang sebenarnya. Ini kerana pembubaran itu semata-mata dibuat kerana terpaksa sebab DUN Negeri Sembilan sudah terbubar dan tarikh akhir Parlimen terbubar dengan sendirinya makin hampir. Beliau tetap dianggap sebagai penakut.
Hari ini dengan membiarkan DUN Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya dan Parlimen tidak juga dibubarkan, Najib seperti menganugerahkan sijil penakut itu kepada dirinya sendiri. Di mata rakyat, moral politik beliau sebagai pemimpin dan Perdana Menteri sudah tidak membawa makna apa-apa lagi. Moral politiknya sudah jatuh dan hancur berderai.
Sebagai Perdana Menteri, salah satu satu ciri yang dicari-cari oleh rakyat ialah keberanian. Hanya keberanian yang membezakan seorang pemimpin yang hebat berbanding dengan pemimpinnya lainnya. Pemimpin umpama jenderal perang dan mereka wajib ada keberanian. Bahkan dalam mana-mana pertandingan pun, seorang ketua mesti memiliki keberanian. Seorang pemimpin atau ketua keluarga yang ada keberanian akan menjadikan orang dibawahnya merasa selamat dan tidak ragu-ragu bernaung dibawahnya.
Dengan menunjukkan kepada rakyat beliau tidak memiliki keberanian, markah Najib di mata umum tentunya sudah jatuh merudum. Beliau bukan saja meletakkan dirinya tidak lagi diyakini rakyat tetapi juga menjadikan kedudukan UMNO dan BN di Negeri Sembilan turut goyah. Terbubarnya DUN dengan sendirinya tetapi tarikh pilihanraya masih tidak diketahui tarikhnya, rakyat tentunya mulai bosan dengan corak kerajaan seperti ini dan mereka mempunyai kebarangkalian yang besar untuk menolaknya.
Dalam hal ini ramalan banyak pihak bahawa pentadbiran Negeri Sembilan akan beralih ke Pakatan Rakyat selepas pilihanraya akan datang adalah sesuatu yang tidak dapat ditolak lagi.
Dalam konteks Najib pula, dengan terdedahnya sifat penakutnya ini, peluangnya untuk memenangi pilihanraya akan datang terus menjadi kelabu. Rakyat mulai was-was dan tidak lagi meyakininya untuk terus memberi mandat untuk tempoh lima tahun akan datang. Setelah Mahathir dilihat begitu kuat berkempen untuk memastikan kemenangan BN dan kemudian Daim Zainuddin turut serta membantu Najib melalui serangan terbuka terhadap Anwar, keberanian yang tiada dalam diri Najib bakal menghalangnya daripada mengecapi mandat yang seterusnya daripada rakyat.
Dengan pelbagai masalah, isu dan tekanan yang dihadapi oleh negara sejak kebelakangan ini, hanya pemimpin yang mempunyai sifat keberanian yang dikehendaki rakyat. Ini kerana hanya pemimpin seperti itu yang boleh membuatkan rakyat hidup dengan aman dan selesa.(SH 28/03/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Najib bukan sahaja penakut tapi rata-rata dilihat sebagai seorang pemimpin oportunis. Sifat kepimpinan bacul dan oportunis yg ada diri anak PM Ke-2, arwah Tun Razak ini telahpun terselah sejak memegang jawatan Tim PM/Tim Presiden Umno di bawah PM Abdullah Ahmad badawi (Pak Lah). Apabila Pak Lah gagal memberikan kemenangan 2/3 kepada Umno/BN pada pilihanraya umum ke-12 2008, satu gerakan telah dicetuskan oleh naib presiden umno paling kanan ketika itu, Muhyiddin Mohd Yassin bagi mendesak PM KE-5 itu supaya berundur. Najib pula dilihat mengambil sikap berkecuali terhadap gerakan yg dicetuskan oleh Muhyiddin; mungkin takut "dimangsakan" oleh boss beliau ketika itu. Kemudian, apabila Pak Lah setuju utk berundur secara "facing saving" akibat desakan Muhyiddin, maka terdapat kekosongan bagi jawatan presiden. Walaupun Muhyiddin mendapat desakan popular dari kalangan akar umbi Umno supaya "go for broke" dan menawarkan diri utk jawatan presiden yg kosong itu, beliau hanya setuju utk dicalonkan sebagai timbalan pada pemilihan Umno yg diadakan pada penghujung 2008; bagi mengekalkan tradisi pertandingan di dalam parti. Bagaimanapun Najib, tanpa mengambil kira pengorbanan Muhyiddin yg membolehkan berlakunya kekosongan jawatan presiden umno itu, dengan tidak segan silu lagi menerima jawatan berkenaan tanpa bertanding. Inilah sifat seorang pemimpin yg pengecut lagi oportunis.
ReplyDeleteTuan,
ReplyDeleteGelaran penakut tidak mencukupi buat Najib Razak. Tapi manusia ini lebih layak dengan gelaran " Si Bacul " atau " Si Dayus ". Terlalu banyak bukti yang boleh mengesahkan bahawa antara ciri ciri yang ada dalam manusia bernama Najib Razak ini adalah bacul dan dayus.
Memilih seorang yang bacul dan dayus sebagai pemimpin umpama menggadai masa depan dan nyawa sendiri kerana manusia bersifat begini sebenarnya tidak boleh diharap mengambil tanggungjawab. Maka Tuan tidak perlu berlapik bahasa lagi bila menulis tentang Najib Razak ini. Inilah satu satunya PM di dunia yang paling BACUL dan DAYUS dalam sejarah.
Ini kah pemimpin yang diharapkan menjaga kepentingan bangsa melayu ? lupakan lah..
ReplyDeleteKalau hangpa nak tengok lebih ramai lagi jasad diletupkan dengan C4 macam Altantuya, hangpa sokonglah Najib dan undi UMNO BN. Silap silap famili hangpa pun boleh jadi mangsa. Manusia tamak haloba dan rakus duit ni apa pun sanggup dia buat bila kedudukan dia terdesak. Dia bukan setakat penakut, bacul atau dayus tapi memang jenis manusia berperangai keji dan buruk.
ReplyDeleteHangpa nak tengok bukti dan cerita sebenar tentang Najib ni, menangkan dulu PR dalam GE 13. Najib pasti diheret ke mahkamah. Semuanya akan dibongkar. Silap silap dia layak mati ditali gantung. Malaysia akan elakar rekod dunia nanti.
tak sangka dlm meniti usia menghampiri 50 thn ni, saya dapat melihat perkara ini..DUN terbubar dgn sendiri, juga tak sangka saya ber PM kan seorang yg penakut.
ReplyDeleteAnak Razak yg lahir ke dlm kekayaan ini dimanja sepjg hayatnya. Dia tidak blh memahami keperitan hidup rakyat biasa. Air percuma tak nak, kurang tol tak nak, turun harga minyak tak nak, turun harga kereta tak nak, akhirnya rakyat pun tak nak dia!
ReplyDelete