Sunday, 10 March 2013

Mahathir Patut Belajar Dengan Mama Juwie...


Secara tidak sengaja saya menonton Berita TV3 di sebuah restoran semalam yang menyiarkan komen Mahathir mengenai lagu Tanya Sama Najib yang sering dinyanyikan oleh Anwar ketika berkempen di Sabah sejak beberapa bulan lalu. Dengan penuh yakin bekas Perdana Menteri itu bersetuju bahawa senikata lagu nyanyian Anwar itu ada kaitan dengan apa yang sedang berlaku di Sabah sekarang sambil memberikan logik-logik yang tidak logik untuk menyokong hujahnya-hujahnya.

Malam sebelumnya, saya juga difahamkan melalui TV3 juga, Ahli Parlimen PKR yang sudah melompat menjadi Bebas, Zulkifli Nordin turut mengaitkan isu lagu itu dengan keyakinannya bahawa Anwar memang bersubahat dengan kumpulan penceroboh Sulu yang sedang menyerang Lahad Datu dan Semporna sekarang ini.

Menurut beliau, oleh kerana Anwar sering menyanyikan lagu itu dan kemudian berlaku pencerobohan di Lahad Datu, kaitannya tidak dapat dinafikan lagi. Yang menjadi isu ialah perkataan hilang dalam senikata lagu itu. Bagi sesiapa yang mendengar lagu yang sering dinyanyikan oleh Anwar itu, mereka pasti akan memahami bahawa ia adalah dalam konteks politik Sabah semata-mata di mana beberapa pemimpin UMNO dan BN sudah meninggalkan parti dan menyokong PR dan tiada kaitan langsung dengan insiden di Lahad Datu.

Lagu itu juga sering dinyanyikan setelah Anwar menghuraikan dengan panjang lebar tentang kelemahan Najib dan kaitannya dengan tindakan beberapa pemimpin Sabah yang sudah keluar parti itu. Ia jua dikaitkan dengan kekerapan Najib melawat Sabah sejak kebelakangan ini. Dan sebagai tarikan untuk kempen ceramahnya, maka Anwar menyanyikan lagu itu. Semua orang memahami ianya hanya dalam konteks politik Sabah yang mana BN akan kehilangan banyak kerusi berbanding kedudukannya yang dianggap "fixed deposit" selama ini.

Senikata lagu yang dinyanyikan Anwar itu berbunyi, " Tanya sama Najib, apa sebab goyang. Nanti jawab Najib, Sabah nak hilang". Rupa-rupanya setelah gagal mengaitkan Anwar sebagai dalang di sebalik pencerobohan Lahad Datu pada peringkat awalnya sehingga beberapa tindakan saman sudah diambil, lagu ini pula yang digunakan sebagai senjata baru untuk menyerang Anwar dan memperbodohkan rakyat.

Kalau setakat Zulkifli Nordin yang bercakap menggunakan hujah lagu Tanya Sama Najib itu untuk mengeliru dan memperbodohkan rakyat, ia memanglah tidak menghairankan kerana beliau memang diketahui tidak berapa cerdik akalnya. Zulkifli sepertimana yang pernah dikenali rapat oleh rakan saya, Mohd Sayuti Omar, beliau memang diketahui sanggup berbohong dan memutarbelitkan pelbagai perkara sehingga menurut beliau, di depan Kaabah dan Masjid Nabawi pun beliau sanggup berbohong dan tidak bercakap benar.

Oleh itu, jika sekadar tahap pemikiran Zulkifli Nordin yang menggunakan hujah lagu itu, ia tidaklah begitu memeranjatkan tetapi apabila Mahathir sendiri sedia menggunakan hujah yang sama, nampaknya tahap pemikiran Mahathir sekarang tidak jauh bezanya dengan Zulkifli Nordin juga.

Dalam hujahnya, Mahathir berkata, beliau hairan kenapa dalam lagu itu Anwar menyebut perkataan hilang dan bukan perkataan kalah yang menurutnya lebih sesuai jika semata-mata berkaitan kemungkinan BN kalah banyak kerusi di Sabah. Nampaknya Mahathir tidak berjiwa seni dan tidak memahami pentingnya keindahan bahasa dalam senikata lagu.

Dalam konteks lagu Tanya Sama Najib, senikata yang digunakan seperti bahasa dalam rangkap pantun yang memerlukan bunyi perkataan yang sama di penghujung ayat. Sebab itu perkataan hilang digunakan dan bukannya perkataan kalah.

Untuk lebih memahami keindahan bahasa dalam senikata lagu, ada baiknya Mahathir belajar mengenainya dengan Puan Habsah Hassan atau Mama Juwie untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenainya.

Ataupun untuk memperolehi bukti yang cepat, cubalah Mahathir pergi menyanyi di mana-mana pusat karaoke atau menyanyi dalam bilik air di rumahnya dan cubalah mendendangkan lagu Tanya Sama Najib itu secara perlahan-lahan tetapi menggantikan perkataan hilang dengan perkataan kalah sebagaimana yang disebutnya itu. Apakah lagu itu menjadi bertambah sedap atau kedengaran sumbang?

Ketika iu Mahathir pasti akan memahami kenapa perkataan hilang lebih sesuai digunakan untuk lagu tersebut.

Sebenarnya menggunakan lagu Tanya Sama Najib ini sebagai senjata untuk menyerang Anwar tidak lebih memperlihatkan UMNO semakin kehabisan modal sehingga terdesak mengaitkan apa saja perkara untuk memburukkan Anwar dan memastikannya ditolak dalam pilihanraya akan datang. Ini juga menjadikan nilai dan makna dalam seni berpolitik sudah mulai terhakis, termasuk dalam diri Mahathir sendiri. Ia tidak lain berpunca daripada ketakutan yang melampau akan tumbangnya BN sehingga kadangkala sanggup melakukan perkara yang tidak logik dan ditertawakan secara sinis oleh rakyat terbanyak.

Kesediaan Mahathir menyeret dirinya dalam hujah paling hampas dengan menggunakan lagu itu untuk menyerang Anwar hanyalah merendahkan nilai dirinya sekarang ini. Malah ada yang menyamakannya kini tidak jauh berbeza dengan Zulkifli Nordin yang bakal jadi "kupang tembaga" selepas pilihanraya nanti. (SH 10/03/2013)



7 comments:

  1. mampus budak2 Tadika klau mereka menyanyi kn lagu "London bridge is falling down" di ambil oleh kerajaan British sbg cubaan sabotaj utk meruntuh kn jambatan di London!

    ReplyDelete
  2. Sdr Shahbudin,

    1 Sabah, 1 Malaysia malah mungkin 1 Dunia tahu petualang sebenar dan penggadai keselamatan negara Malaysia adalah manusia bernama Mahathir Mohamad. Hampir semua rakyat Malaysia apa tah lagi anak Sabah arif sangat bahawa yang beri " ic segera " kepada ratusan ribu pendatang asing ( termsuk puak Sulu ) secara borong tetapi senyap senyap ini adalah Mahathir Mohamad. Tidak dapat dinafikan lagi Mahathir Mohamad adalah pembelot dan musuh nombor 1 negara Malaysia. Beliau jauh lebih daripada layak untuk mati ditali gantung. Siapa berani nafikan dan bantah perkara ini?.

    Bukankah Mahathir Mohamad ini spesis melayu Kerala, keturunan Si Kitul. Perangai " keling " kalau tidak membelit seperti " ular ", bukan keling namanya. Dalam isu Sabah dan pencerobohan tentera Sulu ini, yang " membela dan bermurah beri ic segera " kepada pendatang asing dari Filipina ini adalah Mahathir Mohamad dan kuncu kuncunya, tapi sipembelit Mahathir tanpa segan silu menyalahkan Anwar Ibrahim. Semua ini gara gara untuk mengekalkan kekuasaan beliau dan UMNO BN.

    Ingin saya buat seruan disini khususnya kepada para tentera dan anggota polis yang terlibat dalam OP Daulat ini, mohon anda yang sayangkan negara Malaysia ini dapat laporkan kebenaran apakah ada tahanan atau kematian dikalangan penceroboh ini terdiri dari mereka mereka yang memegang ic Malaysia. Saya kuat menyakini bahawa sebahagian mereka ini pemegang ic Malaysia kerana kemasukan dan pergerakan kumpulan ini melepasi sempadan perairan Sabah langsung tidak dapat dikesan. Dan jika perkara ini terbukti..maka Mahathir Mohamad dan sekutunya yang terbabit dalam Projek M harus segera ditangkap dan hukuman seberat beratnya patut segera dijalankan. Jika ini tidak dilakukan, maka apa yang Mahathir lakukan ini akan dijadikan contoh dan alasan bagi membenarkan perkara yang sama diulang dimasa hadapan. Maka kematian Mahathir di tali gantung adalah wajar sebagai teladan kepada yang lain.

    Kita tahu Najib sekarang cuma seorang PM yang bacul dan dayus..setidaknya kepada Bala dan Deepak. Semua orang juga tahu ketakutan Najib kepada Mahathir Mohamad. Mengharap Najib untuk memberkas dan membawa Mahathir Mohamad kemuka pengadilan tentulah sesuatu yang mustahil. Maka kita sebagai rakyat tidak harus terikut dengan sikap bacul dan dayus seperti Najib. Jangan biarkan diri menjadi dayus tanpa melakukan apa apa walau telah terbukti petualang dan pembelot negara seperti Mahathir ini telah menggadai tanahair kita kepada pihak asing.

    Untuk itu amat perlu Najib serta UMNO BN ditumbangkan. Mahathir Mohamad dan sekutunya seperti Aziz Shamsuddin dan lain lain harus dihukum. Jangan biarkan " pembelit dan pembelot " berdarah Kerala ini terlepas bebas setelah mengangkut khazanah negara begitu banyak sejak beliau mula berkuasa. Adalah WAJIB buat kita sebagai rakyat Malaysia memastikan Mahathir Mphamad ini terima hukuman yang setimpal dan seberat beratnya.

    Jangan sama sekali biarkan Mahathir Mohamad terlepas. Beliau harus diburu hatta ke lubang cacing. Apa yang telah beliau lakukan terang terang satu kesalahan besar dan kerana itulah Projek M dilakukan secara diam diam kerana petualang bernama Mahathir ini sangat tahu ianya satu tindakan yang salah disisi undang undang. Mahathir yang berak ditengah jalan...Anwar pula mahu dituduh. Hina dan keji sungguh pariah bernama Mahathir Mohamad ini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous 4;07,

      "Mahathir Mohamad dan sekutunya seperti Aziz Shamsuddin dan lain lain harus dihukum."

      Jika insyaallah PR menang, saya rasa Mahathir akan melarikan diri ke luar negara. Yg tinggal hanyalah budak-budak suruhannya.

      Delete
    2. Kalau Mahathir lari ke luar negara dan takut diadili, ini tetap akan mengesahkan bahawa dia bersalah. Kita pun dah lama melihat ketakutan Mahathir ini dalam apa saja kes yang melibatkan beliau dengan mahkamah spt kes liwat I umpamanya. Dalam sejarah politk Malaysia..inilah pemimpin paling celaka dan perosak besar negara serta masyarakat melayu. Mamak ni elok mampus saja lagi baik

      Delete
  3. Hidup Pakatan Rakyat.....Kemenangan akan tercapai...

    ReplyDelete
  4. Saudara-saudara pembahas di atas, tolong jangan tulis Mahathir itu anak Melayu. Dia anak Keling dari Kerala full stop. Kepada pendokong-pendokong keadil;an sejagat, sila pastikan mulai saat ini sehingga selepas terbentuknya kerajan baru di Putra Jaya awasi si Laknat Mahathir ini. Pastikan dia tidak melarikan diri keluar dari bumi Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Mahathir hanya tahu lagu "I Did It My Way" je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...