Wednesday 11 September 2013

Benarkah Bil Air Di Selangor Sudah Naik?


Terdapat rungutan daripada penduduk yang tinggal di beberapa kawasan di Selangor sekarang ini berikutan bil air yang diterima setiap bulan sudah meningkat berbanding sebelumnya. Yang peliknya, peningkatan itu hanya dialami beberapa bulan ini saja iaitu selepas  pilihanraya umum 5 Mei lalu.

Seperti yang diketahui, kerajaan negeri PR di Selangor telah memperkenalkan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu atau lebih kurang RM11.00 kepada penduduk negeri itu sejak 2008 lagi sebagai memenuhi janji pilihanraya yang dibuatnya sehingga membuatkan PR berjaya menumbangkan BN.

Dengan pemberian percuma itu, sebuah keluarga yang mempunyai seorang atau dua anak dan menggunakan air secara yang sewajarnya, mereka biasanya  menikmati air percuma sepenuhnya dan tidak perlu membayar walau sesen pun kerana penggunaannya tidak akan melebihi 20 meter padu itu.

Bagi keluarga yang lebih besar dari itu pula, mereka selalunya hanya perlu membayar antara RM5 hingga RM10 saja sebagai bayaran bi air setelah ditolak subsidi 20 meter padu atau RM11.00 yang diberikan oleh kerajaan negeri.

Sepanjang lima tahun lalu, ramai penduduk Selangor yang gembira dengan kemudahan air percuma ini kerana ia sekurang-kurangnya meringankan beban bil utiliti yang perlu dibayar setiap bulan, terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah atau tinggal di kampung-kampung.

Ini sekaligus menjadikan kehidupan banyak keluarga di Selangor menjadi lebih selesa berbanding penduduk di  negeri lain yang terpaksa membayar bil air tanpa sebarang subsidi daripada kerajaan.

Bagaimanapun, selepas pilihanraya lalu, ramai yang terkejut apabila tiba-tiba mendapati bil mereka sudah meningkat dan penggunaan air juga bertambah sedangkan keluarga tidak bertambah dan amalan penggunaan juga masih seperti biasa saja.

Jika selama ini penggunan air mereka sentiasa dibawah 20 meter padu tetapi kini sudah melebihi kadar itu. Ramai yang mengadu bil air masing-masing kini sudah meningkat dan mereka perlu membayar antara RM8.00 hingga RM15.00 setiap bulan. Jika dicampur dengan subsidi kerajaan negeri sebanyak 20 meter padu atau RM11.00, peningkatan yang berlaku ini hampir sekali ganda.

Keadaannya kini seolah-olah meter air di Selangor bergerak lebih laju dari sebelumnya. Apa sudah jadi sebenarnya?

Ramai pengguna melahirkan kemusykilan mengenai perkara ini kerana setahu mereka kerajaan negeri yang diterajui oleh PR masih menguat-kuasakan bekalan air percuma 20 meter padu kepada penduduknya walaupun hubungan antara kerajaan negeri dengan Syabas sentiasa tegang dan bermasalah.

Soalnya adakah kerajaan negeri sedar perkara ini dan apakah kenaikan ini bukan berpunca daripada adanya perbuatan sabotaj atau kong kali kong Syabas terhadap kerajaan negeri?

Atau mungkinkan subsidi kerajaan negeri sudah dikurangkan walaupun menang lebih cemerlang dalam pilihanraya 2013 lalu?

Walaupun jumlah RM8.00 hingga RM15.00 itu tidaklah sebesar mana, penduduk Selangor hanya ingin mengetahui keadaan sebenar mengenai  perkara ini dan apakah punca-punca yang menyebabkan bil air berbeza antara sebelum pilihanraya dengan selepas pilihanraya.

Moga Syabas dan kerajaan negeri memberi jawapan mengenai hal ini. (SH 11/09/2013)

3 comments:

  1. Jiran saya hanya menggunakan RM 20 sebulan dengan bilangan ahli keluarga seramai 5 orang dewasa. Pada Isnin lalu matanya terbeliak melihat Bil airnya naik RM40.00.
    Ini selepas pemasangan meter jenis baru oleh SYABAS. Keluarga saya yang mempunyai 3orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak pula kebiasaan Bil rumah ini ialah RM40+ setelah ditolak RM 11.47 untuk 20m3 pertama percuma pemberian Kerajaan PAKATAN Selangor.
    Yang menjadikan ia tinggi ialah kerana kadar bayaran mengikut skala 20 x 0.57 (percuma),15 x 1.03 dan selebihnya x 2.0;
    Dengan cara demikian, sekiranya sebuah rumah menggunakan kurang dari 35m3 bayaran sekitar RM15.00 saja.
    Kenaikan ialah bila atas dari 35m3 x RM2 yg sungguh menakutkan!
    Kita orang Selangor memang menunggu bila Kerajaan Pakatan boleh mengambil balik Air Selangor dari SYABAS dan kuncu-kuncu UMNO yang mengaut untung atas angin selama ini dengan membebankan Rakyat!
    Semua slogan Najib sudah nyata hanya auta sahaja.
    Bukan Rakyat didahulukan tetapi UMNO dan kroni-kroni mereka!

    ReplyDelete
  2. Yang paling orang tak perasan,....lepas pilihanraya, Rakyat ialah kakitangan awam sahaja...segala tok nenek kenaikan dan bonus diumum hampir setiap penggal dan kadang-kadang 2-3 kali dalam masa setahun, termasuk hari raya...apakah kenaikan gaji dan bonus setiap masa ini tidak melalui surat pekeliling? kenapa perlu dihebahkan di media? yang jadi mangsa rakyat bukan kakitangan kerajaan sebab secara automatik harga barang meningkat selaras pengumuman kenaikan harga gaji...hangpa Menteri-menteri dan pegawai tinggi berkelulusan tinggi tak nampak ke benda ni? Pakcik yang setakat lulus darjah 5 ni pun boleh terfikir pasal benda ni...

    ReplyDelete
  3. Bill air rumah saya daripada Rm35 sebulan kini dah cecah RM90 sebulan. Macam-macam alasan Syabas beri , salah key in data , kegunaan air saya banyak , paip dalam rumah bocor dan berbagai lagi alasan. Plumber dah check tiada kebocoran dan meter air sangat laju. Begitulah caranya nak buat duit mudah , menipu rakyat dengan meter laju yang mencekik darah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...