Thursday 5 September 2013
Zahrain Jadi Duta Ke Indonesia, Pejuang Setia UMNO Dapat Apa?
Bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Zahrain Hashim dilaporkan akan dilantik sebagai duta ke Indonesia. Perkara ini juga sudah pun disahkan oleh Menteri Luar, Anifah Aman petang tadi. Zahrain adalah salah seorang pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu selepas pilihanraya 2008 dan sejak itu beliau antara yang aktif menyerang Anwar Ibrahim dan membela Najib.
Walaupun Zahrain menafikan perlantikannya sebagai ganjaran kerana meninggalkan Anwar dan menyokong kepimpinan Najib, tetapi rata-rata kalangan dalam UMNO percaya tiada ada sebab atau merit lain yang boleh dijadikan sandaran kepada perlantikannya itu melainkan sebagai upah atas pengorbanannya itu.
Selain itu, perlantikannya sebagai duta ke Indonesia juga dikhabarkan untuk mengekang pengaruh Anwar di negara tersebut memandangkan Ketua Pembangkang itu dipercayai mempunyai pengaruh serta simpati yang besar di kalangan tokoh-tokoh politik di negara tersebut. Anwar dan beberapa pemimpin PKR juga kerap berkunjung dan mengadakan pertemuan dengan pelbagai tokoh politik di Indonesia sejak beliau dipecat pada 1998 dahulu.
Malahan ketika era reformasi, beberapa penyokong setia Anwar seperti Ezam, Saifuddin Nasution dan Rahim Ghouse berada bertahun-tahun di negara itu untuk mendapatkan perlindungan dan mengelakkan daripada ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia.
Dengan ganjaran yang diterima Zahrain itu, beliau merupakan seorang lagi pemimpin PKR selepas Ezam Mohd Nor yang dijadikan Senator selepas turut meninggalkan PKR dan bersedia menyerang serta memaki-hamun Anwar Ibrahim. Walaupun tidak disenaraikan sebagai calon pilihanraya, Zahrain kini menerima khabar gembira sebagai duta ke Indonesia sebagai imbalan pengorbanannya selama ini.
Beberapa pemimpin PKR yang lain juga turut diberikan anugerah yang berbeza-beza atas kesediaan meninggalkan PKR dan memaki-hamun Anwar seperti Zulkifli Nordin dijadikan calon BN di Shah Alam, manakala ada pula diberikan jawatan di agensi kerajaan, sebagai pegawai khas pemimpin tertentu, diberi peluang perniagaan dan sebagainya.
Di kebanyakan peringkat dalam UMNO, perlantikan Zahrain ini bukan saja dipertikaikan dari segi kemampuannya tetapi juga kewajarannya. Jika ingin mengekang pengaruh Anwar di Indonesia melalui peranan yang akan dimainkannya sebagai duta, sebenarnya Zahrain bukanlah orangnya yang tepat.
Di Malaysia, beliau tidak dikenali sebagai pembicara, pengucap atau seseorang yang ada kelebihan dari segi meyakinkan orang lain. Sebelum keluar PKR, suaranya di dalam UMNO dan Parlimen dalam membahaskan isu-isu semasa tidak pernah kedengaran. Beliau hanya umpama Hang Kasturi, Hang Lekir atau Hang Lekiu saja, tidak banyak disebut keberadaannya dalam perjuangan.
Hanya setelah bertukar kiblat politik dan bersalin baju baru, barulah suaranya sesekali kedengaran. Itu pun topiknya hanyalah mengenai PKR dan Anwar, bukan isu-isu yang melibatkan rakyat atau ada nilai perjuangan.
Barangkali jika ingin menjalin hubungan politik yang lebih manis dan jernih antara Malaysia dan Indonesia, sambil dalam masa yang sama pengaruh Anwar mahu disekat, baik saja dilantik beberapa bekas menteri atau timbalan menteri yang kalah bertanding atau tidak dilantik semula selepas pilihanraya lalu.
Kalau pun tidak mahu melantik Rais Yatim, Ghani Othman, Ali Rustam atau Zulhasnan Rafique, tetapi apa kurangnya dengan dua bekas timbalan menteri Dr Puad Zarkashi dan Saifuddan Abdullah yang lebih ternampak ketokohannya. Wibawa dan keyakinan umum terhadap mereka ini juga jauh lebih tinggi berbanding Zahrain Hashim.
Bahkan ada yang bergurau, tetapi ada juga logiknya iaitu Ibrahim Ali jauh lebih bagus daripada Zahrain. Kalau mahu dikira menyerang dan memaki hamun Anwar, Ibrahim juga nyata lebih dulu berbuat demikian. Dari segi keberanian dan kepintaran berhujah juga, Presiden Perkasa itu jauh lebih menonjol.
Ramai pemimpin dan kalangan penyokong UMNO yang kecewa dengan anugerah kepada Zahrain ini. Budi dan jasa Zahrain kepada Najib hanyalah setahun dua ini sahaja tetapi sebelum ini beliau adalah penentang dan ada rekod derhaka kepada parti. Tetapi nampaknya Najib lebih menghargai hujan yang baru turun sehari dua dan melupakan sama-sekali budi cuaca panas yang berpanjangan sejak bertahun yang lalu.
Ramai pejuang-pejuang setia dalam UMNO yang tidak diberi apa-apa penghargaan meskipun berjuang siang malam dan tidak pernah menderhaka kepada parti. Kadang-kadang untuk memperolehi peluang perniagaan bagi memastikan parti terus hidup dan bernyawa, ada di antaranya yang umpama pengemis memanjat dari satu pejabat ke satu pejabat menteri sambil membawa fail dan sampul surat besar untuk menemui menteri dan pegawai tinggi kerajaan.
Dalam hal ini, ternampak bahawa cara dan gaya Najib mengurus kerajaan dan memberi anugerah kepada sesiapa yang dikehendakinya umpama beliau menguruskan sebuah syarikat sendirian berhad saja. Faktor kewajaran, kemampuan, kesetiaan dan sebagainya tidak lagi menjadi perkiraan utama.
Sehingga ada pemimpin UMNO yang berkata, kalau ingin jawatan dan habuan di zaman Najib ini, maki hamun UMNO dan keluarkan parti serta berbaik-baiklah dengan pembangkang terlebih dahulu, kemudian kembali dan jilatlah semula apa yang diludahkan dulu. Dalam masa yang sama, sanjung dan pujilah setinggi langit Perdana Menteri dan UMNO yang pernah dimaki hamun dahulu.
Tak lama selepas itu, dapatlah sesuatu. Atau kalau minta sesuatu, pasti akan diberi. Menjadi pejuang yang setia tidak menjanjikan apa-apa berbanding memiliki rekod derhaka.
Itulah nampaknya gaya dan budaya baru dalam politik UMNO sekarang. Jika tidak, janganlah mengharap apa-apa dan redalah berjuang semata-mata untuk agama, bangsa dan negara. (SH 05/09/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dia tentu banyak tahu tentang individu tertentu dalam pembangkang. Ini lah peluang untuk mendekati pemimpin politik indonesia bagi menjelaskan keadaan sebenar.
ReplyDeleteDia tentu banyak tahu tentang individu tertentu dalam pembangkang. Ini lah peluang untuk mendekati pemimpin politik indonesia bagi menjelaskan keadaan sebenar.
ReplyDeleteOrang malaysia pun tak nak dengar apa zahrain cakap inikan pula orang indonesia..satu lagi keputusan bijak najib..alahai najib oooo
ReplyDeletePejuang setia umno hanya dapat taik lembu....
ReplyDeleteAhli UMNO perlu faham. Di era Najib ni cuma "anjing" yang kuat menyalak Anwar akan mendapat habuan. Kalau deria hidu anda kuat terhadap Anwar dan anda bersedia menyalak kuat tanpa henti ( sekali pun salakan itu umpama menyalak bukit ), habuan anda lebih terjamin. Maka untuk mendapat habuan dan tempat baik dalam UMNO bersedialah untuk menjadi anjing Najib. Paling baik kalau status anda adalah "anjing kurap". Tapi kalau anda "anjing kurap" yang bisu, tunggulah saat kematian.
ReplyDeleteZahrain bakal mendapat peruntukan besar dari Najib bagi melaksanakan misi di Indonesia. Persepsi positif pimpinan dan majoriti warga Indonesia terhadap Anwar Ibrahim perlu diubah. Zahrain akan menjadi jarum Najib di negara jiran itu. Dan Zahrain boleh tersenyum lega sekarang kerana beliau tak perlu lagi mengemis projek projek kat padang golf di Penang tu. Tapi Zahrain perlu ingat. Tugas beliau di sana bukanlah mudah.
ReplyDeleteTuan Yang Terutama, Dato' Seri Zahrain Hashim!!!
ReplyDeletesaudara shahbudin pun kalau kembali balik ke umno dan bakar buku nukilan saudara , saya pasti saudara akan dapat habuannya.. hehehe
ReplyDeleteItulah kelebihan meludah kelangit..... jatuh tepat ke Pemimpinnya
ReplyDeleteNampak sangat duit cukai rakyat hanya digunakan utk kepentingan politik sempit umno dan bukannya utk kepentingan rakyat dan negara.duit cukai pendapatan yg aku bayar tu (l/kurang RM 25, 000 setahun) , jika disalah guna aku sumpah pemimpin tertinggi berkenaan mendapat penyakit barah kronik.
ReplyDeleteMalaysia ni dah tak de talent lain lagi ke nak di lantik pi jadi Duta, Tengok muka dia pun naik meluat...
ReplyDeleteitulah malaysia yg dirosakkan oleh umno yg khianat
ReplyDeletemana pergi PAHLAWAN umno?kesetiaan selama ini dapat TAIK LEMBU. berjuang dalam parti bukan kerana PANGKAT, itu kata depa.. tapi jadi BABI macam xahrin boleh jadi DUTA.jadi pencacai jadi CEO. ini yg buat aku tak PERCAYA lagi umno buat SELAMAnya.apa jasa???? dr fuad,termerloh, bekas menteri wilayah ????? mereka ni jauhhhhhhhh lebih hebat.sangaaaaaat keceeeeeewa
ReplyDeleteZahrain ke Jakarta nak berbulan madu! Dah lama dalam PKR tak dapat apa2 sujud dan sembah Najiblah. Kalau ramai yg lain sebelum ini dapat upahnya apa salah zahrain juga dpt habuan. Cuma yg setia kepada UMNO tu yang nampak tak berbaloi. Almaklum setia kepada parti dan pemimpin katakana! barang2 semua dah naik bila minyak naik itulah pengorbanan.
ReplyDelete