Tuesday 1 January 2013

Siapa Paksa Beli Syarikat Deepak - Najib Atau Zahid Hamidi?


Persoalan yang timbul disebalik tindakan anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT) iaitu Boustead membeli syarikat milik Deepak Jaikishan, Astacanggih Sdn Bhd sebagai jalan penyelesaian untuk menghentikan kemelut antara Deepak-Najib-Rosmah-Raja Ropeah, kini menimbulkan persoalan baru iaitu siapakah yang memaksa urusniaga itu?

Semua orang tahu LTAT dan Boustead adalah dibawah Kementerian Pertahanan dan projek yang diberi kepada Raja Ropeah yang kemudiannya disertai oleh Deepak juga adalah dibawah Kementerian Pertahanan. Jadi adakah Zahid Hamidi yang memaksa pembelian tersebut?

Atau adakah ia diarahkan oleh "bos besar" iaitu Najib Razak sendiri? Najib sebelum ini pernah menjadi Menteri Pertahanan dan projek yang diberi Raja Ropeah itu juga diluluskan ketika Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. Adakah Najib memberi arahan secara langsung kepada LTAT dan Bousted atau arahan itu disampaikan melalui Zahid Hamidi?

Tetapi yang pastinya, tidak mungkin LTAT dan Boustead melakukan urusniaga itu tanpa arahan sesiapa dan semata-mata berdasarkan kepentingan komersial.

Inilah antara beberapa persoalan yang bermain di fikiran rakyat sekarang ini, di sebalik kemeriahan menyambut tahun 2013. Lebih dari itu, penting untuk diketahui ialah sama ada urusniaga itu membabitkan unsur salah guna kuasa atau tidak.

Dalam hal ini, Najib atau Zahid mesti bersuara dan memberitahu ketelusan urusniaga tersebut. Sebagai Perdana Menteri, Najib juga mesti meyakinkan rakyat tentang makna ketelusan yang sekalu disebutnya, era kerajaan betul segala-galanya sudah berakhir dan pelbagai slogan yang molek-molek yang selalu disebutnya untuk menarik perhatian rakyat sebelum ini.

Tiada guna sebenarnya Najib bercakap berbunga-bunga dan melontarkan slogan yang indah-indah setiap kali berucap di hadapan rakyat jika perbuatan beliau kerapkali bertentangan dengan apa yang diucapkannya.

Di sebalik pelbagai pendedahan Deepak mengenai Najib dan Rosmah mengenai urusniaga tanah yang melibatkan Ketua Wanita UMNO Selangor, Raja Ropeah Raja Abdullah sebelum ini, tiba-tiba diketahui umum bahawa Boustead telah membeli syarikat Deepak, Astacanggih Sdn Bhd dan membayar semula kos yang telah dikeluarkan oleh Deepak sebanyak RM30 juta iaitu RM13 juta untuk Raja Ropeah, RM8 juta untuk sumbangan politik, RM7 juta sebagai kos perniagaan dan RM2 juta untuk belanja guaman.

Deepak kemudiannya memberitahu beliau diberi kata dua dan dipaksa menjual syarikatnya itu.

Melalui pembelian secara paksa itu dan kemudian Deepak juga kemuungkinan dipaksa menggugurkan tindakan mahkamahnya, apa yang jelas ialah bahawa segala apa yang didedahkan oleh Deepak sebelum ini mempunyai asas kebenarannya. Walaupun Najib dan Rosmah yang dikaitkan dalam pelbagai pendedahan Deepak hanya berdiam diri, tetapi wujudnya usaha penyelesaian dengan menggunakan LTAT, sebuah tabung kewangan untuk askar pencen dan anak syarikatnya Boustead, untuk menutup segala tembelang yang didedahkan Deepak, turut memperlihatkan usaha terdesak Najib ke arah itu.

Dengan isu yang ditumbulkan Deepak ini terus hangat menjadi bualan dan LTAT serta Boustead turut diserang untuk mendedahkan butiran dokumen urusniaga tersebut, tidak dapat tidak, yang paling wajar bersuara merungkaikan persoalan ini ialah Zahid Hamidi dan Najib sendiri.

Jika Zahid sebagai Menteri Pertahanan dan pihak yang bertanggungjawab terhadap LTAT dan Boustead tidak berani bersuara dalam hal ini, ia menunjukkan ada yang tidak kena serta sesuatu cuba disembunyikan dalam urusniaga yang dilihat lebih untuk menyelamatkan masa depan politik Najib dalam pilihanraya umum akan datang.

Dan jika Najib selaku pihak yang dituduh secara langsung oleh Deepak dan sebagai Perdana Menteri yang boleh memberi arahan kepada Zahid atau kepada LTAT, juga berani bersuara, maka terbukti bahawa beliau yang merupakan "dalamg besar" di sebalik urusniaga yang mencurigakan itu.

Jika dalam ucapan tahun baru 2013 yang disiarkan secara meluas malam tadi, Najib sekali lagi menggunakan kesempatan itu itu untuk merayu rakyat supaya terus bersama-sama dengan kerajaan dan memberi sokongan kepadanya mengemudi negara, tetapi jika persoalan mengenai urusniaga meragukan yang melibatkan LTAT ini tidak dapat dijawab bermakna tahun 2013 ini akan terus disemarakkan dengan angin perubahan yang lebih kuat lagi.

Jika wang pencen askar pun sanggup dipergunakan untuk menyelamatkan diri, isteri dan kroni, terus memberi kuasa kepada Najib hanya memungkinkan lebih banyak skandal akan berlaku selepas ini. Inilah antara ketakutan rakyat.

Zahid Hamidi pula, jika terus membisu seribu bahawa, hanya mengesahkan cakap-cakap yang banyak kedengaran sebelum ini bahawa keputusan meletakkannya sebagai Menteri Pertahanan tidak lebih hanya untuk menutup "pekung-pekung" Najib yang mungkin terdedah sepanjang beliau mengemudi kementerian itu sebelum ini.

Untuk menafikan semua itu dan menjadikan permulaan tahun baru 2013 kelihatan manis, ceria dan penuh makna, Zahid Hamidi atau Najib dan lebih baik jika kedua-duanya sekali, dapat segera bersuara menjelaskan kepada rakyat mengenai urusniaga ini. ( SH 01/01/2013)

7 comments:

  1. Di mana ada Najib..di situ ada " telor busuk " yang menunggu saat pecah saja. Jika PR ditakdirkan menawan Putrajaya....elok disiasat seluruh kementerian yang pernah diterajui ketika zaman Najib ini.

    Adakah Raja Ropiah makan sendiri semua keuntungan " duit haram " itu ?. Adakah Deepak juga makan seorang " keuntungan " yang dia dapat ?. Najib dan Rosmah ini katogeri Mr & Ms komisyen macam dalam cerita P Ramlee. Dan aku pasti penyamun laki bini ni makan besar dari mana mana yang terbabit dalam kes LTAT ini.

    Bukankah Deepak pernah berkata..Rosmah mempunyai asset RM 26 billion ( belum pun masuk Najib punya agaknya ). Dari mana datangnya RM 26 billion seperti dakwaan Deepak tu ?.

    Rakyat Malaysia tak perlu susah payah fikir dari mana datangnya duit tu kerana kalau penyamun laki bini tu berkhidmat secara jujur dan ikhlas..adalah mustahil duit itu terkumpul dari elaun dan gaji Najib semata mata.

    Masanya akan sampai juga di mana rakyat akan " terajang " dan " sepak " semua kepala penyamun serangkai yang membolot khazanah negara. Sama sama kita pastikan PR menang GE 13 dan kita lihat bagaimana PM baru kita nanti, Dato Sri Anwar Ibrahim dan barisan pimpinan baru pilihan beliau menguruskan negara serta membongkar segala " telur tembelang " yang sekian lama terpendam sejak 55 tahun dulu.

    Betul lah kata Mahathir Kutty...UMNO BN parti syaitan dan Raja Ropiah dan segala Raja Kapoor dalam kes LTAT itu semuanya syaitan syaitan belaka. Bila syaitan berurusan sesama syaitan...itulah jadinya.

    Syaitan adalah musuh Islam. Wajib syaitan diperangi hatta dengan apa cara sekali pun. Tumbangkan UMNO BN pada GE 13 dan kita mungkin berpeluang melihat ada kalangan lanun lanun itu yang mungkin harus mati di tali gantung.

    Allahuakbar ! Allah Maha Besar ! Sebaik baik perancangan manusia..tidak ada sesiapa mampu menyanggah perancangan Mu ya Allah.

    ReplyDelete
  2. Najib ucap tahun baru dari Hongkong ke. Dia balik hari ni.... hahahahhahahha rakyat Malaysia kena tipu.

    ReplyDelete
  3. Tuan,

    Tindakan terbaru melibatkan Zahid Hamidi dan LTAT mengesahkan komen saya sebelum ini, iaitu UMNO ibarat pasukan bolasepak bermain dalam liga super dengan pemain-pemain berkualiti liga FAM.

    Bukan menyelesai masaalah yang lama tetapi mencipta masaalah baru yang lebih besar. Jika kita perhatikan tindakan-tindakan Najib menyelesaikan masaalah, inilah satu contoh yang terbaik.

    Guna duit nak selesai masaaalah tetapi menimbulkan masaalah baru yang lebih parah. Buruk-buruk Paklah, dia taklah sebodoh ini cara menyelesai masaalah.

    bat8

    ReplyDelete
  4. Kerja kerja kotor melibatkan jutaan RM duit LTAT yang berkait dengan kes pembunhan Altantuya ini tidak dapat disangkal lagi memang kerja PM Najib syaitan UMNO BN. Siapa lagi yang kemudi Kementerian Pertahanan ketika itu kalau bukan pelesit Madir ini.

    Zahid Hamidi bukanlah orang yang cukup berkuasa dalam hal ini walau pun skrg beliau memacu Kementerian Pertahanan. Zahid tidak mempunyai cukup kekuatan atau sebab yang kuat untuk melakukan kerja kerja kotor ini melainkan kerana arahan dan tekanan pihak atasan. Siapa ? Tentulah PM...Najib.

    Sekarang PM Najib tersepit dari segenap sudut. Talian hayat terakhir beliau adalah LTAT. Deepak perlu segera ditutup mulut sebelum nasi menjadi bubur. Deepak kini mengugut Najib kerana " rahsia " besar ditangannya. Kemarahan Deepak memuncak kerana Najib laki bini cuba bermain " magic " dalam persetujuan bersama sebelumnya. Antara Najib laki bini, Raja Ropiah atau Deepak..semuanya personaliti yang tidak boleh dipercayai malah pembelit. Kesemua 3 orang ini spesis reptilia menjalar. Bila pembelit mahu membelit sesama mereka...terburailah segalanya seperti apa yang masyarakat Malaysia dapat tahu sekarang ini.

    Dalam isu ini Zahid sebenarnya tersepit. Tetapi jangan lupa...keberanian luar biasa Deepak secara tiba tiba tentulah ada sebabnya. Keengganan Mahyudin dan Madir Pandit Kutty untuk mengulas kes ini walau pun sedikit tentulah ada sebab yang kukuh. Ingat sejarah bagaimana semua orang kuat kanan Madir sebelum ini disingkirkan.

    Buat Pakatan Rakyat...jangan seronok sangat dengan pendedahan Deepak ini. Selagi AG Ghani tidak ditukar, cengkaman Pandit Kutty terhadap institusi di Malaysia ini akan terus kukuh. Polis mau pun SPRM cuma mampu menyiasat dan akhirnya semuanya akan dibakul sampahkan terutamanya jika Najib sedia berundur. Lobang rahsia akan kembali bertaut rapat nanti. Dan jika ditakdirkan Mahyudin menjadi PM...zaman gelap pembangkang pasti akan menjelma terutamamya Dato Sri Anwar Ibrahim. Undang undang yang lebih menekan pembangkang akan digubal.

    Tidak dapat tidak...walau dengan apa cara sekali pun..Pakatan Rakyat harus menang GE 13 agar segala tembelang pembelit serta penyamun penyamun khazanah negara ini dapat dibongkar satu persatu hingga ke akar umbi dan mereka mereka ini dijatuh hukum sewajarnya tidak kira Raja Kapoor atau pun " kaki kapur ".

    Cuma kesian...dalam seterang dan sejelas begini, pencacai UMNO BN masih kelabu mata untuk melihat hakiki dan realiti. Tapi bagi yang ada kepentingan peribadi, sampai mati mereka akan terus berdiam asalkan dapur terus berasap, kerak nasi tetap besar dan mereka boleh makan besar sekali pun pun berselaput dengan dosa yang juga besar. Orang dalam katogeri begini sebenarnya tidak ada nilai disisi Allah kerana terus bersekongkol dengan kejahatan walau pun mereka nampak kebenaran itu.

    Ingatlah....perancangan Allah..tiada manusia yang mampu menyanggah!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. Ha ha ha. Pelesit peliharaan Mamak Kutty sekarang dah kurang power ( dah tak boleh ghaib lagi di mata orang ). Nampaknya Mamak Pandit Kutty sekarang dah order " pelesit baru " yang bakal dilepaskan selepas upacara ritual.

    Dan para bomoh serta " gost hunter " dalam Pakatan Rakyat harus disediakan ilmu serta peralatan secukupnya. Kalau tidak...bahana akan menimpa. Huru hara negara Malaysia.

    Jangan lupa ya! Deepak dan Pandit Kutty adalah sama. Mereka serupa..berdarah Mandeliar atau Si Kitol. Jinak jinak ular..bisanya mampu membunuh tuan sendiri. Hati hati. Kata orang..sekali anda menyakiti ular..dendamnya sampai ke mati.

    ReplyDelete
  6. najib pergi hong kong?senyap jer. . . nk kaotim kes musa aman la tu. . .

    ReplyDelete
  7. Mana pergi group vetren tarian punggong. Apa tak buat exercise punggung (pungkok) depan rumah Najib atau Zahid?.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...