Wednesday 23 January 2013

Najib, Satu-Satunya PM Yang Takut Dengan Pilihanraya


Ambo nak umum dah, itulah ayat terbaru yang dilafazkan Najib mengenai tarikh PRU 13. Sebelum ini, sudah beberapa kali beliau cuba memberi bayangan tentang tarikh pilihanraya akan diadakan. Pihak pembangkang pula cuba meneka beberapa tarikh yang difikirkan logik untuk Najib membubarkan Parlimen.

Tetapi semua tekaan dan ramalan itu tidak menjadi kenyataan.

Apabila beberapa hari lepas, Najib sekali lagi membayangkan tentang tarikh pilihanraya, rakyat sebenarnya tidak lagi teruja. Jauh sekali merasa suspen dan terkejut.

Tarikh piliharaya kali ini bagi rakyat sudah jadi anti klimaks. Tiada sesiapa pun yang stim dengan bayangan tarikh pilihanraya yang disebutkan Najib itu.

Ini kerana inilah kali pertama sejak Allah SWT menciptakan pilihanraya untuk Malaysia, ia diadakan di penghujung tempoh atau akhirnya mungkin terbubar dengan sendirinya. Sebelum ini pilihanraya biasanya diadakan dalam tempoh tiga tahun lebih selepas pilihanraya sebelumnya atau sekurang-kurangnya setahun lagi sebelum tempohnya berakhir.

Di era pentadbiran Mahathir, beliau biasanya mengadakan pilihanraya umum sekurang-kurangya setahun sebelum tempoh edahnya berakhir, biar bagaimana getir sekali pun cabaran politik yang dihadapinya. Pilihanraya 1990 dan 1999 misalnya, ia diadakan ketika suhu politik sedang mendidih ketika itu.

Di era Pak Lah juga begitu, selepas mengambil alih pentadbiran daripada Mahathir pada 2003, hanya beberapa bulan selepas itu beliau mengadakan pilihanraya iaitu pada 2004. Pilihanraya 2008 juga diadakan ketika Pak Lah panas dengan pelbagai isu serangan daripada Mahathir.

Hakikatnya, mereka tidak takut mengadakan pilihanraya dan tidak menganjak tarikhnya sehingga ke penghujung tempoh.

Hanya Najib yang kelihatan takut mengadakan pilihanraya. Tarikh akhir Parlimen dibubarkan ialah 28 April depan dan sekiranya Najib masih takut memilih tarikh untuk mengadakan pilihanraya, Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada 29 April itu.

Tetapi ada juga beberapa Dewan Undangan Negeri atau DUN yang tarikh luputnya lebih awalnya daripada itu. DUN Johor yang paling awal tarikh matinya iaitu 21 Mac. Bermakna jika selepas 21 Mac, tarikh pilihanraya tidak diumumkan, DUN Johor juga terbubar dengan sendirinya.

Ini bermakna bila pilihanraya mesti diadakan sudah boleh dijangka.

Sebab itu, tarikh piliharaya kali ini tidak lagi mendatangkan suspen atau stim kepada rakyat. Walaupun tarikh tepatnya tidak diketahui tetapi tempoh ia diadakan sudah boleh diramalkan. Ia umpama seseorang yang sedang nazak di hospital sejak sekian lama dan hanya hidup kerana mesin bantuan hayat, bila ia akan meninggal dunia tidak lagi mendatangkan kejutan atau kesedihan kepada saudara mara dan kenalan terdekatnya.

Orang hanya terkejut bila seseorang itu tiba-tiba meninggal dunia tanpa dikhabarkan sakit sebelumnya.

Begitulah juga dengan PRU 13 ini, meskipun Najib cuba memberi bayangan baru mengenai tarikhnya, tiada sesiapa lagi yang teruja. Rakyat sudah tahu sebelum 21 Mac ini atau 28 April ini ia mesti diadakan walaupun sudah beberapa tarikh dihebohkan sebagai pilihan Najib untuk membubarkan Parlimen. Antaranya 15 Februari, 22 Februari dan sebagainya.

Bila pun tarikh pilihanraya tidak lagi penting dan mendatangkan stim. Ia sudah anti klimaks kerana rakyat sudah tahu tarikh matinya Parlimen yang ada sekarang. Najib merupakan satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang takut dengan pilihanraya dan melanjutkan tempoh pembubaran Parlimen semata-mata untuk duduk lebih lama sebagai Perdana Menteri.

Jika kelewatan pembubaran Parlimen itu untuk menyelesaikan isu dan masalah yang berlaku, mungkin juga ia difahami. Malangnya Najib tidak cuba pun menyelesaikan masalah dan isu yang berlaku itu, beliau hanya cuba menutupnya dengan mencipta isu lain saja. Banyak isu hanya dibiarkannya dan tidak mahu diselesaikan. Isu-isu berkaitan dirinya juga tidak mahu dijawab. Jawapan terhadap dakwaan Deepak juga sekadar melepaskan batuk di tangga manakala Rosmah pula menjawabnya dengan helah, " saya terlalu sibuk".

Bagi rakyat, tarikh pilihanraya ini tidak lagi penting. Apa yang penting ialah memberi pengajaran kepada kerajaan yang sedang memerintah sekarang. Walaupun BN sudah hilang majoriti dua pertiga, ramai yang merasakan suara majoriti kerajaan yang ada sekarang perlu dikurangjan lagi atau ditukarkan terus atas nama perubahan.

Jika tidak diubah, BN tidak akan berubah sampai bila-bila.

Bagi Pakatan Rakyat juga, jika pun mereka diberi mandat kali ini, rakyat tidak akan memberinya mandat yang selesa. Rakyat menyedari bahawa Anwar dan PR banyak memberi janji-janji yang mengagumkan. Ia mungkin boleh dilaksanakan dan mungkin juga gagal. Rakyat dalam hal ini amat berhati-hati. Jika Anwar dan PR gagal menunaikan janjinya setelah diberi kuasa, melalui kemenangan tipis yang diberikan nanti, ia lebih mudah ditukar semula selepas itu.

Walaupun Najib dan ramai pemimpin BN meminta mereka diberi mandat dua pertiga, rakyat tidak sebodoh itu kali ini. Pelbagai jenis bantuan, BR1M, BROOOM dan gula-gula yang diumumkan kerajaan adalah bukti nyata bahawa kemenangan yang tipis bagi mana-mana kerajaan akan menghasilkan manfaat yang berganda bagi rakyat.

Jika dulu pilihanraya adalah medium untuk pemimpin dan parti politik mendapatkan mandapat daripada rakyat, PRU 13 ini pula adalah medan untuk rakyat mendapat hak mereka yang sewajarnya daripada kerajaan yang setiap lima tahun bergantung kepada undi mereka.

Rakyat memang tidak stim dan teruja bila tarikh pilihanraya, tetapi mereka sedang berbunga-bunga untuk mengutip hasil yang maksima daripada pilihanraya nanti. (SH 23/01/2013)

2 comments:

  1. Ambo nok umum dah tapi orang tino ambo (isteri) susuk (sorok) telo ambo jadi batal lah hari ni. Bilo ambo jumpa telo ambo tu ambo umum lah mungkin esok lusa.

    ReplyDelete
  2. Najib bukan saja takutkan pilihanraya malah juga takut " hantu raya " dalam rumahnya sendiri. Banyak yang Najib takutkan termasuklah takut kat " India jual karpet ", takut mahkamah, takut Mamak Kutty, takut berdebat dan takut menyebut nama Altantuya.

    Tapi Najib berani malah bijak dalam banyak perkara, berani beli Scorpene dengan harga menggila, berani anugerah projek runding terus, berani tolong wanita wanita susah seperti Kak Jat, Raja Ropiaah dan ramai lagi. Najib juga antara PM paling berani untuk anugerah biasiswa kepada pelajar gagal macam Saiful Bukhari Azlan. 1 Malaysia malah 1 Dunia pun tahu Najib berani dan pandai cari alasan cabut lari bila diajak bersemuka dan berhadapan dengan pemimpin pembangkang terutama dalam isu pembahasan bajet 2013.

    Kena ingat la wahai warga Malaysia bahawasanya pemimpin yang penakut + bacul + dayus seperti Najib ini sebenarnya dalam Islam sendiri tidak layak untuk dilantik sebagai pemimpin apatah lagi menjadi seorang PM. Bacul dan dayusnya 3 orang anak Tun Razak ini ( Najib, Nazim dan Johari ) berhubung dakwaan Bala & Deepak menunjukkan ada " rahsia paling besar " yang mereka sedang sembunyikan. Kalau masih percaya malaon macam ni..alamat punah dan rosak negara Malaysia nanti.

    Nak tahu benar atau tidak dakwaan saya...beri peluang PR menang GE 13 dan kita akan bongkar segala galanya. Najib dan mereka mereka yang bersekongkol dengan penyelewengan dan kerja keji selama ini akan diburu sampai ke lubang cacing.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...