Saturday 13 September 2014

Walaupun Perletakan Jawatan Sudah Diterima Sultan, Haji Hadi Masih Mahu Khalid Sebagai MB Selangor


Presiden Pas, Haji Hadi Awang terus bertindak membingungkan rakan-rakan dalam PR berhubung kemelut Menteri Besar Selangor apabila menyatakan mahu Khalid Ibrahim terus dikekallan di jawatan itu sebagai jalan keluar terbaik bagi isu yang sudah lama berlarutan ini.

Kenyataan yang dilafazkanya kepada pemimpin muda PR yang mengunjunginya itu turut menyebut bahawa Haji Hadi bersedia untuk memantau tugas Khalid selepas ini.

Ketua AMK PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang hadir dalam pertemuan dengan Haji Hadi bersama Ketua DAPSY, Teo Kok Seong dan Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat, jelas resah dengan pendirian terbaru Presiden Pas itu kerana ia sekali lagi bertentangan dengan pendirian rasmi PR berhubung isu Menteri Besar Selangor ini.

Pendirian rasmi PR ialah bersetuju Khalid digantikan dan Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dicalonkan secara rasmi pula sudah pun membuktikan sokongan majoriti 30 Adun yang dimilikinya.

Sebenarnya, pendirian terbaru Haji Haji ini bukan saja bertentangan dengan PR, tetapi juga jelas tunggang-terbalik dengan pendirian Pas sendiri sebelum ini. Pendirian mahu Khalid kekal ini adalah pendirian awal Haji Haji yang dinyatakannya sebelum Hari Raya lalu, tetapi apabila Khalid kemudiannya dipecat daripada PKR, Pas telah setuju menolak Khalid serta mencalonkan Dr Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai penggantinya. Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Pas pada 17 Ogos lalu.

Bagaimanapun apabila pendirian mencalonkan dua nama ini tidak dipersetujui oleh PR, Pas dalam mesyuaratnya pada 25 Ogos membuat pendirian menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Sultan Selangor untuk memilih pengganti Khalid.

Apabila Sultan Selangor meminta setiap parti mengemukakan lebih daripada dua nama, sementara PKR dan DAP kekal dengan pencalonan tunggal Dr Wan Azizah, Pas sekali lagi memhuat keputusan berbeza. Pada 2 September, melalui pencalonan yang diputuskan secara sendirian oleh Haji Haji, Pas telah menghantar tiga nama daripad kalangan Adunnya sendiri untuk mengganti Khalid iaitu Iskandar Samad, Salehan Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Kemudian sebelum tarikh tutup 3 September yang diminta oleh Sultan Selangor untuk mengemukakan nama kepada baginda, Pas sskali lagi menghantar nama iaitu senarai kedua yang mengandungi nama Dr Idris Ahmad dan Yaakob Sapari dari PKR serta Iskandar daripada Pas.

Setelah berpusing-pusing dan berbolak-balik pendiriannya, Haji Hadi nampaknya sekali lagi membuat keputusan yang berbeza. Pendiriannya mahukan Khalid kekal yang dinyatakan dalam pertemuan dengan para pemimpin muda PR sebenarnya adalah pendirian awalnya sebelum ini tetapi ianya sudah pun ditolak pada mesyuarat ahli jawatankuasa Pas pada 17 Ogos dengan alasan Menteri Besar itu sudah pun dipecat daripada PKR.

Tetapi kini, nampaknya Haji Hadi bersikap "wal hasil balik asal" dengan kembali kepada keputusan asal yang mahukan Khalid terus dikekalkan sebagai Menteri Besar.

Tindakan Haji Hadi ini bukan saja terus menunjukkan Pas berbeza pendirian setiap kali membuka mulut, bahkan juga sesuatu yang jauh daripada mendatangkan hasil. Ini kerana jika diimblas kembali, Khalid sudah pun menyerahkan surat perletakan jawatannya sebagai Menteri Besar serta sudah pun diperkenankan oleh Sultan Selangor, cuma ditangguhkan saja buat sementara waktu sehingga pengganti yang baru dilantik.

Apakah Haji Hadi sedar mengenai perkara ini dan kerana Sultan sudah menerima perletakan jawatan Khalidlah, maka baginda meminta dikemukakan nama atau ini bermaksud beliau mahukan Sultan Selangor menarik balik perkenan menerima perletakan jawatan Khalid pula?

Tambah menghairankan lagi, dengan mahukan Khalid dikekalkan ini, adakah ini bermakna pencalonan melalui dua senarai yang selama ini dipertahankan ssbagai haknya selaku Presiden parti itu, termasuk mencalonkan Adun Pas sendiri hanyalah main-main saja?

Lebih dari itu, mencadangkan Khalid dikekalkan juga bagaikan menyongsang arus kerana beliau adalah Adun Bebas yang hanya bersendirian serta jauh daripada memiliki majoriti sokongan.

Dalam mahu mengekalkan Khalid ini, apabila Haji Hadi menawarkan mahu memantau tugas-tugas Menteri Besar selepas ini, tentunya ramai yang bersikap sinis mengenai kelayakan dan kemampuan beliau dalam hal itu. Apakah pengetahuan ekonomi, pengurusan korporat, pentadbiran dan lain-lain yang dimilikinya sudah cukup berwibawa untuk memantau tugas Khalid pula?

Tentunya juga ada yang bertanya, bagaimanakah Haji Hadi yang hanya bertahan selama sepenggal sebagai Menteri Besar Terengganu, mampu untuk memantau dan mengawal selia pentadbiran di Selagor yang jauh lebih kompleks dan sukar?

Itu belum dikira lagi kegagalannya menyelesailan pertelingkahan di Kedah sehingga akhirnya kerajaan Pas dapat ditumbangkan oleh UMNO dan BN dalam pilihanraya 2013 lalu.

Tetapi yang nyatanya, melalui pendirian terbaru ini, Haji Hadi masih jauh daripada bersikap mahu bersama-sama dengan PR menyelesaikan masalah yang pun sedia berbelit-belit ini. Setelah berpusing-pusing beberapa kali dengan pendirian dan keputusan yang berbeza-beza, tiba-tiba mahukan Khalid pula dikekalkan sedangkan tuan punya tubuh sudah menyerahkan perletakan jawatan dan diperkenankan oleh Sultan Selangor, persoalan yang bermain-main di fikiran ramai orang ialah apakah sebenarnya yang dimahukan oleh Haji Hadi dalam isu ini?

Itu salah, ini salah dan semua orang orang serba salah.

Hanya Haji Hadi dan mungkin orang-orang yang rapat dengannya saja yang tahu apa isi hatinya. (SH 13/09/2014)

29 comments:

  1. hahahadi hahahadi gelak guling-guling gua dgn hadi..nak pantau orang hahahadi hahahadi...hadoi senak perut aku gelak..wheeww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu semua orang kata H Hadi ni molek sangat ,kenapa sekarang berbeda pandangan ?.

      Delete
    2. Lepas sakit jantung hari tu.. kepala dia pulak sakit.. dah teruk org tua ni.. tapi masih nak jadi pemimpin

      Delete
  2. Haji hadi sebenarnya sudah tidak siuman lagi.Layak masuk Tanjung Rambutan.Patutnya PAS harus menyingkirkannya segera.Inilah akibat dari sumpah yang dia terima akibat dari "Amanat haji hadi" yang beliau sendiri melanggarnya.

    ReplyDelete
  3. Tindakan Hadi membingungkan sebab dia memang seorang ahli politik yang bingung. Dengan pendidikan pengajian Islam, Hadi mahir dlm mentafsir AlQuran dan Hadis. Tapi setakat mentafsirkan shj. Amalan lintang pukang.

    Hadi sekarang bingung memikirkan apa nasib menantunya apabila Khalid sudah tiada. Khalid telah letak jawatan. Tidak terdapat dlm Undang2 Tubuh Kerajaan Selangor yang membolihkan dia duduk dikerusi MB lagi. Sultan hanya bertindak mengikut suka hati dia shj.

    Pemimpin2 PKR dan DAP patut 'ignore' Hj Hadi. Sikapnya seperti budak kindergarten. Cakap tak bolih pakai langsung.

    ReplyDelete
  4. Buat apa susah2...kes Selangor biarlah adun PR Selangor buat keputusan,panggil Hj hadi,anwar dan dap buat penerangan terbuka dpn adun2..tunjukkan sokongan masa tu juga..kita akan lihat siapa yg memiliki majority..dialah jd MB...Susah ke??takkan lah nk buat keputusan berdasarkan individual je..mesyuarat lain keputusan lain...lagi satu boleh ke MSU buat keputusan ke atas ahli Parti lain..kalau gitu MPP pkr boleh lah pertahankan 2 adun pas yg sokong wan Azizah tu...PR perlu dipertahankan..Hj hadi,anwar dan lim kit siang hanya Individu yg diberi tanggungjawab je..kalau mereka tkde PR pun nk ikut ke??

    ReplyDelete
  5. Apa barang pantau... pantau la diri sendiri dulu...

    ReplyDelete
  6. {\rtf1\ansi\ansicpg1252
    {\fonttbl\f0\fnil\fcharset0 ArialMT;}
    {\colortbl;\red255\green255\blue255;\red34\green34\blue34;\red255\green255\blue255;}
    \deftab720
    \pard\pardeftab720\partightenfactor0

    \f0\fs26 \cf2 \cb3 \expnd0\expndtw0\kerning0
    \outl0\strokewidth0 \strokec2 mmg hebat dan nyata era tuan hj hadi dikala PAS mendpt banyak rezeki dari memerintak ganu, menjadi mb kedah dan dpt byk kerusi di semenanjung barat.. semua tak oernah terbayang.. dan semua berlaku dizaman bersama PR,.... eh,eh, jap.. pas boleh stand alone, tak perlukan PR pun lagi2 si anwar, popular ape PAS.\
    \
    apabila tak tahu erti kesedaran, apabila hilang pertimbangan maka datanglah tanpa kawalan perasaan syok sendiri... maka tergadailah kedah dan ganu - dan masih syok lagi, akan terbanglah kerusi yg dimenangi di pantai barat.\
    \
    kedah dgn ganu, majoriti islam dan melayu - ape cer? ingat pas dok sorang2masih bole harap undi melayu di PRU akan datang... jgn hairanlah kalau kelantan boleh terlepas... lepas PAS bole update dgn ROS sbg NGO!\
    \
    PRU13 kali pertama bn hilang undi popular, cuma bole 48% je total... itu pun takle nak tawan balik ganu [kata konfiden].. kalah tanpa was-was kat ganu.. majoriti Islam, majoriti melayu!!!\
    \
    ini selangor.... majoriti bukan Islam, bukan melayu... perasan kerusi adun Pas menang banyak so boleh dictate, boleh lead... skali lagi, majoriti Bukan Islam... [bn dah pastikan dgn persepadanan di era 2004 kesan dari reformasi - anwar lagi]... so adun yg Pas menang bergantung harap dari undi bukan Islam... sedangkan org Islam di kedah dan ganu dah bagi peluang dan juga penendang kat Pas di era Tuan Hj Hadi.. agak ape akan terjadi lepas ni?

    kata cerdik kang naik sheikh syok sendiri tu.. silap2 bole terbang pulak-jatuh kang disalahkan kite, nak ditegur disurohnya wala pulok...

    ReplyDelete
  7. Khalid boneka kpd haji hadi lak.....

    ReplyDelete
  8. Inilah hasilnya bila xberani bermesyuarat dlm majlis presiden pakatan rakyat. xberani dtg sendiri tp hantar wakil presiden, mat sabu .Bile keputusan mesyuarat da dimeterai bising2 lak...janji mestilah dihormati ..xphm

    ReplyDelete
  9. Pantau...Pantau Hadi dengan segeraaa!!!! Kalau tidak PAS akan jadi bahan ketawa.

    Yang peliknya Hadi bebas jumpa Sultan Selangor bila2 masa. Lain2 pemimpin PR, Sultan Sgor tak nak jumpa.

    Isu MB ini tak akan selesai sekiranya Hadi tidak dipantau olih lain2 pemimpin PAS. Hadi buat PASewel.

    ReplyDelete
  10. Pemimpin seperti Hadi akan buat keputusan BUKAN berdasarkan standard pecacai PKR yang mental mereka sudah dijuburi.

    ReplyDelete
  11. cakap macam jin..

    ReplyDelete
  12. Kesimpulan dari apa yang berlaku diantara PKR ,DAP, PAS adalah parti PAS tidak boleh diberi kemenangan lebih banyak kerusi DUN dalam semua negeri.

    Pastikan dalam pilihanraya mereka memiliki sedikit saja kerusi DUN kerana mereka mudah saja jadi duri dalam daging, musuh dalam selimut. Janji tidak boleh dipercayai.

    Jelas sekali parti PAS hanya boleh dibuat kawan sewaktu mereka susah saja. Bila senang mereka makan kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalahkan calon PAS dalam pilihanraya asalkan Islam menang....

      Delete
  13. Ari ne hadi x pasti samada nik naxmi ade jumpa dia. Baru beberapa ari dah lupa. Jenis pelupa mcm ne ade ati nak pantau khalid...alamat terlungkup

    ReplyDelete
  14. Agak aku semasa ketiga tiga pemimpin pemuda dari PKR, DAP dan PAS datang mengadap TGHH dia tengah pening kepala kot dan tersalah telan pil, ingatkan penedol tetapi pil kuda. Deka kerana itu lah dia meraban. Elok sahaja di gantikan oleh orang lain.

    ReplyDelete
  15. Salam, pendekatan dan Cara Tuanku Selangor, agar Kerjaan berjalan lancar seperti biase, surat Perletakan Jawatan MB TSKI diKIV. Belum berkuatkuasa selagi pengganti sesuai dan berkaliber belum dilantik.
    Oleh itu beliau Tuanku perkenan TSKI sebagai MB penuh seperti biase dan boleh menjalankan kerja tanpa gangguan mana-mana pihak yang masih sangsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau baca Perlembagaan negara mana?. Arab Saudi atau Yemen?

      DMsia ni, kalau PM atau MB hilang sokongan majority, dia kena letak jawatan sekiranya DR/DUN tidak dibubar,

      Sebagai Raja berpelembagaan, Agong/Sultan kena ikut perlembagaan dan tidak bertindak seperti Raju Mutlak zaman Paremeswara.

      Tak de kes KIV dlm perlembagaan. Terus berhenti termasuk EXCO atau jadi MB/EXCO haram dan makan gaji haram.

      Delete
    2. Perletakan Jawatan MB di KIV? Nate bengong mu ni! Khalid tu Sakmongkol kata Bengong Politik, kulit tebal!

      Delete
  16. Kisah silam. Semasa pilihanraya kecil DUN Manir di Terengganu dulu (kalau tak silap tahun 1980an) saya ke Terengganu membuat pemerhatian kemepen PRK Manir. Bersama saya ialah arwah Razak Ahmad, Pengerusi PSRM. ADa seorang tua, kami panggil Pak Da, orang Marang. Dia sekampung dengan Hadi malah berkawan sejak kecil dan ama sekolah dngan Hadi. Waktu tu Hadi dilihat pemimpin hebat di Terengganu. Kuliah mingguan di Rusila penuh sesak dan jalan raya `jam' . Lalu kami pun berbuallah tentang kehebatan Hj Hadi. Lalu kamipun bertanya Pak Da, apa pendapat dia tentang Hj Hadi. Ini kerana mengikut Pak Da (dah arwah)dia kenal benar dengan Hj Hadi, sejak kecil hingga Hadi jadi `tokoh' dalam PAS. Pak Da hanya tersenyum, lalu berkata. "Saya kenal betul Hj Hadi ni. Jangan terpengaruh sangat. Dia ni tak boleh bergaul dengan orang. Tak dengar cakap orang, main cakap dia je. Orang Terengganu kata "gong" (sombong) sendiri. Mengiungatiu apa yang Pak Da cakap hampir 20 tahun dulu, kini ada kebenarannya. Wallahu-a'lam.

    ReplyDelete
  17. Kesian geng2 ustaz..nampak sangat dipergunakan..untuk org awam geng2 ustaz berguna utk urus jenazah, baca talkin.utk org politik mcm pkr..geng2 ustaz telah dipergunakan utk jadi benteng kes jolok punggung, jolok anak cina, mengamuk kat jln...jgn risau wahai ustaz..org dok tgk kamu kena hina..tggu election kita ajar depa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lidah umngok...cam ne belit terpercik najis..

      Delete
  18. Antara ckp ulama dgn pemuda yg menang pun diragui...sape lbh diyakini?

    ReplyDelete
  19. The Circus is in Town....
    Led with Fanfare by Clown Badut Hadi

    ReplyDelete
  20. Agaknya tunggu hingga kedua dua kaki kena potong sebab berpenyakit baru nak berhenti!!

    ReplyDelete
  21. Lepas ni kalo anwar buat demo lg pakat2 la yer ustaz serban semua..unit amal semua jd balaci anwar..nampak sgt amik kesempatan perguna lebai2 pas..org kalo dah tahap balon punggung mmg x rasa takut dosa..umpama kaki dah kematu..pijak api pun tak rasa apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia balon ponggong bini hang ka?
      Kesian hang ni, orang Melayu ka orang Islam ka?

      Delete
  22. Su politik dan menanyu hadi duduk dlm pransang. Patut la pertahan tski mati2an...dsn masukkkk besar...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...