Sunday 28 September 2014

Memecat Shaari Dan Hasnul Akan Menjadikan Pas Makin Terpinggir


Dua Adun Pas Selangor, Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin dilaporkan akan dipanggil mengadap Lembaga Disiplin parti esok ekoran tindakan mereka yang didakwa mendahului parti dengan memberikan sokongan kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor.

Sehingga ini apa yang bermain di fikiran orangramai ialah apakah hukuman yang bakal diterima oleh kedua-dua Adun itu terima. Adakah mereka akan dipecat, digantung, diberi amaran atau dilepaskan begitu saja?

Sementara Presiden Pas, Haji Hadi kelihatan amat berang dengan tindakan Shaari dan Hasnul ini dengan melabelkan di pentas terbuka penggulungan Muktamar Pas di Batu Pahat dengan cop pengkhianat, barua, broker dan sudah dibeli, sebaliknya DAP pula meraikan kedua-dua Adun itu semalam dalam sebuah majlis jamuan dan menganggap mereka adalah "wira" yang mempertahankan kerajaan PR Selangor.

Berdepan dengan apa yang berlaku kepada Iszurie Ibrahim, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang juga Bendahari Pas negeri yang dikeluarkan daripada semua jawatankuasa tetap dan dibekukan peruntukannya ekoran kritikan terbuka terhadap dasar perumahan kerajaan negeri dalam ucapannya di muktamar baru-baru ini, sanjungan DAP terhadap Shaari dan Hasnul bagaikan sengaja merenjis minyak kepada api yang sedang membara dalam Pas ketika ini.

Shaari dan Hasnul sebelum ini mempertahankan tindakan mereka adalah bertujuan menafikan dakwaan sokongan majoriti yang didakwa dimiliki oleh Khalid Ibrahim serta atas semangat untuk mempertahankan kerajaan negeri PR.

Kiranya esok Shaari dan Hasnul akan dipecat oleh Pas, tanggapan umum tentunya tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan ucapan Haji Hadi di muktamar baru-baru ini. Akan wujud persepsi bahawa Lembaga Disiplin Pas hanyalah "rubber stamp" kepada Haji Hadi saja.

Malah mungkin juga wujud tanggapan bahawa hukuman pecat itu sebagai luahan rasa kekecewaan Pas bukan saja kerana gagal untuk terus mencatur penentuan politik di Selangor, bahkan juga kerana kehilangan satu kerusi Exco di negeri itu.

Tambahan pula, isu politik di Selangor secara umumnya sudah pun selesai apabila Azmin Ali diangkat sebagai Menteri Besar dan tidak seharusnya lagi Pas memanjangkan isu dengan suatu tindakan yang seolah-olah ada unsur balas dendam.

Lebih dari itu, tindakan pemecatan juga akan meretakkan lagi hubungan Pas dalam PR di sebalik parti itu berulangkali menyatakan mahu terus kekal dalam gabungan itu bersama PKR dan DAP. Ini kerana apa yang dilakukan oleh Shaari dan Hasnul adalah atas semangat untuk mempertahankan kerajaan PR yang didokong oleh Pas juga.

Malangnya dalam krisis Menteri Besar ketika itu, bukan Shaari dan Hasnul yang cuba lari dari semangat dan janji bersama PR, tetapi pihak lain dalam Pas. Lagi pula bukannya kedua-dua mereka ini menyokong calon daripada parti musuh, malah daripada parti yang diakui oleh Pas sendiri berhak terhadap kerusi Menteri Besar itu.

Sudah tentu, jika pemecatan juga yang dibuat esok, ia bukan saja keterlaluan, tetapi akan menjadikan Pas semakin terpinggir di mata pengundi pelbagai kaum yang menyokong PR selama ini. Pas tidak akan dipercayai lagi selepas ini. Ia adalah sesuatu yang merbahaya kepada masa depan Pas, khususnya di Selangor dalam pilihanraya akan datang.

Tindakan gantung juga tidak sesuai diambil jika Pas benar-benar ingin bersama PR bergerak ke hadapan menentang UMNO dan BN. Pas haruslah mengakui tindakan Shaari dan Hasnul memberi sokongan kepada Dr Wan Azizah adalah kerana salah Pas sendiri yang lambat menyatakan pendirian dan menangguh-nangguhkan tarikh mesyuaratnya.

Jika Pas lebih agresif dan progresif dalam tindakannya, termasuk mempercepatkan tarikh mesyuarat berhubung isu Menteri Besar dahulu, semua ini tidak mungkin berlaku.

Berdepan dengan kemungkinan hilang sokongan pengundi bandar dan separa bandar serta mesej yang diterima Pas dalam keputusan pilihanraya kecil Pengkalan Kubor, hukuman yang wajar diterima oleh Shaari dan Hasnul hanyalah diberikan amaran saja.

Lebih berjiwa besar jika Pas tidak menyabitkan dengan sebarang hukuman, lebih-lebih lagi dakwaan kononnya mereka dibeli atau bukti lain yang bersifat salahlaku juga tidak pernah dibuktikan sehingga kini.

Walaupun dilihat tidak seiringan dengan pendirian Haji Hadi tetapi adalah nyata bahawa Shaari dan Hasnul melalui tindakan yang dilakukannya bertujuan ingin membawa Pas bergerak di landasan yang betul bersama-sama dengan PR. Bukan salah mereka kerana bertindak cepat mendahului Pas dalam memberi sokongan kepada Dr Wan Azizah tetapi salah Pas kerana selalu lambat dan perlahan. ( SH 28/09/2014)

25 comments:

  1. jika 2 adun PAS saman presiden kerana tuduhan beli, adakah berdoa dan masuk neraka kerana mencabar pemimpin gerakan islam?

    ngeri la mcm ni. jgn saman la ye. sabar lebih mulia.

    ReplyDelete
  2. Boddddddooooooo Mung nieeeehh

    Pecat ajer laaah Puak Syaitan dalam PAS nieh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyakkan membaca dan berfikir. Jangan asyik mem "bodoh" kan orang lain tanpa memberi apa-apa alasan yang logik, kelak "bodoh" itu berbalik kepada kamu dan emak yang melahirkan kamu dengan cara "bodoh" jugak?

      Delete
    2. dalam pas ramai geng angguk2 n geleng2 je....
      jawabnya sapa pandai jadi hang nadim le

      Delete
  3. Joint UMNO lagi baik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk jadi barua bagus joint umno.

      Delete
  4. I agree with your analysis. Sacking them will make them "martyrs" in the eyes of the rakyat and make PAS lose more votes nationally. However, I do not see PAS Ulama leadership having the magnanimity to let these 2 go off scot free. So far, they have not shown they have much of the good qualities of the religion that they claim to champion.

    ReplyDelete
  5. Itu Khalid tatak ikut part punyai mau ,Aluar kasi pecat lea aa , itu PAS patut buat sama loo rr .

    Lu tengok itu DAP manyak babut , itu PAS punya olang kasi question itu Penang gomen ,telus kasi pecat loo rr , atak kuasa mau tunjuk itu kuasa laa ,baru betut .

    ReplyDelete
  6. Apa pula nak dhukum mereka berdua' bgmana pula dgn orang yg menuduh mereka BARUA. Adakah itu akhlak seorang ulamak? uek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulamak pun maknusia jugak. Dia ade perasaan marah, jelik dan sebagai nya.Kalau dia maki maki ke sebab marah tidak menurun kan mertabat dia sebagai orang yang berilmu. Lagi pun memang 2 Adun PAS yang belot tu BARUA kerana tidak mengikut fatwa Majlis Syura dan sumpah Baih mereka. Memang elok lah di laknat.
      Kalau TGHH maki orang UMNO, mungkin engkau suka kot

      Delete
    2. Anon 12:31

      Agaknya PAS dah berjuang selama lebih 50 tahun tetapi masih ditelapak kaki UMNO mungkin kerana ahli akar umbi beliau terlalu bodoh dan jahil tahap "pariah" seperti kamu. Beri pendapat seperti "beruk dapat microfon". Nasiblah kamu PAS.

      Delete
    3. Anon 12:31

      Kamu ni ahli PAS jenis apa? Jenis tak mahu ambik tahu pasai perkembangan parti seperti akar umbi UMNO. Kalau macam ni baik masuk UMNO, lagi seronok dan meriah. Bila kena ramaikan majlis UMNO, sekurang2nya dapat nasi b7ngkus dan duit sepuluh dua. Dalam PAS kamu yang kena bagi duit.

      Pernah dengar keputusan Muktamar Ipoh 2008? Keputusan ini menjadi dasar PAS sekarang. Takmo UMNO.PAS mahu Pakatan.

      Tu pasai 2 Adun ni sokong DSWAWI. Haji Hadi nak buat kerajaang perpaduang dengan UMNO di Selangor- ini melanggar dasar PAS. Boleh faham ke?

      Delete
    4. Wa atak ingat lea a ,UMNO akan lapat lebeh manyak kelusi PRU nanti maa aa .

      Semua olang mesti sebut pasat UMNO ,lea aa manyak popular loo rr .

      Delete
  7. Untuk masa depan kedua2 Adun, lebih elok mereka bercerai dgn PAS. Tetapi mereka tidak bolih keluar dari Pas. Jadi eloklah mereka berdoa supaya mereka dipecat dari Pas.

    Masa depan politik mereka dlm Pas sudah gelap gelita...apatah lagi Hadi jadi Presidengnya. Mereka mesti faham, Pas tidak akan mencalonkan mereka lagi diPRU14. Jadi buat apa hendak jadi ahli Pas lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macamlah hadi tu tak mati2.... maksum sangat ke dia..
      wait n see je laa...... relaks...... jgn nanti sok senjata makan tuan je.... jgn ingat hadi tu kebal sangat.....

      Delete
    2. Kalau Hadi mati pun tak menjadikan 2 BARUA tu hero.

      Delete
  8. Pkr pula terlampau laju smpai memecat tski sblm dibuktikan bersalah...rupanya anwar baru menyuruh balacinya menyemak segala perjanjian d selangor....mati2 aku igt tski terbukti korup...rupanya baru nk nk cari bukti....tahniah pkr...tkdak beza dgn umno kerika memecar anwar thn 1998

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kes lain der.... bukan stkt tu je... hal pentadbiran ni luas
      mungkin dia buat perjanjian tu betul.. tp di sebalik perjanjian tu ada tersirat benda lain... sapa yg bekerja dgn dia tau le rasanya camana....

      Delete
    2. Khalid dipecat atas sebab disiplin. Melanggar arahan partinya yang mengarahkannya meletak jawatan sebagai MB. Tu shj.

      Sebab apa suh letak jawatan: telang disebut dlm 24 m/s Saifuddin kepada DAP/PAS. Antaranya: memerintah Sgor ikut suka hatinya shj tanpa berbincang dan merujuk kepada Pemimpin PKR. PR ckp jgn t.t deal air, dia pi t.t.

      Delete
  9. Tak ingat samada Ust. Nasharuddin Mat Isa dipanggil AJK Disiplin dan dipecat dari Pas?

    ReplyDelete
  10. Janganlah pas jadi pak kaduk dalam isu langkah kajang.ayam menang tapi kampung tergadai.

    ReplyDelete
  11. Bila sudah dpanggil barua, sepatutnya mereka letak jawatan..tapi jenis barua, muka tebal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan pengundi yg panggil mereka barua dan tuduhan tu pulak tak betul, sepatutnya orang yg panggil mereka barua tu kena letak jawatan.

      Delete
  12. ADUN Hulu Kelang Saari Sungib berkata beliau akan tetap bersama PAS sehingga penghujung hayatnya...makna nya dia tidak akan dipecat dari parti itu.

    Biarpun dua ADUN PAS itu dikatakan tidak dikenakan apa-apa tindakan dari lembaga disiplin parti tapi keadaan itu telah memberi isyarat bahawa setiap ahli yang mahu memberi bantuan dan sokongan pada PKR dan DAP perlu mendapat kelulusan dari presiden parti mereka terlebih dahulu walaupun PAS didalam satu gabongan Pakatan Rakyat.

    Semua ahli dan pemimpin PKR, DAP perlu menyesuaikan diri daripada sekarang tidak bergantung seratus peratus pada bantuan PAS ketika menghadapi apa jua masaalah berbangkit.

    Kawan untuk ketawa ada dimana-mana asalkan ada duit untuk belanja mereka makan dan minum.....kawan ketika kita menangis amat susah dicari kerana mereka itu adalah jenis talam dua muka dan hipokrit.




    ReplyDelete
  13. UMNO lebih baik dari semua parti yg ada kat Malaysia ni.betul tak Pak Budin???HIDUP UMNO..!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...