Saturday, 27 September 2014
Benarkah Langkah Kajang Telah Gagal?
Apabila Azmin Ali akhirnya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, ramai yang mengatakan Langkah Kajang telah gagal. Setelah usaha menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar menggantikan Khalid disekat melalui keputusan Mahkamah Rayuan yang bersidang secara tergesa-gesa, kemudian percubaan meletakkan Dr Wan Azizah Wan Ismail juga gagal dan penyudahnya Azmin yang mendapat perkenan Istana, Langkah Kajang dianggap sebagai sia-sia saja.
Daripada kaki lima sehinggalah balairong istana, isu mengenai Langkah Kajang telah menarik perhatian banyak pihak untuk memperkatakannya dan hampir semuanya mengatakan ianya bukan saja gagal dan sia-sia, malah telah memecah-belahlan hubungan sesama rakan dalam PR.
Ada pula yang tidak faham mengatakan jika benar Langkah Kajang itu masih berfungsi, kenapakah Dr Wan Azizah tidak dilantik oleh Azmin sebagai salah seorang Exco Kerajaan Negeri?
Yang lebih tidak faham pula mengatakan, bukankah lebih baik jika sejak awal lagi PKR mencalonkan Azmin sebagai pengganti Khalid dan tidak perlu susah-susah mengadakan pilihanraya kecil di Kajang?
Secara umumnya, Langkah Kajang diwujudkan untuk menggantikan Khalid dengan Anwar dan seterusnya memudahkan lagi perjalanan PR menawan Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang. Ia mirip seperti yang pernah dilakukan oleh Erdogan di Turki dan Jokowi di Indonesia.
Sebelum berjaya menawan Turki dalam pilihanraya, Erdogan adalah Datuk Bandar Istanbul manakala Jokowi pula adalah Gabenor Jakarta. Kejayaan memimpin dan melakulan pembaharuan di kedua-dua bandar itulah yang akhirnya menjadi salah satu penyebab pengundi memilih Erdogan sebagai Perdana Menteri Turki (kini Presiden) dan Jokowi sebagai Presiden Indonesia. Rakyat mahukan kejayaan di Istanbul dan Jakarta itu diaplikasi sebagai model contoh ke seluruh negara pula.
Ketika Langkah Kajang ini dimulakan, Mahathir sendiri mengakui ia sebagai landasan untuk Anwar membuktikan kemampuannya mentadbir sebuah negeri untuk memudahkan rakyat menilainya sebagai bakal Perdana Menteri.
Menyedari bahayanya Langkah Kajang itu, tarikh pilihanraya DUN Kajang dilewatkan penetapan tarikhnya sehingga 54 hari daripada tarikh perisytiharan kekosongannya dan dalam tempoh itulah Mahkamah Rayuan bersidang secara tergesa-gesa dan sehingga jam 7.00 malam untuk memutuskan Anwar bersalah dan terhalang untuk menjadi calon pilihanraya.
Lantaran itu, Dr Wan Azizah dipilih sebagai penggantinya. Tetapi Khalid kemudiannya enggan berundur sehingga akhirnya menimbulkan pelbagai masalah dan kekacauan. Tambah haru-biru apabila Pas sebagai rakan gabungan tidak menunjukkan kata sepakat dan muafakat bersama PKR dan DAP walaupun mengakui kerusi Menteri Besar itu adalah milik PKR.
Azmin tidak dicalonkan oleh mana-mana parti. PKR dan DAP sehingga akhirnya konsisten dengan pencalonan tunggal Dr Wan Azizah. Pas pula berubah-ubah dan nama akhir yang dicalonkan ialah Dr Idris Ahmad, Yaakob Sapari dan Iskandar Abdul Samad.
Azmin dipilih oleh Istana bukan saja atas keyakinan kerusi Menteri Besar itu milik PKR tetapi juga kerana kepercayaan memperolehi sokongan majoriti. Tetapi sokongan majoriti itu hanya diperolehi daripada setelah adanya sikap tolak ansur dan saling menghormati bagi mengakhiri kemelut yang sudah lama berpanjangan. Azmin kini bukan saja memperolehi sokongan daripada 30 Adun yang sebelumnya bersama Dr Wan Azizah, malah juga daripada baki 13 Adun Pas.
Setelah Azmin dilantik, adakah Langkah Kajang sebenarnya telah gagal? Dari segi menjadikan Anwar dan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar, ia mungkinlah boleh dikira gagal tetapi dari segi matlamat menyingkirkan Khalid dan menggantikannya dengan pemimpin lain yang boleh melancarkan lagi usaha menawan Putrajaya, ia tidaklah begitu jauh tersasar. Begitu juga untuk menjadikan kepimpinan di Selangor sebagai contoh tentang kemampuan mentadbir Putrajaya masih lagi relevan ditampilkan melalui Azmin yang merupakan anak didik dan orang kepercayaan Anwar.
Setelah sokongan diberikan kepada Azmin juga, Dr Wan Azizah tidak perlu menjadi Exco Kerajaan Negeri berikutan kedudukannya dalam PKR yang lebih tinggi. Dr Wan Azizah hanya perlu menjadi pemantau dan rujukan bagi menentukan perjalanan kerajaan negeri seiring dengan kehendak parti.
Adanya Langkah Kajang juga telah menjadikan UMNO dan BN kucar-kacir sehingga mereka menggerakkan pelbagai usaha menghalang kemaraan Anwar dan Dr Wan Azizah. Jika Langkah Kajang itu tidak dibimbangi, tentulah Anwar tidak dihalang sejak awal lagi. Apa yang tidak disangka oleh UMNO dan BN ialah Azmin akhirnya menjadi pilihan Sultan.
Yang menjadi harapan serta doa UMNO dan BN ialah agar pilihan Sultan menggantikan Khalid itu biarlah Adun PKR yang lain atau lebih molek lagi jika daripada kalangan Adun Pas. Tetapi dengan Azmin yang dipilih oleh Sultan, bukan saja perpaduan dalam PKR tidak pecah tetapi juga persefahaman sesama rakan dalam PR lebih mudah untuk dipulihkan.
Andaian bahawa Langkah Kajang menyebabkan perpecahan dan suasana tidak baik dalam masyarakat, ia adalah perkara normal dilakukan mana-mana parti politik. UMNO ketika dipimpin oleh Mahathir telah memecat dan menyingkirkan paling ramai pemimpinnya dan menyebabkan perpecahan dan fitnah paling banyak berlegar tetapi tindakan itu bukan saja menyebabkan beliau mampu bertahan selama 22 tahun tapi juga memunculkan UMNO dan BN menang setiap kali pilihanraya umum diadakan.
Dengan kedudukan Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR yang sudah mengharungi gerakan reformasi sejak hari pertama lagi, beliau tentulah lebih faham bagaimana menggerakkan usahanya ke arah melawan UMNO dan BN. Di Selangor, melalui pemilihan Azmin dan disertai dengan barisan Exco daripada majoritinya golongan muda yang aktif dan berbakat, kerajaan negeri selepas ini lebih mudah bergerak ke hadapan mengumpulkan kekuatannya.
Dengan contoh kejayaan di Selangor dan Pulau Pinang selepas ini serta Kelantan pula segera memperbaiki banyak kelemahannya sepertimana yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat dalam muktamar baru-baru ini, peluang PR dalam pilihanraya umum akan datang masih terbuka luas lagi.
Selain UMNO dan BN tidak banyak berubah, kebencian rakyat kepada pemimpinnya juga sentiasa bertambah. Di mana-mana suara kebencian itu didengari sekarang ini. Ditambah dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tidak lagi menyokong kepimpinan Najib yang dianggapnya gagal dan lemah, sandaran harapan rakyat tidak lain hanyalah PR.
Berakhirnya kemelut di Selangor ini adalah peluang semua pihak dalam PR untuk sama-sama bergerak ke hadapan mencapai matlamat sebenar Langkah Kajang itu. Anwar dan Dr Wan Azizah hanyalah alat untuk mencapai matlamat yang dituju dan terkorbannya mereka berdua itu, tidak sama-sekali menjadikan matlamat dan tujuan sebenar Langkah Kajang turut hancur berderai.
Apatah lagi aura awal menunjukkan dengan perlantikan Azmin bersama barisan Exconya yang muda-muda ini, peluang UMNO untuk bangkit dan menawan semula negeri itu jadi berjerebu semula. (SH 27/09/2014)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Langkah Kajang pada pandangan aku gagal dari segi permuafakatan sesama rakan Pakatan.. mnyebabkn saling curiga mncurigai antara satu sama lain.. mnyerlahkan muka sebenar segelintir pemimpin dlm Pakatan.. yg akhirnya mnyebabkn keyakinan pengundi atas pagar & penyokong Pakatan sndiri semakin pudar..
ReplyDeleteUmno pula ada yg trsengih melihat semua ini.. apa pn mnfaatkn lah baki masa yg ada untuk mmbaiki labu labu yg rosak disebabkn tikus tikus dlm Pakatan.. jika tidak brhasil gunalah racun tikus atau buat labu yg baru..
Langkah Kajang dikiran Berjaya atas sebab2 berikut;
Delete1. Berjaya menyindkirkan Khalid walaupun disokong kuat olih Pas dan Istana.
2. PKR tetap menduduki kerusi Adun dengan penambahan 2 EXCO.
3. Pengundi didedahkan akan sifat dan isihati sebenar lebai2 Pas. Jadi segala strategi dan perancangan PR akan datang perlu dirancangkan untuk 'negative; atau ;neutralized; sikap dolak dalik lebai2 Pas.
4, Pengundi faham lebai2 Pas adalah golongan yg tidak bolih dipercayai.
5. Berjaya dengan kajian samula semua deal2 ataus under the table deal yang dibuat olih Khalid.
6. Berjaya mendidik pengundi akan kuasa budibicara Sultan; iaitu Sultan mesti melantik Adun yg mempunyai majority;
7. Pengundi Sgor tahu sekarang akan sikap dan tingkah laku Sultan Sgor dan kemana arah kiblatnya.
8. Berjaya membuka mata ahli2 Pas dan pengundi bahawa Hadi mesti direhatkan untuk Pas dan PR memenangi Putrajaya
Kajang move Berjaya. Lebai Hadi move...kecundang dgn kekalahan Pengkalan Kubor,
Bagus ulasan itu dan agak tepat juga.....
Deletesaya yakin dg penerangan yg akan diberikn kpd rakyat terutamnya melalui ceramah rakyat akan kembali berfikir seterusnya akn memntapkan lg pakatan demi merealisasikn perjuangan ke putrajaya...
Deletere , yang menjadi harapan sert doa UMNO dan BN agar pilihan Sultan bagi mengantikan Khalid adalah adun PKR yang lain atau lebih molek lagi dari kalangan adun PAS.
ReplyDeleteHai yaa !, itu macam kaa ? , Wa selalu lengar lu olang cakap itu Sultan lengar cakap UMNO lea aa , sikalang sutak tukak eaa aa.
Sikalang, Wa manyak pening loo rr ,malam lain cekap siang lain cekap ,mana mau lengar eaa aa ?.
lufang aaa
ReplyDeletelu sudah mabok ka , lanjiau
Dlm pemerhatian saya ada kekhilafan fskta penulis yg tidsk pasti kecenderungannya..
ReplyDeleteKemelut ini tlh timbulkan sifat menyampah rakyat pd PR.. especially para bizman..
Yg terpaksa menanggung rugi dgn peningkatan kos keatas ketidak lancaran/kelewatan proses dan pentadbiran kerajaan negeri...
Dgn jelas rakyat sudah mulai muak dan menunggu masa utk menjelaskan bila tiba masanya..
Keadaan masih belum stabil.. kerana mb dan exco yg baru selain yg lama perlu menghalusi tugasan baru yg perlu dilaksanakan..
Dan ini juga memakan masa.. sebahagian rakyat terutama para bizman yg langsung berurusan akan terpaksa menunggu lagi kelancaran urusan pentadbiran ini...
Apa yg baik dari transform ini sebenarnya kpd rakyat??
Langkah KAJANG BERJAYA.
ReplyDeletePR dpt menilai siapa sebenarnya GUNTING dalam Lipatan. Paling memeranjatkan bgmana PAS bole menghantar tiga2 calonnya ke Istana utk jwtn MB.
Tidak menyangka bgmana Khalid Ibrahim menjadi si kitol yg gilakn kuasa dan sanggup merobek bahtera menjadi bocor yg sdg menuju kehdpn.
Sepatutnya focus PAS adalh bersama2 PR menyekat BN dan GST dan bukannya memburukan keadaan.
Sultan telah menitahkan SETIAP PARTI mghantar senarai calon masing2 lebih drpd seorang.. sebelum itu AJK Pas Pusat mncadangkn dua nama iaitu Azmin di samping Wan Azizah..Langkah kajang BERJAYA melahirkan macai2 PKR yg bongok x abis walaupn Langkah Kajang sudah abis
DeletePerlantikkan Azmin Ali sebagai Menteri Besar (MB) Selangor yang baru adalah satu tamparan hebat buat Anwar Ibrahim yang selama ini degil untuk meletakkan isterinya sebagai MB yang baru. Anwar Ibrahim yang selama ini terkenal sebagai pakar propaganda politik yang cekap dan pandai memainkan sentimen rakyat agar terus beranggapan bahawa dialah penyelamat Malaysia akhirnya ditewaskan oleh anak didiknya sendiri. Strategi Rafizi Ramli iaitu Langkah Kajang bukan sahaja satu KEGAGALAN tetapi juga satu malapetaka kepada politik Pakatan Rakyat (PR). Langkah Kajang ini hanya mendedahkan wajah-wajah sebenar setiap pemimpin PR termasuk Lim Guan Eng yang secara terbuka menyelar PAS sebagai pengkhianat kerana tidak menyokong ‘nepotisme halal’ yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteAnon 01:03
DeleteDalam politik ada berbagai jenis strategi untuk menang dalam apa jua persaingan, tidak kira sama ada ia bersengketa sesama sendiri atau bertarung dengan musuh politik. Dan dalam dunia politik tiada apa yang mustahil...semua nya boleh berlaku.
Kamu boleh kata bahawa Anwar sudah dikalahkan oleh anak didiknya tapi parti yang Anwar dukung tidak kalah. Masih ramai rakyat Selangor yang menyokong kepimpinan PKR dan DAP menerajui kerajaan negeri Selangor.
Orang yang kalah dalam langkah kajang dan gagal mengurus diri sendiri dalam menyelesaikan masaalah berbangkit adalah Khalid Ibrahim, Hadi Awang dan sultan selangor. Kalau tak faham sila baca semula peristiwa yang berlaku dalam negeri Selangor.
Disebabkan kedegilan mereka bertiga itu telah membuang banyak masa maka Pakatan Rakyat sebulat suara menerima Azmin Ali yang dipilih dan dilantik oleh sultan sebagai menteri besar.
Diwaktu lain, jika lantikan seperti Azmin Ali berulang lagi maka pilihan sultan selangor yang tidak mendapat sokongan majoriti ADUN akan dimalukan dengan undi tidak percaya dalam Dewan Undang Negeri.
Whatever makes you guys happy.
ReplyDeleteThere are other views but one thing is sure: A LOT OF TIME AND MONEY WASTED.
Yes...WASTED by Khalid, Hadi and the Sultan.
DeleteIt takes only ONE day for BN to ask Ahmad Said to RESIGN and for the Trengganu Sultan to APPOINT another MB put forward by BN. No wayang like in the case of Sgor.
Parties asking their MB to resign and replacing by another is a normal political process. Takes ONE day to do it.
Seseorang ahli politik tidak pernah dan tidak akan berhenti daripada berpolitik selagi apa yang diimpikannya tidak tercapai. Biar tewas sekalipun, otaknya akan ligat mencari sebab musabab yang lain untuk digerakkan agar agenda peribadinya dapat dicapai. Anwar yang kini berdepan dengan siasatan dibawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan dengan keputusan kes liwatnya yang akan didengari pada 28 Oktober nanti, adalah mustahil untuk melihat cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai. Paling sedih, cita-citanya untuk meletakkan isterinya sebagai MB juga digagalkan oleh Azmin Ali dengan strategi liciknya. Namun bagi seorang manusia yang sentiasa mendakwa bahawa hanya dialah penyelamat Malaysia, belum tentu dia akan menyerah kalah.
ReplyDeleteStrategi semestinya sudah dipasang untuk menjadikan Azmin Ali sebagai MB yang paling pendek khidmatnya. Dan dengan DAP yang berdiri teguh dibelakang Anwar Ibrahim, adalah beronak laluan buat Azmin Ali untuk memastikan tiada gangguan dalam pentadbirannya nanti.
Namun, mahu tidak mahu harus diakui bahawa kecerdikan dan ketangkasan Azmin Ali memintas secara senyap strategi Langkah Kajang ini adalah sesuatu yang tidak harus dipandang sepi. Dipihaknya, tentu strategi sedang dirangka untuk memastikan kekal berkuasa.
Betul2 idea yang diciplak dari Raja Petra dlm Malaysia Today. Satu analisis yg begong.
DeleteRaja Petra dan Sultan marah PKR sebab Raja Idris dan bukan apa2.
Langkah kajang telah berjaya membuktikan bahawa gerakan ABU (asalkan bukan umngok) sangat relevan dan ia juga bermaksud Asal bukan ular (dalam semak).
ReplyDeleteLangkah kajang sebenar masih dalam proses untuk mencapai matlamatnya.walaupun ada sedikit ganguan di tengah jalan, tapi skrip nya masih tidak tersasar jauh. Apa yang umumnya tidak ketahui ialah bagi seorang ahli politik yang bercita-cita tinggi, impian itu tidak akan terpendam. Bak kata orang puteh " the leopard never change spot". Bermakna tujuan ahli politik takkan berubah walau apa pun terjadi.Akhirnya dia akan berusaha sampai berjaya.
ReplyDeleteDalam isu lantikan MB separuh dari impian langkah kajang telah pun berjaya. Umunnya tidak melihat kelicikan seseorang yang bermain politik.Yang lain hanyalah umpan dan sandiwara yang di pentaskan.sebagaimana yang telah di ketahui,memang ada niat Khalid patut ditukarkan sebaik PRU13,tetapi ditentang oleh PAS dan DAP. Tetapi PKR ada sebab perlu ditukarkan kerana Khalid bukanlah seorang ahli politik yang cerdik, meskipun beliau berjaya membawa dana ke kantung kerajaan Selangor. Ini adalah suatu yang amat bahaya. Ada dana simpan bawah bantal.Bahaya. Nanti penyamun bila-bila boleh rembat duit tu. Adalah lebih baik jika di belanjakan untuk kebajikan rakyat dengan berhemah.Itulah asalnya berpolitik
Ramai yang tak sedari itulah kehendak ketua umun PKR untuk melantik AZmin. Azmin dan Anwar adalah manusia yang sama di segi pemahaman politik. rakan pakatan seperti PAS dan DAP masih ketinggalan dalam mencorakkan kemahuan parti terutamanya PKR kerana mereka punyai strategi dan teknik halus yang ramai tak sedari. apa yang mereka lalukan semua orang tak perasan, tetapi itulah kemahuan tegar mereka.Jadi langkah kajang berjaya separuh rancangannya dengan dinobatkan AZmin ali sebagi MB Selangor.Itulah kejayaan besar PKR. Separuh dari skrip langkah kajang adalah dengan tercapainya menawan Putrajaya walaupun ketua PKR tu sudah tidak wujud lagi, tetapi awas beliau adalah orang yang mahir berpolitik dan semuanya tidak mustahil akan berjaya selepas manusia-manusia yang menjadi barua umno di hapuskan dari sekarang.
Hakikat sebenar dalam apa jua keadaan menang mahupun kalah, Kajang Move telah merugikan Selangor tak kira Sultan, ahli politik mahupun rakyat.
ReplyDeleteDalam pakatan rakyat hanya pas jadi pak kaduk dalam gerakan kajang.
ReplyDelete