Thursday 18 September 2014

Siapa Angkat Sumpah Selasa ini - Azizah, Azmin Atau Adun Pas?


Kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor sudah hampir sampai ke penghujungnya. Sebagaimana yang dilaporkan oleh media hari ini, Istana Selangor akan mengadakan majlis angkat sumpah jawatan ketua kerajaan negeri itu pada pagi Selasa, 23 September jam 10 pagi. Kad jemputan kepada wakil-wakil rakyat, pemimpin politik, orang kenamaan dan sebagainya sudah pun mula diedarkan.

Serentak itu, teka-teki mengenai siapa yang bakal mengisi jawatan itu bagi menggantikan Khalid Ibrahim turut menjadi perbualan ketika ini. Di media sosial pula ketika ini sarat dengan pelbagai jangkaan dan tekaan mengenai siapa yang bakal dipilih oleh Sultan Selangor untuk mengetuai kerajaan negeri itu.

Ada yang tetap memilih Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pilihan dan ada pula yang merasakan Azmin Ali akan dilantik. Tidak kurang juga yang meramalkan Sultan akan melantik Adun Pas sebagai Menteri Besar kali ini setelah tiada kesepakatan yang jitu mengenainya di kalangan ketiga-tiga parti dalam PR.

Adakah pilihan Sultan Selangor nanti ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sudah mendapat sokongan majoriti 30 Adun? Atau mungkinkah Azmin Ali atau lain-lain Adun daripada PKR?

Mungkinkah juga Sultan Selangor akan melantik mana-mana Adun Pas, terutamanya Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad yang dicalonkan oleh Haji Hadi Awang sebelum ini?

Dalam masa yang sama, oleh kerana seiring dengan pengumuman tarikh majlis angkat sumpah ini terdapat pula teguran daripada Istana Selangor terhadap Anwar Ibrahim mengenai pencalonan hanya satu nama yang dianggap tidak tepat dan mengelirukan, ramai pula beranggapan ianya sebagai signal bahawa Dr Wan Azizah bukanlah pilihan untuk mengangkat sumpah Selasa ini.

Teguran terhadap Anwar itu adalah tanda Sultan Selangor tidak memberi perkenan terhadap pencalonan Dr Wan Azizah, demikian tafsiran ramai pemerhati politik sama ada yang gemar melayan sembang di coffee house hotel, di kedai-kedai mamak mahupun sekadar di alam maya Facebook dan Twitter.

Jika benar Dr Wan Azizah bukan pilihan Sultan, nama yang paling hampir tentulah Azmin Ali. Ini kerana Dr Wan Azizah Presiden PKR, Azmin pula timbalannya. Walaupun beliau sebelum ini menolak pencalonan untuk jawatan itu, tetapi jika Sultan memilihnya, tentulah mustahil Azmin akan menolak. Apa yang ditolaknya selama ini hanyalah pencalonan parti, bukannya pemilihan oleh Istana Selangor.

Bersama Azmin, nama lain yang turut disebut sebagai pengganti Khalid ialah Dr Idris Ahmad, Nik Nazmi dan Yaakob Sapari.

Selain wakil daripada PKR, nama Adun daripada Pas juga turut disebut-sebut akan dilantik tetapi kebarangkaliannya lebih tinggi jawatan ini kekal diserahkan kepada PKR. Istana juga tentunya sedia maklum bahawa semua parti dalam PR telah pun menyatakan secara jelas bahawa jawatan Menteri Besar adalah milik PKR.

Melantik Adun Pas yang hanya mempunyai sokongan 13 Adun lebih memungkinkan berlakunya kemelut yang berpanjangan, bahkan tidak mustahil berlarutan sehingga berlakunya undi tidak percaya dalam DUN nanti. PKR dan DAP yang telah jelas mempunyai blok 30 Adun mustahil akan berdiam diri.

Lagi pula, jika Adun PKR juga yang dilantik sebagai Menteri Besar, kemelut yang sudah lama berlarutan ini lebih mudah didamaikan. Dr Wan Azizah yang tidak dipilih lebih mudah untuk dipujuk dan disejukkan hatinya jika yang dipilih itu daripada PKR juga, tak kiralah sama ada Azmin, Dr Idris atau sesiapa saja.

Namun demikian, tidak mustahil juga sebenarnya Sultan Selangor akan bertindak memilih Dr Wan Azizah yang sudah mempunyai sokongan majoriti itu sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. Jika ini dilakukan, ia pastilah lebih bertepatan dengan kehendak undang-undang dan perlembagaan yang mengatakan sokongan majoriti sebagai asasnya.

Mungkin juga teguran Istana Selangor terhadap Anwar itu sekadar peringatan semata-mata dan tidak menjejaskan kedudukan Dr Wan Azizah yang sudah ada sokongan majoriti. Lagi pun, Anwar juga sudah meminta maaf sekali lagi kepada Sultan Selangor berhubung kenyataannya itu. Jika itu yang berlaku, suatu sejarah baru akan tercipta iaitu buat pertama kalinya seorang wanita dilantik sebagai ketua kerajaan negeri Selangor.

Apa pun, bersabarlah menunggu detik yang ditunggu ini dan Adun-Adun yang disebut-sebut namanya ini janganlah ssmpai ada yang tak lena tidur dan hilang selera makan menanti ketibaan Selasa ini. - SH 18/09/2014.

11 comments:

  1. Wa manyak ingat , itu MB Khalid akan akan jadi MB lagi ,Wa manyak sukah loo oo.

    BN tatak babut , sendili lantik pon tatak babut ,Hai Yaa , ini macam manyak susah hilup maa a .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woitt,lu gila ka?

      Delete
    2. Hai yaa !, Itu Selangor punya olang ,itu Aluar sutak buat manyal gila lea aa .

      Manyak kesian loo oo .

      Delete
  2. Walau siapa pun dilantik MB, PR patut memanfaatkan majority 2/3 nya untuk meminda Undang2 Tubuh negeri Selangor supaya perletakan jawatan MB dan perlantikan MB adalah lebih jelas.

    Pindaan yang diperlukan ialah supaya parti atau parti bersekutu yang mempunyai majority perlu mencadangkan kepada Sultan Adun yang mempunyai sokongan majority.

    Satu lagi pindaan ialah Speaker bolih memanggil DUN bersidang apabila didapati MB sudah hilang kepercayaan majority Adun untuk dijalankan undi tidak percaya dan seterusnya lantikan MB dari kalangan Adun yg mempunyai majority.

    Bukan senang nak dapat 2/3 majority. Dah dapat kalau tak digunakan adalah merugikan. Umno kalau ada 2/3 majority diParlimen akan menggunakannya untuk mengubah kesempadanan dng pindaan Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan anda memang bagus tapi malangnya PAS ada agenda mereka sendiri...... dalam mesyuarat mereka menyokong, diluar bilik mesyuarat mereka membantah. Presiden PAS ada kuasa veto tak perlu berbincang dengan AJK pusat.....

      Perlu diingat bahawa perjanjian Pakatan Rakyat adalah perjanjian yang longgar, bersifat bila suka datang, tak suka boleh blaa.

      Bagi menjadikan impian anda jadi kenyataan perlu kurangkan bilangan ADUN PAS dalam negeri Selangor terlebih dahulu... itu adalah formula yang perlu digunakan dalam melaksanakan apa jua agenda politik dalam semua negeri.



      Delete
    2. Nak kurangkan adun pas dlm pakatan? Bukan semudah abc ye.. Bukan hanya berteori di dalam blog..bukan hanya pandai menubuhkan cabang tapi rantin entah ke mana...akar umbi kena ada bro..pkr tak ade akar umbi..pkr nampak hidup kalau ada isu sahaja..sapa nak buat kerja kalau nak pilihanraya...kalau pkr kerja dok berak ja larat ke org pas nak tolong basuh?

      Delete
    3. Anon 07:42

      Orang yang akan mengurangkan bilangan ADUN PAS bukan ahli parti tapi pengundi. Mereka yang akan menentukan jatuh dan gagahnya sebuah parti.

      Bagi memulakan langkah pertama kita tunggu dan lihat keputusan pilihanraya Pengkalan Kubur.

      BN atau PAS yang terkubur....

      Delete
  3. Replies
    1. Ni sekor lagi otak lembu gila.

      Delete
    2. Anon..kau ni jenis bangang..kluangman tu acah satu perkataan je,..kau dah terperangkap dengan provokasinya.

      Delete
  4. Percayalah yg dilantik ini adalah mastermind segala huru-hara yg tercipta... semua menuding anwar, azizah, hadi & macam2 lagi
    tp yg dilantik bukan mereka... tp yg dilantik adalah sleeping partner pkr hahahah..... yg terkenal dgn clean man

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...