Wednesday, 10 September 2014

Dua Adun Pas Adalah HERO Sebenarnya


Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menghangatkan lagi suhu politik mengenai kemelut di Selangor yang sudah berlarutan sekian lama dengan mendakwa pengkhianat sebenar dalam isu ini ialah dua Adun Pas, Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang bertindak memberi sokongan terbuka kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, pengkhianatan kedua-dua Adun itu telah memulakan kerosakan kepada kestabilan dalam Pas.

Dalam masa yang sama, beliau juga menyifatkan tindakan PKR menerima pengkhianatan dua Adun berkenaan serta mengiktiraf sokongan yang diberikan oleh kedua mereka adalah juga pengkhianatan PKR kepada semangat setiakawan dengan Pas.

Sambil menyokong tindakan dan keputusan yang dilakukan oleh Haji Hadi Awang dalam kemelut Menteri Besar Selangor ini, Nik Abduh mengatakan bahawa segala yang dilakukan oleh Presiden Pas itu adalah selepas pengkhianatan dilakukan kepada Pas terlebih dahulu.

Soalnya benarkah Shaari dan Hasnul itu pengkhianat dan apakah yang berlaku kepada politik Selangor ketika ini jika tanpa adanya keberanian kedua-dua Adun berkenaan?

Pertamanya, pendirian kedua-dua Adun berkenaan menyatakan sokongan secara terbuka dsn juga melalui akaun bersumpah kepada Dr Wan Azizah adalah kerana Pas ketika itu begitu bertangguh-tangguh dan berdolak-dalik dalam keputusannya. Tarikh mesyuarat juga ditunda-tunda seperti ada muslihat lain.

Dengan mempunyai 15 Adun dan merasakan cukup kuat untuk menjadi penentu dalam kemelut yang sedang berlaku, Pas jelas tidak mempunya komitmen yang jitu sebagai rakan gabungan dalam PR. Oleh kerana sudah mengakui kerusi Menteri Besar itu adalah milik PKR, Pas sepatutnya mengambil sikap seperti DAP.

Selain menangguh-nangguh tarikh mesyuaratnya dan Haji Hadi pula mengeluarkan kenyataan lebih awal mempertahankan Khalid Ibrahim sebalum bermesyuarat, perkara kedua ialah kemudian didapati juga Pas cuba menawarkan Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baru melalui pembentukan kerajaan campuran dengan UMNO.

Soal Azmin menolak tawaran itu dan bagaimana ianya terdedah sehingga menimbulkan pertikaman lidah dalam mesyuarat ahli jawatankuasa Pas bukanlah isu penting tetapi yang jauh lebih penting ialah bagaimanakah Pas dalam keadaan masih bersama dalam PR begitu tergamak menawarkan jawatan itu kepada Azmin dan seolah-olah sudah ada rundingan yang lain dengan UMNO?

Walaupun isu pembentukan kerajaan campuran dengan UMNO itu dinafikan oleh pihak Haji Hadi dan meminta portal Malaysian Insider meminta maaf serta menarik balik penyiaran berita mengenainya, tetapi portal itu tetap mempertahankan laporannya.

Jika benar rundingan dengan UMNO dan tawaran kepada Azmin itu tidak wujud, sudah tentulah Haji Hadi sepatutnya menyaman Malaysian Insider sekarang ini? Tetapi kenapa selepas Malaysian Insider mempertahankan laporannya sebagai benar, enggan memohon maaf dan menarik balik, pihak Haji Hadi terus berdiam diri?

Isu kerajaan campuran UMNO + Pas + Khalid Ibrahim serta percubaan menarik seorang dua Adun PKR hanya terhenti setelah Shaari dan Hasnul menyatakan sokongan terbuka kepada Dr Wan Azizah.

Melalui tindakan Shaari dan Hasnul itu juga, Khalid Ibrahim yang sebelumnya gah dengan kuasa memecat beberapa Exco, mulai jadi kendur dan akhirnya sedia menghantar surat perletakan jawatan kepada Sultan kerana menyedari sudah kehilangan majoriti.

Bayangkan betapa berleluasanya penggunaan kuasa oleh Khalid dan berapa ramai juga bakal kena kena pecat lagi jika tiada keberanian Shaari dan Hasnul itu?

Tidak mustahil juga, jika Shaari dan Hasnul masih wala dengan pimpinan Pas, mungkin rundingan untuk membentuk kerajaan perpaduan terus berjalan, bahkan tidak mustahil ianya sudah pun terbentuk sekarang ini.

Tetapi ternyata Shaari dan Hasnul sanggup mengorbankan dirinya demi menyelamatkan masa depan dan perjuangan Pas yang sudah sekian lama diperjuangkan.

Kiranya kerajaan perpaduan Pas dan UMNO terbentuk di Selangor, ia juga adalah umpama Presiden Pas itu sudah termakan sumpah dan seranahnya sendiri terhadap UMNO selama ini. Haji Hadi selama ini begitu gigih menyerang dan mengecam UMNO serta menggelarkannya dengan pelbagai gelaran seperti kafir, taghut, assabiyah, pengamal politik suku agama suku dan sebagai lagi.

Bayangkan juga bagaimanakah untuk Pas dan Haji Hadi berhadapan dengan rakyat dan penyokongnya sendiri jika akhirnya semua kata-kata perjuangan, maki hamun dan kutipan derma melalui tin milo yang kononnya atas nama perjuangan dan memerangi kemungkaran UMNO selama ini akhirnya berkesudahan dengan percantuman kedua-dua parti itu?

Tidakkah semuanya memalukan Haji Hadi akhirnya.

Di mata Nik Abduh dan mereka yang seangkatan dengannya atau di pandangan kasar, memanglah Shaari dan Hasnul seolah-olah pengkhianat tetapi mereka berdualah yang menyelamatkan air muka Pas dan mengelakkan parti itu kekal berada di landasannya sebagaimana yang dimahukan oleh majoriti ahli dan pimpinannya di pelbagai peringkat.

Mereka berdualah juga yang menyelamatkan maruah Haji Hadi yang terkenalnya dengan amanatnya sebelum ini serta masih menjadi pegangan ahli dan penyokong parti itu di ceruk kampung dan kawasan pedalaman.

Kedua mereka adalah hero sebenarnya. Tanpa mereka Pas ketika ini barangkali sudah bergabung dengan UMNO dan mungkin sedang dicerca dan dihina oleh ahlinya sendiri. (SH 10/09/2014)

27 comments:

  1. maaf tumpang lalu, Shaari Sungip @ Abu Urwah adalah pimpinan JIM, Tahun 80an kumpulan ini yg brwala' kpd abu urwah byk menggugat pemuda pas dlm kerja pentarbiahan. Di sana timbul 'ular dua kepala' dan beliau lebih cenderung bergerak sendirian dan melihat pas kurang tarbiah. Beliau bukan ahli pas tetapi selepas era DSAI 1998, abu urwah akhirnya menjelmakan bulunya.. masuk pas! ahli pas menerima mereka moga penghijrahan beramai kelompok itu dpt menguatkan kerja Islam di bawah satu pimpinan. Apabila isu MB selangor ini, kami melihat abu urwah umpama musang berbulu ayam.. akhirnya tanpa sedar menzahirkan siapa dirinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguih punya komen,demi nak menghalalkan tindakan Presiden PAS,,wala' tak ketahuan,,

      Delete
    2. Jika citer mcm tu baik citer dulu pas ne sume dari umno...ape lu mat

      Delete
    3. Lepasan JIM memang sukar dikawal dalam PAS.. Melakukan tindakan & mengeluarkan kenyataan sesuka hati membelakangkan jemaah adalah tabiat asal mereka.. Mereka sentiasa merasakan gerak kerja & tindakan mereka lebih bagus & profesional dari lain-lain ahli PAS.. Ini diakui oleh beberapa pimpinan atasan Pemuda PAS sendiri..

      Delete
    4. JIM...JIN...JOM...JUN...JAM...YG DAH LEPAS BIARLAH...PANDANG KE DEPAN....

      Delete
  2. Alasan PAS Selangor atau PAS Pusat belum membuat keputusan atau mesyuarat menyebabkan kedua ADUN PAS menandatangani deklrasi menyokong Azizah adalah alasan untuk menipu diri sendiri (admin menipu dirinya sendiri). Dalam keadaan sedemikian mereka boleh merujuk kepada Pesuruhjaya PAS Selangor atau mengikut jejak langkah majoriti DUN PAS yang lain.

    Apabila mengambil langkah diluar normal, ia bermotif kepada kepentingan peribadi dan ada udang disebalik batu. Jenis ni zaman dulu dah patut kena sula depan rakyat. Manusia jenis ni sanggup jual negara, jual ugama, jual bangsa, jual bini...jual diri !!!!

    Adalah lebih gentleman..istihar keluar PAS dan mengambil keputusan sendiri. Tak perlu berdolak dalik lidah bercabang bila ditanya alasan membuat keputusan diluar pendirian parti.

    Memang mereka hero...hero taik kucing. !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 21:43

      Kamu mesti pro UMNO Baru.... gagal agenda yang ini buat agenda baru.. he..he..he..

      Delete
    2. Dah muflis idea, dah tak ada jawapan..umno jadi sasaran.
      Malu le sikit dengan kemaluan kau tu.

      Delete
    3. Anon 21:43

      Kamu ini menulis menggunakan akal yang mana? Rasanya yang di kepala lutut. Kalau sedang marah tak payah nak menulis pergi berwudu dan solat sunat berdoa supaya menjadi lebih cerdik dan bijak berfikir tidak mengikut sentimen orang lain. Ini keluar bahasa macam kamu gunakan untuk maki isteri dan anak-anak kamu di rumah gayanya? Selalunya pengikut Tuang Presideng yang macam itu (bengkeng dan perengus). Sedarlah kadangkala Admin hanya komen Presideng parti kamu bukannya Admin komen "Rasulullah SAW", itu kamu kena bezakan. Kamu pernah kenal rapatkah Tuang Presideng kamu? Rasanya kamu hanya anak kepada Lebai kampong yang dimomokkan dengan "Amanat Hadi" yang mengkafirkan UMNO suatu masa dahulu. Ingat lagi tak? Atau kamu ni baru kenal dunia "politik"?

      Delete
    4. Masa krisis bermula PAS selangor sejuk aja.. pesuruhjaya tak bergerak.. kalau pesuruhjaya proaktif.. panggil meeting.. beri penerangan maka kes ni tak berlaku .. tetapi pesuruhjaya yg nak dijadikan MB oleh hadi awang ni tak de kecekapan nak mengawal krisis... sebab tu adun dua org tu terpaksa buat keputusan sendiri..

      Delete
    5. Dinilai dari sudut ini pun kita dah tahu pesuruhjaya PAS selangor tak layak sebagi seorang pesuruhjaya apalagi nak jadi MB.. macamana hj hadi boleh komen kak wan tak layak sedangkan calon pilihan dia lagi tak cukup kelayakan.. sebenarnya hj hadi ada masalah peribadi dgn pkr.. lepas saman 2 juta dulu.. hj hadi sentiasa nak cari pasal dgn pkr.. cuba kaji setiap peristiwa yg berlaku selepas beliau kalah saman 2 juta

      Delete
    6. mereka memang hero bagi rakyat dan ahli pas yang masih sayangkan PR. tapi mereka adalah pengkianat bagi ug dalam pas terutama ulama + hadi

      Delete
    7. 2 hero yg diberkati

      Delete
    8. Siapa punya helo ?, satu cekap helo ,satu lagi pakianat , Wa manayak pening maa aa .

      Atak helo buat baik punya ,atak helo kasi kacau ,sikalang Selangor punya olang sutak salah pilih helo lea aa , lagi manayak susah ,tatak hat bikin hat apa punya helo itu macam loo oo .

      Delete
  3. tiada drama dalam PKR dan DAP... kedua2 parti ini dari dulu hingga sekarang masih konsisten dengan pilihan mereka.. PAS Sahaja yang macam nampak berdrama.. lihat sahaja dimana-mana blog dan website.. adakah PKR dan DAP berubah pendirian mereka melantik calon MB? tidak bukan? yang menjadi masalah pendirian PAS dan sultan.. hanya satu calun sahaja boleh diterima untuk MB. Ini diamalkan oleh lain-lain negeri selain negeri pakatan. PAS terherat dengan drama sultan dan tidak bertegas.. tambahan pula sikap mereka yang enggan menerima wanita sebagai pemimpin yang mana dilihat oleh semua bangsa di malaysia keterbukaan mereka untuk menerima wanita sebagai pemimpin,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebiasaannya..apabila satu nama diberi termasuklah dalam kes di Perak dan Selangor sebelum ini (Nizar dan Khalid)..Sultan telah menerima dengan senang hati kerana calonnya wibawa dan sudah ada kesepakatan di antara mereka.

      Kes Selangor..apabila kebiasaan itu ditolak kerana tiga faktor 1) Penggantian Khalid tanpa sebab yang manasabah dan Anwar tidak mengadap Tuanku untuk memaklumkan terlebih dahulu niat tersebut atau niat tersebut dihebah secara umum seolah pertukaran MB boleh dibuat sesuka hati 2) Azizah tidak wibawa 3) Tiada kesepakatan dari PAS, DAP dan PKR berhubung calon.

      Atas 3 faktor tersebut..di luar kebiasaan tetapi masih dalam lengkongan undang2..Sultan minta lebih dari dua nama bagi setiap parti.

      Kalau itupun PKR dan DAP tak boleh buat secara berhemah..nampak sangat mereka hanya Pemimpin status kampongan.

      Delete
    2. Anon 22:27
      Itu hanya satu pandangan kamu yang tidak memberi petunjuk atau kebenaran diatas apa yang sedang berlaku.

      Sultan yang ada dalam Malaysia bukan berkuasa mutlak tapi berkuasa terhad. Mereka diletakkan dalam sistem raja berperlembagaan yang mempunyai kuasa hanya dalam sistem perlembagaan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

      Dengar apa yang dikatakan oleh pakar undang-undang.....

      https://www.youtube.com/watch?v=dWhBdRuwvxA



      Delete
    3. Apabila pembedahan perlu dilakukan...Pakar akan berusaha menyelamatkan nyawa pesakit beradasarkan situasi, buku perubatan hanya guide line.

      Pakar taik kucing hanya bercakap atas apa yang ditulis dan ikut sedap mulut dia.
      Ikut sedap mulut dia bukan satu kata pemutus apa yang dia kata betul.

      Delete
    4. Anon 23:17

      Dalam sejarah mengatakan hanya ahli UMNO Baru saja yang suka melanggar undang-undang yang mereka cipta sendiri.

      Delete
  4. dlm krisis di Selangor ini yg dianggap hero adalah Pas itu sndiri.. disangkakan Pas itu mengecil & u turn.. akhirnya PKR & DAP yg mengecut telurnya lalu memohon ampun kemudian u turn.. u turn dlm ketegasan mereka mengekal nama soeorang Dr Wan Azizah.. lalu mmberikan senarai calon MB lebih drpd seorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini adalah sebab presideng PAS membuat siding media menyatakan serah pada kebijaksanaan tuanku..kalau 2 adun PAS tak beri sokongan pada DSWA..dah tentu PerpaduWANG pn tercipta. Jika MB diberikan pada 1 parti, parti itu yang menentukan calon...rakan patut menghormati keputusan parti yang diberi tanggungjawab..seperti di Kedah..Dalam PAS sendiri ada masaalah tapi di U-turn kan kepada PKR..masa PRU 13...org PAS ni sembang lebih...sebut nak bg duit jer...semua lembek tengkok. aku Nampak semua tu...PerpaduWANG ja.

      Delete
  5. Tujuan Kajang Move, serampang dua mata.
    1. Nak menghalang orang lain jadi Presiden dan MB bila dah pergi Sg. Buluh.Nanti ajijah tak ada apa-apa. Ingat tak silap mata dalam pertandingan jawatan Presiden. Silap mata tu dibuat untuk menyelamatkan ajijah. Nanti ada orang bolot semua; presiden dapat, MB dapat dan berbilion-bilion pn dapat. Aku, habuk pn tarak.
    2. Selangor banyak duit. Berbilion simpanan. Ada lagi banyak dalam PKNS, Perangsang, KDEB, PKPS, dll. Projek berbilion-bilin dalam Selangor ; KIDEX, LANGAT, SPLASH, SYABAS, Parti dan pembesar-pembesar parti satu sen pun tak dapat. Tanah tak dapat, projek tak dapat, jawatan tak dapat, komisyen tak dapat ? Ini yang berbulu kat MB.
    Kata nak cepat ke Putrajaya. Rakan dalam PR di tipu,, ahli ditipu. RAKYAT LAGI DITIPU TERUTAMA PENDUDUK KAJANG DAN RAKYAT SELANGOR

    Belum gagal lagi sebab Sultan belum buat keputusan. Mungkin istana dan nampak permainan PKR ini ? Sebab itu minta lebih dua nama. PKR berkeras juga sampai sanggup derhaka. Menipu rakyat kononnya ikut perlembagaan. Silap mata dan tipu muslihat belaka. Sebab itu beria-ria suruh Adun turun tanda tangan termasuk dua mangkuk hayun PAS. DAP sokong sebab ada makna tu ? Adun PKR terpaksa sokong termasuk Azmin ? Duan Adun PAS lak? Kena sembelih. PKR sembelih dia, PAS pun sembelih. Khalid terkorban,
    PKR terkorban, DAP terkorban, PAS terkorban. Satu negeri huruhara.Semuanya demi AZIZAH?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 09:15

      Kamu tulis komen panjang tapi isinya penuh dengan khayalan kosong.

      Kalau ahli UMNO Baru baca pun dia orang takakan percaya persepsi kamu kerana tidak ada satu fakta pun yang boleh dirujuk sebagai benar. Dia orang akan kata kau ni sepesia hadi pil kuda.

      Belajar dulu dengan Saiful lubang taik cara macam mana nak buat fitnah...demi menjaga pemimpin bangsawan UMNO Baru.

      Delete
  6. Berlagak nak mampus pkr..ahli x der..harap batang ja..tu pun x brapa nak betul..cabang pun nak mati..ranting x der..daun jangan tanya la..puihhh..

    ReplyDelete
  7. Apa pun kalau hendak berpolitik perlulah bijak, dalam bahasa arab dipanggil FATANAH. bukan sekadar pandai bercakap. Jadi ustaz bukan segalanya bijak.

    ReplyDelete
  8. Nik Abduh...satu lebai Pas yang bangang. Dalam semua pemimpin2 PR sekarang tutup mulut dan tunggu keputusan Sultan berPelembagaan, dia buat kecoh dgn keceluparan mulutnya. Kalau dia bukan anak Nik Aziz, sorrylah Pas nak pileh dia jadi MP.

    Kalau terror sangat pecatlah dua Adun Pas tu.

    Akibat tindakan dua Adun Pas tu, perkara penggantian dan perlantikan MB 80% selesai. Yang tak selesai ialah Sultan tidak diberi nasihat yang betul dan kini berpendapat dia adalah Raja mutlak dan bukan Raja berPelembagaan.

    Kalau Sultan ikut Perlembagaan iaitu Fasal 53(2)(a) MB baru dh lama dilantik. Adun yang dilantik jadi MB mesti mempunyai sokongan majority DUN. Tak kisah lah dia bini orang ke? emak orang ke? nenek orang ke? ada kelayakan ke atau tak de kelayakan ke? Yang penting dia pillehan rakyat yang ditunjukkan dan dipertejemahkan melalui sokongan Wakin Rakyat mereka. Kalau dia tak perform atau amanah suruh berhenti dan lantik Adun lain yang mempunyai sokongan majority.

    ReplyDelete
  9. krisis selangor bukan pasal MB wanita... bukan pasal MB tak layak
    tp sebab nak lantik MB Hamno tp sbb sokongan minoriti je
    maka nak lantik pas yg akn senderung ke hamno...
    makanya bagi la alasan nak 3-4 org calon.... wallauweiiii
    MB pilihan rakyat.... apa guna PRU klau semua nak main lantik ikut tekak dorang je???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...