Friday 5 September 2014

Ini Sudah Korner Baring Namanya!!


Kali ini bukan U turn lagi, tapi sudah korner baring - barangkali ini ungkapan yang paling sesuai ditujukan kepada Pas dalam tindakan terbarunya berhubung isu pencalonan Menteri Besar Selangor.

Setelah beberapa kali membuat U turn dan pendirian tidak tetap, kali ini Pas terus menimbulkan keributan dan ketegangan dengan pengakuan Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali bahawa parti itu telah mengemukakan tiga nama kepada Sultan Selangor, iaitu dua daripada PKR dan seorang daripada Pas sebagaimana yang dititahkan oleh Istana Selangor mesti dihantar selewat-lewatnya pada 3 September.

Sebelum itu tersebar laporan bahawa Pas mencalonkan tiga Adunnya untuk jawatan Menteri Besar, namun ia segera dinafikan oleh Mustaffa Ali sebagai tidak benar. Menjelang petang pula, Mustaffa Ali mengakui tiga nama yang dihantar oleh Pas ialah dua daripada PKR dan satu daripada Pas.

Walhal, baru semalam Mustaffa Ali membuat pengakuan bahawa Pas akan tetap berpegang kepada keputusan mesyuaratnya pada 17 Ogos lalu yang mencalonkan dua nama iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali untuk dikemukakan kepada Sultan Selangor.

Beberapa kali juga Mustaffa menegaskan sebelum ini bahawa Pas tidak akan mengemukakan calonnya bagi menggantikan Khalid Ibrahim kerana masih berpegang kepada persefahaman selepas PRU 13 lalu yang menyetujui jawatan Menteri Besar Selangor adalah milik PKR.

Namun, apa sudah jadi sekarang?

Dengan turut mengemukakan calon daripada partinya sendiri bagi jawatan Menteri Besar Selangor, Pas sebenarnya bukan saja sudah memungkiri janji dan mengkhianati rakan-rakan gabungannya dalam PR, malah mengkhianati keputusan mesyuaratnya sendiri yang diadakan pada 17 Ogos itu.

Dalam berjanji dan bermuafakat, Pas sebenarnya mengidam juga jawatan Menteri Besar Selangor ini.

Selain turut mengemukakan calon daripada parti sendiri yang dipercayai ianya adalah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad, siapa dua calon daripada PKR yang dinamakan oleh Pas juga masih lagi misteri.

Mustaffa Ali sekali lagi enggan mendedahkan nama-nama itu, tetapi desas-desus telah bertiup kencang bahawa nama Dr Wan Azizah tidak termasuk dalam senarai itu. Nama yang dicalonkan oleh Pas dikatakan ialah Azmin Ali bersama seorang lagi Adun PKR yang lain.

Bagaimanapun ada juga laporan lain menyebut, nama Azmin juga tercicir daripada senarai Pas. Kedua-dua nama yang dicalonkan Pas dikatakan bukan saja mengenepikan Dr Wan Azizah, bahkan tidak memasukkan Azmin. Sebagaimana PKR mencuri dua Adun Pas, Shaari Sungib dan Hasnul Badaruddin untuk menyokong Dr Wan Azizah sebelum ini, Pas juga nampaknya sudah pandai membalas dendam dengan mencilok dua Adun PKR untuk turut bermimpi menjadi Menteri Besar.

Jika benar perkhabaran ini, bermakna sekali lagi Pas memungkiri janji dan khianat bukan saja kepada rakan gabungannya dalam PR tetapi juga kepada keputusan mesyuaratnya sendiri. Kalau khianat dan mungkir janji kepada rakan pun sudah dianggap salah besar, lebih memalukan keputusan mesyuarat sendiri juga dinodai sama.

Sebab itu, tindakan terbaru Pas ini bukan lagi U turn, tetapi korner baring namanya.

Sudah tentu banyak pihak, bukan saja dalam Pas tetapi juga rakyat biasa yang bingung dengan pendirian parti Islam ini. Apa sebenarnya sudah yang berlaku kepada Pas sekarang ini sedangkan Islam menjadi pegangan dan landasan perjuangannya? Tidakkah berpegang pada janji, menepati janji dan tidak khianat itu sebahagian ajaran Islam?

Apakah ini tanda-tanda Pas mahu meninggalkan PR dan ingin berpeluk semula dengan UMNO? Benarkah Pas sebetulnya mungkin malu untuk meninggalkan PR semata-mata ingin berbaik dengan UMNO kerana akan menyebabkan ia dilabel sebagai jahat dan lari daripada landasan perjuangannya selama ini, lalu sengaja mencari pasal agar akhirnya mereka ditendang atau dikeluarkan daripada gabungan itu?

Sekurang-kurangnya apabila ditendang keluar daripada PR dan bukannya ia memohon untuk keluar, Pas masih boleh menjaja simpati seolah-olah dianiaya.

Tetapi jika ini niat Pas, ternyata mereka silap besar. Sudah ramai pemimpin Pas seperti Mat Sabu, Husam Musa, Khalid Samad dan Dr Zulkifli Ahmad telah tampil memperingatkan betapa pentingnya Pas terus kekal dalam PR demi cita-cita politik mahu menawan Putrajaya dan agar perjalanan parti itu tidak mundur ke belakang. Malah meninggalkan PR diibaratkan kiamat bagi Pas.

Tetapi sementara pimpinan profesional dalam Pas begitu bersungguh-sungguh mahu kekal dalam PR, terdapat pula segelintir daripada kalangan ulama Pas yang mula bermain mata dengan UMNO dengan hasrat mewujudkan kerajaan campuran di Selangor. Dalam mesyuarat Pas sendiri dilaporan berlaku ketegangan antara beberapa AJK Pas dengan Haji Hadi mengenai perkara itu setelah terdedahnya usaha beliau mahu mewujudkan kerajaan campuran dengan mengumpan Azmin Ali sebagai Menteri Besarnya.

Walaupun perkara itu dinafikan oleh pegawai Haji Hadi dan menuntut portal berita yang melaporkannya memohon maaf serta menarik balik berita mengenainya, namun portal tersebut enggan berbuat demikian dan mempertahankan kesahihan laporan mereka. Sehingga ini, tiada pula tindakan susulan daripada pihak Haji Hadi untuk terus menafikan dan mengheret portal terbabit ke mahkamah.

Hasrat segelintir pemimpin Pas mahu bergabung dengan UMNO memang aneh sebenarnya kerana ia bertentangan sama sekali dengan laungan dalam ceramah selama ini bahawa UMNO adalah parti assabiyah, taghut dan penentangan terhadap UMNO ialah kerana parti itu mengamalkan politik suku dan agama suku.

Lebih aneh sebenarnya kerana di ketika semakin ramai pemimpin UMNO menyertai Pas seperti Mat Taib, Tamrin Ghafar dan Abdul Rahman Maidin tetapi Pas pula mengambil langkah songsang dengan mahu bergabung dengan UMNO. Tidakkah ia umpama dunia sudah terbalik jadinya?

Apa pun pertimbangan Pas, jika bergabung dengan UMNO menjadi pilihannya, ia hanya menyebabkan parti itu terus ketinggalan dan menjadi gerabak yang senantiasa berada di belakang UMNO, manakala jika bersendirian pula akan memundurkan parti itu seperti tahun-tahun 80an yang hanya menjadikannya menang jumlah kecil kerusi di kawasan-kawasan tertentu saja.

Pas sebenarnya masih ada masa depan yang baik jika dipimpin secara betul oleh mereka yang fokus dengan matlamat sebenar dalam perjuangan politiknya dan bergabung dengan PR adalah pilihan yang terbaik bagi memastikan kekuatan pembangkang terus utuh dan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat.

Barangkali semua yang berlaku dalam Pas mutakhir ini petanda bahawa Haji Hadi yang kini dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia oleh Dr Yusof Al-Qardawi sudah wajar mengundurkan diri dan menumpukan kekuatan ilmunya untuk hukum-hakam dan halal haram dalam agama saja. (SH 05/09/2014)

57 comments:

  1. Dalam politik - musuh dan kawan bukan selamanya.
    Dalam penulisan - blogger pun boleh z turn..lebih lebih lagi kalau ada upah lumayan...
    Anak sungai lagi berubah inikan pula hati orang politik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro ...ne bkn politik biasa...ni pakai nama islam...islam x ajo gitu....klu dia buang nama islam lantak pi la.....

      Delete
    2. ....dan pakai serban besar dan gelar diri ulamak atau ustaz. Betul2 punya Ular........Mak oooiiiiiiiiii. Buang serban dan title ulamak dan ustaz....buat lah apa pun seperti pemimpin Umno..orang tak kisah dan faham.....

      Delete
    3. Kalau apa yang PAS buat ni Anwar Ibrahim mangkuk hayun tu buat, kau orang mesti kata strategi politik. Tapi bila orang lain daripada Anwar buat, salah!

      Sebodoh-bodoh orang, sehodoh-hodoh macai dan seburuk-buruk perangai adalah penyokong Anwar Ibrahim.

      Delete
    4. oiii badut badut pkr kalau nak caci maki orang jangan pakai nama Islam laaa.

      Delete
    5. Yg cari pasal dalam isu ini adalah anwar Al ketum. Ada akal atau tak calon bini sendiri. Yg patut kena hentam adalah anwar bukan pas la bodoh

      Delete
  2. Sudah hilang Terengganu.Sudah terlepas Kedah. Hj Hadi sudah mabok makan kekalahan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang takut kalah sebenarnya PKR. Tanpa PAS, jangan harap la nak menang lebih dari 5 kerusi Parlimen....

      Delete
  3. Yesss....MBI juga happy...hangpa berkonflik sakanlah....aku tetap gak masuk pejabat MB tiap tiap pagi...bergasak la hangpa smua....xda parti pun aku boleh berkuasa lagi....hoorayyyy...

    ReplyDelete
  4. Elok ler PAS keluar drp dok dalam PR yd didalangi oleh DAP Babi Haramjaddah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Babi blh disamak...klu bejiwa setan jwb je lps mati.

      Delete
    2. Memanglah babi haramjadah tapi manusia yang mengaku islam tapi mengkhianati rakan apa pulak kau nak lebelkan wahai anonymous 02.35.ajaklah Pas keluar PR cepat sikit mampusnya

      Delete
    3. Kalau PAS keluar, yang DIJAMIN mampus adalah PKR. Parti tu hanya ada 36% ahli Melayu...nak harap undi bukan Melayu? Bila PKR tumbang, habis lari la diaorang....meraung dalam jel la Anwar nanti. Tak apa, itulah kifarah manusia yang kuat berbohong macam dia.

      Delete
    4. abeh tu geng ganu putar belit keputusan tak kuat berbohong ke anon..puiii

      Delete
  5. Kalau berjuang bukan krn Allah s.w.t tapi krn pangkat, harta dan dunia inilah jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan macam PAS, tapi macam Anwar Ibrahim yang sanggup berbohong dan menipu sepanjang hayatnya kerana kuasa politik. Allah dah azabkan hidup dengan macam-macam bala, termasuk hilang kawalannya ke atas Pakatan pun masih tak sedar-sedar diri lagi.

      Delete
    2. ko ni mesti geng pas ganu..geng mak som

      Delete
    3. cam ketum mak som jugak...main jilat abih...

      Delete
  6. Lain kali kalau cakap dengan pemimpin Pas bertitle Ulamak, bawa tape recorder dan smart phone. Rakam segala perbualan dan ambil gambar supaya mereka tak corner-baring atau U-turn.

    Kalau pi meeting dengan dia orang, bawa peguam dan cop mahar sekali. Apabila mereka cakap, peguam akan catit dan cop mahar dan tandatangan pemimpin Pas itu mesti diperolehi.

    Nasib baik ada 'langkah Kajang', sekarang semua orang tahu akan keburukan dan ketidakbolehpercayaan pemimpin Ulamak Pas..

    ReplyDelete
  7. Senang saja Tuan Shahbudin.Cuba semua pikir adakah Pas ni parti islam?kalau janji pada rakan seperjuangan pun PAs mungkir,yang pasti parti PAS dah jadi parti kafir sesat.Takpayahlah berjuang atas nama agama.PAS ASSOBIYAH macam umno.PAS patut bubar dan masuk umno terus jadi macam umno celaka!
    Amanat Haji Haji yang kata UMNO kafir sekarang sudah hinggap pada parti PAS.PAS pun kafir harbi.2X5.Inilah ketentuan Tuhan yang Haji Hadi memang dah terima balasan Tuhan.Hadi ASsobiyah.Untuk sucikan jemaah PAS Hadi perlu dipecat sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. meggelupur nampak?!!!

      Delete
    2. so pkr dan dap tu zuhud la sangat ? Hahaha
      entry ni macam takut jer Pas kuar dari pakatan.
      Dah sampai masanya pkr dan dap face the music. Depa perlu pas lebih dari pas perlu depa.
      Tapi malangnya, pas pun tak sedar perkara ni. Kesian...

      Delete
    3. Bro...pkr or dap x guna nama islam. Pas monopoli guna islam x pe asal tunjuk contoh cara hidup islam. Jgn islam pd nama je. Patut la ustaz2 pas ne dah gila hartanmintak derma kat org miskin..tanggal la serban tu beb..malu

      Delete
    4. patutla geng tak guna nama islam sondol macam babi....

      Delete
  8. Bukan shj PKR kena kencing olih Hj Hadi tetapi juga SU Pas dan lain2 pemimpin Central comm yang bersidang pd 17 Ogos.

    Orang semua cakap Hj Hadi hantar 3 nama Exco Pas utk jawatan MB. SU Mustapa cakap tidak. Tetapi dia mengaku tidak tengok surat yang Hadi hantar ke Istana( sember: The Star 5 Sept). Betul2 Ular....mak oiiiiii.

    ReplyDelete
  9. Jika PAS keluar dari perjanjian syaitan dan konsensus lubang taik yang penuh dengan najis babi apakah itu tidak Islamik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...hanya syaitan sja yang buat perjanjian dengan syaitan. Jadi Pas ini parti syaitan lahhhh.

      Bahasa mencerminkan budi dan perangai. bahasa kau ni mencermin kan perangai kau. guna perkataan 'lubang taik' macamlah kau ni keluar didunia ni dari 'lubang taik'.

      Delete
    2. Kluangman ne umno totok...x yah sibok jga jubo sndri ye..

      Delete
    3. Jawab yes or no je..tak yah le nak corner kot lain pulak..saolan tu simple jer...yes or no

      Delete
    4. Tak yah la bak jual temberang kat sini. Mencacai la kat blog umngok..

      Delete
  10. HAHAHA.... nampak sangat jahil pasal PAS tapi nak bercakap pasal PAS. PKR bikin masalah PAS plak nak di salahkan. Sultan minta banyak nama pun tak reti bahase gak nak faham. camne nak tadbir. kalu aku kate bengong kan marah plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ne lg satu ug bingai...
      Smlm kata anto nama sume pkr..
      Ari ne kata anto 3 nama pas...th tukar lg 2 pkr 1 pas...ape citer mamat..
      Munafik tu lbh bahaya dr kapir..x ngaji ke...

      Delete
    2. hahaha.. relax bro.. baru tau PAS ni cerdik?? lain kali jgn nak pekena org jer.. sendiri buat kecoh nak salahkan PAS pulak..

      Delete
    3. Tukar nama islam tu..x dok sape pertikai nak main kot mana pun..

      Delete
    4. depan belakang boleh main.....

      Delete
  11. Suasana ini mirip peritiwa Majlis Tahkim akibat perebuan jawatan khalifah antara Ali dan Muawiyyah. Kita blh menilai setakat mana kepintaran pimpinan PAS berpolitik, lurus bendul macam Abu Musa al-Shaari atau berstrategik seperti Amru al-As,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lah yang ni lebih mirip kpd Abu Jahal

      Delete
    2. Betol tu...abu musa..dan amru al as hebat...ni serban tebal mirip isis...
      Jual agama utk kemewahan dunia.
      Munafik..

      Delete
    3. nuar dan jijah tak kesah kemewahan dunia...itu lah keperluan langkah kajang.

      Delete
  12. While getting nearer to the end of of his life journey, it appears that Ustaz Nakhaie has come back to light after having been immersed in darkness for some time... whereas Hadi does the other way around. Allah swt is great!

    ReplyDelete
    Replies
    1. God is the protector to those who have faith. From the depth of darkness He will lead them forth to light. For those who have no faith, The Evil ones(Satan) will lead them forth from light into the depth of darkness.

      How true can it be.....

      Delete
  13. hahahaha... mengelupur?? PAS berkuasa skrg... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkuasa taik kucing.Syok sendiri.

      Delete
    2. lau PAS syok sendiri yang takut sangat knp? sampai anwarian 24 shari x henti mhentam pAS?.. kahkahakah

      Delete
  14. Setuju.. hantar tiga nama ganti hadi awang masa muktamar nanti

    ReplyDelete
  15. Sepatutnya PAS hantar 3 nama semuanya ADUN PKR sebagai menghormati konsensus PR, walaupun nampak mengalah tetapi lebih berstrategik pd masa depan utuk menjadi parti yg dihormati dgn mengambil kaedah perjanian Hudaibiah. Nampak jangka masa pendek merugikan umat Islam tetapi atas kebijaksanaan Rasulullah SAW membaca politik dan strategik jangka panjang ia menguntungkan Islam.Baca bagaimana British datang ke Tanah Melayu dan strategi yg digunakan. Takkan PAS naif benar dgn strategi berpolitik. Jika benar ADUN PAS turut dicalonkan sebagai MB dan Sultan memilih ADUN PAS sebagai MB, saya percaya PAS akan mengalami tempoh kesukaran politik diluar jangka.Dari politik berkonsep Tahalluf Siyasi menjadi politik berkonsepkan BAHALOL SIYASI

    ReplyDelete
    Replies
    1. konsesus schmensus... mula dipersetujui htr nama wan azizah dgn azmin. Tup2 kata azmin akur htr wan azizah sorang pulak.
      Macam main belakang pas jer.
      So la ni kena main belakang dgn pas...apa kau rasa ?

      Delete
  16. Hahahaha, tak lama lagi bila PKR bungkus, blogger ni kena cari tauke baru. Mungkin akan terhegeh-hegeh buat baik dengan PAS...

    ReplyDelete
  17. Puak ni lebih suka duduk kandang babi bila pkr bungkus...

    ReplyDelete
  18. With "friends" like this, who needs any enemy?

    ReplyDelete
  19. Saya terkilan tengok saudara saudara saya sama sama Islam bertikam lidah bersulam maki hamun, carut mencarut. Marah, geram, sedih, tapi jangan hilang pertimbangan.

    ReplyDelete
  20. apa kata kita tukar kpd PAAS parti ala ala islam gitu?

    ReplyDelete
  21. PKR dan Anwar Ibrahim makin meroyan dalam menamakan dua nama untuk calun menteri besar Selangor. Titah Sultan tidak diendahkan malah diabaikan oleh Penasihat umum PKR. Akhir ego dan bodoh sombong PKR termasuk pengerusinya makan diri sendiri.

    Keras kepala PKR dan disokong rakannya DAP menamakan satu nama sahaja untuk calun menteri besar Selangor dimurka atau ditolak oleh pehak istana. PKR dan Anwar Ibrahim disarankan oleh Istana menghantar lebih dari satu nama. Memang nampak bodoh sombong dan ego puak puak PKR khasnya Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.

    PAS diberitakan telah mengikut dan akur pehak istana menghantar tiga nama untuk calun menteri besar Selangor. Selepas Khalid Ibrahim dipecat dari PKR dan Khalid Ibrahim akan meletak jawatan menteri besar Selangor selepas penggantinya diterima oleh pehak istana dan Sultan Selangor.

    Krisis menteri besar Selangor dibawah kerjaan pakatan rakyat hancur, pecah dan rakyat benci permainan yang direka oleh Anwar Ibrahim sendiri . Mungkin Anwar Ibrahim ada agenda sendiri bagi kepentingan diri Anwar Ibrahim.

    Anwar Ibrahim boleh dianggap "akitek" yang hancurkan PKR atau pakatan rakyat dan membuatkan rakyat benci pada PKR atau PAS atau DAP. Anwar Ibrahim dengan gahnya mempertahankan hanya satu nama sahaja calun menteri besar Selangor , Wan azizah isterinya.

    Akhirnya senjata makan tuan dan Anwar Ibrahim terpaksa akur kehendak Sultan. Atau mungkin Anwar Ibrahim mahu pakatan rakyat bergolak dan terus ditolak oleh rakyat Malaysia. ?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkarya macam orang mabuk todi, tiada rujukan atau realiti. Itupun sanggup nak tulis panjang berjela? Banyakkan lagi membaca "bodoh"!

      Delete
  22. Yg cari pasal dalam isu ini adalah anwar Al ketum. Ada akal atau tak calon bini sendiri. Yg patut kena hentam adalah anwar bukan pas la bodoh

    ReplyDelete
  23. PAIS parti ala islam se msia. Sodap juga PAIS MB boleh makan dgn nasi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...