Friday, 26 September 2014

Kesian Pas..Sudah Jatuh Ditimpa Tangga Pula


Belum pun kering airmata Pas kerana kesedihan tidak dapat menawan kerusi DUN Pengkalan Kubor yang keputusannya diketahui semalam, parti itu menerima nasib malang lagi hari ini apabila kerusi Exconya di Selangor pula dikurangkan daripada empat kepada tiga.

Dalam pilihanraya Pengkalan Kubor, Pas bukan saja gagal dalam percubaannya mahu merampas kawasan DUN itu daripada UMNO, malah undi majoriti BN juga turut bertambah. Jika dalam pilihanraya umum 2013 lalu, calon PKR tewas dengan undi 1,736 undi, kali ini jumlahnya bertambah kepada 2,635 undi.

Yang menarik lagi, walaupun kerusi Pengkalan Kubor ini milik PKR tetapi dalam kehangatan isu Menteri Besar Selangor tengah membara dan merasakan dirinya begitu kuat, Pas telah menuntut untuk mengambil alih bertanding menggantikan PKR dengan hujah peluangnya untuk menang lebih terbuka. Sayangnya, bukan saja impian menang tidak menjelma, kekalahan dengan jumlah undi lebih besar pastinya juga membuatkan PKR puas hati menyerahkan kerusi itu.

Kekalahan dengan jumlah undi yang makin bertambah itu, meskipun mungkin disebabkan oleh banyak faktor yang sudah banyak diperkatakan sejak semalam, tetapi adalah jelas antara mesejnya ialah penolakan pengundi terhadap sikap Pas yang tidak konsisten dalam berpakat dan bergabung bersama PR, selain juga menunjukkan parti itu tidak mampu berdiri sendirian dalam menghadapi UMNO dan BN.

Dengan mesej itu, adalah perlu Pas segera bermuhasabah dan "melihat dirinya semula dalam cermin" ke manakah haluan sebenar yang mahu ditujunya selepas ini. Jika mahu kekal bersama PR, tunjukkanlah kesepakatan dan sehati sejiwa dan jika lebih mahu ke arah kerajaan perpaduan, ambillah sikap yang jelas mengenainya.

Hari ini pula, Pas menerima satu lagi berita sedih yang mungkin menyebabkan ia perlu mencari tuala tambahan untuk mengesat airmatanya berikutan keputusan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mengurangkan kerusi Exco parti itu daripada empat kepada tiga.

Nampaknya ketegasan Pas untuk mempertahankan empat kerusi Exconya tidak mendapat perhatian daripada Azmin Ali. Paluan gendang hulubalang Pas kononnya parti itulah yang mencalon dan menyebabkan Azmin terpilih sebagai Menteri Besar, ternyata juga tidak berhasil.

PKR pula yang sebelum ini hanya mempunyai tiga kerusi Exco, kini menjadi empat pula. Termasuk kerusi Menteri Besar, PKR nyata menunjukkan kuasa dan dominannya kali ini. DAP pula, walaupun kekal dengan tiga, tetapi turut mempunyai kelebihan dengan kerusi Speaker masih dalam genggamannya.

Pas yang dikurangkan kerusi Exconya mungkin bakal diberikan jawatan Timbalan Speaker berikutan penyandangnya sekarang, Nik Nazmi sudah pun dilantik sebagai Exco. Namun, jika benar ia bakal berlaku, Pas tetap dikira rugi kerana kehilangan kerusi Exco hanya diganti jawatan yang lebih rendah iaitu Timbalan Speaker saja.

Nasib Pas dalam dua insiden ini tidak ubah seperti lebai malang yang sudah jatuh, ditimpa tangga pula. Setelah gagal di Pengkalan Kubor, kini kouta Exconya pula berkurangan. Kesian Pas!!

Tetapi tentulah tidak banyak yang boleh dilakukan oleh Pas dalam kouta baru Exco ini kerana ianya sudah pun mendapat perkenan Sultan Selangor. Jika sebelum ini Pas begitu bersungguh mempertahankan pendiriannya yang berdolak-dalik dalam isu pertukaran Menteri Besar dengan meminta semua pihak menerima apa saja keputusan Istana, kini giliran parti itu pula yang harus menunjukkan sikap terpuji dan tidak bersungut terhadap apa yang berlaku ini.

Memang sebelum ini, melihat sikap dolak-dalik Pas dan setelah Azmin dilantik sebagai Menteri Besar, ramai yang merasakan kouta Exco 4-3-3 yang wujud sebelum ini tidak wajar dikekalkan lagi. Ada yang merasakan Pas hanya wajar mendapat tiga atau dua kerusi Exco saja. Walaupun formula 4-3-3 masih dikekalkan, Azmin seperti memahami suara ramai yang mahu jumlah Exco Pas dikurangkan.

Apa pun, dengan keputusan berani Azmin mengurangkan kerusi Exco Pas kepada kepada tiga, beliau sebenarnya sedang mengajar Pas tentang erti dan nilai berpakat serta sepakat dalam sebuah gabungan.

Jika sejak dulu Pas tidak berdolak-dalik dan sentiasa konsisten atas nama kesepakatan sebagai rakan gabungan dalam PR, tentulah empat kerusi Exco itu tidak terjejas sama-sekali. Lihat saja DAP, kerana konsisten dan kekal dengan janji, mereka tidak hilang apa-apa.

Dalam dunia ini, orang yang setia dan berpegang pada janji sentiasa menerima ganjarannya, manakala yang tidak setia dan dicurigai pula memang harus menerima hukuman. (SH 26/09/2014)

36 comments:

  1. Bertimpa timpa ko hentam PAS....din..din...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa tatak kisah lain punya Exco ,Wa mau tau itu DAP belapa dapat dan jaga apa punya ?.
      DAP patut-patut cakap ea aa , mau kasi lebeh loo oo ,itu jaga penting punya tempat maa ,pasat DAP manyak kuat punya kuasa maa a ,lain kali itu DAP mesti jadi MB ea aa .

      Delete
  2. ... 2 kali melePAS ...

    ReplyDelete
  3. tahniah che din pasai hang pun gerombolan yg tak bape suka PAS... aku wlau mcm mana pun tetap sokong Depa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca Teks penuh titah ucapan Sultan Selangor di Malaysiakini.. memang tau dh sapa yg keparat.. siapa musibat.. he he he..

      Delete
    2. Bukan tak suka PAS....dah berpuluh tahun berjuang untuk parti tu walaupun bermacam rintangan dihadapi.

      Yng kami tak suka sikap pemimpin yang membuat keputusan sendiri dan sering berubah pendirian. Pemimpin Islam tidak wajar berperangai demikian. Akhirnya terdedah juga hakikat sebenar bshawa presiden PAS cuba mempertahankan kepentingan sendiri yang diberikan oleh TSKI kepada menantu dan orang kepercayaan

      Delete
    3. Jangan kira Sutan nak cakap apa pun, hanya golongan amat tua atau pengundi saluran 1 sahaja yang suka akan kewujudan heraki yang tak membawa hasil langsung kepada bangsa dan negara apalagi agama Islam. Untuk golongan belia yang celik maklumat dan berpijak di alam nyata, pastinya heraki ini layak dimuziumkan sahaja. Rakyat susah semasa penjajahan British, mereka senang lenang, rakyat senang sedikit selepas menentang penjajah British maka mereka lagi senang, senang, senang lenang. Nak tahu manusia yang berakal? Semestinya tidak menyokong heraki ini yang tiada "value" untuk rakyat malah memakan hasil dari titik peluh rakyat. Kalau Sutan pun mengutuk ahli politik bermakna tahap mereka ini macam TV3 dan Utusan Melayu jugalah.......(semua belaan UMNO untuk mengigit rakyat). Kalau Sutan sanggup mengutuk, maka jangan heran kalau rakyat juga 1000x sanggup mengutuk.

      Delete
  4. Tengah tunggu berita wala' berhubung ketiga-tiga exco PAS akan diarahkan meletak jawatan oleh Tuang Presideng (merajuk sebab mahu 4 diberi 3). Entah siapa pula yang nak di "barua" kan oleh Tuang Presideng pada kali ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro 1Crony

      Sape kata PAS hanya dapat 3 jawatan Exco je? Kalau kita kira semua jawatan yang dilantik, PAS UNTUNG LAGI BESOU, DAPAT 5......5 JAWATANG BRO.

      Kiranya macam ini,

      3 EXCO + 1 TIMBALAN SPEAKER + 1 MB ( Sebab Azmin tu pilihan PAS) = 5 ! Hehehe.......

      Delete
    2. Mana ada PAS calonkan Azmin.PAS ni parti penipu orang je.

      Delete
    3. Pasal Pas x mau pemimpin dari kalangan wanita so Azmin buang Dr. Halimah exco Pas..tapi setiap kali sidang dewan Exco Pas kena tunduk dan akur pada Speaker wanita dari Dap...kah kah kah, kamu hina orang ALLAH hina kamu..

      Delete
  5. meludah kelangit akhirnya......

    ReplyDelete
  6. Din yg paling kecewa, kempunan tidak dapat menobatkan DSWA sebagai MB walaupun ada 30 SD. Buang kelaut je lah SD tu, tak laku pun. Lebih kecewa lagi DSAI , menangis tak berlagu, bini tak dapat jadi MB, nok minta mengadap pun tak ada sap enok layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang bodoh..DSWA & DSAI bukan nak sgt jawatan tu..ini strategi politik..dulu lg dia nk bg azmin tp TSKI xnk azmin..klu azmin dia xnk letak jawatan..skg sultan sendiri yg pilih azmin..parti PAS + UMNO + Khalid Ibrahim(PU..) pun xblh wat apa2..UMNO pun menikus sbb klu dia bising azmn ada rekod rasuah beerti diorg menderhaka pilihan sultan...Hahaha..mangkuk

      Delete
    2. Anwar dan Azizah tak rugi apa-apa kalau rakyat seperti kamu tidak mahu menyokong perjuangannya. Tapi kamu yang paling untung kelak kerana menyokong UMNO (barangkali), terutama tanggal April 2015 perkhabaran gembira bagi kamu kerana GST akan diperkenalkan dan 75% kenaikan harga pelbagai barangan pengguna dan petrol. Anwar dan Azizah pastinya mati kering kerana tak mampu nak menanggung semua itu tetapi tidak bagi kamu yang ada kad bebas GST kurniaan dari Ah Jib atau Din Ayam menantu Tuang Presideng Pencipta Amanat dari Rusila.

      Delete
    3. Selepas GE13, PKR nak tendang Khalid dan diganti dng Azmin. Pas tak setuju dan mahu kan Khalid juga.

      Akhir2 Khalid kena buang, image lebai Pas dan Hadi tercelar kerana cakap bersimpang siul dan dpt 3 jawatan Exco shj.

      Kalau Pas setuju dulu selepas GE13, tiadalah Kajang move utk buang Khalid.

      Delete
  7. Antara lebai2 Pas yang lantang menyibuk dlm isu MB Sgor dan mengatakan Wan Azizah tidak layak jadi mb ialah lebai Ahmad Yaakob dan lebai Nik Amar, MB dan TMB K'tan.

    Pengkalan Kubor akan mengkuborkan Kelantan juga pd GE 14.

    Dari menyibuk dlm isu dSgor, mengapa dua-dua lebai yg perasan lebeh hebat dari Wan Azizah ni tak jaga K'tan supaya tak terlepas kat Umno.

    Antara punca kekalahan diPengkalan Kubor ialah kehadiran Ketua Lebai flip flop Hj Hadi dlm ceramah Perdana Pas. Siapa nak percaya cakap lebai flip flop ni.

    Ni pertama kali dlm sejarah hidup, aku tak sedih Pas kalah walaupun aku phobia dengan Umno-parti rasuah. Mengapa ahhhh????.

    Pertama kali jugak aku mengharap Pas kalah. Semua gara2 lebai Hadi flip flop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi barua dah dapat hukuman tuhan.cakap takabur dan riak bila rasa dah kuat.bangsa tak sedar diri.haji jenis taik kucing.

      Delete
    2. Saya simpati kepada Pas kerana lama ditekan oleh kerajaan pusat dan penyokongnya banyak terdiri dari golongan luar bandar yang rata-rata berpendapatan rendah. Namun setelah melihat dengan jelas perbuatan khianat presiden dan ulamak-ulamak Pas dan penghinaannya terhadap presiden PKR Dr. Wan Azizah, nyata tiada kelebihan golongan ini daripada orang lain. Malah mereka lebih mencurigakan kerana menampilkan diri sebagai orang baik-baik tetapi mungkir janji, khianat dan angkuh.

      Delete
  8. Syukurlah dapat juga jawatan exco berbanding dulu2 satu kerusi di Selangor pun tiada.

    ReplyDelete
  9. tula bodoh sombong sangat..xkira pakai kopiah ke serban..insaf la

    Pepatah kata macam anjing dengan bayang-bayang..orang tamak selalu rugi.

    ReplyDelete
  10. Kalau Pas nak releven TGHH dan puak ug mesti berundur dari parti.

    Kalau nak wala tu biarlah kena perwatakan contoh nabi. Mana ada hadis nabi veto musywarah? Nabi ada tak fitnah dan caci umatnya depan org ramai. Itu baru nama pewaris nabi, bukan sebab pakai serban aje boleh iktiraf ulamak!

    ReplyDelete
  11. Pkr sudah tunaikan permintaan pas (tidak mau pemimpin wanita ).

    ReplyDelete
  12. http://m.malaysiakini.com/news/275862.html

    ReplyDelete
  13. PASMA apa lg? majoriti pengundi muda hendakan politik baru yg dipimpin olih golongan profesional.

    ReplyDelete
  14. Berbalik kepada tajuk rencana ini...PAS sudah jattuh ditimoa tangga...muja presideng terkena pula tahi ayam huhuhu nasib kau la Din Ayam

    ReplyDelete
  15. padan muke dgn pascartoon.perasan diri tu bagus sgt agaknya.jike bagus sgt pascartoon boleh berambus keluar dari pr rujuklah dgn umngoktoon tu balik dgn propaganda kerajaan perpaduan mereka tu.biar semua umngoktoon dgn kemelayuannya serta pascartoon dgn hududnya main wayang bangsa dan agame utk terus relevean di mate semua pengundi2.harap semua pengundi buke mate telinge awas dgn 2 parti ini.wayang mereka hanya merugikan negeri dan negara.nasib baik azmin masih ade belas ihsan bagi 3 kerusi jike sayelah jgn kate 3 1 kerusi pun aku tak bagi pade pengkianat mcm pascartoon tu,GO GO MU

    ReplyDelete
  16. ﻋﻤﺎﺩ الدين26 September 2014 at 23:45

    ﻭﻳﻤﻜﺮﻭﻥ ﻭﻳﻤﻜﺮﺍﻟﻠﻪ ﻭﺍﻟﻠﻪ خيرالماكرين

    ReplyDelete
  17. Bagi PAS, kalah di Pengkalan Kubur atau exco PAS di Selangor kurang satu. sebenarnya tak jadi masalah dan tak perlu sesiapa pun kesiankan PAS. Pada saya bukan matlamat PAS semata-mata nak menang pilihanraya atau nak jadi pemimpin. PAS bukan setakat parti politik tetapi juga gerakan islam yang perlu menjalankan dakwah islam. Dan Tuhan tak tanya menang atau kalah.

    Hampir semua gerakan islam di dunia setakat ini tidak menang dan kalau menang pun akan dikalahkan dengan apa cara pun. Contoh Ikhwan Muslimin di Mesir, menang dan Morsi jadi presiden, dilingkupkan oleh puak yang bersengkongkol dengan Yahudi dan Nosoro. Begitu juga HAMAS di Pelastin dan lain-lain negara Islam.

    Di Malaysia juga tidak terkecuali. Bukan setakat BN yang belasah PAS. PKR bersengkongkol dengan DAP pun balun PAS. Sudahlah di Perak dulu depa ini juga yang buat taik.

    Apa pun, dengan ucapan DYMM Sulatan Selangor baru-baru ini, PKR telah dibelasah rapat ke tanah kerana memfitnah bekas MB TSKI tanpa mengira di bulan Ramadhan yang mulia dan kesalahannya tidak dibuktikan di Mahkamah. Akhirnya TSKI tersungkur dengan fitnah dan tuduhan yang belum dibuktikan. Belum pernah dalam sejarah Malaysia Sultan berbuat demikian terhadap parti politik kecuali yang terbaru terhadap PKR.

    Sepatutnya PKR kena sedar diri dan malu dan patut lebih malu daripada Pegawai-Pegawai Kastam yang direman baru-baru ini sehingga menggunakan seluar dalam menutup wajah mereka yang hensem itu.

    Dengan kehancuran Gaza melibatkan ribuan yang mati syahid, dan di Mesir beratus orang Ikhwan Muslimin di gantung sampai mati, adakah gerakan islam telah kalah???????? tidak ... tidak...tidak... kecuali mereka yang masih berfahaman sekuler sahaja yang berkata demikian.

    Kalau ikut fahaman sekuler, dakwah Nabi Noh yang hidup hampir 1,000 tahun dan pengikutnya tak sampai 100 orang, tambah pula anak dan isterinya tidak ikut ajarannya, adalah seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Jika Pengkalan Kubur jadi perbandingan, dengan 7,000 undi yang diperolehinoleh PAS kira cunlah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas tak perlu hujah panjang.orang tak nak dengar cerita-cerita mengarut.tetapi PAS buat taik,belot pada rakan,cakap belit-belit dan PAS kata orang lain barua.Ini bukan islam.ini lebih teruk dari kapir laknat.kalau berjanji pun PAs dah mungkir,so PAs lebih baik jangan guna nama islam pada PAS dan mendakwa gerakan dakwah.umum melihat PAs lebih kurang macam umno.Parti yang cinta pada dunia.

      Delete
    2. Sour grape LA kau ni bang bp pas.

      Delete
    3. Orang yang dengar cakap Sultan...sah belum matang berpolitik.

      Sultan cakap merapik...cakap macam Hj Hadi. Buat apa nak layan dia. Dia bukan ada kuasa pun....tapi sangka ada kuasa.

      PKR nampak kematangannya dengan tidak melayan meroyan Sultan Sgor. Sebab apa? dia kurang pengalaman tidak seperti bapa dia, yg juga menjadi YDPA.

      Sultan Sgor ni pernah secara terbuka melepaskan geramnya secara public terhadap Khalid Samad dlm isu MAIS/JAIS, melepaskan geramnya kepada PKR/DAP kerana mengemukakan nama Adun yg mempunyai sokongan majority.

      Tingkah laku Sultan ni kebudakan..menyalahi majlis dng membuat ucapan politik.

      Orang bengong sja yang beri respect kepada apa Sulltan Sgor cakap,

      Delete
    4. Komen yg tak berapa matang..tidak sedar akan realpolitik Sgor.

      Sepupu Sultan Sgor adalah Raja Idris, yg dianggap olih kebanyakan orang 'Tim MB Sgor' selepas Khalid.

      Haji Hadi dan Stopa pi jumpa Khalid pd bulan puasa atas atoran Raja Idris. Itu bagai nak rak..Hj Hadi sokong Khalid tu.

      Sultan marah PKR...kerana tanpa Khalid..Raja Idris munkin hilang jawatannya dlm GLC Sgor. Tu pasal bagai nak rak condemn PKR.

      Ada faham tak. Jgn asyik main wala sahj.

      Delete
    5. Anon 15:22

      Memanglah PAS tak menjadi masalah kalau kalah 1000 tahun lagi pun. Tapi yang bermasalah ialah Tuang Presiden dan kepala otak kamu yang kemetot itu. Kamu bercakap macam duduk sekapal dengan paran anbia sedangkan memberi pendapat macam budak tak habis sekolah......Cuba cek balik fakta bodoh kamu tu....

      Delete
    6. Anon 17:45

      Pandangan dan pendapat kamu cukup baik walaupun ringkas. Masalahnya penyokong PAS ini terlalu ramai yang otak kemetot dan malas membaca serta tidak mahu berpijak di alam 'realiti'. Mereka dah menganggap Tuang Presideng setaraf 'Rasulullah' dan PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Sebab itulah Tun Mahathir semasa pemerintahan beliau langsung tidak gentar terhadap PAS walaupun bergunung-gunung 'doa laknat' yang dihamburkan kepadanya, sebaliknya doa laknat itu berbalik ke batang hidung pendoa-pendoa mereka. Contohnya Tuan Guru Nik Aziz yang selalu mendoakan kemudaratan kepada UMNO sebaliknya Allah SWT "U-turn" kan kembali doa itu kepada para pemimpin PAS dan tempiasnya kepada Nik Abduh (cinta keduniaan dan duniawi) begitu juga kepada pengganti beliau Ahmad Yaakob dan Nik Amar (Nik Balak). Fikirkanlah.....Kalau otak masih tak kemetot.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...