Tuesday 3 September 2013

Awas!! Selepas Minyak, Banyak Lagi Kenaikan Sedang Menunggu


Kerajaan mulai malam tadi menaikkan harga minyak petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen. Dengan kenaikan itu, harga semasanya menjadi RM2.10 sen dan RM2.00 seliter bagi diesel. Langkah kenaikan yang disifatkan Najib untuk pengukuhan ekonomi itu juga menyebabkan subsidi kerajaan keatas petrol kini menurun kepada 63 sen manakala untuk diesel menjadi 80 sen sahaja.

Kenaikan ini jelas tidak menggembirakan rakyat. Di alam maya, Najib menerima kritikan, cemuhan dan serangan yang berterusan sepanjang malam tadi. Bukan saja rakyat biasa yang rasa terbeban dengan kenaikan itu meluahkan perasaan dan kemarahan mereka, malahan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin dan ahli akademik, Dr Mazleee Malik juga turut aktif di twitter masing-masing dengan pelbagai maklumat yang berupa kritikan dan sindiran mengenai kenaikan itu.

Ahli-ahli politik pembangkang pula tentulah menggunakan peluang ini untuk menghentam dan mengkritik kerajaan semahu-mahunya, apalagi kenaikan petrol dan diesel ini umpama hadiah daripada Najib kepada rakyat sempena 100 hari kemenangan BN.

Buat pertama kali juga, pemimpin UMNO menjadi kurang aktif sama ada si facebook ataupun twitter. Selalunya jika timbul isu-isu sebegini, para pemimpin UMNO yang aktif di dunia sosial turut memainkan peranan mempertahankan apa yang dilakukan kerajaan, tetapi malam tadi ramai yang berdiam diri dan tidur awal agaknya. Mungkin mereka juga sudah tiada idea lagi untuk mempertahankan tindakan Najib itu.

Pengendali laman sosial yang pro UMNO dan kerajaan juga kelihatan pasif dan tidak tidak berdaya lagi mempertahankan langkah tidak bijak Najib itu.

Hanya Bung Mokhtar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan dan Pengerusi Felcra yang cuba mempertahankan dan menyokong kenaikan minyak ini tetapi beliau juga kemudiannya dikritik dan diserang hebat, termasuk mengaitkan dengan perkahwinan keduanya bersama aktres Zizie Ezzette.

Di alam nyata pula, kenaikan ini disambut dengan rungutan dan cebikan mulut daripada rakyat terhadap Najib dan BN. Mulai petang semalam, jalan mulai sesak kerana orangramai berebut-rebut keluar awal bagi mengisi minyak di stesen-stesen minyak sebelum harga baru bermula pukul 12.01 malam.

Ditambah dengan hujan yang turun sejak awal petang, kesesakan bukan saja berlaku di jalan-jalan raya, malahan juga di hampir semua stesen minyak. Ini jelas menggambarkan kenaikan 20 sen tetap memberi kesan kepada kebayakan rakyat dan mereka berusaha untuk menjimatkan perbelanjaan masing-masing sedaya yang mungkin.

Dilaporkan juga terdapat kejadian merosakkan stesen minyak berikutan rakyat menjadi marah selepas beratur lama untuk mengisi minyak, tiba-tiba diberitahu bekalannya sudah habis. Ini menggambarkan bukan saja kenaikan itu dibantah, malahan masa pengumuman mengenai kenaikan itu juga memperlihatkan sikap tidak bijak Najib sehingga mencetuskan suasana kelam-kabut dan panik di kalangan sesetengah rakyat.

Kenaikan minyak kali ini tidak disebut Najib sebagai kesan kenaikan minyak dunia tetapi lebih ke arah pengukuhan ekonomi dan mengurangkan defisit. Najib lantas memberitahu kenaikan harga minyak ini akan diseimbangkan dengan kenaikan BR1M yang akan diumumkan dalam Belanjawan pada Oktober nanti.

Terlihat di sini bahawa Najib mengambil pendekatan ekonomi "tutup lubang, gali lubang" untuk menyelesaikan masalah. Dengan subsidi petrol dan diesel yang dapat dijimatkan, ia kemudian akan disalurkan pula melalui BR1M. Walaupun pemberian tunai BR1M ini mendapat kritikan daripada Mahathir tetapi nampaknya Najib akan terus menggunakan pendekatan itu untuk mengambil hati orang-orang kampung dan rakyat berpendapatan rendah, malah sudah membayangkan akan menaikkan lagi jumlahnya. Kali ini mungkin menjadi RM700, RM 1000 ataupun mungkin juga menjadi RM1200.

Kesan kenaikan petrol dan diesel ini tentu saja akan menyebabkan kenaikan harga-harga barang di pasaran. Walaupun Najib mengingatkan peniaga tidak menaikkan harga barang, tiada jaminan kawalan ataupun penguatkuasaan akan diambil terhadap peniaga yang ingkar. Ia hanyalah sekadar peringatan semata-mata.

Ini bermakna belum pun BR1M dilaksnakan, beban kenaikan harga barang sudah menyusah dan mengeringkan lagi poket rakyat. Bagi yang tinggal di Lembah Kelang dan bandar-bandar lain dan tidak layak pula menerima BR1M, kenaikan harga minyak dan disertai dengan kenaikan harga barang keperluan harian umpama "pontianak" yang menghisap poket mereka sehingga kering setiap hari.

Kenaikan harga minyak ini juga berlaku dicelah-celah ura-ura kerajaan mahu menaikkan tarif elektrik dan melaksanakan cukai GST yang mungkin akan diumumkan dalam Belanjawan nanti. Walaupun propa kerajaan melalui Mahahdir Khalid mengatakan kenaikan elektrik dijamin tidak membebankan rakyat, sebenarnya asal saja namanya kenaikan, ia tetap memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Kerajaan juga bertegas mahu melaksanakan GST. Idris Jala yang merangka mengenainya sudah pun membayangkan hakikat itu. Masalahnya hanyalah berapa peratus saja, mungkin 5 peratus, mungkin 4 peratus dan sebagainya. Namun ia pasti akan dilaksanakan oleh Najib. Tunggu saja berita "gembira" ini dalam Belanjawan nanti.

Jika kenaikan petrol dan diesel dianggap hadiah 100 hari kemenangan BN kepada rakyat, sebenarnya banyak lagi hadiah-hadiah dalam bentuk penambahan cukai, kenaikan harga barang dan peningkatan kos hidup akan dilaksanakan oleh Najib dari semasa ke semasa. Kenaikan minyak adalah permulaannya dan lepas ini akan disusuli dengan tarif elektrik dan cukai GST pula.

Lepas itu cukai dan kenaikan yang entah apa-apa pula akan diumumkan. Mungkin juga harga minyak akan naik lagi.

Bagaimanapun di sebalik semua kenaikan ini, masih lagi ada sesetengah rakyat yang berkata, syukurlah Malaysia masih aman! (SH 03/09/2013)

16 comments:

  1. Makcik pakcik cap merah putih kat kg, dah x sabar nak topup RM10,masuk RM9.40. nasib baik lagi beli tiket bas lompat2 pun tax 6% ..

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada pengundi BN. Pru akan datang undilah lg BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujan aje yang turuun... lain2 semua naik...

      Delete
  3. terima kasih kepada rakyat yang bengong dan goblok..sekarang sudah nampak siapa yang kena.. jangan marah haaa..sudah kena jual

    ReplyDelete
  4. HADIAH TERBAIK UNTUK PENGUNDI-PENGUNDI BN..

    ReplyDelete
  5. Inilah hari yang saya amat bangga, 2 September 2013 ampunya cerita, Petrol dan diesel diumum oleh Ketua UMNO/BN naik harga, lepas ni kita tunggu pula barang harian naik juga, baru lah padan muka kita, pada mereka yang X Depa.

    ReplyDelete
  6. kepada pengundi bn "middle finger" utk anda semua. tq

    ReplyDelete
  7. Hah.. Minyak petrol.. Membkar hati rakyat jelata..

    ReplyDelete
  8. Padan muka, pakcik dan makcik felda!

    ReplyDelete
  9. Penyokong BN patut bersyukur dan berterima kasih kepada Najib dan UMNO kerana prihatin terhadap masalah rakyat. Inilah buktinya rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Bijak sungguh Najib...hulur BR1M seketul sesekali saja ( nampak besar nilainya dimata orang bengap dan bodoh ) tapi menarik 20 sen berkali kali dalam sehari setiap hari selamanya daripada rakyat ). Saya percaya sibodoh dan sibengap akan terus menyokong Najib dan BN kerana nyawa mereka telah digadai kepada parti berkenaan.

    ReplyDelete
  10. bersyukur kita kepada kerajaan kerana menaikan minyak 20sen seliter.kenaikan ini di lakukan setelah datuk najib mendengar denyut nadi rakyat dan ianya sebuah janji yang di tepati.marilah kita bergumbira dengan kenaikan ini.hahahahahha sebuah hadiah dari umno untok rakyat malaysia.bravo datuk najib gua caya lu

    ReplyDelete
  11. Tuan,

    Akhirnya apa yang saya katakan mengenai Najib terbukti dengan kenaikan Ron 95 malam tadi. Najib sanggup melakukan apa sahaja ( cerita altantuya juga ke?) demi nak menyelamatkan diri dia sorang....Terlalu banyak jika kita senaraikan, berbohong untuk mendapat sokongan untuk kepentingan dirinya sorang adalah personaliti terungul Najib: dia umpan macam-macam untuk dapatkan sesuatu, bila dah dapat dia mungkir, dia gigit balik tangan-tangan yang menyokongnya! Tanyalah penggundi kuala besut tempohari....tanyalah penggundi PRK Tenang tempohari...

    Alasan Najib menaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen adalah untuk merasionalkan subsidi dan mengurangkan defisitdan hutang negara.....cantikkkkk!! Bagi meringankan beban kepada rakyat yang berpendapatan rendah mnangani kenaikan ini, BRIM akan diteruskan....

    BRIM ini bukan subsidi ke? Apa punya rasionalisasi niiiiii????.....Ia adalah sebenarnya satu helah dan usaha untuk menipu namanyaaaaaaa....... Tindakan menjamin kemampanan ekonomi bukan ini je caranya.

    Mengurangkan defisit dan hutang negara??....hehehe kepala hotak kaki penipu punya auta! Jika kita lihat pecahan hutang negara : Hutang negara yang dibuat oleh Najib selama 5 tahun ( lebih RM 200 Billion) ADALAH JAUH LEBIH TINGGI DARI JUMLAH HUTANG NEGARA DARI SEJAK MERDEKA HINGGA 2009!. Sepatutnya dengan hutang yang begitu besar yang dibuat , EKONOMI KITA SEPATUTNYA BEGITU CEMERLANG! Ekonomi negara sepatutnya begitu outstanding. PERSOALANNYA KEMANA PERGINYA DUIT-DUIT YANG BEGITU BANYAK.Malah,sepatutnya Najib juga sudah berjaya mengurangkan defisit perbelanjaan negara. Kemana perginya duit-duit tersebut?

    Kerja siapa yang menyebabkan keadaan ekonomi negara begitu terok hari ni? Tangan siapa yang menyebab ekonomi negara jadi cacamarba seperti hari ini?TGNA? Dato Haron Din?

    Yang kita perhatikan cara perbeanjaan najib menggunakan wang negara begitu tidak bertanggungjawab sekali. Wang negara yang sepatutnya digunakan untuk kesejahteraan rakyat diguna untuk kepentingan politik peribadi dan UMNO. Dia tabur duit rakyat untuk kepentingan politik peribadinya macam duit dia dan UMNO untuk menipu rakyat terutama diluar bandar untuk memujuk memberi kemenangan di dalam PRU 13. Bila dah menang, bila dana negara sudah mula tenat maka mulalah menekan rakyat untuk mendapatkan dana dengan memberi alasan-alasan yang tak masuk akal!

    Apakah dengan menaikkan harga petrol/Diesel sebanyak 20 sen ini adalah cara Najib berterimaka kasih dengan sokongan golongan rakyat di luar bandar yang memenangkan beliau dan menyelamatkannya dalam PRU 13 lalu?

    BRIM yang akan diberikan Najib nanti akan meringankan beban rakyat akibat kenaikan petrol/diesel kali ini?.....hahahaha....untuk selama mana? sebulan? dua bulan? habis tu baki bulan-bulan selepas tu macamana? Aneh sungguh cara Najib menunjukkan terima kasih beliau kepada rakyat terutama yang diluar bandar yang telah menyelamatkan beliau di dalam PRU 13 yang lalu.

    Cerita tentang kenaikan tarif elektrik dan perlaksanaan GST aku tak mahu ulas le sebab hati dah panas mengelegak dengan isu kenaikan petrol/diesel ini. Yang pasti Najib akan mencipta perlbagai alasan-alasan bodoh untuk menipu rakyat agar dapat melaksanakan keduanya kerana keadaan ekonomi kita sebenarnya sudah begitu begitu tenat. Dia peduli apa dengan rakyat.......janji dia selamat sorang!

    bat8

    ReplyDelete
  12. Beginilah kisahnya melayu kena tipu dengan melayu bangsawan. Baik lagi letak cina jadi PM...tipah tertipu...aduh hai

    ReplyDelete
  13. Aku tak mau pendidikan percuma. Aku mau PTPTN diteruskan kerana aku mau berhutang, Malah aku gumbira sangat kerana 3 orang anak aku di kolej & IPT semuanya telah berjaya menjadi si penghutang. Dan kelmarin tambah menggembirakan aku bila Najib umumkan kenaikan harga minyak. Syukur dan terima kasih juga kepada Najib kerana bermurah hati menaikkan harga minyak. Malah aku gembira sangat kerana PETRON yang berkait dengan pengasas parti aku ( UMNO Baru ) akan buat untung besar. Terima kasih banyak banyak kerajaan Malaysia yang PRITAHI ! Dan ucapan terima kasih aku untuk semua kawan kawan yang telah mengundi UMNO BN dalam GE 13 lepas. Kalian telah membuat keputusan yang tepat kerana kalian juga seperti aku yang suka berhutang, suka kalau minyak dan harga barang dan segala macam naik. Hanya dengan kenaikan minyak ini saja rakyat akan lebih makmur dan bahagia. Dan aku pasti penyokong UMNO BN tak akan naik minyak kerana minyak naik. Dan kalau menteri menteri UMNO BN naik atas perut anak pompuan penyokong UMNO BN pun mereka akan terus bersyukur juga. Janji dapat sekupang dua lantaklah apa pun nak naik. Jangan sampai yang satu tu tak naik sudahlah kerana jiwa kacau " buying power " dah menyusut hari demi hari non stop.

    ReplyDelete
  14. Inilah masalahnya bila seorang yg tidak tahu memerintah cuba utk memerintah w/pun melalui undi tipu .ibarat seorang penyamun yg ingin jadi pemimpin negara walau dgn apacara sekali termasuk tipudaya dan umpan rasuah rakyat...hasilnya rakyat menderita.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...