Thursday, 5 September 2013

Apabila Di Mata Nazri Semua Orang Bodoh Belaka


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz terus menjadi bahan sorotan media sejak kebekalangan ini. Jika dulu beliau kerap menjadi perhatian kerana tugasnya sebagai menteri yang menjaga Parlimen, kemudian disusuli dengan pelbagai hal berkaitan anaknya, kini kerana kekerapannya mengeluarkan perkataan "bodoh" pula.

Beliau menggelarkan Pengarah Strategik PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai "bodoh" apabila menyarankan menteri-menteri kabinet menggunakan duit sendiri untuk mengisi minyak kenderaan masing-masing sebagai tanda mahu bersama-sama mengurangkan beban kewangan kerajaan, di samping untuk merasai sedikit keperitan rakyat yang terpaksa mengalami peningkatan kos hidup.

Sebelum itu, Nazri juga menggelarkan Lim Kit Siang sebagai "bodoh" apabila veteran DAP itu mencadangkan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung peristiwa 13 Mei bagi mengelakkan isu itu menjadi polemik yang berterusan dan menjadi bahan propaganda politik pihak-pihak tertentu.

Jika anak-anak begitu dilarang menggunakan istilah "bodoh" sama ada kepada adik-beradik atau rakan sepermainannya, begitu juga ia dianggap tidak sopan digunakan di sekolah-sekolah, Nazri sebaliknya mungkin mencatat rekod sebagai pemimpin negara yang paling kerap melafazkan perkataan "bodoh" itu.

Yang dicatat media, mungkin hanya Rafizi dan Lim Kit Siang yang "dibodohkannya" tetapi mungkin lebih ramai orang yang disanggahnya atau tidak sependapat dengannya, turut dilabelnya "bodoh" juga. Kepada Rafizi dan Lim Kit Siang, ungkapan "bodoh" yang ditujukan kepada kedua-dua mereka oleh Nazri pula mungkin bukan sekali, malah berkali-kali.

Kalau itu diambil kira, rekod Nazri dalam mengungkapkan perkataan "bodoh" mungkin lebih menjulang lagi. Mungkin mencapai taraf Asia, kalau pun tidak di peringkat dunia.

Sebagai pemimpin, apatah lagi berbangsa Melayu dan beragama Islam yang selalu dikenali dengan wajah sopan santun dan berbudi bahasa, kelancangan Nazri mengeluarkan perkataan "bodoh" dengan begitu kerap bukan saja mengejut dan menggelikan banyak pihak, bahkan menggambarkan imejnya sebagai pemimpin UMNO yang angkuh, sombong dan sedikit bongkak.

Dalam masa yang sama, keinginannya untuk menghayati slogan "berubah" yang selalu dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri ternampak masih jauh panggang dari apinya.

Jika pun tidak bersetuju dan ingin menyanggah hujah, bukankah lebih manis jika menggunakan fakta dan bahasa-bahasa yang sopan serta indah. Ia bukan saja lebih mudah diterima oleh orang yang mendengarnya, bahkan menggambarkan kedudukan seseorang yang bergelar pemimpin itu memang jelas berbeza dengan rakyat biasa.

Dengan mengungkapkan perkataan "bodoh" sesuka hati dan mudah emosional, Nazri tidak meletakkan imej dirinya, UMNO dan kerajaan yang dianggotainya lebih tinggi di mata rakyat. Rakyat malah membenci dan mencebiknya, bahkan ada yang berkata, jika BN menang lebih daripada 133 kerusi, kesombongan dan keangkuhannya mungkin lebih melangit lagi.

Setelah beliau melabelkan Rafizi sebagai "bodoh", Rafizi kelhatan tetap tenang dan ingin belajar kepintaran Nazri dengan mengajaknya berdebat pula. Nazri sekali lagi menunjukkan kesombongannya dengan berkata, beliau yang "somebody" tidak akan membuang masa berdebat dengan Rafizi yang dianggapnya "nobody" itu.

Nazri nyata berbeza dengan KJ yang turut diajak berdebat oleh Rafizi, tetapi telah menjawab dengan sopan dan penuh kematangan. Tanpa mengeluarkan perkataan "bodoh", "somebody" atau "nobody", Menteri Belia dan Sukan itu mengatakan tiada keperluan lagi untuknya berdebat dengan Rafizi di pentas terbuka kerana Rafizi kini sudah menjadi Ahli Parlimen dan sebarang isu boleh dibangkit dan dihujahkan di Dewan Rakyat.

Dalam hal ini, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim turut menyindir Nazri di twitter dengan mengatakan Rafizi bukanlah "nobody" tetapi seorang yang berani, malah mempertikaikan di kalangan 30 orang menteri kabinet yang ada, tiada seorang pun yang berani menyahut cabaran debat itu.

Dalam apa juga keadaan, sama ada kerana dendam kesumat atau ada batu besar terbuku di hati, tindakan Nazri sesuka hati dan selancangnya mengeluarkan perkaraan "bodoh" tetap dianggap tidak sopan dan kurang manis. Malangnya, Nazri bukanlah budak sekolah atau anak kecil lagi yang boleh ditegur atau dinasihati.

Barangkali di mata Nazri, semua orang adalah "bodoh-bodoh" belaka.(SH 05/09/2013)

7 comments:

  1. Pada nazri semua adalah bodoh termasuklah NAJIB n MUHYIDDIN

    ReplyDelete
  2. Tuan, selalunya orang yang kepalanya botaklah yang selalu bodoh. Orang yang suka mengatakan orang lain yang bodoh adalah orang yang dia sendiri sememangnya bodoh. Sebab takut pada bayang-bayang sendiri.

    Nazri ni memang bodoh sebab takut pada orang lain yang lebih hebat dari dia,satu jalan pintas adalah mengatakan orang lain bodoh, nobody dan sebagainya.Inilah sebenarnya ciri-ciri manusia bodoh macam otak lembu...

    ReplyDelete
  3. Nazri bukan sekadar angkuh, sombong dan ego tapi juga jenis "kurang ajar" kalau pun tidak " haram jadah ". Nak tahu perangai sebenar Nazri, tengoklah perangai anaknya Nedim Nazri sanggup menyondol membabi buta ala "khinzir" asalkan tindakannya itu membahagiakan " tuan besarnya ". Asal saja siapa tuannya, dialah " yes man " terbaik. Kalau tak percaya boleh tanya hal ini kat Tun Mahathir.

    ReplyDelete
  4. Nazri bolih mampus for all I care.

    ReplyDelete
  5. Alahai apa yang susah sangat...Nazri bukan bodoh yang bodoh ialah orang padang rengas...

    ReplyDelete
  6. Nazri ni kalau tak da kuasa mcm anjing kurap tepi jalan je..tiada siapa peduli... kelulusan undang2 tahi kucing.

    ReplyDelete
  7. ko tunggulah masa ko dah takde kuasa...baru tau langit tu tinggi rendah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...