Sunday, 15 September 2013
Kenapa Hanya Mukhriz Disyaratkan Minta Nasihat Presiden Jika Mahu Bertanding?
Pemegang jawatan nombor satu Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi mengambil langkah yang dianggap mengejutkan apabila mencadangkan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir mendapatkan nasihat dan pandangan daripada Presiden UMNO, Najib Razak terlebih dahulu sebelum memutuskan mahu bertanding jawatan nombor tiga itu dalam pemilihan akan datang ini.
Menurut Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, Najib mungkin mempunyai pandangan yang tersendiri berhubung calon bagi jawatan itu kerana ia menyentuh hubungan kerjasama dengan mereka dalam menentukan hala tuju parti.
"Saya beri pandangan, jika mahu memasuki gelanggang ini, berbincang dulu dengan presiden parti. Dapatkan nasihat atau pandangan daripada presiden parti.
"Tentu presiden parti mempunyai pandangan yang tersendiri tentang hasrat seseorang yang mahu berada di tahap kepimpinan nombor tiga dalam parti dan pandangan presiden harus diambil kira sebelum sesuatu keputusan muktamad dibuat," jelas Zahid sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama.
Zahid berkata demikian ssbagai mengulas pertanyaan mengenai hasrat Mukhriz, anak bongsu bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang dilaporkan sedang menimbang kemungkinan untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Sebuah blog baru-baru ini telah membuat undian daripada orangramai dan hasilnya mendapati Mukhriz paling dikehendaki bagi menduduki jawatan itu dengan mendapat undian paling tinggi.
Dalam UMNO pula, berikutan kejayaan BN menawan semula Kedah, di samling pengaruh Mahathir yang dilihat masih kuat dan antara penyumbang kepada kemenangan BN dalam pilihanraya lalu, ramai yang berpendapat Mukhriz perlu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan akan datang ini.
Selain tiga penyandang Naib Presiden sedia ada iaitu Zahid, Hishammuddin dan Shafie Apdal, Isa Samad dan Ali Rustam sudah pun mengumumkan penyertaan mereka dalam persaingan merebut jawatan itu.
Soalnya, kenapa hanya Mukhriz yang diminta oleh Zahid mendapatkan pandangan daripada presiden terlebih dahulu untuk bertanding Naib Presiden UMNO sedangkan ketika Isa Samad dan Ali Rustam mengumumkan bertanding, beliau mengalu-alukannya?
Apakah Mukhriz tidak dialu-alukan untuk bertanding untuk sama-sama memeriahkan demokrasi serta transformasi dalam parti?
Adakah kerana Zahid takut kalah apabila meminta Mukhriz mendapatkan nasihat presiden parti terlebih dahulu? Atau barangkali bimbang kedudukan nombor satunya bakal terlucut? Atau mungkinkah pada penilaian Zahid, Mukhriz masih terlalu junior dan belum layak lagi berada di kerusi nombor tiga itu?
Adakah juga Isa Samad dan Ali Rustam dialu-alukan kerana pada pandangan Zahid, orang pencen seperti kedua mereka itu tiada taring lagi dan tidak mengancam kedudukannya? Bukankah jika ikut logik, Isa Samad dan Ali Rustam lebih perlu mendapatkan nasihat presiden kerana penyertaan mereka tidak menyumbang apa-apa kepada transformasi, selain kacau daun saja?
Kepada Zahid juga, perlu ditanyakan soalan, sejak bila mahu bertanding jawatan Naib Presiden memerlukan nasihat dan pandangan daripada presiden parti dan adakah ketika beliau mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda dan Naib Presiden sebelum ini, beliau pernah meminta nasihat dan pandangan daripada presiden parti?
Pandangan Zahid mengenai Mukhriz ini bukan saja menimbulkan persoalan, malah menjengkelkan banyak pihak. Setelah jawatan presiden dan timbalan presiden mahu dikongkong daripada ditandingi atas alasan menjaga keharmonian parti, kini jawatan naib presiden pula mahu diletakkan kunci daripada berlakunya transformasi dan penyertaan daripada pemimpin-pemimpin muda.
Dalam suasana UMNO sekarang yang bukan saja ada demokrasi tetapi juga transformasi, penyertaan pemimpin muda untuk berada di landasan yang sewajarnya tidak seharusnya disekat. Tambahan pula, dalam konteks pasca pilihanraya, kehendak dan keperluan kepada kepimpinan daripada golongan muda terlihat amat mendesak jika UMNO mahu terus kekal dan relevan dalam perhatian rakyat.
Naib Presiden UMNO adalah wadah untuk golongan pelapis. Tidak pernah perebutan jawatan itu menimbulkan masalah dan perpecahan kepada parti. Dalam ketiga-tiga penyandangnya pula, walaupun ada yang masih ditakrif muda seperti Hishammudin dan Shafie Apdal, tetapi isu dan pertikaian terhadap mereka juga bertimbun banyaknya. Penerimaan terhadap mereka masih berbelah bagi.
Zahid pula, sebagaimana yang banyak ditulis sebelum ini, walaupun popular dan mendapat undi tertinggi, beliau sudah terkeluar daripada kategori pelapis berikutan usianya lebih tua daripada Najib. Begitu juga Muhyiddin yang kini menjadi timbalan presiden, turut lebih tua daripada Najib.
Mustahil apabila Najib bersara nanti, kedua-dua mereka, Muhyiddin dan Zahid menjadi penggantinya. UMNO akan kelihatan mundur ke belakang jika itu berlaku. Sebab itu perlu lebih ramai pemimpin muda diberi peluang berada di kedudukan penting mulai sekarang.
Mukhriz dan Khairy Jamaluddin adalah antara pemimpin muda yang perlu diketengahkan, ditonjol dan diberi peluang. Beberapa lagi pemimpin muda juga seharusnya diberi peluang menduduki kerusi Majlis Tertinggi. Menyekat mereka atau salah seorang daripadanya dengan pelbagai alasan yang direka-reka hanya akan menjadikan UMNO semakin tidak relevan di mata rakyat.
Sementara ramai pemimpin bercakap, utamakanlah parti daripada kepentingan peribadi, inilah masa untuk membuktikannya. (SH 15/09/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mukhriz ok ...KJ jangan
ReplyDeletePemimpin UMNO mesti ada jiwa Melayu
KJ tiada jiwa Melayu ... jiwanya lebih kepada PR
Nanti hancur bangsa Melayu jika UMNO mempunyai pemimpin sepeti KJ
Ingatkan zahid ni cerdiklah sikit sebab dia tua rupanya bodoh juga. I lost my respect towards him. I support mukhriz and condemn hisham sapie isa and ali rustam. Go mukhriz
ReplyDeleteJika keinginan Mukhriz masuk gelanggang perlu mendapatkan keizinan presiden bermakna kewibawaannya bukan lah hebat sangat untuk bersaing dengan ahli yang lain walaupun beliau tidur bertilamkan ringgit malaysia.
ReplyDeleteTindakan Zahid itu adalah memberi isyarat kepada Mukhriz bahawa pertandingan kali ini berbeza dari yang dulu.
Bergantung pada pengaruh Tun Mahathir semata-mata untuk menang tidak memberi banyak harapan. Pertandingan kali ini bukan saja perlu bagi rasuah pada orang tertentu yang kendalikan pertandingan melalui orang ketiga tapi ketrampilan sebagai melayu kurang ajar juga perlu ada sebagai "tanda hero" membela nasib bangsa itu.
Perbuatan meminta izin itu juga mencermin Mukhriz sebagai anak bapak yang tiada kekuatan untuk berdikari menentang lanun-lanun yang sedang kemaruk mahu berkuasa,...
Ianya satu peringatan kepada anak lanun apabila bertanding mesti menang demi menjaga maruah bapa segala lanun.
Tuan Shahbudin, antara sebab Zahid ckp mcm tu ialah krn pemimpin tertinggi umno (presiden, timbalan, 3 naib presiden) dah bincang sesama mereka dan memutuskan utk mengekalkan diri sendiri. mereka mau status quo (barangkali termasuk ketua wanita & pemuda, ketua pu3 dah lepas umor). 3 naib presiden dah selaraskan jentera dan dah mula berkempen secara kapal (walaupun bertentangan dgn etika pemilihan umno). maka dakwaan pemilihan kali in i demokratik, inklusif terbuka adalah pembohongan. sesudah perwakilan dilebarkan kpd 150,000 berilah merka kuasa sebenar utk memilih pemimpin tertinggi. jgn la diator & dipaksa dari atas. apakah 3 naib presiden tu kesemuanya sudah perform & mesti dikekalkan? perancangan ini utk kepentingan ahli terbanyak parti atau utk memastikan pemimpin tertinggi & anak beranak sepupu sepapat mereka?
ReplyDelete