Saturday, 7 September 2013

Mencabar Najib Bukan Lagi Suatu Keperluan, Tetapi Kewajipan


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kini membayangkan kemungkinan beliau bakal mencabar Najib bagi jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan pada 19 Oktober depan. Walaupun memberitahu bahawa beliau belum memutuskan perkara itu tetapi katanya, " hasrat itu ada tetapi belum ada keputusan lagi".

Namun katanya, segala-galanya akan terjawab pada hari pendaftaran pada 28 September nanti.

Sejak beberapa lama nama Tengku Razaleigh dan Muhyiddin Yassin telah menjadi sebutan sebagai pemimpin yang dikatakan akan mencabar kedudukan Najib bagi jawatan Presiden UMNO. Keadaan itu bukan saja berdasarkan keputusan pilihanraya yang menyaksikan BN lebih terperosok berbanding pilihanraya 2008 tetapi juga disebabkan pelbagai isu yang melingkari kepimpinan Najib.

Muhyiddin juga sehingga ini belum membuat keputusan rasmi tentang jawatan yang bakal ditandinginya tetapi besar kemungkinan hanya mengekalkan jawatan Timbalan Presidennya saja berikutan beliau dilihat hanya bergantung kepada kekuatan dan sokongan Mahathir semata-mata jika ingin mencabar Najib. Memandangkan Mahathir sudah membuat kenyataan mahu kedua-dua jawatan tertinggi itu dikekalkan, kekuatan Muhyiddin untuk mencabar Najib juga turut tidak berkembang.

Ini menjadikan hanya Tengku Razaleigh atau Ku Li yang tinggal sebagai satu-satunya pencabar Najib yang dirasakan sesuai.

Namun Ku Li, walaupun agak veteran, beliau ada kekuatannya yang tersendiri. Rekodnya yang sarat dengan pelbagai sumbangan dan kecemerlangan sebelum ini, imejnya yang bersih, peribadi yang terpuji dan keyakinan terhadap kemampuannya melakukan perubahan adalah sandaran yang selalu diperkatakan. Sejarahnya yang hanya kalah 43 undi ketika menentang Mahathir pada 1987 seringkali menjadi sebutan.

Jika beliau memutuskan untuk bertanding, ia adalah semata-mata untuk berkhidmat serta memperbaiki banyak kerosakan yang ada dalam UMNO sekarang dan tidak mahu melihat UMNO dan kerajaan terus terumbang-ambing di mata rakyat.

Walaupun belum pasti beliau akan mencabar Najib dan kita terpaksa menunggu sehingga 28 September ini untuk mengetahui kedudukan sebenarnya, sekurang-kurangnya bayangan yang diberi oleh Ku Li itu merupakan harapan kepada sebahagian orang yang kecewa melihat kepada apa yang berlaku kepada UMNO dan negara sekarang.

Baik di dalam UMNO mahupun rakyat biasa, kritikan kepada Najib kini semakin membesar. Jika sebelum pilihanraya, kritikan banyak terarah kepada pemborosan dan pembaziran isterinya, kepimpinan yang lemah, pendekatan yang merugikan Melayu, lebih memanjakan kaum Cina, rasuah, penyelewengan, ketelusan kerajaan dan sebagainya, keadaan ini nampaknya menjadi lebih parah lagi sekarang ini.

Kelemahan dan ketidakuayaan Najib sebagai pemimpin dan Perdana Menteri meliputi hampir semua segi. Tidak saja rakyat biasa yang bercakap mengenainya, bahkan ramai ahli dan pemimpin UMNO juga bercakap mengenainya. Berbuallah dengan kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO, topiknya mesti tidak terlepas daripada memperkatakan tentang kelemahannya.

Jika sebelum Najib menjadi Perdana Menteri, pemborosan keluarga pemimpin lebih berkaitan mengenai rumah atau kereta besar, tidak ada sesiapa terbayang pemborosan di eranya sehingga ke peringkat membeli cincin bernilai RM24 juta boleh berlaku di ketika masih ramai orang Melayu masih miskin, berpendapatan bawah RM3000 sebulan dan sering digula-gulakan dengan bantuan BR1M.

Mujurlah isu cincin itu menjadi kecoh dan ia akhirnya dipulangkan kepada penjualnya, jika tidak, kita mungkin menyaksikan lebih banyak lagi barang kemas yang mahal-mahal menjadi kebanggaan dan penanda aras betapa mewahnya kehidupan keluarga seseorang pemimpin di negara ini.

Selain meneruskan pendekatan memanjakan kaum Cina walaupun diketahui tidak disokong oleh kaum itu dalam pilihanraya, Najib juga meneruskan banyak perkara yang dilakukannya sebelum pilihanraya lalu sehingga menyebabkan BN hanya menang 133 kerusi sahaja. Ekonomi masih lembab, hutang makin bertambah, defisit makin memburuk, belanja masih boros, pengangguran makin tinggi, jenayah berleluasa dan pelbagai lagi kelemahan dalam megurus kerajaan.

Ramai kalangan dalam UMNO yang dulunya mempertahankan Najib, kini secara terbuka mengkritik dan membelasah beliau secara terbuka. Pelbagai gelaran dan kata-kata yang tidak manis mulai secara terang-tangan dilabelkan kepada Najib. Tiada lagi lagi rasa segan untuk menegur dan mengkritiknya, malah memaki hamun sekali pun. Kebimbangan terhadap kelemahan Najib yang berterusan bukan saja dijangka menjerumuskan negara ke lembah yang lebih berselut tetapi juga memungkinkan UMNO dan BN akan hilang kuasa dalam PRU 14 nanti.

Isu mengenai Pemandu atau Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan yang bertali arus didedahkan kepincangannya sejak kebelakangan dalam media baru menelajanjangkan lagi "panau dan kurap" yang selama ini terlindung dalam pentadbiran Najib. Pemandu yang diketuai oleh Idris Jala dan mirip seperti peranan "budak-budak tingkat 4" ketika era Pak Lah, bukan saja didedahkan dengan pegawai kanannya yang tidak bermoral, kecenderungan terhadap bangsa asing dalam pengambilan kakitangan, kebergantungan kepada konsultan luar, malah turut dikaitkan dengan pembaziran operasi sehingga RM337 juta sejak empat tahun lalu.

Dengan segala kepincangan dalam Pemandu itu tetapi prestasi ekonomi dan kerajaan tidak juga bertambah baik, malah yang lebih dikesali Nalib nampaknya tidak belajar daripada kemelut "budak-budak tingkat 4" yang menjadi punca utama kejatuhan Pak Lah dulu. Najib bukan saja mengulangi kesilapan itu, malah meletakkan kebergantungannya kepada golongan penasihat mirip "budak-budak tingkat 4" dalam skala yang lebih besar lagi.

Hari ini Pemandu bukan saja dikritik hebat, malah sehingga dicadangkan ditutup operasinya dan diminta menggunakan sepenuhnya peranan EPU sebagai tangan penting dalam pengurusan ekonomi negara. Ia jelas menggambarkan kelemahan Najib dan gejolak rasa kebanyakan ahli UMNO terhadap Pemandu tidak jauh bezanya dengan kemarahan mereka terhadap "budak-budak tingkat 4" suatu ketika dahulu.

Daripada hampir semua segi, Najib terlihat lebih lemah dan jauh lebih buruk dari Pak Lah. Sebab itu, bagi kebanyakan pendapat dalam UMNO, mencabar Najib bukan lagi suatu keperluan atau sekadar ingin memberi pilihan kepada perwakilan UMNO dalam memilih pemimpin, bahkan ia sudah menjadi suatu kewajipan.

Walaupun belum pasti, namun Ku Li satu-satunya sandaran kewajipan itu ketika ini.

Ku Li mungkin agak veteran dari segi usia tetapi pengalaman, daya juang dan kemampuan berfikirnya tidak pernah tua atau dimakan usia. Idea dan pandangannya dalam banyak perkara masih kelihatan segar dan sesuai dengan zaman. Beliau mempunyai keluarga yang cukup sederhana dan tidak bermewah. Isterinya juga tidak pun kenal dengan cincin RM24 juta.

Dalam usianya sekarang juga, niat Ku Li hanyalah ingin berkhidmat dan memperbaiki segala benda yang rosak saja. Khidmatnya pasti tidak lama. Pemimpin muda boleh mulai beratur dengan selesa di belakangnya untuk mengambil alih baton kepimpinan negara sebaik saja tugasnya selesai nanti.

Cuma, ketika banyak orang dalam UMNO bercakap tentang kerosakan dan ingin memperbaikinya, bimbang dengan kelemahan Najib yang membahayakan negara, pembaziran, pemborosan, Pemandu yang dikatakan berada di laluan bengkang-bengkok, risau BN mungkin hilang kuasa dalam PRU 14 nanti dan menyebut perkataan transformasi berulangkali setiap hari, semua kata-kata itu haruslah dibuktikan dengan perbuatan juga.

Barulah ia dinamakan transformasi. (SH 07/09/2013)

14 comments:

  1. Kepimpinan UMNO wajar ditukar seberapa segera. Negara bergantung kepada kekuatan UMNO bagi mewakili kaum Melayu setidaknya sehingga saat ini. Jika UMNO terus dipmpin seorang pemimpin yang lemah yang sarat dengan berbagai masalah peribadi dan skandal seperti Najib ini, tahap kepercayaan orang Melayu kepada parti ini akan terus terhakis. Tidak mustahil orang Melayu akan mencari alternatif lain yang lebih diyakini.

    Kerenah Najib mahu pun isteri beliau bukan satu rahsia lagi dan tidak perlu saya ulangi disini. Hampir semua Melayu yang cerdik dan berfikiran matang tahu apa yang berlaku dengan pasangan ini. Dan jika Najib dan kelompok penting disekelilingnya terus dikekalkan, UMNO sebenarnya sedang menempah keranda dan kain kafan.

    Demi kesinambungan UMNO yang dinaungi kaum Melayu selama ini, suatu perubahan pucuk pimpinan wajib dilakukan. Dan calon terbaik yang diyakini dapat melatak kembali UMNO dilandasan asal ialah Tengku Razaleigh. Ku Li tidak wajar hampakan harapan ramai. Ahli ahli dalam UMNO yang masih sayangkan parti perlu berani buat perubahan dan mencalonkan Ku Li untuk bersaing dengan Najib bagi jawatan Presiden. Malah saya yakin dengan kempimpinan Ku Li kelak, pengaruh Mahathir yang begitu ketara dalam UMNO dan kerajaan hari ini juga akan dapat dikekang. Dan perlu ingat selain Najib, Mahathir adalah antara pimpinan pimpinan UMNO yang telah dan terus berusaha untuk menguasai kekayaan negara ini bagi kepentingan peribadi dan kroni masing masing. Dengan memberi ruang kepada Ku Li mengetuai UMNO dan kepimpinan negara, insyaallah UMNO mahu pun prestasi Malaysia khususnya ekonomi akan lebih baik dan stabil.

    Ahli ahli UMNO wajib membuat perubahan sementara ruang untuk reaisasika perkara ini sedang terbuka luas sekarang. Jangan tunggu sehingga segalanya sudah terhimpit dan terlambat. Kelak diri sendiri yang sesal tak sudah.

    -Suara akar umbi UMNO Pendang_

    ReplyDelete
    Replies
    1. KU LI TAK BERANI NYER....... TAKUT MALU KALAH...

      Delete
  2. PEMANDU harus di tukar jadi jaga parking pulak

    ReplyDelete
  3. 100 peratus sokong wajib ditukar segera ,waktu kecederaan dan kecemasan yang sangat kritikal bagi negara kini,kalau tidak tunggu kemusnahannya,ku li wajib bertanding ,ahli umno wajib sokong seluruhsnnya

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan,

    Kami penyokong PR tak mau Najib, kami sejahtera tanpanya. Mengatakan Umno mewakili melayu di saat ini adalah kenyataan yang menipu diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SOKONG TOK NIK LETAK JAWATAN....

      Delete
  5. umno bukan mewakili keseluruhan melayu....umno hnya jaga melayu disekelilingnya shj..melayu di kampung2 dan felda dijaga masa nk undi sahaja...

    ReplyDelete
  6. Saya setuju UMNO menjadi kuat dengan menukar kepimpinan kerana;
    1. Hanya dengan kepimpinan baru sahaja UMNO boleh berubah
    2. Kepimpinan baru UMNO dapat membawa perspektif baru
    3. Adakan majoriti orang Melayu yakin dengan kepimpinan UMNO sekarang
    4. Adakah majoriti rakyat Malaysia yakin dengan kepimpinan UMNO sekarang
    5. Adakah kempimpinan UMNO sekarang boleh membawa Melayu dan Negara
    kearah yang lebih baik
    6. Adakah andaian ketidak stabilan kerana petukaran kepimpinan tidak akan
    membawa kepada kaedaan yang lebih baik. Kepimpinan yang baik selepas
    petukaran akan mempunyai komitmen yang lebih tinggi
    7. UMNO yang kuat akan melahirkan BN yang lebih kuat dan akan memberi
    cabaran kepada pembangkang akan akan bertambah kuat. Ini akan
    melahiran sausana persaingan yang baik untuk rakyat
    8. Tukar tidak semestinya membawa keburukan, hijrah lumrahnya membawa
    kebaikan
    9. Adalah lumrah, kepimpinan yang sedia ada akan hanya melahirkan status
    quo yang sama
    10. Dalam perjuangan kepimpinan yang sedia ada mungkin terpaksa "disarakan"
    bagi memberi peluang kepada kepimpinan yang lebih wibawa
    11. Kepentingan Negara, Melayu dan UMNO adalah lebih penting dan
    mendahului diri individu-individu. Pemimpin yang tidak bersedia dicabar akan
    kepimpinannya adalah pimpinan yang lemah.

    individu

    ReplyDelete
    Replies
    1. SOKONG HAJI HADI BERSARA AWAL...

      Delete
  7. UMNO sendiri yg sudah rosak dgn amalan rasuah dan kos yg membebankan rakyat. Contoh lebuhraya bertol . Petronas yg susah2 bayar kontraktor lebuhraya. Aleh2 konsesi swasta yg kutip duit tol utk pemimpin2 UMNO. Tukar pemimpin pun tak akan bawa apa2 hasil kpd rakyat amnya dan Melayu khususnya. Sbb UMNO umpama barah payudara kpd wanita. Kalau tak buang payudara, seluruh badan akan mati. Jadi buang saje UMNO ke dlm tong sampah. Walaupun payudara UMNO cantik, namun ia membawa racun kpd seluruh tubuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SOKONG PAYU DARA EZAH CANTIK...

      Delete
  8. Sonsang ...nak komen tu biar berakal sikit
    Jgn main komen aje dgn fakta2 yg tak betul

    Agaknya engkau ni budak lepas SPM yg dpt sumber pengetahuan dari ceramah2 aje

    ReplyDelete
  9. kerajaan saudi terlibat konspirasi 9/11?

    http://www.infowars.com/cia-killed-phillip-marshall-for-leaking-911-secrets-dr-kevin-barrett/

    ReplyDelete
  10. petikan blog alex jones' infowars

    "Barrett: Well, you know, Riyadh has been a puppet of what we might call the Zio-American Empire for lack of a better term.

    The real power structure in the world, the most powerful power structure in the world is the Federal Reserve and the military forces that it controls including the US military and Saudi Arabia ever since it signed an agreement with President Roosevelt in 1945, has been essentially allowing US leaders, which means international banker leaders to dictate our policy. To dictate oil prices.

    So it’s true that whatever kind of black operations get Okayed by the top of the power pyramid here in the US are going to be obeyed and participated in by the Saudis.

    I mean the Saudis can’t even fly their own planes for goodness sake.

    You know, the US sells them war planes and the US has to supply pilots and maintenance people to run the planes.

    You know, the Saudis are a pathetic puppet state.

    So accusing the Saudis of involvement, sure they were involved, but the real power behind 9/11, was the New York conservative circles in the US, which is made of people who are fanatical partisans of the Likudnik vision of Greater Israel (Israeli Zionist Likudnik neocon regime).

    Philip Marshall he spoke out about this in part, I think the reason that he was killed was that he was a drug pilot. He worked with a very sealed and notorious CIA drug smuggling pilot who confessed to having smuggled drugs for the CIA.

    [He] confessed to having worked with Oliver North (a former United States Marine Corps lieutenant colonel) on that operation flying drugs through Mena-Arkansaw (city of Mena in Arkansas to the unincorporated place of Arkansaw in Wisconsin).

    Having done that, having that kind of background, having participated with the CIA organized crime that’s just placed in New Orleans, which he wrote about in his first novel, I think it was lakeshore about the airport in New Orleans that he talked about where cocaine was coming in.

    Somebody who’s that tied in to black operations, is not somebody that they’re going to allow to run around revealing destabilizing secrets.

    Maybe they were just angry at him for his 9/11 works or maybe he had something…"

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...