Tuesday, 17 September 2013
Hishammuddin Tak Mungkin Kalah Naib Presiden UMNO!!
Sementara jawatan Presiden UMNO belum ada kepastian sama ada dipertandingkan atau tidak, sehingga ini posisi yang paling menjadi tumpuan dan dijangka berlaku persaingan sengit ialah jawatan Naib Presiden UMNO. Memandangkan ketiga-tiga penyandangnya, Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Shafie Apdal akan mempertahankan jawatan, manakala Isa Samad dan Ali Rustam sudah mengesahkan turut bertanding dan Mukhriz Mahathir pula dijangka akan membuat pengumuman dalam masa yang terdekat, kebarangkaliannya ialah persaingan enam penjuru akan berlaku.
Daripada keenam-enam nama tersebut, pemimpin yang paling dikehendaki memenangi jawatan itu ialah Mukhriz Mahathir. Yang paling dikehendaki kalah pula ialah Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein.
Mukhriz terlihat popular dan dikehendaki, selain kerana kemenangan BN di Kedah dalam pilihanraya umum lalu dan pengaruh bapanya, beliau juga dilihat mewakili pemimpin muda yang diharap-harapkan untuk menerajui UMNO dan kerajaan suatu hari nanti.
Kekerapan Mahathir bercakap tentang perlunya UMNO memberi ruang kepada pemimpin muda, bahkan melontarkan amaran bahawa UMNO akan terus sakit dan mati jika tidak berbuat demikian, tidak diragui lagi telah menghantar mesej yang jelas kepada perwakilan UMNO betapa perlunya pemimpin seperti Mukhriz yang sedang melonjak namanya sekarang terus diberikan kedudukan yang lebih kukuh lagi.
Selain itu, dengan kedudukan Khairy Jamaluddin yang dijangka tiada masalah untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda walaupun bakal dicabar oleh Akramsyah, anak Sanusi Junid, keberadaan Mukhriz di kedudukan kanan parti dirasakan perlu oleh banyak pihak agar beliau akhirnya saling bersaing dan mengimbangi antara satu sama lain dengan KJ dalam tempoh lima atau sepuluh tahun akan datang.
Bai calon-calon Naib Presiden yang lain, penerimaan daripada ahli-ahli UMNO agak berbelah bagi. Ada yang dirasakan patut menang dan ada pula dirasakan tidak wajar diberikan kemenangan.
Hishammuddin pula paling diinginkan kalah kerana ramai ahli UMNO yang kecewa dengan tindakannya semasa menjadi Menteri Dalam Negeri yang disifatkan paling lemah dan tidak tegas. Beberapa episod perhimpunan Bersih sebelum PRU 13 dan berbagai kekacauan lainnya yang berlaku ketika itu di mana ia memerlukan ketegasan beliau tetapi tidak dilakukan, telah mengecewakan ramai ahli UMNO terhadapnya.
Walaupun kini setelah dipindahkan ke Kementerian Pertahanan dan memangku jawatan Menteri Pengangkutan, kekecewaan itu masih lagi berbekas. Ramai yang merasakan anak Hussein Onn itu tidak layak duduk di kerusi Naib Presiden dan didaftarkan sebagai salah seorang bakal pemimpin pelapis masa depan bagi UMNO dan negara.
Masalahnya, bolehkah Hishammuddin dikalahkan dan mungkinkah beliau kecundang dalam pemilihan kali ini?
Haruslah diketahui bahawa Hishammuddin adalah sepupu kepada Najib dan di dalam UMNO ramai yang percaya bahawa beliau adalah pilihan Najib untuk menggantikan tempatnya suatu hari nanti. Tindakan Najib memindahkan Hishammuddin daripada Kementerian Dalam Negeri yang dilihat tidak membantu popularitinya ke Kementerian Pertahanan dan menambah lagi pemangkuan di Kementerian Pengangkutan, dilihat sebagai langkah untuk melonjakkan penerimaan ahli-ahli UMNO seluruh negara terhadap sepupunya itu.
Tidak ada sebab lain di sebalik tindakan Najib itu sebenarnya, kecuali ingin menonjolkan lagi Hishammuddin. Dengan beliau dilihat gagal di Kementerian Dalam Negeri, tidak ada kewajaran untuk meletakkannya di kementerian penting dan kritikal seperti Kementerian Pertahanan dan dalam masa yang sama menambah lagi tugasnya sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan.
Sekarang ini, jelas terbukti Hishammuddin tidak begitu menonjol di Kementerian Pertahanan, tetapi kedudukannya sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan dilihat menyelamatkannya. Beliau kini lebih banyak bercakap dan menonjolkan diri sebagai Menteri Pengangkutan dalam isu-isu yang berkaitan kementerian itu, seolah-olah itulah kementerian hakikki untuknya.
Seharusnya sebagai pemangku, tugasnya di Kementerian Pengangkutan lebih kepada urusan mesyuarat dan membuat keputusan penting sahaja manakala tugas-tugas lain bolehlah diserahkan kepada timbalannya untuk melaksanakannya. Tetapi terlihat tumpuan beliau lebih di Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertahanan bagaikan ditinggalkan.
Sepertinya sekarang beliau adalah Menteri Pengangkutan sepenuh masa dan memangku jawatan Menteri Pertahanan pula.
Namun tidaklah dapat dinafikan bahawa tugas di dua kementerian itu adalah sebahagian daripada usaha Najib untuk memberi sepupunya itu lebih peranan dan dilihat penting oleh ahli-ahli UMNO.
Dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO kira-kira sebulan lagi, walaupun kedudukan Hishammuddin dilihat genting dan mungkin kecundang, perkara itu sebenarnya hampir mustahil akan berlaku.
Seorang pemimpin UMNO dari selatan tanahair berkata, walaupun Hishammuddin terlihat seperti bakal kecundang tetapi katanya, Najib pasti tidak akan membenarkan perkara itu daripada berlaku kerana kekalahan Hishammudin adalah tamparan kepada Najib juga.
Kalahnya Hishammuddin bererti kalahnya Najib, kata pemimpin itu lagi.
Beliau berkata, sebagai seorang Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Najib mempunyai berbagai cara untuk mengelakkan Hishammuddin daripada menerima kekalahan seperti bercakap secara terus dengan Pengerusi UMNO Negeri-Negeri atau Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang rapat dengannya.
Selain daripada itu, jelas pemimpin itu lagi, harus juga jangan dilupa bahawa Hishammuddin sendiri masih mempunyai rangkaian kenalan yang besar dalam UMNO dan mereka ini boleh digunakan untuk "menggempur" perwakilan di saat-saat akhir bagi menyelamatkan kedudukannya.
Berdasarkan penelitinnya, pemimpin tadi berhujah bahawa walaupun Mukhriz dilihat sedang memenangi mood di kalangan pewakilan seluruh negara berikutan kemenangan BN di Kedah serta pengaruh bapanya yang masih kuat dan diperlukan dalam UMNO serta dilihat tiada masalah untuk memenangi salah satu kerusi Naib Presiden UMNO tetapi kedudukan Hishammudin juga tidak akan tergugat.
Daripada tiga kerusi Naib Presiden, Hishammuddin pasti akan menyelit salah satu daripadanya, tambah tokoh itu yang diketahui pernah berkawan baik dengan Najib suatu ketika dahulu.
Jika senario itu benar-benar berlaku, bermakna kerusi Naib Presiden kali ini pasti akan diisi oleh Mukhriz, Hishammudin dan satu lagi kerusi terakhir akan menjadi rebutan antara Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Ali Rustam dan Isa Samad.
Daripada keempat-empat pemimpin yang berebut slot terakhir itu, kata pemimpin itu lagi, Najib tidak kisah pun siapa yang akan menang nanti. (SH 17/09/2013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagusnya jadi ahli UMMO Baru ialah mereka tidak peduli apa yang akan berlaku dalam parti mereka, tapi yang mereka utamakan adalah makan minum dan duit belanja yang mencukupi sudah memadai bagi mereka.
ReplyDeleteApa saja yang akan berlaku dan apa saja yang akan berubah, mereka tak peduli tapi mereka akan terima seadanya.... Kalau dikatakan abu mayat Chin Peng tidak boleh masuk ke Malaysia pemimpin UMNO takut padanya, mereka akan anggok. Kalau dikatakan Chin Peng itu jadi pengganas kerana bunuh barua British, mereka akan anggok juga.... (inilah yang dikatakan oleh Tun Mahathir, pemimpin bersin pun mereka akan tepok tangan).
Jika itulah perangai ahli parti tersebut... memang sepatutnya orang yang sudah duduk diatas sebagai pemimpin akan duduk dikerusi kepimpinan itu sampai mati. Mereka sesama mereka saja jadi pemain dan ahli cuma jadi penonton.
Slogan dalam pemilihan kali ini iaitu lantik pemimpin muda kerana UMNO Baru sedang menghidap "sakit tua" dan bakal "mati".
Jika Mukhriz masuk gelanggang bermakna dia sudah makan ubat kuat disamping diberi pendinding, ilmu kebal dan ilmu pengasih oleh pencipta parti itu.
Maka pertarungan akan bertambah sengit dan keadaan persekitaran akan bertambah meriah khusus nya kepada ahli yang telah tua tapi liat nak berhenti.
Seperti yang telah diketahui umum, rasuah dalam parti UMNO Baru bukan satu kesalahan, maka sama-sama kita tunggu dan lihat siapa yang lebih banyak memberi rasuah melalui proksi pada perwakilan demi mendapatkan jawatan yang diidamkan.
tepat sekali ungkapan tu di buat slogan pemilihan kali ini...
ReplyDeleteAnon 00:47
ReplyDeleteKau tak belajar sejarah ye. Kau cuma belajar sejarah semasa pak lawak PAS, si Mat Sabu beri ceramah agaknya. Kau pun angguk aje, percaya apa yang dia cakap.
Chin Peng bukan sekadar membunuh British tetapi juga membunuh rakyat Malaysia. Pengganas komunis membunuh lebih 10,000 rakyat Malaysia selepas merdeka. Salah seorang darinya adalah saudara aku ... seorang tentera.
Kalau Chin Peng tu pejuang kemerdekaan, kenapa masih menentang kerajaan selepas merdeka. Keluar ajelah dari hutan dan sama2 membangunkan Malaysia. Ini tidak, masih memerangi Malaysia yang diperintah oleh rakyat Malaysia ... bukannya diperintah oleh British selepas merdeka.
Fikir-fikirkan lah ye ... jgn percaya Mat Sabu membuta tuli.
Kemerdekaan yang dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman cuma gimik politik agar orang ramai terkeliru kononnya British telah melepaskan Semenanjong kepada anak tempatan sedangkan pekara sebernar berlaku adalah penjajahan terus berlaku melalui wajah bertopengkan bangsa melayu.
DeleteSiapa pencipta parti UMNO yang berslogan dalam bahasa United Malay Nasional Organisation yang digunakan hingga kehari ini ?
Wujud parti ini juga adalah gimik politik yang berselindung disebalik kewujudan Malay Union yang bertujuan menghimpunkan semua bangsa melayu dalam satu sangkar agar mudah dikawal dan diperbodohkan.
Sesiapa saja boleh menghalalkan diri untuk jadi barua kepada yang menguasai keadaan demi pentingan nafsu makan anak beranak. Seperti yang dikatakan ayah Najib juga pernah menyarung uniform jepun atas kepentingan ahli keluarganya agar tidak kebulur seperti orang lain.
Ahli sejarah beriya-iya mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah. Maksudnya apa ?
Kita tidak menyokong idealogi komunis melakukan kezaliman dan pembunuhan terhadap sesiapa saja kecuali atas alasan menentang penjajah.
Waaaa ... sekarang kau cakap Malaysia tidak pernah dijajah. Posting kat atas tu kau cakap Chin Peng cuma berjuang bunuh British.
DeleteKalau tak dijajah oleh British ... kenapa Chin Peng bunuh British pulak. Operasi Cantas nak tangkap kongsi gelap ke ?
Make up your mind my friend. Malaysia ni kena jajah ke tak ? Kalau tak ...boleh suruh Ah Jib Gor apply keluar dari Commomwealth ...hehehe