Thursday 12 September 2013

Noh Omar Menteri Besar Kedua Di Selangor?


Selama ini kita hanya tahu ada jawatan Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Pendidikan Kedua saja tetapi di Selangor kini sudah ada jawatan Menteri Besar Kedua juga. Selain Khalid Ibrahim yang menjadi Menteri Besar sebenar setelah Pakatan Rakyat terus menjadi pilihan rakyat di negeri itu, rupa-rupanya pihak yang kalah juga mewujudkan jawatan yang mirip kuasa Menteri Besar.

Pelik? Terkejut?

Lebih pelik dan mengejutkan ialah pihak yang mewujudkan jawatan seperti Menteri Besar di Selangor itu pula sebenarna mewakili UMNO dan BN yang hanya mampu memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN dalam pilihanraya umum lalu. Individu yang diberi kuasa seperti Menteri Besar itu ialah Noh Omar, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang digugurkan oleh Najib sebagai menteri kabinet berikutan kegagalan menawan semula negeri itu.

Atas kekecewaan Najib untuk merampas semula Selangor, beliau telah menggugurkan Noh Omar sebagai menteri dan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor yang disandang Najib selama ini turut diserahkan kepada Ahli Parlimen Tanjung Karang itu. Bersekali dengan jawatan itu, Nph Omar turut dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Selangor, suatu jawatan rekaan yang tidak pernah diwujudkan di mana-mana negeri sebelum ini.

Adalah dipercayai Najib mewujudkan jawatan yang seolah-olah mirip Menteri Besar Selangor itu ialah bagi memudahkan Noh Omar berperanan lebih aktif untuk menawan kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lima tahun lagi. Noh Omar sendiri ada bercakap baru-baru ini bahawa penanda arasnya akan diukur dalam pilihanraya umum akan datang dan sekiranya gagal, beliau akan mengundurkan diri.

Dengan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Selangor, Noh Omar juga bakal mempunyai pejabatnya sendiri di Pejabat Pembangunan Persekutuan atau JPP Negeri Selangor di Glenmarie, Shah Alam. Pejabat untuk beliau kini sedang dalam proses pengubahsuaian dan dijangka siap dalam waktu yang terdekat.

Dan buat sementara ini, Noh Omar yang tidak sabar-sabar mahu memasuki pejabat dan berperanan sebagai Menteri Besar Kedua bagi pihak UMNO dan BN di Selangor, kini sedang menggunakan bilik bekas Pengarah JPP Selangor, Abdul Ghani Salleh yang kebetulan kosong berikutan beliau ditukarkan sebagai Setiausaha SPR pada awal September lalu.

Sehingga ini jawatan Pengarah JPP Selangor yang dikosongkan oleh Ghani belum lagi mempunyai pengganti dan dengan Noh Omar mengguna-pakai bilik Pengarah JPP, seolah-olah beliaulah yang berkuasa sekarang ini.

Keberadaan Noh Omar di pejabat JPP Selangor dan mempunyai pejabatnya sendiri mula menimbulkan keresahan dan rasa kurang senang di kalangan kakitangan agensi kerajaan Pusat itu berikutan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu sebelum ini memberitahu bahawa peranannya ialah untuk memantau projek-projek pembangunan kerajaan pusat di negeri itu berjalan dengan baik.

Ia memberi gambaran seolah-olah beliau tidak mempunyai keyakinan terhadap kakitangan agensi itu dalam menjalankan tugas dan melaksanakan pembangunan mengikut peraturan yang ditetapkan serta berdasarkan kelayakan sesebuah syarikat yang dipilih untuk melaksanakannya.

Pesoalan yang timbul ialah, apakah Noh Omar sebenarnya ingin memastikan projek-projek pembangunan itu untuk kepentingan rakyat atau untuk kepentingan agar pemimpin-pemimpin UMNO dipastikan memperolehi setiap projek yang dijalankan itu?

Sebelum ini, ketika JPP Selangor diketuai oleh Ghani Salleh, beliau agak kurang disenangi oleh sebilangan pemimpin UMNO negeri itu terutamanya kerana kegagalan mereka memenangi beberapa projek yang dikendalikan oleh JPP di negeri itu.

Blog ini pernah melaporkan pada tahun 2012 berhubung tindakan Abdul Shukor Idrus, Timbalan Pengerusi UMNO Selangor(ketika itu Ketua Penerangan UMNO Selangor) yang mengetuai tindakan beberapa ADUN menghantar memorandum kepada Perdana Menteri agar menukarkan Ghani berikutan dakwaan tidak memberi kerjasama kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan masyarakat di negeri itu.

Bagaimanapun, Ghani yang terus mendapat kepercayaan dan keyakinan Perdana Menteri, tidak mengendahkan memorandum tersebut dan terus mengekalkan Pengarah JPP Selangor itu sehinggalah baru-baru ini beliau ditukar dan dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha SPR yang baru bagi menggantikan Kamaruddin Baria.

Difahamkan sepanjang mengetuai JPP Selagor, Ghani sering ditekan untuk memberikan projek-projek pembangunan kepada syarikat yang dibawa oleh ADUN atau pemimpin UMNO walaupun syarikat itu didapati tidak memenuhi kelayakan yang sewajarnya, baik dari segi kemahiran mahupun kewangan, untuk melaksanakan sessuatu projek itu.

Berikutan sikap tegas dan keengganannya berkompromi dengan sesuatu yang tidak mematuhi peraturan, kedudukannya sering kali umpama berada di atas bara yang panas ketika memegang jawatan tersebut.

Kini dengan Noh Omar selaku Pengerusi UMNO Selangor dan Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Selangor serta mempunyai pejabatnya sendiri di JPP negeri itu dan dianggap seolah-olah Menteri Besar Kedua yang dilihat cuba menguasai projek-projek pembangunan kerajaan Pusat, ia mungkin sesuatu yang menggembiran bagi pemimpin-pemimpin UMNO Selangor.

Kebarangkalian untuk mereka melaksanakan dan menguasai projek-projek pembangunan melalui JPP nampaknya mulai terbuka luas.

Cumanya, apakah rakyat Selangor genbira dan sedia kembali semula kepada UMNO dan BN? (SH 12/09/2013)

5 comments:

  1. Demi kepentingan perut dan bawah perut ahli UMNO Baru yang bernafsu besar adalah lebih baik Barisan Nasional yang dikuasai UMNO Baru kekal sebagai parti pembangkang di Selangor sama seperti UMNO Baru di Kelantan.

    Lihat betapa gembira Tok Pa, kuncu, dan pencacai mendapat wang ehsan dari kerajaan pusat atas nama kebajikan rakyat Kelantan tapi rakyat disitu hanya dapat makan dan cenderahati bila diadakan ceramah menghina kerajaan negeri.... Peruntukan yang khusus mereka tulis dalam bil lain bila keluar duit mereka belanja jadi lain......

    Untuk jaga kepentingan berpanjangan... ahli cuma perlu ada jawatan dalam parti...



    ReplyDelete
  2. Salam Tuan!

    Layakkah Noh Omar dengan gelaran Noh Udang menjadi seperti TS Khalid Ibrahim. Noh bukan setaraf Khalid sebab otak udang, dan penyalah gunaan kuasanya sudah diketahui umum. Menjadi menteri sebelum ini dan pada masa yang sama buat bisnes menternak udang.Lebih baik dia jaga udangnya dari cuba nak menyibuk di Selangor, kerana Selangor ramai penduduknya yang cerdik dari Noh udang.

    Macam mana orang berotak udang nak pimpin orangramai yang lebih cerdik dari dia?

    ReplyDelete
  3. Sy kakitangan di ICU. Sblm tu sy rasa org yg gunakan isu udang utk serang kepimpinan noh omar boleh dikategorikn sbgai pendek akal. Kalau bisnes udang itu satu isu besar x mungkin noh omar menang dan majoriti meningkat di tg karang.nasihat sy carilah point lain.

    Utk pngetahuan penulis. Sblm noh omar diarahkan utk memantau perjalanan ICU Sgor trdpt 3 ekor warlord yg brkuasa penuh dlm pemberian tender. Sy yakin penulis mendpt maklumat tntng penulisan ini dr pengurusan ICU. Sbgai kakitangan semasa era Ghani sy melihat 3 warlord ini memegang kuasa tnpa sempadan sehingga membebankan unit lain. Kemasukkan Noh Omar adalah brtujuan utk memastikan pmbangunan kjaan prsekutuan di laksanakan dgn lebih berkesan utk mengelakkan kjaan neg mencari political mileage atas usaha org lain. Sbg bekas menteri yg brpengalaman beliau sy lihat cukup fhm selok belok dasar2 kjaan brdasarkan prjumpaan brsama kakitangan. Malangnya kehadiran beliau tidak disenangi oleh kroni2 warlord kerana setiap keputusan tidak lg trletak pd mrk. Sbg kakitangan ICU sy mnyokong kehadiran Noh Omar supaya rakyat Sgor dpt lihat bgaimana BN bekerja brbanding PR. Bezanya dgn dulu setiap kerja yg diberikan akan dipantau sebaiknya dan hanya syarikat yg layak shj akan diberi dan bukannya diberikan kpd kroni warlord. Tidak salah setiap tender diberikan kpd org umno kalau menepati syarat. Itu lebih baik daripada tender diberikan kpd syarikat cina yg menggunakan nama melayu yg jelas tidak menyokong BN. Pesanan kpd Noh Omar. Tlg perbetulkan prjalanan ICU sblm mnjadi penyakit yg merugikan kjaan persekutuan.

    ReplyDelete
  4. Logik kini era zaman politik baik bn atau pr ,individu yg dipilih rakyat baik menang atau kalah Perlulah berfikiran luas tanpa mengira parti..sifat yang tidak baik ini mencerminkan pemimpin yang kolot.jikalau saya menjadi pemimpin saya agihkan sama rata projek jika diberikuasa.

    ReplyDelete
  5. Shabudin, walfitnaatu ashaddu minol khotr. satu jari anda menunjuk ke arah yg lain, 4 jari ke tubuh anda, Shab!!

    DAP adalah mastermind utama..PKR & Pas adalah pengikut ( mrk kecewa tak dpt 'kek' ekonomi dari MB, langgar MB)

    jangan tutup mata & syubhah, ya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...