Friday 20 September 2013

Ada Naib Presiden UMNO Mula Berpeluh Dingin


Sepertimana yang diduga dan diharapkan oleh banyak pihak, Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir akhirnya mengumumkan penyertaannya dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan 19 Oktober depan. Ini menjadikan persaingan menjadi sah enam penjuru setakat ini.

Jika pengumuman Mukhriz ini dibuat setelah beliau mendapatkan nasihat daripada Najib sebagaimana yang disyorkan oleh salah seorang penyandang Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi sebelum ini, bermakna Mukhriz sudah mendapat restu dan izin daripada Presiden UMNO untuk bertanding jawatan itu. Dengan ini, peluangnya bukan saja cerah untuk menang tetapi juga berpotensi untuk mengambil alih tempat Zahid sebagai pemenang undi tertinggi.

Apatah lagi, pengumuman Mukhriz bertanding juga dibuat serentak pada hari yang sama dengan Najib dan Muhyiddin mengumumkan bahawa mereka akan mempertahankan jawatan presiden dan timbalan presiden masing-masing.

Sekali lagi, kelebihan seperti berpihak kepada anak bongsu bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad itu.

Dengan penyertaan Mukhriz, ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden UMNO seperti tergugat dengan kehadirannya itu. Zahid Hamidi, walaupun popular dan menjadi pilihan akar umbi dan dalam pemilihan lalu mendapat undi tertinggi, kedudukannya tidak lagi seselamat dulu. Beliau mungkin tergelincir daripada kedudukan Naib Presiden nombor satu, bahkan tidak mustahil juga jika tewas.

Hishammuddin menjadi paling tergugat dengan kehadiran Mukhriz, bukan saja kerana wibawanya yang dipertikaikan sejak dulu, malahan dengan kehadiran Mukhriz mungkin membuatkan perwakilan UMNO hanya memilih seorang saja daripada anak bangsawan dan anak bekas Perdana Menteri untuk menduduki kerusi itu.

Dari segi populariti, kehendak semasa dan adanya pengaruh bapanya, Mahathir, tidak diragui lagi bahawa Mukhriz lebih menjadi pilihan berbanding Hishammuddin. Tetapi, sebagaimana yang disebut sebelum ini dan diperkatakan oleh banyak pihak, Najib tidak mungkin membenarkan Hishammuddin tewas berikutan hubungan kekeluargaan antara keduanya.

Shafie Apdal juga turut terumbang-ambing kedudukannya. Walaupun Ketua Menteri Sabah, Musa Aman sudah mengumumkan tidak bertanding jawatan Naib Presiden kali ini, masalah Shafie ialah perwakilan UMNO tidak melihatnya sebagai pemimpin pelapis yang cukup berwibawa untuk mewarisi kepimpinan masa depan.

Kemenangannya sebelum ini adalah kerana beliau dikenali sebagai "budak Najib" di samping untuk memberi ruang kepada pemimpin Sabah. Jika ada pun simpati kepada beliau kali ini, ia adalah disebabkan Sabah telah menyumbangkan 22 kerusi daripada 133 kemenangan yang dicapai BN dalam pilihanraya lalu. Jika Shafie diketepikan kali ini, mungkin wujud tanggapan bahawa UMNO tidak mengenang budi terhadap sumbangan Sabah selama ini.

Bagi dua lagi pencabar, Isa Samad dan Ali Rustam, penyertaan mereka boleh dianggap sebagai "kacau daun" saja walaupun Ali Rustam mungkin mendapat simpati yang tinggi daripada para perwakilan berikutan kekalahannya dalam pilihanraya umum lalu. Tetapi memandangkan kedua-duanya sudah berusia 65 tahun dan sudah berada di era menapouse untuk mendaki tangga yang lebih tinggi sedangkan desakan kepada penyertaan golongan muda begitu meningkat, harapan untuk kedua-dua calon ini menggugat hampir tidak wujud lagi.

Dengan Mukhriz dilihat hampir pasti memenangi kerusi Naib Presiden, salah seorang daripada penyandang sedia ada pasti akan kecundang. Siapakah mereka? Mungkinkah Zahid, Hishammuddin atau Shafie Apdal?

Sementara Ali dan Isa tidak begitu kisah jika kalah, ketiga-tiga Naib Presiden sedia ada nyata sedang gelisah dan berpeluh dingin sekarang ini. Zahid nampak popular dan menjadi pilihan akar umbi tetapi beliau bukan lagi dalam kategori muda seperti Mukhriz, Hishammuddin dan Shafie Apdal.

Hishammuddin masih muda, anak bekas Perdana Menteri, berdarah bangsawan tetapi wibawa dan kepimpinannya sedang dipertikaikan. Namun Najib yang menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri adalah sepupunya dan mungkin menjadi pelampung yang boleh menyelamatkannya.

Begitu juga dengan Shafie Apdal, walaupun kepimpinannya sebagai bakal pelapis tidak begitu menonjol tetapi beliau masih muda dan sumbangan Sabah kepada BN dalam pilihanraya umum lalu menjadi sandaran utamanya untuk terus kekal sebagai Naib Presiden UMNO.

Dalam apa juga keadaan, bersama slogan "Berani Berubah" yang menjadi tunjang kempennya, Mukhriz menjadi satu-satunya calon paling selesa dan selamat manakala ketiga-tiga penyandang kerusi Naib Presiden, bukan saja sedang berpeluh dingin memikirkan untung nasib masa depan, bahkan juga mungkin sedang memerah otak memikir strategi untuk memenangi jawatan tersebut.

Ali pula hanya berharap pada simpati, manakala Isa Samad menjadi calon paling relaks dan tidak kisah sama ada menang atau kalah. Tiada apa lagi yang dikejarnya dan kedudukan sebagai Pengerusi Felda sudah cukup memadai buatnya ketika ini. (SH 20/09/2013)

5 comments:

  1. yab datuk mukriz telah membuat keputusan tepat untuk bertanding. inshaallah beliau akan berjaya

    ReplyDelete
  2. Akhbar mainstream akan berkempen habis-habisan untuk Mukhriz. Mereka adalah penyokong setia Mahathir. Lihatlah nanti.

    ReplyDelete
  3. Akhirnya mukhriz buktikan dia ada teloq dan mengajak umno untuk berani berubah. Go mukhriz go. U are going to become no 1 VP. Anyway bro I like ur hair style thee hee hee. Gurau sajalah

    ReplyDelete
  4. Akhirnya mukhriz buktikan dia ada teloq dan mengajak umno untuk berani berubah. Go mukhriz go. U are going to become no 1 VP. Anyway bro I like ur hair style thee hee hee. Gurau sajalah

    ReplyDelete
  5. Melihat pada wajah pemimpin kita seperti Datuk Seri Mohd. Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein , Datuk Seri Shapie Apdal , Tan Sri Isa Samad, Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Mahathir....

    Mereka itu sedang mencabar diantara satu sama lain untuk menyadang jawatan tertinggi parti. Persoalannya pemimpin jenis apa yang yang kita harapkan jadi peneraju parti dan ahlinya kearah lebih cemerlang sedangkan diantara kita tidak mempedulikan tentang kewibawaan mereka apabila menerajui parti yang paling dominan dalam Malaysia ?

    Tahukan kita sebagai ahli bawahan.... apabila Datuk Mukhriz Mahathir mengumumkan bertanding jawatan Naib Presiden Umno tanpa pernah menjadi ahli majlis tertinggi Umno terlebih dahulu memperlihatkan kepada kita bahawa kebanyakan ahli yang lebih lama berkhidmat dalam parti itu sebenarnya penyemak dalam dewan saja kerana tiada siapa yang layak untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin.

    Harapkan gaya saja kelas pertama, mentaliti kelas ketiga.... hebatkah kita jadi ahli UMNO Baru ?



    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...