Tuesday 30 September 2014

Tak Perlu Keluar PR, Pas Hanya Perlu Tukar Pemimpinnya Saja


Kedudukan Pas dalam gabungan Pakatan Rakyat atau PR boleh dikira paling genting ketika ini. Selain ada suara daripada luar parti itu yang mahu Pas keluar daripada PR, dalam masa yang sama wujud pula suara daripada dalam Pas sendiri yang mahu parti itu berbuat tindakan yang sama.

Suara daripada luar ini berbagai bentuk nadanya. Ada yang merasakan adalah merugikan Pas berada dalam PR kerana kedudukannya yang dikatakan tidak dominan dan sentiasa ditenggelamkan oleh PKR dan DAP.

Ada pula yang merasakan Pas perlu mengubah sikap dan berpendirian lebih kukuh kepada semangat kerjasama serta berpegang pada janji jika mahu terus bersama dengan PR. Sebaliknya jika tidak sedia berubah, Pas disarankan keluar saja daripada PR dan bergerak sendirian dalam politik negara ini.

Pihak yang lain seperti Perkasa misalnya, menyarankan agar Pas mengetuai PR jika benar-benar mahu mewujudkan sistem dua parti kerana Pas adalah parti yang mirip seperti UMNO yang kini mengetuai BN. Maknanya, jika hanya berada di belakang PKR dan DAP, dianggap tidak berguna sama-sekali.

Sementara dalam Pas pula seperti terbelah dua dalam isu sama ada parti itu perlu terus kekal bersama PKR dan DAP dalam PR atau bergerak sendirian selepas ini. Walaupun Presiden Pas, Haji Hadi Awang dalam muktamar baru-baru ini menekankan bahawa parti itu akan terus bertahaluf siyasi dalam PR tetapi suara-suara yang mahukan sebaliknya juga turut lantang kebelakangan ini.

Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Nasharuddin Tantawi dan Dr Zuhdi Marzuki adalah antara pemimpin dalam Pas yang terus-menerus "mencari pasal", mengungkit, mahu berbalah dan seolah-olah lebih emosi dengan pemimpin daripada PKR dan DAP berbanding pemimpin daripada UMNO.

Setiap hari ada saja kenyataan berbentuk luahan perasaan, dakwaan dibuli dan berbagai lagi daripada mereka ini seolah-olah PKR dan DAP itu lebih dianggap musuh berbanding UMNO yang secara realitinya adalah musuh sebenar dalam perjuangan parti itu sebagai parti politik.

Dalam masa yang sama, golongan "nasi tambah" pula seperi Dr Hasan Ali, ahli akademik dan beberapa NGO sentiasa muncul dengan saranan agar Pas segera keluar daripada PR untuk menyelamatkan pejuangan Islam yang dibawanya dan untuk mengelakkan daripada hanya menjadi alat PKR dan DAP semata-mata. Nampak suci benar hati nurani mereka ini!

Soalnya, apakah lebih untung Pas bersama PR atau keluar daripada gabungan itu?

Untungnya Pas berada dalam PR sudah pun dapat dilihat daripada kejayaannya memenangi banyak kerusi di Selangor, Perak, Johor, WP, Pahang dan sebagainya dalam beberapa pilihanraya kebelakangan ini. Berbanding ketika bersendirian Pas hanya dominan di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Kedah saja, harapan untuk menang di negeri lain bagaikan jauh daripada jangkauannya..

Ini kerana tanpa kerjasama dengan PKR dan DAP, calon Pas tidak mungkin mendapat undi daripada bukan Melayu. Di situlah pula letaknya kelebihan calon UMNO berbanding Pas dalam banyak pilihanraya sebelum ini kerana mereka mempunyai kerjasama dengan MCA dan MIC.

Tetapi sejak wujudnya PR yang dicetuskan melalui kesungguhan Anwar Ibrahim mengikat kerjasama antara Pas, PKR dan DAP untuk menyaingi BN yang mempunyai UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lainnya, dominasi UMNO di banyak kawasan sudah dapat dipecahkan.

Ia menjadikan selain Pas makin kukuh di Kelantan, Terengganu dan Kedah, ia juga sudah dapat melebarkan sayapnya dengan lebih selesa ke negeri-negeri lain. Sokongan daripada pelbagai kelompok masyarakat seperti profesional, guru, kakitangan kerajaan, swasta dan sebagainya juga turut bertambah.

Jika Pas tidak bersama PR dan bergerak sendirian pula, gambarannya ialah parti itu perlu menyelak kembali sejarahnya di tahun-tahun 80-an dan 90-an dahulu. Sekadar menang di beberapa kawasan dan hanya gah di pentas ceramah saja.

Dengan emosi, marah, terkilan, kecil hati dan seumpamanya, memanglah sesiapa pun boleh berhujah dengan pelbagai dalil dan nas untuk mewajarkan perlunya Pas keluar dan berpisah daripada PR. Tetapi apakah untungnya dan tidakkah keluarnya Pas daripada PR akan menjadikan cita-cita mewujudkan pembangkang yang kuat atau kerajaan alternatif hanya tinggal angan-angah saja?

PR yang hanya diangggotai oleh PKR dan DAP tidak menjadikannya sekukuh BN kerana wujudnya kelompongan untuk menarik sejumlah pengundi Melayu yang sepatutnya dilakukan oleh Pas tadi. Dalam masa yang sama pula, Pas secara sendirian juga turut lompong kerana tiada sokongan bukan Melayu dan pengundi bandar atau separa bandar yang lebih kukuh. Akhirnya kedua-duanya rugi.

Hakikatnya Pas, PKR dan DAP saling memerlukan antara satu sama lain. Ia sama seperti UMNO yang tidak mampu berdiri sendiri tanpa MCA, MIC, Gerakan dan lain-lainnya

Pas tidak perlu keluar PR sebenarnya. Apa yang perlu dilakukan ialah memperbaik tekad dan azamnya untuk terus kekal bersama PR sambil menyedari cita-cita menawan Putrajaya tidak mungkin tercapai jika bergerak sendirian. Sesuai dengan semangat majoriti ahli dan pimpinan Pas sendiri yang mahu terus berlawan dengan UMNO, pendirian itu perlu terus diperkemaskan dan jangan digoyahkan dengan unsur-unsur yang lain.

Kalau perlu dan enggan patuh, Pas juga harus berani mengenepikan mana-mana pemimpinnya, termasuk Presiden sekali pun jika didapati lebih condong mahu membawa parti itu keluar daripada PR kerana ia nyata bertentangan dengan matlamat sebenarnya. Slogan "Pas For All" atau "Pas Ganti UMNO" tentunya bermaksud menggantikan tempat UMNO dan bukan bekerjasama dengannya.

Keluarnya Pas daripada PR tidak lain hanyalah khabar gembira buat UMNO dan BN. UMNO akan bergembira dengan tindakan itu. Harus juga disedari, sekiranya UMNO dan BN menang lagi dalam PRU 14 nanti, ia mampu menjadikan dominasi itu kekal untuk sekurang-kurangnya selama 50 tahun lagi. Sanggupkah Pas menerima realiti itu?

Jika ketika bersama PR, diperbesarkan dakwaan kononya parti itu akan menjadi lebih condong kepada Anwar, PKR dan DAP tetapi tidakkah dengan membawa keluar Pas daripada PR pula menunjukkan kecondongan kepada Najib dan UMNO?

Apakah UMNO yang dimusuhi sejak sekian lama sebelum ini lebih Islamik sekarang untuk didampingi dan Najib pula sudah menjadi putih bersih bagi sesetengah kelompok dalam Pas?

Inilah pertimbangan yang perlu difikirkan dengan sewaras-warasnya oleh sesetengah pihak dalam Pas sekarang ini. (SH 30/09/2014)

25 comments:

  1. Melihat cadangan PERKASA... sgt setuju jika PAS keluar dr PR dan menyertai UMNO/BN tetapi PAS yang mengetuai BN agar cita2 UG terlaksana dan PAS boleh meneruskn perjuangan Islamnya (jika ingin teruskn)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 19:51

      Anda dah hit 1st prize cabutan toto dengan idea bijak anda.

      Saya pasti puak UG dalam PAS menerima 200% cadangan sdra. Makin bersemangat le depa menghuruharakan PAS jika terbaca cadangan bijak sdra. Boleh terkincit dlm jubah bila membacanya kerana terlalu kena dgn selera dan nafsu depa.....hahaha

      Delete
    2. umno xnk gabung dgn pkr sbb perangai sama..gadoh2 baling kerusi

      Delete
  2. Dalam pr tiada parti dominan macam parti ketuanan umno.pas cuba berlagak seperti umngok dan sekutunya(perkasa, jati, perkida, isma dan sewaktu dengannya) memperlekehkan parti komponen mca, mic dan bn.kita tak payah susah2 biar pas tonjolkan tabiat mereka.janganlah mana2 undividu, persatuan, ngo, blogger mahupun mana2 parti politik meminta pas keluar pakatan rakyat...jika untuk berniat atau berhasrat untuk keluar pakatan rakyat parti pas terpaksa buat u turn dan tangguh menangguh mesyuarat.saya tidak tahu dimana mereka disimpan sumpah seranah dan makian kepada umngok semasa langkah kajang.ironinya pas ni layak digelar pak kaduk moden

    ReplyDelete
  3. Perkasa mendapat liputan dalam media masa kerana mereka barua umno.knapa media massa umngok tak siar pula pendapat ngo bersih, sskm, suaram dll.ini dinamakan matlamat menghalalkan cara..

    ReplyDelete
  4. Susah nak tukar pemimpin Pas ni.
    Sebabnya:

    1. Hj Hadi flip flop masih perasan dia pemimpin yang hebat. Sebab tu bolih buat keputusan sendiri yg memeningkan bukan shj sekutu tetapi pemimpin2 partinya.

    2. Sikap bengong ahli2 Pas yfg wala kepada pemimpin yg walaupun bengong.

    Percayalah: Hadi Presiden Pas, akibatnya

    1. Kelantan jatuh kepada Umno spt Kedah dan Trengganu.
    2. Dipantai barat, Pas akan kehilangan kerusi dimana kemenangan diGE13 adalah atas bantuan pengundi bukan melayu.

    Pas akan berkubor bersama2 Hadi.

    ReplyDelete
  5. Hai....ya a !, apa pasat mau cakap suloh tukak olang punya pemimpin loo rr ?, lia punya parti lia parti olang tukak lah .

    Sendili punya kain sendili jaga maa aa , lain olang punya kain lain olang jaga lor rr , lagi senang itu macam maa aa .

    ReplyDelete
  6. Lufang...lu tau ka...lu belum sampai malaya itu pak kaduk suda lama popular ma...

    ReplyDelete
  7. Saya percaya pemimpin tertinggi PAS yang berpegang pada prinsip setia kawan tahu jawapannya sama ada parti itu akan memberi keuntungan atau kerugian jika mereka meninggalkan Pakatan Rakyat.

    Namun saya lebih mengharapkan PAS mengundurkan diri dari Pakatan Rakyat. Ketiadaan PAS dalam Pakatan Rakyat akan memudahkan PKR dan DAP menghadapi persaingan merebut kuasa politik dengan UMNO Baru kerana ketiga-tiga parti ini berpegang pada fahaman sekular.

    Jika kita pandang secara berhemah dan selidek secara terperinci setiap peristiwa yang dilakukan oleh PAS terhadap PKR dan DAP, naluri kita akan bertanya apakah ada keikhlasan PAS bersetia kawan dalam Pakatan Rakyat ?

    Sama ada kita mahu mengaku atau tidak bahawa dalam parti yang menguna agama itu sememangnya wujud pasukan barua dan broker bertugas mengadu-domba sentimen, persepsi dan propaganda agar perpaduan dalam Pakatan Rakyat kucar-kacir.

    Tanpa PAS yang disifatkan sebagai anai-anai dalam Pakatan Rakyat akan membuat UMNO Baru jadi lebih takut berhadapan dengan PKR dan DAP kerana perjuangan nasionalisme yang dianuti UMNO Baru sudah ketinggalan zaman.

    Ketika ini pemimpin UMNO Baru terpaksa bergantung pada agama islam yang diperjuangkan oleh PAS dan institusi raja melayu untuk terus menggenggam kuasa kerana ketuanan melayu sudah tidak dipedulikan oleh orang melayu dalam Malaysia.

    Saya percaya UMNO Baru amat mengharapkan agar PAS akan kekal jadi anai-anai dalam Pakatan Rakyat walaupun banyak suara yang mendesak parti itu berpolitik secara bersendirian atau bergabung dengan Barisan Nasional.

    Jika PAS keluar dari Pakatan Rakyat, UMNO Baru juga tidak akan sudi bergabong dengan PAS kerana PAS sudah jadi parti lebai malang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beza Pas dengan parti lain cuma serban dan pengikut selalu laung "takbeerr" di majlis keramaian, tapi nampaknya tak ada makna apa-apa.

      Bila disebut Pak Lebai teringat macam-macam cerita. Parti Pak Lebai juga membawa erti yang bermacam-macam. Rupanya banyak betulnya cerita-cerita rakyat, drama dan juga filem P. Ramlee tentang perwatakan Pak Lebai.

      Walau pun ada pembaharuan dalam parti, ketuanya Pak Lebai dan tak boleh dok saf depan dari Pak Lebai. PKR, DAP mahupun UMNO nak ikut Pak Lebai? Pak Lebai nak ikut PKR, DAP ataupun UMNO?

      Delete
    2. masa ko mati pak lebai lah yg imamkan

      Delete
    3. Tu pun kena bagi upah

      Delete
  8. Kalaulah pak kaduk pas tahu dan memahami perlembagaan tak perlulah berperqngai buat u turn tangguh mesyuarat dan menghina presiden pkr.pak kaduk nak menang atau nak memenangkan lawan akibat kebanggangan minda kaduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas banggang sengaja buat2 tidak tahu bahawa kerajaan pimpinan umngok mempercepatkan kes mahkamah dsai apabila umngok mengetahui dsai membuat gerakan kajang untuk menjadi mb selangor.

      Delete
    2. klu langkah kangkang kajang pn x ajak mesyuarat cmne tu??

      Delete
    3. Nak buat mesyuarat dan nak hadir mesyuarat pon tangguh2...nak tau lagu mana sesuai untuk puak u turn ni.

      Delete
    4. tangguh pn mesyuarat gak..ni yg x ajak langsung..syok sendiri

      Delete
    5. Cakap serban tu mengurangkan oksigen ke otak marah plak.....takan semua perkara lambat dan lambat......ada barua dan broker umngok ker...kalau dah dipatuk ular....takan nak bincang pasal kawen setiap masa.

      Delete
    6. yg langsung x ajak mesyuarat tu knp...ada barua ke join mesyuarat

      Delete
  9. Banggang takda siapa ajar..pintar sendiri mau pikiaq......pesanan untuk sumpah seranah makian pas kepada umngok.bila diperlukan untuk sokong majoriti cam haram jadah plak..

    ReplyDelete
  10. Tuan

    1. Cerita wujudnya kumpulan UG didalam PAS bukan baru. Ia diketahui oleh umum apabila Paklah bocorkan rahsia. Hassan Ali dip3cat akibat bersongkol untuk m3nubuhkan kerajaan perpaduang di Selangor selepas PRU 12. PAS sanggup menikam belakang PKR dan DAP asalkan dapat mencapai tujuan ini. Manusia merancang. Allah juga merancang. Dengan keh3ndak Allah sikap khianat Hassan Ali dan UGnya terbongkar.

    2. Akibat dari ini, PAS telah membuat satu dasar mengenai UG ini di Muktamar Ipoh tahun 2008. Keputusan Muktamar itu ialah menolak sebarang kerjasama d3ngan UMNO dalam apa jua bentuk dan PAS membuat komitmen untuk terus berada bersama PR.

    Kita kena faham kedudukan keputusan-keputusan muktamar PAS. Sesuatu k3putusan muktamar s3kaligus menjadi keputusan tertinggi PAS. Ia m3njadi dasar PAS s3hinggalah muktamar k3mudian hari membatalkan keputusan seb3lumnya. HANYA MUKTAMAR BOL3H MENGUBAH KEPUTUSAN MUKTAMAR.Presiden ke, Majlis Syura Ulamak ke, Dewan Ulamak PAS Pusat ke tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keputusan muktamar. Jika mana-mana organ mahu ubah s3barang keputusan muktamar, satu muktamar khas pe4lu diadakan.

    OLEH ITU S3HINGGA HARI INI KEPUTUSAN MUKTAMAR IPOH 2008 MASIH M3NJADI DASAR YANG MESTI DIPATUHI DARI PRESIDEN HINGGALAH AKAR UMBI.Sebarang usaha yang bertentangan dengan dasar tertinggi ini, ia dianggap sebagai tidak wala(patuh) kepada jamaah. Dalam PAS, sesiapa yang tak wala kepada jamaah, bol3h dipancung kepalanya! Begitu berat PAS menitikberatkan p3ntingnya patuh kepada jamaah. Jadi keputusan muktamar Ipoh 2008 ini penting apabila kita m3nilai tindakan sesetengah p3mimpin PAS termasuk TGHH.

    3. Sejak keputusan Muktamar Ipoh 2008 ini berkuatkuasa, puak UG masih lagi m3njalankan agenda mereka dengan m3ng3luarkan pelbagai kenyataan media untuk memporakperandakan PAS dan PR.

    Topik f3veret mereka ialah hudud. Sedangkan isu hudud ini tidak termasuk persetujuan dasar- dasar yang dipersetujui bersama untuk dijadikan platform PR. Hudud adalah diantara isu yang dipersetujui untuk tidak bersetuju dan dikeluarkan dari platform bersama PR untuk sementara waktu. Hak PAS memperjuangkan hudud diakui tetapi dipersetujui tidak menjadi keutamaan dalam situasi politik sekarang. Isu semasa yang lebih mendesak diutamakan.

    Puak2 UG semuanya cerdik semuanya. Tak mungkin tidak faham persetujuan yang dicapai oleh pucuk pimpinan PAS apabila bersetuju menyertai PR.Namun mereka terus melakukan sabotaj demi sabotaj selama 6 tahun ini.

    4. Jika kita boleh nampak kerja-ke4ja sabotaj puak UG ini dalam masa 6 tahun ini- apa kita ingat pemimpin2 PAS, PKR dan DAP semua teramat bodoh sehingga tidak nampak sabotaj-sabotaj puak UG ini? Apa mereka terlalu bengap tidak nampak bagaimana lemahnya kepimpinan TGHH didalam PAS s3hingga puak UG yang beberapa kerat ini bol3h be4maharajalela.

    Apakah mereka b3gitu bangang tidak nampak sikap dan permainan TGHH sendiri dalam isu UG ini?

    Disinilah te4l3bih cerdiknya manusia seperti Nik Abduh, tantawi dan pemimpin2 UG dalam kerja UG mereka. Mereka ingat mereka je cerdik, semua orang lain bodoh tahap otak beku, tidak dapat melihat onar dan sabotaj-sabotaj mereka untuk meruntuhkan PR.

    Kalau kita rasa kita cerdik, jangan lupa orang lain pun cerdik juga. Kita rasa kita bijak, orang lain pun bijak juga! Kita ingat kita bol3h kenakan orang, tetapi kita lupa orang dah lebih bersedia m3nghadapi tipu muslihat kita.

    Itulah s3cara kasar pandangan saya meng3nai krisis MB Selangor ini. Puak UG ingat depa cerdik dan boleh buat apa sahaja ikut hati mereka untuk meruntuhkan PR.Mereka lupa PKR, DAP dan pemimpin2 PAS yang komited dengan keputusan muktamar Ipoh 2008 sudah bersedia menghadapi mereka dan sudah menutup pintu-pintu yang perlu ditutup.

    Dalam keadaan sekarang puak UG terperangkap. Mereka tidak boleh bawa PAS keluar PR kerana tidak mempunyai sokongan untuk mengubah keputusan muktamar Ipoh 2008. Nak terus bersama Pakatan, pilihan-pilihan yang ada untuk bertindak ikut suka seperti dulu sudah ditutup....

    ReplyDelete
  11. Pas parti memaki-maki umngok diceruk kampung tapi diperingkat nasional mereka cerita nak kawen dengan umngok....inilah parti yang ada hati nak jadi dominan dalam PR ( berangan-angan cam umngok dalam be end).itu pasai katak bodo berahim bekas pas boleh memperlekehkan dengan cadangan pas parti dominan dalam PR...

    ReplyDelete
  12. Kalau tukar pemimpin pun tak dapat buat hudud. talak guna punya DAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamlah umngok be end sokong dan mahu laksanakan hudud.komen bodoh dari orang banggqng...komen pak kaduk

      Delete
    2. Anon 21:11

      PAS berjuang nak laksanakan hudud? Mana PAS ada lagi hudud.

      Hudud yang PAS ada ialah Enakmen Hudud Terengganu dan Enakmen Hudud Kelantan - kedua2nya ada ditangan UMNO! Yang PAS ada hanyalah telo 2 bijik yg pemimpin2 lelaki depa dok usung kesana kemari je.

      Enakmen Hudud Terengganu telah terlepas dari tangan PAS apabila kerajaan PAS Terengganu bungkus selepas sepenggal selepas PRU 2004. Sekarang Enakmen ini berada didalam tangan kerajaan UMNO Terengganu. MB Terengganu pada awal tahun ini memberitahu didalam sidang DUN bahawa kerajaan UMNO Terengganu tidak akan melaksanakan hukum hudud di Terengganu.Padan muka PAS. Siapakah MB PAS sepenggal yang terlebih hebat ni? Saya lupa la.......

      Begitu juga dengan Enakmen Hudud Kelantan. Nik Amar yang super cerdik PAS telah dengan bangga dan berbesar hati telah menyerahkan Enakmen Hudud Kelantan kepada UMNO/Kerajaan Pusat untuk dilaksanakan semua sekali. Kerajaan PAS Kelantan pun dah hilang kontrol terhadap Enakmen Hudud ini sama sekali. Tak percaya? Pi tanya Nik Amar atau Ahmad Yaakob apa status terbaru tentang Enakmen Hudud Kelantan yang diserahkan kepada Jamil Khir. Depa gerenti jawab depa dok tunggu feedback jamil khir.

      Ceritanya mudah je. PAS dah serah mahkota perjuangan selama ini, pusaka yang tinggi nilainya kepada musuh tradisi PAS selama ini, UMNO! UMNO pulak dah dapat mileki segala-galanya yang diperjuangkan oleh PAS selama 64 tahun sejak dari ditubuhkan! Bayangkan betapa bijaknya PAS...sebab tu saya kata Nik Amar super cerdik. Yang paling super cerdik ialah TGHH dan ahli-ahli Majlis Syura Ulamak PAS termasuk TGNA, unfortunately kerana gagal mempertahankan pusaka yang tak ternilai

      Nasib Enakmen Hudud Kelantan juga nampak cerah akan menerima nasib Enakmen Hudud Terengganu. Tanda-tanda kerajaan PAS Kelantan pasca TGNA akan bungkus lepas sepenggal sudah lama nampak. Cara Kekalahan PAS dalam PRK Pengkalan Kubur menyakinkan kebimbangan ini.

      Jika Kelantan juga jatuh dalam PRU 14 nanti, apa lagi PAS ada untuk diperjuangkan. Elok dibubar sahaja PAS.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...