Thursday 25 September 2014

Dulu Berubah-Ubah, Kini Tahu Pula Bertegas!!


Orang tua-tua selalu berpesan - hidup ini macam roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Jika hari ini kita ketawa, esok lusa mungkin menangis pua. Begitu juga, jika hari ini kita buat orang, esok lusa kita pula menerima padah yang sama.

Dalam kemelut perlantikan Exco Selangor yang kini merupakan cabaran pertama Azmin Ali sebagai Menteri Besar, isu yang paling menjadi perbualan ialah sama ada kouta lama 4-3-3 perlu dikekalkan atau dirombak menjadi 3-3-2-2, 3-3-3-1 atau sebagainya.

Kouta untuk PKR dan DAP mungkin tiada masalah untuk dipertahankan tetapi yang menjadi isu ialah kouta untuk Pas. Selepas melihat banyak U turn dan berubah pendirian sebelum ini, ramai yang melihat Pas tidak wajar lagi diberikan empat kerusi Exco seperti dulu.

Tetapi Pas melalui kenyataan Iskandar Samad, Pesuruhjaya Pas Selangor, mengatakan parti itu bertegas mempertahankan empat kerusi itu. Ada pula pemimpin lain mengatakan Exco yang sama akan dilantik semula.

Selain DAP yang mengatakan empat Exco Pas Selangor itu sebagai pengkhianat kerana tidak bersatu hati sejak awal, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin pula mengatakan, Pas hanya patut diberikan kerusi saguhati saja berikutan sikapnya itu. Maknanya, bukan lagi empat kerusi, mungkin dua atau satu saja.

Adalah jelas bahawa suara yang mahukan kerusi Exco Pas dikurangkan semakin kuat kedengaran. Ia bukan saja berlegar di dalam fikiran orangramai dan pemerhati yang berfikiran waras, malah daripada dalam PKR dan DAP juga. Di dalam Pas pula, suara-suara yang sederhana mulai malu dengan ketegasan menuntut empat kerusi Exco berikutan sikap dan pendirian parti itu sebelum ini.

Ramai yang berpendapat ia patut dikurangkan manakala yang lain pula merasakan tidak wajar Pas terlalu meminta-minta, sebaliknya hanya menyerahkan kepada kebijaksanaan Menteri Besar baru membuat pertimbangan dan keputusan.

Kenyataan Iskandar yang mahu bertegas mempertahkankan empat kerusi Exco benar-benar membuktikan dunia ini bagaikan roda. Jika dulu PKR dan DAP bertegas dengan pendirian mencalonkan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar, kini giliran Pas pula bersikap yang sama.

Tetapi pendirian PKR dan DAP atas ketegasan mereka, walaupun tidak mendapat perhatian, perkenan dan persetujuan daripada Istana Selangor, sekurang-kurangnya telah mendapat pujian dan sanjungan kerana apa yang dipertahan dan dipertegaskan itu memang mempunyai asas yang kukuh iaitu Dr Wan Azizah mempunyai sokongan majoriti yang telah dibuktikan secara bertulis.

Soal sama ada ianya diterima atau ditolak adalah soal lain, namun berjaya membuka mata rakyat negara ini, bukan saja tentang keberanian mereka tetapi juga mengenai tafsiran undang-undang dan perlembagaan berkaitan perlantikan seseorang ketua kerajaan negeri.

Hari ini isu tafsiran undang-undang itu bukan saja telah menjadi bualan orangramai tetapi turut menjadi tajuk forum dan seminar yang natijahnya telah membuka mata mengenai kuasa Sultan dan hak parti yang mendapat majoriti. Malah sudah timbul juga permintaan agar reformasi segera dilakukan kepada undang-undang negeri agar isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang berlarutan agak lama ini tidak berulang lagi di masa depan.

Ini menunjukkan impak daripada ketegasan PKR dan DAP itu bukanlah sesuatu yang tidak bernilai. Namun, lain pula jadinya dengan ketegasan Pas mahu mempertahankan empat kerusi Exconya ini.

Ada yang bertanya, kenapa baru sekarang Pas mahu bersikap tegas dan tidak dalam isu Menteri Besar dulu? Yang sinis pula berkata, tahu rupanya Pas bersikap tegas? Kenapa daripada menolak Dr Wan Azizah, kemudian bersetuju dengan Dr Wan Azizah dan Azmin, lepas itu menyerahkan kepada kebijaksaan Sultan dan akhirnya secara rasmi mencalonkan Dr Idris Ahmad, Yaakob Sapari dan Iskandar Samad sebagai calon Menteri Besar?

Walaupun ada yang berkata, Pas memang layak mendapat haknya semula empat kerusi Exco itu kerana mencalonkan Azmin sebelum ini, sebenarnya pencalonan itu hanya dalam mesyuarat AJK Pas saja sedangkan senarai rasmi yang dihantar kepada Istana Selangor menolak sama-sekali nama Azmin.

Kalau dulu pendirian Pas boleh berubah-ubah, bukankah molek jika dalam dalam soal Exco ini, pendirian Pas juga berubah sama. Barulah betul!!

Putaran kehidupan yang ditunjukkan Tuhan benar-benar bagaikan roda. Dulu PKR dan DAP bertegas, kini giliran Pas pula mahu bersikap sama. Tetapi jika sejak dulu Pas bersikap tegas, tentulah hari ini ia tidak perlu nak bersusah-payah mahu bertegas lagi. Sah-sah empat kerusi Exco itu miliknya.

Kini semuanya jadi tidak menentu. Mungkin dapat empat, mungkin juga dikurangkan menjadi tiga atau dua. Kalau masih dapat empat, bersyukurlah dan kalau dapat tiga atau dua, bersyukurlah juga.

Namun, setelah banyak berubah pendirian, melakulan U turn dan tidak tegas sebelum ini, pendirian Pas mahu bertegas kali ini lebih banyak mengundang ketawa kecil dan senyum sinis orangramai akhirnya. (SH 25/09/2014)

30 comments:

  1. Nampaknya penulis kurang faham atau saja-saja buat tak faham. PAS setuju dan tuntut adalah persefahaman dalam PR dimana PAS tidak melanggar mana-mana janji. Kerusi MB adalah milik PKR dengan 4 Exco dari PAS dan adakah pada PRU13 menyatakan yang TSKI akan digantikan. Sebagai sebuah parti Islam yang mana perlembagaan PAS bersumberkan al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias adalah adil dengan menolak Wanita sebagai MB, jawatan tertinggi sesebuah negeri. Adakah PAS menuntut kerusi MB yang menjadi milik PKR dan hanya menuntut 4 kerusi Exco seperti dalam perjanjian. PAS tidak melanggar penjanjian itu kerana ia adalah antara parti dan bukan individu. Walau pun kerusi itu milik PKR, mereka perlu mendapat pandangan dari PAS dan DAP apatah lagi dengan penolakkan awal dari istana terhadap WA. Adakah PAS kemaruk dengan jawatan Exco atau gila kuasa dan PAS tetap boleh bersendirian menentang Umno/BN seperti di Pengkalan Kubur. Ingat ker sebagai orang lama dalam politik akan lebih bijak tetapi hampesss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau sebenarnya tak faham.

      Kalau tak kemaruk kerusi MB, sebab apa Hadi mula2 oergi hantar 3 nama Adun Pas. Selepas dibelasah, U-turn dan hantar 2 nama Adun PKR yang tidak dipersetujui olih PKR/DAP dan Iskander. Mengarutlah...cakap tak pelahap kerusi MB.

      Olih kerana dlm perlantikan MB, PAS tidak mahu bekerjasama dan menyetujui pilihan PKR/DAP, Pas tak perlu diberi apa2 kerusi Exco. Apa..pelahap sangat ke? Perjuangan dan sikap dlm isu MB tunggang balik, ada hajat nak dapat kerusi EXCO.

      EXCO mesti bergerak secara collective, berpasukan dan sentiasa ada semangat setiakawan. 6 EXCO kena pecat dek Khalid, yg 4 ekor tu mesti mempertahankan rakan Exco atau sama2 letak jawatan. Suara Iskander and 3 ekor tu tak kedengaran langsong semasa pemecatan Exco, ada hati nak demand jawatan Exco.

      DAP dah memutuskan 4 EXCO Pas pengkhianat. Adalah satu perkara yg ganjil atau tidak munasabah utk melantik mereka kembali kerana merka akan duduk bersama2 EXCO DAP dlm 'cabinet' kerajaan Sgor.

      Yg patut dilantik Exco dari Pas ialah Shaari dan Hasnul.

      Delete
    2. Kau tolong usul kat abang ketum dalam mesyuarat pakatan nanti buang ja pas dari pakatan...buat apa berpakat kalau dikatakan khianat..kita tengok la parti mana nak lingkup..komen dalam blog ni bukan banyak mana pun..kita tengok suara majoriti pengundi..

      Delete
    3. Meroyan dah blogger GANR tu.....Dahulu serang peribadi Al-Hussyen dan kini nak buat perkara yang sama kat Shahbudin pulak? Nak buat macam mana kan? Ada "laman" sendiri tiada orang yang sudi "jengok" sebab tu sebok nak komen di laman orang dan tak pernah pula muhasabah diri sebab apa blog si meroyan ni tak laku? Sebabnya beliau menulis menggunakan PC tahun 1990 dan mengarang menggunakan otak beliau yang di "kepala lutut". Ada komen?

      Delete
    4. Hai yaa ,apa pasat mau galoh-galoh ,loo oo , sudah tukak MB ,mau galoh lagi lea aa .

      Kalau itu PAS mahu jadi MB ,Wa ingat itu Azmin tatak jadi MB loo oo . Wa manyak ingat itu Sultan pasti lebeh sukak itu MB dari PAS maa a ,pasat itu parti tatak biadap maa aa ,tatak macam itu PKR manyak langsi loo oo .

      Azmin luluk mana ,kalau itu PAS punya olang telima itu jawatan maa aa?
      Sendili mau pikir loo oo.

      Delete
    5. Dalam muktamar PAS terang2 sebahagian besar ahli dan ahli Majlis Syura Ulamak (yg paling tinggi) nakkn jawatan MB. Nak tanya yg Presiden PAS hantar nama calon kenapa dihantar nama dari PAS. Kenapa x hantar semua nama dari calon PKR...? Malu nya dah tak ada..Gugurkn penggunaan nama ISLAM pd nama parti. Ianya hanya menjadi fitnah pada agama ISLAM...Sejauh mana bukan ISLAM tertarik pd amalan ISLAM setelah melihat cara PAS berpolitik..? Atau ianya lebih menjauhkn lagi bukan ISLAM pd agama Islam..? Atau PAS mau agama ISLAM khusus utk orang Melayu saja..

      Delete
    6. ni semua Kerajaang perpaduWANG punya geng la ni...x payah nak tegakkan benang yg basah...rakyat bkn bodo macang UG pas

      Delete
    7. Elok 1 atau 2 kepada Pas, iaitu kpd Hasnul dan Shaari yang teguh pada janji dan tidak menikam sahabat dari belakang seperti perbuatan presiden Pas.

      Tiga tahun setengah lagi PRU baru dan memang Pas boleh bersendirian, ataupun berpakat dengan UMNO utk tawan kembali Selangor, lantik MB sendiri dan kongsi exco dengan UMNO 6-4 atau 5-5.

      Ustad Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Hassan Ali boleh bantu Pas pulang ke pangkuan UMNO.

      Ataupun tunggu tahun 3014, seribu tahun lagi dari skrg utk capai kemenangan seperti ujar Ustad Mokhtar Senik. Inipun tak pasti lagi sebab keadaan berubah...mungkin Ratu Sheba jadi Sultan Selangor, dsbnya.




      Delete
    8. woi tuan admin sejak akhir ni marah bebenor dekat Pas,, dia punya tajuk post dia ade tanda seruan... !!! ape2 pun bior la tuan admin brsama labu2 PKR yg meroyan.. depa lagi berkuasa brbanding Sultan kot... keputusan akhir di tangan perkenan Sultan Selangor.. kita lihat macamana ye..

      Delete
  2. "PAS tetap boleh bersendirian menentang Umno/BN seperti di Pengkalan Kubur?" Tidak kenyataan seperti ini sombong? Memanglah Pas boleh berjuang bersendirian, tapi bolehkah menang?

    Rahman MS

    ReplyDelete
  3. Serahkan saja kepada kebijaksaan MB untuk memilih exconya sama seperti kenyataan PAS meletakkan kepada kebijaksaan sultan untuk memilih MB.

    ReplyDelete
  4. Kalau Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dlm Fasal perlantikan MB tidak dipinda( buat tambahan/penjelesan), maka perlantikan MB Sgor dimasa akan datang adalah seperti berikut:

    IKLAN JAWATAN MB SELANGOR

    1. Permohonan adalah dipelawa daripada mana2 Adun dari parti atau parti bersekutu yg mempunyai majority kerusi DUN untuk memohon jawatan MB Selangor.

    2. Sila buat permohonan kepada SS Sultan dengan mengemuka resume yang lengkap.

    SYARAT2 PERLANTIKAN

    3. Pemohon2 akan ditemuduga terlebih dahulu olih Sultan Selangor yang akan membuat pilihan Adun yang layak dilantik sebagai MB.

    4. Sebelum lantikan resmi dibuat sebagai MB, Adun yang dipilih olih Sultan perlu mendapat 'PERKENAN' dari parti nya untuk menjawat jawatan MB dan menunjukkan ia mempunyai sokongan majority Adun2.

    5. Lantikan MB akan dibuat olih Sultan apabila Adun yang dipilih mengemukakan surat 'PERKENAN' dari partinya atau parti 2 bersekutu serta apa2 dokumen yang menunjukkan dia mempunyai sokongan majority Adun.

    Bagitulah pemilihan MB Azmin dan MB2 akan datang sekiranya Fasal 53(2)(a) tidak dipinda dengan segera. Sudah terbalik court(kot). Ikut Perlembagaan, parti yang pilih MB dan Sultan hanya buat lantikan.

    ReplyDelete
  5. Tulisan admin blog ini mendedahkan kebodohan sendiri kepada orang lain. Siapa sebenarnya yang tidak ada pendirian ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa pulak bodoh.....ahhhh?

      Topik artikel...dulu berubah2 iaitu dalam soal prisip bersekutu dan setiakawan dan bersepakatan....sentiasa berubah2 dlm membuat keputusan dan memeningkan kawan.

      Kini...bertegas pula iaitu dalam bab merebut pangkat dan jawatan..sangat tegas.

      Apa punya parti lebai ni. Baik buang shj perkataan Islam tu....dankeluar shj PR & pi join Umno. Kata bolih bersendirian.

      Delete
  6. Cuba tanya diri.Jika hari ini PAS pegang kerusi MB, adakah Adun PKR atau DAP akan dilantik ahli Exco?Apa Maha Presiden PAS akan kata?
    PAS perlu dihukum! Tiada pisang untuk mu!

    ReplyDelete
  7. Lg satu u turn ....tu ari kata tak pelahap jawatan...skg ape dah jd...nak sama mcm berok lantak ke...

    ReplyDelete
  8. Krisis Selangor telah membuka mata semua tentang PAS. Patut lah PAS kalah di Kedah dan Terengganu. Sikap yang tak boleh di tegur. Dia saja betul, org lain semua tak betul. PAS menang banyak kerusi atas dasar orang benci UMNO/BN dan tiada pilihan lain. Jika ada... adakah org akan piluh PAS?.. Kirim salam la... tp itu pun PAS masih angkuh dan tak sedar diri.

    ReplyDelete
  9. Inilah namanya Ularmak duniawi. Nafsu mengatasi akal

    ReplyDelete
  10. tok bolih nak tegur pas ni wei...ke lauk wei

    ReplyDelete
  11. Serah sahaja tugas pilih exco kpd MB & dptkan perkenan sultan. Kalau xada exco drp PAS pun xde masalah. Lgpun 4 exco PAS tu pun dh otomatik letak jawatan bila MB brtukar tangan. Yg jd masalahnya kalau tiada exco drp PKR n DAP. Memang mengamuk sakan la..silap2 azmin pun kena pecat keahlian mcm TSKI. Hahaha...

    ReplyDelete
  12. Iskandar samad n 3 skli buang anwar sbg penasihat ekonomi. Skrg tuntut lak jawatan 4 exco...ishh tak tahu malu langsung..wibawa amanh jujur jauh skli

    ReplyDelete
  13. GANR,,,

    Blog dia bagus, serangannya mengena...

    Betullah komen dan point dia tuuuh..

    ReplyDelete
  14. Dikhabarkan kononnya PAS Terengganu tetap konsisten dengan pendirian dua Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin patut dipecat kerana mengkhianati parti Islam itu dalam kemelut menteri besar Selangor.

    Apakah pengundi di Selangor faham apa yang dimaksudkan oleh ahli PAS Terengganu itu ?

    Mereka menuduh Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin jadi pengkhianat kerana memberi sokongan pada Wan Azizah bagi menghalang Khalid Ibrahim terus-terusan melakukan kerosakan terhadap Pakatan Rakyat.

    Seringkali kita dengar Hadi Awang kata mahu kekal dalam Pakatan Rakyat tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu bersetiakawan dengan PKR dan DAP atas alasan PKR berfahaman sekular pramagtik, DAP berfahaman sekular sosialis dan PAS berpegang pada alquran dan sunnah. Mereka bukan satu parti yang perlu menurut segala kehendak orang lain.

    Jika kita berfikir tanpa menelan pil kuda.... pasti kita nampak bahawa PAS yang dipimpin oleh Hadi Awang itu lah pengkhianat sebenar kerana mereka bersifat kawan makan kawan sedangkan sebelum ini mereka bersama berjanji dan berpegang pada satu manifesto menentang Barisan Nasional.

    Saya percaya ramai penyokong Pakatan Rakyat bersetuju bila PAS menuduh Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin sebagai pengkhianat jika mereka berdua menyokong Khalid Ibrahim yang dipecat oleh PKR dan bersekongkol pula dengan UMNO Baru untuk menjahanamkan Pakatan Rakyat.

    Tapi keadaannya sudah terbalik menyokong Pakatan Rakyat dituduh pengkhianat dan menyokong Khalid Ibrahim dan bersekongkol dengan UMNO Baru dipuji sebagai penyelamat.

    Ingat balik peristiwa yang baru berlaku sebelum perlantikan Azmin yang tiada sokongan majoriti ADUN dilantik menjadi menteri besar......

    Bagaimana perangai PAS ketika PKR dan DAP mengharapkan persetujuan Hadi Awang untuk mencalonkan Wan Azizah jadi menteri besar ? Macam-macam hal yang Hadi mainkan seolah-olah mereka adalah big boss dalam Pakatan Rakyat.

    Tindakan Hadi Awang itu telah memberi peluang kepada sultan selangor melacurkan perlembagaan negeri. Mengikut Perlembagaan Negeri Selangor, Perkara 53(2)(a) menjelaskan sultan melantik MB yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri.

    Ini bererti ianya bersifat bottom-up approach dan sepanjang krisis MB Selangor, hanya nama Datuk Seri Dr. Wan Azizah sahaja yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

    Tapi disebabkan Hadi Awang memperlechkan Wan Azizah dalam sokongannya maka sultan memilih dan melantik individu yang kemudiannya baru dipersetujui dan mendapat kepercayaan majoriti ahli DUN Selangor. Secara tak langsung cara perlantikan Azmin Ali sudah jadi undang-undang baru dalam negeri Selangor.

    Pertubuhan bukan kerajaan pula ambil kesempatan menuduh PKR dan DAP restu monarki campur tangan lantik MB Selangor apabila menukar sokongannya daripada Wan Azizah Wan Ismail kepada Mohamed Azmin Ali dalam masa singkat.

    Nampak atau tidak bahawa sebahagian besar pemimpin tertinggi PAS yang ada sekarang memang berniat jahat mengkucar-kacirkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.....

    Perlukah PKR, DAP jadikan pengkhianat sebagai kawan dalam menentang Barisan Nasional ?

    Pada pandangan saya, orang yang menjaga kepentingan Pakatan Rakyat wajib diberi keutamaan dalam jawatan exco negeri Selangor khasnya Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin.

    ReplyDelete
  15. Ada tak kena dgn pimpinan serban besar PAS yg menyebabkan tindakan parti selalu klik kluk macam orang lalok. Ada keberangkalian antara depa ni mungkin kedarah pil kaldai kalau pun bukan pil kuda.

    Dulu tuduh bakal calon PKR di Ganu terlibat dgn pil kuda tapi apa yg berlaku akhir akhir ni dgn pimpinan PAS menunjukkan sebaliknys. Pil kaldai pun pil kaldai lah asal boleh stim dan lalok putar kawan sendiri tanpa rasa berdosa dan bersalah.

    ReplyDelete
  16. Azmin kekalkan quota 4 EXCO Pas. Tapi kalau dia lantik semula 4 ekor pengkhianat tu, aku fikir kerajaan pimpinan Azmin tak kekal atau tak stabil.

    Fasal aoa? Tak dapat restu banyak orang yang tidak puas hati dengan tindakan Pengkhianat itu.

    ReplyDelete
  17. Biarpun PAS sudah berusaha, ber ikhtiar dan tawakal dengan segala jentera kempennya yang hebat dan kuat namun kita patut bersyukur PAS KALAH..... islam telah menang diPengkalan Kubor dengan majoriti 2,635 undi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam tak akan kalah......Yang kalah adalah Parti politik di bawah kiblat Demokerasi Berpalimen Sir Lord Reid yang menggunakan nama Islam dan mengamalkan Pempinan Ulama (diciplak dari Syiah Iran) untuk mengutip simpati undi kaum Melayu. Kesian, Melayu sekarang maklumat di hujung jari cukup susah nak ditipu berbanding Melayu zaman dahulu. Menangis-nangis kalau dengar Pak-Pak Lebai menceritakan tentang Syurga dan takutkan Neraka. Wal hal Pak-Pak Lebai ini langsung tak peduli tentang Syurga dan tak hirau tentang Neraka asalkan di dunia goleh memandu Mini Cooper dan Vellfire......Semua itu Halal dan Makruh belaka.

      Delete
  18. Din cukup cukuplah jadi batu api..ko dulu umno tapi sekarang pkr perangai tak berubah..busuk sungguh perut ko.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian...tak mampu berhujah....kah..kah..kah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...