Sunday 21 September 2014

Haji Hadi Wajib Sahut Cabaran Shaari


Sesiapa pun yang melihat wajah Presiden Pas, Haji Hadi Awang ketika menggulung Muktamar Pas semalam, tentunya dapat merasakan api kemarahan yang sedang marak dan meluap-luap dalam dadanya. Wajah, mata, air muka dan gerak tangannya ketika menyampaikan ucapan jelas menggambarkan beliau sedang marah dan panas hati ketika itu.

Malangnya, kemarahan itu tidak ditujukan kepada UMNO dan para pemimpinnya yang memang menjadi musuh Pas selama ini. Bahkan dalam muktamar kali ini, UMNO paling beruntung kerana tidak menjadi serangan dan belasahan Pas sepertimana selalunya.

Dalam muktamar kali ini, tiada sentuhan yang pedih dan menyakitkan hati daripada Pas terhadap UMNO. Daripada perasmian, perbahasan oleh perwakilan sehinggalah kepada ucapan penutup, UMNO terkecuali daripada sasaran kecaman. Sasaran lebih ditumpukan kepada rakan-rakan sendiri dalam PR, terutamanya PKR, golongan profesional termasuk Mohamad Sabu dan tidak terkecuali dua Adun dari Selangor, Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin.

Dalam ucapan penggulungan yang penuh kemarahan itu, Haji Hadi juga turut membuat dakwaan bahawa kedua-dua Adun berkenaan dibeli untuk memberi sokongan dan manandatangai akaun bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Dalam tindakannya yang disifatkannya sebagai "mencuri" itu, beliau juga menuduh ada yang menjadi "broker" dan "barua" kepada kedua-dua Adun berkenaan.

Bagaimanpun hari ini, salah seorang daripada dua Adun berkenaan iaitu Shaari Sungib bingkas mencabar Haji Hadi agar mengemukakan bukti atas dakwaan yang dibuatnya itu.

Tindakan Shaari sebagai Adun Pas mencabar Presiden partinya sendiri mengenai sesuatu dakwaan memang dianggap luar biasa dan jarang-jarang berlaku, lebih-lebih lagi memandangkan Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Tetapi di sudut yang lain, ia menyerlahkan kewajaran Haji Hadi untuk menyahut cabaran tersebut, jika beliau benar-benar mempunyai bukti. Apatah lagi dakwaan bahawa Shaari dibeli itu merupakan tuduhan yang berat yang melibatkan wibawa dan intergritinya.

Membuat dakwaan yang berunsur rasuah tetapi tanpa bukti adalah tidak wajar sama-sekali dan menjejaskan wibawa seseorang yang bertaraf Tuan Guru atau Presiden parti. Dakwaan tanpa bukti biasanya hanya dilakukan oleh pencacai atau macai politik yang banyak berkeliaran di lobi hotel dan kedai-kedai kopi tengah malam saja.

Namun Haji Hadi bukanlah pencacai atau macai. Tarafnya dalam masyarakat begitu tinggi. Beliau adalah ketua parti yang bertaraf ulama. Apabila beliau membuat dakwaan bahawa dua Adun berkenaan dibeli, tentunya anggapan ramai beliau mempunyai bukti mengenainya berasaskan bahawa seorang yang alim dan warak tidak mungkin membuat tuduhan tanpa bukti.

Oleh itu, apabila Shaari sudah melakukan cabaran, menjadi tanggungjawab Haji Hadi untuk menyahutnya. Beliau perlu kemukakan bukti-bukti yang beliau ada, bukan saja untuk mengesahkan dakwaannya tetapu juga memastikan Shaari dan Hasnul dikenakan tindakan oleh Pas. Seterusnya bukti itu boleh pula dibawa kepada SPRM agar tindakan sewajarnya dari segi undang-undang dapat diambil.

Ini kerana jika benar Shaari dan Hasnul telah dibeli, tiada sesiapa pun merestui dan menghalalkan permainan politik seumpama itu.

Dalam hal ini, Haji Hadi tidak perlu berlengah dengan masa untuk segera mengemukakan bukti mengenai wujudnya pembelian dan unsur rasuah itu. Semuanya kini terletak di tangan Haji Hadi untuk melonjakkan kembali imej dan reputasinya jika benar apa yang diperkatakannya itu adalah benar dan ada buktinya sekali.

Dalam masa yang sama, dakwaan Haji Hadi mengenai hal ini juga pantas mengingatkan orangramai kepada tuduhannya berkaitan pil kuda dan fahaman komunis terhadap calon PKR di Terengganu dan Selangor sebelum pilihanraya lalu yang sehingga ini masih gagal dibuktikannya.

Kedua-dua tuduhan berkaitan pil kuda dan fahaman komunis itu ialah untuk mewajarkan Pas ketika itu meletakkan calon bertindih daripada partinya, walaupun sudah ada persetujuan ia ditandingi oleh parti rakannya sendiri iaitu PKR.

Dalam isu pil kuda, Haji Hadi telah pun disaman dan perbicaraan awal telah dimenangi oleh calon PKR itu dan kini masih lagi dalam proses rayuan lagi. Mengenai dakwaan calon PKR berfahaman komunis pula, ia senyap begitu saja.

Apakah mungkin dakwaan wujudnya pembelian terhadap Shaari dan Hasnul juga bakal senyap sama? Atau mungkinkah setelah Shaari mencabar ini dan jika masih tiada bukti dikemukakan, beliau juga akan turut mengemukakan saman malu bernilai jutaan ringgit kepada Haji Hadi?

Apa pun alasannya, oleh kerana Haji Hadi membuat dakwaan itu di atas pentas rasmi parti, beliau secara moralnya wajib menyahut cabaran Shaari itu? Noktah. Berdiam diri atau memberi pelbagai alasan lain bukan lagi pilihan.

Tetapi jika beliau hanya mendengar desas-desus, khabar angin atau cakap-cakap orang saja mengenainya, amatlah memalukan sekali tindakan itu dilakukannya ketika ucapan penggulungan itu. Tidak wajar seorang presiden parti yang bertaraf ulama berbuat demikian.

Jika beliau sekadar mendengar desas-desus atau khabar angin mengenainya, beliau sepatutnya hanya menyebarkannya kepada pencacai atau macai untuk dijadikan tajuk perbualan di warung-warung kopi saja, bukannya diluahkan di muktamar parti. - SH 21/09/2014.

28 comments:

  1. Kupasan mantap dari veteran media seperti saudara.Saya telah membaca kebamyakan kupasan blog berkenaan isu barua dan broker yang terpacul dari mulut timbalan ulamak sedonia ni yang rata rata menjadikan kita muak,jemu,meluat dan menyampah maksima dan hilang respek terhadap Hadi Awang, yang tidak sepatutnya berakhlak sebegini.Dimanakah hilangnya nilai murni dan akhlak mu wahai tuan guru?Adakah harta donia yang sementara ini telah menggelapkan hati dan mata anda untuk menegakkan Islam sebagai Deen untuk ummah sejagat.Trajedi terhebat dalam muktamar PAS dan satu mimpi ngeri untuk kami pengundi yang terpesona dengan janji "pas for all" shame on you Hadi Awang!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi sudah dimakan oleh sumpahnya sendiri dari "Amanat Haji Hadi".Jadi dari sekarang Haji Hadi boleh belahlah.orangramai sudah tak hairan ulama jahat macam Hadi.Mulut longkang perangai Yahudi.

      Delete
    2. Hidup bukan kerana adat...mati bukan kerana sumpah...

      Delete
    3. 23:13 dingdong3 23:30 nampak sangat......

      Delete
    4. Apa pasat sikalang sutak tukak aa a ?, lulu Wa selalu dengak ini kalau beli- juat punya hat UMNO selalu buat , lain olang tatak buat ea aa .

      Wa manyak helan nea aa , semua mau tukak ,semua sutak UBAH loo oo !.

      Delete
  2. Oh..berat mata memandang....pilu hati merasa...

    ReplyDelete
  3. Kesian akhirnya seorng ulamak,.. Ya la ulamk bukannya maksum... So dia boleh buat silap... Kesilapan depa ni lebih besar dari kita yg bukan ulamak pd sesuatu isu...kesian kesin dgn pas...hilang respek aku kat parti mcm ni.. Patut jd penyatu...tetapi jd pemecah belah plk...elok le professionl pas kluar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak betul kawan... ada buktika?

      Delete
  4. Cuba rujuk kitab2 lama.....apa sebenarnya makna barua.....perkataan ini ...bg orang melayu yg tak pernah pegang kitab lama...beranggapan...satu sebutan maki makian...ia beranggapan orang yang bercakap sedang maki..amat malang sekali...lebih2 lg orang yg bergelar wartawan.....dalam kitab lama juga ada disebut perkataan. DOKYOK...cuba cari ..dan banyak lg..perkataan2...yg mana disalah anggap sebagai perkataan..makian....contohnya...apa yg menjadi isu sebelum ini..mencarut...sebenar nya kadang2..kita menunjukan kebodohan kita sendiri..sedangkan ada orang lain tersenyum sinis.












    .





    ReplyDelete
  5. Tupasal org tua2 dah pesan jangan berkawan dengan peliwat..
    Oh ye...lupaa..ini semua salah umno..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo....dari pengalaman sendiri la kan. Kalau tak mana tau boleh buat kawan ke tak?

      Delete
    2. Apa? Pengalaman diliwat atau meliwat?

      Delete
  6. barua dan broker ialah bahasa yang popular dan trendy sekarang di Malaysia..bila ada ditengahnya dibeli, tak lama lagi akan sambung hikayat pil kuda..

    ReplyDelete
  7. Hadi bercakap separuh auta...tidak berfakta... Gayanya terikut Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan dipersidangan agung Umno... Menuduh Mohamad Sabu berfahaman syiah... Apebila minta kemuka bukti... Mula gelabah & sibuk mengarah gurkha2 politiknya membuat propaganda... Sekarang president pas pula merasa dengan kuasa yang ada bolih berbuat ape sahaja termasuk propaganda demi kepentingan diri.

    ReplyDelete
  8. Menurut Haji Hadi presiden PKR tak layak jadi MB, PKR mencuri ADUN Pas, ADUN Pas yang sokong PKR barua, broker dan dibeli dan beliau tak mahu bawa ahli-ahli Pas ke neraka jahanam kalau beri (jawatan MB) kepada PKR begitu saja...walaupun ini bukan hak dia nak beri atau nak ambik. Dan bangkit hal neraka ni apasal?

    Seolah dia yang betul, walaupun nyata berbohong, mungkir janji dan tikam belakang kawan. Apa beza puak Islam ni dengan puak-puak lain? Kalau ulama lidah bercabang, boleh tipu dan mungkir janji, orang lain juga boleh tipu dan mungkir janji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu ana, sejak dari pemecatan TSKI hingga kini DSAI tidak pernah menyerang TGHA walaupun terdapat isu kontroversi parti itu seperti gabungan dengan UMNO dan juga TSKI untuk membentuk kerajaan yang kurang jelas (kurang bukti)... nampaknya ulama seperti TGHA lebih beria-ria menyerang rakannya dalam pakatan dalam hal barua dan ADUN yang dibeli walaupun tiada bukti kukuh...amat sedih dengan TGHA... betul sangkaan ana.. tak semestinya ulama memerintah negara maka negara akan menjadi aman kerana sikap terlalu 'egois' dengan ilmu mereka menjadikan mereka kurang menapis perkataan apabila berhujah terutama ulama yang telah lama menjadi ahli politik..

      Delete
  9. Tuan Shah,

    Dalam kes penentuan MB Selangor jelas perlembagaan menyebut calon majoriti terpilih dalam DUN paling layak dijadikan MB. Rasanya Haji Hadi pun jelas jelas tentang perkara ini

    Malangnya istana pula enggan menerima apa yang telah tersirat dan tersurat dalam perlembagaan tubuh negeri Selangor malah di peringkat persekutuan. Dan dalam soal ini Haji Hadi pasti tahu bahawa istana telah tidak menuruti apa yang telah tertulis dalam perlembagaan.

    Tapi disebabkan hal ini berkait dengan istana dan bukannya rakyat marhaen biasa, maka ulama bernama Haji Hadi ini terpaksa mengikut arus walau pun aliran arus itu boleh membahayakan. Tapi kalau hal ini hanya membabitkan rakyat marhaen biasa, ulama Hadi sanggup menongkah arus.

    Ulama harus berani berkata benar dan tidak wajar sama sekali mengamalkan tindakan double standard. Tapi dalam soal lantikan MB Selangor ini, ulama bernama Hadi ini jelas tidak berani menegakkan kebenaran hanya kerana yang terlibat itu bukan rakyat biasa. Adakah sikap ulama begini yang Allah mahukan ?.

    Dalam kes Khalid Ibrahim dipecat partinya, Ulama ini adalah antara yang pertama mempertahankan Khalid walau pun beliau belum tahu hujung pangkal dan duduk perkara sebenar. Tidak pula ulama ini di haram jadah, diubaruakan dan dianggap pengkhianat Pakatan Rakyat. Tapi bila 2 ADUN PAS bertindak memberi sokongan kepada pemilihan Azizah sebagai calon MB Selangor bagi mengganti Khalid, ulama Hadi ini membaruakan kedua orang ini dan dianggap pengkhianat.

    Siapa yang barua dan pengkhianat sebenarnya?. Bila ahli PAS menyokong lantikan Azizah dari PKR sebagai pengganti Khalid, mereka dianggap sebagai pengkhianat. Bila beliau sendiri mencampuri urusan PKR dan menyokong Khalid, tidak pula Hadi menganggap dirinya barua dan pengkhianat.

    Sekarang Hadi wajib buktikan tuduhannya itu terhadap 2 orang ADUN PAS berkenaan. Dalam kes Khalid dipecat PKR berkaitan keraguan tentang penyelesaian hutang bank beliau, PKR mendesak butiran perjanjian dan penyelesaian hutang itu didedahkan. Tetapi undang2 tertentu diguna bagi mengelakkan pendedahan sebenar. Jadi dalam kes tuduhan Hadi terhadap 2 ADUN PAS yang dianggap pengkhianat itui, Hadi mesti berusaha dedahkan bukti segala tuduhannya itu terhadap kedua ADUN berkenaan.

    Jika Hadi cuma berdiam dan tidak mengambil tindakan apa apa selepas Shaari Sungip mencabarnya, satu Malaysia akan tahu bahawa Hadi tidak sekadar Ulama tapi juga jenis Ular Mak ( ular dalam semak) yang boleh mematuk baik pun kawan dan sahabat sendiri.

    Ulama macam Hadi ni, kalau sumbat dalam lokap dua tiga hari dan ditekan sikit, A pun boleh dia mengaku B dan hitam pun dia boleh cakap putih asalkan boleh lepaskan diri. Inilah mentaliti sebenar orang nombor satu PAS, jauh beza dengan Anwar dan Mat Sabu yang teguh dan mantap pendirian walau pun penjara bagaikan rumah kedua mereka. Pemimpin beginikah mahu disorong menjadi PM Malaysia?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi orangnya kuat beragama tapi kuat juga berdrama. Satu pandangan dan ulasan yang tepat. Pukul dulang paku serpih, mengata orang Hadi yang lebih. Rupanya Hadi terlupa, dia meludah ke langit dan muka sendiri bau bengit. Hadi tak ubah bagai ketam yang cuba mengajar anak berjalan betul.

      Kepimpinan harus melalui teladan. Kalau pemimpin seperti Hadi sendiri sanggup khianati kawan dan menyokong seorang ahli yang mengkhianati pucuk pimpinan partinya, apa bezanya kalau ahli bawahan Hadi mengkhianati Hadi untuk menyokong pula sahabatnya sendiri.

      Ahli PAS tak nampak kah ini. Perbuatan Hadi membaruakan 2 ahli partinya yang membelakangkan beliau tak ubah bagaikan Hadi membaruakan dirinya sendiri. Kalau kedua adun PAS itu dianggap pengkhianat, maka Hadil lah guru yang mengajar anak buah menjadi pengkhianat. Tidak kah begitu?.

      Elok lah Hadi balik muhasabah diri. Beli cermin besar kat rumah dan belek belek lah diri sepuasnya.

      Delete
  10. Tuan, apa yg berlaku adalah disebabkan kelemahan haji hadi. Sebagai presiden beliau gagal untuk bertindak drp awal. skrg nasi sudah menjadi bubur.saya rasa sudah sampai masanya beliau berudur dan diganti. PAS ada MSU badan yg mengawal perjalanan politik PAS jadi tak timbul masaalah kpd siapa yg akan presiden

    ReplyDelete
  11. Taraf Tinggi Apa?? Hadi Macam Orang Gila Membebel dengan Cakap Hodoh!! Ahli dah jadi pengikut orang Gila!!!

    ReplyDelete
  12. Azmin ali terima jawatan mb..kita tgk pkr buat apa plak..adakah akan dimaki hamun macam hj hadi? Kalau azmin terima kira dia pun tak setuju ngan pkr gak la..alasan azmin pun sama iaitu patuh pada istana seperti hj hadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samada Azmin atau Azizah bukan isunya kalau majoriti pimpinan dalam parti akhirnya menerima calon berkenaan. Yang menjadi masalah ialah makhluk Allah sorang tu yang tak mahu terima perlembagaan tubuh Selangor yang dah puluhan tahun diguna pakai. Lebih rumit lagi kerana makhluk Allah di Ganu sorang tu lembik leher, main tunduk jer bawah sorang makhluk Allah kat Selangor tu wlu pun makhluk Allah Ganu tu tahu dan faham perlembagaan. Tapi dalam kes isu MB Nizar di Perak dulu semua makhluk2 Allah dalam parti Islam paling dahsyat dan mulia itu tak pula anggap ahli2 parti tu derhaka bila mereka berguling2 atas jalan depan istana menghalang kemasukan kereta makhluk2 Allah yang dimuliakan kat sana tu.

      Delete
    2. Bkn isu pulak..azmin kira langgar arahan parti ni.. Tak sokong wan azizah..kalau pkr restu azmin dah lama hantar nama beliau.. Akhirnya langkah kajang gagal..malunya anwar..bkn semua org nak ikut cakap dia..

      Delete
  13. Perangai pemimpin hodoh macam Hj Hadi Awang itu bukan setakat dimaki hamun, sepatutnya di humban dalam wad gila Mental Hospital Tanjung Rambutan sahaja. Mana layak dipanggil Ulama? Cuma tengok dalam kamus Dewan apa maksud Ulama?

    ReplyDelete
  14. Buat apa cabar mencabar diluar Mahkamah. Hj Hadi tak jawab cabaran Shaari, Shaari tak dapat apa2 oun.

    Baik Shaari dan Hasnul saman Hadi RM1 juta seorang kerana memfitnah beliau. Kalau Hadi tak jawap, kenalah bayar RM2juta seperti saman Pil kuda..

    Saman Pil kuda diarah bicara kerana Hadi berjaya mengenepikan penghakiman engkar kerana tak jawab saman.

    Masuk saman 'barua' dan 'dibeli' jadi 3 saman kesemuanya.

    ReplyDelete
  15. Episode MB Selangor..yang terkankang adalah Khalid Ibrahim dan Hj Hadi.

    Khalid Ibrahim tak mahu resign dgn sukarela. Akhirnya dipecat dan kini musuh No.1 dia Azmin yg jadi MB.

    Hadi hilang integrity dan tidak dihormati olih PKR/DAP dan juga pemimpin Pas. Kalau dia ikut keputusan JKKPas pd 17 Aug dan mengemukakan nama Wan Azizah dan Azmin, image dan reputasinya tak tercemar dgn perlantikan Azmin sebagai MB.

    Dia punya bodoh pegi kemukakan nama Adun Pas.

    13 Adun Pas pun bengong tak support Azizah.

    Sekarang aku harap Exco-4 PKR + 3 DAP + Shari + Hasnul. Buat apa pi lantik 13 Adun Pas kerana mereka ikut Hj Hadi untuk form up coalition govt dng Umno+ Khalid. .

    Dia punya bodoh pergi

    ReplyDelete
  16. Iblis pangkat General hasut Nabi Adam as .Iblis pangkat IGP goda Sheikh Bal'am.Iblis pangkat Major goda Hj Hadi.Dia tergoda..Bermuhasabah lah .Kembali pada fitrah asal mu.Kamu di penghujung usia.cukuplah.

    ReplyDelete
  17. Dalam krisis menteri besar Selangor 'Langkah Kajang I' memang telah gagal dalam agenda menukarkan Khalid Ibrahim yang tidak disenangi oleh Hadi Awang.

    UMNO Baru telah memainkan perananna melalui mahkamah rayuan kes liwat II dengan hukuman 5 tahun penjara keatas Anwar.

    Tapi apabila 'Langkah Kajang II' digerakkan dengan mencalonkan Wan Azizah pula jadi wakil rakyat Kajang menggantikan Anwar, maka terbongkarlah segala pekong yang disembunyi dalam jubah.

    'Langkah Kajang II' telah berjaya memperlihatkan pada semua penyokong bahawa dalam Pakatan Rakyat ada musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, duri dalam daging. Pengkhianat, barua, dan juga broker.

    Cakap pagi lain, cakap tengah hari lain, cakap petang lain dan cakap malam juga lain. Kesimpulannya cakap tak serupa bikin.

    Sehingga akhirnya kita dengar kenyataan dari mulut Hadi Awang mengkategorikan Wan Azizah sebagai wanita yang tidak layak jadi menteri besar tanpa alasan yang kukuh. Kenyataan beliau jelas menghina kewibawaan presiden PKR yang sama-sama menerajui Pakatan Rakyat.

    Pada padangan saya, Hadi Awang dan MSU, telah memperalatkan agama ketahap maksima hanya untuk kepentingan nafsu mereka saja. Mereka juga memperalatkan ahli parti menggunakan kod 'wala' sebagai barua dan broker mereka agar sentiasa menyiakan apa saja yang mereka lakukan.

    Kita boleh nilaikan dalam banyak kenyataan yang Hadi Awang keluarkan dalam pelbagai jenis media bahawa beliau tidak faham untuk membezakan antara keutamaan beragama dengan kepentingan berpolitik.

    Kita memang tahu PAS memperalatkan alquran dan sunah dalam berpolitik. Namun perlu diingatkan kepada semua ahli PAS, bahawa halal dan haram dalam agama islam tidak sama dengan halal dan haram dalam politik.

    PKR berfahaman sekular pragmatik dan DAP sekular sosialis bersetia kawan dengan PAS berasaskan politik bukan berlandaskan agama islam. Maka tidak timbul soal neraka dan syurga ketika mencari pemimpin untuk mentadbir kerajaan negeri.

    Dalam hal ini pandangan PAS amat bercanggah terhadap kewibawaan wanita tidak layak jadi pemimpin kerana dalam fahaman sekular wanita yang dilantik sebagai pemimpin adalah orang yang berilmu pengetahuan tinggi diamanah kan untuk memberi harapan dan membantu rakyat dalam membina kehidupan yang lebih baik.

    Dan dalam fahaman sekular, wanita yang dilantik sebagai pemimpin tidak boleh disamakan dengan imam dalam masjid kerana tugas mengajar agama dan bersembayang adalah tugas orang agama bukan pemimpin wanita denga menimbulkan kelemahan mereka dengan haid atau datang bulan.

    Pernah kah kita melihat Khalid Ibrahim menjadi imam mana-mana masjid setiap hari sebagai rujukan bahawa pemimpin mesti menjadi imam ? Apa yang dikhabarkan Khalid Ibrahim selalu tinggal sembayang.

    Kalau kita ambil contoh dirumah.... ketika suami keluar mencari rezeki apakah tanggongjawab isteri yang tinggal dirumah.... tambah pula jika dalam keluarga itu sudah mempunyai beberapa orang anak. Tidakkah isteri, atau ibu tunggal juga mempunyai tanggongjawab sebagai pemimpin ?

    Saya percaya Hadi Awang faham apa yang saya maksudkan tapi motif menghuru-harakan isu menteri besar yang tidak dijelaskan pada umum adalah keinginan beliau merebut ekonomi yang ada dalam negeri Selangor telah digagalkan oleh dua ADUN PAS.

    Langkah Kajang II juga telah memperlihatkan pada kita bahawa betapa pihak istana bersikap biadap dengan tidak menepati peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor meminggirkan orang yang mendapat sokongan majoriti ADUN tapi melantik ADUN yang tidak dicalonkan dalam parti yang sama.

    Krisis menteri besar Selangor sudah sampai pada penghujungnya...pencacai boleh terus menghina Anwar dan Wan Azizah diatas kegagalan Rafizi menaikkan beliau sebagai menteri besar. Namun adat berpolitik mesti ada yang memuji dan ada yang mengkeji. Puji dan keji itulah yang membuatkan Anwar dan Wan Azizah akan terus releven dalam dua politik.

    Saya kekal sokong Anwar Ibrahim dan Wan Azizah sebagai ahli politik yang berwibawa dan profesional.


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...